KHAMIS, 28 MEI 2009
5.00 -6.00 ptg : Ceramah Umum di Rumah Haji Umar
[ Lot 488 Kg. Terus Tertitik, Kuala Perlis ]
( Dekat Tangki Air Di Tepi Lebuh Raya )
6.00-6.30 ptg : Sidang Media dan Ramah Mesra
7.20 – 8.00 mlm : Solat Maghrib di Masjid Seberang Ramai
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM









KISAH DISEBALIK INDERA KAYANGAN!
Maka sejarah bakal tercipta…PERLIS bakal berubah wajah. MB lama sudah bersiap dengan segala jentera, melalui orang kanannya yang bertindak selaku jambatan.
kita saksikan………
Reply
azmi Reply:
May 26th, 2009 at 12:56 pm
Selamat datang ke negeri indera kayangan! semuga Dato Seri terus tabah kerana kemenangan makin hampir
Reply
org kuat Reply:
May 26th, 2009 at 12:58 pm
woit!! org dlm…sungguhka shahidan nak lompat???
Bekas ketua penerangan Umno Perlis mendakwa ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti itu jika beliau berbuat demikian.
“Respons awal ialah mereka akan meneliti perkara itu dan sedia bersama saya.
“Mereka berkata kalau Datuk Hashim lompat, mereka akan lompat juga,” kata Datuk Hashim Suboh hari ini.
Beliau mendakwa, kebanyakan mereka juga “berasa tertipu” dengan permainan politik Perlis sekarang bawah barisan kepemimpinan baru sejak Mac tahun lalu.
Beliau juga mendakwa, ketua penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad “tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain”.
Reply
ANAK SIAM Reply:
May 26th, 2009 at 1:33 pm
eloklah tu, kami dah cemuih ngan umno ni. dipekan tambun sudah terang-terang orang mula menyebut hanya ds Anwar mampu memimpin malaysia. Dulu payah nak dengar org kata camtu,tambah pulak org umno lagila.
la ni sampai org kuat shahidanpun dah start puji PR! Siap kasi tau lg betapa buruknya perangai org atas umno.
Reply
kp Reply:
May 26th, 2009 at 1:37 pm
Kalau btui shahidan nak join PKR aku ucapkan selamat berjuang!
REFORMASI
Reply
shahidan karim Reply:
May 26th, 2009 at 1:42 pm
Berita terkini
Aku dari bandar kangaq, takat malam td dah kecoh banyak cawangan umno dah tutup.alasan depa dah meluat! geng shahidan sejak 3 minggu dulu dah start edar borang PKR.depa semuapon dah pakat isi, dan paling syok skali ada jugak ADUN yang isi borang. huh…semua ahli umno dari kangaq sampai ke tambun dah kata tahun ni depa mau tukaq!!
Reply
min98 Reply:
May 26th, 2009 at 3:21 pm
bagusla camtu,biar padam cepat skit gerombolan nie
Reply
latelarus Reply:
May 26th, 2009 at 4:55 pm
X puas ati masuk parti lain.. pastu ameno pujuk, masuk balik.. last2 Perlis jadi ‘negeri Katak’
Bule percaya ka cakap orang ameno Perlis nie..
Reply
neutral Reply:
May 26th, 2009 at 6:49 pm
nilah kerja politik org melayu kecewa sikit lompat pati. mcm katak….tak ada istiqamah, tak kuat iman. hentikanlahhhhhh
Reply
kapurcino Reply:
May 27th, 2009 at 2:36 am
Shahidan nak lompat???
hati² dengan taktik UMNO-BN
ingat krisis di Perak
“kalah dulu menang kemudian”
Reply
mb lama???????????????
Reply
I think what happened in Perak is uncalled for. The people had been duped by certain people acting as though they did it for the people’s interest. If it was for the Perakian interest they would have not taken it to court and would have call for a fresh election. The main question is why couldn’t they wait for the next general election and let the people decide? Why make a mockery of the Westminster Parliamentary System? Now it is history……!!!
Now lets decide the future of M’sia!!! I think the PM now should let the people decide if he is accepted and receive the people’s mandate towards his administration. A fresh general election should be call soonest. This has always been the practice of all PM prior to him. When Tun Razak took the PM post from Tunku he ( Razak ) had a fresh election to make sure he had the people’s support. So did Hussien Onn who took over from Razak, Mahathir from Hussien Onn, PakLah from Mahathir. All of them after taking office from their mentor had a fresh election afew months after taking office. Hence NAJIB should do likewise and let the people decide if he receive the people’s support to administer the nation!!! He should not wait till 2013 for the upcoming general election if he strongly believe that he has the people behind him. It has been a norm tradition by all previous PM todo so. So why must he be the odd one out?????
Reply
UMNO sudah sampai masa uzurnya…ketika ini hanya menanti saat kematian.Dikala itu Malaysia akan lebih aman dan tenteram..buktinya lihat PENANTI tanpa UMNO para pengundi berasa aman tanpa gangguan berunsur provokasi yang sering dilakukan oleh para penyokong upahan UMNO.
Reply
Kebetulan saya akan kePerlis bagi menyempurnakan perkahwinan adik ipar saya.insyaallah kami akan beramai-ramai kekuala perlis
Reply
(Maaf diluar tajuk)
KES NIZAM, “POINT OF VIEW QC LORD LESTER”, NAJIB CAMPUR TANGAN
———-Oleh Halik Zaman———-
Perakuan pihak Queen’s Counsel (QC) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, membuktikan kemampuan panel hakim negara yang telah mencapai taraf dunia. Kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut seorang ahli Queen’s Counsel, Lord Lester turut memperakui keputusan Mahkamah Rayuan terhadap krisis di Perak itu berada pada landasan yang betul.
Queen’s Counsel Lord Lester cuma memberi andaian sahaja secara bertulis kes Nizar atas permintaan Kerajaan Malaysia. Andaian itu juga tidak menyatakan dari peruntukan mana Lord Lester dapat dalam perlembagaan Negeri Perak yang memperakui keputusan Mahkamah Rayuan terhadap krisis politik di Perak itu berada pada landasan yang betul.
Kes Nizar masih lagi dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, sepatutnya Najib dan Tan Sri Abu Zahar Ujang tidak cuba mempengaruhi minda Hakim Mahkamah Persekutuan dengan mendedahkan secara umum “Point Of View” dari Queen’s Counsel Lord Lester sebagai berada pada landasan yang betul, ini dapat diertikan sebagai cuba untuk mempengaruhi minda Hakim Mahkamah Persekutuan agar membuat keputusan yang sama dengan keputusan Mahkamah Rayuan.
Kes Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang dipecat, ada dua perkara yang contradict yang menjadi persoalan pokok yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan nanti iaitu “perkenan Sultan” atau “precedent” yang terdapat dalam kes Stephens Kalong Ninkan Ketua Menteri Sarawak vs Kerajaan Persekutuan pada tahun 60an? Sepatutnya kes Nizar ini, Perdana Menteri Dato Seri Najib, tidak akan campur tangan sehingga diperolehi keputusan dari Mahkamah Persekutuan nanti.
Walau apa pun “Point Of View” Queen’s Counsel Lord Lester itu, ia bukan suatu keputusan yang boleh di anggap “sebagai berada pada landasan yang betul”. Point Of View Lord Lester yang didedahkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib itu dalam tv3 dan akhbar akhbar tempatan itu, hanya mengundang anggapan rakyat sebagai cuba mempengaruhi minda Hakim Mahkamah Persekutuan sahaja untuk membuat keputusan yang sama.
Seolah olah membayangkan Hakim Mahkamah Persekutuan tidak ada wibawa tersendiri untuk membuat keputusan selain mengikuti “Poin Of View” Lord Lester sahaja, bagaimana kalau keputusan para Hakim Mahkamah Persekutuan sebaliknya adakah Hakim Mahkamah Persekutuan itu nanti dianggap sebagai tidak mencapai bertaraf dunia? Heran Tan Sri Abu Zahar Ujang boleh bercakap sedemikian padahal beliau Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.
Cara Najib mendedahkan Poin Of View Lord Lester itu dianggap sebagai cuba mempengaruhi minda hakim dan campur tangan Kerajaan Pusat dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan nanti. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku sebelum Hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan. Najib tentu tahu pendedahan itu tidak boleh dilakukan oleh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru baru ini mewujudkan sistem 1Malaysia.
Reply
IBN BAKAR Reply:
May 26th, 2009 at 10:24 pm
Lord Lester bercakap atas dasar profesinalisme guaman. Tapi rakyat bercakap atas dasar hak. Satu Malaysia maklum bagaimana BN mendapat kuasa di Perak. Perbuatan rampasan inilah yang menjurus kepada kemarahan rakyat Perak terutama pengundi di kawasan TIGA ABDUL itu.
Reply
“Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Radzi di sebuah akhbar hari ini yang menganggap laporan di internet bahawa ramai ahli Umno Perlis menyertai pembangkang adalah “gimik politik murahan demi meraih populariti peribadi sebagai membantah kepemimpin Umno negeri”.
Hashim berkata, perkara ini akan menjadi lebih besar jika ia tidak diselesaikan dengan segera.
Orang kanan bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga kecewa dengan dakwaan Radzi bahawa laporan media bahawa ramai ahli Umno Perlis telah dan akan menyertai pembangkang “didalangi oleh individu tertentu yang mensabotaj parti ketika kempen pilihanraya umum tahun lalu”.
Hashim menambah, untuk membuktikan dakwaan tersebut benar atau tidak, ahli parlimen Kangar perlu bertemu dengan mereka yang berpaling tadah.
“Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana (mereka) meluat dengan Radzi,” katanya.
Malaysiakini sejak minggu lalu melaporkan keluh kesah ahli-ahli Umno terhadap parti itu, termasuk ingin menyertai pembangkang beramai-ramai, antaranya akibat dipecat daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Reply
Selamat berjuang DS dan semua pimpinan pr.selamatkan malaysia dari cengkaman kezaliman umno bn.
Reply
umno dah lama tipu orang melayu.mereka boleh tipu tapi tidak untuk selamanya.rakyat sekarang sudah cerdik dan umno pun tahu sebab itulah mereka takut untuk berdepan dipenanti.
lawan tetap lawan
Reply
Perlis berubah wajah! dari umno kepada pkr! dari ketuanan melayu umno kepada ketuanan rakyat!
Reply
hashim suboh kate umno tipu ahli..hahahaha…kalau ahlipon kene TIPU apatahlagi RAKYAT BIASA!!!!!!!!!!!!!!! LU PIKIR LA SENDIRI..
TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM! RAKYAT MELETAKKAN HARAPAN TINGGI BUAT MU!
Reply
Negeri Perlis tadbiran kita seterusnya…
Reply
Kami. Nah Budin, Sdr Azman, Sdr. Fauzi , rakan-rakan Johor dan negeri lain mengalas tanggungjawab dan menangkis serang tersembunyi BN-Umno di DUN Penanti ini. Musuh tanpa rupa dan kelibat ini amat menjelakkan sekali. Kemenangan tidak semudah seperti dijangkaan.
Anasir BN-Umno berharap pengundi tidak dihadir semasa hari pengundian atau memilih calon bebas. Sumber dipercayai diberitakan BN-Umno telah/sedang membekalkan bahan tomahan untuk merobak-rabikkan parti kita. Maklumat lain, pihak BN-Umno telah menyelinap didalam jentera PKR dan sering mencari data setiap aktiviti dan kempen yang dijalankan. Kepada jentera PKR Johor yang dalam perjalanan dan akan ke Penanti , saya berharapkan comitment penuh dari saudara/i. Musuh dalam selimut lebih merbahaya dari pertarungan terbuka.
Semalam dua peristiwa berbeza berlaku kepada AMK Johor. Saya terpanggil unutk membicarakannya.
Pertama.
Seorang bekas calon PKR pada PRU-12 ( Parlimen) telah mendakwa kepada saya telah membawa 362 ahli UMNO berserta borang keahlian PKR. Gerombolan ini mendakwa kecewa denga ketua mereka Datuk Fuad Zarkasi.
Peliknya kumpulan ini mendakwa dalam perjalanan ke Penanti tetapi setelah36 jam tidak muncul tiba bersama 362 borang keahilan tersebut. Perbualan kami didalam pesanan ringkas (sms) agak kritis dan menjelikkan. Tomahan terhadap saya dan Ketua Perhubungan Negeri Johor agak berbisa. Memungkinkan saya terfikir, adakah mereka ini adalah perangkap BN-Umno.
Apakah mungkin permintaan gerombolan ini yang meminta lowongan jawatan perlu saya tunaikan ?
Kedua.
Ucapan tahniah kepada Sdr. Faizul, Timbalan AMK Johor diatas menyeliakan kehadiran DS Anwar Ibrahim ke Johor dengan jayanya. Syabas juga buat Magendran yang memastikan dailog di Hotel Selesa berjalan lancar.
Kekecohan dan gangguan pihak Polis kepada Srd. Nazri Ismail dan Azlan Ishak tidak dapat mengagalkan ceramah perdana di Taman Universiti semalam. Saya diberitahu ratusan anggota polis dan puluhan sekatan jalanraya dikerahkan bagi mengagalkannya.
Alasan menjaga keselamatan rakyat umum adalah ‘mainan mulut’ mereka setiap program. Alasan permit tidak diluluskan helah semata. Itulah sikap bacul BN-Umno memperkudakan anggota Polis. Syabas dan terima kasih juga buat seluruh jentera AMK yang terlibat. Saya meminjam kata-kata Ezam Mohd Noor ( Sumpah Keramat ) yang telah melompat nun membawa keris, ” Lagi ditekan, kami lagi bersemangat memperjuangkan keadilan”.
Kepada Ezam Mohd Noor , Lokman Noor Adam dan lainnya, saya mendoakan kesejahteraan mereka. Usah diikut resmi Ibrahim Ali, kelak binasa harga diri.
Reply
IBN BAKAR Reply:
May 26th, 2009 at 11:09 pm
Tahniah kepada petugas AMK Johor di Penanti. Kita sama-sama dalam PENANTIAN. Dalam kesungguhan kita bekerja untuk memastikan kemenangan di Penanti, jangan lupa segala taktik tipu daya dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh musuh yang tidak masuk gelanggang tetapi meletakkan ayam sabungan yang pernah bersama kita dahulu. Kak Min sebenarnya kecewa kerana gagal berperanan sewaktu dalam PKR. Dia mungkin terkilan dan sesal kerana terlepas langkah. Apalah sangat dia tu. Sedangkan orang-orang yang jauh lebih hebat dari dia pun tersadai dipinggiran jalan sebaik menyertai UMNO. Nama-nama seperti Ku Li, Ku Lan, Ezam, Roslan serta yang sewaktu dengannya apa dah jadi ? Kak Min cuma nak glamor dan nak puaskan hati sendiri sahaja. Mungkin dia dapat undi dari orang BN tapi bukan semua. Kalau tak hilang deposit pun kira dah cukup baik lah tu.
Semalam saya hadir di majlis forum bersama DSAI di Selesa Hotel, mulanya agak kosong dewan kerana saya antara orang yang awal. Polis beruniform pun ada masuk buat tinjauan biasa. Tak disangka, menjelang jam 8.00 dewan menjadi sendat dengan kehadiran tetamu terdiri dari pelbagai kaum. Kelihatan ramai kepimpinan PKR Johor memenuhi ruang. Bendera PKR dipasang cantik sebagai tanda lokasi kehadiran DSAI berhadapan depoh Polis Johor Bahru. Bersemangat sungguh petugas PKR mengatur kerja.
Sebagai seorang pemerhati, saya rasa jika inilah senario yang terkesan malam tadi, PR mampu membuat suatu kejutan baru di selatan. Syabas kepada AMK Johor kerana mampu bergerak seiring dengan rakan-rakan di utara. Usia PKR dah 10 tahun. Dulu Semangat 46 pada usia sebegini telah disemadikan oleh bapanya sendiri. Nah Budin tentu ingat ! Tetapi PKR beroleh kejayaan pada usia sementah ini. Paling kuat S46 bersama APU dulu dapat Kelantan dan Trengganu sahaja. Tapi PKR bersama PR telah menguasai 6 negeri termasuk KL. Walaupun Perak diragut oleh BN, BN cuma dapat negeri tapi tak dapat rakyatnya!
Reply
Pada pendapat mereka, jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.
Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat.
Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.
Bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN.
Reply
“Semalam SPRM hubungi Kak Min (Aminah), mereka suruh datang beri keterangan sekejap saja, tapi dari pukul 4.30 petang sampai pukul 10.30 malam mereka masih tak benarkan Kak Min balik,” katanya ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di sini hari ini.
nape dorang tahan kak min??????????? kira duit keeeeee?????????? byk kedpt???????jgn lupe kiteorg tau.
Reply
Kebebasan & keadilan telah menjauhi rakyat.Pakai baju hitam,pasang lilin pun salah.
Kalau kumpul ramai-ramai haram,macam mana nak satu rakyat dalam 1 Malaysia.Rakyat kumpul kata niat jahat,kalau tak bersama kata tak bersatu.Semakin susah rakyat nak ikut tarian arus BN.Terdapat PEPATAH yg berbunyi kalau sendiri tidak berbuat jahat,tengah malam orang ketuk pintu pun tak takut. BN mengambil tindakan keras melarang kebebasan rakyat sebab mereka telah melakukan sesuatu yg tak indah.Rakyat skg sudah cerdik menggunakan Dacing BN untuk timbang.Tidak tertipu lagi.Lawan tetap lawan utk masa depan kita semua dan ketuanan Rakyat.Kita mahukan pemimpin yg sentiasa mementingkan hak rakyat dan negara yg tidak kira bangsa & agama.
Kpd pengundi Penanti,tiket undi mu menjadi Harapan rakyat seluruh Malaysia utk menjayakan perjuangan Ketuanan Rakyat. Kaulah PAHLAWAN kami!
Reply
HE..EEEEE KAK…MIN…DIA FIKIR NI LAWAK KA…
HIDUP PKR & PEMIMPIN PR.
Reply
Kata Amina Dola…. dia disogok dengan wang sebanyak RM80000….. dan akan dilantik menjadi Yang diPertua MPPP jika dia menarik diri. Jika dia berjaya mengalahkan Dr Mansor, dia akan dibenarkan menyertai semula PKR serta akan ditawarkan jawatan TKM 1 Pulau Pinang. TKM1….. what a joke…!!! Woit… hebat sangat ke si Amina Dola ni… sehingga PKR sanggup ‘melutut’ sampai begitu sekali…. My God…., cara dia berdrama seolah-olah PKR tak boleh menang kerana dia batu penghalang nyer….. seolah-olah PKR is sure to bungkus di kubu kuat nyer sendiri.!!! Giler ke apa makcik kita ni……
Ya Allah… begitu hebat nyer tawaran PKR pada Amina Dola. Awat cek oi…. PKR tak dak confident pada Dr Mansor ka??? Dr Mansor tak boleh menang ka….. sehingga terpaksa pulak buat deal dengan Amina Dola. In other words… Amina Dola kata, yang PKR nak jadikan dia spare tyre ler….. Win-win situation…. lagu tu ka??? But…. obviously makcik kita ni tak sior….
Apa nonsense dia cakap ni….??? Saja nak bikin gempaq…. ka??? Aku tak pikir yang PKR is that desperate…. After all, Penanti kan ke kubu kuat PKR….?? Mengapa pulak PKR rasa was-was sama ada Dr Mansor boleh menang atau tak….. Tak masuk akai langsung!!
Tentang offer jawatan TKM1 pulak…. nak tergelak pun ada. Bukan ke salah satu sebab Amina Dola digugurkan dan tak dilantik semula ke jawatan nyer dulu adalah kerana prestasi nyer yang tak memuaskan….. So why on earth PKR nak offer orang yang cannot perfom and deliver, jadi TKM 1….??? Nak cari penyakit….???? It doesn’t make sense langsung.!!! Antara Dr Mansor dengan Amina Dola…. siapa rasa nyer yang lebih berkemampuan untuk perform dan deliver….. Dari mata kasor nyer…. of course ler, Dr Mansor…. am I right??? Dia pulak…….. isy… tak payah cakap ler…. tak baik jatuhkan ‘water face’ orang. You know….. I know…. we know…. cukup ler!!!
Semua drama ini, menguatkan lagi persepsi yang Amina Dola ni hanya berdrama…. main wayang…… just to get cheap publicity and at the same time to tarnish PKR’s imej and reputation.!!! Don’t play with fire…. bahaya. Hang tanggung ler akibat nyer nanti jika didapati semua ini fitnah semata-mata….. dan mungkin juga ini satu drama yang telah di set-upkan oleh pihak musuh…. Tak mustahil, kan??? Wallahu’alam……
Reply
Kayveas pula masih menegaskan beliau masih presiden PPP yang sah, jawatan yang disandangnya sejak 1993, dan menyelar tindakan Murugiah mengadakan mesyuarat tergempar itu tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi PPP.
Dah macam kes PERAK je……..
Reply
HIDUP UMNO DAN ORANG MELAYU
DULU SYOK TENGOK ANWAR DALAM UMNO
KINI DALAM PKR
TAPI ORANG KATA BILA HATI DAH TERPIKAT
JANGAN TUNGGU LAGI
RINDU DAN DENDAM SEMUA ADA
TAPI TAK TAU MANA YANG BETUL
LAMA DAH FIKIR
DIHATI UMNO
Reply
Dato Seri Perlis nantikan kehadiran mu,semuga kehadiran kali ini menjadi titik mula kebangkitan rakyat Perlis kearah perubahan!
Reply
Salam dari kuala perlis,
saya mengucapkan shabas kepada kepimpinan sdr Shaari dan rakan2 seperjuangan di kuala perlis khasnya dan perlis pada amnye.dengan kehadiran Ds Anuar Ibrahim ke negeri perlis ini dapat menuipkan semangat kepada masyarakat perlis.Kita yang keluar dari UMNO adalah kerana kebencian yang sangat2 kepada radzi,yg mana beliau pernah keluar dari UMNO bersama semangat 46,beliau pernah memijak bendera umno tetapi sekarang beliau menjadi pimimpin agong(kononnye)di perlis.
KESALAHAN YANG DIBUAT OLEH RADZI.PATUT KE KITA JADIKAN PEMIMPIN
1. MEMECAH BELAHKAN UMNO PERLIS
2. MERAMAIKAN RAKYAT MALAYSIA (BANGLA,VITNEM,BURMA,INDON……….
3. DARI BAPAKNYE BERJANJI AKAN MEMBERI GERAN KEPADA PENDUDUK SBG TOK PI.SBG RAMAI P KETAM TADAK
4. MERANCANG MENJATUHKAN SDR AZIZ MAJID KETUA PEMUDA BHG KANGAR UMNO
5. MEMBUANG ORG YG PERNAH MELAWANNYE
6. TIADA PEMBANGUNAN DI K PERLIS
7. MELETAK KAN KAWAN2 SEMASA PRU12 KALAH TERUK
fikirkan lah.md isa mb sekarang hanya sebagai cikgu pencen yg akan menurut apa yg dirancang oleh radzi.belum cofirm lagi yg mana kerajaan negeri telah memberi projek kepada raja perlis kerana memihak kpa nye.katanye projek yg lebih 50 million.dengaq kata balai polis pdg besaq,ipd kangar dan mrsm pauh tapi kena cek dulu
Reply
mogok Reply:
May 26th, 2009 at 6:07 pm
Hidup PAKATAN RAKYAT!
Reply
Cuti sekolah ni rasa macam nak bercuti bawa keluarga ke Pulau Pangkor tapi… terkenangkan ADUN nya perampas kuasa rasa macam tak jadi pulak…tukar pergi bercuti di Kelantan nampaknya. Kalau dia aku tak suka tempat dia pun aku tak mau pergi.
Reply
SALAM SEJAHTERA MUDAH-MUDAHAN PEKARA YANG TAK MUNKIN BELAKU DIPERLIS BOLEH JADI KENYATAAN KERAJAAN BN TUMBANG OLEH KERANA PUAK-PUAKNYA SENDIRI,ALLAH MAHA BESAR LAGI MENGASIHI MANA TAHU TUP-TUP DS ANUAR DAPAT SOKONGAN AHLI PARLEMEN LEBIH TIGA LA KATAKAN NAYA NAJIB KENA LETAK JAWATAN PM KAN UNDANG-UNDANG KATA BEGITU?
Reply
DI PERLIS KITA DAPAT DUA KEDAH 3 P.PINANG 4 PERAK 2 SELANGOR 3 N.EMBILAN 3 MELAKA 1 JOHOR 3 PAHANG 2 TERANGGANU 3 KELANTAN 2 BN TUMBANG PAKATAN RAKYAT TUBUH KERAJAAN BARU
Reply
IBN BAKAR Reply:
May 28th, 2009 at 12:16 am
Salam, ni mana angka ko dapat ? mudahnya !
Reply
Perlis Indera Kayangan???????
Waspada Drama di Kayangan…nanti makan diri…..
Bota jadi contoh teladan
PKR berhati2 berdepan dengan orang Kayangan….
nanti gigit jari….putus jari macam di Perak….
Segala-gala MAHKAMAH……Jadi MB pun MB Mahkamah
Ape nak jadi ooooiiiiiii satu sen pun tak guna….
kita ajau dia…….dia dak tak melawan lagi di PENANTI Agaknya tak ada
teloq…dah….
Reply
Hidup Pakatan Rakyat
Lagi kita ditekan lagi semangat untuk kita tuntut perubahan
Reply
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Negeri Perlis Indera Kayangan menantikan kehadziranmu.
Kehadziranmu kali ini amat bermakna sekali dan akan menjadi titik mula kebangkitan rakyat Perlis kearah perubahan.
Lebeh 50tahun Umno/BN memerintah Perlis. Kesejahteraan rakyat Perlis telah diabaikan. Dengan slogan ” Hidup Melayu” Umno telah memainkan sentimen ini untuk menipu orang melayu. Mereka boleh tipu rakyat tapi bukan untuk selama lamanya. Rakyat sekarang sudah cerdik dan dapat melihat penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno/BN.
Reply
kami mangalu2kan kedatangan DSAI..
hidup DSAI!!!
Reply
reformasi…kita kat sabah akan sama2 melakukan perubahan dan akan terus bersama DSAI…UMNO BE END-BE END UMNO..
Reply
Sapa-sapa yang nak masuk PKR memang tak boleh kita nak tahan.Tapi kalau masuk pasai marah kat Datuk Radzi dan terikut-ikut dengan Hashim Subuh tak lah bagi kelebihan kat PKR. Esok-esok bila marah kat sapa-sapa dalam PKR keluaq pulak masuk UMNO. Tak dak kerja lain la. Melompat saja. Salah lompat, termasuk dalam peghiok, ha terus buat sup. Daripada masuk PKR lebih baik lawan dari dalam UMNO sendiri atau tubuh parti baru. Ajak Beraghim Ali, dan tiga ekoq lagi yang kat perak tu tubuh parti baru dan namakan parti tu parti AMFIBIA.
Reply
demokrasi politik malaysia sangat rapuh! org susah2 undi.. senang2 je lompat2.. tak blehkah gubal anti lompat parti ni? kalau katak takpe juga, ni manusia ada hotaq nak brfikirrr..!
Reply
HAMPA KALAU XPERNAH BERJUANG DALAM TENTERA UNTUK NEGERA XPAYAH DOK KATA HIDUP SENANG DALAM PARTI MANA2 PUN, LA NI DAH DOK DLM AMAN CUKUP LA, KALAU DENGAN BERJUANG DGN AIR LIUR XPAYAH CAKAP TENTANG KEAMANAN.
Reply