Pengumuman rasmi calon KeADILan bagi PRK DUN Penanti akan dibuat 9 malam ini di Yayasan Aman, Penanti InshaAllah.
Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng, wakil MB Kedah dan pimpinan KeADILan Negeri menyatakan komitmen untuk turut hadir.
Lewat petang semalam saya telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadhiri oleh Tuan Guru Abd Hadi Awal dan YB Lim Kit Siang. Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon KeADILan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak.
Sementara itu pimpinan Umno masih terus membelek kitab dan meneliti fakta sebelum membuat keputusan muktamad samada bertanding atau tidak. Datuk Seri Najib membayangkan bahawa Umno tidak bersedia bertanding demi menjimatkan belanja. Namun amat sukar buat beliau mengenepikan saranan Tun Dr. Mahathir untuk tetap bertarung ‘demi maruah dan tradisi Umno-BN’.
Manakala ditanya, saya sekadar menjawab, saya yakin dengan kematangan, kebijaksanaan sanak saudara dan rakan taulan saya di Penanti dan Permatang Pauh, inshaAllah.
ANWAR IBRAHIM









Kepada yang terpilih diucapkan tahniah.
Reply
SEMINAR MASADEPAN WARGA FELDA KEBANGSAAN
Merujuk kepada kecemerlangan dan kewaspadaan, Persatuan Anak FELDA Kebangsaan (ANAK) dengan rasa tanggungjawab mempelawa semua warga Peneroka FELDA untuk menyertai seminar seperti yang tertera.
Butir-butir seminar seperti berikut :
Tarikh : 3hb Mei 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Dewan Cina, Kg Abdullah, Segamat, Johor.
Perasmian : YB Dato` Ir Amiruddin Hamzah ( EXCO Kerajaan Negeri Kedah )
Kertaskerja yang akan dibentangkan :
1. Status Peneroka Dibawah Akta GSA 1960, Implikasi dan Masadepan
Oleh Tn. Hj. Suhaimi Bin Said ( Peguambela & Peguamcara / Aktivis )
2. Prosedur Permohonan Lesen MPOB & Formula Penetapan Harga
Buah Tandan Segar ( BTS )
Oleh En. Razali Bin Ithnin (Bekas Pegawai Kanan MPOB)
3. Siri Dialog dan Soal-jawab .
* Penyertaan terhad 500 peserta dan bayaran RM 10.00 / Peserta
* Sila hubungi : Sdr. Zabidie Abas ( 019-7654699 )
Pihak kami dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan semua warga Felda, Wartawan Media dan semua yang berminat untuk menyelami permasalahan Peneroka dan generasi FELDA.
Sekian terima kasih.
Mazilan Bin Aliman
Presiden ANAK
h/p : 0137130103
Reply
Moga2 calon yang ini sudah penuh bersiap sedia berkhidmat siang malam dengan hati yang ikhlas dan bijak mengendalikan masalah serta sudah ‘cukup pembelajarannya’. Kami sokong YB Fairuz menyambung pelajarannya namun diharapkan agar situasi ini takkan berulang lagi. Kami ingin calon yang boleh membela nasib rakyat dan efisyien memenuhi serta menunaikan keperluan asas dan ruang untuk kemajuan di Penanti…… at least for satu penggal hingga PRU-13…itupun lepas tu calon itu nak sambung belajar.
Terus terang kami rakyat berasa sedikit menyusahkan apabila perkara ini berlaku kepada kita. Sekali lagi kami sokong YB Fairuz menyambung pelajarannya, namun diharapkan calon akan datang… kalaulah nak sambung belajar, tolong harungi masalah dan rayuan kami untuk sepenggal ini.
Reply
SALAM,DSAI..SAYA MENDOAKAN AGAR PR MENANG DI DUN PENANTI DALAM PRK YANG AKAN DI ADAKAN TIDAK LAMA LAGI..SAYA SENTIASA MENYOKONG PERJUANGAN PR AND DATO SERI..LAWAN TETAP LAWAN!!DATO SERI JANGAN MENGAKU KALAH UTK BERDEPAN NGAN KARENAH2 BN/UMNO..
Reply
KALI NI JANGAN MAIN TANGKAP MUAT LAGI, PILIH ORANG YANG MANTAP DALAM SEGALA ASPEK KEPIMPINAN. SEPERKARA YANG SANGAT PENTING IALAH JANGAN LAYAN PROVOKASI MEDIA ATAU ELAKKAN DARI BERCAKAP SESUATU YANG MUNGKIN MUDAH DIEKSPLOITASI……PAMIRKAN BAHAWA PKR(PR)SEBAGAI PARTI PEMERINTAH.
Reply
Tahniah Dato’ Seri. Moga PR berjaya mengekalkan kerusi di Penanti. Biorlah org UMNO terjun dgn labu-labunya. Dulu masa zaman dia menang semua PRK, takde sibuk nak kata membazir duit raya laks. Sejak asyik kalah ni, mcm2 alasan plaks. YB ada masalah dia suruh letak jwtn kononnya bertanggungjwb, bila letak jwtn dia kata mainan politik & membazir wang rakyat lak. Kalo rasa membazir, tak payah masuk bertanding. appara..
Reply
assalamualaikum DSAI,
sy nk tnya ni…..DSAI jgn mrh eh…
Bile DSAI nk jd PM ni…
Sy dh xsbr ni tggu DSAI…….
SY nk join pemuda PKR….
tp sush la xytau kt mane nk dftr..
dftr ahli pun cm xdftr je…..
Ape2 pun sy doakn p/raya dun penanti ni PR mng…
DSAI,knp sejak akhir2 ni pemimpin dlm PR byk terlibat kes rasuah???
sy xpcaya dgn khbr2 angin dr media umno ni..tp ntah la…
cm fairus tu…btl ke dia ambik rasuah ????
Ape2 pun sy menyokong perjuangan DSAI dan pempmpin PR yg lain….MAKKAL SAKHTI
p/s : Dato seri,blh x sampaikan salam saya pd nurul nuha???hehe jgn mrh ye dato seri…..
Reply
Semoga mendapat restu dari Allah…takbirrr
Reply
Salam DSAI dan Sabat semua,
Pilihlah Bakal YB yang Terbaik dari yang Baik.
Sanggup memberi kommitment 100% dengan tugas, amanah dan tanggungjawab.
Calun yang BERWIBAWA, BERDISIPLIN, BERAKHLAK demi AGAMA, NEGARA dan BANGSA.
Oleh itu: LAWAN TETAP LAWAN
Reply
REFORMASI!
SAYE SEMPAT KE SANE..
TAPI JEM GILER R…
SEMPAT DENGAR DSAI DGN FAIRUS BAGI UCAPAN,,LEPAS TUH SAYE BRANGAKAT..
X SEMPAT NAK TAHU SIAPA CALONNYA..
HAHA
Reply
Kami PKR Bahagian Kuala Krau, Pahang sentiasa mendoakan kemenangan calon PKR di Penanti pada 31 Mei 2009. Suara Rakyat Suara Keramat !
Ab. Kadir Bin Abd. Manap
Ketua Penerangan
PKR Bahagian Kuala Krau,
Pahang.
Reply
Dato Seri saya harap Dato Seri pilih calon yang berwibawa dan berjiwa rakyat.Kami semua sokong calon Dato Seri.Saya sentiasa di belakang Dato Seri untk pertahankan hak rakyat.Saya Doa pkr menjadi satu organisasi yang telus..
Reply
Walau siapa pun calonnya…tetap pilih PR..PKR,PAS n DAP
Pengundi yg cintakan keadilan di bumi tercinta Malaysia..undilah Calon parti PR
Reply