Dari Malaysiakini
Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur – dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.
Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang – kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.
Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad “aku kena tangkap” sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.
Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.
Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.
Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut.
Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan – dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.
Wong ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur beberapa jam selepas memberikan kenyataan di satu sidang media Bersih, pagi semalam.
Sewaktu dihubungi, Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN tersebut.
Isnin lalu, Mohamad mengumumkan program khas PAS itu dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.
Beliau bertindak sebagai pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS yang menganjurkan program tersebut di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru.
Isteri pemimpin PAS itu, Normah Alwi berkata seorang pegawai polis berpangkat ACP menghubunginya petang ini dan memaklumkan bahawa Mohamad akan dibawa ke Slim River, Perak untuk ditahan reman esok.
“Benda (program solat hajat) belum jadi, kenapa tangkap?” katanya kepada Malaysiakini.









Kalaulah benar perampas kuasa di Perak mendakwa mereka bertindak dengan betul, mengikut lunas undang-undang dan sah dari segi Islamnya , mengapa mesti takut pada usaha manusia untuk mengadu hal pada Allah swt. Rakyat yang tidak punya kuasa dan tidak punya tempat lagi untuk berpaut, pada siapa lagi yang dapat memohon pertolongan kalau dari Allah swt. Ikhwan semua kita beristiqomqh dan munajatlah kepada Allah dalam saat-saat yang macam ini. Insya Allah doa kita akan dimakbulkan Allah kerana Dia tidak memiliki sifat yang zalim macam perampas-perampas itu.
Reply
Duduk negara siam pun tak kena tangkap bila orang solat, ini duduk negara yang mengaku Negara Islam orang nak sembahyang mohon kepada Allah tidak dibenarkan, boleh mampuslah kamu Jib.
Reply
tebuhitam Reply:
May 8th, 2009 at 11:21 pm
Jangan percaya artikel diatas bulat-bulat.
Selidik dan periksa dahulu baru buat komen.Tak baik kita mencerca dan menghina tanpa usul periksa.Dosanya amatlah berat.
Ya Allah..
Wahai Zat yg maha mengetahui,Jika artikel diatas adalah benar maka terbukalah hati mereka.Jika artikel diatas sebaliknya kau timpalah bala bencana kepada mereka.Agar mereka tahu betapa besarnya kuasa mu di atas setiap sesuatu ya Allah..
Amin..
Reply
Mengapa mesti takut pada usaha manusia hendak mengadu pada Allah swt. Kalau rakyat sudah merasakan tidak ada tempat lagi hendak mengadu, sudah tiada tempat lagi nak letak kepercayaan, sudah tiada tempat lagi nak mendapat keadilan apa salahkan mengadu pada Allah.
Sebaliknya jika dirasakan tidakan mereka yang merampas kuasa itu benar, apa yang perlu dikhuatiri. Kita bbboleh tipu manusia tetapi percayalah kita tidakboleh tipu Allah.
Reply
Apa………………………………………….?
Reply
Takpayah buat kolumlah…………………
Reply
datuk Seri,
Selagi MAHAFIRAUN Tua tu hidup, Malaysia takkan aman. Najib Razak adalah kuda tunggangan si tua kutuk tu!
Reply
bodo punya orang. mau sembahyang pun tangkap ka. pegi la tangkap bapuk2 kat jalan chow kit tu lagi dapat pahala.kalau aku jd anwar ibrahim, aku buat program sembahyang hajat kat kaabah. amacam datuk DSAI.. berani?
Reply
IKUT RASA BINASA, IKUT HATI MATI. MUDAH-MUDAHAN PUAK-PUAK POLIS BALIK KERUMAH MALAM NI RENONG JAUH-JAUH ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT. IKUT TELUNJUK PUN ADA CARANYA. BERFIKIRLAH WAHAI ANGGOTA-ANGGOTA POLIS!
Reply
Polis takut hajat yang dipohon mengenai mereka..sebab tu tangkap dulu…
Reply
Syabas BN…..Syabas najisb….Syabas Ketua polis Negara………Anda semua telah menjalankan kerja zalim anda…..Syabas sekali lagi
Reply
kenapa tak buat malam jumat semayang hajat,….apa yg di hajatkan…politik…
Reply
ffffmmmm Reply:
September 1st, 2010 at 10:44 pm
kalau sebab politik pun kenapa? bukan kita kena minta tolong pada Allah ke dalam sebarang hal? yang membenarkan segala sesuatu tu manusia ke?
Reply
Ladies n gentlemen,the 1st success of 1Malaysia
U get arrested n spend days in lockup 4 organizing a solat hajat
Wanna know what’s next?
U get shipped 2 Sungai Buloh or Kamunting 4 intendin 2 perform ur daily prayer in congregation
This is Malaysia under the wonderful leaders of UMNO, anythin is possible
Malaysia Boleh?
Reply
Is that time for the opposition to show some power?? Or continue to play hide and seek by small numbers?? OR else the police or this BN may think people’s power can be play like that :(
Reply
Apa juga alasan penahanan Mat Sabu, tindakan itu menimbulkan kemusykilan rakyat terhadap integriti pihak berkuasa yang nampak terlalu memihak dalam isu politik negara.Saya berharap penyelesaian terbaik dalam apa juga kemelut politik ialah kembali kepada rakyat untuk rakyat membuat keputusan.
Reply
ya allah…hari kiamat sudah menjelang tiba…kini utk bersolat hajat pun boleh kene tangkap
. tanda2 kiamat semakin besar petunjuknyer
Reply
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan di sini, semalam, kerana didakwa menghasut pengikutnya berhimpun secara haram berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, sebagai tanda sokongan kepada pakatan pembangkang sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula pagi ini.
Mohamad Sabu ditahan di sebuah restoran di Jalan Pahang pada jam 3.15 petang oleh sepasukan anggota polis berpakaian preman. Penahanan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967 dan Seksyen 124 Kanun Kesiksaan (KK).
Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah orang kedua ditahan berhubung bantahan Sidang DUN Perak, selepas aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat ditahan di rumahnya di Seri Sentosa di sini, malam kelmarin, mengikut Akta Hasutan 1948.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis tidak akan teragak-agak menahan sesiapa saja mengikut Akta Hasutan jika mereka mengajak atau mendorong orang ramai menyertai perhimpunan haram membantah persidangan DUN Perak.
“Kami akan memastikan tiada sesiapa pun membuat kacau dan cuba menggagalkan sesuatu yang diluluskan oleh undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bahagian Komunikasi di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras di sini, semalam.
Musa berkata, keadaan keselamatan di Perak masih terkawal dan polis sudah mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu, termasuk menutup kebanyakan jalan masuk ke pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Di IPOH, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata Mat Sabu ditahan selepas polis menerima maklumat beliau cuba mendorong penyokongnya supaya mengadakan perhimpunan di bangunan itu.
Mengikut SMS yang disebarkan, Mat Sabu sebagai Pengerusi Badan Mobalisasi Demokrasi Pas dan Pakatan Rakyat menjemput orang ramai hadir pada perhimpunan itu.
Pesanannya berbunyi: “Semua dijemput hadir dengan pakaian HITAM tanda matinya demokrasi (1BLACK M’SIA). Bukan Islam juga dijemput hadir sebagai tanda sokongan. SEBARKAN.”
Satu lagi SMS berbunyi: “MUNAJAT PERDANA mohon pihak berkuasa bubar DUN Perak dan Keamanan Negeri Perak akan diadakan jam 5 pagi, 7 Mei di Masjid Al Ittihadiyah, Manjoi, Ipoh.”
Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur petang tadi membenarkan Wong ditahan reman selama tiga hari bagi membolehkannya disiasat mengikut Akta Hasutan.
Pada sebelah pagi, Majistret Naziah Alias memerintahkan Wong direman sehari, tetapi tempoh reman ditambah sehingga 8 Mei apabila polis membawanya semula ke mahkamah sama pada jam 5 petang.
lain kali BACALAH surat khabar……..
Reply
Inilah caranya BN gunakan khidmat polis.inilah caranya duit rakyat dalam bentuk cukai dibazirkan, – untuk tangkap rakyat M’sia yang bayar cukai dan menggunakan hak mereka dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Sudah berlaku dua kes jenayah rampas beg menyebabkan kematian 2 orang ibu.Mana pergi polis????? Ketua polis Negara berkata perjenayah ni mobile,bukan senang nak tangkap.Perlu bantuan orang ramai. Kalau macam tu, cukai janganlah kutip!!!!!!!!!!
PM berkata kakitangan kerajaan kena lebih “responsive” pada orangramai. Boleh mula dengan polis??? Apa rancangannya????? Sudah ada??? Jangan cakap aje.
Negara kita sekarang makin tak selamat dengan peningkatan kes2 jenayah dan polis2 ada lagi masa untuk tangkap sdr Mat Sabu dan Wong. Kenapa?????? Sebab mereka ni merupakan penghalang atau gangguan kepada rancangan BN untuk merampas balik Perak dengan apa cara sekali pun.
Kita rakyat Perak kena lawan habis-habisan.Jangan bagi BN menang.HIDUP PERAK!!!!!!!!!!!
Reply
-persidangan dun perak kecoh
-ini merupakan satu persidangan dun PERAK paling menarik dalam sejarah tanah ketuanan melayu UMNO
-kita selalu melihat ahli parlimen luar negara bergaduh; tetapi kat perak ia sudah terjadi tetapi tak lah sampai bertumbuk
-mari kita lihat sapa yang kena
Reply
Assalamualaikum Dato Seri Petualang.
Kami rakyat Malaysia sudah muak,geli,nak termuntah dengan suasana politik Parti Keadilan dewasa ini.Kami amat jijik dengan politik umpatan Dato Seri Anwar.Publisiti murahan yang dicari seolah olah tiada kerja yang hendak dibuatnya asyik politik politik politik sahaja.30,000 rakyat yang kehilangan pekerjaan tidak dibela.Dato Seri tahukah anda bertapa seksanya rakyat apabila kehilangan pekerjaan?Sara keluarga,pakaian sekolah anak, susu anak,barang keperluan dapur dan perbelanjaan harian amat perit buat kami.Kami benci kamu.Tolong fahamlah
Justeru berhentilah cara berpolitik secara keterlaluan,carilah idea-idea yang boleh membawa kebaikan kepada hamba rakyat ini.Dato Seri meronda ke pelusuk negara hanya berbekalkan maki hamun dan umpatan kepada pemimpin Umno&Barisan Nasional.Orang ramai bertepuk tangan apabila Dato Seri berhujah seperti tok dalang wayang kulit.Ini benda tidak mendatangkan faedah pada rakyat Dato Seri.Angan-angan nak jadi PM tu ok la.Tapi selepas Dato Seri siapa pulak akan jadi PM?Agenda PKR sekiranya diselami ia mengorbankan sesetengah kaum dan membela kaum yang lain.Berfikirlah sejenak demi negara dan rakyat.
Reply
azidi Reply:
May 11th, 2009 at 4:11 pm
Saudara Zamzuri. Saya setuju dengan saudara. Kita berdoa semoga Allah memberi perasaan insaf kepada mereka2 yang sebenarnya tahu niat mereka samada untuk membawa kepada kebaikan atau kehancuran dalam perjuangan mereka. Oleh itu kita perlu berfikir untuk menilai mana intan mana kaca.
Reply
Tak patut… knp la kejam sgt, lepaskan Mat sabu segera
Reply
doa adaalah senjata paling mustajab.kita berdoa.
Reply
tebuhitam Reply:
May 8th, 2009 at 11:30 pm
Marilah kita berdoa.Jiak Palis bersalah maka ditimpakan balasan kepada mereka.
Jika PR yg salah timpakanlah balasan yang maha dasyat kepada mereka.Agar mereka tahu mereka tak selalunya betul.
Reply
Cerita Bekas Polis Yang nak Kata Gila tapi Tak Gila..
Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.
Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.
Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.
Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.
Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!
Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!
Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!
Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?
Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.
Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.
Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”
“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.
Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!
Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.
Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.
Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!
“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.
“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.
“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!
“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.
“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.
“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”
“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”
Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!
“Abang ni masih kerja polis ka?”
“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.
“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.
“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.
“Nak ambik kat mana?” aku tanya.
Dia diam…
“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.
“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.
Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.
“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.
“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.
“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”
” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.
“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.
“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”
“qulil haq walau kana murron“
http://www.surauassiddiqin.blogspot.com
Reply
azidi Reply:
May 11th, 2009 at 3:58 pm
pemuda manong. betul ke apa yang awak cerita ni. moral cerita awak ni nampak sangat awak benci pada anggota FRU yang awak kata ikut perintah. Sebenarnya saya setuju tindakan FRU pukul orang yang degil tak nak bersurai dalam perhimpunan haram. Tindakan mereka betul sebab mereka diberi gaji dari cukai rakyat untuk membuat tugas tersebut. Kalau dia tak buat saya juga akan marah mereka tidak menjalankan tugas dan menerima gaji yang dibayar oleh kerajaan. Jadi tak payahlah marah2 pada yang tak betul. Saya sokong FRU kerana menjaga keselamatan orang lain yang tak nak berhimpun
Reply
Saudara Mat Sabu berani buat berani tanggung lah. Kita serahkan kepada polis menjalankan siasatan. Kalau tiada kes lepaslah dia tapi kalau sebaliknya ISA lah dia. Begitu lah kehidupan sebagai pemimpin ibarat lilin ‘api membakar diri untuk menerangi orang lain’. Renung2kan..
Reply
buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali. begitulah pepatah melayu yang sinonim dengan saudara Mat Sabu. Jadilah pemimpin yang membangunkan negara dengan kemakmuran dan kesejahteraan dan bukan yang menjurus kepada perpecahan. Tepuk dada tanya lah iman. Renung2kan….
Reply
Assalam wbt.
Yang YB Mat Sabu tu pergi nak buat solat hajat hentam BN tu buat apa! Cuba buat solat hajat mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat BN, pasti tak kena tangkap. Apa2pun diharap YB bersabar aje le…..inikan antara tribulasi dan dugaan dalam perjuangan anta yg sudah acap-kali dikenakan tindakan2 serupa sejak rejim Mahathir & konco2nya lagi.
Wassalam.
Reply
-kenapa la diorg fobia sgt dengan solat hajat nie.
-teruskan perjuangan !!!!!
Reply
BN sudah rampas kuasa secara haram di luar adan di dalam dewan. Balsan yang baik bagi mereka ialah setiap ADUN PR Perak letak jawatan pada setiap 1 atau 2 bulan supaya pilihanraya kecil boleh di adakan. PR sudah dibuang dari DUN Perak secara ganas, tak ada apa yang rugi kalau letak jawatan DUN, biar pada muka kerajaan BN dan SPR kena adakan pilihanraya kecil pada sepanjang masa penggal ini hinggalah parlimen dibubarkan untuk PR!3. Hidup demokrasi
Reply
Salam utk DSAI & penyokong2 Pakatan Rakyat.
Dah jelas sekarang ni UMNO-BN telah melangkah setapak lagi menjadi golongan2 yang dilaknati Allah S.W.T. Dengan tindakan menangkap Mat Sabu menunjukkan yang UMNO-BN berusaha mencegah umat-umat Islam dari melaksanakan solat hajat bagi memohon kepada Allah S.W.T. mengurniakan kesejahteraan ke atas Negeri Perak dan menyelesaikan kekusutan yang sedang berlaku di sana.
Dengan jelas, tindakan pimpinan UMNO-BN sekarang ni bertindak tidak ubah seperti kafir Zionis yang cuba menghalang umat Islam dari menunaikan ibadat yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Dan sememangnya menunaikan solat hajat adalah amalan Rasulullah S.A.W.
Tidak kira apapun alasan yang diberikan oleh pihak Polis mahupun UMNO-BN, menegah umat Islam melaksanakan ibadat adalah satu tindakan yang boleh diklasifikasikan sebagai zalim dan melanggar hukum syarak. Dan golongan2 ini telah menghina agama Islam dan juga melakukan kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.
Oleh itu, bagi umat-umat Islam yang masih di dalam UMNO, keluarlah beramai-ramai daripada parti UMNO yang munafik ini jika mahu menjadi umat Islam yang sebenar2nya. Parti UMNO sudah menjadi parti yang membelakangkan hukum-hukum Islam malah kepimpinan yang ada sekarang ini merupakan kepimpinan taghut. Dan sesungguhnya, Allah S.W.T. melaknati pemimpin2 taghut yang berusaha memadamkan cahaya Islam dalam negara yang di bawah pemerintahan mereka.
Ayuh, bertindak segera sebelum Allah S.W.T. menurunkan bala kepada golongan2 taghut yang sesat ini. Anda semua telah diberi peringatan…
Reply
azidi Reply:
May 11th, 2009 at 4:05 pm
RH-PSK. Sebenarnya Mat Sabu berselindung disebalik Sembayang Hajat untuk menghalalkan tindakan yang lain bagi mengabui mata saudara2 sekelian. Polis dah lama ikut mereka. Percayalah bukan sebab sembahyang hajat yang membuat beliau ditahan tapi ada agenda lain yang lebih besar perlu polis benteras supaya keadaan di Perak terkawal pada 7 Mei 2009.
Lagipun buat apa Mat Sabu nak sembahyang hajat sebab dalam PK ada DAP ada PKR yang kalau dicampur banyak non muslim. tak perlu minta pertolongan allah untuk politik yang sebegitu. Bukan berjuang kerana Allah sebenarnya. Tapi berjuang untuk duniawi. Sebab itu saya sokong polis tahan Mat Sabu atas sebab keselamatan.
Reply
Salam DSAI,
Apa nak jadi dengan kerajaan memerintah yang ada sekarang?
Sedih rasanya nak kembali ke tanahair.
Reply
dsai, enough is enough. action must be taken. if u coutinue keep quiet, no point 4 us to vote 4 u.
Reply
A new fatwa issued under the guise of 1Malaysia
Organizing a solat hajat berjemaaah n u get arrested
What’s next?
Congregational performance of 1 of the 5 daily prayers n u’ll get sent 2 Sungai Buloh or worsem KAMUNTING
Hey,anythin’s possible in Bolehland
Malaysia Boleh?
Reply
God Help Us
Reply
APA YG BERLAKU DI DUN PERAK MEMALUKAN SEBILANGAN KAMI YG BERASAL DRP PERAK!
TIDAK KIRA DARIPD PARTI MANA…..SITUASI MACAM CIRCUS!
SANGAT MEMALUKAN!
PIHAK BN PON SEPATUTNYA TUNGGULAH KEPUTUSAN MAHKAMAH SIAPA MB PD HARI ISNIN!
RAKYAT SUDAH BOSAN DGN POLTICIANS…..
TAK BOLEH KA PAKAT BAIK2???
MCM BUDAK SEKOLAH…MALU KAMI!
Reply
tak kan nak buat solat hajat pun, nak minta permit kot yeop?? semoga Allah SWT melindungi Bang Mat..Takutlah kamu kepada doa orang orang yang DIZALIMI, sesungguhnya DOA mereka diangkat tanpa HIJAB!!!TAKBIR!!!!
Reply
buatlah Umno-BN..buatlah ape yg korang suka…..orang kata UmnO-BN gila marah….tapi sekarang dah nampak meroyan dah……gunalah kuasa kau …..melebihi undang2 yg dah ditetapkan…..rakyat akan mengadili kamu nanti……didunia ini…….siap kau…..UMMMMMMMMPPHHHHH….NOOOOOOOO
Reply
mat sabu dah lepas, alhamdulillah… yang aku pelik knp asyik mat sabu je yang kena tangkap ..??
Reply
we know that our government policy is totally become completely paralysy,we hope DSAI help our contry including nasional economic policy,because if u look at najib management in current economies,the malaysian economies was not strong enough and we are so shame to that agenda.but if DSAI want to make a big change , we are going to supporting u especially our university student..
so that why we make big gamble in pru,so just make our country become better and better including in our economies policy..
Reply