30
Apr
09

Sekitar Program Pentas 152

daripada Laman Web Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Perjuangan menegakkan kedaulatan bahasa melayu terus mendapat tempat dalam agenda rakyat yang menghargainya. Program ini menjadi medium menentang egois kerajaan BN dan  menunjukan begitu ramai golongan rakyat terutamanya yang masih muda sungguh bersemangat untukmempertahankan bahasa ibunda mereka.

Atas dasar kesedaran itu, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) telah menganjurkan satu program iaitu Pentas 152:Amanat buat Pejuang Muda bertempat di Rumah Kelab AIC di Seksyen 16 Petaling Jaya pada 26/4/2009.

Kelab Anwar Ibrahim merasa sungguh bertuah kerana Sasterawan Negara iaitu A. Samad Said sudi untuk turut sama memberikan sokongan pada protes dan suara anak-anak muda sekaligus menyampaikan amanat beliau pada kemuncak program.
Kami juga begitu berbangga kerana mendapat sokongan padu daripada wakil-wakil GMP dan PKPIM.

Program bermula pada pukul 7.30 malam apabila orang ramai mula membanjiri perkarangan rumah kelab dan memenuhi segenap ruang di hadapan pentas. Kemudian para jemputan termasuk Vip, wakil media, artis dan juga mereka yang membuat persembahan mula mengambil tempat. Antara tokoh-tokoh budayawan yang hadir adalah penyajak terkenal, saudara Pyan Habib, saudara Rahmat Haron, Amin Iskandar@ Black, Meor, Fin Jamal, Alina dan ramai lagi.

Program yang diacarakan oleh Sheen telah membuka tirainya pada pukul 8.30 malam. Presiden Kelab Anwar Ibrahim, saudara Muhammad Shukri diberi penghormatan untuk menyampaikan kata kata aluan. Beliau turut menjelaskan visi dan misi AIC dalam memperkasakan anak muda di Malaysia serta objektif penganjuran. Tidak lupa juga pendirian AIC dalam menentang PPSMI.

Pentas diserahkan kepada wakil GMP untuk menyampaikan ucapan beliau dan kemudiannya disusuli oleh Pengarah Program iaitu saudara Zulfadzli. Beliau mengalu alukan kehadiran orang ramai yang sungguh di luar jangkaan serta penglibatan budayawan yang menyokong penganjuran julung kali program AIC tentang memartabatkan bahasa

Semangat hadirin terus dibakar apabila persembahan membuka tirainya.. Lagu-lagu didendangkan sambil diselang seli dengan sajak-sajak yang terus menggamit dan membangkitkan kesedaran serta semangat perjuangan budaya bahasa. Sokongan dan respon hadirin menambahkan lagi pengertian program yang berlangsung lebih satu jam setengah. Lebih membanggakan lagi perjalanan program semalam telah divideokan dan ditonton secara langsung menerusi web lebih 2000 orang penonton.

Akhirnya kemuncak program yang ditunggu telahpun tiba. Sasterawan Negara yang dikagumi, A. Samad Said melangkah naik ke Pentas 152 untuk menyampaikan amanat beliau kepada anak muda. Dalam amanat yang bersejarah itu, beliau begitu bersemangat mempertahankan keperkasaan bahasa melayu dan membidas golongan yang menghina bahasa.. Menurut beliau, bukan kita menolak kemajuan tetapi mengapa perlu sampai mengorbankan bahasa kita sendiri. A. Samad Said turut menyampaikan amanat beliau kepada anak anak muda supaya tidak leka dan terus peka dalam mempertahankan bahasa.

Amanat Pak Samad menerima tepukan paling gemuruh pada malam itu. Hadirin juga kelihatan begitu puas serta terbakar semangat mereka dengan amanat dan cabaran daripada Pak Samad. Sebelum malam itu berakhir, Pak Samad bersama Presiden dan Timb Presiden bergandingan melaksanakan simbolik program dengan mengoyakkan sehelai kertas putih yang bertulis “PPSMI”.

Majlis bersurai setelah sesi bergambar berlangsung lebih kurang 15 minit. Hadirin berpusu pusu mengiringi Pak Samad ke kenderaan bagi menghargai serta menghormati perjuangan seorang sasterawan yang berjuang sejak sekian lama.

Apapun, program semalam telah pun membuktikan kemahuan melaksanakan itu lebih penting daripada keupayaan. Syabas dan tahniah kepada jawatnkuasa penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Diharap intipati serta semangat program akan terus meresap ke sanubari anak-anak muda untuk lebih berani mempertahankan bahasa dan budaya mereka.

Jumpa lagi di program berikutnya, Wacana Ekonomi: “kesan ekonomi ke atas kau dan aku”.


2 Responses to “Sekitar Program Pentas 152”


  1. 1 semutar Apr 30th, 2009 at 11:53 pm

    Perjuangan menghapuskan puak taghut yang mahu melemahkan bahasa Melayu mesti diteruskan. Perjuangan menegakkan bahasa Melayu adalah perjuangan yang halal, perjuangannya seperti menjaga maruah dan martabat Islam.

    Reply

  2. 2 jo May 1st, 2009 at 12:05 pm

    ..i speak largely in english.these days,i m back in love with the malay language.if you are
    brave and believe in yourself,it doesnt matter what language you speak..it will rock!

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Fitnah 2: Percaya Atau Tidak?: Dari Zaharuddin.net Oleh Zaharuddin Abd Rahman Akhir-akhir ini di sana sini m... http://bit.ly/d73eDu
5 hours ago
anwaribrahim: Blog: Religion and Pluralism in a Divided World:  Public lecture by Anwar Ibrahim at the London School of Economic... http://bit.ly/c2yKdA
12 hours ago
anwaribrahim: London visit photos now online. See here http://bit.ly/av3cKS or here http://bit.ly/9T0tMO #fb
13 hours ago
anwaribrahim: @exAvantz Sewajarnya mereka jawab dgn fakta dan hujah.Sebaliknya ugutan dan kuasa rakus. #fb
23 hours ago

Galeri Flickr

_DSC1794_wb1 _DSC1759_wb1 _DSC1795_wb1 _DSC1775_wb1 _DSC1784_wb1 _DSC1824_wb1 _DSC1798_wb1 _DSC1833_wb1 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930