11
May
09

Penyelesaian Kemelut Perak : Jangan Sekadar Hulur Ranting Zaitun!

Bahang kemelut di Perak semakin membara hangatnya sehingga membuatkan Perdana Menteri bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan krisis perlembagaan tersebut.

Manakala sebagaimana yang sering saya ulangi, ranting zaitun yang dihulurkan demi kesejahteraan rakyat jelata pasti disambut dengan hati terbuka oleh Pakatan Rakyat. Namun, janganlah pula kesediaan ini dikhianati, di saat ranting zaitun dihulurkan, pisau belati tajam sudah siap menikam! Jikalau begitu sandiwara yang direncana, layak sahaja buah durian dibaling ke muka mereka yang menghulurkannya.

Krisis yang berlaku ini sememangnya menjadi pengajaran kepada mereka yang membelakangkan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang demi kepentingan politik. Sudah pasti saya bersetuju dengan anjuran agar kita kembali merujuk undang-undang dan keluhuran Semangat Keperlembagaan bagi menyelesaikan kemelut di Perak.

Perlu diberi perhatian bila sahaja saranan kembali kepada Kedaulatan Undang-Undang dikemukakan, sudah tentu rakyat mahu diyakinkan bahawa sistem kehakiman bebas dari sebarang kongkongan politik penguasa, undang-undang kuku besi dimansuhkan dan tiada lagi sebarang gangguan terhadap mereka yang berbeda pendapat. Jika ini tidak dipenuhi kerjasama yang ditawarkan umpama mencurah air di daun keladi.

ANWAR IBRAHIM


54 Responses to “Penyelesaian Kemelut Perak : Jangan Sekadar Hulur Ranting Zaitun!”


  1. 1 ilham May 11th, 2009 at 1:12 pm

    siapa hulur siapa ranting zitun.

    engkau orang yang beria-ia nak berdamai.

    sekarang putar belit konon nya bn yang nak hulur ranting zaitun.

    pembohong dan munafik lah engkau.

    24.07.2009, kau akan masuk sungai buloh, padan muka engkau syaitan.

    Reply

    azam Reply:

    Siapa yang bacul ni. Aku cabar, berikan DSAI sejam untuk muncul di kaca TV utk menjawab macam2 tohmahan ke atas beliau. Lepas itu, lihat rakyat boleh terima atau tidak. Ingat , rakyat hari ni bukan lagi bodoh yg boleh ditipu dgn macam2 berita berat sebelah.

    Aku perhatikan banyak kutukan dan kritikan ke atas DSAI adalah sangat mudah utk dijawab-hatta oleh si nelayan, si penoreh getah sekalipun. Maknanya UMNO dan BN sama sekali gagal mengetengahkan isu2 yg meyakinkan sehingga rakyat boleh mengatakan ” Ya, DSAI memang tidak boleh diharap “…

    Buat DSAI, teruskan usaha murni tuan demi agama, bangsa dan negara.

    Reply

    kritis Reply:

    for azam,
    sampai bila awak nak ikut dengan dsai jadi kaki kutuk, huru-hara dan jadi pemecah belah ummah? pemimpin negara berusaha mendamaikan negara, korang sibuk nak cari kelemahan orang lain.

    berubahlah!
    berhijrahlah!
    kepada kebaikan!

    tak susah pun jika semua rakyat malaysia menyokong dan membantu usaha kerajaan untukmencapai kejayaan.
    jangan jadi rakyat iraq, sesetengah puak lebih rela dijadikan alat untuk memusnahkan negara dan sanggup bersekongkol dengan musuh negara. kesudahannya mereka juga yang musnah.

    lihat saja di perak, penyokong pr fanatik sanggup buat demonstrasi semata-mata kerakusan nak membantu pemimpin perosak mereka untuk berkuasa. lihat saja rakyat yang waras, apabila nizar di umum sah sebagai mb, ada tak penyokong bn yang buat demonstrasi?

    berfikirlah! dengan matang
    berfikirlah! demi kemakmuran mereka yang cintakan keamanan.
    berfikirlah! jangan cetuskan api kemaraan mereka yang mudah tercetus akibat keodohan dan kejahilan mereka.

    Reply

    thatguy886 Reply:

    kritis…

    benda dah haram sapa nak sokong? hang nak pi sokong ka?

    Reply

  2. 2 Ahli UMNO yang Berubah May 11th, 2009 at 1:53 pm

    Tahniah DSAI, akhirnya baru Najib insaf bahawa rakyat semakin benci dan jelek dengan pemimpin BN. Bukan orang Perak sahaja yang benci kepada UMNO bahkan rakyat daripada tempat lain turut marah dengan tindakan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Perak. Bukan pembangkang sahaja yang muak dengan pemimpin UMNO bahkan ahli-ahli UMNO sendiri sudah bosan dengan perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak menurut perlembagaan ini. Mereka asyik menyalahkan orang lain walhal merekalah yang memulakan kekecohan itu. Jika dilihat daripada awal, rentetan kejadian di Perak adalah disebabkan oleh Najib sendiri. Bapa Keganasan Malaysia. Kalau Polis bertindak liar. Rakyat biasa tidak hairan kerana PM itu pernah disabitkan dengan perbuatan kejam dan ganas. Keputusan mahkamah petang ini tidak perlu ditunggu Saya percaya keputusan itu akan berpihak kepada BN dan UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO hari ini memang hina dan menjijikkan. Mereka tidak bermoral. Agaknya mereka tidak pernah bermusahabah diri.

    Walaupun saya ahli UMNO, saya tetap mendoakan agar DSAI dan pemimpin Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru yang lebih telus, adil, bertanggungjawab, dan bermoral. Yang tidak bermoral, eloklah letak jawatan seperti mana yang diamalkan sekarang. Saya tabik pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

    Reply

    insafOtakEngkau Reply:

    ini bukan insaf… dia dah tau akan kalah di mahkamah… buat2 alim kucing le

    kalau betul dia insaf, org putih cakap conscience, dia patut serah diri untuk dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh anak gadis org

    perak ni hasil kerjasama polis dan raja untuk meruntuhkan demokrasi ke arah kuku besi… the 1st in the world… negara lain tentara rampas kuasa… malaysia ni polis, raja dan pembunuh merampas kausa

    Reply

    nuarkenc Reply:

    so cam ner bang? ko nak jilat balik ker ludah ko tuh? orang cam ko nie lah yang merosakkan bangsa sendiri.

    aku rasa ko hang patut insaf.

    Reply

  3. 3 amiso May 11th, 2009 at 1:58 pm

    Salam DSAI,Semalam saya mengikuti ceramah DSAI diMengkuang Titi malangnya
    DSAI kekeringan modal cuma cerita Bendahara Tun Perak,Hang Tuah,Hang Jebat dan Dang Anum menjadi sebutan.Mengapa tak sentuh cerita bekas TKM 1 yang prestasiya sangat
    mengecewakan pengundi diPenanti?Kami sebagai pengundi tak izin jika bekas wakil rakyat Penanti dan TKM 1 Pulau Pinang itu pulang membantu kempen semasa PRK N12 Penanti.Kepulangannya cuma merencatkan lagi suasana semasa berkempen.
    Maaf diatas komen ini.

    Reply

    pakgah santan Reply:

    Walau apa pun ribuan terima kasih diatas diatas kepekaan saudara rakyat sebegini yang kita mahu lahirkan seorang rakyat yang peka dengan negaranya tidak kira kelemahan itu datang dari PR mahu pun BN yang penting rakyat yang pintar menbuat pemerintah gementar. Rakyat adalah tuan tanah kedarung peminpin parti dan kerajaan hanyalah developer. semoga kelahiran rakyat yang peka dengan persekitaran amatlah di harapkan selaku tuan tanah kita tidak sama sekali menbiarkan PBT meruntuhkan rumah rakyat ini keranan tanah air ini milik rakyat. kenapa kita mebiarkan pihak berkuasa secara amok meruntuhkan rumah rumah rakyat. kita pahatkan bahawa para peminpin BN mahu Kerajaan harus diperkudakan untuk kebahagian rakyat jelata yang melata “kalau tak tumbuh tak melata”.rakyat adalah tuan tanah,tuan rumah,tuan sungai,tuan gunung,tuan hutan apa sahaja dalam sempadan negara adalah milik rakyat.

    Reply

  4. 4 petugas no 18, pmtg pauh May 11th, 2009 at 2:02 pm

    DSI,

    UMNO/BN memang parasit dan mamalia BACUL yang tidak boleh dipercayai. Mereka perlakukan undang-undang dan perlembagaan Negara ikut nafsu mereka sahaja. Bila sesuatu undang-undang atau peraturan itu terkena batang hidung mereka sendiri, maka mereka akan tukar undang-undang itu bersesuaian dengan kehendak mereka. Mereka mahukan Undang-Undang mesti mengikut telunjuk mereka sahaja dan rakyat pula disuruh patuh pada undang-undang. Begitu juga dengan isu agama dan hukum hakam! Apa juga hukum hakam agama yang tidak penuhi selera, mereka akan ubah dan buat persepsi sendiri supaya secara tidak lansung agama itu mengikut kemahuan UMNO/BN.

    Lihat apa yang berlaku di Dewan Negeri Perak dan suatu ketika dahulu isu Ratu Cantik (yang turut diperjuangkan Allahyarham Mufti Ishak Baharom). Mereka pecat sesiapa sahaja dan sanggup mengatakan’zaman nabi takde pisau cukur’. Inilah UMNO/BN yang hari ini genap 60 tahun kemungkarannya dan hayat UMNO/BN ini semakin menghampiri saat kematiannya tanpa keimanan. Mereka akan meracau sebelum habis nyawa kerana iblis sedang menungganginya disaat akhirnya. Kita perlu jauhi mereka ini dan bukan bekerjasama dengan mereka dan dalam masa yang sama kita selayaknya membacakan talqin sahaja supaya kematian UMNO/BN itu memberi rahmat kepada agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta ini.

    UMNO/BN perlu ditumbangkan untuk mengembalikan rakyat Malaysia terutama orang melayu pada landasan agama dan perjuangan keadilan yang betul. Individu atau parti perlu mengikut agama dan undang-undang dan bukan agama atau undang-undang yang perlu mengikut telunjuk individu atau parti. Alhamdulillah rakyat makin celik dan memahami mainan UMNO/BN. Semuga kita terus celik dari mainan sandiwara UMNO/BN dan lebih baik kita tidak menyambut saranan PM Najib untuk kononnya bekerjasama di Perak. Orang yang ingin bekerjasama tanpa keikhlasan lebih-lebih lagi setelah meragut demokrasi dan kuasa rakyat dengan memperlekehkan Undang-Undang adalah BACUL! Kita tidak perlu bekerjasama dengan orang-orang yang BACUL untuk memikul amanah rakyat kerana kelak kita akan menjadi mereka yang menghampiri zina yang diamalkan UMNO/BN untuk melahirkan anak-anak bangsa Malaysia yang tidak tahu hujung pangkalnya kerana dikaburi amalan songsang UMNO/BN.

    Reply

    awang Reply:

    betul tu!!!!!harap sesangatle puak kuno ni tumbang.

    Reply

    Pentingkan Kebenaran dan KeADILAN Reply:

    Saya sokong pendapat awak wahai petugas no. 18 pmtg pauh

    Reply

    kritis Reply:

    sebenarnya korang lah dah rosak dan menjadi perasit. buat andaian mengikut kata nafsu. cepat sangat nak menjatuhkan hukum. macam lah korang tu baik dan lurus sangat.

    bukanka itu ujian Tuhan kepada kita untuk belajar daripada apa yang berlaku?
    takkan korang nak jadi syaitan dengan menambahkan lagi panas bara api?
    sekiranya berlaku huru-hara, perpecahan rakyat, fitnah-memfitnah, maka koranglah penyebabnya, koranglah jadi kayu api.

    pisau tajam yang melukakan seseorang, hanya seorang yang terasa sakit. tapi tajam lidah korang semua adalah penyebab kepada luka besar kepada negara.

    Reply

  5. 5 MR. V.I.P May 11th, 2009 at 2:08 pm

    DORANG GATAL BENAR NAK ‘MERATAH CILI”…BIAR DIA RASA ! KITA NAK PADAN MUKA JE !
    MASALAH BN INI…DORANG TAK KENAL MANA HITAM DAN MANA PUTIH, MANA BETUL MANA YANG SALAH…DIA RASA DIA JE YANG BETUL…BAIR BETUL2 ! ORANG TAK BETUL SEBANAR ‘GELONG’…KALU ASYIK GELONG, ALAMAT NAK TERJUN GAUANG…

    PADAN MUKA !

    Reply

  6. 6 Shanker May 11th, 2009 at 2:17 pm

    Dear DSAI

    Until the following is addressed:-

    1. Take decisive Action on the VK Lingam controversy
    2. Charge those who put the HINDRAF leaders falsely under the ISA
    3. Take action against those responsible for PKFZ deal
    4. Establish a royal enquiry on the still unsolved murder of Altantuya & Scorpene commission
    5. Action be taken on all convicted of money politics in UMNO
    6. Return Perak to the choice & the will of its Rakyat, including returning the Speaker’s chair to YB Sivakumar
    7. Convict those responsible for Kugan’s murder
    8. Revamp all civil institutions esp the Police, the Judiciary, the Health Ministry (for trying to cover up Kugan’s death), the Immigration, the AG’s office

    then, only then, can talk.

    Skg ulur ranting zaitun – ini main wayang kulit ni….

    Reply

    Belasungkawa Reply:

    Saya amat bersetuju dengan saranan dari saudara Shanker.

    Masih banyak isu yang belum selesai dan terjawab. Saya nak tambah lagi isu yang boleh meringankan beban rakyat jelata.

    1. Kembalikan urustadbir beberapa syarikat GLC kepada kerajaan pusat supaya rakyat boleh menerima perkhidmatan yang jauh lebih murah dari sekarang. Syarikat-syarikat seperti TNB. TELEKOM, KTM dan lain-lain yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat TIDAK SEPATUTNYA DISWASTAKAN kerana syarikat-syarikat ini menyediakan dan memberikan perkhidmatan yang merupakan keperluan asaa kepada rakyat. Pelabur yang melabur didalam syarikat ini semestinya hendak meraih keuntungan tanpa mengambilkira macamana keuntungan tersebut diperolehi. Rakyat terpaksa membayar lebih semata-mata untuk memastikan pemegang saham akan menjadi lebih kaya dari sebelumnya. Rakyat miskin yang lewat membayar bil akan dipotong bekalan secara mendadak, sedangkan syarikat-syarikat besar yang berhutang jutaan ringgit diberikan kaedah terbaik untuk membayar hutang mereka secara ansuran. Terdapat GLC yang tersenarai meraih keuntungan berbillion ringgit setahun. Tetapi keuntungan tersebut perlu dibayar kepada pelabur yang melaburkan duit mereka untuk meraih keuntungan. Sekiranya GLC tersebut dipegang oleh kerajaan, keuntungan tersebut tentu boleh digunakan untuk menaiktaraf perkhidmatan sediada untuk memberikan keuntungan kepada rakyat.

    Saya amat berharap agar isu ini dapat dipanjangkan demi kepentingan rakyat agar sentiasa terbela dan terjaga.

    Reply

    sukma angin Reply:

    Salam.

    Sehingga kini saya masih memikirkan persoalan bagaimana peguam-peguam PR hendak menfailkan tuntutan bahawa mereka yang memakai pangkat ’sekebal’ TUN didakwa di mahkamah seperti kes V.K. Linggam? Apanama, mereka yang berpangkat TUN ’sekebal’ sultan-sultan dan raja-raja di mahkamah? Apanama, kaduk sudah naik junjung?

    Bagaimanakah mereka yang hanya memerintah sebagai ’seat keeper’ dengan berterusan melindungi kebobrokan ini semasa pemerintahannya… adakah rakyat menerima mereka juga terkecuali?

    ‘Kerjasama BN’ yang diwar-warkan sudah lama ‘dihidu’ rakyat bahawa BN sudah ‘membaca’ kekalahannya sebelum keputusan DS IR Nizar adalah MB Perak yang sah. Rayuan ke Mahkamah Persekutuan juga tidak tepat, sebagaimana juga keputusan populis Kabinet berkenaan remaja bawah usia yang perlu menganuti agama asal sebelum Islam. Umum mengetahui setiap kali kerajaan persekutuan cuba mengambil alih isu dan hal ehwal kerajaan negeri secara halus ataupun langsung atas kepentingan kerajaan persekutuan, ia sering berakhir dengan tragedi perjanjian dan pampasan yang menyusahkan rakyat persekutuan dan negeri..lihat sahaja kes penjualan air ke Singapura di Johor dan terbaru di Selangor. Sudah sampai dasar kita berhenti ‘membela beruk alpha kelapa’ dan dakwah mereka yang berselindung di sebalik kos operasi dengan bertaubat! Hal taarif air ini lebih penting kepada anak cucu rakyat marhain daripada isu MAS dan CELCOM yang dah lama dulu.

    Reply

    ilham Reply:

    TANYA ANWAR APA JADI DENGAN TUJUH KOTAK YANG DIA SEMBUNYIKAN KAT LUAR NEGARA TU.

    Reply

  7. 7 Mohd.Rizal May 11th, 2009 at 3:05 pm

    Assalam wbt.

    Dalam kemelut sekarang untuk mencari dan melantik ‘orang tengah’ yg benar2 adil dan perundangan yg benar2 diyakini dan diterima-pakai oleh kedua-dua pihak BN dan PR amatlah sukar umpama menarik benang di dalam tepung adanya.

    Manakala kesanggupan pihak BN dan kesudian pihak PR untuk duduk semeja mengadakan rundingan juga dilihat penuh was-was umpama ada udang di sebalik batu. Kenyataan kedua2 pemimpin mengenai perjumpaan ini turut diselitkan nada2 ‘ketidak-ihklasan’ dan ‘buruk sangka’.

    Ayuh! pemimpin2ku, buktikan kepada kami apa yg anda boleh lakukan dan korbankan demi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat.

    Wassalam.

    Reply

  8. 8 PeoplePower May 11th, 2009 at 3:42 pm

    If BN is really sincere, then just apologise to the Perakians and PR ADUN and then resolve the state legislative assembly!
    Pakatan Rakyat will not accept other measure less than the above!

    Reply

  9. 9 rempit May 11th, 2009 at 4:17 pm

    Mahkamah putuskan ir Nizar MB Perak yang sah…..hidup rakyat…

    Reply

  10. 10 Pemerhati Dari Jauh May 11th, 2009 at 4:20 pm

    Askum…. berita terkini … DS Mohd Nizar adalah menteri besar yang sah di perak…. yahooooooooooooo……. Datuk Zambri….. kalau saya … saya dah letak jawatan dah… baik g main bola di pangkor jek laaaa…… alhamdulillahhh….. :)

    Reply

  11. 11 Dewa Syorga May 11th, 2009 at 4:22 pm

    Nizar menteri besar sah Perak! Allahu Akhbar….
    ;)

    Reply

  12. 12 mad1 May 11th, 2009 at 4:31 pm

    saya ucapkan setinggi2 tahniah terlebih dahulu kepada mahkamah yg telah membuat keputusan yg adil bijaksana dalam kes menteri besar perak, walaupun teru-terang saya katakan sebelumnya saya kurang yakin akan kemampuan mahkamah berlaku adil. saya yakin tidak ramai yg menjangkakan kemenangan yb nizar tetapi itulah hakikatnya.

    tahniah mehkamah tinggi sekali lagi.

    Reply

    kalluq Reply:

    kalau BN yang menang sudah tentu mahkamah di salahkan kononnya ikut telunjuk pemerintah…pirah…

    Reply

  13. 13 zorro May 11th, 2009 at 4:34 pm

    Lepas MB NIZAR sah MB Perak … PM akan kata Makamah Malaysia Telus….hehehehehehe

    Reply

  14. 14 anti-opress Islam May 11th, 2009 at 4:38 pm

    hidup Islam dan keadilan..Allahuakbar!!!

    Reply

  15. 15 wah May 11th, 2009 at 5:11 pm

    Terima-kasih kepada Hakim yang adil.
    Taniah kepada DS Mohd Nizar,semua rakyat yang bersama Pakatan Rakyat.Terus berjuang untuk keadilan & rakyat. Hapuskan Keganasan & rasuah. Tuhan sentiasa menyayangi orang yang berniat ikhlas & mulia. Bubar DUN Perak untuk selesaikan krisis Perak. Kami yang jauh sentiasa mengikuti perkembangan Perak dan memberi sokongan kepada PR.

    Reply

  16. 16 JiwaRakyat May 11th, 2009 at 5:16 pm

    Jangan tertipuu…… itu bagaikan ‘mlepas buaya tersepit’ oleh sang kerbau dalah hikayat sang kancil… ingat lagi wahai rakyat Malaysia? Udah2 la itu……. Kini kita muktamadkan kepentingan rayat dalam menerajui Malaysia ini…. 7 Mei adalah hari Hitam buat perlembagaan di Perak….. namun ia adalah Hari Tiada Bangsa (Raceless Day) for all Malaysians…….

    Reply

  17. 17 mie May 11th, 2009 at 5:22 pm

    syukur alhamdulillah akhirnya kemenangan berpihak kepada kita. Moga UMNO terus berkubur. Namun adakah ini mungkin satu taktik politik?

    Reply

  18. 18 roy May 11th, 2009 at 5:36 pm

    KPDA PECACAI2 PEGANGKAT NAJIS BE-END,,SKRG MASUKLA BLOG NI DULU HAMPA BUKAN MAIN LG DOK MENGATA KAT KAMI TAK TAU UNDANG2…SKRNG SAPA YG TAK TAU UNDNG2????????JAWABLAH……NIZAR MENGALAHKAN NAJIS BT MANGOLIA

    Reply

  19. 19 Rakyat May 11th, 2009 at 6:27 pm

    YB Nizar menang di mahkamah. Rakyat belum menang selagi tidak ada pembubaran DUN

    Reply

  20. 20 danialhakim May 11th, 2009 at 6:32 pm

    Salam DSAI…

    Apa yang dicadangkan oleh PM adalah semuanya bermotif & bermaksud supaya kita masuk dalam perangkap. Jgn termakan dengan gula2 BN/UMNO ni.kita tengok esok and hari seterusnya gerenti dia akan buat kucar kacir lagi…

    Berhati-hati jelah..

    Reply

  21. 21 putih May 11th, 2009 at 6:39 pm

    Jauhilah dari berprasangka buruk.

    Reply

  22. 22 ismail mohd tahir May 11th, 2009 at 6:46 pm

    Tahniah DSAI,kesombongan itu selalu membuat kan lupa diri.

    Reply

  23. 23 yusof May 11th, 2009 at 7:07 pm

    TOlong pakatan rakyat yb hassan ali ke bedal dalam

    dalam blogs

    http://penpusaka.blogspot.com

    Sama-sama kita buat komen,hetam orang umno.

    Jangan bagi cam

    Reply

    zainalabidinahmad Reply:

    jauh nampak cari bantuan. sendiri tak boleh jawab ke? apa diharap kat anwar ni. dia pun tengah pening nak naik mahkamah 1-24 Julai 2007. Saiful dok tunggu dahh. jom balik join umno ramai-ramai!

    Reply

  24. 24 Pelanduk May 11th, 2009 at 8:34 pm

    Tahniah saya ucapkan kepada YB Nizar kerana dengan penuh kesebaran dan yakin bahawa beliau adalah di pihak yang benar maka akhirnya Allah yang maha kuasa telah membuktikan kepada semua mahluk yang bergelar manusia di Perak tanpa mengira kedudukan dan darjat bahawa memang YB NIZAR lah orang dan manusianya yang diredhai oleh ALLAH dan segala usaha untuk menafikan beliau hak dan rezeki yang ALlah telah kurniakan kepadanya adalah sia-sia belaka dan dilknati Allah. Semoga Allah akan menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang masih sesat dan masih mencari-cari kebenaran. Allah Akbar.

    Reply

  25. 25 ibn bakar May 11th, 2009 at 9:11 pm

    ENAM JAHANAM ( EXCO BN ) DAN THREE STOOGES ( BEBAS ) BOLEH BLAHHHHHHHH

    Reply

  26. 26 mohd nor bin talib May 11th, 2009 at 9:27 pm

    DSAI, baru sebentar tadi diBerita TV 3,dengan tersebarnya kemenang YB Nizar,mengapa PM kita terus berubah, nada katax lain dari semalam,mengapa nak buat rayuan dan cuba memperlambat YB Nizar untuk mengahadap Sultan Perak.
    Kata PM ia akan selesai kemelut Politik diPerak kini sudah engkar dah mula nak berlawan semula,kesimpulan kita jangan mudah PERCAYA WALAUPUN KITA TIDAK MUDAH TERPEDAYA.
    Percaya sangat katax PM kita ini akan mebawa kita kapada tasub terhadapnya,kemenagan YB Nizar ini adalah kekalah pada PM Najib kerana beliau yang melantik YB Zamry sebagai MB Perak secara haram.Kali kedua cuba nak tolong semula YB Zamry untuk jadi MB saya rasa kali kedua bukan perkara yang mudah. SIDANG DUN PERAK 7 MEI TIDAK SAH SPEAKER GANESON TIDAK SAH , mana mungkin dapat nak buat sidang semula, jika ada sidang Sultan Perak mesti hadir diDewan.
    Maka berkata peguam tajaan BN ditv mengatakan speaker Ganeson dari BN sah.Bermacam istilah dikeluarkan demi untuk menenagkan hati kerana sudah KALAH dalam penghakiman moral antara Najib ,Zamry dan PM Najib. Ternayata kemenangan moral ini YB NIZAR YANG KITA KASEHI.SYUKUR.

    Reply

  27. 27 ron May 11th, 2009 at 11:30 pm

    jgn percaya kpd musang, musang hanya nak ngap.

    lihatlah dgn jelas siapa di blkg najib!

    umno pn tun boleh kucar kacir kan, ingat tun boleh kucar kacir kan negara.

    terbukti, ia bermula di perak!

    Reply

  28. 28 ron May 12th, 2009 at 12:30 am

    Waspadalah rakyat, jangan terlalu naif dengan BN.

    *************************************************************************************************

    Reply

  29. 29 latelarus May 12th, 2009 at 12:46 am

    Perjuangan isu Perak masih belum tamat…

    Kelihatan bagaikan sasuatu bakal berlaku..

    Pasti berlakunya usul undi x percaya walaupun speaker yang dilantik melalui prosedur yang tidak sah – haram.

    Sultan akan menjadi ‘referee’ untuk membubarkan DUN atau tidak.. Jika tidak, maka Ir Nizar akan cuba dijatuhkan semula..

    Nampak sangat sidang DUN tempoh hari diadakan semata2 untuk melantik speaker baru..

    Reply

  30. 30 Wansalam May 12th, 2009 at 4:38 am

    Tahniah… tapi jangan seronok sangat… ada banyak lagi idea setan kat kepala dorg tu… dorg tidur pun boleh dapat idea tuu.. hati hati!!

    Reply

  31. 31 lejla May 12th, 2009 at 9:38 am

    rakyat perak sile bertenang. kui kui kui.

    Reply

  32. 32 ulama indon May 12th, 2009 at 10:46 am

    ds nizar akan diheret polis seperti apa yang berlaku terhadap v sivakumar umno dan bn sunguh kejam dan zalim rakyat negeri perak yang mengikuti sidang dun yang hanya berniat untuk memecat v sivakumar disembur gas pemedih mata dan ditangkap di dalam restoran amat menjijitkan dimata rakyat malaysia amnya.dgn ini saya menyeru agar sultan membuat pertimbangan ds nizar untuk membubarkan dun untuk keamanan negeri perak.saya memhon agar tuanku tidak mengikut kata2 penasihat umno dan najib sebab merekalah sebenarnya menghuruharakan negeri perak dan mengenakan perangkap.

    Reply

  33. 33 ulama indon May 12th, 2009 at 10:48 am

    pecat suk negeri perak mereka inilah yang menjadi petualang dan mata2 umno untuk merampas kuasa.

    Reply

  34. 34 smy May 12th, 2009 at 12:48 pm

    tahniah kpd saudara Nizar,TAKBIR……. sekurang-kurangnya terbukti Najib & UMNO/BN telah menipu rakyat perak dengan menubuhkan kerajaan haram.LAYAK KE PM MALAYSIA KE 6 KITA? Buat Pak RAIS YATIM, lagi bayak kau cakap. lagi bayak yang SALAH, poielah balik jolobu, tgk orang kampung yang dah tua termakan kelentong kau tu.

    Reply

  35. 35 azidi May 12th, 2009 at 4:38 pm

    UMNO akan berkuasa kembali jika pilihanraya diadakan semula. Percayalah..

    Reply

  36. 36 thatguy886 May 13th, 2009 at 9:35 am

    minta maaf DS, ini bukan selingan tapi luahan hati dan perasaan bloggger2 yg banyak bantu dlm hal2 berkaitan krisi perak..bagi saya artikel kat bawah ni kalau tak diberi perhatian alamat lingkup la PR…harap DS buleh luangkan sedikit masa membaca artikel ini dan dapat memberikan respon yg terbaik…salam..thatguy886

    Belum sempat dengung disebabkan ubat kaki tiga aku hilang. Belum sempat hingus akibat selsema aku berhenti meleleh..belum sempat aku salin seluar dalam…kerajaan Perak bertukar tangan lagi.

    Dalam aku dok kata…ia berlaku lagi. Mahkamah Tinggi kata A, Mahkamah Rayuan kata B. Kita nak kata apa? Tahan saja la…kena buli.

    Berapa lama hangpa nak tahan? Berapa lama hangpa nak kena buli? Kalau hangpa masih percaya kepada demokrasi ala Malaysia…jangan komplen.Terima saja.

    Aku tak mau cakap pasai keputusan mahkamah. Yang tu loyar buruk pun boleh sembang tujuh cawan.

    Cuma yang aku nak tanya…siapa yang menangani krisis Perak ini dari sudut Pakatan Rakyat?

    Pakatan Rakyat tak ada Pemerintah. Anwar hanya jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR…tapi bukan Ketua Turus Pakatan Rakyat. Penglibatan Anwar dalam kes Perak cukup sikit. Takat datang bagi ceramah dan keluar kenyataan. Anwar gagal membimbing Pakatan Rakyat Perak…malah membiarkan saja Perak dikemudikan oleh Nizar.

    Haji Hadi pun serupa. Takat bersuara kat masjid Rusila.

    Mungkin depa sebok…tak pa la. Tapi ketua-ketua Pas dan PKR Perak pi mana? Hangpa pernah dengar kenyataan atau arahan dari Ahmad Awang dan Hj. Osman?

    Pernah dengar ulasan atau pendapat dari Ahmad Awang atau Hj. Osman?

    Daripada mula krisis Perak sampai sekarang, penglibatan Ketua PKR dan Pesuruhjaya Pas Perak langsung tak nampak. Dalam sidang media pun tak ada. Nak kata buat sidang media pun tak jugak. Habih depa buat apa?

    Krisis Perak memerlukan kepimpinan yang kuat.dan pemimpin itu perlu ada di centre of activity setiap masa. Kalau Anwar sebok di Kuala Lumpur, Hj. Hadi sebok di Terengganu…pemimpin PR Perak perlu ada di Ipoh. Tapi kalau Ahmad Awang pun sibuk di Bagan Serai, Hj. Osman sibuk di Kelang… sapa nak jaga negeri?

    dan apa kejadahnya Ketua PKR Perak duduk diKelang? Nak jaga Perak atau nak jaga Selangor?

    DAP dah cukup kuat. Tapi Nizar masih belum cukup kuat. Betul…dia Menteri Besar..tapi dia tak boleh nak buat keputusan bagi pihak Pas sebab dia bukan Pesuruhjaya Pas Perak. Dia boleh suruh rakyat Perak turun ke Ipoh..tapi kalau Ahmad Awang kata…”tak payah turun la..”, cakap Nizar tak laku.

    PKR Perak…tak tau nak kata apa. Dah la keruntuhan PR Perak disebabkan oleh dua katak PKR yang melompat. Bila jatuh…apa yang PKR Perak buat? Setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat Perak bermesyuarat..selalunya selepas tu ada sidang media. Dan orang pun bertanya…mana pemimpin PKR?

    kot-kot la ada Hj. Mail kat belakang. Tapi kalau takat Hj. Mail…lebih kurang aku jugak. Kurang-kurang pun..kemana aku pi…ada jugak peminat nak bergambar.

    Kalau dilihat kepada apa yang berlaku sekarang..orang yang mengendali krisis Perak ini hanyalah Nizar dan Ngeh. Orang-orang parti..baik Pas atau PKR hanya menunggu perkembangan kat markas atau kedai kopi.

    Sekurang-kurangnya..orang Pas ada juga buat ceramah. Tapi orang PKR buat apa?

    Anwar kena ambil perhatian kepada Perak. PKR Perak makin hari makin teruk. Ketua PKR Perak duduk di Selangor. Timbalan Ketua PKR Perak dah jadi calon bebas menyokong Umno. Sapa yang mengemudikan PKR Perak? Kalau Anwar pun tak ambil pot tentang PKR Perak…kalau lingkup pun memang patut.

    Haji Hadi pun kena ambil serius tentang Pas Perak. Respek kat Hj. Ahmad Awang tu satu hal…tapi memimpin Perak dalam keaadaan gawat ni satu hal.

    Mungkin ada yang akan tanya…pasai apa tiba-tiba aku dok balun Hj. Hadi dan Anwar? Sebab aku dah tak percaya kat mahkamah. Kalau aku percaya kat mahkamah…aku tak payah sebut Anwar dan Hj. Hadi. Serahkan saja nasib Perak ni kepada Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin. Tapi kedua-dua lawyer ni hanya mampu geleng kepala..melihat bagaimana mahkamah diperkudakan.

    Nak harap Sultan? Semalam Sultan ada peluang terbuka untuk membubarkan DUN. Surat permohonan untuk membubarkan DUN dihantar jam 9.25 pagi. Kalau Sultan atau Raja Muda memperkenankan pembubaran DUN semalam…selesai krisis Perak ni. Tapi.. pengurniaan pingat lebih penting dari menyelesaikan kemelut Perak.

    Nak harap sapa lagi?

    Jalan terakhir ialah menggerakkan kuasa rakyat. 54% rakyat Perak menyokong Pakatan Rakyat. Dan dengan segala kedurjanaan UBN di Perak…sokongan itu makin meningkat. Itu sebab UBN takut mengadakan pilihanraya DUN. Cuma…tidak ada keseriusan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.

    Kalau Anwar benar-benar serius dengan Ketuanan Rakyat…buat la sesuatu. Kalau tidak…aku akan mengatakan Ketuanan Rakyat itu hanyalah gimik politik…sebab akhirnya kita masih bertuankan Umno dan Barisan Nasional. Kalau Ketuanan Rakyat gagal..Anwar gagal.

    Kalau Hj. Hadi mahu memartabatkan perjuangan Islam…buat la sesuatu. Kalau tidak..rakyat Perak terpaksa jugak bertuankan iblis.

    Jangan salahkan rakyat Perak..sebaliknya rakyat Perak akan mengatakan..Anwar dan Hj. Hadi gagal.
    -http://perakexpress.com/www/?p=3030

    Reply

  37. 37 HUZAIFAH May 13th, 2009 at 10:14 am

    MUDAH-MUDAHAN AKAN TAMAT RIWAYAT 6 JAHANAM (6PM MALAYSIA)

    Reply

  38. 38 hardsound May 14th, 2009 at 12:04 am

    Asalamualaikum,Pekabo Pak Cik sihat ke.Harap Pak Cik amalkan doa ini.Bismillahirahmanirahim,Bismillahillazi layadurru maasmihi syai u filardi wala fissama i wahuassamiulalim.Dengan berkat doa ini tak siapa akan berani sentuh Pak Cik apatah lagi sumbatkan Pak Cik ke sungai buluh.Amalkan doa ini sepanjang masa tiada yang lebih berkuasa selain ALLAH.

    Reply

  39. 39 pakatan takyat mudah lupe May 14th, 2009 at 1:26 pm

    DSAI 2 mmg munafik r… smue org tau!! btui r pe org kate,die bg cramah bukan nk bgtau pe yg die wat tuk negara terutama ekonomi & kemajuan… yg die tau ktuanan rakyat,fitnah org pas2 bgtau zaman die jd TPM cm hbt sgt… kalo hbt cm TUN MAHATHIR ok gak,walopon kuku besi de putrajaja, KLIA,Sepang,KLCC,Jambatan PP,Hihgway Utara-Selatan,xpinjam IMF.. DSAI pe yg die wat?tau fitnah!! dmonstrasi!! pas2 fitnah blik… Tobat la si DSAI oi………….

    Reply

  40. 40 KELEMBONG May 15th, 2009 at 10:15 pm

    GENK X2 UMNO NI AKAL PUNYALAH BENAK TAHAP TEPU 9.5pts !! KALO KO PANGGIL ORG DARI MONGGOL PUN DEPA BACA N KAJI UJUNG PANGKAL KES KAT PERAK NII DAH NYATA WEHH.. UMNO TU YG SALAH.. ! NAK KATA APA LAGI WEHH.. DA MCM CARA KOMUNIS KORANG HENTAK KAT PERAK NII.. SURE BIJAK PUNYA PENASIHAT YG ORG UMNO GUNA NII.. apasai laaahh lembab sangat duk bikin isu yg boleh kasi korang sendiri yg jatuh wehh.. SESILAP AKU RASA LAA.. PENASIHAT UMNO NII DIKALANGAN ORG PKR GAK.. PASAI IKUT CARA MCM NAK POGI KUBUR LALU HIGHWAY JEK.. ATAU TUAN PENASIHAT KURANG NII MEMPUNYAI MEMIKIRAN SAINS POLITIK TAHAP LAMA KEW..?? ATAU PUN MEMANG DAH TAKDE YANG CERDIK DUK DALAM UMNO KAH KAH KAHHH..!! HAA ITU YG PALING JELAS AKU LIHAT LER.. TAPI AKU NO HAL LAA..!! BAGI AKU SUME NII MCM KACANG JEK.. EKEKE..

    MEH AKU JADI PENSIHAT SURE TUMBANG dsai NII..SONANG JEK.. AKU BESA GAK BUAT KEJE API X2 NII.. TAPI MENDE TU BIARLER BENAR!! TEPAT!! DAN SENSASI!! WEHH.. BANYAK ISU SEBONARNYA.. EKEKE..NII KORANG GI KOREK ISU LEMBU ADEHH..SLOW BEB.. SLOWWWWW..!! TAHAP OTAK KUMAN TU KALO PADA PANDANGAN AKU LER.. PAKAR BAB CARI PASAI NII..EKEKE.. K LAA.. PADA PUAK UMNO TU KALO NAK CARI TUAN PENASIHAT AKU MOLEH WEHH.. CALL JEK..ATAU TRACE JEK IP AKU NII.. K SELAMAT..!!

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang: Dari TV Selangor Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak... http://bit.ly/ccPtBf
11 minutes ago
anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd semua, terharu dgn sambutan.Perhebat kegiatan- kempen keahlian! #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @mh3 Recording will be done later.But our friends need to focus on the issue #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @elizabethwong ProfAmatyaSen-glad to visit Selangor.Will follow up #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @irrational cow Found lecture venue.Try "sacred cow"-deschooling society Ivan Illich #fb
12 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners