06
May
09

Bersama Mufti Besar Bosnia Dr Mustafa Ceric


Tetamu istimewa yang hadir malam ini merupakan seorang tokoh ulama tersohor dari bumi Eropah; Dr Mustafa Ceric Mufti Besar Bosnia. Sahabat saya ini mengimami solat maghrib dan kemudiannya ketika menyampaikan cenderahati yang berupa kumpulan tulisan sarjana Muslim terbitan Universiti Leiden, beliau berkesempatan menerangkan kepada jemaah peranan Ibnu Rusyd sebagai rujukan para filasuf Barat di dalam membangun zaman Renaissance. Sungguh menarik apabila sahabat saya ini menukilkan di antara rujukan beliau merupakan karya George Makdisi berjudul “The Rise of Colleges. Seusai hidangan makan malam, acara malam ini disusuli pula dengan syarahan serta perbincangan dengan para tetamu yang terdiri dari para ulama, pimpinan Keadilan, Pas, Abim, Jim, PKPIM, GMI dan Forum Muslim Profesional.

Mauduk wacana mencungkil pengalaman Dr Mustafa sebagai seorang muslim di benua Eropah. Berdekad-dekad kita dipisahkan akibat label Timur dan Barat. Apatah lagi umumnya budaya, kepercayaan juga institusi sememangnya berbeda. Namun Bosnia pastinya menjadi pentas buat para sarjana dan pemikir memikirkan kembali konsepsi Barat dan Timur? Bahkan ada kemungkinan kekentalan wacana pemisahan ini semakin luntur. Saya bersama Dr Mustafa agar Bosnia bangun kembali sebagai Andalusia baru Eropah.

Kefasihan Dr Mustafa dengan falsafah pencerahan seperti Hobbes yang terkenal dengan Leviathan nya menghangatkan wacana. Tesis beliau mengenai masyarakat yang kononnya sekular itu sebenarnya di lapisan yang lebih dalam merupakan masyarakat yang kuat pegangan agamanya sudah tentu menyegarkan. Lihat sahaja Turki walau perlembagaannya jelas mengagung-agung sekularisme namun ajaran Islam masih kuat berakar dalam masyarakatnya.

Saya nukilkan pesan Dr Mustafa yang menggariskan petanda aras perubahan sebuah negara tirani kepada demokratik iaitu apabila berlakunya transisi dari perhambaan kepada kebebasan, dari kepercayaan karut kepada pemikiran rasional, dari penggunaan kuasa kuku besi kepada keluhuran perlembagaan dan akhirnya dari sebuah negara yang hanya berasaskan teori kepada sebuah negara yang mendapatkan keabsahan daripada rakyat jelata.

ANWAR IBRAHIM


15 Responses to “Bersama Mufti Besar Bosnia Dr Mustafa Ceric”


  1. 1 Safwan May 6th, 2009 at 6:54 pm

    MashaAllah, saya amat mengkagumi Mustafa Ceric. Pemikiran dia pun ala-ala Yusuf Qardhawi, melainkan dia lebih fasih dengan ilmu dan karya-karya kontemporari. Moga hubungan Malaysia-Bosna akan terjalin lebih utuh, kita orang Islam saling memerlukan!

    Bulan lepas saya ke Bosna, alhamdulillah pengalaman yang sangat bermakna. Saya syorkan mereka yang berpeluang, silalah ke sana. Ada juga saya tulis sedikit tentang pengalaman di sana. Moga manfaat.

    Reply

    Remy Reply:

    Memang bagus dapat bertemu dan bertukar pandangan dengan ulama-ulama, apatah lagi ulama besar seperti Dr Mustafa ini. Tetapi, bagaimana kalau berjumpa ulama terkenal hanya untuk mendapatkan publisiti, meraih sokongan politik? Berjumpa sebentar, ambik gambar, kemudia hebahkan di internet? Kononnya aku orang yang warak, sahabat aku ulama besar… Hakikatnya hanya untuk menunjuk-menunjuk demi kepentingan diri…

    Akan pasti tiba waktunya, Allah akan menghancurkan manusia- manusia seperti itu. Bertaubatlah…

    Reply

  2. 2 MR. V.I.P May 7th, 2009 at 10:36 am

    SAYA SETUJU PERTEMUAN DUA SAUDARA ITU…

    BERKAWAN BIAR SERIBU. TAPI, BIARLAH KAWAN YANG SALING MEMBANTU. MAKSUDNYA, BUKAN YANG JENIS PENTING DIRI ! TYPE PENTING DIRI NI…SILAP-SILAP JADI MUSANG BERBULU AYAM…LEKA JE, ANAK AYAM KITA DIA KEBAS !SO, KENA PILIH !

    YANG BAIK ADA TANDANYA, YANG BURUK PUN BANYAK TANDANYA. PILIH YANG ‘HANDSOME LAGI CUN” ! HAHAHA ! TAPI, INGAT…CANTIK ITU BUKAN PADA RUPA ! TAPI, HATINYA.

    PILIH JANGAN TAK PILIH !

    Reply

  3. 3 azidi May 7th, 2009 at 3:06 pm

    nasib lah Mat Sabu… sekarang siapa yang susah? anak bini awak yang menderita. buatlah kerja yang berfaedah tak payahlah nak cari popular tetapi keluar masuk jel. kata orang tak baik. dah ada pangkat dan jawatan cukuplah rezeki kurniaan Allah. bersyukurlah…

    Reply

  4. 4 HANG JEBAT May 7th, 2009 at 5:28 pm

    DSAI…

    SAYA SEDIH TENGOK KEADAAN SIDANG DUN PERAK HARI INI 7/5/09…KEKEJAMAN UMNO/BN TAK DAPAT DIKEKANG LAGI.MENGALIR AIR MATA DAN PEDIHNYA HATI TATKALA MELIHAT PEMIMPIN2 PR YANG DI PILIH RAKYAT DILAKUKAN SEPERTI HAIWAN.DISERET DAN DI MATIKAN HAK KEMANUSIAAN DAN HAK DEMOKRASI…OLEH ITU SAYA MENYERU DATUK SERI SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG….SUPAYA MENGAJAK SEMUA RAKYAT PERAK KHUSUSNYA KE JALAN RAYA…MENHANTAR MEMORANDUM KEPADA SULTAN PERAK AGAR MBUBARKAN DUN PERAK…SAYA SEDIH KERANA NEGERI SAYA SUDAH SEPERTI TIDAK BERDAULAT LAGI…KENAPA SULTAN SANGGUP MELIHAT NEGERINYA BERPECAH BELAH DEMI KEPENTINGAN PIHAK TERTENTU…MARI KITA PENUH KAN JALAN NEGERI PERAK DENGAN BERPAKAIAN KUNING SEKALI LAGI…..

    Reply

  5. 5 keepsie May 8th, 2009 at 6:30 pm

    dear anwar, im a malay girl who supports Dr M, to me you are a Malay traitor! u sell your own bangsa, just because u want to be berkuasa! I seriously dont get it, to why people support you! and why you would do that? isn’t it enough u are using Islam as a tool? Only those yg weak nak menunjuk2 konon alim.. why use agama islam? since u urself is a homosexual, some may forget, but some may not! MELAYU traitor!

    Reply

    Benghazi Reply:

    Are you 120% sure that Anwar is the traitor?mm or maybe because you are DR M supporter..dazed and confused!!!tak baik buruk sangka..saya pun MElayu yg tidak berfikir secara ME la you
    Saya Kagum Dgn kewibawaan Saudara Anwar..

    Reply

    USS alabama Reply:

    ni luahan hati seorang pencacai umno ke?????

    Reply

    USS alabama Reply:

    oops,saya dulu pun peminat dr m dan pada saya dr m tu adalah pemusnah negara.apa pandangan anda????

    Reply

  6. 6 iskandar May 9th, 2009 at 11:27 am

    Saya berjumpa dengan mufti Bosnia ini di World Halal Forum awal minggu lepas.

    Beliau berpakain kemas dan teliti pemikiranya. Cara beliau ini tak ubah spt Tun M, Datuk Seri Najib dan MB Kelantan.

    Tapi, saya hairan dgn cara Datuk Seri gambarkan mufti Bosnia kpd pembaca blog ini. Serta cara Datuk Seri selitkan mengenai pandangan beliau serta perjuangan Datuk Seri.

    Berlebih-lebih sangat, seolah2 dia terlalu hebat berbanding mufti-mufti kita di Malaysia dan yang pasti Datuk Seri hendak menunjuk-nunjuk sangat yang Datuk Seri-lah rakanya.

    Mesti pembaca blog ini akan fikir Datuk Seri hebat sangatkan?

    Setahu saya dan seperti dilaporkan dalam media Malaysia,Bosnia dan OIC, Mufti Bosnia ini datang untuk mempromosikan Halal Park yang akan sedang dibangunkan di negaranya.

    Syarikat yang membangunkan Halal Park tersebut juga menjemput syarikat-syarikat dari Malaysia yang mahir menguruskan Halal Park supaya menjadi rakan niaganya.

    Halal Park ialah kawasan pengilangan khas untuk penghasilan produk-produk halal. Malaysia adalah pelopor pembangunan Halal Park.

    Salam perpaduan!

    Reply

    Blah Reply:

    Adalah kepakaran DSAI untuk mengekploitasi segala situasi berpihak kepadanya.. janganlah tuan hairan… jelas DSAI adalah kesayangan US, dimana segalanya adalah mudah baginya apabila berada di luar negara… malah dicalon oleh wolfowitz sebagai calon orng paling berpengaruh dunia.. wolfowitz adalah arkitek kejam penjarah Iraq dan Afganistan… tp ini semua dibutakan dengan retorik dan ayat-ayat indah demokrasi,hak asasi dan kebebasan.. Sy rela PAS meneraju negara, dibawah pimpinan ulamak… dari di teraju orang yang berpura2…

    Reply

    USS alabama Reply:

    anwar dulu pun dari pertubuhan islam juga.kena ingat tu.kurang2 dia adalah somebody.

    Reply

    suri Reply:

    Blah: Hmm boleh blahlah….hahahahahah…ulasan hang sempit lah! Beratus kali dah kot DSAI terangkan dia memang berkawan dengan Wolfowitz dan bagaimana yahudi ni sendiri mengaku bahawa DSAI kritik dan menegur keterlanjuran pentadbiran Bush dalam tulisan Majalah Time itu sendiri. Aparaaaa! Kalau nak berhujah secara ikhlas ok…tapi kalau nak berhujah secara propaganda umno ala mahathir dikatator tua…jnganlah membazir masa aja.

    Hang ni tak reti sejarah islam kot? Bagaimana Andalusia, Baghdad dan Instabul menjadi tempat bertukar-tukar pandangan umat berlainan agama! Aku malu la kalau hang ni orang Melayu/Islam tapi sempit pandangan. Yang mahathir bekerjasama dengan Syarikat Solomon Barney Smith, syarikat yahudi tu apa pulak hang nak kata? Macam mana mahathir habis rm 1.3 juta menggunakan yahudi bernama abramoff hanya untuk berjumpa Bush? Kalau pasal umat dan negara awat tak guna platform rasmi sebagai ketua negara? Berutus surat dan gunakan pengaruh pemimpin islam yang kononnya baik dengan Bush. Atau sebenarnya pemimpin umno ni termasuklah najib ni sebenarnya tak berkepimpinan untuk memerintah. Hahahah

    Reply

  7. 7 ame May 9th, 2009 at 6:44 pm

    kepada zaidi,usah bicara tentang perjuangan kalau takut dengan risiko.takbir!!!

    Reply

  8. 8 sangsi May 9th, 2009 at 8:23 pm

    sebelum cakap cermin diri dulu..wassalam

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners