Syabas diucapkan kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan YB Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.
Alhamdulillah, dalam jangka masa 14 bulan ini, sudah tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihanraya, dan masih tetap tidak berganjak untuk meyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihanraya Kecil ini membuktikan KeADILan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.
Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih YB Mansor sebagai wakil mereka dan kelak bakal dilantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Semoga dengan pelantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi rakyat.
ANWAR IBRAHIM

















tahniah.
PKR kekal DUN Penanti
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, apabila calonnya, Mansor Othman, menewaskan tiga calon Bebas dengan majoriti 5,558 undi, lebih besar berbanding majoriti 2,219 undi yang diperoleh parti itu pada pilihan raya umum tahun lalu.
Mansor, 59, memperoleh 6,052 undi, manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah dengan 392 undi, Nai-Khan Ari sebanyak 494 undi dan Kamarul Ramizu Idris 56 undi. Undi rosak pula adalah 106.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Penanti, Roslan Yahaya, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada jam 7.15 malam.
Reply
mark Reply:
June 1st, 2009 at 10:39 am
Tahniah Pakatan Rakyat!!!!
Reply
bullet Reply:
June 1st, 2009 at 11:46 am
salam DSAI n Blogers,
TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH
syabas pengundi penanti kerana tetap menyokong parti yg membela rakyat dan menolak parti bebas sehingga mereka hilang semua wang deposit
p/s : kita hilangkan wang deposit ubn di manik urai pulak, ADA BRAN BE END!!!!
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 1:48 pm
Sahabah2 semua,
Kak Min kata dia ditawarkan jawatan2 tinggi oleh Pakatan Rakyat tapi kenapa keputusan undi Kak Min BANYAKKKKKKKKKKKKKKKKK SANGAT YA.
Undi Kak Min dapat tu adakah mencerminkan tawaran hebat yang disogokkan?
Kak Min Kak Min, apalah silap Kak Min ku ini………..bawak2 bertenangla Kak Min. Jangan dituruti nafsu yang salah……Moga janganlah hendaknya timbul selepas ini Kak Min clones selepas ini. Sayang sekali, kewanitaan Kak Min disalahgunakan…….
Apa pendapat2 sahabah2 semua?
Reply
ck@superboy Reply:
June 1st, 2009 at 3:35 pm
Salam Keadilan YAB DSAI,
Tahniah.
Penanti: Tak sampai 50% keluar mengundi…pengundi bosan
Pilihan raya kecil DUN Penani mencatatkan sejarah tersendiri apabila jumlah mereka yang keluar mengundi tidak sampi 50 peratus. Sehingga jam 5.00 petang apabila semua sembilan pusat pembuangan undi ditutup, hanya 46.15% atau kira-kira 7,100 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mensasarkan jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil berkenaan ialah sekitar 70%.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, jumlah yang keluar mengundi bagi DUN Penanti ialah seramai 12,657 atau 82.08% daripada 15,421 jumlah keseluruhan pengundi.
Mengulas mengenai peratusan keluar mengundi yang rendah itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osma berkata, peratusan kecil tersebut membuktikan rakyat khususnya para pengundi di Penanti tidak merestui pilihan raya kecil berkenaan diadakan.
Katanya, rakyat tidak keluar mengundi kerana pilihan raya itu hanyalah mainan politik PKR yang menghadapi masalah dalaman mereka.
“Rakyat pandai menilai, mereka tidak keluar mengundi kerana tidak mahu terpedaya dengan cara PKR yang mempermainkan pilihan raya kecil, mesej ini sangat jelas.
“Dengan itu jika PKR menang sekalipun, kemenangan itu tidak bermakna kerana tidak sampai separuh pengundi keluar. Moralnya mereka kalah kerana jumlah yang tidak keluar mengundi lebih ramai,” ujar beliau.
Mengenai dakwaan kononnya kemerosotan jumlah keluar mengundi itu ada kaitan dengan cerita UMNO membawa para pengundi melancong ke Thailand, Zainal tegas menyatakan, sehingga petang hari mengundi tiada sebuah bas rombongan pun keluar meninggalkan Penanti.
“Saya dan semak, sehingga petang ini tiada sebuah bas pun yang membawa pengundi Penanti melancong. Ini semua cerita karut pembangkang dan beberapa blog yang cuba mengaitkan UMNO dengan kemerosotan jumlah keluar mengundi.
“Hakikatnya mesej rakyat jelas, mereka tidak keluar mengundi kerana bosan dengan mainan politik PKR yang menjadikan pilihan raya kecil untuk membetulkan masalah dalaman mereka,” ujar beliau. – 31/5/2009
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 4:12 pm
Sahabah2 semua,
Mengundi ialah tanggung jawap rakyat didalam kerajaan yang mengamalkan demokrasi. Dengan keputusan undilah yang membawa keputusan parti mana yang menang! Ini cara yang adil untuk menyelami hasrat jiwa rakyat memilih perjuangan mana yang rakyat sokong!
Dengan keputusan undian yang banyak kapada calun Pakatan Rakyat, ini bermakna secara sah dan betol dari segi undang2 bahawa rakyat penanti majoritynya memilih calun Pakatan Rakyat!
Tiada timbul issue kita hendak menjaga hati mereka2 yang tidak keluar mengundi sebab gelanggang sebenar yang sah dan betol ialah dengan mengundi! Kalau sudah tidak keluar mengundi, pada saya siang2 tidak mahu masuk campor didalam process pilihanraya!
Kita semua kena hormat pada mereka2 yang keluar mengundi dan apa pulak kita kena pedulikan mereka2 yang tidak keluar mengundi?
Walaubagaimana pon yang diperkata, peluang mengundi dan bertanding telah diberi. Itu sudah amat adil. So, mana2 yang tak mengundi dan tidak bertanding, too bad la kan, nasibla kan……
Sekian wasalam……….
Reply
John Media Reply:
June 3rd, 2009 at 2:13 pm
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pilihanraya kecil penanti kerana telah melaksanakan tanggungjawab masing2.
Kalah menang adalah adat dalam pertandingan. Janganlah kerana kejayaan hari ini, kita lupa akan tugas yang menanti di esok hari. Kemenangan seharusnya disambut dengan rasa syukur dan insaf dan bagi yang kalah, mungkin tiba masanya untuk masing2 mengkaji kekhilafan diri.
Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang mendabik dada dgn kemenangan, sebaliknya pemimpin yang komited terhadap janji dan tugas mereka. Jadikanlah kemenangan ini untuk merubah sosio-ekonomi org melayu khususnya dan kaum lain amnya.
Mengambil org melayu sebagai contoh, walaupun dengan populasi yang besar di pulau pinang, taraf ekonomi mereka jauh ketinggalan. Kepada DSAI, pimpinlah YB Mansor supaya beliau tidak menjadi seperti anjing menyalak bukit. Org Melayu yang mengundi PR telah mengambil risiko yang cukup besar bukan sahaja di pulau pinang tetapi di semua negeri yang diperintah PR.
Jadilah pemimpin yg sentiasa menginsafi diri, sedar akan asal usul supaya tanggungjawab tergalas dipikul dan dikerjakan dengan penuh ikhlas dan jujur. Andai kata pemimpin tidak berbuat demikian, adalah tidak mustahil PR akan menjadi sejarah dalam senario politik negara dan akan terus berkubur kerana rakyat menjadi serik untuk mengundi PR.
Kepada UMNO dan BN, masih terdapat ruang untuk memperbaiki diri dan InsyaAllah…rakyat pada hari ini kebanyakannya sudah bijak menilai yang mana kaca yang mana permata.
Reply
hidopANWAR Reply:
June 3rd, 2009 at 10:03 pm
Saudara John Media,
Kata saudara …ORANG MELAYU MENGAMBIL RISIKO YANG BESAR MENYOKONG PAKATAN RAKYAT BUKAN SAHAJA DI PULAU PINANG TETAPI DINEGERI2 LAIN…..ini yang saya hendak komen.
Benar sungguh peringatan saudara ini. Maka yang demikian, diharapkan Kepimpinan Melayu didalam Parti Keadilan Rakyat dan Kepimpinan PAS jadi pengganti pada teras kepimpinan UMNO didalam BN! Itu sahaja jalan keluar!
Wasalam………….
Reply
A’kum…Dato Seri
Mintak2 byk lagilah pilihanraya kecil lepas nie….kite kalahkan barisan nasional,sekaligus diganti dgn kerajaan Pakatan Rakyat….sekaligus dasar baru dapat diperkenalkan …kekayaan negara dapat diagihkan kepada seluruh rakyat…Moga2
AEB lebih baik drpd. DEB….
Reply
Jin mata lebam sebelah Reply:
June 1st, 2009 at 12:25 am
Asyik kawasan PR jek yang buat election, tentu le menang.
Reply
storm62 Reply:
June 1st, 2009 at 1:13 am
wei Kuala Terenganu tu BN yg punya tau, tapi kalah jugak…kah kah kah.
Reply
neutral Reply:
June 1st, 2009 at 9:59 am
tapi dlm pr ni nampak sgt bnyk masalah. jap jap pilihan raya. mcm mana nak perintah
neutral Reply:
June 1st, 2009 at 10:15 am
satu kemenangan yang tak boleh di banggakan….mcm tak ada prk je
vulturites annunaki Reply:
June 1st, 2009 at 1:26 pm
kalau bn dah kalah tu kalah la namanya. wa hahahahahaha. tunggu ada prk di kwsn bn. pakatan akan goreng bn sampai hangus.
jin misai kontot Reply:
June 1st, 2009 at 1:41 am
sekarang mana2 BN umno nak bawa tanding pakatan garanti menang,rakyat dah tersiksa sebegitu lama oleh BN umno, di pekan pun boleh try…kacang aje tu…..
Reply
ANAK MALAYSIA Reply:
June 1st, 2009 at 4:36 am
kita tgklah nnt d kelantan dan kwsn2 lain pd masa akan dtg…tak kiralah samada kwsn milik BN/PR.
Reply
mahathirjilatnajis Reply:
June 1st, 2009 at 11:30 am
kalau bn kuat tak kira kawasan mana dia org bertanding, letak je calon grenti menang, nie bn dah lembik kalau tak buat cara haram mereka lama dah berkubur…..itulah bn/umno dah dayus, dungu, sombong dan bodoh
Reply
Antalun Reply:
June 1st, 2009 at 3:29 pm
Tak de istilah kawasan PR kan sekarang ni ’1 Malaysia’
Reply
Jamal Bin Omar Manan Reply:
June 1st, 2009 at 8:34 am
Kalau Fairus tak letak jawatan hari tu, dia boleh di pekena macam katak PKR dua ekor kat Perak tu. Oleh kerana dia cepat2 letak jawatan jarum puak2 mangkok tu tak jalan. SPRM pun cepat2 kata tak dak kes (memang tak dak pun)supaya dia tak jadi letak jawatan. Tapi dia letak jugak. Jadi depa terkena. Depa cadang nak asak Fairus masuk geng depa macam depa buat kat katak2 Perak tu. Dulu2 kalau by-election kat kawasan mana pun B End selalu menang tapi la ni kalau kat kawasan Pembangkang sangat2 susah mau menang. Kalau kawasan B End pun tengok kat mana. Kalau di Utara dan Pantai Timur susah le sikit.Kalau selatan mungkin B End lebih senang kalau nak menang. Kalau Sabah Sarawak, B End tak dak masaalah nak menang. Kalau B End nak uji tengok kat kawasan B End PR boleh menang ke tidak, bubar le DUN Perak. Tu pun kalau ada yang tu.
Reply
jimi Reply:
June 3rd, 2009 at 1:39 pm
1. Ko ni bangang ke ape?
2. Nak buat pilihan raya kecil byk2 buat perabeh duit je.
3. Mak bapak ko banyak ke bayor cukai.
Reply
ktn_satayman Reply:
June 4th, 2009 at 11:30 am
Lebih baik buat PRK daripada bagi kat kroni kroni. Ada jugak faedah kat rakyat….tak begitu.
Reply
MELAYU PERAK Reply:
June 4th, 2009 at 7:11 pm
satu care aje nak buat pilihan raya lagi…..
iaitu bubar dun perak
Reply
Ini merupakan satu lagi mesej drpd kami rakyat Malasia dalam keghairahan untuk menukar struktur politik pemerintahan di Malaysia ini.
P/S: UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH. TAKBIRR!!
Reply
hidopANWAR Reply:
May 31st, 2009 at 11:17 pm
Sahabah2 semua,
Pemimpin2 Melayu didalam PKR dan jugak PAS, kejar dan tawan habis2an kerusi2 yang dipegang UMNO.
DAP kejarla kerusi2 MCA.
Parti2 lain (yang akan sertai Pakatan Rakyat nanti, saya tertunggu2 parti dari kaum India yang bolih mengalahkan MIC) didalam Pakatan Rakyat kejarla habis2an kerusi2 yang dipegang olih parti2 lain selain dari UMNO dan MCA!
Sekian wasalam…………selamat berjuang!
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 11:48 am
Tertinggal pulak,
Pemimpin2 bukan melayu didalam PKR kejarlah kerusi2 parti2 selain dari kerusi2 UMNO!
Reply
RAKYAT AKAN TETAP BERSAMA PAKATAN RAKYAT….
TAHNIAH MANSOR OTHMAN….
BUBARKAN DUN PERAK…….
BIAR RAKYAT YANG MENENTUKAN….
Reply
Tahniah PKR…tahniah Dr.Mansor…Tahniah Rakyat Penanti!!!
the PEOPLE of Penanti have spoken AGAIN !!!
JELAS, Rakyat sampai hari ini TETAP sokong Pakatan Rakyat…Hapuskan puak zalim bn/umno!!!
Reply
tahniah dan terima kasih kepada semua jentera parti pakatan rakyat yg bertugas sepanjang berkempen dan pd hari membuang undi hari ini…segala kekangan dapat kita atasi…alhamdulillah…hidup pakatan rakyat,hidup DSAI,hidup pkr….(^_^)
Reply
Rakyat Malaysia semua berasa gembira sekali dengan kemenangan ini! Syabas diucapkan kepada Pakatan Rakyat! Ini lah mesej jelas dari rakyat Malaysia!
Reply
SYABAS KEPADA PAKATAN RAKYAT!!!!!
Reply
hidopANWAR Reply:
May 31st, 2009 at 11:27 pm
Tun Fatimah, tumpang sekaki kat ruang adinda ya………..
Moga dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat mengalahkan calun2 bebas, diharapkan menjadi tauladan dimasa hadapan supaya calun2 bebas janganlah lagi mengacau untuk bertanding didalam pilihanraya.
Biarlah dua gergasi besar ini berentap dan sudah sampai masanya sistem 2 pakatan atau 2 party system wujud di negara kita untuk kemakmuran rakyat.
Bagi calun2 bebas, masuklah kedalam anatar 2 pakatan gergasi yang besar ini. Sedih aku lah tenguk tak ramai yang sokong calun2 bebas ini. Belajar2 lah hidup berparti supaya dapat berjuang bersama2 rakan didalam parti. Ymag hebat dari kita kita hormat disamping kita memperbaikikan prestasi diri untuk menjawat jawatan yang makin tinggi didalam parti. Jangan sekali2 berjuang didalam Pakatan Rakyat berlandaskan habuan yang dibuat cara kejahatan, kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan! Bersyukur lah apa yang dapat cara sah dan halal dan tidak berdosa!
Sekian wasalam…………terima kasih ya adinda ku Tun Fatimah! Tun Ali mana?
Reply
Salam,
Tahniah Dr. Mansor.
46.15% keluar mengundi, sejarah pengundi paling ckit keluar mengundi tercipta (sama seperti BN tak bertanding dalam PRK). Kalau ikut perkiraan matematik saya iaitu perbandingan keputusan PRU-12 untuk Penanti, sekiranya yang tak keluar mengundi akan menyokong BN, MAKA PKR akan kalah (sekitar 1000 undi).
Jangan2 rakyat sudah beralih rakyat kepada BN!!!!!!!!!!!
Reply
hidopANWAR Reply:
May 31st, 2009 at 10:40 pm
sedara Amin,
Andaian anda saya saya adalah salah! Ramai tidak keluar kerana yakin Pakatan Rakyat akan menang cara mudah. Jadi mereka jadi malaslah nak susah payah beratur2!
Saya rasa, kalau mereka ini semua keluar mengundi, makin besar majority Pakatan Rakyat menang! Biasalah perangai orang kita, ada sikit malas!
Peluang sudah diberi. BN tak mahu bertanding dan rakyat saya rasakan malas keluar mengundi sebab mereka tahu Pakatan Rakyat tidak tergugat. bayangkan majority 5000 lebih itu. Kan teramat besar tu saya rasakan. Kenyataan nya sekarang, rakyat disana menyokong Pakatan Rakyat untuk menang besar!
Setinggi2 tahniah saya ucapkan kerana kemenangan ini. Moga tim ketua menteri baharu ini dapat berbakti dengan cemerlang untuk rakyat!
Walaupon sumber kewangan negeri tidaklah sebesar kewangan kerajaan persekutuan, tunjukkan pada semua rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu memakmorkan rakyat dengan kewangan yang ada didalam negeri.
Tarekla minat2 pelabor yang memberi kesejahteraan rakyat dan fikirlah bagaimana cara urus tadbir sumber kewangan negeri supaya rakyat jelata di Pulau Pinang merasai nikmat lebih banyak dari kerajaan terdahulu.
Moga negeri2 Pakatan Rakyat dapat memakmorkan kehidupan rakyat lebih hebat dari kerajaan terdahulu! Banyakkan berbakti kapada rakyat dan jangan leka membuang masa berpolitik. Gunakanlah pendekatan baharu untuk rakyat dengan pantas dan cepat dapat mengetahui perjuangan2 semasa Pakatan Rakyat! Gunakanla dan kerahkan la teknology modern computer dan multimedia untuk menghebahkan kemajuan Pakatan Rakyat!
Sekian wasalam
Reply
kung fu panda Reply:
May 31st, 2009 at 11:51 pm
TDM pernah berkata lebih satu undi pun dikira menang (melayu tak mudah lupa). tetapi lebih 5000 undi dikira menang menang menang menang.
Reply
ron Reply:
May 31st, 2009 at 11:57 pm
Yg penting menang beb!
Andaian2 lain tu secondary je beb.
Satu lg, 1Malaysia dah tau pilihanraya aman damai tanpa bn. terbukti!
Wallawey!
********************************************************************************************
Reply
chakde Reply:
June 1st, 2009 at 7:50 pm
Betul kata Ron, tanpa bn aman damai masa mengundi. Terbukti siapa yang selalu buat kacau….
Reply
ANAK MALAYSIA Reply:
June 1st, 2009 at 4:31 am
UMNO/BN belum bertanding dalam PRK ADUN PENANTI dah mengaku kalah….apa ni?
tapi sia ucapkan tahniah kepada calon PAKATAN RAKYAT YB DR.MANSOR kerana menang majoriti 5,558 berbanding fairus yg cuma dpt majoriti 2000 lebih pd PRU2008 yg lepas.
yang satu lagi pihak berkuasa terutama SPRM yg pernah cuba tuduh mohd fairus terlibat dalam rasuah dan tiba2 tarik balik kenyataan mereka setelah didapati fairus tidak bersalah konon selepas fairus letak jawatan tu cepat2la pergi minta maaf sebelum hari kiamat menjelang tiba nnt.
Reply
Jay Reply:
June 1st, 2009 at 11:17 am
Baik BN jangan bertanding pada pilihan raya ke-13. Huakakakakakaka…
Reply
vulturites annunaki Reply:
June 1st, 2009 at 1:36 pm
betul! betul! setuju! setuju! bubar terus bn tu lagi bagus. wahahahahahaha
Reply
Alhamdulillah, baersyukur kepada Allah semua sudah diketahui dan selesai dengan baik dan selamat kami ucapkan jutaan terima kaseh kepada semua pengundi yang mengundi PKR dan kepada petugas pada petugas jentera parti yang bermula dari hari penamaan calum hingga mencapai kemengan
Insya Allah kita berjumpa lagi di DUN Gucil Kelantan awal bulan depas.
Selamat berjuang dan Insya Allah mendapat kemengan.
Reply
joe-kedah Reply:
June 1st, 2009 at 9:00 pm
sdr member pencen lembah keramat,
saya tertarik dengan komen dalam astro awani yang dihadiri dari kalangan cendikiawan, norizan sharif, dr. abu hassan hasbullah dan sorang dari seketeriat pemuda umcino. komen-komen yang cukup bernas, tetapi terpulang kepada kepala otak pemimpin-pemimpin umcino saperti najib, hishamudin, zahid pengecut lalang dan muhyiddin anak tok guru yasin. kalau dia orang dengar, tentu bermuhasabah diri, tetapi kalau jenis manusia sombong tak tahu lah. yang malang sekali keputusan prk penanti tidak disiarkan langsong tv3 suku, tv 1 tapi yang siar astro awani. malam ini pula, najib melalak depan tv 3 suku, kemenangan pkr dipenanti tidak bolih dibanggakan, kerana pilihanraya tercatit dalam sejarah pengundi yang paling sedikit keluar mengundi. kalau dah tak bertanding tok sah dok melalak macam anjing kurap dalam tv 3 suku tu, yang berhak komen orang yang masuk bertanding, baru lah anak jantan, ini tidak, kalau dah pengecut tu, memang pengecutlah. dimasa depan ni, kita lihat pula pengecut ini nak lari kemana bila sidang dewan rakyat bermula. kita tengok depa ni, nak jadi anjing ke, kera ke tak tahu lah. semuga dimanik urai ni, menjadi petunjuk dan pengajaran kepada parti yang sombong bongkak lagi dayus tu. sekian!
Reply
tahniah Pakatan Rakyat!
Reply
tahniah dr.mansor,pkr & pr atas kemenangan anda,kini kita berada dilandasan yang betul…ayuh teruskan…
Reply
TAHNIAH KEPADA PKR..
KMENAGN AKHIRNYA BERPIHAK KPADA KITA..
SKUNK NI AKU NK CARI SI AMINAH..
AMNAH!! MANA NGKO!!
Reply
Syukur kehadrat ilahi kita mulakan, syabar pr segala usaha yang ditabur,jerik perih mebuahkan hasil yang diidamkan. Manis rasanya pada yang menang yang gatal nak bertanding lu pikirla sendiri. Nama sedap macam bonda nabi, dapat bertakwa sikit dah le. Yang menang syabas yang kalah muhasabah diri. Nak jadi pandai biar pada tempat. Kalau menang tuk najib panggil kalau kalah DSAI campak kelaut takde pendirian. Macam ni nak jadi pemimpin. Lepas ni tak payah nak jemput sapa-sapa sertai PR. orang dah tahu mana intan mana permata. Buka mata luas-luas yang lebih baik buka mata hati. Syabas sekali lagi tadah tangan doa pada ilahi. Kemenangan ini amat bererti.
Reply
Syabas dan Tahniah YB Dr Mansor, YB DSAI dan Pakatan Rakyat serta Rakyat Malaysia di Penanti keseluruhannya diatas kemenangan mengekalkan kerusi DUN Penanti. Tanpa kehadiran BN, pilihanraya kecil ini telah berlangsung dengan aman dan tenteram sejak hari penamaan calon hinggalah hari mengundi… kekalkan kecemerlangan kemenangan ini didalam setiap pilihanraya kecil dan kemuncaknya adalah dalam PRU akan datang.
Reply
AWANG ALAK BATATAR BENONI Reply:
June 1st, 2009 at 10:38 am
TAHNIAH BUAT YB DR MANSOR ,YB DSAI dan semua PENYOKONG PAKATAN RAKYAT. PILIHANRAYA KECIL YANG AMAN DAN MENUNJUKKAN KEMATANGAN PAKATAN RAKYAT BERPOLITIK. BUKAN MACAM KAK MIN…AGENDA PERIBADI PULA YANG DIBAWA DALAM BERKEMPEN….SAKIT TELINGA MENDENGAR PRESS CONFERENCE NYA BARU BARU INI…
DEKALI LAGI TAHNMIAH DAN SYABAS..TERUSKAN PERJUANGAN
Reply
tahniah diucapkan kepada YB Dr.MANSOR dr CALON PAKATAN RAKYAT kerana berjaya menang kerusi DUN PENANTI dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU2008
Reply
tahniah dr.Mansor dan pkr atas kemenangan anda,kami akan terus bersama pakatan… jom kita hapuskan be end..simpan kat muzium lagi bagus.. be end ingat orang sabah pun bodohkah…berapa bilion sudah korang humban kat sini tapi penduduk kampung masi tak dapat apa2.kalau projek2 kecil yg dpohon kat kampung paya benar korang kasi lulus ttp projek2 mega sana-sini muncul pasal mau banyak untung…
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 1:16 pm
Ya sahabahku sabahan!
Ajaklah kesemua rakyat di Sabah dan Serawak bangkit menyokong Pakatan Rakyat.
Bariskan kepimpinan yang baharu disana yang benar2 berjiwa untuk membela rakyat dengan tiada latarbelakang amalan rasuah,salahguna kuasa,segala kezaliman dan kemungkaran!
Sudah sampai masanya rakyat disana sedar dan sokonglah pakatan yang benar2 akan membela nasib rakyat dengan memakmorkan rakyat disana berlipat kali ganda……
Sekian wasalam
Reply
Congratulations PKR and Dr Mansor. PR has won all the by elections in Peninsula after GE12. The next target is in Kelantan. I bet Be End is in the hot soup now. If the trend continues, it’s not a surprise if Be End will be toppled in the next GE.
DSAI will rule Malaysia together with PR.
Reply
syabas dan tahniah PKR…. kemenangan besar utk pakatan rakyat(PAS,PKR,DAP)…..
sudah nampak jelas… ameno takut…. pada kali ini…
si zombry takkan bubar dun perak kalo dah keputusan bnyk memihak kepada pakatan rakyat…
di harap manek urai juga berpihak kpd pakatan rakyat…..
leburkan terus deposit ameno…
Reply
PKR@PAKATAN RAKYAT, KALIS DENGAN UGUTAN DARI PENGKHIANAT PARTI
(Keputusan Pilihan Raya Kecil Penanti)
Najib Mahu Tahu, Ezama Bilang Nanti Dulu
——-Oleh Halik Zaman——-
Berikut keputusan rasmi pilihanraya kecil DUN penanti dari SPR:-
1. Dr. Mansor Othman mendapat undi 6,052
Majoritinya 5,558 undi
2. Nai-Khan mendapat undi 494 (hilang deposit)
3. Kakmin mendapat undi 392 (hilang deposit)
4. Kamarul Ramizu 56 (hilang deposit)
Peratusan 46.6 peratus.
Kalau pun UMNO/BN turut bertanding, katakan lah 70% yang keluar mengundi, UMNO/BN pun tetap kalah juga.
Amacam Kakmin, betul kah tidak, ramalan saya difacebook semalam? Buang masa, penat turun naik rumah berkempen, strategi CCTV tidak mengenai. Akhirnya menangis seorang diri.
* * * *
Banyak sudah terjadi, dikalangan Ketua Ketua Bahagian atau “orang orang penting” dalam PKR, kalau hasratnya tidak dipenuhi oleh Presiden, Ketua Umum PKR, Perhubungan Negeri atau timbul berselisih faham dengan Pegawai Pentadbir Ibu Pejabat PKR. Mereka terus keluar parti, lalu menyerang parti dan turut menyerang pula Ketua Umum PKR. Timbullah konfrantasi individu melibatkan perjuangan parti yang secara sengaja dibuat untuk mendapatkan publisiti dari media murahan tv3. Berkata lah Kakmin dengan geram “Bubar PKR” macam heroin Tamil tahun 60an, berlagak Kakmin dalam tv3.
Mereka sanggup mengutuk parti, mereka mengugut parti, segala tokmahan dilemparkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, untuk menyedapkan lagi jalan cerita, mereka tambah sikit sikit fitnah, sebagus mungkin, supaya orang lain percaya akan kebenarannya cerita wayang kita.
Bila sampai sahaja ketelinga pemberita tv3 dan Astro Awani, rasa tidak puas hati Ketua Ketua Bahagian PKR, maka mulalah Ketua Ketua Bahagian mendapat liputan khas tiap malam dari tv3 dan Astro Awani. Tv3 dan yang sewaktu dengannya pula, tambah sikit ajinomota, bubuh garam, bubuh rempahratus, supaya jalan cerita lebih sedap didengar untuk santapan ketelinga ahli ahli UMNO, dikampung kampung. Pada penyokong Pakatan Rakyat, ia tiada kesan apa apa.
Pemimpin pemimpin UMNO pun mula buat statement diakhbar dan media, kononnya PKR sudah nazak, PKR sudah hilang pengaruh, PKR kononnya anti Sultan, anti Melayu dan anti Bumiputra, PKR sudah jadi alat orang asing, hak orang Melayu telah digadai oleh PKR. Semua rahsia PKR sudah dibongkar oleh bekas Ketua Ketua Bahagian, kononnya mereka ada rahsia PKR.
Lagi sedap cerita, bila Ezam bilang dia ada 6 kotak rahsia Anwar Ibrahim. Dia tahu semua rahsia Anwar Ibrahim, rahsia ada dalam tangannya. Dia akan expose bila bila masa sahaja. Tunggu punya tunggu, sampai hari ini, rahsia Anwar Ibrahim belum juga Ezam keluarkan. Mungkin Ezam expect Najib akan berikan dia project banyak banyak. “Ezam pun mula main sorong papan tarik papan dengan Najib. Najib ingin tahu, Ezam bilang nanti dulu.”
Untuk pengetahuan semua Ketua Ketua Bahagian PKR dan orang orang penting yang masih ada dalam PKR. Saya adalah bekas Ketua Bahagian PKR Sepanggar Kota Kinabalu dan bekas Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Sabah dari tahun 2006-2009. Semua mesyuarat perhubungan saya hadir, hubungan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan saya baik, dengan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan cukup baik dan dengan semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri juga baik. Yang saya tahu, tidak ada rahsia yang mahu disembunyikan dalam PKR. Semua mesyuarat, perbincangan dan perjumpaan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim berkisar hal ehwal politik yang sihat. Tidak ada rahsia, tidak ada perancangan jahat PKR atau Anwar Ibrahim.
Kini saya sebagai orang biasa sahaja dalam PKR, saya tahu benar dalam PKR tidak ada apa apa rahsia yang mahu dijadikan bahan ugutan atau discredit PKR dari penerimaan rakyat. Secara jujur saya katakan, PKR sebenarnya makin hari semakin mendapat tempat dihati dan dimata rakyat Malaysia. Rakyat tertarik dengan kepimpinan yang dinamik serta halatuju PKR dan Pakatan Rakyat.
Seperti saya, kadangkala tidak begitu setuju dengan seseorang dalam PKR Pusat. Cara yang paling baik bagi saya, “letak jawatan, jauhkan diri dari pemberita dan jauhkan diri dari memfitnah seseorang”. Jangan cuba terbawa bawa perangai macam Ezam, Kakmin dan beberapa orang Ketua Ketua Bahagian diKedah yang ego kepada diri sendiri, kononnya tanpa mereka PKR akan kalah diBukit Selambau. (Tiru macam saya, selalu pandang cermin diri sendiri dulu. Saya ukur diri sendiri, tanpa dipinta).
Jangan ikut kata hati, kerana seekor nyamuk hitam, kenapa kelambu saya bakar, buat apa? Apa keuntungan saya? Jangan ada Ketua Ketua Bahagian atau “orang orang penting” dalam PKR menganggap diri kita ini, sudah tersangat penting dalam PKR. “Yang penting adalah pengundi pengundi dan halatuju PKR” yang dapat diterima oleh rakyat dengan baik. Bukan kerana diri sendiri berpengaruh. Kalau saya seorang tak suka PKR, ada lagi berjuta orang rakyat Malaysia yang sukakan PKR. Jangan cepat terpengaruh dengan gula gula getah UMNO, nanti melekat dileher bahaya itu.
Contohnya banyak Ketua Ketua Bahagian yang tinggalkan PKR, ada yang sanggup menabur fitnah kepada PKR dan pemimpinnya DSAI, seperti bekas pemimpin PKR Ezam, Kakmin dan beberapa orang bekas Ketua Ketua Bahagia PKR Kedah dan 2 orang ADUN PKR yang melompat. Lihat sendiri apa yang mereka dapat? Esok kalau ditakdirkan oleh Allah swt. Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Pusat, mereka yang ego, mereka yang menabur fitnah, dimana nak letak muka?
Tiru macam saya, ada pengalaman dalam politik Malaysia, (bukan angkat bakul sendiri, tapi fakta maaaa). Saya tahu Pakatan Rakyat akan memerintah Kerajaan Malaysia. Sebagai ahli PKR pun saya bisa berbakti kepada rakyat. Tidak perlu ada jawatan apa apa dalam PKR. Tidak perlu ribut ribut. Buat kerja diam diam untuk PKR. DSAI punya mata banyak dan punya telinga banyak, apa anda cakap, apa anda buat, 5 minit sampai ketelinga DSAI.
HZ
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 11:23 am
Saudara Halik Zaman,
Benar sungguh bentangan yang saudara buat ini. Kalaulah ramai pemimpin2 bersifat seperti saudara, maka amanlah negara kita.
Pakatan Rakyat kena didik dan asuhkan semua yang bercita2 untuk menjadi pemimpin supaya jangan sekali2 berlandaskan perjuangan mereka dengan habuan2 yang akan didapati berlandaskan cara kotor, kejahatan, kemaksiatan,kezaliman dan kemungkaran dan paling amat dibenci ialah dengan MEROMPAK HAK DAN DUIT RAKYAT!
Tiap2 orang yang berjiwa untuk memegang apa2 jawatan kenalah ukur diri sendiri baik2. Sekiranya ramai yang setuju sesaorang itu memegang sesuatu jawatan atau kepimpinan tertinggi parti sudah memilih sesaorang itu, sebagai ahli, kenalah akur dan taat pada kepimpinan tertinggi parti. Sesaorang ahli bolih berhujah sekiranya sesaorang itu tidak layak dipilih tetapi setelah kepimpinan tertinggi buat keputusan, hormatlah keputusan yang diputuskan sebab salah kepimpinan parti memilih, mereka jua yang akan bertanggungjawap!
Disinilah terujinya keimanan sesaorang untuk dinilai keikhlasan sesaorang berjuang didalam parti. Adakah untuk rakyat atau untuk pentingkan kepentingan diri, keluarga dan sahabat handai?
Sudah menjadi adat didalam pertandingan. Ada yang akan menang dan ada yang akan kalah. Yang menang tentunya mereka lebih layak dari yang kalah. Maka wajarlah yang kalah bersabar dan memperbaiki diri untuk merebut jawatan yang akan datang dan jangan sekali2 disebabkan kekalahan, merajuk dan keluar dari parti dan menghentam parti dari luar pula. Yang kalah mestilah berusaha kuat berbakti pada parti dan rakyat dan taatlah kapada kepimpinan parti. Insyaallah, kalau niat baik, dapatlah jawatan yang diidamkan tanpa mengamalkan cara2 kotor dan jahat.
Asas utama yang wajar dihayati olih setiap2 ahli parti ialah kepentingan rakyat melebihi segala2nya tanpa mengira apa balasan yang akan didapati dari parti. Bagi kepimpinan parti pulak, pantaulah betol2 jasa2 mereka yang berkorban memperjuangkan matlamat parti untuk kepentingan rakyat.
Begitu jugak dengan perselisihan pendapat, kerap berlaku!
Apa susahnya, setelah semua menghujah pendapat2 didalam mesyuarat, undilah. Majority undi menang tetapi kalau ketua tidak setuju dengan suara ramai, ada 2 pilihan sahaja yang ahli2 bolih buat. Satu, hapuskan ketua yang tidak mendengar suara ramai. Pilihan kedua ialah serahkan accountability pada ketua yang langgar permintaan ramai, maknanya ketua itu kena bertanggungjawap kalau keputusannya membelakangkan suara ramai dengan mengaku kesilapan ketua bila sesuatu telah terjadi. Kalau buruk sangat padah nya, ketua itu wajar meletakkan jawatan cara hormat.
Niat dan asas perjuangan kena betol!
Berjuang untuk Rakyat demi kemakmoran rakyat dahulu. Jangan sekali2 mendapat ganjaran dan habuan cara kotor, jijik, jahat, mungkar, zalim dan mungkar dan seperti yang disebut, jangan sekali2 rompak duit rakyat untuk kepentingan diri, keluarga dan sahabat handai! Bersyukurlah setakat mana nasib diri dapat ganjaran dengan jawatan dan amanah yang diberi cara bersih, sah, halal dan tidak berdosa yang dilarang olih ugama Islam.
Lebih baik kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengasuh dan membimbing barisan pemimpin2 baharu (walaupon tidak pernah ada pengalaman jadi pemimpin) dari kalangan2 mereka yang berjanji tidak amalkan segala bentuk kejahatan,kezaliman,kemungkaran didalam memikul amanah pada rakyat dari mereka2 yang pernah menjadi pemimpin tetapi telah bergelumang dengan dosa2 pada rakyat. Rakyat wajar MATANG MENILAI KEBAIKAN PERJUANGAN TIAP2 PAKATAN GERGASI IAITU PAKATAN RAKYAT DAN BN! Rakyat jangan tadsub dengan perwatakan pemimpin tetapi yang lebih penting rakyat kena faham bahawa calun2 yang dipilih merupakan amanah perjuangan parti dan bukan calun itu menganggap merekalah yang hebat! Yang hebat ialah perjuangan Pakatan mana yang memakmorkan kehidupan rakyat lebih disamping menghapuskan segala jenis kejahatan, kezaliman,kemaksiatan dan kemungkaran.
Sekian wasalam……berila komen2 sahabah2 pula
Reply
PENYOKONG KUAT DSAI (PAKATAN RAKYAT) Reply:
June 1st, 2009 at 7:34 pm
tahniah kepada pkr yg menang majoriti mudah berbanding pru12 yg lalu..saya nak jelas kan kat sini, sebab byk ketua2 bahagian atau ahli pkr buat hal sebb ahli2 pkr ni ramai dari dn so, depa pun sama la mcm ahli2 bn sekarg, ader yg nak duit lebih la, main rasuah la, terima rasuah la, tu la sebab nye, saya rasa DSAI perlu tapis sume ahli parti supaya mereka tergolong dlm golongan yg bersih dri najis2 bn…
Reply
Hajjah Maimon Hashim Reply:
June 5th, 2009 at 8:34 am
Assalamualaikum Datuk Halik Zaman, saya merasa bangga di atas semangat juang yang ada dalam diri Datuk. Insya Allah suatu hari nanti Datuk akan mendapat tempat dihati rakyat Sabah. Bersusah-susah dulu dan bersenang-senang kemudian. Walaupun ahli biasa macam saya, sokongan dalam perjuangan parti tidak pernah pudar selagi ia benar-benar untuk menegakkan keadilan. Kita tidak harus menjadi gunting dalam lipatan.
Walau apa pun tahniah buat DUN Penanti khasnya Wanita KeAdilan (YB Zuraida Kamaruddin) tidak pernah jemu membantu dalam segala hal dan berkempen di saat-saat akhir.
Tahniah atas kemenangan. Saya sangat bangga atas kemenangan ini. TAHNIAH……………….
Yahoooooo……………………… memang lagi……………… ini membuktikan rakyat yakin kepada PR.
Buat YB Dr Mansor jangan lupa no….. selalu datang sembang-sembang jumpa rakyat pakat pekena laksa Telok Kecai…….. hehehe….
Reply
Syabas dan tahniah diatas kemenangan Dr Mansor,Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Penanti. Seperti dijangkakan peratusan keluar mengundi kurang 50% kerana sebahagian besar pengundi berasa amat yakin Pakatan Rakyat akan menang besar. Suasana mungkin berbeza sekiranya Barisan Nasional turut menyertai pilihanraya ini. Walau apa pun kenyataannya kini Pakatan Rakyat masih mampu mempertahankan Penanti. Harapan dan doa dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T agar Pakatan Rakyat akan dapat meneruskan agenda perjuangan dan lebih berjaya di masa akan datang. Lipatgandakan usaha untuk lebih berjaya di DUN Manek Urai. Kami rakyat Malaysia menilai kewibawaan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Jalankan amanah yang diberikan oleh kami dengan sewajarnya. Buktikan Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik untuk Malaysia bagi memacu kemajuan negara dimasa depan.
Reply
hidopANWAR Reply:
May 31st, 2009 at 11:06 pm
Kalau negeri2 Pakatan Rakyat ditadbir urus ekonominya dengan melipat kali ganda kemakmuran rakyat, saya rasa rakyat2 dinegeri lain yang masih terkebil2 mata hendak menyokong Pakatan Rakyat, akan turut serta menyokong Pakatan Rakyat dimasa2 yang terdekat!
Hanya kemakmuran rakyat senjata besar Pakatan Rakyat sekarang disamping cuba membenteras rasuah, salahguna kuasa, nepotisma dan kronisma dan lain2 lagi kemungkaran yang berlaku didepan mata rakyat! Benteraskan semua gejala2 ini dinegeri pakatan rakyat dahulu! Lagi satu yang wajib dibuat olih kepimpinan negeri2 Pakatan Rakyat ialah bagaimana hendak menghapuskan kadar jenayah ke ground zero!
Sekian wasalam……….
Reply
Syabas dan Tahniah YB Dr Mansor, YB DSAI dan Pakatan Rakyat serta Rakyat Malaysia di Penanti.
Reply
Assamualaikum
Tahniah Dr Mansor, Tahniah rakyat yang cintakan keadilan dan menegakkan kebenaran. Walupun cuma 7100 (46%) keluar mengundi. Ini mungkin 5000 ahli UM “no” tak keluar mengundi langsung. Katakan lah 5000 ini keluar mengundi dan semua pangkah 1 orang proksi UM ‘no” yang paling dapat banyak liputan TV 3 suku yang suka menyakat PR. Maka mejoriti yang diperoleh PR tetap 5580 juga. So menang besar dan sokongan rakyat kepada PR sebenarnya bertambah mantap. Yang penting pilihanraya berjalan dengan tenang dan aman tanpa ….. Ini modal baru di Manik Urai.
Reply
ANAK MALAYSIA Reply:
June 1st, 2009 at 4:44 am
jangan2 pengikut UMNO abdullah yang protes terhadap pengikut UMNO najib kerana beliau tak berani bertanding,tapi bagaimana pulak d kelantan pd bulan julai nnt?
Reply
MEMANG UMNO1 BN1 DAH NAK MAMPUS,NAJIP AKAN JD PM SETAHUN AJE.TAKBIR
Reply
tahniah…harap-harap akan ada lagi PRK yang melibatkan kekosongan yang melibatkan calon BN…terutama di Melaka
Reply
hidopANWAR Reply:
May 31st, 2009 at 10:55 pm
Kalaulah ada mp2 dari parti2 lawan yang sanggup meletak jawatan supaya mereka dapat bertanding semula diatas platorm Pakatan Rakyat, alanglah bahagianya…………
Reply
PRK N12(Pulau pinang)
-tahniah kepada semua yang terlibat dalam PRK N12 ini.Allhumdulah kita Menang lagi…
PARTI KOMPONAN PR
Dato Seri,saya nak tanya..
Bila Bendera Pakatan Rakyat nak keluar?saya tak sabar nak menantikan kemunculan Bendera Pakatan Rakyat.Saya harap bendera tu mesti kemas,Cantik dan Menpunyai pelbagai tentang Dasar-dasar perjuangan parti Komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS,PKR dan DAP..
Ataupun,Dato Seri Buat pertandingan mencipta bendera Pakatan Rakyat.saya pun nak masuk jugak kalau pertandingan tu diadakan Dato Seri..Hidup PRK..Reformasi
Reply
hidopANWAR Reply:
May 31st, 2009 at 10:47 pm
Saudara faisal,
Olih kerana Pakatan Rakyat mementingkan kepentingan rakyat, saya cadangkan semua rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat tunjuk bakat mereka didalam pertandingan mereka dan mencipta lambang baharu untuk Pakatan Rakyat. Saya rasa tentu sekali hebat2 nanti rekaan bendera baharu Pakatan Rakyat!
Sekian wasalam…………..
Reply
fz1303 Reply:
May 31st, 2009 at 11:15 pm
bro hidup PRK? mcm salah ajer…
Reply
PR has a good chance to take over Perlis from Be End. PR will face challenge to topple Be End in the next BE in few states like Malacca, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, and Sarawak. PR will need to work hard and strategize! If this can be done, Malasia is in the hand of PR in the next GE. Move over Najib!!
Reply
Anak Jati Sarawak Reply:
June 3rd, 2009 at 5:06 pm
I think BN will still the dorminant party in Sarawak in next GE. Even if all other states vote for PR..we will remain the sole BN survivor state. Do you want to know why? Please come,visit and understand our situation, talk to our people, learn our culture/way of life, history…otherwise forget about conquering Sarawak.
Reply
harapan lama 1999 Reply:
June 4th, 2009 at 1:54 am
Helo bro…
Kawu dah kenyang kah?mun ko masih ingat gik waktu PRU 90an time ya Black-out kan seluroh Sarawak time itung undi lagik ya.tanyak org sesco,kinek tok lain zaman dah berlalu, dolok Sapi pun ko taruh calon BN pun di undi org…..bodo mcm lembu,,,,
Reply
majoriti besar undi kurang, apa dah jadi? 1294 undi merosot di Penanti. Lawan dengan calon bebas underdog saja pulak tu. PKR bukan main dasyat lagi dengan jentera pilihanraya yang kemas dan hebat. Meriam besar semuanya turun berkempen dan berceramah, namun undi merosot. Ada cerita lain ni, kena siasat mana perginya 1294 undi. Takkan pergi makan kenduri kahwin sampai tak negundi kot. Ataupun depa pi makan angin ke Padang Besaq beli periok belanga?
Reply
hidopANWAR Reply:
May 31st, 2009 at 10:50 pm
Amboi deepthroat, nama hang dasat ya. Mengingatkan aku………….
Jangan risaulah deep! Janji Pakatan Rakyat menang untuk meneruskan bakti dinegeri pulau pinang tu. Itu yang maha penting!
Reply
nanabagan Reply:
May 31st, 2009 at 11:00 pm
Awai-awai lagi dah kalah tak berani nak lawan, buat apa nak cerita pasai undi? Itu hanyalah angka yang menunjukkan fakta. Tunggu saja PRU13. Tok sah dok buat lawak boria. Yang keluar mengundi tu adalah penyokong setia PR dan lebih kurang 1000 UBN. Banyak yang atas pagar tak mengundi pasai BN tak bertanding. Kalau BN masuk dah tentu majoriti akan meningkat juga. Selama ini pun BN banyak menang undi hantu.
Reply
jin misai kontot Reply:
June 1st, 2009 at 2:39 am
wahai deep pot-pot,dahsyat betoi hang ni,ya tahniah PKR, wacayaju..ni deep pot-pot ni, dok kira pun tak reti,tak ada dlm sejarah pengundi mengundi 100% turun padang mengundi,20,000 pengundi berdaftar,20,000 juga turun mengundi,bodoh punya lembu,pasti yg turun mengundi hanya 70-85%saja dari 20,000 walaupun di kawasan nojeep,kenape takcayakah,lu tanya menteri bonggam yg selalu leleh air liur,YB muka petai…….kah.!
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 11:30 am
jin? ada misai? hahahahhaa hebat hang bagi dia…..syabas sahabah ku jin! Aik, masa bila lak aku da mulai kawan dengan makhluk jin ye? Jin, betol ke hang suka makan tulang dan asap?
Reply
jin misai kontot Reply:
June 1st, 2009 at 4:47 pm
Kayu balak kat pahang tu pun jin telan…hah.!sebab tu MB pahang dok tanam semula..
Reply
WIN-WIN WINNER Reply:
June 1st, 2009 at 3:33 pm
MINYAK URUT MEN,
Saya setuju jika perlis jatuh di tangan pakatan,sebab muka YB banyak mcm petai lah, tak layak nak lawa2 ego dan shook sendiri,siapa yg pilih muka camtu,agaknya nojeep 2 pakbu,lebih baik taruh lembu/kerbau.tak pandai kirapun speak E dan berucap pun mcm jual ubat urut..camna nak wakili rakyat…..pooooralah !
Reply
majoriti lebih besar????
memalukannn…kesian..tak pandai kira2 ye?
Reply
rakyat penanti Reply:
June 1st, 2009 at 12:07 am
myb r kot..menang majoriti.tp yg kuar mengundi bkn majoriti ponm minoriti haha…pa da…
Reply
storm62 Reply:
June 1st, 2009 at 2:21 pm
najamarine, ko ni buta kira ke? atau tak erti kira?
majority 5558 undi, kalo semua geng umno yg layak mengundi turut mengundi hanya 5000 undi umno saje kat Penanti, janganlah dok tipu sendiri la wei. jangan2 pengyokong Pak Lah kat sana pun undi Dr.Mansor…kah kah kah…yg nie pun bukan semua penyokong PR pi undi sebab dah taulah PKR mesti menang…kah kah kah.
kalau bn/umno BERANI, jom kita BUBARKAN DUN Perak dan tenguk siapa akan menang? BERANI TAK?
Berani kerana BENAR…Takut kerana SALAH!!!
Reply
mat jenin@anwar Reply:
June 1st, 2009 at 4:21 pm
sudah la pkr…geli aku…
Reply
Salam ..Tahniah Yb Dr Mansor,tahniah Pakatan Rakyat,mengikut perkiraan ,walaupun peratus keluar mengundi kurang ,yang penting Pakatan terus dgn kemenangan,kurang 1000 tu mungkin ada pengundi yg yakin PR menang dan tak perlu keluar mengundi.bagi umno be end yakinlah parti anda akan terus jadi pembangkang ataupun terus pupus dimuka bumi ini.takbir!!!!.
Reply
Syabas…syabas…PKR dengan kemenangan ini.
BN apa sudah jadi nie. Tak nak bertanding langsung. Tak ada calon kot. Profile calon tak ngam kot.
PKR…kat manapun siap sedia. Amacam ? Apa sudah jadi…..
Reply
deepthroat,
yang hilang 1294 tu mungkin disebabkan nama dlm senarai pengundi telah dilarikan oleh SPR ke tempat lain atau mereka yang tidak berapa ambil berat tentang politik yang berada di luar kawasan Penanti, terasa malas pulang ke kampung atau mengikut rombongan UMNO seperti yang saudara sangkakan, atau mungkin ada penyokong atau ahli PAS yang boikot senyap-senyap kot kerana mereka tahu BN tak akan menang di situ. Walau macam mana pun, kita bersyukur kerana PR telah menang.
Reply
Assalamualaikum semua………….Tahniah YB Mansor dan PR………..kami pemuda di negara ini telah yakin dengan perjuangan kalian semua……semoga PR akan menerajui negara sedikit masa lagi….Insya Allah………PR adalah pilihan yang tepat untuk rakyat Malaysia……Teruskan perjuangan DSAI dan PR…..untuk menegakkan keadilan kepada rakyat Malaysia….Takbir!!!
Reply
sedara depthroat, kau ni tak kan bodoh sangat macam melayu umno,kan pengundi tu ada yg menjadi ahli parti dan tak berparti. jgn dok sibuk fikir yg 1294 yg pasti kalau pon 80% yg turun mengundi BN tetap kalah
Reply
THANIAH KEPADA PROF DR MANSOR SEMOGA KEJAYAAN ANDA MEMBAWA MAANFAT KEPADA SELURUH RAKYAT PULAU PINANG DAN KHAS UNTUK PENDUDUK DI DUN PENANTI . PILIHAN ANDA ADALAH PILIHAN YANG AMAT PENTING SEKALI UNTUK MEMBAWA PULAU PINANG KEMERCU KEJAYAAN. PADA AHLI UMNO DAN PENYOKONGNYA JANGAN BERASA CEMBURU TERHADAP KEJAYAAN PAKATAN DAN DR MANSOR, SALAHKAN PM ANDA KERANA TIDAK MELETAKAN CALUN BN DI PRK PENANTI, PADA PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT SEGALA USAHA USAHA KAMU SEPANJANG KEMPEN DI DUN PENANTI TELAH MEMBUAHKAN HASIL YANG BEGITU HEBAT SEKALI TIDAK LUPA JUGA PETUGAS PETUGAS PARTI PAKATAN KERANA BERTUNGKUS LUMUS MEMBAWA PENGUNDI KEPUSAT MENGUNDI DAN BERKEMPEN DARI RUMAH KE RUMAH TANPA MENGHARAPKAN SEBARANG GANJARAN , SEKALUNG THANIAH KEPADA MEREKA .DATUK SERI ANWAR TELAH MEMBUKTIKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BAHAWA HANYA PARTI PAKATAN YANG BAKAL BERKUASA SELAMA-LAMANYA DI MALAYSIA. THANIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MISI PRK DUN PENANTI.
Reply
http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2009/05/analisis-pru-penanti-dr-mansor-adun.html
Reply
tahniah buat pakatan rakyat.
pintaku sekarang laksanakan pembangunan di negeri2 yang diperintah pr kerana rakyat sedang memerhatikan bahawa pr adalah politik masa depan di malaysia so jgn hilangkan mod rakyat sekarang dengan tidak turun padang selalu melihat rakyat bawahan yang memberikan amanah menjaga bumi malaysia ini.
Reply
agak2 la Kak Min duk buat apa skrg ni ye hehehe
Reply
matPenang Reply:
June 5th, 2009 at 12:06 pm
dok tengah tumbk sambal nak masak gulai kot…nak jemput org mai umah, pastu tu pasang cctv lg…keh keh keh…idak pun tengah dok pasang cctv kat tiang-tiang tepi jalan….hehehehe..
Reply
saudara najamarine. kau ni bodoh math ker makna mojority pon tak faham kau tanya sprm sebab diaorang yg umumkan keputusan undi
Reply
Hidup PR!
Hidup PKR!
Hidup PAS!
Hidup DAP!
Reply
Menang lagi… berapa PRK? semua PR menang. Syabas AKU NIE ucapkan. Tak kira lah apa pun alasan samada menang besar ke menang kecil ke. Dasarnya ialah bekerja untuk rakyat jadi bila Dr Mansor dah dapat mandat ni mestilah kerja untuk rakyat ye.. tak kira apa pun sogokan ke ugutan ke dari Pak Najib yang penting Dr Mansor kuat iman jangan termakan perkara yang tak bagus tu. Kami rakyat ni tak mahu orang yang ego cakap besar dan malu berdamping rakyat. Tak salah makan di warong tak salah solat di surau dan tak salah naik kereta cabuk kan.
Dekatkan diri dengan Allah kerana DIA lah yang memberi petunjuk.
Buat yang tidak keluar mengundi tak kira apa pun alasan anda, lain kali jangan buat lagi kewajipan adalah di tangan kita. Buat yang nak keluar tapi takut lak, biarlah takut bertempat. Buat yang telah dinafikan hak undi mereka buatlah laporan polis kerana pertukaran nama ke pusat undian lain tanpa persetujuan anda adalah salah disisi undang-undang kecuali berlaku pecahan kawasan undian dimana berlaku penubuhan Parlimen baru.
Buat Halik Zaman. Syabas walau anda bukan lagi orang penting di PKR tetapi semangat juang untuk rakyat anda masih kuat. Inilah yang perlu ada pada setiap orang, berjuang bukan untuk diri sendiri tetapi adalah untuk sekeliling.
Manik Urai… PR pasti menang InsyaAllah. bukan kerana PR terlalu kuat tetapi kerana BN sudah terlalu lemah.
Reply
Tahniah YB Dr Mansor…walaupun menang 1 undi, tetap Menang….
Apa nak heboh2….majoriti 5 ribu ke…. ramai BN tak mengundi ke….
ramai orang pkr tak mengundi konfiden PR menang ke….semuanya telah selesai
full stop. Sekarang kita kerja keras majukan bumi ppinang…ok. dan insafkan
UMNO/BN supaya bersama2 majukan orang kite… Selepas ini kita ke MAnik Urai
…PR lagi….Lepas itu ke Selatan…NS ke, Melaka ke, dan Johor ke, Kalau
diizinkanNya nak test orang selatan pula, Sesungguh Allah Maha Adil…yang hak
tetap hak. Semuanya dengan ketentuanNya…..Kalau diambilNya YB di sana, kita tak
tahu,
Kita tunggu jele…kita ajau dia.
Wallahualam…..
Reply
SALAM SEJAHTERA MALAYSIA!TAHNIAH PKR, TAHNIAH DSAI.SYABAS YB MANSUR!
TAHNIAH KEPADA CALON YANG BERJAYA DIPENANTI.SORRY AUNTIE MIN,TRY AGAIN NEXT ELECTION. HARAP KAK MIN DAFTAR DIRI DI MANA MANA KELAS YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN POLITIK.KAN KITA DAH KATA, RAKYAT MALAYSIA TAK BOLEH DI BELI DENGAN TAKTIK TAKTIK KOTOR YANG LAPUK LAGI USANG.
ZAMAN DAH BERUBAH, MAKCHIK!
KINI ANAK ANAK MUDA DAH CELIK MATA.DAH BIJAK MENILAI.SEKARANG RAKYAT NAK MENIKMATI KEMAKMURAN SECARA HALAL DAN SAKSAMA.YANG DAH KAYA CUKUPLAH, BERI LAH PELUANG KEPADA YANG MASIH MISKIN. INGAT! PELUANG MEMANG WUJUD UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.FAHAMLAH RAKYAT MALAYSIA ZAMAN SEKARANG DAH TAHU MENGERAT TULANG MASING MASING.KHASNYA MASYARAKAT MELAYU, RATA RATA BUKAN HARAP SANGAT DENGAN BANTUAN KERAJAAN.RAKYAT HANYA NAK JENTERA KERAJAAN MENJALANKAN TUGAS DENGAN BETUL DAN TULUS DAN BUKAN HANYA NAK PULUS!
KALAU KITA BUAT SEDIKIT PENYELIDIKAN MAJORITY RAKYAT MALAYSIA HANYA MAHU SATU KERAJAAN YANG TULUS DAN IKHLAS IAITU PEOPLE FRIENDLY GOVERNMENT.MANA BOLEH KITA BOLEH PILIH CALON MACAM AUNTIE MIN SEBAGAI WAKIL RAKYAT.ONE HAS TO BE HONEST AND A LITTLE BIT OF INTELLIGENCE UNTUK MEMEGANG JAWATAN DIDALAM PARTI MAHUPUN DIDALAM KERAJAAN.
YB MANSUR TERUSAKAN LAH CABARAN MU SEBAGAI PEMIMPIN YANG BERWIBAWA MACAM DSAI,YB NIZAR,SAUDARA GUAN ENG, SIVAKUMAR DAN HONEST MACAM TOK GURU!YB MANSUR BERILAH PERKHIDMATAN KEPADA SEMUA ORANG TANPA KIRA ASAL USUL WALAUPUN DARIPADA BN.BERGERAK MAJU YB!
GOD BLESS!
Reply
Salam.Tahniah atas kemenangan YB Dr Mansor dan Pakatan Rakyat. Kesepakatan dan kerja kuat telah membuahkan hasil. PKR perlu bekerja lebih kuat dalam memperkasakan parti. Terdapat Bahagian dan cawangan yang sejuk dan tidak bergerak aktif dalam persediaan PRU13. YB Azmin, bagaimana usaha-usaha memperkasakan parti. Sudah bergerak belum.
Reply
tahniah kepada Pakatan rakyat dan juga warga pengundi Penanti…..
ada kerja besar menanti kita semua bertugas dengan penuh dedikasi rakyat memerhati…
selepas penanti kita ada tugas besar juga di Manik Urai…
Reply
tahniah buat saudara Mansor atas kemenangan di Penanti
saya tetap menyokong PR……
kami mahukan perubahan….
hapuskan ISA…
hapuskan AUKU…
hapuskan KEZALIMAN dan PENINDASAN
martabakan semula hidup RAKYAT…
martabakan semula BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK…
martabakan semula ISLAM…
Reply
Syabas PKR!
Reply
mesej jelas untuk kerajaan BN…..Next election pasti tumpang
Reply
shukur alhamdulillah, kemenagan PR diatas cinta abadi pengundi Penanti dan doa’ seluruh rakyat Malaysia yang mahukan pembaharuan dalam negara tercinta ini. Syabas DSAI, YB Dr. Mansur dan seluruh warga terlibat.REFORMASI…TAKBIR…
Reply
Alhamdulilah kita menang lagi dan lagi . Tahniah kepada semua yang terlibat. Inilah suara rakyat yang inginkan kesejahteraan dan keharmonian. Kepada kesemua YB PR, tingkatkan prestasi, turun padang dan dampingi rakyat. Tunaikan segala yang telah dijanjikan dan jangan buat rakyat kecewa kerana SUARA RAKYAT sangat berbisa. Benar kata AKU NIE – Tak turun darjat YB makan diwarong, tak salah solat disurau dan tak hilang penghormatan YB naik kereta cabuk, Jangan seperti YB …. tu, yang kebanyakannya lebih mengutamakan main golf berbanding buat kerja untuk rakyat. Kita sebagai rakyat yang menyokong PR – tanyalah pada diri kita apa yang telah kita lakukan untuk kemajuan parti dan negara dam bukan disebaliknya mengharapkan apa yang parti buat untuk kita. Semoga PR terus maju dan berjaya.
Reply
Salam.Tahniah atas kemenangan YB Dr Mansor dan Pakatan Rakyat…..nenek moyang aku juga dulu UMNO….tapi aku tak ikut jejak mereka kerana UMNO dulu lain (berjiwa rakyat) dan sekarang UMNO lain (perlingkup rakyat) dan aku sekarang penyokong Pakatan Rakyat. kerap2 lah turun padang berjumpa rakyat sepertimana saudara berkempen..rakyat mahukan kekayaan sama rata..SALAM REFORMASI..
Reply
tahniah diucapkan kepada pr..
Tahniah atas kemenangan ini
drpd admin
downloadmoviedirect.blogspot.com
tvceramahanda.blogspot.com
blogtokguru.blogspot.com
Reply
dan satu lagi…tapi tak ada kaitan dengan topik PRK…kalo kita boleh maafkan negara jepun dan negara china(terutama komunis) yang pernah menyerang negara kita dulu,kenapa kita(generasi muda dan tua) tak boleh maafkan chin peng?kan agama islam dan agama kristian sudah mengajar kita supaya saling bermaaf2an?tak guna kita berdendam…mana boleh kita boleh hidupkan kembali org yang kita sayangi dengan membunuh chin peng,betul tak?
Reply
Faza Reply:
June 1st, 2009 at 10:45 am
Salam
Saya boleh maafkan Chin Peng kerana perjuangannya telah diputarbelitkan oleh UMNO n BN. Saya tak akan maafkan UMNO kerana dia menghilang kan Bahasa Malaysia untuk rakyat Malaysia, menghilangkan Tulisan Jawi bagi orang Melayu dan mendungukan pemikiran orang-orang Melayu dengan menyekat berita benar didalam media masanya.
Walaubagaiman Tahniah kepada Dr.Mansur dan petugas PR
Reply
HARAPAN LAMA Reply:
June 1st, 2009 at 2:02 pm
tok,bom,
Ikut hati,memang niat kita nak buang Chin Peng tu jauh2,sebab dah menderhaka bangsa dan negara,,tapi cadangan aje perlu si chin peng ni di bawa pulang,sebab rakyat malaysia mahu kuburnya atau tengkoroknya dijadikan TUGU diMalaysia ini,buat tetapan anak cucu kita nanti.`INILAH TUGU PENGKHIANAT BANGSA & NEGARA KITA..Pacam..! renung2..
Reply
rakyat penanti Reply:
June 1st, 2009 at 10:25 pm
ceh..xde moral pe ko nk maafkan cheng peng.kang ke dibawanye fahaman komunis kok ko skit.pnat2 nenek moyang ko berjuang.sudah lumrah anak muda skrg melupakan peristiwa lampau.bek ko blik..g sek blik…blaja sejarah.buta sejarah tol.
Reply
AWANG ALAK BATATAR BENONI Reply:
June 1st, 2009 at 10:58 am
MASAALAHNYA….KALAU DINEGARA CHINA ATAU DINEGARA JEPUN…PENGGANAS DIHUKUM MATI…SIAPA CHIN PENG
PADA PANDANGAN ANAK MALAYSIA…NEGARAWAN ATAU PENGGANAS….NAK MAAF APA…
Reply
ANAK MALAYSIA Reply:
June 2nd, 2009 at 3:17 am
tak baik simpan perasaan dendam…nnt blh bertukar menjadi racun/penjahat dalam jiwa pulak…….dan satu lg siapa yang membawa ajaran komunisme ke seluruh dunia kalo bukan KARL MARX dr NEGARA USSR(yg kini dikenali RUSSIA)
Reply
Raymond Reply:
June 1st, 2009 at 11:56 am
awang alak batatar benoni,
keras kata2 awak tu…. kalau macam tu pulau aje barangan jepun, jgn berdagang dgn jepun, jgn bagi kontrak ke jepun dan suruh orang jepun keluar dari malaysia. mereka lebih kejam dari pkm. mereka telah pancung, bunuh, memperkosa rakyat malaya dan membuat mereka hamba abdi di sungai kwai di burma.
kalau m’sia boleh maafkan jepun dan trus hidup berdagang dengan mereka salpe kita tak boleh lupakan saja sejarah pkm. kerajaan m’sia bukan kah telah berbaik dengan pkm semasa meterai deklirasi haadnyai dulu pada tahun ’89.
Reply
mat jenin@anwar Reply:
June 1st, 2009 at 4:25 pm
Raymond ,…ko dulu bekas PKM ker??? tak pun tok engkau???sokong bebeno chin peng tu!!
Reply
storm62 Reply:
June 3rd, 2009 at 7:51 pm
ish ish..dulu musa hitam memberi isyarat membunuh umat2 islam diKg Memali apa pasai tak halau dia keluar dari Malaysia? orang2 Kg Memali pulak yg kena diheret keluar dari Kg mereka sendiri…inilah KERAjaan bn/umno ke?…ish ish ish kejamnya.
tahniah kpd semua pengundi PR di Penanti
tak sabo nak tunggu pilihanraya kecil di Perak
tak wakil di Perak ni mcm sihat2 belake jah !!!
ni tentu ikut nasihat orang SPR !!
Reply
jom semua pendokong PR,kita turun dan doa utk kemenangan di manek urai pula.kasi hancur bn.bn berani masuk manek urai kerana dia tahu sana pedalaman.konon2 boleh tipu org kg la tu.nak buat macam batai ai.BERSUNGGUH NAMPAK BN NI.JANGAN HARAP LA BN.Kepada pengundi MANEK URAI SEDAR LA TEMBERANG BN.BN PARTI YANG MUSNAHKAN AGAMA KITA.SAMA2 LA KITA SOKONG PAS YE.HIDUP ISLAM.
Reply
SYABAS PKR…
SYABAS PAKATAN RAKYAT…
LAWAN TETAP LAWAN…LEPAS NI KITA KE MANEK URAI…
MARI KITA TENGOK SIAPA YANG MENANG…
Reply
Rahsia anak muda sokong Pakatan
Amin Iskandar | May 15, 09 2:57pm
Selepas tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008, iklim politik di Malaysia terus panas dan menyaksikan penyertaan aktif rakyat dalam politik.
Perkembangan ini semakin rancak apabila beberapa siri pilihanraya kecil yang berlaku selepas itu bermula di Permatang Pauh, diikuti Kuala Terengganu dan kemudian Bukit Gantang.
Krisis politik di Perak dan isu penentangan terhadap dasar kontroversi PPSMI ibarat “menyimbah petrol” ke api yang sedang marak.
Golongan muda tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan pergolakan politik tanah air. Setakat ini, majoriti anak muda di Malaysia lebih condong untuk menyokong Pakatan Rakyat berbanding BN.
Perkembangan ini diakui sendiri oleh pimpinan-pimpinan BN apabila parti pemerintah tersebut tewas di kebanyakkan saluran pengundian 3 dan 4 yakni saluran pengundi muda dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa siri pilihanraya kecil.
Ramai penganalisis melihat kencenderungan golongan muda bersama Pakatan kerana mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat alternatif di internet, berbanding golongan tua yang sudah terbiasa dengan maklumat daripada akhbar atau televisyen.
Memang satu faktor yang tidak dapat dinafikan, internet memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya umum yang lalu.
Sebab itulah ramai pemimpin-pemimpin BN membuka blog sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke-12 diumumkan kerana menyangka bahawa mereka kalah teruk oleh kerana tidak mempunyai blog!
Mereka ini terlupa bahawa jika semua pemimpin BN mempunyai blog atau laman web sekalipun, ia menjadi tidak berguna jika idea yang disampaikan tidak berbeza daripada apa yang boleh dibaca di Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Maklumat basi ini tidak akan berdaya menarik minat dan selera orang muda, jauh sekali mampu mengubah trend sokongan golongan muda terhadap BN.
Sifat melawan atau “rebel” memang tersemat dalam diri golongan muda. Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana golongan mudalah yang bangkit untuk melawan sesuatu regim atau kediktatoran.
Di negara jiran Indonesia, kita dapat melihat bagaimana golongan muda yang majoritinya mahasiswa memimpin rakyat untuk menumbangkan regim Soeharto yang telah memimpin selama lebih 30 tahun.
Dalam sejarah gerakan reformasi di Malaysia sejak 1998, kita dapat melihat bagaimana berbondong-bondong mahasiswa dan anak-anak muda bersama-sama rakyat dalam demonstrasi-demonstrasi anti-Mahathir Mohamad pada ketika itu.
Penentangan golongan muda terhadap regim BN bertambah hebat pada hari ini oleh kerana Pakatan berjaya meyakinkan golongan ini bahawa mereka (baca: Pakatan) adalah alternatif yang terbaik bagi BN.
Jika Pakatan terus bersatu dan bertambah kukuh sehingga pilihanraya umum akan datang, sokongan kuat golongan muda akan semakin meningkat berikutan pertambahan jumlah pengundi muda dalam daftar pemilih.
BN yang ditubuhkan oleh perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein pada 1973 sebagai menggantikan Perikatan telah memerintah Malaysia dengan begitu lama. Jika dikira dengan zaman pemerintahan Perikatan, mereka telah mentadbir negara bermula dari tarikh kemerdekaan sehinggalah hari ini.
Apabila sesuatu parti politik memerintah dengan begitu lama dan tambahan lagi sentiasa dalam keadaan kuat (mempunyai majoriti 2/3 di parlimen) sebelum ini, maka lahirlah satu sifat “kerajaan sentiasa betul”.
Seperti apa yang dikatakan oleh bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, bahawasanya presiden Umno itu seseorang yang paling berkuasa di dunia.
Zaid membandingkan kuasa yang ada pada presiden Umno berbanding dengan presiden Amerika Syarikat.
“Jika di Amerika, Obama perlu menjawab kepada Dewan Senat, Parti Demokrat dan media, di Malaysia presiden Umno (perdana menteri) boleh berbuat sesuka hatinya tanpa perlu menjawab kepada sesiapa berhubung dengan tindakannya” katanya dalam sebuah forum yang bertajuk ‘Can Najib Deliver His Reform Promises?’ bulan lalu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
Pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Dr Mahathir pada 1993 telah menjadikan perdana menteri Malaysia begitu berkuasa apabila raja-raja boleh diseret ke mahkamah khas. Oleh kerana itu, lahirlah sifat angkuh dan sombong pimpinan-pimpinan Umno dan BN.
Apabila Umno dan BN merasakan mereka terlalu kuat dan tidak mampu dicabar oleh kumpulan-kumpulan lain, maka mereka menjadi sukar untuk menerima idea-idea baru atau bertentangan.
Mereka mahu paksakan kepada golongan muda untuk mengikut cara mereka dan tidak menerima segala kritikan yang diberi. Lihatlah apa yang terjadi kepada orang muda seperti Khairy Jamaluddin di dalam Umno?
Walaupun beliau telah menang sebagai ketua Pemuda Umno menewaskan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir, beliau tidak dilantik untuk menganggotai kabinet baru Najib Razak – antaranya kerana Khairy tidak mengikut “acuan” yang diinginkan banyak “warlord” Umno.
Khairy tidak dimahukan lagi oleh Umno oleh kerana beliau tidak bercakap dalam bahasa Umno. Sikap politiknya yang liberal dan tindakannya mempertahankan media alternatif seperti Malaysiakini atau The Malaysian Insider apabila diharamkan untuk membuat liputan dalam perhimpunan agung Umno bukanlah ketua Pemuda yang dimahukan oleh pembesar-pembesar Umno.
Pembesar-pembesar Umno mahukan ketua Pemuda yang boleh bercakap dalam bahasa Umno seperti “Umno perlu kuat”, “ISA untuk mempertahankan hak Melayu” dan “media alternatif adalah agen asing”. Kenyataan-kenyataan seumpama ini hanya boleh dituturkan oleh Khir Toyo atau Mukhriz Mahathir yang mempunyai ideologi “ultra Umno”.
Umno menganjurkan pelbagai demonstrasi apabila berlakunya krisis Perak. Kita boleh lihat berapa ramai golongan muda yang menyertai mereka berbanding dengan puluhan ribu yang hadir di kediaman MB Perak untuk mendengar ucapan Nizar Jamaluddin yang dirampas kuasanya.
Propaganda Umno untuk mengajak anak muda menentang Nizar yang dikatakan “menderhaka” kepada Sultan Perak tidak mendapat sambutan. Propaganda yang mengatakan bahawa Nizar adalah agen DAP juga tidak dapat mempengaruhi pengundi-pengundi di saluran 3 dan 4 yang majoritinya memberikan undi kepada Pakatan dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, awal April lalu.
Oleh kerana BN sudah terlalu lama berkuasa, mereka sering memandang rendah kepada tahap keintelektualan rakyat terutamanya golongan muda.
Lihatlah bagaimana TV3 cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan propaganda-propaganda tahun 1960-an.
Meluat dengan apa yang merek saksikan telah mendorong anak muda beramai-ramai untuk membantu Pakatan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau upah. Buah fikiran dan tenaga yang diberi dianggap sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilakukan walaupun mereka tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.
Di Bukit Gantang, saya terjumpa dengan sekumpulan penulis blog anak muda yang telah berkampung di kawasan parlimen tersebut untuk memastikan kemenangan Nizar Jamaluddin.
Ada yang telah berada di Perak semenjak berlakunya krisis politik di negeri tersebut dan telah berbulan-bulan tidak pulang ke rumah. Mereka mencari dana sendiri dan beroperasi siang dan malam untuk melaporkan perkara sebenar yang berlaku di negeri Perak dan menjawab propaganda-propaganda BN di alam siber.
Melihat ketabahan dan semangat mereka menyebabkan saya berasa terharu. Pakatan sangat beruntung kerana mempunyai sokongan yang begitu kuat daripada golongan muda yang merasakan melawan BN sebagai satu tanggungjawab berbanding dengan penyokong-penyokong BN yang sentiasa mengharapkan wang dan upah.
Jika Pakatan terus membawa api perjuangan dan agenda perubahan, saya yakin golongan muda akan sentiasa bersama mereka.
Saya bersetuju dengan Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) yang menyatakan dalam temubual majalah Off The Edge bahawa Najib hanya mampu menjadi PM selama tiga tahun sebelum pilihanraya umum ke-13 dengan syarat Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang terus duduk bersama dan Pakatan kukuh.
Jika Pakatan berpecah dan pemimpinnya sentiasa bergaduh sesama sendiri, harapan, buah fikiran dan tenaga golongan muda yang membantu kemenangan mereka akan menjadi sia-sia.
Malaysia tidak akan menemui perubahan sehingga sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang.
ZIK:
DS,
Harap Dr. Mansor boleh adakan blog beliau sendiri; sebab saya dan ramai lagi ingin berkomunikasi dengan beliau bagaimana nak memajukan dan memakmurkan lagi Kpg2 Melayu..dan saya rasa ramai juga kawan bukan Melayu pun begitu..!!
Harap beliau boleh dekat berkomunikasi dengan rakyat secara tradisonal mahupun melalui medium internet..Buatlah lawatan ke kawasan2 kpg Melayu, Cina dan India..jadikan setiap bulan satu hari utk berjumpa dan buat lawatan kerumah2 org kampung bertanyakan masalah dan menyelesaikan masalah!!
Reply
WIN-WIN WINNER Reply:
June 1st, 2009 at 4:32 pm
Yessssssss! absolutely cunn,tahniah u right,Dsai/hadi/Lim pliz brilledasure every sofhisticated reform to proaktif PAKATAN ineyes of BN …..
Kami yg berjiwa harapan pada negara dan rakyat inginkan sebersih2nya Malaysia akan menjadi mercu tanda politik dimerata Dunia…Amin
Reply
TAHNIAH DR MANSOR.DAH BERGELAR YB KAN.DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SELALU PIKIRKAN PERJUANGAN DAN RAKYAT INSYALLAH ANDA AKAN SELAMAT.KUBURKAN BN!UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,SAYA SANGAT BERSYUKUR KERANA IDUP MEMBESAR DIKELANTAN.BANGGA JADI ANAK KELANTAN.SUASANA DI KELANTAN PENUH BERKAT.INILAH BERKAT KEPIMPINAN YANG TIADA RASUAH,PIMPINAN YANG BENAR.WALAUPUN KELANTAN NEGERI YANG SUMBER TERHAD TAPI RAKYATNYA MEWAH BERBELANJA.HIKMAH DARI ALLAH.ALHAMDULILLAH.SEKARANG SAYA KEJE KAT SELANGOR,SUASANA MACAM DI KELANTAN PUN DAH ADA.SUASANA MASJIDNYA TIDAK SEPERTI DULU.TERASA SANGAT BEZANYA SEMASA BN PERINTAH.DIHARAP SELANGOR TERUSKAN PIMPINAN YANG BENAR,TANPA RASUAH INSYALLAH KEBERKATAN ALLAH YG BN TOLAK DAN LAWAN DULU SELANGOR AKAN DAPAT KEMBALI.DAH ADA DAH SEKARANG:-)TAHNIAH DSAI.SEMOGA ALLAH LINDUNGI DS.SEMOGA ALLAH BERIKAN KESIHATAN DAN KEKUATAN KEPADA DS UNTUK MERANCANAKAN STRATEGI KUBURKAN BN.BERPAKATLAH ELOK2 DENGAN PAS DAN DAP.
Reply
Kemenangan di jangka… namun bukan setakat untuk membuaikan mimpi indah sahaja… PR perlu pertahan perjuangan agar terus diterima rakyat jelata… bukan sekadar PR dipilih kerana bencikan BN… tetapi asas perjuanagan yang akan menjadi tunggak penerimaan rakyat… rata-rata semenjak najib menjadi PM, rakyat tidak boleh bercakap sebarangan walaupun ada kebenarannya, pasti akan di datangi pak polisi atas asas menghasut dan fitnah…. namun dia sendiri tidak berani mengheret orang yang berkata ke mahkamah sebagai saman fitnah… apa dah jadi… rakyat bukan buta lagi… nampaknya kepimpinan telah arah menguatkan kuasa ala cara perintah kuku besi… kita harus tenang jangan biar diri terperangkap… PRU13 kian hampir… kita harus usaha pastikan UMNO/BN di talqin… amin…
Reply
Tahniah pr.PR MENANG LAGI….LAGI…DAN LAGI..
ASALKAN PR MENANG DLM MANA AJA PILIHAN RAYA.KITA RAKYAT MALAYSIA BOLEH TUTUP MULUT BUSUT SEMUA MEREKA BN/UMNO YG BERBAU PERKAUMAN.
HANTAR MEREKA SEMUA KE DERHA..SECEPAT MUNKIN…….FIKIR FIKIRKAN!!!!
Reply
anak malaysia, aku setuju dgn kau, aku rasa orang umno bukan islam, sifat hasat dengki dan dendam kesut ada dlm diri mereka, chin peng dah tualah kau dan aku pasti dia dah menyesal dgn apa yg berlaku dulu, aku takut chin peng masuk islam bertaubat tiba2 mati masuk syurga, yg kita bersifat dendam tak tentu kemana entah2 masuk neraka. lagi satu mungkin ianya stu hidayah…..mcm si bekas askar dah jadi lawyer knp tak syukur………
Reply
tahniah kepada Pakatan Rakyat atas kemenangan PKR di Penanti.
Yang penting , dah menang kena buat kerja tunaikan janji dan tugas.
Pedulikan komen dari UMNO dan sekutunya sebab mereka tak bertanding, jadi tak payah nak layan sangat paper dan tv UMNO tu.
Pastikan jentera digerakkan pula ke MANEK URAI untuk menangkan calun PAS.
Reply
Tahniah Pakatan Rakyat!!!!!
Reply
congrate!congrate!
we need a change of goverment!
lets give a chance to Pakatan Rakyat to rule this country
Reply
Assalamualaikum DSAI..
Moga-moga sihat di samping keluarga, sahabat, dan penyokong setia Datuk Seri. Tahniah kepada Parti Keadilam Rakyat kerana masih mengekalkan kerusi DUN Penanti. Tahniah juga kepada Dr. Mansor kerana berjaya meyakinkan rakyat serta berjaya untuk menambahkan undian dalam prk kali ini berbanding pru yang lepas. Dalam suasana politik tanah air kini menunjukkan bahawa perlunya rakyat untuk sedar dan bangkit untuk memilih pemimpin yang bebas daripada rasuah serta yang mengamalkan politik yang tidak sihat. suasana yang belaku di negeri Perak amat mendukacitakan malahan membawa resah kepada rakyat. Ini memerlukan suatu perubahan di dalam corak pemerintahan negara dan memelukan pemimpin yang bersih serta yang benar-benar mampu untuk mempertahankan perlembagaan negara. Saya berharap dengan kemenangan bagi Parti Keadilan Rakyat amnya serta Pakatan Rakyat khususnya akan memberikan harapan kepada rakyat seterusnya memungkinkan perubahan kerajaan di dalam Pru yang akan datang. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah di atas kemenangan ini dan kekalkan kemenangan untuk rakyat. Hidup rakyat
Wassalam…
Reply
Tahniah kepada penduduk-penduduk Penanti, anda sememang bijak berpolitik untuk menentu halatuju masa depan anda.
Tahniah juga kepada seluruh pertugas-petugas PR yang bertungkus lumus memastikan kemenangan PR.Jasa-jasa anda semua akan dikenang oleh lapisan generasi yang akan datang.
Harapan saya semoga suatu hari nanti keluarga saya dapat bergambar dengan DSAI & DSWA.
Reply
TAHNIAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM……SYUKUR & MENANG DI DUN PENANTI.
LAPORAN MENYATAKAN PERATUSAN UNDI MEROSOT KERANA:
1. MEDIA (TELEVSYEN, RADIO DAN AKHBAR) LANGSUNG TIDAK MEWAR-WARKAN TARIKH 31 MEI 2009 SEBAGAI HARI MENGUNDI DI DUN PENANTI.SEMUA MEDIA MASSA SEPI DAN HANYA TAYANGKAN RANCANGAN DRAMA DAN HIBURAN.
2. RAKYAT TAK TAHU SEMALAM HARI KELUAR MENGUNDI DI PENANTI. HANYA PENYOKONG SETIA PKR KELUAR UNDI.
3. RAKYAT HANYA PILIH PARTI YANG MEMPERJUANG KEBENARAN.
WASSALAM.
PEMERHATI BEBAS (BN & PR)
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 1:53 pm
Sedara Pemerhati Bebas,
Setelah ku ikuti perkembangan perjuangan2 dua pakatan gergasi besar ini iaitu Bn dan pakatan Rakyat, terus aku da dapat keputusannya siapa yang layak membela rakyat! tak ada pon aku masih bebas lagi! Dah matang da wajar mana yang patut aku sokong………
Reply
Tahniah,tahniah,tahinah, kepada PRK yang telah menang.Ana tak sabar(2x) menanti PRU ke 13.
Malaysia baru,Malaysia boleh .
Kepada: DSAI semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk meneruskan Malaysia baru.
Wassalam…
Reply
manek urai oh manek urai..demo tungu tau.tak lama lg ada satu kaum akan janji kat demo dapat jalan raya baru, sekolah baru,bantuan sana bantuan sini..nanti kaum tu akan bagi pitih,banyak…takpe la demo ambik la semua tu,sbb kaum tu tak lama lg akan pupus mcm kaum aad jugak..
Reply
smua,
TOLONG BACA KERATAN AKHBAR DIBAWAH…. PIKIRKAN MAINAN POLITIK SESETENGAH ORANG… PADA 7MEI LALU BANGKIT HAL 13MEI’69. SELEPAS TU HINGGA SEKARANG MENGENAI PKM. DAN SEKARANG SEPERTI KERATAN AKHBAR DIBAWAH. JANGAN GADAI PERPADUAN UNTUK MALAYSIA BAGI RAKYAT MLAYSIAN KEPADA MEREKA YANG MASIH INGINKAN PERPECAHAN PERKAUMAN.
————————————————————————————
KDN Didesak Perjelas Isu Penemuan Senjata Api di Perak
Posted by admin
Monday, 01 June 2009 00:18
(TV Antara) – Sebanyak lapan senjata api, hampir 100 peluru M-16, berpuluh-puluh kelongsong peluru dan beberapa alat penyerap bunyi senjata ditemui dalam dua buah beg di Kampung Tawas, Ipoh, baru-baru ini.
Penemuan kesemua senjata api itu dari jenis sub-mesingan dan pistol itu ditemui dekat sebuah kilang simen berhampiran kawasan berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.
“Ini dalam siasatan…saya tidak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.
Sementara itu menurut Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah ” Penemuan senjata api di Ipoh itu ada perkaitan dengan politik”.
Reply
bullet Reply:
June 1st, 2009 at 6:58 pm
salam,
ini nak cap DAP cam komunis!!! dah dpt agak dah
apa susah m16 tentera yg pakai, no serial pun ada kat situ….semak jer la
pulis raja dimalayISA!!!!bila la nak taubat
Reply
TAHNIAH BUAT PAKATAN…. KAMI ANAK2 MUDA DISABAH AKAN MEMBUAT KEJUTAN PADA PRU NANTI.. TERUSKAN PERJUANGAN ANDA… JOM KITA TAMATKAN RIWAYAT UMNO-BE END YANG HANYA PANDAI MENIPU DAN MENGHASUT RAKYAT SAHAJA. KEPADA DSAI SEMOGA KEMPEN2 CERAMAH ANDA DISEBELAH SINI AKAN MUNCUL DIMASA-MASA AKAN DATANG…
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 4:30 pm
Sahabahku sabahan,
Pastikan ramai barisan2 pemimpin2 dari Sabah dan Serawak yang tidak ada rekod kotor untuk berduyun2 mengikuti setiap ceramah2 Pakatan Rakyat di semenanjung!
Eloklah pemimpin2 sana belajar berkempen dari pemimpin2 disemenanjung sebab saya fikirkan eloklah anak2 Sabah dan serawak sendiri yang menjelajah berjumpa rakyat dinegeri2 sana hingga ke perdalaman sekali pon.
Bawaklah cd2 dari ceramah2 kepimpinan Pakatan Rakyat dari semenanjung dan buatlah tayangan gambar di padang2 sekolah yang lapang supaya rakyat disana dapat mendengar apa yang diperkatakan pemimpin2 dari semenanjung!
Barisan pemimpin2 dari Sabah dan Serawak kena yakin bolih belajar dari pemimpin2 di semenanjung untuk dibawa didalam ceramah2 di sana.
Buat selalu tayangan gambar dari cd2 ceramah2 Pemimpin2 Agung Pakatan Rakyat sebab apa2 yang diperkatakan didalam cd2 itu semua sudah jelas bagi rakyat Sabah dan Serawak untuk memahaminya…….
Oleh kerana Sabah dan Serawak adalah negeri2 yang besar, ajaklah semua rakyat sana berduyun2 datang mendengar penceramah2 agung dari Pakatan Rakyat apabila mereka berkesempatan memberi ceramah disana.
Saya rasakan, biarlah pemimpin2 Sabah dan Serawak jua yang berkerja kuat berjumpa rakyat disana dan jangan sekali2 persalahkan kepimpinan dari semenanjung jika mereka tiada berkesempatan! Anak sabah dan serawak jua yang wajar memimpin rakyat disana dengan bekerja erat dengan Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat…..
Sekian wasalam
Sekian wasalam sahabah…….
Reply
Peratusan kluar mengundi kurang… Kenapa media BN kepoh sangat pasal ni, bukanke BN-UMNO yg ajar… Penanti, BN tak letak calon, maknanya BN tak mahu ada tanggungjawab… Jadi kenapa nak diherankan sangat kalau rakyat tak kluar mengundi tunaikan tanggungjawab sedangkan BN dah pun melepaskan tanggungjawab… sebab apa? sebab BN takut kalah besar.. malu besar! pada BN rakyat bukanlah priority, maruah parti yg lebih penting…
Reply
PKR Parti Hawa Nafsu membujur lalu melintang patah…Golongan muda diperbodohkan dengan agenda perjuangan politik sempit dan menggadai maruah dan masa depan negara……Tunggulah balasan ALLAHswt keatas ketaksuban dan ketakburan kalian, tubggulah hari penentuan..Ingatlah langit tidak selalu cerah.
Reply
bullet Reply:
June 1st, 2009 at 7:07 pm
salam.
relaks la bro, yg gadai pulau batu puteh, wilayah iskandar sapa ek?
yg gadai maruah anak bangsa dgn program “jom maksiat” sapa ek?
pemimpin kami tinggi berdiri di persada dunia menabur bakti,
pemimpin kamu dunia pun tak iktiraf…fax tahniah perlantikan pun tarak!!!
lu melayu yg LAYU……
Reply
Putra Jawa Reply:
June 1st, 2009 at 7:12 pm
Tunggulah balasan ALLAHswt keatas ketaksuban dan ketakburan kalian, tubggulah hari penentuan..Ingatlah langit tidak selalu cerah……..PUTra Melayu …Allah dah balas ketaksuban dan ketakburan kalian masa pru 12 ari tu.jadi insaf2lah.
Reply
joe-kedah Reply:
June 1st, 2009 at 9:30 pm
putra melayu,
sdr kena buka kepompong minda anda, jangan jadi katak bawah tempurung. saya dulu pun pernah duduk dalam umcino, tetapi jika diperbandingkan, umcino lah yang taksub sombong bongkak. buka minda jangan diperbodohkan orang umcino yang cerdik menipu, mereka cerita!
Reply
win-win winner Reply:
June 2nd, 2009 at 12:49 am
hell O Putstress Malu U,
As u and anti-irritation & inflammation effects we have score in are brillanceness Inoculate,u`reconcerned this party is unfairly trying to denigrate you for selfish gain.Point to it specific evidence of unfairness,or you be perceivedas the backstabber.Plizz keep your eyes and ears open sometimes,despite playing positive politics,someone will want you to look bad and it`s only because he wants that promotion u`re vying for. u can`t respond scheming unless u know perpetrator is.u being kept out information loop or lacking the resources job? BN behind that?speed support or advice sense he`s annoyed?Your suspected saboteur,always seem to be eager cut..
When u feel u`re losing the game,somebody out there is sabotaging hopefully u know,feedback from supporters i`m concerned he annoyed.Proposing a solution to a problem,Things need to change or I`ll have to…….
Determine strategic initiatives in the politic party by updating your skills to be relevant to the party……
Reply
win-win winner Reply:
June 2nd, 2009 at 1:12 am
amboi2…
putra malay,,,,sodap dok cakap org mude ni sokong PKR kate bodo gade maruah negara,sia-sia dok ambile PHD ket UK…biarlah lah Allah swt menghukum kami org mude ni jika benar kami mengadai maruah,seandainya kami di pehak yg benar,Allah swt balikkan keatas kamu semua dosa kami..aaa pamacam,Ingat..!!bumi setiasa berdoa langit memberi rahmat hujan….
Reply
Kalau PR 2004 dulu ada satu kawasan direkodkan sampai melebihi 90% keluar mengundi, boleh dikira dengan jari yang tak keluar mengundi, pengundi sebenar atau hantu sapa yang tau. Semalam tak sampai 50 keluar pengundi, bilangan pengundi yang sebenar keluar mengundi. Maka sempurnalah statistik pilihanraya di Malaysia.
Reply
Kalau PR 2004 dulu ada satu kawasan direkodkan sampai melebihi 90% keluar mengundi, sampai boleh dikira dengan jari orang yang tak keluar mengundi, pengundi sebenar atau hantu sapa yang tau. Semalam tak sampai 50% keluar pengundi, tentunya bilangan pengundi yang sebenar keluar mengundi. Syabas kepada pengundi Penanti yang faham demokrasi baru. Maka sempurnalah statistik pilihanraya di Malaysia
Reply
tahniah
Reply
PutraMelayu terakhirr..wakakkkaka.. Sedarlah.. Langit sememangnya tidak selalu cerah makanya berhati-hatilah anda dengan politik umno-be end.jangan bila dah kena baru menyesal.berfikirlah secara rasional dan bukannya menuduh sembarangan tanpa bukti dan fakta.. kami anak2 muda bukannya mudah diperbodohkan oleh mana2 pemimpin tetapi melihat,memerhati dan bertindak secara rasional dan waras.biar hebat manapun seseorang pemimpin itu berhujah kalau membelakangkan etika dan suara rakyat apa guna untuk kita menyokongnya.Para pemimpin seharusnya bersedia untuk dikritik,dibidas dan dipersalahkan seandainya menyalah gunakan kuasa yg rakyat berikan.dan bukannya berselindung disebalik kuasa yang ada.Rakyatlah yang harus diutamakan dalam segala hal tanpa mengira pegangan agama dan kaum.semua rakyat berhak berdiri bersama tanpa ada perbedaan agenda dan dasar ekonomi oleh kerajaan. lihatlah sejak sekian lama merdeka tetapi masih ramai rakyat yang terpinggir dikala banyak projek2 mega muncul yang tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat. makanya sudah tiba masanya kita menghapuskan politik perkauman yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja.REFORMASI…….LAWAN TETAP LAWAN..
Reply
hidopANWAR Reply:
June 2nd, 2009 at 8:35 am
Sabahan,
Apa yang diperkatakan kamu itu adalah betol kecuali satu sahaja yang tidak betol!
Bukan mementingkan sesuatu kaum sedara tetapi mementingkan segelintir kumpolan manusia didalam sesuatu kaum iaitu peribadi,keluarga dan sahabah handai. Mereka inilah yang mendapat keuntungan berkali2, berpusing2 di sekitaran kumpolannya sahaja. Kinda MONOPOLY dan tidak terlepas ke rakyat jelata biasa.
Seperti kata hikmat DSAI …….MEMPERKAYAKAN BILANGAN YANG KECIL, MEMPAPA KEDANAKAN YANG RAMAI! Ini yang tidak adilnya saudara sabahan.
Ini terjadi di TIAP2 parti perkauman itu semua dan bukan hanya didalam satu parti SAHAJA! Biasanya PEMIMPIN2 ATASAN,KELUARGA DANB SAHABAT HANDAI mereka! Please get your facts right from now on, ok……
Reply
Masa zaman Fairuz pengundi yg memangkah si dol tu sebanyak 7000 org.PRK nie plak yg mengundi si Mamat Mansor cuma 6000 ajer.
Selebihnya yg dulu yg memangkah PKR sudah berpaling kepada UMNO/BN.Lu org tak kaji kenapa 6K shj yg memangkah PKR???
Untuk pengetahuan lu orang,rakyat sudah berpaling kepada UMNO/BN.Lihatlah betapa kecewanya PKR bila jumlah undi kurang dari yg dimenang oleh Fairuz.Lu org masih lagi nak mendabik dada.Jangan jadi John Jenin la…
1 Malaysia rakyat didahulukan,
Hidup UMNO…
Hidup Najib….
Hidup BN…
Reply
hidopANWAR Reply:
June 2nd, 2009 at 8:22 am
Wahai Tebu Hitam,
Salah andaian kamu tu tebu.
Hanya 6000 lebih sahaja mengundi sebab mereka tahu ramai penyokong BN malas nak mengundi sebab kecewa dgn BN yang tidak bertanding. Biasalah perangai orang kita, ada malas sikit lah kan bila dah yakin Pakatan Rakyat akan menang. Yang aku dengar ini, ramai penyokong BN akan undi pilihanraya besar untuk Pakatan Rakyat sebab mereka dah jemu BN tak berani bertanding.
Cakaplah apa ko nak cakap tebu. Yang sah dan betol dari segi undang2 ialah Pakatan Rakyat menang majority besar dari dahulu! Kan itu lebih memalukan BN tu tebu.
Tata tebu……
Reply
lostboys Reply:
June 2nd, 2009 at 11:35 am
tebu..nk tanya la,kalo ko cerdik la..yng menang PKR ke BN kat penanti tu,1 mlysia kepala hanguk ko,masuk gelangang pun takut nak utama kan rakyat mcmane..
Reply
lanzz Reply:
June 3rd, 2009 at 3:23 pm
ikut ko jer cakap lagi 1k paling tadah diaorg ada keje la tu.ada yang berkerja kat overseas kaja kat kL itu pon tak leh nak pikir ke
Reply
Jay Reply:
June 4th, 2009 at 12:11 pm
Kalau hang tau, kenapa UMNO tak tanding?
Inilah level2 orang2 UMNO!
Reply
mie Reply:
June 11th, 2009 at 10:15 pm
aku org umno tp bkn ahli bdftar la, ari 2 aku x gi mgundi sbbnye biase la..x bg duit pokek, x de krete mai ambik, xde putri umno melayan, xde mkn free lps ngundi, xde…,xde….,xde….Tp pd pngundian pmtg pauh aku gi ngundi sbb semua d atas aku dpt. Sorry ya…..aku ikut yg mane bg. kalu PR bg lebih aku ikut hampa plak.
Reply
Tahniah di atas kemenangan PKR yang tidak solid, Semoga Dr. Mansor jangan lemah dan longlai apabila memperjuangkan hak bangsa Melayu bila berdepan dengan Lim Guan Eng.
Reply
Iddin Reply:
June 4th, 2009 at 7:56 pm
Ramai penyokong PKR tak luar mengundi kerana dah yakin kita menang besar. Kacang pis jer klu BN takut nak melawan…
Reply
apala korang ni….
PKR mmg pawer…di sebabkan DSAI,,,
Awat la hang pa ni bodoh sangat…
Penanti tu mmg PKR menang punya….
Tq kat budak yg buat liputan blog kat penanti….
kalau harap yg tua2 mmg susah….
Jangan jadi bodoh lah…kina gerenti menang punya!!!
Reply
Pasti Najib sekarang berada dalam dilema sama ada nak UMNO bertanding di Manek Urai atau tidak. Saya yakin Najib tak akan bertanding atas alasan dangkal terlalu sibuk menguruskan ekonomi negara dan tak nak bazirkan wang rakyat. Kalau dah sampai ke tahap ini, UMNO sudah hilang relevan sebagai parti politik. Lebih baik UMNO jadi NGO saja.
Reply
Camner nak percaya kat Be End nie…Blum berperang dah menyerah kalah…hahahaha..Pastu dgn segala macam alasan…Apalar??? Hellooo org2 BE END…Lu pikir lah sendiri!!!
Hidup Pakatan Rakyat!!!
Reply
Ayuh majukan bumi Pulau Pinang!
FYI, P.Pinang antara 3 negeri terkaya di Malaysia.
Syabas PR!
************************************************************************************************
Reply
Hidup PKR!
Reply
Jangankan tahun 90an, sampei kinek tokpun kebanyakan kawasan kamek orang masih belum ada bekalan letrik dari SESCo..jalanraya? Sik iboh ditanya!!! Walaupun masih banyak kekurangan pembangunan sejak merdeka namun kamek masih jua memenangkan BN walaupun diengkah sapi jadi calon. Heran? Bodoh benarkah kamek orang tok? Terima kasih di atas ucapan mengatakan “bodo mcm lembu”..
Sdr harapan lama 1999,
Orang2 kita di ulu/pedalaman nun kebanyakan sidak masih kurang informasi..mentalitipun lain..(Sedangkan di bandarpun susah nak menawan BN!!!)Besar kawasan negeri Sarawak tok. Maok meningkatkan darjat “BODO MCM LEMBU” kepada tahap yang lebih tinggi agik yalah cabaran utama PR kinek tok..BN ada kelebihan makei saluran media seperti tv, radio, akhbar dan internet untuk nyampei maklumat..Harakah dan Suara Keadilan dan seumpamanya cuma di bandar2 ajak. Internet di ulu/pedalaman sik iboh ditanya!!!Fahamkah Sdr yang bijak pandai?
Reply
Jay Reply:
June 4th, 2009 at 12:09 pm
Jangan asyik tuduh orang pedalaman, orang bodoh sokong BN, yang cerdik pandai juga sokong BN. Biarkan Sarawak, PKR dan PR, janganlah buang masa. Tawan saja Semenanjung, cukuplah 120 kerusi, cuma perlu tambah 35 dari 84 kerusi yang sedia ada. Susah sangatkah itu?
Biarlah Sabah & Sarawak jadi negeri pembangkang, jangan terima lagi kalau ada yang mau lompat. Let them test racun mereka sendiri!
Reply
Anak Jati Sarawak Reply:
June 4th, 2009 at 5:12 pm
Sdr Jay,
“Biarkan Sarawak, PKR dan PR, janganlah buang masa. Tawan saja Semenanjung, cukuplah 120 kerusi, cuma perlu tambah 35 dari 84 kerusi yang sedia ada. Susah sangatkah itu?
Biarlah Sabah & Sarawak jadi negeri pembangkang, jangan terima lagi kalau ada yang mau lompat. Let them test racun mereka sendiri!”
Betul nak biarkan Sabah & Sarawak jadi pembangkang? Cepatnya Sdr Jay putus asa!! Satu kerusipun penting oi! Atau PR hanyalah parti untuk orang Semenanjung sahaja???? Ini seruan apa Sdr Jay? Saya rasa Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong2 tegar PR yang lainnya takkan bersetuju dengan Sdr.
Oh..saya terlupa..kalau Sabah dan Sarawak jadi negeri pembangkangpun royalti minyak yang berbilion-bilion ringgit tetap akan disumbang kpd kerajaan persekutuan…patutlah engkau orang tak kisah sangat!!!!
Nampaknya kedua-dua responden (harapan lama 1999 & Jay) ini tak faham dengan maksud sindiran yang saya tulis terdahulu sehingga menyerlahkan cara pemikiran mereka. Sedih!!!!
Reply
Jay Reply:
June 5th, 2009 at 8:55 pm
Anda salah tangkap maksud saya.
Saya bilang para penyokong BN di Sabah & Sarawak bukan para penyokong Pakatan.
Terimalah hakikat, jangan 1 kerusi kerusi, 1 kerusi pun susah.
Kita terima adanya lah, Sabah & Sarawak tak nak sokong Pakatan, biarkan lah. Jangan paksa. Dah cuba dah. Apa nak buat. Buang masa saja.
Salam perjuangan.
win-win winner Reply:
June 5th, 2009 at 3:12 pm
sdr anak jati sarawak,
mungkin tafsiran yg ada saya baca bermaksud `berjuanglah kamu demi bangsa agama dan negara, dari mereka yg memperjuangkan keselesaan hidup utk kerabat dan kroninya,komen yg ada tidak akan mematahkan semangat juang kita..Amin…
Reply
Anak Jati Sarawak Reply:
June 8th, 2009 at 5:01 pm
Sebenarnya saya kagum dengan perubahan kesederan politik rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung. Selamat berjuang!!!
Reply
orang melayu semua…
Sesiapa pun yg memerintah pastikan ..MELAYU TIDAK HILANG DIDUNIA….
Reply
wahai orang2 melayu pr…
anda semua sebenarnya dpergunakan oleh anuar
untuk melepaskan dirinya dari masalah liwat
moderator utk blog ini dan warga melayu pr …ko orang sebenarnya TERLALU bodoh
ko x fikir hak keturunan ko
sangup dpukau oleh anuar
memang bengap ko nih..
kalau ada berani siarkan komen ini…kalau x…
ha…ha…ha…telo ko tu bagi kucing makan ajalah…
Reply
Salam Saudara Muhammad,
Saya bersetuju dengan pandangan saudara untuk mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan, tetapi sebelum sesuatu tindakan dan keputusan yang diambil, kepentingan dan kebajikan rakyat tidak dapat tidak, mestilah diutamakan.
Tiada guna kita berbalah sesama sendiri tentang siapa yang korup, siapa yang bersalah, dan sebagainya seandainya masyarakat terbiar terumbang ambing tanpa sebarang pembelaan.
Kita boleh buka sepuluh, seratus, seribu hatta jutaan fail sekalipun tentang salah guna kuasa dan rasuah barangkali tetapi kita sedang bercakap tentang sejarah iaitu benda yang telah berlaku. Kita seharusnya menjadikan apa jua perbuatan keji sesetengah pemimpin sebagai pedoman agar kita tidak menurut jejak sesat mereka. DSAI dan kebanyakan pemimpin melayu PKR sendiri dulunya merupakan ahli UMNO yang setia…malah pernah suatu ketika DSAI merupakan panglima perang UMNO. Maka, untuk menghukum UMNO secara total adalah suatu yang tidak rasional kerana masih ada di kalangan ahli UMNO yg masih masih berpegang pada perjuangan asal iaitu memperjuangkan nasib org Melayu tetapi mungkin tidak mempunyai suara di dalam UMNO sendiri. Proses “re-furbish” yg sedang dijalankan oleh UMNO mungkin akan diterima baik oleh masyarakat Melayu dan mungkin juga tidak. Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai.
Kita tidak boleh hidup dalam sejarah tetapi kita mesti belajar dari sejarah. PR, BN, UMNO, PKR dan lain-lain parti yang ada di Malaysia hanyalah nama sebuah entiti politik, tetapi apa yg membezakan antara mereka ialah ideologi dan hala tuju masing2. Kita mesti berlaku jujur dengan diri sendiri, sebagaimana PR boleh menumbangkan BN di beberapa negeri di semenanjung, adalah tidak mustahil untuk BN kembali merampas kembali tampuk pemerintahan.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk PR terus menambat hati rakyat, memujuk rakyat, memelihara kepentingan rakyat sementara peluang masih berbaki. Janganlah dipersiakan peluang dan harapan yg diberikan kerana rakyat merupakan hakim tertinggi di negara ini dan mereka telah membuktikannya dalam pilihanraya yg lalu. Sekian, wassalam…
Reply
salam DSAI,
Rakyat lebih menghormati demokrasi berbanding UMNO yang mengkhianati demokrasi. Tahniah Dr. Mansor Othman, Tahniah PKR dan Tahniah PAKATAN RAKYAT.
Malu bila lihat UMNO sibuk menjaga tepi kain orang sedangkan badan sendiri pun dah tak punya seurat benangpun. Lebih baik hormat pada Minah Ronggeng yang berani masuk gelanggan dari Najib atau Muhyiddin yang berani berkokok atas batas tetapi pungkuk bergelumang najis…Runtuhnya Satu Lagi Projek BN di Terengganu…
Reply
Rase2 nye sapa gak nye jadi akan PM kalu PR menang ye, susah gaknye nak pilih. Pkr, PAS mungkin DAP … Jgn gaduh2 kalau menang PR- 13… Renung2 kan..selamat BERAMAL
Reply