Dari Malaysiakini
Jimadie Shah Othman | May 20-Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.
Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu – dinamakan “Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran” – dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.
“Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI,” katanya kepada Malaysiakini.
Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.
Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.
Tiada had masa
Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) – sebuah NGO yang bergabung dalam GMP – di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.
Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.
“Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa,” katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.
Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.
Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan “selagi PPSMI tidak dimansuhkan” dan “selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar”.
Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana “keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal”.
Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.
Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.









jgn lah buat perkara yang bodohkan diri sendiri.simpan duit bagi anak bini makan lagi bagus.otak ada pakai la…kerajaan ada tong sampah besar yang nak tunggu untuk buat kitar semula poskad2 korang bodoh!!! Kerajaan ada lori sampah banyak lagi kalau tak cukup bodoh…oopppssss aku rasa korang print 20juta poskad lagi baik….ha haa…haaaa
Reply
Guru PPSMI Reply:
May 20th, 2009 at 7:51 pm
Tolong! Tolong! Tolong! Jangan mansuhkan PPSMI. Kami mendapat ganjaran daripada program ini. Kerja kami memang senang. Hanya ajar Matematik atau Sains selama SATU JAM seminggu, kami diberi insentif 10% daripada gaji kami. Banyak tu, tau? Lebih daripada RM400 sebulan, cukup untuk bayar instalmen kereta!
Budak faham atau tak faham tentang apa yang diajarkan, itu soal merekalah, hahahaha…
Reply
Fresh Graduate Reply:
May 21st, 2009 at 1:41 pm
Ingat kt sekolah suatu ketika dulu,
sorg guru cina sanggup berkorban!
dia ajar kimia, fizik & matematik tambahan utk 2 kelas.
d’sbbkn dia masi baru, pengalamn m’ngajar mmg xseberapa.
murid hadapi mslh nk faham..
tp cikgu tu sanggup wat kelas tambahan tanpa fikirkn gajinya,
bg dia yg penting, dpt lahirkn insan b’jaya & b’guna..
so kepada guru ppsmi, ingatlah tanggungjawab anda,
kalo keja sbg cikgu krana duit smata2, tu menJAHANAMkan warisan sbnrnya.
Reply
bunga kiambang Reply:
May 20th, 2009 at 10:25 pm
saya walaupun bukan ahli politik dan memihak kepada mana-mana parti tapi saya malu dengan sikap orang Melayu kalau dia dah taksub… maka dia tak boleh menilai sesuatu dengan cara yang baik… bila tegur guna bahasa orang tak berpelajaran, tak ade budi bahasa… menunjukkan hilang nilai keimanan …. kalau tak suka atau tak setuju tegurlah dengan cara berkhemah itukan lebih baik… ikutlah sebagaimana yang diajar oleh agama kita…. apatah lagi kalau orang yang lebih tua… jangan bila kita tak suka dengan seseorang kita keluarkan kata-kata nista, kasar, biadap… sesuatu yang kita benci …mungkin baik di sisi Allah… jadi janganlah terlalu… sombong dan bongkak…. sampai memperlihatkan diri kita ni jahil benar… ok… lepas ni tingkatkan keimanan bermaaf-maaflah dan belajar muhasabah diri… semuga masuk dalam golongan yang mendapat keredhaannya…. Wassallam
Reply
bunga kiambang Reply:
May 20th, 2009 at 10:30 pm
cuba kita sama-sama fikirkan adekah kerana PPSMI ditentang kita tak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris… Pada pandangan saya mata pelajaran bahasa Inggeris itu telah gagal…. hari ni pun ramai cikgu bahasa Inggeris diberi elaun lebih untuk meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik tapi ape yang diorang buat…. habis waktu jadual mengajar balik macam orang biasa tak buat ape elaun dapat budak macam tu….pada hal itu bidang dia kalau budak tak pandai masalah nya ialah pada cikgu bahasa inggerislah…
Reply
ingatkan orang berpesatuan boleh la bagi idea bernas….nie lagi tua lagi bodoh2 punya idea yang dikeluarkan….bijak sikit la bbbbrrrrooo
Reply
ulam batar Reply:
May 20th, 2009 at 2:36 pm
nike.jeff ni tak sioman kami nak bantu POS MALAYSIA BERHAD!! depa ni kekurangan sumber kewangan cuma bila musim perayaan sahaja Pos Malaysia dapat sumber kewangan Kad Raya dan perayaan lain , nak bantu pos malaysia pun tak boleh? tahukan you wang stem tersebut dapat menberi gaji kepada kakitangan POS Malaysia. kadang kadang orang UMNO BN ni pemikirannya sehala macam peminpin mereka agak sempit ruang minda mereka sama macam boss mereka.dia tidak memikirkan limpahan dari idea ini dari sudut ekonomi dan budaya serta bahasa itu sendiri termasuk didalam lipatan sejarah, kepada pejuang bahasa dan para pencita bahasa. bahasa perlu di cinta bukan di talak tiga sebagai mana yang UMNO BN lakukan pada bahasa ibunda.derhaka pada bahasa ibunda maka derhakalah kita pada ibu kita.
Reply
niken.jeff Reply:
May 21st, 2009 at 1:42 pm
derhaka pada bahasa maka derhaka pada ibu kita…ha…ha…ha apa punya statement bodoh la…bro umur berapa??? ha..ha…
Reply
ulam batar Reply:
May 21st, 2009 at 7:33 pm
Dei macang!!!!
Bila ibu you melahirkan you dari keturunan melayu you berzuriatkan melayu dan perkataan pertama yang u belajar mak tau ibu!!! dalam bahasa melayu maka derhaka lah you keranan mak you melayu dan makan ubi kayu untuk menbesarkan you dan di ajar sejak kecil berbahasa melayu tetapi amat malang u bodoh macam kayu atau pendek kata macam tungul kayu. kor no patut di sumpah macam sitangang oleh ibu you.memang dasar sitangang. tah tahulah kalu ibu you bermata biru menbesarkan you makan ubi kentang atau US potatos. sebab itu di gelah bahasa ibunda sebab bahasa ibu kita , lailah orang UMNO mereka lahir sahaja makan grill beef with budu sos. itu pasal UMNO BN benak tentang bahasa.
Danish Reply:
May 23rd, 2009 at 9:02 pm
niken.jeff yg ter…bengap. dgar & renung2 kn la hujah ulam batar yg penuh erti buat memperbaiki kebodohn anda..
TERAS = Teras Pengupayaan Melayu , “Pengupayaan” bukannya “pengucapan”.
Reply
Salam untuk semua. Sebenarnya saya adalah seorang genarasi permulaan sistem pendidikan negara pada tahun 1973 yang memansuhkan kelas ‘REMOVE’ aliran Inggris Sekolah Menengah. Saya tidak berpeluang memasuki kelas alran Inggris sebagaimana abang dan kakak saya yang dapat melanjutkan pelajaranya dalam aliran tersebut dan berjaya dalam kerjaya.
Sungguhpun saya juga berjaya menjadi pegawai kerajaan, tapi saya berasa malu di atas kekurangan diri saya iaitu saya tidak dapat menguasai bahasa Inggris dengan baik menjadikan saya malu untuk bergaul dengan rakan2 yang fasih berbahasa Inggriss.
Saya sebagai warga yang mengalami masalah ini merasakan tidak salah bagi kita menjadikan bahasa Inggris sebagai bahasa kedua kerana bahasa itu penting untuk kita dihantar berkursus di luar negara. Akibatnya, sungguhpun saya pegawai kerajaan, peluang untuk dihantar keluar negara tidak dapat kerana gagal dalam ujian kelayakan. Jadi fikirlah sendiri kepentingan bahasa tersebut.
Anda akan malu dan berasa terpencil apabial menjadi pegawai tetapi terbatas oleh masalah komunkasi.Fikirlah anak bangsaku.
Reply
SILENT MAJORITY Reply:
May 21st, 2009 at 2:27 am
SAUDARA AZIDI KAMI SALUTE SDR KERANA AWK SEORANG YG BRILLIANT!
BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA RESMI MALAYSIA!
BAHASA ENGLISH ADALAH BAHASA KEDUA!
DALAM LATIHAN PERANG DI ANTARA NATO & TENTERA LAUT MALAYSIA, BAHSA YG
DIGUNAKAN IALAH BAH. ENGLISH!
TOWER CONTROL AIRPORT PON GUNA ENGLISH!
RAKYAT NEGARA CHINA SEKARANG PERGI OVERSEAS NAK BELAJAR BAH. INGGERIS!
KITA RAKYAT MSIA MEMANG BERTUTUR DALAM BAH MELAYU MOST OF THE TIME!
CAKAP MELAYU DI RUMAH, MASAK MELAYU, MAKI/GADUH DLM BAHASA MELAYU..
SO APA AWAK MAU LAGI….
JADI KALAU ADA RAKYAT MSIA YG MAU HANTAR POSKAD MENYOKONG PPSMI KPD
MENTERI PELAJARAN SILAKAN….MAKE SURE DESIGNNYA CANTIK!
KAMI MENYERU MELAYU YG EDUCATED, CINA, INDIA, IBAN, KADAZAN, DAYAK, PORTUGIS,
ORANG ASLI SUPAYA MENGHANTAR MEMO KPD MENTERI PELAJARAN MENYOKONG PPSMI!
CONTOH YG BAIK ADALAH SDR ANWAR IBRAHIM! BELIAU PANDAI SPEAKING ENGLISH..
1 OF THE BEST IN MSIA!
KALAU SI ANWAR TAK PANDAI CAKAP ORANG PUTIH…JANGAN HARAP STATION2 TV
LUAR NEGARA EG ALJAZEERA, CNN, BBC AUSTRALIA TV DLL MAU INTERVIEW DIA….
MY FOOT KALAU DIA CKP MELAYU STATION TV MAU INTERVIEW DIA!
Reply
Saudara budiman. Sebenarnya adalah lebih berilmu kalau kita menguasai banyak bahasa selain bahasa ibunda. Contoh kalau kita fasih bahas Cina dan Tamil juga Inggris kita mudah berkomunikasi dgn mereka disamping baik sebagai mata dan telinga (bersifat pengintipan). Menguasai bahasa lain dari ibunda tidaklah bersifat derhaka malah kita juga disuruh mengaji Quran dalam bahasa arab tapi tiada siapapun yang bantah. Jadi ambillah sikap positif sebagai menimba ilmu. Ibarat tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri cina (maksudnya kalau tahu satu bahasa saja macamana nak belajar sampai ke Cina?)
Reply
Kita sudah buat kesilapan sejak 20 tahun dahulu. Pemuda kini dah sudah susah cari kerja, mahupun kerja antarabangsa kerana kekurangan kemahiran bahasa lain. Saudara tak nampak ke di masyaraket Malaysia sekitar? Cuba berbual di bandar, semua bangsa muda, Melayu, Cina dan India cakap ‘Broken English’. Saudara Anwar senang hati ke? Saudara mahu ini berterusan?
Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa.
Saudara Anwar boleh berbahas cekap dengan Inggeris, tidak kah saudara bangga 10 tahun nanti, semua anak Malaysia juga sama saudara.
Bukankah bangga kalau anak kita dapat mengkaji semua bidang di antarabangasa.
Saya berumur 40 tahun. Juga kesal kerana Grammar English tak kukuh semasa di sekolah, sedangkan saya berkerja di luar negeri.
Fikir lah untuk anak masa depan. Kita masih belajar Bahasa Malaysia. Tapi biarlah Bahasa Antarabangsa juga di aliran kita.
Ken.
Reply
i am a supporter of PR, but sorry dude, im not with you on this policy. All this while you just quote someones else stand on PPSMI, but you never state your stand. You must state your stand once and for all before the next GE because Education is very important and your education policies will be one of the major thing that we consider before we dump in the votes.
The voters today are no longer like voters many years ago, we think rationally, for the long term benefit of the country.
Reply
? Reply:
May 21st, 2009 at 5:49 pm
DUDE?! DUN ACT SO HIGH & MIGHTY WITH UR MTV CORRUPTED VOCABULARY LA MANGKUK! REAL MALAYSIANS THAT IS PROUD OF ITS HERITAGE IS SURELY NOT WITH YOU, PAK NUAR ALREADY STATED HIS DISGUST WITH PPSMI, SO WHY R U BEING HARDHEADED ON HIS STAND!
REAL MALAYSIANS IS NOT AFRAID OF UR SO CALLED ‘RATIONALLY THINKING’ PPSMI ADVOCATES, I BELIEVE MOST OF THEM ARE JUZ IGNORANT EXPATS & DO NOT HAVE THE RIGHT TO VOTE IN MALAYSIA, PLS JOIN THEM WHEN THEY GO BACK HOME, U ‘BLUE EYED’ TRAITOR!
Reply
ken, mmg kita nak kuasai bahasa inggeris tapi bukan dalam matapelajaran matematik dan sains, kalau kerajaan betul-betul ikhlas tambah aje mata pelajaran english literature dan jadikan matapelajaran wajib itu saja solusinya. bukannya payah.
Reply
SALAM SEMUA,
1. SAYA AMAT MENYOKONG PENUH DENGAN KEMPEN SEJUTA POSKAD INI.
2. TOLONG EDARKAN KEPADA YANG BERMINAT BAGI MEMBANTU KELANCARAN KEMPEN INI.
3. KALAU NAK BERTUTUT DALAM BAHASA INGGERIS PUN TAKYAH LAH DIJADIKAN SEBAGAI MATA PELAJARAN WAJIB DI SEKOLAH.
4. IKUT LAH PERUBAHAN SEMASA. LAIN PEMIMPIN LAIN CARANYA.
5. SAYA SANGGUP JADI PENGEDAR POSKAD DAN SILA E-MAILKAN KEPADA SAYA UNTUK KETERANGAN DAN MAKLUMAT LANJUT.
Reply
PPSMI adalah satu cabaran untuk orang melayu.Sautlah cabaran ini kerana tak rugi pun kalau kita mahir menguasai BI dlm sains dan Matematik.Sekali gus kita dapat meningkatkan penguasaan bahasa inglish.
India dan Cina telah menguasai BI ini sejak dari kecil lagi.Lihatlah dimana mana sahaja ibu bapa bangsa ini akan menghantar anak mereka ke sekolah untuk menguasai BI.Bagi mereka satu kelebihan jika mereka dapat menguasai bahasa inglish ini.
Pernah gua bertanyakan perkara ini kepada seorang berbangsa cina.mengapa dia menghantar anaknya yg berusia 6 tahun ke kelas bahasa inggeris?.Cina nie jawab senang aje.Masa depan anak2 semakin mencabar.Masa semakin cepat berubah.Jadi ini sebagai langkah awal untuk anaknya bersedia dengan sebarang perubahan yg berlaku.Lagipun tak rugi maaa….
Lihatlah bagaimana bangsa asing memandang BI ini satu keperluan utk diri sendiri dan juga utk bangsanya.Berbeza dengan bangsa melayu.Sanggup menghapuskan BI.Apakah ruginya jika kita dapat menguasai bahasa ini?.Jangan kerana politik,masa depan anak2 tergadai.Bangsa asing sedang menunggu kejatuhan bangsa melayu.
Memang melayu takkan hilang di dunia.Tapi melayu akan hilang di dunia jika bangsanya ditindas.Jadilah seperti di negara Singapura.Tanyakan melayu disana.Apa perasaan mereka sebagai org melayu yg menetap disana???…
Reply
ulam batar Reply:
May 21st, 2009 at 7:36 pm
itu pasal ada orang cina sekarang dimalaysia dah tak tahu berbahasa cina dan ada india dah tak tahu berbahasa india maka hilang lah. ini semua angkara UMNO BN.
Reply
Saya ingin mulakan dengan bertanyakan kepada semua di sini apa maksud ‘aci engkol’? Saudara saya yang merupakan seorang jurutera automotif pernah bertanyakan soalan ini kepada saya suatu ketika dulu. Jawapan di pertengahan komen saya.
Pada pendapat saya, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang dapat memanfaatkan seantero Malaysia.
Sebab-sebabnya:
1. Pendedahan kepada istilah-istilah yang diterima pakai masyarakat antarabangsa.
2. Memudahkan pemindahan teknologi di peringkat antarabangsa- kerana banyak pusat ilmiah di dunia menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.
3. Dapat melahirkan ahli ilmuan sains dan matematik yang dapat membentangkan idea di peringkat antarabangsa.
Tadi saya ada tanya apa maksud ‘aci engkol’. Aci engkol, di dalam bahasa Inggerisnya bermaksud ‘crank shaft’ . Crank shaft merupakan istilah yang diterima pakai masyarakat antarabangsa dan bukan aci engkol. Bukan sahaja ejaan berbeza, malah bunyi perkataan pun lain. Istilah aci engkol ini adalah satu contoh istilah yang dapat mengelirukan pelajar kita apabila mereka didedahkan kepada pembelajaran Sains dan Matematik di luar negara atau merujuk kepada kertas-kertas kerja/ilmu antarabangsa.
Bukan maksud saya untuk memperkecilkan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting dan patut digunakan dalam pengajaran subjek-subjek lain yang memainkan peranan penting juga. Oleh kerana ideologi di dalam bidang Sains dan Matematik memerlukan pengunaan istilah-istilah khas, saya rasa lebih baik Sains dan Matematik di ajar di dalam Bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, pengunaan Bahasa Ibunda, Bahasa Melayu di sekolah-sekolah dapat membantu pemahaman yang lebih cepat. Jepun contohnya mempraktikkan pengajaran sains, teknologi dll di dalam Bahasa Jepun. Jepun merupakan antara negara termoden di dunia yang melahirkan bakat-bakat di dalam bidang Sains dan Teknologi yang ramai. Tetapi, tidak dapat dinafikan, majoriti penemuan teknologi Jepun datangya daripada pemindahan teknologi dari negara barat yang mempraktikkan pengunaan Bahasa Inggeris- tidak ada 100% teknologi Jepun yang dihasilkan dengan pembelajaran bahasa Jepun 100%.
Masalah dalam pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris tidak dapat dielakkan. Tetapi, selepas masalah ‘teething’ ini dapat diselesaikan, tidak mustahil Malaysia dapat melahirkan ahli ilmuan antarabangsa di dalam bidang Sains dan Matematik.
Reply
apa alamat pos Menteri Pendidikan?
Reply
Assalamualaikum,
Saya agak pelik… ada lagi rakyat kita yang tak faham masalah bahasa dan masalah ilmu. Bagaimana kita nak beri ilmu menggunakan bahasa yang mereka lemah. Masalahnya, apa yang yang hendak disampaikan.. Ilmu atau bahasa. Kalau bahasa sasarannya… kita telah beri ubat yang salah kepada penyakitnya. Sepatutnya perkasakan bahasa Inggris itu sendiri… kalau tak cukup tambah Institut Perguruan Bahasa Inggeris bagi melatih ramai lagi guru bahasa berkenaan. Kenapa nak bebankan Math sains ? Penentang PPSMI.. bukan benci Bahasa Inggeris tetapi mereka mempertikaikan kaedah memperkasakannya. Cuba lihat peralatan PPSMI di sekolah-sekolah.. apa jadi ? Jawapanya banyak yang terbengkalai. Siapa yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar. Guru yang mengajar BI ramai dari kalangan cikgu sains, math dan guru-guru sementara yang tidak mahir serta bukan opsyen. Saya melihat, situasi ini menunjukkan niat tidak ikhlas kerajaan untuk memperkasakan Bahasa Inggeris. Mungkin betul anggapan beberapa pihak bahawa PPSMI ini tidak lebih dari projek kroni.
Jika tuan-tuan yang memberi komen.. dengan emosi dan bahasa yang tidak manis.. ini menunjukkan tuan-tuan gagal menguasai bahasa melayu itu sendiri yang penuh dengan nilai ketimurannya. Tuan-tuan yang menulis secara tidak sihat juga .. nampaknya awal-awal lagi sudah menutup minda untuk memikirkan isu ini dengan lebih mendalam. Tuan-tuan bercakap tentang teknologi yang boleh didapati kesan dari pengajaran PPSMI.. tetapi tuan-tuan sendiri gagal membincangkan isu ini dari sudut fakta dan ilmu. Jika kita percaya kepada keupayaan sains teknologi untuk masa depan negara kenapa kita tidak boleh percaya bahawa sesuatu isu itu perlu dihujah secara fakta, bukti dan ilmunya. Adakah berpuluh-puluh profesor di Malaysia yang membantah PPSMI di Malaysia ini bodoh-bodoh belaka ?
Saya seoramng guru Biologi secara pribadinya tidak menyokong PPSMI. Saya sangat memahami pelajar-pelajar saya. Saya juga sering berbincang tentang isu ini dengan rakan-rakan PPSMI yang lain.. jawapannya hampir serupa.. PPSMI tidak wajar diteruskan. Saya bercakap berdasarkan bukti yang cukup jelas. Bukan rekaan yang melulu. Saya hanya seorang pelajar master.. mungkin ilmu saya belum cukup untuk memberi penilaian berkaitan PPSMI. Pada asasnya sebagai ilmuan yang lebih rendah, saya menyokong sepenuhnya para ilmuan yang lebih tinggi.. apalagi bilangan mereka lebih ramai. Berpuluh-puluh profesor yang membantah PPSMI telah menjadi asas kepercayaan saya. Dari segi ilmunya.. mereka telah menjalankan kajian terlebih dahulu sebelum menyatakan sokongan dan pendirian mereka tentang PPSMI. Mungkin satu soalan yang kurang ajar : Apa asas anda yang menyokong PPSMI ? Banyak mana kajian yang anda buat ? Adakah anda salah seorang yang terlibat secara langsung dalam pendidikan ? atau anda hanya menyokong idea pemimpin yang tidak berasas dalam hujahnya.
Fikirlah dengan hati dan minda yang tenang. Jangan ikut emosi. Selagi isu ini berlarutan, semakin ramai anak bangsa kita akan dikorbankan. Isunya sekarang jika PPSMI dihapuskan tidak bermakna kita tidak boleh mahir bahasa inggeris. Banyak masa dan wang kerajaan mampu diselamatkan.
Reply
1. amat sedih kenapa kerajaan terdesak membuat keputusan menghapuskan ppsmi
2.sepatutnya kerajaan/kementerian turun padang cari jalan mengatasi kelemahan diperingkat sekolah
tentang kualiti pengajaran guru
3.pada saya jika guru menggunakan teknik pendekatan yang betul dan menarik semasa mengajar matematik dalam bahasa inggeris murid akn faham
4.kebnyakan guru menolak menggunakan laptop dan cd atau membina bahan sendiri semasa mengajar
saya sendiri guru math tahun 4 kerap menggunakan BBM dalam memberikan pengajaran yang menarik dan mudah difahami.dalam hal ini pnp perlu dimantapkan…
5.mansuh ppsmi merugikan bangsa kita….knapa kerajaan buat keputusan yang dipengruhi oleh angin dan suasan politik…pulangkan la semula ppsmi,,,perbaiki kelemahan
Reply
Bolehkah kita mempelajari nahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu menerusi pengajaran subjek Sains dan Matematik. Adakah memadai mempelajari suatu bahasa hanya di sekolah, iaitu suatu pembelajaran terhenti atau tidak berterusan hingga ke tua? Ikuti pandangan YM. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid di YouTube (klik di sini)
Yang mana kita perlukan Resolusi Bahasa atau Revolusi Bahasa? Revolusi Bahasa adalah satu ideologi, cadangan dan juga desakan oleh seorang bekas hakim bernama Mokhtar Hj. Mansor menerusi suratnya kepada PM dan menteri-menteri sekitar tahun 1990 yang mendesak supaya pelajaran subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dakwaannya bahawa pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat melonjakkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek ini mula mendapat perhatian umum terutama menteri-menteri menerusi bukunya “Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi” (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).
Sedikit mengenai pembohongan Mokhtar Hj Mansor, sila layari blog ini : http://mokhtarmansor.blogspot.com/.
Reply