Jadual semalam padat dengan acara yang disusun oleh Bahagian Permatang Pauh. Setibanya di Yayasan Aman saya terus mempengerusikan majlis dialog dengan ahli jawatankuasa, wanita dan angkatan muda Keadilan sekaligus merasmikan majlis penutupan kursus pilihanraya DUN Penanti.
Kemudiannya saya menunaikan solat maghrib di masjid kuala mengkuang. Kesempatan yang diberi jemaah untuk menyampaikan tazkirah, saya himbau kupasan ulama seumpama almarhum syeikh muhammad al ghazali dan ulama muktabar lainnya berhubung pengertian “Deen” dengan pembentukan akhlak peribadi yang kemudiannya memberi kesan kepada urusan kenegaraan. Saya tegaskan pemahaman tepat sekaligus amalan yang berlandaskan kemantapan ilmu pasti membuahkan natijah baik buat masyarakat.
Solat isyak pula saya tunaikan bersama jemaah masjid tuan abdullah di tanah liat. Saya ungkapkan kembali intipati tazkirah sebelumnya manakala penekanan diberi akan pentingnya peranan ilmu di dalam membezakan di antara yang hak dan yang batil. Kedangkalan dan kekeliruan berleluasa lalu meresap di kalangan mereka yang menolak peranan deen ini akhirnya mengikis sikap kemanusiaan serta menyebabkan kezaliman berlaku.
Penelitian khusus perkataan deen itu mengandungi beberapa makna seperti adab, penyerahan, rasa berhutang dan pembinaan tamadun. Oleh itu menjadi keutamaan buat umat meluruskan kembali pemahaman perihal pesan yang terkandung dalam perkataan deen ini apatah lagi sebagaimana yang pernah di nukilkan oleh syed naguib al attas betapa risalah deen yang disampaikan secara bil hikmah inilah yang merubah pandang dunia atau welstanchaaung umat melayu.
Seusainya majlis tazkirah, acara berikutnya ialah majlis pembukaan pusat khidmat sungai semambu dan berakhir dengan ceramah di pentas AMK di Yayasan Aman Penanti.
ANWAR IBRAHIM























syabas Ds…. semoga ia dapat membuka hati mana2… pemimpin ameno…
Reply
Pengisian dalaman diri dengan Ad-Deen yang membentuk kita membawak ke pembentukan tamadun.
Tidak kira di mana kita ada, di pihak mana, wadah mana, pendirian kita mesti terus di atas landasan ugama.
Walau kita berbeza ugama bangsa pun, namun ada nilai akhlak Islam di kalangan teman bukan Islam kita.
Dan atas nilai itu kita berpadu membawak perubahan ke arah kebaikan. Insya-Allah.
Salam.
Reply
ILHAM Reply:
May 7th, 2009 at 11:47 am
1. BERITA TERKINI
==============
TAJUK : A PRELUDE TO 21 – 24.07. 2009 AND PRELUDE TO SUNGAI BULOH
=================================================================
TIBA NYA 21.07.2009, ANWAR AKAN GUNAKAN ALASAN SAKIT PINGGANG INI UNTUK MENDAPAT KAN SIMPATI MASYARAKAT MALAYSIA DAN ANTARABANGSA APA BILA DIA BI-BICARAKAN NANTI ATAS TUDUHAN LIWAT.
DIA AKAN GUNAKAN GAMBAR SERTA BERITA-BERITA INI UNTUK MEMPERPANJANGKAN PERBICARAAN KES LIWAT INI.
DIA AKAN BERMOHON KEPADA MAHKAMAH UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MAHKAMAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI-GERMAN DAN LAIN LAIN LAGI ALASAN.
INI JUGA AKAN DI-GUNAKAN SEBAGAI ALASAN YANG DIA TIDAK BOLEH TIDUR DI-ATAS LANTAI APABILA DI-MASUKAN KE PENJARA KELAK DAN AKAN MINTA PIHAK PENJARA UNTUK MENYEDIAKAN DIA KATIL DAN TILAM YANG EMPUK BUAT DIA SAJA.
BUKAN ITU SAJA, DIA AKAN MEMOHON PADA PIHAK PENJARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SUSUSLAN KE-GERMAN KERAN SAKIT LAMA KEMBALI LAGI DAN MEMINTA BANTUAN “KRONI”
DIA DI LUAR NEGARA UNTUK MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA AGAR MEMENUHI PERMINTAAN ANWAR ATAS DASAR PERIKEMANUSIAAN.
SI-PEMBOHONG INI INGAT ORANG TAK DAPAT BACA DIA PUNYA PERANCANGAN LICIK INI.
TAK PERCAYA KITA TUNGGU DAN LIHAT WAYANG INI PADA 01.07.2009 – 24.07.2009.
24.07.2009, ENGKAU AKAN DI-CAMPAKAN KE DALAM SUNGAI BULOH BUAT SUATU WAKTU YANG PANJANG DAN KETIKA ITU ENGKAU AKAN DI-NYAH DAN DI-KUTUK OLEH AHLI KELUARGA ENGAKU SENDIRI KERAN MEMBAWA AIB PADA ANAK ISTERI ENGKAU.
PADAN MUKA ENGKAU BINATANG.
Reply
SAYA SOKONG 100% KENYATAAN DSAI TENTANG AD-DEEN SEBAGAI ASAS PEMBINAAN PERIBADI DAN TAMADUN.
PANDUAN HIDUP YANG SEMPURNA LAHIR DARI TUHAN YANG MAHA SEMPURNA. MAKA, TIDAK ADA CACAT DAN CELANYA. MELAINKAN KITA YANG SELALU LUPA MENGAMALKANNYA.LALU, DIRI SENDIRI YANG BAKAL RUGI.
CUMA SATU CADANGAN SAYA, CARILAH GURU YANG BENAR2 BERAMANAH UNTUK MEMIMPIN KE JALAN YANG SEMPURNA ATAU JALAN YANG MEMBAWA KEJAYAAN DAN KEMERDEKAAN YANG SEBENAR.JIKA TIDAK, KITA AKAN SYOK SENDIRI !. RASA DIRI DAH BETUL TETAPI GELONG ! KERETA YANG GELONG TAYARNYA, MUDAH MASUK GAUNG. JADI, PERLU CARI GURU YANG AMANAH.
TANDA GURU AMANAH, MEREKA TIDAK TAKUT KEPADA MAKHLUK TAPI TAKUT KEPADA TUHAN SAHAJA !ADA ! JANGAN MALAS CARI JE SYARATNYE…
SELAMAT MENCUBA !
Reply
nak tanya sikit ler, kenapa saudar annuar tak mahu bersumpah laknat jika saudar tak melaku kan kerja terkutuk bersama saiful tu, klu tak buat secara jantan lah bersumpah. kenapa asik meminta simpati aje kerja saudara. kan lebih baik bersumpah aje. satu lagi, kenapa klu keputusan mahkamah tidak menyebelahi saudara dan rakan seperjuangan saudara, mesti saudara kata tak adil, sebalik nya klu keputusan itu sebelah saudara ada lak cerita lain, kenapa buat rakyat ni keliru, tapi kami semua tahu itu lah kerja pembangkang, asyik berpolitiking aje, jln kan lah amanah yg di pertanggong jwb kan, bila nak buat kerja seperti manifesto anda. cukup2 lah tu saudara, perjuangan saudara dah terpesong jauh ni. kembali lah ke jln asal semula.
Reply
JIKA BENAR UMNO BIJAK…. “KERAJAAN PERPADUAN” HARUS DI TELITI DENGAN SERIOUS.
BUANG YG BATIL… KEMBALI KEPADA YANG HAK.
APAKAN DAYA… UMNO MEMILIH UTK TUMBANG DALAM PILIHAN RAYA.
KASIHAN.
Reply
he..he..kawan2 lihat siapa yang bercerita tentang ad-deen dan penbentukan peribadi??? he..he…kelakar habis pak nuar nie..kejap berjubah…kejap bertanduk…lakonan yang sering kita lihat oleh pelakon utama dalam drama politik hari ini. Nanti dia nak market filem 16 sept kat amerika dan eropah pulak.Realitinya hanya omongan semata2 dan ditambah lagi penhayatan pelakon2 tambahan yang telah dipesongkan akidahnya.Makanya hiduplah penganut2nya dalam perjuangan yang mensia2kan hidup mereka..ha…ha..ha..teruskan lah anwar.Lakonanmu hanya diiktiraf oleh amerika dan kroni2nya.
Reply
? Reply:
May 8th, 2009 at 12:47 am
tuhan ko kan umno, jgn buat lupa lak kenyataan ko sblm ni, Tuhan2 lain x dt jatuhkan rejim umno korup! :D
Reply
Salah satu petanda akhir zaman dan kiamat ialah masunia jahil akan lantang bercerita tentang hal ehwal agama, sedangkan alim ulama diam membisu…… Terasa sangatkah kita ini betul untuk memperkatakan hal-hal agama, sedangkan terserlah seribu persoalan tentang kebodohan dan keburukan… yang masih tak terjawab dan terungkai…. Mungkin kerana kepentingan sesuatu,kita sanggup lakukan apa sahaja, demi mencapai kepentingan….
Reply
Assalamualaikum,
DSAI,
Saya tonton VCD perbahasan datuk seri di dalam parlimen dengan ahli parlimen BN & UMNO baru-baru, perbezaan hujah datuk seri dengan ahli parlimen BN ibarat langit dengan bumi, air mineral dengan air kumbahan,soalan yang di tanya oleh MP BN tiada kualiti,tidak menampakkan sebagai orang yang berilmu, kalau setakat Batu Pahat itu yang terbaik BN ada, malulah mengapa mesti mengundi BN lagi, tak relevan .
Hujah DSAI penuh dengan fakta, bernas, tidak emosi, tiada budaya menafikan dan yang paling bagus sekali sikap datuk seri yang penuh keterbukaan
Tahniah DSAI, semuga ALLAH SWT memberikan kekuatan, kesihatan yang baik, keimanan
yang tinggi untuk terus memimpin rakyat Malaysia ke jalan yang benar dan keadilan kepada semua. Semuga menjadi pemimpin No 1 negara pada pilihanraya akan datang, insyaAllah..
UMNO dulu, kini dan sehingga pilihan raya ke 13 sahaja,
Budget rangsangan RM 60 billion konon, biarlah RM 200 billion sekali pun, rakyat Malaysia bawahan sedikit pun tak dapat merasakan sedikit pun kesannya.
Budget mesra umno, dan mesra kroni,
Reply
wah dsai pakai baju putih …suci murni gitu.
Reply
Adoiiiiii….bosan….. Kita tunggu la nantiiiii…sama ada di pintu surga…. atau pintu di pintu neraka…… tengok parti mana yang banyakkkkk
Reply