Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.
Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.”Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.
Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: “Najib salah”. Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.
Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
‘Saling bertukar MB’
Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.
Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.
Sebelum ini, BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak selepas mendapat sokongan majoriti apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.
Ekoran itu, Nizar Jamaluddin membawa kes itu ke mahkamah dan kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.
Berikutan keputusan tersebut, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exconya mengosong pejabat dan Nizar kembali bertugas.
Bagaimanapun, Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu dan kembali bertugas semula semalam.
Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai “bendahara Tun Perak yang baru”.
Mengenai 13 Mei pula, Anwar yang berucap selama 15 minit berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan – termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia – tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.
Lim: 7 Mei ‘hari memalukan’
“Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.
Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai ‘hari yang memalukan; dan sebagai 13 Mei yang baru apabila SpeakerSivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.
“Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei – hari yang memalukan,” katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi – yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah – dalam masa yang singkat.
Beliau juga menyindir Zamry sebagai “3 in 1″ — Mandela-Gandhi- Zambry.
Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul “Malaysia di ambang republik”.
Katanya, tulisan berunsur “hasutan, fitnah dan dusta” itu patut diheret ke mahkamah.
ADUN pelbagai latarbelakang
Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.
Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.
Menteri besar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.
Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak – tidak seperti yang berlaku di Terengganu.
“Di Terengganu, semua ADUN Melayu, orang Terengganu makan nasi dagang, tetapi bergaduh tidak selesai sampai sekarang,” katanya merujuk kepada konflik majoriti ADUN BN menolak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Mengulas mengenai kepelbagaian latarbelakang, beliau turut menyebut tentang terdapatnya “satu wanita dan dua lelaki lompat” sambil disambut sorakan “boo” penonton.
Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti.









jamin kerat jari punye,tobat sinajib nak buat
Reply
itulah yang sebaiknya! tetapi memandangkan 1 Malaysia tahu bahawa keputusannya akan tidak memihak kepada umno,maka gerombolan akan berkata:- “kita tidak mahu adakan praya kerana mahu menyelamatkan ekonomi..”-PieM one malaysia.kahkahkahkahkah podah
Reply
kalau semua YB bersikap profesional perkara sebegini tak akan jadi
jika pilihan raya semula dilakukan apa akan jadi,
1. jika PR menang, anwar dan PR akan kata ini satu pilihan raya yang adil
2. Jika BN yang menang, anwar dan PR akan kata ini komplot diantara SPR dan BN
juga isu pengundi hantu
3. Jika salah satu menang dengan majoriti mudah, maka kemelut akan terus berlarutan
seperti sekarang,
apa yang perlu adalah semua YB perlu mempunyai sikap terbuka, adun PR jangan
jadi macam YB sarkas, jadi lah YB yang berhemah tinggi…
Reply
lebai din Reply:
May 14th, 2009 at 11:26 am
oit!
1.aku x penah dengarpon kalau pr menang anwar ke hadi ke atau sesape yg sewaktu dengannye cakap ini satu “pilihanraya yang adil”,yang selalu aku dengar depa kata “suara rakyat,suara keramat!”
2.kalau xmau org pertikai kemenangan BeNd, buatla dakwat kekal,biarla pondok panas tu! awat yang sakit ati sangat dengan pondok panas?hampa da xde org nak jaga ka? benarkan pemerhati bebas perati perjalanan prk/pru tu.apa daaa
3.toksah bimbangla,aku jamin punya PR sapu bersih kalau Bend berani buat pilihanraya,yg nak tinggalpon kot sorang ja tajul rosli,pasai la ni dia dok sengap ja.hahaha….kalau x caya cuba try test bubar DUN…HAAAA barula hampa suma tau rakyat meluat ka x ngan perangai jakun hampa tu?
ada berani ka?
Reply
LAN Reply:
May 14th, 2009 at 11:32 am
umno bn yang sepatutnya belajar sifat berhemah tinggi dan bersikap profesional. Bubarkan DUN perak,hadapilah kenyataan, kalau kamu semua disukai rakyat perak sepertimana yang selalu kamu dakwa.nescaya kamu akan perolehi kemenangan,tatkala itu PR akan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka,kerana pilihanraya merupakan pilihan PR bagi menyelesaikan kemelut perak.
namun,jika umno tewas teruk,belajarlah muhasabah diri.
sekian
Reply
AWANGKU BATATAR....BENONI Reply:
May 14th, 2009 at 11:54 am
Kalau kamu cakap pasal sikap YB BN….BETUL LE……
kahkahkahkah…
rakyat tAk buta …dan tak mudah tertipu……
BALIK PADA RAKYAT PERAK…MB DS NIZAR CAKAP BUBAR….MB dr ZAMBRY CAKAP APA……..PENGECUT…TAKUT KALAH KE……………………………….
1. BILA PULA ANWAR CAKAP PILIHANRAYA ADIL….PENGUNDI HANTU…MANA-MANA PUN ADA..BOLEHKAH ORANG DAH MATI BERTAHUN2 MENGUNDI…JAWABLAH….SEBUAH RUMAH BIASA BOLEH TINGGAL 70 ORANG DEWASA KE….
COME ON..KITA DULU PUN UMNO JUA…TETAPI SETELAH TOBAT BUAT KERJA MENIPU BAGI PIHAK…….TAK PAYAHLAH…….NAK MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH.
2. SELALUNYA MEMANG BEGITU…KENAPA DITIADAKAN MARKAS PANAS…JAWAPANNYA MARKAS BN TAK ADA PENGUNJUNG…HAHAHAHAHAHA
3. DENGAN MAJORITI MUDAH PUN TAK APA JANGAN ADA YANG MEMBELI YB PIHAK YANG MENANG ……TAPI KALAU PR MENANG TAK SIMPLE MAJORITI PUNYA…SILAP2 SAPU BERSIH SEMUA KERUSI KAT PERAK.
Reply
Change 08 Reply:
May 16th, 2009 at 1:06 am
Kalau hati telah buta sudah pasti orang seperti anda tidak tahu memilih yang mana satu intan dan juga kaca. Kalau asyik disogokkan dengan wang ringgit dan harta maka biar apapun yang terjadi tetap akan menyokong kezaliman, ketidakadilan dan juga segala perkara yang mungkar.
Kita ambil contoh undi pos. Kenapa semua undi pos itu tiada satu pun berpihak kepada parti selain daripada BN? Secara logiknya tentera itu adalah penjawat jawatan kerajaan sahaja dan secara adilnya harus diberi kekebasan untuk mengundi sesiapa sahaja. Tetapi apa yang berlaku ialah kalau tidak undi BN akan dibuat sesuatu yang memudaratkan kerja mereka. Rakyat tidak buta. Ramai yang telah berpencen dari tentera menyatakan dengan jelas apa yang berlaku untuk undian secara pos ini. Maka inilah dikatakan buta hati. Tindakan seperti ini adalah haram jadinya. Kalau semasa mengundipun telah digunakan cara haram maka cara mentadbirpun akan menjadi haram, duit elaun YB pun dikira haram malah segala-galanya adalah diharamkan oleh rakyat.
Bagaimana rakyat hendak menerima wakil rakyat yang haram dengan menggunakan segala sumber haram untuk menang dalam pilihanraya termasuklah saudara PEACEFACE ini sendiri. Mungkin muka nampak peace sahaja tetapi hakikat sebenarnya bersekongkong dengan sumber pendapatan haram juga.
Butakah anda bagaimana cara pembangkang mendapatkan sumber kewangan untuk berkempen? Pekakkah anda bagaimana suara-suara rakyat yang berhati mulia meluahkan perasaan mereka tentang ketidakyakinan terhadap pimpinan BN. Butakah hati dan perasaan anda bagaimana sengsaranya kehidupan rakyat sekarang apabila harga barangan kini melambung tinggi sehingga golongan menengah sekalipun tidak dapat mencukupi keperluan kehidupan seharian mereka apa lagi golongan bawahan yang ternyata amat sengsara? Apa yang dlakukan oleh BN naikkan minyak tetapi selepas minyak turun harga barangan tetap naik juga, inilah yang dikatakan buat sesuatu tanpa kajian serta menggunakan pintu hati yang halal dan diredhoi Illahi maka segala yang dilakukan atas dasar kepentingan diri sendiri untuk kuasa serta harta. Sengsaranya Rakyat.
Gagilah sejuta alasan sekalipun kami semua rakyat Malaysia inginkan perubahan agar tiada lagi BN untuk memerintah mana-mana DUN serta Parlimen apalagi memimpin negara ini. Cukuplah kezaliman melampau yang telah dilakukan oleh anda semua (BN) terhadap rakyat Malaysia yang dahagakan kepimpinan yang jitu, ikhlas serta bukan sahaja berjiwa rakyat sebagai kata-kata sahaja tetapi biarlah ianya benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh.
Malaysia adalah negara yang kaya, tetapi sayangnya telah dirobek dan dikikis oleh UMNO dan BN untuk kepentingan sendiri.
BUKA MATA, BUKA HATI CUKUPLAH SETAKAT INI UNTUK BN KESELURUHANNYA. PR13 PASTI BN AKAN DITUMBANGKAN SEPENUHNYA. AMIN.
Reply
Poltik Malaysia sedang menuju kematangan. Rakyat yang dahulunya ditadbir secara pecah perintah sudah mula merasakan bahawa era pecah perintah masih berleluasa dikalangan mereka yang memegang tampuk kepimpinan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa kuasa majoriti yang berlandaskan etnik merupakan ‘short cut’ untuk memenangi pilihanraya, namun seandainya ‘short cut’ ini disalahguna untuk mempertahankan amalan rasuah dan pembaziran wang rakyat untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga mereka yang berkuasa, disalahguna untuk menekan kebebasan sistem kehakiman dan membuat kuasa polis sebagai alat untuk menekan suara rakyat yang semakin sedar dan celik kepada apa yang berlaku selama ini maka kita akan saksikan bagaimana ‘short cut’ perkauman ini akan goyah dalam teriakan suara rakyat yang mahukan keadilan diperlihatkan dan bukan sekadar dgembar gembur sebagai slogan semata-mata. Suara rakyat bagaikan air yang semakin bertambah setitis demi setitis. Walau dibendung dengan dinding konkrit, lambat laun semua kekangan akan musnah dan arus perubahan akan melanda dengan ganas. Tetapi seandainya titisan air ini di manfaatkan oleh mereka yang mempunyai akal dan hati … insyaAllah hasilnya dapat dinikmati oleh semua.
Reply
Mana dia ada berani.Kalu buat Pelihanraya di Perak, sudah pasti lingkup,kalau UMNO/BN menang pun mungkin DUN Pangkor sahaja.Sebab pengundi di Pangkor kesihan dekat Zambry.
SB UMNO sudah buat cula,UMNo totok dan yang ada kepentingan habuan dan jawatan sahaja yang masih dengan UMNO.Pengundi atas pagar,pegawai kerajaaan, guru dan swasta 80% memilih PR.Trend di Perak akan terbawa ke semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Boleh acu tengok kalau buat pilihanraya kecil atau umum.
Oleh itu PR kena atur strategi,kerana PR sudah jelas akan memerintah Malaysia dan hampir ke semua negeri.Najib dan sekutunya sanggup buat kerja bodoh yang yang tidak munasabah untuk mempertahan kuasa UMNO/BN.Agensi-agensi kerajaan telah diperkuda dengan sesuka hatinya.Namun begitu Allah maha berkuasa,mengetahui dan maha adil,perubahan besar akan berlaku dan yang tidak benar akan menerima akibatnya dan yang benar akan memenerima kebenaran.Hanya mereka yang beriman dengan Allah sahaja percaya yang benar pasti menerima kejayaan dan yang batil akan menerima kemusnahan.
Takbir,AllahuAkbar
Reply
poodah
Reply
Yes, let the people decide.
Reply
masalahnyer umno bn takut kalah teruk kalu buat pilihanraya….
Reply
…i was there last nite.tan sri dolah ahmad was classy.he was in isa n supports pakatan but remind us of najib’s pragmatism.
Reply
Bila DUN bubar, pilihanraya akan berlaku. Keputusan pilihanraya tiada siapa yang jangka, semua kemungkinan boleh berlaku. PR boleh jadi menang, boleh jadi juga tidak kalah. BN begitu juga, boleh jadi kalah, boleh jadi juga tidak menang.
Reply
sufferfly Reply:
May 14th, 2009 at 11:14 pm
best….
ayat POWER…
Reply
BN TAKKAN BERANI BUBARKAN DUN DAN ADAKAN PILIHANRAYA KT PERAK KERANA MEREKA TAHU YANG MAJORITI RAKYAT TIDAK MENYOKONG BN. KALAU DI PENANTI PUN MEREKA BOLEH BERDOLAK -DALIK, INIKAN PULA DIPERAK..
JUSTERU ITU BN AKAN CUBA MENGALIH PERHATION DGN MENGGUNAKAN SEGALA JENTERA BN DAN KUASA YG ADA PADANYA UNTUK MENANGGUHKAN PILIHANRAYA SELAMA MUNGKIN…
http://nmjnh.wordpress.com/2009/05/13/semua-pihak-mahu-dun-perak-dibubarkan-kecuali-najib-dan-zambry/
Reply
Inilah peluang Najib buktikan yang dialah PM one malaysia pilihan rakyat. inilah juga masanya Najib buktikan kepada semua ahli umno yang mana dialah merupakan Presiden yang mampu menguatkan kembali parti kuno tersebut.
Najib wajib sahut cabaran Anwar dan buktikan dia lebih bagus dari PAK LAH! kalau tidak berani sahut, confirm KJ akan gelak besar kahkahkahkah.Najib boleh lantik Che Det yang perasan bagus tu jadi ketua pengarah pilihanraya umno perak! tuuuuuu diaaaaa baru cun bro
Reply
BN guna majoriti haram perintah perak. Klu guna sidang DUN jatuhkan nizar bolehla diterima. ni si zamry rampas perak macam samseng. kata terima kptsan mahkamah..skrg pe cite.buat rayuan jgk.tersengeh-sengeh macam kera kena belacan. muka pun dah mcm belacan dah..hahahaha
Moga diperkenankan oleh tuanku utk bubarkan DUN Perak..Nyahkan BN yang syok sendiri tu…
Reply
Dulu Perak mana ada nama. Siapa nak tahu tentang Perak. Boring punya tempat, siapa nak pergi. Saya baca suratkhabar hari itu pekerja2 sebuah kilang di Perak hanya dapat gaji RM450 basic. Cukup ke? nak menyara 6 sekeluarga.pikirlah. Semua kerja BN lah ni. Sekarang kita baru paham selama berpuluh2 tahun ni MB Perak TIDUR. Gaji berpuluh2 ribu tapi TIDUR. Memang tak boleh PAKAI!!!! Bila pernah kita dengar MB Perak kata ada perkembangan projek besar yang memanfaatkan rakyat???? Memang sebuah negeri yang dipinggirkan oleh BN.
Memang memalukan ada MB Perak yang sedemikian.Sekarang Perak terkenal di seluruh dunia sebab kita sudah wujudkan satu sarkis dengan sekumpulan pelawak2 yang amat berpotensi diketuai oleh Encik Zambry ketua pelawak dengan komedi beliau yang paling sensasi – I SAMA DENGAN GANDHI/MANDELA.
Kami rakyat Perak tak kira kaum nak kepentingan rakyat dijamin dan rakyat Perak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik setaraf dengan rakyat Penang dan Selangor dalam masa yang tersingkat sebab2 MB Perak yang dulu( tak boleh pakai langsung) sudah membazirkan masa dan duit rakyat. Boleh kita adakan LRT di Perak sedangkan sistem perkhidmatan bas di Perak berapa effektif.
Encik Zambry, tolong jangan buang masa cuba rampas Perak.Semua orang tahu you bukan Gandhi, you bukan Mandela. You hanya buat semua ni untuk kepentingan diri u sendiri. U nak jadi pelawak tolong pergi cari sarkis. Sini rakyat Perak masih nak cari makan. Tolong jangan buat kacau. Belah!!!!!!!!
Reply
roy Reply:
May 14th, 2009 at 12:28 pm
masalah nya si zambri n najib ni dah tua susah nak lompat2 kat buaian tu…….so susah sikit la nak interview kat mana2 sarkis mahupun fun-fair……
Reply
MEMANG PUN PENAKUT…..BUKAN SAJA KAT PERAK , TENGOK KAT PENANTI GITU JUA…KAT SELANGOR ,MANOHARAN NAK LETAK JAWATAN …CEPAT-CEPAT DIBEBASKAN..DARI ISA…KERANA APA TAKUT KALAH KAT KAWASAN TU.
Reply
……AKu HArap ROSLI DHOBI muncul KMbali…………..
AKu HArap Dato MAHARAjELELA Muncul kmbali………………..
x POwn ORng MAcam MEREKA KENE ADe kat MALYSIA nie…………….
BUNUH Je SMue BUDAK TADIKa YAng MAEN INSTITUSI KEMpimpinan nie……………
IKUT LA PERLEMBAGAAN…..aku DOa nie AGar ade PERTM_PAHAN DArah BERLAKU KAt Perak………..BIAr KEne…..hahahahahahaha
BANGSA KITE NIE IBRAT SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH…………TOBAT LA………..
AKU NIE RAKYAT CARIK MAKAN TAU…….PANTANG AKU DENGAR MENDE NIE….DAH LA TUH …NEGERI AKU PLAK TU….
NAK CARIK MAKAN X SENANG…..
YA ALLAH KO LENYAPKAN LAH MANUSIA 2 YNG MENZALIMI RAKYAT PERAK…………MATIKAN MEREKA DENGAN KEJAM………..MASUKKAN KE NERAKA……… CEPATKAN KIAMAT DUNIA…..H\\
SAPE MAKAN CILI TRASE PEDAS…..PILIHANRAYE KENE ADE BALIK….BUBAR DUN JALAN TERBAEK…..
BN NIE DAH BODO….AKU LETUP SATU2 MACAM KORNG WAT KATT ALTANTUYA BARU TAU…..
Reply
BN, khusus nya UMNO memang sudah lama hilang kredibiliti; suruh jaga Agama, bangsa & negara semua nya mengecewakan! CUMA tinggal SLOGAN that’s what they are good at??? Sekarang SATU lagi SLOGAN besar “ONE MALAYSIA” Slogan2 yang terdahulu pun BELUM selesai timbul pula slogan2 baru? We’re “SICK & TIRE” of all this NONSENSE!
On the Perak issue, kalau nak cabar KOME2 tu buat by-election lebih baik buat erections! Kan libih praktikal. Bak kata pelawak Nabil “kaw pikir lah sendiri”
Am still wondering whether they’re real leaders OR just “pemimpin cari makan???” Sama2 lah kita
NILAI
Reply
aku rasa khairy sedang mentertawakan najib…..
NAJIB : KHAIRY HANG TAKYAH JADI MENTERI…HANG PEGI TARIK GOLONGAN BELIA MASUK UMNO SUDAH..
KHAIRY : (TAK PE…TAKPE)
SEKARANG…
KHAIRY : (PADAN MUKA HANG!!)
Reply
DS umpama bercakap dengan tiang kayu.xdak respon dan gerenti dia x berani punya!!!!
Reply
Aku harap Pakatan Rakyat tidak akan adakan apa2 perbincangan dengan Umno…jangan berbincang mengenai apa2 pun. Perasan tak Umno ni kalau tersepit, terdesak…mesti cakap pasal bincang antara dua belah pihak…cuba kalau tgh kuat..apa pembangkang cakap semua masuk tong sampah…
lepas tu ajak berbincang tak boleh bagi syarat…kepala bapak kau! kalau PR masih nak berbincang dengan Umno…anggaplah PR sudah hilang satu undi ….iaitu undi aku
jangan lupa, Umno ada Polis,FRU,Mahkamah dan lain-lain. Dan jangan lupa juga,mereka masih mampu menculik,menyembunyikan orang,merasuah,menfitnah dan entah apa-apa lagi…
UMNO MESTI DITEKAN HABIS-HABISAN SAMPAI KE AKAR UMBI!!!!
TAK ADA APA PERLU DIBINCANGKAN……FOKUS SATU SAJA SEKARANG, BUBAR DUN PERAK!!
Reply
Dengar najib bersedia untuk berunding tapi ada pula syaratnya. My dearest beloved PM, you too need to advise your people, don’t you think so.
Reply
najis tong rosak is mamak kutty mia puppet, so kalau mamak kutty kata election dia kena ikut. kalau mamak kutty kata kasi itu mamak zombie jadi MB Haram dia pun kena ikut. ini realiti.
siKera Jantan tu skrg dok gelak…kah kah kah..padan muka najis…kah kah kah.
Reply
Asalamualaikum.sebenonye tak perlu Pak Cik nak cabar sebab kalau orang budiman pantang dicabar, dalam keadaan sekarang buang karan je,saya pun tak setuju kalau Pak Cik cuba berbincang dengan mereka kerana mereka ini banyak auta pun begitu saya yakin dengan pilihan dan kebijaksanaan Pak Cik.Walau apapun saya harap Pak Cik tidak akan berlembut dan termakan helah,sebagai seorang manusia yang dikurniakan kebijaksanaan saya harap Pak Cik akan memandang dan menilai lebih jauh ke dalam bukan ke depan.
Reply
Bertuah badan le kalau PM setuju nak bubar DUN dan menghadapi suara rakyat.. dia dah tahu dah kesudahannya.. calculator dia dah kira jumlah kekalahan.. jadi lebih baik hold on to the existing artificial power dan syok sendiri dengan kerajaan diPerak pilihan BN/UMNO.. Insya Allah kita sebagai rakyat akan bersabar dan memahat peristiwa ini dalam memori kekal kami..
Pendek kata, BN/UMNO hanya berani mengkudakan jentera mereka sendiri sahaja ie. saluran mas media yang mereka kawal.. tapi sangat pengecut untuk menghadapi suara rakyat.
Apapun rakyat tidak lagi mudah lupa.. bagus juga jika lebih lama mereka berdolak dalih dalam krisis Perak ini, maka lebih mendalam benci kesumat rakyat terhadap BN/UMNO, maka dengan itu insya Allah mereka akan menghadapi satu penghakiman yang pasti & kekalahan yang lebih besar lagi dalam pilihan raya umum nanti.. semoga mereka terus berjaya dengan agenda tak lansung mereka menanamkan perasaan benci dalam setiap jiwa rakyat kepada BN/UMNO amin.
Reply
Zambry, tolong berhentikan permainan politik sarkas ko. Sudahlah ko paksa rakyat Perak jadi kuda tunggangan ko, sekarang ko pulak nak perbodohkan seluruh dunia dengan kenyataan bahawa ko sama dengan Gandhi dan Mandela. Jangan ko cemarkan nama negarawan mulia seperti mereka dua ni kerana ko memang tak layak disamakan dengan mereka.
Zambry, sejak ko jadi MB kudeta, ko semakin hilang pertimbangan dan kewarasan akal ko. Sedarlah ko sebelum terlambat kerana populariti ko bukannya hebat sangat. Ko menang di Pangor pun berdasarkan bilangan undi pos tentera laut yang banyak.
Reply