Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.
Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.
Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
ANWAR IBRAHIM

APALAH ERTINYA KEBEBASAN AKHBAR SEKIRANYA BLOG INI SENDIRI TIADA KEBEBASAN UNTUK BERWACANA.
JANGAN DITUDING JARI KE ORANG LAIN JIKA BLOG SENDIRI TIDAK MENGAMALKAN KEBEBASAN.
HIPOKRIT AT ITS BEST!
Reply
ILHAM Reply:
May 7th, 2009 at 9:19 pm
betul, betul.
Reply
DS,
Artikel yg menarik; harap boleh paparkan di blog DS;
http://wfol.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=421&Itemid=9
Reply
5.09
Melayu: Tuan Yang MASIH Miskin
Seperti yang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina habis terjual dalam masa 36 jam selepas pelancaran.
Situasi yang sama pernah berlaku apabila satu bilion unit saham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilanggan oleh masyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja.
Seperti selalu juga, unit saham yang diperuntukkan untuk bumiputera Melayu mendapat sambutan dingin. Bayangkan daripada sejumlah 1.665 bilion unit untuk bumiputera hanya 7.65 juta unit saham atau 0.4 peratus sahaja yang berjaya dijual. { sini }
Bumiputera mungkin tak berduit walaupun kontrak berstatus Bumiputera berlambak-lambak di tender dan di sebutharga kan. Bagaimana kaum Cina yang semakin kaya dan mempunyai ekonomi yang semakin kuat? Apa rahsia mereka? Nmapaknya, tidak keterlaluan jika ditafsir bahawa Pemimpin-pemimpin UMNO telah gagal mengangkat ekonomi kaum Bumiputera walaupun dimomokkan bahawa mereka telah berjaya dengan gemilang. Dalam kes ini (Minggu Saham Amanah), sikap mungkin menjadi masalah utama tetapi faktor penolak kepada sikap tersebut mungkin kemampuan. Jika tiada kemampuan, bagaimana mahu membeli saham?
Pemimpin UMNO mutakhir memang pandai. Masalah pokok belum selesai, diliberalkan pula beberapa perkhidmatan. Pandai…memang pandai. Melayu akan berteriak kalau isu hak dan liberalisasi itu datang dari mulut Pakatan Pembangkang tetapi Orang-orang Melayu terutama pendemonstrasi upahan UITM secara tiba-tiba menjadi “orang cacat” yang lebih cacat dari OKU.
Mengapa tidak diturunkan dahulu pemilikan Bumiputera kepada 20% misalnya? Atau bagi menepati aspirasi DEB, mungkin diwajibkan 30% Bumiputera berbanding >51% sebelum ini? Yang menjadi permasalahan, pemenuh kuota Bumiputera itu datangnya dari orang-orang yang memang sudah kaya-raya-durjana. Oh, itulah penanda hari qiamat, yang kaya semakin kaya dan yang miskin kan kekal miskin.
Ya, memang banyak dan berlambak kontrak berstatus Bumiputera tetapi di mana pula peratusan terbanyak duit-duit itu di laburkan dan mengalir? 50% kepada orang Cina, 20% kepada pekerja-pekerja dan 30% untung (itupun jika tidak di-sub kan pada Cina).
Tulisan ini jangan ditafsir terlalu perkauman dan menerajang aspirasi Satu Malaysia. Anggaplah tulisan ini berlawanan dengan konsep Malaysian Malaysia.
Oh ya. Apa pula beza Satu Malaysia (Najib) dengan Malaysian Malaysia (DAP)? Kalian sudah ada jawaban?
“Takkan Melayu Hilang di Dunia” Hang Tuah.
Kita semakin dibodohkan oleh kata-kata Hang Tuah. Rasanya, hanya Baju Melayu sahaja yang tidak hilang. Itupun di Hari Raya!
Coretan Harimau-Menaip Pada jam 11:52 AM
kategori: Corat-coret, Ekuiti, Melayu, Saham
Reply
Mana pencacai UMNO yg dulu duk berdemo siang dan malam bila PR nak wat sesuatu kononnya akan meminggirkan org Melayu..Hoi..,kenapa diam!!!
Reply
SPR nak hadkan jumlah penyokong yang hadir penamaan calon PRK Penanti takat 5 ribu je.
Ini satu lagi keja mengarut SPR dan satu lagi projek BN untuk menang di Penanti.
Baru saja SPR membuat arahan tak benarkan pondok panas,timbul pulah ura-ura nak hadkan jumlah penyokong.
Pondok panas nak hapuskan tapi jumlah penyokong pada hari mengundi boleh seramai yang boleh.
macam nak bawak pengundi hantu je.
Pada PRU 2004,SPR haramkan pondok panas..pembangkangpun akur dengan arahan tu.cuma yang tak sedap BN selamba dek je langgar arahan SPR dan buat pondok panas dekat tempat mengundi.
Sudah tiba masanya rakyat membawa SPR ke mahkamah kerana tidak bersikap adil dan telus.
Eloklah Pengerusi atau Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan bertanding atas tiket UMNO di Penanti
Reply
Salam DSAI,
Saya amat bersetuju dengan pendapat DSAI bahawa ‘Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa.’
Untuk memperbetulkan keadaan, penjunjung demokrasi tulen haruslah memerintah negara.
DSAI harus ingat bahawa 58 kerusi Parlimen berada di Sabah dan Sarawak. Makanan mudah untuk
kerajaan BN menang .
Kekurangan PR sekarang ialah stategi yang mantap………!!!!!
Dari sekarang dah kena buat rakyat Sabah dan Sarawak gembira untuk undi PR.
1. Janji akan bagi 5 ekar tanah percuma dan bergeran kepada ketua keluarga bangsa Dayak
di Sarawak. Ini termasuk semua kaun pribumi Sarawak. Geran akan dikeluarkan dalam
tempoh 1 bulan jika PR menang diSarawak.
Janganlaah DSAI nak kedekut, bukan tanah DSAI pun…. Tak payah keluar modal pun.
2. Segala harga beras, gula, tepung, susu akan disubsidi oleh Kerajaan baru menjadi RM 1
sekilo atau setin.
3. Cukai pintu akan dihapuskan.
DSAI harus mulakan di Selangor. Buat permulaan, turunkan cukai pintu 20 %. Usah dengar cakap TS Khalid bahawa nanti tak da peruntukan untuk pembangunan. Rakyat dah tak minat cerita
pasal pembangunan. Hampir semua bandar besar yang banyak pembangunan ….BN kalah teruk….
Wassalam.
Reply
Saya cadangkan diadakan hari kebebasan Cyber (internat)untuk blog dan Web dan SMS. Ini kerana berberapa negara di dunia yang masih cuba mehalang hak hak tersebut. Ini penting agar kebebasan ini harus di lipat gandakan berlipat lipat. supaya orang ramai terus kehadapan dalam soal hak mereka untuk menerima maklumat supaya Rakyat punya lapangan timbangtara yang luas saujana lagi terperi untuk rakyat menbuat keputusan yang terbaik minda rakyat perlu disergah mindanya dengan berbagai cabaran ini penting untuk melahirkan Rakyat yang pintar dan manpu menbuat keputusan yang berat dan getir walau pun yang mencabar minda mereka mereka masih manpu berhadapan. rakyat yang tidak didedahkan dengan ruang tempur minda maka akan terlahirlah rakyat yang lemah dan sukar menhadapi cabaran global. ini semua kesilapan UMNO yang meletakan lintangan berbelat yang menbuat minda rakyat jadi tepu dan sebak sebelum sebelum masa.sebab itu rakyat malaysia begitu jauh ketingalan dalan berberapa segi terutama soal bahasa ibunda,teknologi,peradapan,dan sebagainya. apa makna Negara kelas dunia tetapi minda rakyat tiada kelas. apa yang UMNO lakukan sekarang umpama menbena negara bagaikan kota pasir tidak punya cerucuk yang cukup kukuh dan kerangka yang solid hanya cantik untuk di pertandingkan tetapi rapuh buat rakyat ini hanya gambaran untuk rakyat yang tahu menilai siapa UMNO.
Reply
SALAM,DSAI,
MANA2 PERKARA YG TIDAK MEMIHAK KAPDA BEE END,AKAN DISEKAT. INI BUKAN BERITA BARU MALAH DAH JADI PERISTIWA SILAM YG PAHIT.
BEE END NAK KEKALKAN ORANG2 MALAYSIA MACAM KATAK BAWAH TEMPURUNG SAWIT.
Reply
For the last 52years boleh dikatakan kesemua media harus perdana mewayangkan berita maklumat mengikut acuan yang berpihak kepada selera pemerintahan bn/umno.Tanpa cacat dan licik sekali,rakyat khasnya menerima deraan minda sehingga kecacatan maklumat dan kerakusan pihak berkuasa tidak dapat dibedakan. Terkini gertakkan dan ancaman menjadi senjata mematahkan gerakan minda rakyat yang tulus ingin kesahihan sesuatu berita yang berbeda maklumat sewaktu denganya.malaysia merdeka tapi sayang sekali minda rakyat masih kepatahan sayapnya.

YANG KITA TIDAK SUKA IALAH PENJAJAHAN MINDA KITA SESAMA KITA. KERAPKALI PENJAJAHAN JENIS INI DIBENDUNG OLEH KUASA YANG MEMENTING DIRI. MENGANIAYA SEBELAH PIHAK TETAPI, “MEMEJAMKAN MATA” KEPADA UNSUR YANG MENJADI MANFAAT SENDIRI WALAUPUN MEMUDHARAT ORANG LAIN.
KEBEBASAN YANG ADIL IALAH BERTINDAK SESUAI DENGAN KEHAMBAAN KEPADA TUHAN. NESCAYA IA AKAN MENJADI MANFAAT BUKAN SAHAJA UNTUK DIRI MALAH MENJADI RAHMAT UNTUK SEMUA MAKHLUK.
MAKA, JIKA KITA BERPEGANG KEPADA KEMERDEKAAN YANG DIJANJIKAN OLEH TUHAN, KITA AKAN MERASA ADIL, SELAMAT BEBAS DAN MERDEKA. SYARAT JANGAN TAKUT MAKHLUK TAPI TAKUT KEPADA TUHAN YANG MENGUASAI MAKHLUK DAN ALAM SEMESTA.
FIKIR-FIKIRKAN ADUHAI RAKAN !
Reply
BERITA TERKINI.
===============
Kebebasan media pada Anwar ialah Media bebas mengkritik sesiapa sahaja kecuali beliau.
Sunday, May 3, 2009
Anwar dan Kebebasan Media
Anwar mahu bercakap soal kebebasan akhbar. Anwar memberi perutusan seempena hari kebebasan akhbar hari ini. Tulis Anwar:
Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.
Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.
Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
Jika kita mahu menilai keterbukaan Anwar terhadap media massa maka eloklah kita membaca semula tulisan Kolumnis Malaysia-Today, Kirdatun menulis pada 3 Disember 2004:
“Tulisan terakhir untuk ruangan “Batu Giling” ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada “orang-orang kuat” Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini “dilembutkan” atau ditutup terus.
Selang beberapa hari, “orang besar” PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan “Batu Giling” melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini.
Jika mahu pergi lebih jauh maka kita akan melihat bagaimana kebebasan media kepada Anwar Ibrahim ialah jika akhbar atau media bebas melaporkan atau menghentam apa sahaja atau sesiapa sahaja asalkan bukan dirinya.
Tanyalah orang seperti Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dan Datuk A Kadir Jasin apa erti kebebasan media jika Anwar berkuasa. Anwar secara jahat menggunakan wartawan dalam Utusan untuk menjatuhkan Zainuddin Maidin semasa beliau berada di luar negara.
Anwar tidak menyukai ZAM kerana Ketua Pengarang Utusan ini sering juga mengkritik tindak tanduk Anwar ketika itu. Selain itu ZAM juga dicop sebagai orang kuat Dr. Mahathir. Seseorang yang boleh merencatkan usahanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat.
Mengambil kesempatan ZAM bercuti di luar negara, Anwar menggunakan rakan-rakan dalam Utusan untuk melaporkan berita palsu kononnya Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad menolak diwawancara di dalam bahasa Melayu oleh televisyen Indonesia semasa Persidangan NAM.
Ini mewujudkan polemik besar ketika itu sehingga meleret kepada isu iklan dalam bahasa Inggeris dan lain-lain isu bahasa. Dr. Mahathir sendiri menulis menjawab tuduhan Utusan tersebut.
Anwar menjadi gergaji mata dua. Selain mengenakan ZAM, beliau juga menggunakan kekuatan politiknya untuk memuji Dr. Mahathir dan mendesak Ketua Pengarang Utusan ditukar kerana gagal mengawal akhbarnya dengan baik dalam isu bahasa Melayu ketika itu. Dr. Mahathir percaya, akhirnya ZAM dsingkirkan melalui kenaikan pangkat. Anwar diberi peluang mencari Ketua Pengarang baru.
Jika Anwar percaya kepada kebebasan akhbar tentulah beliau melantik Timbalan Ketua Pengarang ketika itu untuk menjadi Ketua Pengarang. Sebaliknya ini tidak berlaku. Anwar membawa masuk rakan baiknya Johan Jaaffar yang tiada pengalaman dalam bidang kewartawan untuk menjadi Ketua Pengarang yang baru.
Johan pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ditawarkan gaji dan keisttimewaan yang jauh lebih besar daripada mana-mana Ketua Pengarang Utusan sebelum ini.
Anwar juga tidak dapat menerima kebebasan yang dinikmati oleh Datuk A. Kadir Jasin di Kumpulan The New Straits Times Press. Sebagai Ketua Pengarang Kumpulan, Kadir sekali sekala melemparkan pandangan dan kritikan kepada Anwar. Ini menimbulkan kemarahan Anwar. Anwar kemudian merencanakan perubahan struktur NSTP sehingga mengasingkan akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu. Ini bertujuan mengurangkan kuasa dan pengaruh Kadir Jasin dalam akhbar tersebut.
Selepas pengasingan tersebut Anwar menempatkan penyokong kuatnya, Datuk Ahmad Nazri Abdullah sebagai Ketua Pengarang Berita Harian dan penerbitan berbahasa Melayu NSTP.
Kadir masih menulis dalam Berita Harian menggunakan nama Kunta Kinte dalam ruangan “Biar Putih Tulang.” Namun apabila Kadir mengkritik satu polisi Anwar,ruangan beliau terus diarahkan tamat oleh Ahmad Nazri.
Banyak lagi contoh kebebasan media ala Anwar bin Ibrahim. Namun cukuplah untuk mengatakan bahawa sejak dahulu sehingga hari ini kebebasan media pada Anwar ialah Media bebas mengkritik sesiapa sahaja kecuali beliau.
Reply
BERITA TERKINI.
===============
Kebebasan media pada Anwar ialah Media bebas mengkritik sesiapa sahaja kecuali beliau.
—————————————————————————————

zdy_pif Reply:
May 6th, 2009 at 8:50 pm
kurang kurangnya dia leh jugak minta maaf kat guan Eng..reti juga nak minta maaf..maknanya leh di tegur la tu…makkalihamput…yg hang tu dok melalut kebenda..JALAN DA!
Reply
hidup DSAI takbir
Reply
DSAI pasti yang terbaik. takbir!!!!!!
Reply
DSAI pasti best takbir!!!!
Reply
hidup DSAI lawan tetap lawan.
Reply
Assalamualaikum, terlebih dahulu ribuan maaf buat Dato sri Anwar Ibrahim, keluarga serta semua penyokong2 dato, andai nanti terasa dengan kata-kata saya. Maafkan saya. Saya ialah seorang hamba rakyat yang tidak lah seadanya, yang jahil, fakir, daif, hina dan miskin dalam semua perkara, tidak seperti dato,orang-orang dato, waima orang-orang barisan sekali pun.Saya tidak tahu apa2 pengalaman ISA, di dewan parlimen dan rakyat, bersalam dengan YB, dan sebagainya. Saya hanya memikirkan politik anak dan isteri saya sahaja yang paling penting, kerusi itu yang perlu saya pertahankan.Kerana begini lah suratan hidup saya sehari-hari sudah tersurat. Saya telah serahkan tugas politik saya pada 2 kali pangkah. adun dan parlimen…. Saya hanya seorang hamba rakyat yg duduk ditengah2 kelompok sang kelembai yang sedang sibuk kononnya berjuang, bercakaran dan sebagainya atas nama demokrasi, keadilan, tempat, kerusi, jawatan tertinggi, kuasa, dan sebagainya. Setiap hari saya mendengar dan diracuni segenap media dari setiap sudut deria saya,berbagai cerita kononnya dikatakan baik, terpuji, terbilang, tohmahan, fitnah,dan sebagainya. Dari kedua-dua belah pihak, pembangkang dan penyokong. Sampai tak tahu mana yang betul. Saya bukan ada hak dan kudrat untuk pergi mendapatkan bukti sahih atau tudak. Saya hamba rakyat yang perlu mencari rezeki untuk anak isteri, perasapkan dapur, saya hanya mampu menunggu, angin mana yang kuat, monsun timur lautkah, monsun barat dayakah, maka angin itulah yang menolak saya.Orang gelar org seperti saya ini atas pagar……… Kalau sebut pasal media, media apapunjenisnya…Media mana yang dato katakan tidak bebas, dikonkong dan sebagainya… Semua media pro kepada kepentingannya jika sesuatu niat dan mesej itu adalah atas dasar dan berorientasikan politik seseorang. Atas nama politik tidak mungkin maklumat itu akan pasti tepat. Semua maklumat pasti berkepentingan.Lihat saja suara dato sendiri di atas, mesejnya baik sekali, tetapi akhirnya… berbau juga kentut politik. Demi politik segalanya mungkin dan bisa, tidak kira siapa. Saya sendiri contoh nya.. peminat Harakah, juga peminat Berita Harian… Tetapi bila fokus saya kepada Ilmu, dua2 media tersebut menenangkan saya, memberi jutaan manafaat untuk hidup, Namun bila fokus saya lari kepada politik mulalah otak saya berserabut…….Apapun kesimpulan saya Politik itu baik demi negara dan bangsa,tetapi pelaku2 politik itu menjijikkan politik.
Reply
Apakah bezanya Utusan Malaysia yang mewakili Umno dengan Harakah milik Pas, Suara Keadilan milik PKR dan Rocket milik DAP?
Reply
Apa ni KPDN! Jangan halang maklumat dari tersebar ke minda umat..
Kebenaran umpama air yg mengalir..lagi disekat semakin kuat ia merempuh halangan..
kahkah.. tak boleh…memang tak boleh nak buat apa-apa lagi. Mereka akan rasa!
Reply
KEPADA SESIAPA YANG JADI PENGUASA, JANGAN KONGKONG RAKYAT JELATA DENGAN BERITA YANG TIDAK BENAR. IKHLAS DAN TELUS YANG KITA HENDAK. BEGITU JUGA PELAKSANA, GUNAKAN LAH FIKIRAN YANG WARAS SEWAKTU BERTINDAK, MESTI ADIL DAN SAKSAMA. BEGITU JUGA PEMBERITA, JANGAN TERLALU MENGIKUT TELUNJUK SESUATU PIHAK SAJA, PEMBERITA KENA ADIL, JANGAN RAKYAT MEMANGGIL PEMBERITA BARUA HARAMJADAH SUDAHLAH!
Reply
Kalau betul apa yang di paparkan di atas di tulis oleh orang lain atau pekebun kecil.maka betullah apa yang beliau kata. tapi wahai pekebun kecil.kita wajar menyokong keadilan tetapi jangan kita percaya terhadap mana-mana pemimpin politik tak kira kerajaan atau pembangkang. yang layak boleh di percayai .tetapi pada saya yang telah lulus ujian layak hanya tuan guru dato nik aziz je.yg lain tak payah.
Dalam keadilan paham sendiri la. bukan nak megah bukan nak belagak, siapa pemimpin keadilan yang dari mula reformasi tidak kenal jamilkucing.pasti semua kenal.dsai,dswa,zulkifli nordin,saifuddin,azmin,tian chua, gobala krishnan ,raja komando,xavier,banyak lagi la.kalau nak cerita.tapi itu dulu waktu tak jadi ahli parlimen dan waktu dsai tak ada. tapi sekarang dah jadi yb.lain.
Dah jadi yb , call tak jawab.antar email tak balas, jamil antar atau call pun bukan nak minta jawatan,nak minta wang hanya sekadar nak ucapkan tahniah,tanya kabar. tapi tak apalah. sekarang mereka yb.pemimpin hanya perlukan penyokong bila mereka kesusahan,tetapi bila dah bergelar yb pergi mampos lah dengan penyokong.
Pmimpin hanya akan bertemnu rakyat kalau mereka dalam kesusahana. memang mereka ikhlas bertemu.tapi bila mereka senang seboleh-bolehnya mereka tak ingin bertemu.kalau bertemu bersalam senyum .itu semua hanya lakonan sahaja. itulah pemimpin politik.mereka tak layak di panggil pemimpin dan tak layak di buat kawan.
Reply
laaaaaaaaaaa DSAI nie cakap tak serupa bikin ….. dalam blog nih jer banyak kena blok
pirahhhhhhhhhhhh bab menguntungkan dia siar kalau tak blok jer … ini di namakan kebebasan?
Reply
Tapi utusan korang haramkan plak…ckp je pandai…nlah la anwar ckp mcm biawak berbelit2
Reply
WaLeH Reply:
May 6th, 2009 at 1:48 pm
Assalammualaikum..
ekekekeke..
bagus.. Ni aku sertakan bukti untuk sokong ko..
Boikot UTUSAN..
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=340133
Boikot NST..
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=399918
Wow!!! Hanya akhbar yang Memuji.. Memuja.. Dan Mendokong Pemimpin ‘MAKSUM’ PR sahaja bebas bersuara..
DEMOKRASI betullah DSAI nih.. Tahniah.. Tahniah..
Ni saranan DSAI untuk BOIKOT Utusan..
http://anwaribrahimblog.com/2008/05/30/boikot-utusan-mingguan-malaysia/
http://anwaribrahimblog.com/2008/03/26/pulaukan-utusan-malaysia-dan-tv3/
Hohoho.. BELUM JADI PM tuh.. Mahunya kalau jd PM.. Bloggers yang ‘MENCUIT’ hati DSAI pon dah
diboikot oleh ‘KERAJAAN’ DSAI kan.. Ntah-ntah KOMEN ja pon dah leh diBOIKOT..
WOW!!!
TAHNIAH DSAI..!!!
Hidup DSAI!!! HIDUP DSAI!!! (Kena angkat skit DSAI.. Kang komen nih xdipapar lak.. ;-) )
Wassalam..
Reply
kebebasan akhbar konon …. dalam blog nie je banyak tapisan … pirahhhh cakap tak serupa bikin
Reply
? Reply:
May 8th, 2009 at 12:38 am
penulisan fitnah tanpa bukti mmg x layak tersiar di sini.. bahlol! kalo betol sgt tulis la kat blog sendiri, bgtau kawan bole sama menyemak di sana.. badigol oii!
Reply
BN busuk
BN BUSUK
Reply
salam utk semua;
sebelum hendak perjuangkan tentang media dan kebebasan baiklah selesaikan kemelut
yang sedang melanda akhbar sndiri iaitu Suara Keadilan.
kerakusan pengarang Suara keadilan dan pengurusan oleh Pengurus yang tidak cerdik serta
diperalatkan oleh sesaorang yang bernafsu besar dan mempolitikkan akhbar Suara Keadilan
hendaklah ditanggani dahulu dan disegerakan barulah tertegak keadilan yang sebenar.
janganlah diam seribu bshasa dan bekas ketua penerangan tian chua yang mempunyai akses kepada
syarikat SK Publication SB yang mengendalikan akhbar tersebut pun tidak mampu membuat tindakan dan perubahan kerana takut kepada ketua pengarang ala mamak itu.
SILA SIASAT DAN “SELCAT” APA YANG BERLAKU DARI DULU SAMPAI SEKARANG
JANGAN SAMPAI TERBURAI DEKAT LUAR BARU HENDAK SIBUK DAN MENYESAL.
berani kerana benar dan takut kerana salah, jangan tunding jari kepada najib sahaja dalam
kes altantuya tetapi tunding jari juga kepada sifat zalim dan mahafiraun dalam Suara keadilan sendiri.
kalau tidak berani juga kerana sibuk dan anggap remeh temeh maka jangan salahkan kami kerana
pergi hebohkan kepada akhbar perdana lain.
harap maklum, t.k
Reply
akum, astopirollah halazim, wahai saudara seagama dan sebangsa melayu sekelian, bertaubatlah dan marilah bersatu untuk meletakkan bangsa melayu diatas sekali. wassalam
Reply