Kerajaan umno- bn tetap berdegil mempertahankan dasar mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris walau menerima tamparan keras dari lima orang Sasterawan Negara? Dua Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji Salleh dan A Samad Said, malah membayangkan untuk melucutkan gelaran rasmi tersebut. Saya kira enam sebab yang digariskan oleh lima sasterawan ulung ini merupakan alasan kukuh untuk kita menyemak sekaligus menamatkan perlaksanaan dasar yang dikenali sebagai PPSMI ini.
Antara sebab mengapa PPSMI perlu ditolak menurut lima Sasterawan Negara itu adalah kerana kebanyakan pemenang Hadiah Nobel adalah mereka yang berkarya mahupun menghasilkan kajian menggunakan bahasa ibunda mereka. Walaupun dihadapkan dengan fakta sebegini, kabinet masih bersikap bertangguh-tangguh seakan-akan takut menyinggung perasaan sesegelintir. Saya kira bapak-bapak menteri mesti mula belajar menyelak helaian karya-karya Gabriel García Márquez, Naguib Mahfouz dan Rabindranath Tagore.
Alasan kerajaan malahan tidak munasabah, kononnya kerana berhasrat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan rakyat. Jika begitu mengapa Bahasa Melayu menjadi korban? Sepatutnya tumpuan harus diberi untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui pengajaran serta pembelajaran bahasa Shakespeare itu, bukannya mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris . Alangkah sedihnya, jika sekadar itu cita-cita kerajaan, sedangkan kita mahu rakyat benar-benar menguasai bahasa Inggeris sehinggakan setanding VS Naipaul dan Nirad Chowdury. Apa yang berlaku nampaknya dasar PPSMI ini bukan sahaja merendahkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bahkan menyebabkan pembelajaran bahasa Inggeris hanya berada di tingkat vernakular sahaja.
ANWAR IBRAHIM









sian la hai anak melayu nak maju kene sekat….kita nak belaja pada ilmuan asing yang hebat..untuk bangun kan bangsa kita..adakah para ilmuan bangsa asing menguna bahasa melayu??adakah kita suruh mereka balajar bahasa kita untuk ajar anak bangsa kita dalam bahasa melayu??ke kita guna bahasa inggeris utk belajar dengan mereka?adakah subjek bahasa melayu dipupuskan!tidak bukan?sekarang apa masalah anak kita menjelajah ke dunia luar dengan lebih cekap dr awal lagi??sudah lewat mahu belajar bahas inggeris untuk dpt ilmu?kenapa tidak mengguna kan mase yang ade dr awal??
Reply
Dato seri,
Org melayu sekarang ini yang lah berharap ameno untuk menjadi pembela dan mertabat ciri-ciri yang menjadi asas org melayu..ameno akan bertopeng menjadi pembela melayu apabila mereka rasa tergugat dalam sesuatu isu,saya percaya kalau masa PRU 12,org melayu pangkah PR kerana undi proses,kerana pemimpin ameno yang buta hati akan menyebabkan ramai org melayu keluar ameno..
Dato seri,mohon ketengahkan pemimpin berwibawa yang mempunyai pangkal nama R,untuk menidakkan BN terus berkuasa,Rais dan Rafidah adalah ayam tambatan untuk menganti TPM sekarang..teori R.A.H.M.A.N akan kembali..
Reply
salam, saya sokong sekiranya ppsmi ini dibatalkan. memang tidak dapat dinafikan, bah inggeris memang penting dalam dunia pendidikan alam ini. tapi bak kata dato’ sri, mesti ada cara lain untuk mempertingkatkannya. perlu kajian yang menyeluruh oleh para cerdik pandai untuk mengkaji kurikulum subjek bah inggeris tersebut. kemudian fikirkan alternatif yang sesuai tentang bgmna cara untuk peljar-pelajar dapat menguasainya. bukannya kita mengambil subjek-subjek lain yang diajar dalam bah melayu kemudian di ajar dalam bah inggeris. itu cara ‘shortcut’ atau ‘cut and paste’ namanys. lain kali kalau bah cina pula jadi bahasa antarabangsa, kita tukar pula semua subjek belajar dalam bahsa cina pulak…he.. bila pelajar tidak dapat menguasai bah inggeris, bermakna kelemahan terhadap bah inggeris itu senidi, mungkun kurikulumnya, silibusnya, atau cara mengajarnya. kenapa dikorbankan subjek lain yang mana pelajar-pelajar tidak bermasalah dengannya. penyelesaian perlulah berasaskan dari sumbernya sendiri bukannya mengubah sesuatu dari sumber lain
Reply
belajar bahasa inggeris tak semestinya hilang bahasa melayu
dan tidak juga hilang budaya melayu
kaum cina belajar bahasa inggeris, bercakap bahasa inggeris nama pun
tukar kepada nama orang eropa, tapi mereka masih juga cina, mengamalkan budaya cina
dan masih memperjuangkan bangsa cina juga.
orang tua-tua ada mneyatakan tidak hilang bisa ular menyusur akar
dan Nabi Muhamad SAW juga pernah menyuruh kita belajar hingga ke negeri cina
adakah kalau kita belajar hingga ke negeri cina kita akan diajarkan menggunakan
bahasa arab atau melayu? sudah tentu mereka akan mengajar menggunakan bahasa cina ataupun
bahasa inggeris, maka hilangkah budaya bangsa arab atau melayu?
mereka (satrawan) memperjuangkan kedaulatan bahasa melayu tetapi berapa banyak usaha
mereka untuk memperkayakan bahasa melayu, meninggkatkan bahasa melayu.
kalau kita menggunakan bahasa melayu didalam sains dan matematik, berapa banyak mereka (sastrawan)
yang telah menterjemahkan istilah sains dan math ke bahasa melayu?
berapa banyak bahan rujukan yang mereka telah usahakan,
untuk memertabatkan bangsa melayu bukan hanya dengan kita menggunakan bahasa melayu
untuk belajar math dan sains sahaja
bangsa melayu hanya akan setanding bangsa lain didunia bila mana bangsanya mampu
diperkasakan dengan iman, ilmu dan pengetahuan
takkan melayu hilang didunia bila mana bangsanya perkasa…
tk.
Reply
Percaya atau tidak. Lihatlah nanti. Saya yakin dan percaya PPSMI akan diteruskan. Saya seorang bapa kepada 4 orang anak yang kesemuanya menjadi guru. Dua orang mengaar sains dan matematik.Seorang mengajar Bahasa Melayu. Manakala seorang lagi mengajar Pengajian Am. Tidak seorangpun daripada mereka yang menyokong PPSMI dasar bodoh pemimpin-pemimpin UMNO. Mungkin label yang paling sesuai untuk pemimpin-pemimpin UM<NO ini ialah pemimpin lembam, lembab, bodoh sombong atau mungkin juga kita boleh gelar mereka pemimpin bebal dan tamak. Mereka mempertahankan PPSMI bukan kerana dasar itu baik atau bermanfaat untuk pelajar tetapi lebih kepada mempertahankan periuk nasi. Ternyata dasar PPSMI itu tidak mendapat sokongan hampir semua guru. Kalau nak perbaiki bahasa Inggeris kenapa korbankan potensi murid dalam bidang sains dan matematik. Perkenalkan sahaja subjek bahasa Inggeris yang baru, misalnya communication skills dan sebagainya yang saya rasa lebih besar kesannya. Jadikan subjek communication skills sebagai mata pelajaran wajib di semua peringkat persekolahan. Ini lebih praktikal. Bengang betullah pemipmin BN hari ini.
Reply
takpelah..lucutkan gelaran Sasterawan Negara tu…lepas tu sama2 kita lucutkan pulak gelaran KERAJAAN daripada BN…bila da lucutkan itu, kita lucutkan pulak semua gelaran DAto’ Seri, Tan sri, Tun-tun daripada pembangkang BN
Reply
salam..
Berkenaan isu PPSMI ini, saya juga berpendirian bahawa dasar ini harus di mansuhkan. Ini kerana pembelajaran mengunakan bahasa inggeris untuk sains dan matematik ini hanya akan menyebabkan masyarakat kita akan meperlekehkan lagi bahasa ibunda mereka. Seperti saya sendiri, dulu peringkat sekolah saya mengunakan bahasa melayu dlm pembelajaran sains dan matematik. Tetapi ianya tiidak menimbulkan masalah pun pada saya ketika memasuki University, kerana masyarakat kita ini bijak menyesuaikan diri dengan keadaan. Jika kt perlu mengunakan bahasa inggeris untuk pembelajaran, kt akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan kt faham dengan apa yang di ajar.l Saya mengambil jurusan kejuruteraan ketika di universiti, semunya mengunakan bahasa inggeris. Saya dan rakan-rakan saya tidaklah mengalami masalah untuk memahami apa yang kami pelajari walaupun dalam bahasa inggeris.
Dengan ini saya merasakan adalh tidak praktikal jika kita terlalu mengagungkan bahasa inggeris menjadi bahasa pembelajaran utama di sekolah. Kelas bahasa inggeris sudah mencukupi untuk kt memahami bahasa itu jika terdapat kesunguhan di kalangan pelajar.
Saya lebih suka jika kita katakan kesunguhan pelajar itu sendiri yang akan menentukan penguasaan nya dalam sesuatu bidang.
Sekian…
Reply
Kegagalan rakyat Malaysia bertutur dalam bahasa kebangsaan adalah kesilapan besar kerajaan melaksanakan kurikulum Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah.
Media elektronik seperti RTM terus-terusan berurusan dengan pendukung-dukung ‘perosak bahasa’!
Saban hari penonton mendengar kata-kata dan tatabahasa yang tidak bertaraf dari orang-orang RTM.
Rumusan yang dapat diwartakan di sini, hanya segelintir sahaja yang benar-benar memperjuangkan Bahasa Malaysia dan bilangan yang amat besar pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan yang ‘asal boleh’ bertugas sambil lewa. Inilah punca sebenar kenapa Bahasa Malaysia tiada taraf di bumi sendiri!
Reply
sufisauri Reply:
May 10th, 2009 at 9:02 am
Kerajaan sendiri yang sokong dan menggalakkan sikap kemaruk akan bahasa Inggeris, maka rakyat apatah lagi. Tidak salah mempelajari dan menguasai apa sahaja bahasa demi kemajuan bangsa negara! Sikap berhati-hati ini yang perlu diberi tumpuan.
Justeru, tanpa menyedari bahawa sikap sebegitu sebenarnya ‘curang’ kepada bahasa kita sendiri yakni bahasa kebangsaan negara Malaysia. Memperjuangkan bahasa kebangsaan itu sesuatu yang utama, besar dan penting…sama sekali tidak boleh diperlekeh, diperleceh dan diperhegehkan bahasa Melayu itu. Kalau dikatakan lalai, cuai dan abai…tahu pula melenting.
Reply
ramai pendatang yang datang bekerja di malaysia mempelajari bahasa melayu dan dengan mudah mereka dapat menguasai bahasa kita. bayangkan dalam masa 5tahun lagi, jika kita pergi ke india, myanmar, atau filipina, rakyat disana boleh bertutur dalam bahasa melayu.
bagaimana ia boleh terjadi? ini kerana pendatang – pendatang dari negara negara tersebut pasti akan pulang ke tempat asal dan sekaligus pasti mereka juga akan meluaskan bahasa melayu disana secara tidak langsung. dan tanpa kita ketahui, bahasa melayu telah pun berjaya menyeberangi sempadan dan berkemampuan menjadi bahasa perantara menggantikan bahasa inggeris di dalam benua asia ini. ia tidak mustahil.
fikirlah, mengapa kita sibuk mahukan anak – anak menguasai bahasa inggeris sedangkan orang luar mahu menguasai bahasa kita. saya banyak kali bersembang dengan pekerja – pekerja restoran mamak di seluruh malaysia. mereka mengatakan bahawa mereka dapat bertutur dengan elok dalam masa 3 bulan! betapa ruginya kita jika kita tidak menyedari perkara ini. bahasa melayu mampu menjadi bahasa asia, InsyaAllah..
Reply
Hanya jiwa yang berjiwa yang mengetahui mengapa Bahasa Melayu itu harus kekal utuh di bumi Malaysia. Hanya jiwa yang hidup yang mampu meyakini bahawa bangsa Malaysia akan mampu menjadi bangsa besar dengan tamadun yang dibina di atas kerangka berpanjikan bahasa Melayu. Mahathir belum mati tetapi roh dan jiwa Melayunya telah lama berkubur. Yang kekal hidup hanya kenyanyukannya yang disangka orang makrifat yang maha hebat.
Reply
Blah Reply:
May 9th, 2009 at 8:26 pm
X perlu la mempersoal Jiwa Melayu org lain… lebih2 lagi Bapa Pembangunan Malaysia dan orang yang mengangkat martabat bangsa seperti Dr Mahatir.. jikalau beliau tidak berjiwa melayu, masih dapatkan kita lihat anak2 muda yang berpendidikan tinggi seperti saudara.. dasar MARA, Biasiswa dan perlindungan agar kita mampu berdiri… Beliau bukanlah wali.. tetapi cuma orang yng berfikir jauh.. Beliau tidak hipokrit, dan berkata apa yang beliau rasa perlu berdasarkan pengalamanya… Dr Mahathir adalah ulat buku… maka jangan diperlekeh orang yng membaca… “IQRA”… Saya menyokong PPSMI atas dasar kebangkitan bangsa dan negara melalui Ilmu dan Sains di samping Islam.. Orang eropah belajar bahasa arab untuk memahami kehebatan ilmu dan teknologi Islam pada zaman pertengahan. demikian juga orang islam yang belajar bahasa yunani (greek).. Janganla kerana terlalu jumud dan patriotik sehingga menolak mentah2 ppsmi..
“Bahasa jiwa bangsa, usaha tangga kejaan”
Reply
Bumi Malaysia ini masih bertuah kerana para Sasterawan Negaranya sanggup membuang gelaran demi memartabatkan Bahasa Melayu! Syukur pada Allah masih ada manusia yang tidak sanggup menggadai prinsip demi kesenangan hidup sementara.
Reply
pendapat saya mengatakan ade baik dan buruknye jika dasar ini delaksanakan.
perlu dikaji seluruh aspek dan keberkesanan dasar ini.dan juga mendapatkan persetujuan wakil guru dr pusat pengajian tinggi.sekian..
Reply
Mana mungkin perlaksana tegar acuan barat mahu memartabatkan bahasa Melayu di tanah airnya sendiri khuatir rakyat makin jelas perjuangan dan kental jatidiri mereka sedikit payah untuk membuat sesuka hati seperti sekarang ini….Mudahan ada banyak program untuk merancakkan lagi isu pemansuhan PPSMI secara berterusan tuntut dimansuhkan dan kembalikan bahasa Melayu sepenuhnya di tadika hingga universiti seluruh negara awam mahupun swasta dan gesa sektor swasta utamakan bahasa Melayu dalam sistem pentadbiran mereka perlu hormati bahasa negara yang sedang mereka jalankan perniagaan mengutip hasil bumi negara dengan tersangat bahagia…
Reply
PARKING = PAKIR
AMBULANCE = AMBULAN
…………. bahasa cedok ke bahasa ibunda? …….
Reply
awang Reply:
May 10th, 2009 at 9:09 am
Bahasa-bahasa lain pun tetap mencedok bahasa asing lain, waima bahasa Inggeris tetapi disesuaikan. Yang betul parkir dan ambulans, dan bukannya pakir dan ambulan. Anak merdeka usah risau dan rimas.
Reply
SEMUA….Ibarat Anjing, Jangan galak sangat cepat menyalak kalau nampak bukit…., kalau nampak bayang…. bayang sendiri……. DAN SEMUA-SEMUA TU JUGA…..Ibarat cerita nona manis, madu ditangan kanan mu, racun ditangan kiri mu, tak tahu mana yang akan kau berikan pada ku…… SEMUA…. Kita hari ini siapa… anakcucu kita nanti bagaimana…sama perut kah perutnya……Cermin diri…. sedikit imaginasi……SEMUA….Ini cerita bangsa dan masa depan anak2 cucu kita……..SEMUA… sampai jangan jadi Pak Kadok…..oleh cerita Mat Jenin…. sampai jangan jadi Kublai Khan….. oleh dongeng Sang naga….. Lu pikir la sendiri
Reply
penggunaan bahasa rojak sebilangan golongan msykt khususnya di bandar besar harus dipersalahkan atas keruntuhan martabat BM yg sudah sekian wujud sebelum PPSMI dilaksanakan. agaknya berpunca dr sikap mahu tunjuk-menunjuk darjat di samping kebanjiran bahasa inggeris di televisyen sewaktu 90an. adakah ini punca sebenar rakyat malaysia yg tinggal di pekan dan luar bandar kurang terbuka terhadap bahasa Inggeris? entahlah, tp ada logiknya
Reply
Saya kasihan kepada orang yang menyangka mahathirlah yang berjasa melahirkan orang berpendidikan tinggi seperti saya (terima kasih atas penghargaan tersebut). Saya dan ramai lagi lahir daripada kejayaan kerangka awal pimpinan umno era awal pasca merdeka. Saya tidak nafikan peranan Tun Razak dengan DEBnya tetapi pada era mahathirlah bermulanya kebobrokan. Pendapat siapa yang ditanyanya ketika melaksanakan PPSMI? Dia fikir semasa menjadi PM, Malaysia ini bapa dia yang punya. Kalau beliau dikatakan tidak hipokrit maka saya ingin mengatakan beliau pelakon terhebat dalam kancah politik abad ini. Jika saudara belajar ilmu pemikiran banyak sekali pandangan dan pemikiran beliau yang kacau-bilau! Terima kasih!
Reply