Archive for April, 2009



18
Apr

Jangan Berdolak-dalih Melaksanakan Perubahan!

Di sebalik pembebasan 13 tahanan ISA tempoh hari, kita dikejutkan pula dengan pendedahan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bahawa tiga lagi ditahan sejak bulan lalu. Mangsa terbaru ialah Abdul Matin Anol Rahmat yang ditahan pada 1hb April 2009, dua hari sebelum Datuk Sri Najib menjawat jawatan Perdana Menteri. Menurut aduan GMI, ketiga-tiga mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan Jemaah Islamiah.

Saya tegaskan, kini bukanlah masanya mendendangkan halwa telinga politik. Jika mahukan perubahan, laksanakannya, jangan lagi berdolak-dalih. Pastikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan dan maklumat tidak disekat serta suara yang berbeda tidak dibungkam.

Kepada rakan-rakan sekalian, prinsip keadilan merupakan tiang paut yang boleh dikongsi bersama, walau berbeda ras, budaya dan agama. Keadilan adalah fitrah yang menyebati dalam diri setiap insan. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al A’raf ayat 29 berbunyi:

“Katakanlah Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara).”

Maka apabila kita bersatu kerana ingin menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, kita juga turut menghimpun kekuatan yang ada dalam setiap dari kita. Kekuatan inilah yang akan kita gembleng untuk melakukan perubahan yang menyeluruh.

ANWAR IBRAHIM

17
Apr

Long List Of Grouses From Businesses to Najib

From The Malaysian Insider
By Debra Chong

KLANG, April 17 – Datuk Seri Najib Razak has a whole laundry load of economic woes to sort through, if the suggestions forwarded by the ethnic Chinese business community are anything to go by.

Among the key worries brought up by the community in a closed door dialogue with the prime minister are the cost of doing business, including gas and electricity tariffs, bank financing, and double levy charges in hiring foreign workers.

Apart from the general pressure to reduce the rising crime rate, the Chinese businessmen want Najib to reduce the energy tariffs for industry users; to quicken the implementation of construction projects under the Ninth Malaysia Plan as well as those under the first and second stimulus packages; reconsider the suspension of the 0.5 per cent levy on human resource development fund; resolve cheating in cases of land transactions; encourage made in Malaysia products and services; help major league industries like the steel industry to make big investments, which they believe will help the economy recover.

The Chinese businessmen also lobbied Najib to encourage investment from China, and for the central government to work together with the states to build up industries like the pulp and paper industry in Sabah and Sarawak.

“I will bring these suggestions for the government to consider at the national economic council exco,” Najib told reporters.

The prime minister was closeted for an hour with top leaders after the opening the 63rd annual general meeting of the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM).

17
Apr

Anwar di Penanti Malam Ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di Yayasan Aman, Penanti, Pulau Pinang malam ini. Beliau berada di sana bagi memenuhi jemputan menjelaskan isu politik semasa.

Tempat: Yayasan Aman, Penanti, Pulau Pinang.

Masa: 9.00 malam

Tarikh: 17 April 2009(Hari Jumaat)

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

17
Apr

Beyond a shadow of doubt

From The Nutgraph
By Zedeck Siew

THE Pakatan Rakyat (PR)’s plan to set up special panels to “shadow” each of Datuk Seri Najib Razak’s cabinet ministries has stirred up debate over whether such a move would serve a real purpose. This arrangement appears superficially similar to the idea of an opposition shadow government that certain quarters have been clamouring for the PR to establish.

Predictably, Barisan Nasional (BN) leaders have been dismissive about the move, with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin saying it was a power-grab plan. In an editorial on 14 April titled Pembangkang terus berkhayal, Utusan Malaysia editor Zulkiflee Bakar even called it an attempt by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to “drag the people into his fantasy realm.”

Is a shadow cabinet merely the dream of a power-hungry opposition? How important is it for a mature democracy?

Continue reading ‘Beyond a shadow of doubt’

17
Apr

That dream bridge of mine

From Mysinchew.com
By Lim Mun Fah/Translated by Dominic Loh

During the Mahathir era, it spanned across the sky, making many think of it day in and day out.

During the Abdullah era, it was killed, making many feel at loss.

During the Najib era, it is resuscitated, making many gleam with excitement.

That, is the bridge in my hometown. The bridge of my dream.

This bridge, a crooked one, will span across the narrow strait, proudly overlooking Johor and Singapore on both sides.

In the artist’s rendering, it is as beautiful as the dreamy fairytale world.

Continue reading ‘That dream bridge of mine’

17
Apr

Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM!

Sumber: Penarik Beca

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kabinet perasuah. Tetapi, dengan terus terang beliau menyatakan bahawa di dalam kabinet Najib masih terdapat peribadi-peribadi yang keji (unsavoury characters) yang dituduh terlibat dengan rasuah dalam kerajaan sebelum ini.

Berikut ialah apa yang beliau tulis dalam blognya:

Unfortunately the inclusion of several unsavoury characters who had been accused of being corrupt while in the previous Government, seem to negate this desire.

Pada pandangan beliau, kewujudan beberapa sang keji itu menidakkan apa yang beliau dakwa sebagai keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah.

Continue reading ‘Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM!’

17
Apr

Peningkatan Kadar Jenayah Membimbangkan

Saya terkesan sewaktu dimaklum akan peningkatan kadar jenayah yang mendadak. Tatkala rakyat berdepan dengan kemelesetan ekonomi, ancaman jenayah dan salah laku semestinya menggugat keselamatan.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bahawa kadar jenayah ragut naik sebanyak 99% dalam tempoh empat bulan pertama berbanding tempoh untuk tahun lalu cukup mengejutkan. Ini bermakna kenaikan sebanyak 600 kes, dari 606 tahun lalu kepada 1206 kes pada tahun ini, dan ini merupakan rekod antara bulan Januari sehingga April!

Sekiranya kenaikan tersebut mengejutkan, pastinya ia membuatkan kita bingung dan kecewa. Apa tidaknya, jenayah samun berkumpulan tanpa senjata api mencatatkan kenaikan sebanyak 80.5% bersamaan 1,005 kes. Untuk tempoh empat bulan pertama tahun lepas, 1,249 kes dicatat, manakala untuk tempoh yang sama tahun ini mencatatkan 2,254 kes. Barangkali kenaikan kadar jenayah ini boleh dicatatkan sebagai satu pencapaian dalam The Malaysian Book of Records!

Seringkali kita didendang dengan jaminan keselamatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri serta institusi keselamatan, pun demikian kadar jenayah yang dicatatkan untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja jelas menunjukkan jaminan itu belum lagi sepenuhnya tertunai.

Saya percaya, seandainya keupayaan institusi keselamatan digunakan untuk memerangi jenayah sepenuhnya — dan tidak dijadikan perkakas untuk membelenggu mereka yang berlainan pendapat dengan elit penguasa — maka keamanan dan ketenteraman dalam negara pastinya dapat dipulihkan.

ANWAR IBRAHIM

16
Apr

Program Bersama Rakyat di Kuantan, Pahang

Anwar Ibrahim akan berada di Kuantan dan dijangka akan memperjelaskan isu-isu politik semasa membabitkan kepentingan rakyat dan perjuangan Pakatan Rakyat yang perlu diketahui para pendokong perjuangan oposisi.

Tarikh : 18 April 2009
Tempat : Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Pahang yang baru di Jalan Beserah berhadapan Poliklinik Beserah.

Agenda :

5.00 petang – Majlis Jamuan Bersama Rakyat
9.00 malam – Ceramah Umum Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat Pahang

Tuan-tuan dan puan-puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

16
Apr

Kenyataan Akhbar Perletakan Jawatan YB Fairus Khairuddin

16
Apr

Malaysia leader’s racial unity campaign hits snag

By Sean Yoong, Associate Press

A campaign by Malaysia’s new prime minister to promote racial harmony received a jolt after a pro-ruling party newspaper Wednesday urged the Malay majority to “rise and unite” against demands by ethnic minorities.

In a front-page article, the Utusan Malaysia daily quoted several Malay politicians and activists as saying Malays should put aside their political differences so that they can jointly resist pressure from the ethnic Chinese and Indian minorities.

Continue reading ‘Malaysia leader’s racial unity campaign hits snag’

16
Apr

Apalah Melayu Umno ni bodoh sangat!

Apalah Melayu Umno ni bodoh sangat. Tak paham lagi ke? Kayu sungguh! Nobody is anybody’s puppet here. Okay? This is called democracy, something you will never understand in a million years. And the democratic way is to rule by consensus, not by strong-arm and bully tactics a la Umno.

By Raja Petra Kamarudin

Read the piece below that was featured in the New Straits Times today. This Umno mouthpiece is tying to provoke DAP by insinuating that Lim Guan Eng is not really in charge of Penang but in fact Anwar Ibrahim is.

Continue reading ‘Apalah Melayu Umno ni bodoh sangat!’

16
Apr

Anwar Ibrahim di Australian Radio Ahad Ini

Anwar Ibrahim akan diwawancara oleh Australian Radio pada hari Ahad, 19 April 2009. Wawancara ini akan dihoskan oleh Monica Attard di dalam rancangan Sunday Profile.

11.00 AM (Waktu Malaysia) – di Radio National
7:00 PM (Waktu Malaysia) – di ABC Radio National Broadcast
 

Anda boleh ikuti temubual tersebut secara online di sini.
http://www.abc.net.au/streaming/events/sundayprofile.asx 

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM