Rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi hadir bermesyuarat di ibu pejabat PKR untuk membincangkan beberapa perkara penting menyentuh isu semasa dan berkepentingan umum.
Mesyuarat ini turut dihadhiri pimpinan utama iaitu YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang.
Wakil KeADILan lainnya yang turut hadhir ialah Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin dan YB Sivarasa. Pas diwakili YB Mahfuz Omar, YB Dr. Zulkifli, YB Syed Azman dan Dr Hatta manakala DAP diwakili YB Tan Kok Wai dan Teresa Kok. Turut bersama di dalam mesyuarat ialah wakil Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu Dato Seri Ir. Nizar, YB Ngeh Koo Ham dan Hj Ismail.
Beberapa perkara dibincangkan dengan penuh semangat musyawarah dan kekitaan yang tinggi.
Tanggal 7 Mei hadapan bakal menyaksikan DUN Negeri Perak akan bersidang, pertama kalinya dalam tempoh enam bulan. Saya kesal dengan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Polis Negeri yang bertindak mengambil alih tugas YB Speaker Dewan dalam mengawalselia sidang Dewan. Kuasa Speaker ditelanjangkan Umno-BN tanpa mengira peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kawalan keselamatan seluruh negeri, halangan ke atas media untuk membuat liputan semuanya menggambarkan tindakan opresif Umno-BN untuk mengekang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan rakyat.
Bertebaranlah kemungkinan YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah akan meletakkan jawatan berikutan kekangan ke atas dirinya yang kini ditahan di bawah akta zalim ISA. Ini pastinya menambah beban di bahu PM baru. Kita komited agar bukan sekadar YB Manoharan, sebaliknya semua tahanan ISA wajar dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.
Di kesempatan yang sama saya merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan padu kepemimpinan PAS dan DAP kepada calon KeADILan untuk PRK DUN Penanti, Dr Mansor Osman. Meskipun wujud polemik, ketegasan Ustaz Hadi jelas kelihatan tatkala menyatakan keputusan PAS menyokong calon KeADILan adalah muktamad.
Polemik pertukaran agama anak bagi muallaf gagal diselesaikan dengan bijak oleh Umno-BN. Pertelingkahan sesama mereka menggambarkan bahawa isu ini tidak dihadham sepenuhnya sebagaimana yang dianjurkan Islam mengenai prinsip kebebasan beragama. Kabinet kelihatan begitu sugul berhadapan dengan pertikaian fakta dan dalil yang dibangkit golongan ulama’ dan mufti. Bagi pihak Pakatan Rakyat, sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuh untuk mengkaji isu ini secara menyeluruh.
ANWAR IBRAHIM












SYABAS UNTUK PAKATAN RAKYAT KERANA TERUS BERJUANG TANPA JEMU. KAMI RAKYAT SANGAT BERTERIMA KASIH ATAS KESUNGGUHAN dsai DAN RAKAN-RAKAN DALAM PR SEPERTI YANG DISEBUT DALAM MESYUARAT PIMPINAN PR.
DATO SERI, MEMANG PERBUATAN BIADAB BN DI PERAK TIDAK DAPAT DIMAAFKAN RAKYAT. MR ANTONG ELOK DIGANTONG SAJA. PANDAI-PANDAI MELAMPAUI KUASA SEDIKIT YANG ADA PADANYA UNTUK LAWAN TOKEH. HARAP PR DAPAT MELAWAN DAN MENJATUHKAN BN DI PERAK. BN SANGAT CEMBURUI KEBERKESANAN KEPIMPINAN YB NIZAR DI PERAK, SAMPAIKAN SANGGUP BELANJA BERJUTA UNTUK TARIK 3 ABDUL KELUAR PR. TAPI, PERCAYALAH, HAK RAKYAT TETAP AKAN DIKEMBALIKAN DI PERAK. SULTAN MUNGKIN TERKELIRU, ATAU TERPEDAYA, ATAU TERSASUL DENAGN TINDAKAN BAGINDA, YANG NYATA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG DIFAHAM DAN DITULIS DALAM BUKU TULISANNYA. ATAU MUNGKIN BAGINDA TERTEKAN DENGAN PERMASALAHAN DALAMAN AGAKNYA, WALLAHUAKLAM, TAPI ALLAH TIDAK PERNAH SILAP, DIA PASTI BERADA DI PIHAK YANG BENAR.PERKARA DI PERAK AKAN DATANG PENYELESAIANNYA, PERCAYALAH.
TENTANG YB MANOHARAN YANG MUNGKIN AKAN LETAK JAWATAN SEBAGAI ADUN KOTA ALAM SHAH KERANA MASIH DITAHAN BAWAH ISA, MUNGKIN BAIK BEGITU. BIAR PENING NAJIB NAK BERJAWAB. UNTUK KEKAL BERKUASA, WAJIB SANGAT DIA KEKALKAN ISA, TAPI TAK MAHU KELUAR KOS UNTUK PILIHANRAYA KECIL APABILA ADUN TAK BEBAS MENJALANKAN KEWAJIPAN… CAKAP PUSING-PUSING. TAPI YALAH, DAH PASTI KALAH, MESTILAH RASA KOS TU BAZIR DUIT. DUIT DIA KE? DUIT RAKYAT JUGA, YANG BERHAK PILIH WAKIL MEREKA, BUKAN DENGAN CARA PERALIHAN KUASA, MAIN SEDAP-SEDAP SERAH JAWATAN IKUT SUKA. YANG TERIMA JAWATAN PM PUN SERONOK NEBAR TAK TERKIRA, DAPAT POWER.. SIAP KAU PR, KATANYA..
BETUL DATO SERI KATA, DIA KATA PRESS BEBAS BERSUARA, TAPI DUA MINIT LEPAS TU DIA TIKAM PRESS. CAKAP PUSING-PUSING. CAKAP LAIN, BUAT LAIN. LIDAH ULAU DIA NI, BERCABANG DUA. ENTAH-ENTAH DIA PUN TAK PAHAM APA DIA CAKAP.
DAH SEWEL PM NI. BANYAK SANGAT DENGAR CAKAP BINI, TAK PAKAI AKAL SENDIRI, TU PASAL JADI SUNTUK AKAL. CEPATLAH PR PEGANG KUASA, KITA SEMUA DAH LAMA MERANA.
Reply
hantu jerangkung Reply:
May 6th, 2009 at 1:18 pm
PAS marah lagak Anwar dalam Pakatan
Abdul Rahim Sabri | May 5, 09 5:24pm
kemaskini 6.53pm PAS marah dan kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berunding dengan pemimpin parti itu dan DAP sebelum PKR mengumumkan kekosongan DUN Penanti, kata seorang pemimpin PAS Pulau Pinang.
PAS juga mendakwa mereka kesal dengan tindakan ketua pembangkang itu yang berlagak seperti “orang besar” dalam Pakatan Rakyat yang “tidak menghormati” pemimpin parti-parti lain.
“Beliau selalunya bercakap tentang (pentingnya) Pakatan Rakyat, (tetapi) contoh terbaru, isu Fairus letak jawatan (diputuskan) tanpa berbincang dengan DAP dan PAS pusat,” kata pemimpin itu yang enggan dikenali.
“Tak berbincang. Dia buat macam orang besar dalam Pakatan. Tak hormat (rakan Pakatan yang lain).”
Menurut sumber itu, tindakan sebelah pihak Anwar itu boleh menggugat kesatuan gabungan pembangkang di Pulau Pinang kerana memaksa PAS dan DAP “mengikut caranya.”
“Pakatan Rakyat tidak boleh pergi (bertahan) lama kalau bergantung ikut cara dia, ikut kehendak dia,” katanya.
Tindakan penasihat PKR yang tidak berbincang tentang peletakan Mohamad Fairus tanpa memikirkan kesan kepada Pakatan khususnya menyebabkan akar umbi kecewa dengan situasi tersebut.
“Pengundi dan ahli akar umbi PAS dan PKR kecewa,” katanya.
Tambah sumber, beliau dimaklumkan kemungkinan penyokong PAS dan PKR di Penanti tidak akan keluar mengundi sekiranya PKR meletakkan calonnya Mansor Othman dalam pilihanraya kecil itu, 31 Mei ini.
Berdasarkan maklum balas akar umbi parti itu, pemimpin tersebut berasa bimbang dengan situasi itu, kemungkinan calon Pakatan Rakyat kalah.
Beliau juga mendengar rungutan daripada perayu-perayu undi di kalangan Dewan Muslimat yang menghadapi masalah untuk meyakinkan pengundi setelah menguar-uarkan Mohamad Fairus – calon muka baru – boleh berkhidmat untuk mereka dalam pilihanraya umum tahun lalu.
“(Muslimat memberitahunya:) Apa lagi yang kami nak cakap, (dulu) kata Fairus boleh buat kerja, tiba-tiba letak jawatan sebab tidak berprestasi, jadi macam nak yakinkan pengundi (sekali lagi)?” katanya.
Kemarahan mereka itu diterjemahkan antaranya dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang minta isu pengunduran Mohammad Fairus Khairuddin ditanyakan sendiri kepada Anwar, kata sumber lagi.
Selain kelambatan Anwar mengumumkan pengganti jawatan timbalan satu ketua menteri yang ditinggalkan Mohammad Fairus, pemimpin DAP itu juga tidak senang apabila tidak dimaklumkan tentang langkah mengosongkan jawatan tersebut.
Susulan itu, dalam mesyuarat agung kawasannya, PAS Permatang Pauh sebulat suara meminta pucuk pimpinannya meletakkan calon dalam pilihanraya kecil itu.
Ketua Pemuda PAS negeri waktu itu Mohamed Hafiz Nordin kemudian turut membuat desakan yang sama. Desakan itu disusuli dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Mujahid Yusof Rawa.
Muktamar Dewan Pemuda Pulau Pinang, Ahad lalu, turut memutuskan sebulat suara daripada kira-kira 100 perwakilan agar PAS meletakkan calon dalam pilihanraya kecil tersebut.
“Perhubungan (PAS) negeri pun berpandangan yang sama,” kata sumber.
Reply
Bro Anwar,
Satu pelajaran untuk kamu.
Tugas speaker DUN tertakluk kepada ruang lingkup dalam mengendalikan mesyuarat DUN dalam dewan persidangan DUN sahaja. Dia tak ada kuasa diluar dari mesyuarat DUN dan diluar vicinity dewan DUN.
Masalah dengan speaker DUN perak ni ialah dia tak faham faham bahawa dia takde kuasa lebih dari itu. Macam Pengerusi Mesyuarat Agong PAS/PKR/DAP/UMNO jugak le. Dalam mesyuarat semua kena dengar cakap dia sebab kerja dia nak pastikan mesyuarat berjalan lancar ikut tata etika mesyuarat jek. Lebih dari itu dia takde kuasa. Nak tentukan tarikh mestyuart pun dia takde kuasa. Takkkan itu pun SUSAH SANGAT NAK PAHAM. APA PUNYA BENAK LE HATI KAU anwar ibrahim. Sebenarnya aku tahu, KAUORANG SENGAJA BUAT-BUAT TAK PAHAM sebab boleh ekspolotasi isu dengan orang2 kampong yang tak faham perkara ni untuk kepentingan tembolok jahat korang.
Reply
Sdr.Shazwan Shamsuddin Reply:
May 6th, 2009 at 2:41 pm
apalah punya bangang tengkorak.
Ko lagi putar belit. tak payahlah…..
rakyat dah tahu semua.
Reply
mujahid akhir zaman Reply:
May 6th, 2009 at 3:43 pm
pilihanraya bukit gantang asal BN kalah kalau benar?!!!!! jgn bsembunyi di sebalik istana, rakyat bukan penakut…
Reply
anti-opress Islam Reply:
May 6th, 2009 at 3:47 pm
klu BN benar, kenapa kalah bukit gantang, knapa ‘si penderhaka’ yg menang? jawablah!!!!!
Reply
Mujahidin Fisabilillah Reply:
May 7th, 2009 at 7:18 pm
Wahai Tengkorak yang bersuara sebu-sebu bahasa
speaker berhak memerintahkan ahli keluar dewan..
berdasarkan peristiwa pada 7mei, kelihatan dengan nyata v sivakumar sebagai speaker yang masih mempunyai kuasa telah mengagarahkan 6 exco keluar dari dewan, tetapi ternyata exco BN keras kepala macam batu giling. dan tiba-tiba speaker baru dilantik, sedangkan speaker sedia ada masih berkuasa dan memandangkan 6 exco BN telah diarah keluar dewan, 6 undi tidak boleh dikira dalam melantik speaker kerana sepatutnya mereka telah berada diluar dewan. oleh yang demikian, perlantikan speaker baru tidak mendapat mejoriti undi.
Nampak ke tak wahai tengkorak yang tiada mata dan otak…
kamu perlu lebih belajar dari berkata yang sia-sia dan tidak mempunyai isinya.
Semoga Tengkorak sedar dan bersama pakatan rakyat suatu hari nanti InsyaAllah
Reply
Alahai Anwar,
Dewan Rakyat kata pergi, Sungai Buloh kata mari,
Tak lama dah….
Reply
ALTANTUYA Reply:
May 6th, 2009 at 12:54 pm
NAMA PUN TENGKORAK….ENTAH2 TENGKORAK ALTANTUYA….
Reply
joe-kedah Reply:
May 6th, 2009 at 1:53 pm
PANDAI HANG GELAR DIRI HANG TENGKORAK MEMANG PATUT PUN. OTAK LETAK KAT HUJONG KAKI YANG TAK DAK KULIT, SEBAB TU HANG FIKIR PUN TAK MATANG LAGI. JANGAN BANDING DENGAN KUASA PENGERUSI MESYUARAT CAWANGAN UMNO HANMG TU, SEMUA ANGGUK MACAM TOK KONG, SILAP-SILAP AHLI UMNO CAWANGAN HANG TU ANGGUK KEPADA TOK KONG TENGKORAK!
Reply
Sdr.Shazwan Shamsuddin Reply:
May 6th, 2009 at 2:47 pm
Apa yang tak lama?????
ko ni polis ke?
ko ni hakim ke?
atau ko ni tuhan ke?
suka hati ko jer nak sumbat org dalam jail.
Ko ingat DSAI ni apa… anak kucing?
mungkin ko tahu pasal konspirasi nak penjarakan DSAI ke?
Cubalah berkongsi maklumat.
biar semua rakyat tahu.
jangan nak keluar statement semberono jer.
fitnah adalah suatu dosa besar tau.
bawak-bawaklah bertaubat, ingat kebesaran allah,
setiap apa yg kita buat didunia akan berbalas diakhirat.
DSAI tu nak pejuangkan hak rakyat, hak kau jugak PAHAM.
Reply
Tengkorak Reply:
May 8th, 2009 at 2:02 pm
Bukankah dulu anwar kesayangan korang tu ada kata dengan egonya, “RAKYAT ADALAH HAKIM”. So, kiranya aku ni hakim jugaklah. Dn selepas aku kaji-kaji dengan sedalam-dalamnya dan sewaras-warasnya, aku dapati..Anwar bersalah dalam kes tersebut(malu nak sebut), Therefore dia selayaknya tinggal di hotel Sungai Buloh. (disebut hotel bukan penjara kerana dia sentiasa dapat bilik yang selesa dengan pelbagai alasan..sakit belakanglah, sakit pingganglah, sakit gigilah, sakit anu lah…)
Reply
mike perak Reply:
May 6th, 2009 at 3:39 pm
woi tengkorak…baik ko mati jd tengkorak je…idup pun xguna…
ko ni mesti mat ganja sebab 2 jd tengkorak…
Reply
takbir!!!! umno dah mula gelabah! banyak kerja yang perlu dilakukan!
Reply
taniah DSAI! teruskan usaha perjuangan yg suci dan murni pakatan rakyat.kami rakyat tetap menyokong pakatan rakyat
Reply
Shaines Reply:
May 6th, 2009 at 1:25 pm
Perjuangan yang suci? Haha…
Kalaulah engkau tau hati budi AI tu, aku rasa engkau akan hulurkan kepala dalam mangkok jamban dan pam beribu kali. Untuk membersihkan balik otak yang dah tercemar dek AI.
Reply
Ayuh, teruskan pelayaran! Ribut taufan sama diharungi dan ketenagan sama dinikmati!
Reply
Apa susah..7 mei nanti kita bawa semua wartawan dari seluruh dunia buat liputan secara LIVE di pancarkan ke seluruh dunia bagaimana UMNO merogol undang undang negeri dan juga merogol demokrasi secara rakus.
Dengan siaran secara langsung ke seluruh dunia..barulah dunia akan sedar betapa hinanya umno sebenarnya..jadi harap speaker Perak membenarkan seluruh wartawan asing di seluruh dunia membuat liputan secara live di pancarkan ke seluruh dunia pada 7 mei ini.
Reply
mat jenin@anwar Reply:
May 6th, 2009 at 12:25 pm
biasala..anwarkan suka mmburukkan negara sebdiri dimata dunia asalkan dia akan berkuasa nanti… buruk bebeno perangai mcm tu yer….kesian rakyat!!!
Reply
Bagaimana persidangan Dewan pada 7 Mei ini disifatkan sebagai persidangan “pertama kalinya dalam tempoh enam bulan”? Bagaimana dengan persidangan “di bawah pokok” tempohari? Adakah itu tidak dikira sebagai persidangan Dewan yang sah oleh pimpinan Pakatan sendiri? BN memang anggap tidak sah, tapi takkan Pakatan pun anggap sebagai peristiwa itu tak pernah berlaku?
Reply
bagusla macam tu.. bermusyawarahlah sesama kita..
insyaAllah semua kesulitan dapat diselesaikan bersama.
Reply
Moga-moga kezaliman tidak berleluasa, sistem kuku besi makin semakin menampakkan diri.
Reply
Salam Dato’ Seri…
Bila Dato’ nak tubuh kerajaan?…dah nak hampir setahun Dato’ berjanji…walaubagaimanapun saya tetap menanti dengan penuh kesabaran…harap Dato’ Seri jangan hampakan harapan saya dan rakyat2 Malaysia yg menyokong Dato’ Seri
Reply
BEGINI-LAH CARANYA – SETIAP ISI PATI MESYUARAT DI SEBARKAN UTK PENILAIAN RAKYAT.
Reply
This is something I would like to share with all friends.When I first went into Lim Kit Siang’s blog (blog.limkitsiang.com), the first thing I read is him calling Mukhriz (Jerlun MP) and Tan Keng Liang (gerakan kedah youth chief) as people “lack of grey matters” and silly. That was about 2 weeks ago. Today, I read that he said “the IQ of the Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, who is MCA Vice President and Penang MCA State chief, is highly suspect when he could not understand simple English”. The problem is that the more Lim Kit Siang branding that he is smarter than the rest of the people in the world (which I don’t belief), the more people will just see him as a person barking on the wrong tree. I support DAP but I wish that our party’s chairman can be more polite when addressing other leaders (whether they are Barisan or Pakatan). Otherwise, this will set bad example to the new generation of Malaysians.
Reply
Assalamualaikum YB DSAI, akhir-akhir ini saya lihat PAS macam tidak sehaluan dengan KeADILan.
Betul ke apa andaian saya.
Reply
Teori ALLAH gantikan teori RAHMAN
———————————
Renung-renungkanlah petunjuk ini.
ALLAH : Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Abdul Hadi
RAHMAN : Tunku Abdul (Rahman), (Abdul) Razak, (Hussein) Onn, Mahathir, (Abdullah) Badawi, Najib
Reply
kritis Reply:
May 6th, 2009 at 11:10 am
wahai insan buta hati dan cetek fikiran, jangan sekali-kali kaitkan nama Tuhan dalam teori manusia yang sangat cetek ilmu pengetahuannya.
perbuatan anda ini adalah syirik. anda tahu natijah orang yang syirik? iaitu orang yang dilaknat oleh Allah dan tidak terbuka baginya pintu syurga.
terjemahan dari surah Al-Baqarah ayat 8 – 16,
Golongan Munafik.
8. Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
________________________________________________________________
9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu diri mereka sendiri sedang mereka tidak sedar.
________________________________________________________________
10. Dalam hati mereka ada penyakit (yakni keyakinan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. lemah. Kelemahan keyakinan itu, menimbulkan kedengkian, iri-hati dan dendam terhadap Nabi s.a.w., agama dan orang-orang Islam.), lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
________________________________________________________________
11. Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi (Kerusakan yang mereka perbuat di muka bumi bukan berarti kerusakan benda, melainkan menghasut orang-orang kafir untuk memusuhi dan menentang orang-orang Islam.), mereka menjawab: “Sesungguh kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”
________________________________________________________________
12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sedar.
________________________________________________________________
13. Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”. Mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
________________________________________________________________
14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan- syaitan mereka (Maksudnya: pemimpin-pemimpin mereka), mereka mengatakan: Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”.
________________________________________________________________
15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.
________________________________________________________________
16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
Reply
Shaines Reply:
May 6th, 2009 at 1:31 pm
Apalah … perkataan ALLAH dipermainkan sebgini. Masya Allah…
Reply
KARUTMARUTBELAKE Reply:
May 10th, 2009 at 2:53 am
Bukan perkataan ALLAH tu sahaja yang tak boleh dipermain-mainkan, perkataan RAHMAN tu juga berkaitkan ALLAH, nama dan sifat Allah…. Dua-dua tak boleh dipermainkan…
Reply
Antara Kesempitan Perkauman Dengan Keluasan Prinsip Islam Disiarkan pada May 18, 2008 dalam kategori Akidah |
Sejak kebelakangan ini tepikan slogan membela bangsa kedengaran hebat sekali. Soal warisan bangsa, semangat dulu kala dan cerita datuk nenek lama dibangkitkan semula. Keris yang disimpan mungkin ada yang ingin kembali menciumnya, sirih pinang mungkin ada yang ingin kembali mengunyahnya, zapin dan joget mungkin ada yang ingin kembali ditarikannya.
Terpulanglah, namun apa yang perlu diingat, perjuangan bangsa itu jauh lebih sempit dari perjuangan membela prinsip Islam yang bersifat sejagat lagi adil untuk semua. Tidak salah perjuangan ingin menolang bangsa sendiri. Namun adalah salah jika ia bertukar menjadi semangat perkauman yang boleh membawa kepada dizalimi pihak yang lain.
Nabi s.a.w sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. Baginda s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun baginda juga memberikan amaran kepada sikap ‘asabiyyah iaitu perkauman atau berpuak yang membawa kepada kezaliman. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).
Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban.
Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? Jawapannya secara umum; seseorang yang dilahirkan berbangsa melayu, tidak mampu menukar dirinya menjadi arab. Seorang yang dilahirkan berbangsa cina tidak mungkin dapat menjadi melayu. Seseorang yang dilahirkan berbangsa india tidak mungkin mampu menukar dirinya menjadi cina.
Walaupun mungkin dia boleh menyamar, atau membuat tafsiran yang berbagai dalam menukar identiti dirinya, namun hakikat diri dari segi nasab keturunan tidak mungkin dapat diubah. Hal ini berbeza dengan soal pegangan akidah Islam. Di mana, seseorang walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh mejadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya.
Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukan azan) Nabi s.a.w. Sehingga orang melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan.
Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Maka perjuangan yang hanya terhad untuk membela sesuatu bangsa cuma, amatlah sempit dan terbatas. Ia perjuangan yang tidak dapat dikongsi kebaikannya oleh kaum yang lain sekalipun keadaan mereka sama.
Umpamanya, perjuangan untuk membela fakir miskin bangsa tertentu tidak dikongsi kebaikannya oleh bangsa yang lain, sekalipun kemiskinan mereka itu sama. Bahkan kadang-kala ia boleh bertukar menjadi perkauman yang amat sempit dan mengorbankan berbagai pihak atas sentimen kepuakan.
Namun jika kemiskinan cuba dilangsaikan atas nama prinsip Islam, sesiapa saja yang miskin ada hak yang boleh diperolehi sedekah Islam –temasuk dari zakat wajib dan wang baitul mal- walau siapapun keturunannya, bahkan walaupun berbeza agama, selagi dia seorang miskin.
Di sudut ikatan nasab pula, seorang cina atau melayu atau india tidak boleh menjadi arab, tetapi mereka boleh menjadi Islam. Apatah lagi, prinsip-prinsip Islam itu mementingkan keadilan tanpa pernah mengenal batasan warna kulit, rupa dan kedudukan.
Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13).
Maka, orang melayu jika mereka hendak mulia, bukanlah dengan inang dan zapin, atau mak yong dan joket, tidak juga institusi raja atau adat, tetapi menegakkan prinsip-prinsip Islam yang tulen.
Bukan bererti saya menyeru agar dihapuskan identiti kaum, adat dan budaya mereka. Tidak! Sama sekali tidak! Jika adat dan budaya tidak bertentangan dengan Islam boleh diteruskan. Namun, kemuliaan insan yang hakiki tidak dapat dicapai hanya di atas semangat puak atau bangsa, sebaliknya dengan menjunjung prinsip-prinsip Islam.
Persis seperti apa yang Allah ingatkan suku Aus dan Kharaj di Madinah. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
Kata al-Imam Qatadah al-Sadusi (meninggal 118H) lebih seribu tiga ratus yang lalu kepada orang arab: “Dahulunya bangsa arab ini manusia yang paling hina, paling buruk kehidupannya, paling sesat, paling kurang pakaian dan paling lapar. Dicengkam antara dua singa; Parsi dan Rum.
Demi Allah! Tiada di tanahair arab apa yang memboleh orang lain iri hati kepada mereka. Sesiapa yang hidup di kalangan mereka, hidup dalam keburukan dan yang mati pula, binasa dan dibuang ke dalam api. Mereka dimakan, mereka tidak memakan.
Demi Allah! Kita tidak tahu adanya bangsa di bumi ini pada masa itu yang paling rendah dan lekeh daripada mereka. Sehinggalah Allah membawa Islam kepada kamu (wahai orang arab!). Allah bekalkan kepada kamu al-Quran, Dia membuka kepada kamu bumi jihad, Dia meluaskan untuk kamu rezeki, Dia jadikan kamu memerintah manusia.
Dengan Islamlah Allah berikan kepada kamu apa yang sedang kamu lihat. Bersyukurlah terhadap nikmat-nikmatNya kerana tuhan kamu pemberi nikmat yang sukakan mereka yang bersyukur. Mereka yang bersyukur pula sentiasa mendapat tambahan”. ( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari –tahziban- 2/349, Damsyik: Dar al-Qalam).
Sebelum itu, saya selalu ulangi apa yang ‘Umar bin al-Khattab ucap ketika membuka Baitul Muqdis, setelah umat Islam berjaya membebaskan kota suci itu: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).
Maaf jika saya sebutkan, apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangsa melayu jika dilihat pada realiti hari ini secara perbandingan? Kita bukan yang paling berjaya dalam ekonomi, tidak juga dalam pelajaran akademik. Bahkan politik melayu pun dalam banyak keadaan telah mengorban bangsa sendiri.
Orang lain berpolitik secara seni yang akhir mengaut untung untuk dibahagi sesama mereka. Sementara kita bertarung bermati-matian sesama sendiri sekalipun sehingga tergadai negeri dan kota. Kedengkian sesama sendiri, melebihi cemburu kita kepada ‘orang lain’.
Ada pula yang diberi amanah, negara dijadikan modal untuk kocek sendiri, anak menantu dan juga segala macam kroni. Sementara yang hendak membaiki, ada pula yang sanggup menanggalkan prinsip perjuangan kerana melihat ‘kerusi idaman’.
Begitulah kita seadanya. Silap hari bulan, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’. Mungkin kita mempunyai kejayaan menjadi bangsa yang memliki ‘penagih dadah yang teramai’, ‘pengidap HIV AIDS yang terbanyak, berjaya memenuhi semua jawatan mat rempit dan mat lepak dan segala macam kedudukan yang bangsa lain dalam negara ini kosongkan agar dapat kita penuhi tanpa persaingan. Itulah realitinya, suka atau tidak!
Kalau muncul sesiapa yang kononnya pejuang bangsa, kita pun tidak pasti, adakah dia ikhlas, atau untuk merebut kerusi pilhanraya? Sebabnya, yang bercakap tentang kepentingan bangsa itulah juga yang melonggokkan keseronokan kepada anak muda melayu sehingga mereka hanyut dan menjadi pemuja orang politik yang telah memberi kebebasan yang ‘seronok giler’ kepada mereka.
Mereka juga kadang-kala yang menindas sesama bangsa kerana kepentingan kocek sendiri, kemudian apabila datang muncul berkempen mereka berlagak menjadi pejuang bangsa, bahkan agama. Siapa yang menjadi “ali baba?”, ”siapa yang menjual tanah melayu?” siapa yang mendiskriminasi sesama melayu? Sebahagiannya, mereka inilah.
Sementara melayu yang menggunakan nama Islam pula, ada yang hanya menjadikannya modal kempen. Hari ini prinsip-prinsipnya pun sudah mula luntur. Dulu ada yang bukan main ekstrim sehingga saya pun diserang dan dituduh longgar. Hari ini ada di kalangan penceramah yang sedemikian yang kelihatan bukan sahaja longgar, tapi mungkin boleh terlondeh. Ada juga di kalangan semua itu yang benar-benar jujur, saya tidak nafikan.
Saya katakan; masa depan orang melayu tidak akan dapat dijamin oleh semua slogan dan kempen-kempen bermusim ini. Penyelesaian yang sebenar adalah semua pihak di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa di negara ini hendaklah kembali kepada prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Penafsiran terhadap Islam ini hendaklah bebas dari kepentingan kerusi, parti, bangsa, puak, mazhab, aliran dan segalanya. Hanya Islam yang tulen, seperti mana hari ia diturunkan oleh Allah. Itulah penyelamat arab zaman dahulu, dan itulah penyelamat melayu!
Bukan Islam ala melayu yang mewajibkan Marwan bin Ah Seng mengubah nama bapa kerana bapanya cina dan Ah Seng bukan nama arab. Tetapi dapat pula menerima Marwan bin Awang, kerana Awang bangsa melayu sekalipun Awang bukan nama arab.
Bukan yang sibuk dengan orang lain hendak menggunakan nama Allah –pada hal Allah mengizinkan-, tetapi tidak pula sibuk membaiki penerangan akidah.
Bukan yang hanya meletakkan nama Islam untuk politik, tetapi gagal mengislamkan lidah ketika berkempen politik.
Bukan hanya yang menggunakan nama Islam untuk mengutip zakat, tetapi melupai amanah Islam dalam membahagikan zakat.
Begitulah seterusnya. Islam tulen, seperti zaman salaf dalam akidah dan ibadah, dan melihat keluasan agama dalam urusan umum kehidupan. Islam yang akan menjadikan kita umat dakwah dan pembawa risalah keagungan agama, bukan yang hanya memikir pembinaan bangunan tetapi membiarkan keruntuhan akidah dan akhlak.
Seperti kata al-Nadwi yang selalu saya ulangi: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India).
Seperti orang arab pada hari ini menjadi lemah dan hina kerana meninggalkan Islam tulen, demikian nasib kita akhirnya jika tidak kembali kepada sumber agung Islam; al-Quran dan al-Sunnah.
Reply
Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan
Disiarkan pada May 03, 2009 dalam kategori Dakwah |
Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”
Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.
Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.
Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.
Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).
Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.
Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.
Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.
Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.
Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.
Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan.
Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.
Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.
Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.
Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.
Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.
Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.
Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?
Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.
Reply
ASALAMMUALAIKUM DATO SERI apa pemdapat dato seri pemdapat dr asri di bawah ni?
Pandangan Dr Mohd Asri Mengenai Isu Agama Anak Disiarkan pada Apr 29, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
PANDANGAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MENGENAI KEPUTUSAN KABINET YANG MENETAP AGAMA ANAK BERDASARKAN AGAMA ASAL KETIKA PERKAHWINAN
Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;
1. Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.
2. Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
4. Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
5. Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
6. Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
7. Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
8. Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
9. Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
10. Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
11. Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
12. Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
13. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.
Reply
ilham Reply:
May 10th, 2009 at 12:38 am
Anwar tak kan jawab sebab dia tidak faham agama islam yang sebenar. Yang dia tau menyalak macam anjing pariah.
Reply
teruskan perjuangan DSAI…
Reply
Hi DSAI,
we have high hope on you and PR must win in Penanti. everyone have to work hard hidup PR
Reply
kalau umno semua tak betul lah kau je la betul sesangat
PKR @ PARTI KENAKAN RAKYAT
Reply
BN FOBIA Reply:
May 6th, 2009 at 10:29 am
NAMA HANTU JERANGKUNG PATUTLA BAGANG SANGAT..
BACALA AKHBAR & TENGOK TV BN YG BODEK BN TU SELAGI KAU BACA SAMPAI KIAMAT
PUN MINDA KAU TK TERBUKA.. BACALAH AKHBAR DUA2 PIHAK BARU KAU TAU CERITA
DAN NILAIKAN LAH BODOHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Reply
Sekali lagi pemuafakatan Pakatan Rakyat ditagih untuk memperkukuh Pakatan dalam apa jua program, baik dalam kempen Pileharaya Kecil mahupun dalam merealisaikan agenda untuk rakyat, dalam keadaan BN terumbang ambing untuk mengumpulkan tenaga bagi memujuk orang muda kearah parti mereka maka PR mesti sudah jauh berlari meninggalkan mereka.
Akhirx ini pakatan rakyat banyak lari dari fokus, sering beselisih pendapat,maka mula hari inibuang yang keroh ambil yang jerneh. Mulakan kempen bersama.Teruskan bersepadu spt semagat
sebelum pru ke 12 yang lalu.
Reply
Perbincangan mcm ini yg paling ditakuti UMNO BN. Kita bungkus Najib di Penanti nanti.
hidup PAKATAN RAKYAT!!!!!!!!!!!!
Reply
SEMANGAT MUSYAWARAH SEBEGITULAH YANG DIMAHUKAN OLEH SEGENAP GOLONGAN RAKYAT JELATA. SETIAP PERANCANGAN YANG HENDAK DILAKUKAN LAKUKAN SEBEGINI, NANTI BILA SUDAH DILAKSANAKAN TIDAK ADA LAGI AHLI-AHLI YANG MENUDING JARI MENYALAH ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN.MESYUARAT, MESYUARAT JUGA, KENA PERIKSA JUGA BAWAH MEJA, NANTI ADA KEMIAN PULA, KACAU!. WALAU APA PUN, RAKYAT PERCAYA, PAKATAN BUAT KERJA, KURANGKAN BERCAKAP!
Reply
Kalau betul apa yang di paparkan di atas di tulis oleh orang lain atau pekebun kecil.maka betullah apa yang beliau kata. tapi wahai pekebun kecil.kita wajar menyokong keadilan tetapi jangan kita percaya terhadap mana-mana pemimpin politik tak kira kerajaan atau pembangkang. yang layak boleh di percayai .tetapi pada saya yang telah lulus ujian layak hanya tuan guru dato nik aziz je.yg lain tak payah.
Dalam keadilan paham sendiri la. bukan nak megah bukan nak belagak, siapa pemimpin keadilan yang dari mula reformasi tidak kenal jamilkucing.pasti semua kenal.dsai,dswa,zulkifli nordin,saifuddin,azmin,tian chua, gobala krishnan ,raja komando,xavier,banyak lagi la.kalau nak cerita.tapi itu dulu waktu tak jadi ahli parlimen dan waktu dsai tak ada. tapi sekarang dah jadi yb.lain.
Dah jadi yb , call tak jawab.antar email tak balas, jamil antar atau call pun bukan nak minta jawatan,nak minta wang hanya sekadar nak ucapkan tahniah,tanya kabar. tapi tak apalah. sekarang mereka yb.pemimpin hanya perlukan penyokong bila mereka kesusahan,tetapi bila dah bergelar yb pergi mampos lah dengan penyokong.
Pmimpin hanya akan bertemnu rakyat kalau mereka dalam kesusahana. memang mereka ikhlas bertemu.tapi bila mereka senang seboleh-bolehnya mereka tak ingin bertemu.kalau bertemu bersalam senyum .itu semua hanya lakonan sahaja. itulah pemimpin politik.mereka tak layak di panggil pemimpin dan tak layak di buat kawan.
Reply
Dato Seri,
Bila PR nak rampas balik(opppsss silap bukan rampas tapi kembali jajah Perak dari Bee End??????
Perakians are waiting for that moment.
Reply
Salam kepada semua ahli dan penyokong PKR.
Semoga segala usaha murni kalian diberkati Allah dan akan mendapat kemenangan yang sebenarnya.Carilah titik pertemuan dan jauhkanlah pertelingkahan yang akan merobek kekuatan ummah.Jangan mudah percaya kepada kata-kata yang dilemparkan. Kaji dan teliti segala tohmahan dan bermesyuarah atas isu yang wujud,,,selamat maju jaya
Reply
Salam DSAI…
untuk kepastian semua pihak!!adakah segala apa yang berlaku diperak ini melanggar perlembagaan? Jika benar ini berlaku pada masa sekarang, saya selaku anak jati perak memang teramat tidak puas hati terhadap kerajaan baru perak(BN) ini.
Untuk pengetahuan DSAI saya benar2 jelik melihat gelagat atau cara Menteri besar perak yang baru ini apabila ditemuramah oleh wartawan pada mana2 sidang akhbar beliau..sikap nya umpama seorang ego,sombong dan bongkak…saya teramat malu selaku anak perak kerana mempunyai seorang MB yang sebegini rupa.Senyum nya tidak melambangkan keikhlasan sebenar tetapi lebih kepada senyuman sindiran semata2.
saya juga kecewa dengan perkembangan terbaru politik di perak ini..dan semoga apa saja yang berlaku akan menguatkan lagi barisan PR di malaysia yang kita sayangi.
Saya doakan agar semua pihak termasuk BN merestui ketidakpuasan hati rakyat PERAK dan membubarkan Dewan undangan Negeri adalah langkah terbaik untuk semua pihak buat masa ini.
Salam perjuangan.
Reply
Wahai Anwar Ibrahim….sekiranya kamu seorang muslim…..tanya lah pada ulama yang arif dan jujur dalam menyampaikan ilmunya, apakah hukum menjatuhkan seorang pemerintah Islam selagi mana dia mengerjakan solat.
Anwar Ibrahim, ingatlah Ibn Taimiyyah pernah dipenjara oleh pemerintahnya, namun tidak sekali dia bangun memberontak. Kerana Ibn Taimiyyah tahu adalah HARAM menjatuhkan pemimpin Islam selagi mana dia mengucap dua kalimah syahadah dan mendirikan solat.
Ingatlah dunia ini hanya sementara…akhirat jua kekal selama-lamanya
Reply
Rakyat Reply:
May 6th, 2009 at 11:42 am
pena minang, harap ajukan soalan ni kepada NAJIB dan MAHATHIR jugak ye..apakah agaknya jawapan dorng ye?
Reply
Kurang cerdik tapi Bengngap Reply:
May 6th, 2009 at 11:55 am
Apa pula hukum menyokong seorang pemerintah Islam yang tidak menegakkan Islam yang sebenar?.
Reply
wak ya Reply:
May 6th, 2009 at 2:27 pm
eloo pena minang… yang bee end menjatuhkan kerajaan PR dahulu tu, sedara/sedari tak nak tanya ulamak ke? ke.. nak tanya ular dalam semak?
Reply
anti-opress Islam Reply:
May 6th, 2009 at 3:59 pm
klu rasulullah hidup sekarang, adakah baginda akn undi UMNO wahai pemutarbelit yg bijaksana?
Reply
reformist Reply:
May 6th, 2009 at 5:02 pm
Dan sedarlah Pena Minang adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita sebagai rakyat lebih-lebih lagi sbg muslim utk menegur dan memperbetulkan pemimpin yg telah tersesat jalan ..
Dalam solat pun, kita sbg muslim dan menjadi saf harus membetulkan imam seandainya imam tadi tersalah ayat bacaan atau tertibnya…
Persoalannya apakah perlu kita teruskan solat bila imam masih lagi tidak membetulkan bacaannya (walaupun telah ditegur berulang kali) dan masih berkeras dan meneruskan bacaan yg salah???
Dua kalimah syahadah dan solat adalah satu kriteria utk dipilih jadi pemimpin.
Tapi adalah HALAL utk menjatuhkan (bukan melalui cara utk mengaibkan) pemimpin Islam yg didapati mengamalkan rasuah, minum arak, berzina, dll lagi.
Ingatlah dunia ini memang hanya sementara, tetapi di dunia inilah tempat kita beramal ibadah.. apakah amal dan ibadah yg ditunjukkan oleh pemimpin kita selama ini benar??
Wallahuallam…
Reply
Teropong Sakti Reply:
May 6th, 2009 at 11:31 pm
Pena Minang,
Siapa yang dimaksudkan sebagai pemerintah Islam? PM, MB @ kerajaan? Kalau PM dan MB dianggap pemerintah Islam maka bagaimana kes di Perak? Nizar tidak Islam? Kalau kerajaan BN dianggap pemerintah Islam bagaimana dengan parti komponen BN yang tidak Islam?
Tujukkan ayat AL Quran yang menyatakan pemerintah Islam yang mengerjakan solat tidak boleh ditukar?
Imam yang sedang mengerjakan solat pun boleh ditukar jika uzur atau tiba2 hilang ingatan. Inikan pula pemimpin parti politik.
Reply
? Reply:
May 7th, 2009 at 3:12 am
org Islam sejati x bacul, lawanlah dakwaan media massa antarabangsa mengaitkan skandal Pee.aM M’sia ke 6 dgn penyelewengan wang negara terutama kes pembelian alatan tentera sepanjang Najisb mengendalikan Kementerian Pertahanan & juga pembunuhan warga negara asing Altantuya Sharibuu… baru penyokong2 P.R mengubah pendirian utk menumbangkan Najisb berserta tong taik rejim ameno korup!
Reply
lawan tetap lawan takbir!!!!
Reply
Mesyuarat merupakan tunjang utama dalam mengatasi segala permasalahan. Tahniah kepada Pakatan Rakyat.
Semoga diberkati.
Reply
sidang DUN 7 mei, kecoh kerana PR tidak mengaku kenyataan yang sebenarnya,
bilamana 3 ADUN telah menyokong BN maka PR hanya tinggal 28 ADUN dan BN mempunyai 31 ADUN.
oleh yang demikian BN mempunyai lebihan 3 kerusi yang membolehkannya membentuk kerajaan baru Perak.
(ingat bangaimana anwar ingin merampas 30 MP?)
itupun anwar tak tahu nak kira, macamana nak jadi PM kalau 31 dengan 28 pun tak tahu mana yang lebih banyak…
satu lagi permaianan anwar seperti yang dilapurkan oleh blog AIDC
Senarai ADUN PKR yang bakal dikorbankan oleh anwar
i YB Badrulhisham Abdullah – ADUN Plbhn. Klang.(Selangor)
ii. YB Elizabeth Wong – ADUN Bkt. Lanjan (Selangor)
iii. YB Mat Suhaimi Shafiei – ADUN Sri Muda (Selangor)
iv. YB Tan Wei Shu – ADUN Bakar Arang (Kedah)
v. YB Mohd. Radzhi Salleh – ADUN Lunas (Kedah)
vi. YB Lim Soo Nee – ADUN Kulim (Kedah)
ini adalah permaianan politik anwar untuk meraih sokomgan pengundi
percaya atau tidak terpulang pada anda sendiri
pikirkan lah dengan waras
terima kasih.
Reply
suara Sarawak Reply:
May 8th, 2009 at 11:11 am
Hai. Brother peaceface…
Salam peace untuk saudara dan shabat sekian,
alhamdulillah…sidang dun 7 mei selamat dijalankan tiada insiden besar belaku…syabas kepada semua wakil rakyat Perak…
1. Kesian DSAI atau PR memujuk 30 MP(BN) untuk menyertai mereka tetapi tidak berjaya, mungkin disebabkan 30MP(BN) tiada masalah, Oleh sebab itulah mereka (30 MP-BN) masih BN dihati mereka, Sekiranya mereka berjaya dipujuk alangkah malangnya mereka, entah berita apa akan di”heboh”kan media arus perdana? Kembali saudara Peaceface, kita ke sabah parti SAPP keluar dari BN, apa berita yang pertama di”heboh”kan kepada Persiden Parti (SAPP), takkan saudara tidak tahu?? sedangkan saya di sarawak tahu. Mustahil saudara tiada TV? Tepuk Dada , tanya media arus perdana.
2. Dun 7 mei 2009 – di perak, Kerajaan PR merintah Perak kurang dari 1TAHUN telah di”rampas” oleh kerajaan BN dengan mengenakan tektik dan strategi pengerusi BN mendatang hasil, Syabas dan Sekalong Taniah..
3. Kisah bermula apabila 3 adun PR (sekarang dun BEBAS), 1 Adun DAP hilang kepercayaan dengan Parti DAP.2 Adun PKR hilang.???tiba2 membuat kenyataan “orang dah tak nak kita , kita cari rumah baru”(lebih kurang begitu maksudnya)-macam biskutlah pula.Sebelum itu media arus perdana amat hebat, amat “JOM HEBOH”, SURE HEBOH, JOM KAMBOH, bagai nak pecah TV rumah saya(Tak pecah pun TV saya walaupun jenama kurang standard (KHID)-standard rakyat biasa)memberitakan 2 ADUN bebas (Bekas ADUN PKR), akan disiasat berhubung dengan “rasuah”, mana berita tentang “rasuah” mereka berdua sekarang….? saudara Peaceface, Jikalau ada mendapati berita kedua2 ADUN bebas tersebut tolong sampai kepada saya di sawarak tok?Sungguh kesian BN menerima 2 ABUN bebas (kes “Rasuah” Masih dalam perbiacaraan-kalau saya tak silap)tersebut, kecoh dibuatnya.Bagi saya buburkan dun Perak bairlah rakyat perak memilih wakil rakyat mereka semada BN atau PR.
4. Mengenai bekas ADUN PENANTI(2008 hingga 2009), beliau rela melepaskan jawatan TKM dan ADUN PENANTI, media arus perdana bukan main “JOM HEBOH” lagi bekas ABUN Penanti akan disiasat berhubung kes “rasuah”, Alhamdulillah bekas adun penanti itu, disahkan bebas dari Penyakit “rasuah” oleh SPRM (atau dulu dikenali BPR). Jikalaulah bekas Adun Penanti itu masih menjawat jawatan TKM itu,saudara peaceface dan saya apa kan berlaku….?tepuk dada tanya media arus perdana. satu langkah berani..walaupun ditelan mati emak, dilauh mati bapak. syabas dan taniah kepada bekas adun penanti.. lawan tetap lawan..Tidak macam KM negeri hang Tuah, Hang Jebat dan 3 lagi Hang lagi. dimana Beliau tidak dapat bertanding MT umno kerana kesalahan tetapi tetap terus merintah negeri…ada saudara peaceface dan saya mahu permimmpin seperti itu?..tepuk dada. tanya iman dan fikirkan lah dengan waras,
5. Bagi saya kehidupan…memandangkan semua BN( barang naik) wajib diturunkan supaya peaceface dan saya tidak mengeluh dan sakit hati tentang harga makanan, parah dibuatnya..nak tunggu hujung bulan lama lagi (terima GAJI). Sedang “mereka” makan makanan lazat2 dan “free”.
Feaceface dan saya makan “Nasi CAMPUR”.
Percaya atau tidak terpulang pada anda sendiri(Ciplak)
amigos…lawan tetap lawan …salam reformasi3x
Reply
sudahlah anwar…ko nih memang poyo!!!
Reply
rtwrt
Reply
Siannye tgk pemimpin islam diperkudakan oleh dap ngn anwar
Reply
Pohon kerjasama moderator untuk sampaikan mesej ini kepada Saudara Anwar. Jangan paparkan mesej ini. Terima kasih.
Umno yang semakin ketandusan strategi tetah gagal untuk mengubah pendirian rakyat yang semakin lantang menolak umno/bn.
Startegi terbaru umno adalah untuk memecah-belahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Isu penukaran agama akan digunakan untuk memecah belahkan perpaduan PR. Jadi awas dalam menanggani isu tersebut. Setiap statement hendaklah diselidiki terlebih dahulu kerana balaci-balaci umno akan gunakan ia sebagai peluru untuk melaga-lagakan PAS dan DAP.
Sokongan rakyat semakin meningkat. Teruskan perjuangan semoga anak malaysia boleh hidup makmur di bawah saudara.
Vastu Raman
Reply
kukuhkan ukhwah, tingkatkan persefahaman.. gutt lakk..
Reply
A’kum DSAI,
Apakah konsep ‘Unity Government’ sesuai kat Msia dlm situasi politik yg stabil & majoriti yg jelas. Saya takut klu kurang pemahaman, nanti pelaksaaan konsep ni pula mengkucar-kacirkn pantadbiran negara. saya berpendapat elok la ada barisan pembangkang utk alternatif pd rakyat mengadu. InsAllah bila PR memerintah bole la hendaknya Kerajaan PR menawarkan semua parti politik Msia bergabung d bawah satu payung.
Reply
tiada satu kebebasan mutlak yang boleh dicapai di dunia ini. perkara ini diketahui dan difahami oleh mereka yang berilmu dan memahami. pembebasan tanpa syarat terhadap seseorang yang pernah membawah kepada huru-hara atau meracuni minda masyarakat kearah kekucar-kaciran negara adalah suatu pandangan yang sempit dan cetek.
kita sudah sedia maklum tentang betapa perlunya manusia itu perlu dikawal sifat dan pergerakkannya agar tidak bertindak atas kepentingan diri sendiri.
semua pegangan agama mempunyai peraturan dan hukumnya sendiri untuk mengawal setiap penganutnya.
dalam agama Islam itu sendiri telah ada hukum, peraturan dan larangan yang perlu dipatuhi dan wajib dilaksanakan. hukum dan larangan itu sendiri adalah perintah Allah seperti yang terkandung dalam kitab Al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W.
kenapa dsai tidak melihat akan perihal ini? kalau membaca Al-Quran dan hadis Nabi jangan dirujuk kepada dunia, tetapi sebaliknya melihat dunia biarlah merujuk kepada Al-Quran dan Hadis Nabi!!!!
Reply
kung fu panda Reply:
May 7th, 2009 at 6:08 pm
Kebebasan mutlak ada di dunia ini, sebagai mana belaku di dalam dewan undangan negeri perak pada 07 5 2009 yang mana UMNO telah mengunakan kebebasan yang terlampau keatas dewan yang mulia. UMNO telah mencemar kedaulatan dewan dengan bertindak sebebas bebasnya menodai undang undang dewan. jelas bebebasan mutlak di terajui oleh UMNO di bumi malaysia ini.
Reply
Salam,
Kenapa dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat, hanya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Pas) sahaja yang mewakili suara Ulama? Benarlah teori konspirasi yang mendakwa Haji Hadi sedang dikepung oleh pimpinan Pakatan Rakyat khususnya golongan liberal sendiri.
Reply
Selamat Sejahtera
Kalau Kerajaan BN perak masih tak nak serah serah kuasa senag sahaja.Rakyat perak masih ada kuasa sebenarnya.Rakyat negeri perak boleh boikot dengan kerajaan yang ada sekarang dengan tidak perlu membayar cukai tanah,cukai pintu dan bayaran petak letak kereta disetiap PBT di perak.Kalau ramai rakyat perak pakat ramai2untuk buat perkara diatas mesti kerajaan BN perak boleh MUFLIS dan sekira kuasa telah dikembalikan kepada kerajaan pakatan rakyat maka bolehlah sambung balik membayarnya.Ingat rakyat perak sebenarnya masih ada kuasa.
Reply
Kerjaan UMNO dgn BN nie merapu betul.Pakatan Rakyat ada blog die pun nak ade bloh jugak tapi bile rakyat nak koment tak pulak artikel tue kat blog UMNO dgn BN klau tak percaya cuba test tengok kat blog mamanda perdana menteri tu http://www.1malaysia.com.my tapi kalau puji die org cepat2 die siarkan artikel itu
MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI
Reply
Salam..
Smg DSAI, keluarga dan para pimpinan PR berada dalam lindungan dan rahmat Allah..
Walau apa pun motif sebenar wakil rakyat PKR di Penanti meletak jawatan, apa yg pasti, amat nyata dan jelas, barisan yang ada dalam PKR terlalu rapuh , lembik dan tiada daya tahan… Saya sebenarnya tak nampak keupayaan ahli politik PKR untuk ke depan… so adalah lebih baik PKR mendahulukan rakan2 Pakatan Rakyat yang amat jelas konsisten, mantap dan berdaya tahan untuk tampil ke depan menyahut cabaran massa dan bukannya meletakkan barisan calon yang hanya layak menjadi katak2 lembik, atau lembik bila berdepan cabaran mahupun ugutan… kalau dah tahu nak sambung belajar lain kali xpayah mengatal jadi calon… andaikata saya menjadi warga di penanti..adalah lebih baik untuk menyaman ahli politik sebegini kerana mempermainkan mandat rakyat… buat letih orang pergi mengundi… kalau ada 10 lagi spesis macam nie..ntah apa laa nasib malaysia…. gelap masa depan negara
actually i hate to say..but better PKR to evaluate themselves before talking about nation…
Reply
Wahai Tengkorak yang bersuara sebu-sebu bahasa
speaker berhak memerintahkan ahli keluar dewan..
berdasarkan peristiwa pada 7mei, kelihatan dengan nyata v sivakumar sebagai speaker yang masih mempunyai kuasa telah mengagarahkan 6 exco keluar dari dewan, tetapi ternyata exco BN keras kepala macam batu giling. dan tiba-tiba speaker baru dilantik, sedangkan speaker sedia ada masih berkuasa dan memandangkan 6 exco BN telah diarah keluar dewan, 6 undi tidak boleh dikira dalam melantik speaker kerana sepatutnya mereka telah berada diluar dewan. oleh yang demikian, perlantikan speaker baru tidak mendapat mejoriti undi.
Nampak ke tak wahai tengkorak yang tiada mata dan otak…
kamu perlu lebih belajar dari berkata yang sia-sia dan tidak mempunyai isinya.
Semoga Tengkorak sedar dan bersama pakatan rakyat suatu hari nanti InsyaAllah
Reply
Hantu jerangkong dan tengkorak ni memang penjilat kahak hijau ammeno laknattullah
Reply
mat jenin dengan g mampos pun same diaorang ni tukang basuh taik ammenooo
Reply