24
Apr
09

Kenyataan Media Mohammad Fairus Khairuddin

KENYATAAN MEDIA

YB MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN

24 APRIL 2009

Saya dengan penuh tawaduk merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT dengan segala Keagungan dan KebesaranNya yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenaran saya.

Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan. Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya. Syukur, Alhamdulillah. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu, ahli-ahli politik serta media-media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadap saya. Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.”

Salam Perjuangan.

Yang Benar,

MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN.

NO K/P: 760702-07-5413


44 Responses to “Kenyataan Media Mohammad Fairus Khairuddin”


  1. 1 hakikat Apr 24th, 2009 at 4:33 pm

    Allah sentiasa bersam dengan orang-orang yang benar, walaupun menghadapi dugaan dan rintangan yang bertali arus. PR kenalah berhati-hati dengan gunting dalam lipatan, kerana ada sebilangan kecil yang dihantar oleh orang tertentu untuk menjadi perisik dan mencalar PR dimata rakyat.

    Reply

  2. 2 INDON BANGSA BODOH Apr 24th, 2009 at 4:36 pm

    aku dulu sayang kan ko mcm aku sayangkan ayah aku…tapi bila ko sokong DEMO…semua rasa kagum aku pada ko hilang..!!

    Reply

  3. 3 INDON BANGSA BODOH Apr 24th, 2009 at 4:38 pm

    kepada MOHAMMAD FAIRUS…tahniah atas pembebasan anda….AKU BENCI ORANG YANG SOKONG DEMO….

    Reply

  4. 4 peaceface Apr 24th, 2009 at 4:43 pm

    ambil tindakan kepada pemuda PKR pulau pinang

    ambil tindakan keatas konspirasi PKR

    berani ke?

    tentu skrip dialog ini telah
    ditulis oleh anwar sejak awal

    semua ahli PKR tak akan berani ambil tindakan
    keatas kepentingan PKR walaupun ianya satu kemungkaran
    yang nyata..

    lu pikirlah sendiri……

    Reply

  5. 5 thaqif Apr 24th, 2009 at 5:09 pm

    Syabas Fairuz,maknusia memang ada kelemahannya di sanan sini,namun keikhlasan sudara dapat mengatsi kelemahan yg ada.Sebagai penyokong PKR,saya sangat menghargai semangat saudara.Dan saya berharap saudara mendapat kebaikan akhirnya.Bagi mereka yg cuba menjatuhkan saudara,jelas betapa busuknya hati mereka.Sebagai saudara seIslam dan dalam satu wadah perjuangan,sepatutnya mereka bersama cuba memperbaiki kelemahan saudara,bukan berusaha menjatuhkan kedudukan dan marwah saudara.Segala-galanya boleh di bincang dan di perbaiki secara dalaman namun mereka memilih cara yg tidak sopan.

    Saya berharap DS Anwar juga dapat menghargai keikhlasan saudara demi kebaikan bersama.Saya juga berharap DS dapat mengambil tindakan yang sewajar nya terhadap mereka-mereka yg cuba menjatuh dan memburukan saudara dengan cara yg kotor itu.

    Reply

  6. 6 MatTop Apr 24th, 2009 at 5:28 pm

    Fairus has all the time in his side. This episode will not only strengthened and matured him politically, it will undoubtedly make him a better person.

    Expect to see Fairus in GE14. By that time he is still considered a relatively young politician at the age of 44yrs.

    Reply

  7. 7 tyco ryco Apr 24th, 2009 at 5:34 pm

    pemimpim macam ni lah yang kita mahu…

    kekal dalam perjuangan, tak mudah berpaling tadah apabila dijanjikan sesuatu oleh pihak lain..

    sentiasa menegakkan kebenaran..

    Reply

  8. 8 bullet Apr 24th, 2009 at 5:43 pm

    salam DSAI n Bloggers,

    SAYA TABIK YB

    ALLAH MAHA BESAR LAGI MAHA AGUNG

    SEMOGA YB DAN RAKAN SEPERJUANGAN GIGIH MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN

    TAKBIR!!!!!!!

    Reply

  9. 9 Shazlin Apr 24th, 2009 at 6:04 pm

    Salam sejahtere YAB DSAI,

    SPR baru-baru ini telah membuat beberapa kenyataan yang amat membimbangkan saya.
    Tetapi saya baru baca di MStar Online, di mana Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah menyatakan SPR bertindak secara professional bila mereka meneliti cadangan semua pihak (saya rasa dia merujuk kepada cadangan mereka untuk penalti RM50k untuk ADUN/RM100k untuk MP yang letak jawatan). Adakah ini yang kita panggil professional?
    sila lihat alasannya bila menjawab kritikan YB Lim Kit Siang terhadapnya http://www.mstar.com.my/variasi/pendapat/cerita.asp?file=/2009/4/24/mstar_pendapat/20090424095932&sec=mstar_pendapat

    Saya ingin mengucapkan syabas kepada Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan bila mereka menyatakan Tan Keng Liang langsung tidak berakal 3 hari lalu di Suara Keadilan.

    Bolehkan YAB DSAI beri pandangan mengenai gerak geri SPR baru ini dan nasihatkan Encik Tan untuk minta pandangan Pakatan Rakyat sebelum buat cadangan kepada SPR?

    Sekian dan salam sejahtera.

    Shazlin

    Reply

  10. 10 shah@alam Apr 24th, 2009 at 6:04 pm

    Alhamdulillah…semuanya ternyata tuduhan pihak tertentu terhadap YB tidak betul sama-sekali.cuma agak terkilan dgn tindakan pantas YB meletakkan jawatan sebagai TKM1 dan ADUN yg kini menyebabkan BN menjaja wakil rakyat PR suka-suka
    Meletak jawatan dan perlu undian semula menyebabkan habis duit rakyat.walapun pd hakikat sebenar mereka takut utk berdepan dgn ujian ini, dan mereka amat yakin akan menerima kekalahan lagi dan LAGI.walau apa pun “all the best” to you YB.

    Reply

  11. 11 MR. V.I.P Apr 24th, 2009 at 6:07 pm

    TAHNIAH SAUDARA YB FAIRUS !

    MENJELANGNYA SIANG, BERANSURLAH MALAM. KEBENARAN YANG KITA CARI DAN KEBENARAN JUGA YANG KITA HARAPKAN. MARILAH KITA JADIKAN PENGALAMAN PAHIT ITU SEBAGAI BATU LONCATAN UNTUK KITA TERUS MAJU KE HADAPAN. SESUNGGUHNYA, TIDAK SIA-SIA TUHAN JADIKAN SESUATU. BERTINDAK POSITIF SANGAT MENGUNTUNGKAN KITA BERSAMA.

    SEKURANG-KURANGNYA, KEMENANGAN YB FAIRUS MENJADI PEMANGKIN AZAM UNTUK KITA TERUS MAJU KE HADAPAN.

    Reply

  12. 12 adik manja Apr 24th, 2009 at 8:23 pm

    Alhamdulillah..Kebenaran tetap datang. Kita wajib berserah pada Allah. Saya amat berbangga dengan Saudara Mohammad Fairus kerana berani mempertahankan hak sdr.

    Langkah seterusnya bersihkan diri dari tohmahan jahat org2 tertentu. Heret mereka ke muka pengadilan.

    Reply

  13. 13 putra kinabalu Apr 24th, 2009 at 9:36 pm

    Saudara Mohammad Fairuz… perjuangan mencari dan menegakkan keadilan terbukti. Tetapi ingat saudara telah dituduh dan diaibkan…Ingat perangkap golongan tertentu yang mempermainkan isu konon saudara seolah-olah didapati bersalah. Kemudian meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti merupakan satu penganiayaan kepada pemimpin yang tidak bersalah kerana terbukti begitu. Tetapi andaikata saudara tidak meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti adakah juga keputusan serupa bahawa saudara tidak bersalah…Ada kemungkinan tuduhan itu akan kekal dan mungkin ada pihak yang hendakkan saudara dihadapkan ke mahkamah juga…Inilah realiti politik jika setiap tuduhan yang dilemparkan membekalangkan hukum Allah SWT. Justeru itu sedarlah semua, supaya bertindak sesuai dengan ajaran kebenaran. Jangan kerana tidak suka kepada golongan tertentu kama sewenang-wenang tuduhan dibuat. Jangan kerana bukan dari ideologi yang sama maka keadilan diletakkan ketepi…Ingatlah amal baik dan buruk didunia ini akan dipertanggungjawab diakhirat kelak.

    Reply

  14. 14 PKR_Indonesia Apr 24th, 2009 at 10:02 pm

    TERUSKAN PERJUANGAN DSA…LAKUKAN PERUBAHAN DALAM NEGARA TERCINTA INI. HAPUSKAN BN YANG SENTIASA MENAIKAN BARANG2 KEPERLUAN HARIAN. BN-BARANG NAIK???? APAKAH MASIH KITA MEYOKONG ORANG YANG HANYA MEMENTINGKAN KRONI2 SAHAJA. MACAM TOK UBAN DI SARAWAK MEROMPAK SECARA SAH. DIA BOLOT SEMUA KONTRAK2 KERAJAAN??? TAPI TIME ELECTION CAKAP X MENGEJAR WANG. PIRAHHHHHHHH….APAKAH TOK UBAN MASIH FIKIR KAMI DI TAHUN 70AN BOLEH DITIPU… RAKYAT SARAWAK BANGUNLAH..FIKIRLAH JALAN RAYA KITA SEMPIT HANYA BULATAN JAK BESAR APA GUNA???????? BARANG2 KEPERLUAN NAIK MELAMBUNG TINGGI KHUSUNYA DI PEDALAMAN. JABU…SAYA MASIH INGAT LAGI KATA2MU YANG AKAN MENURUNKAN HARGA BARANG2 DI SARAWAK..D MANA KATA2MU SEKARANG….TERUSKAN PERJUANGAN DSA

    CHE DET & NAJIB MONGGOLIA TAKUT COURT TAPI BERANI PEGI COURTS MAMOUTH..HA..HA

    NEW DOWN 4 MALAYSIA N SARAWAK. WE’LL FIGHT 2 D END…

    Reply

  15. 15 Mat Jambul Apr 25th, 2009 at 2:43 am

    SATU LAGI DARI RENTETAN PEMBOHONGAN DSAI YANG BERTALI ARUS TAK HENTI-HENTI. BACA AYATNYA PUN TAU DAH, INI BUKAN AYAT FAIRUS..SEBALIKNYA LIUK LENTUK BAHASA ANWAR…PEMBOHONG BESAR! PTUIH!

    Reply

  16. 16 luncai Apr 25th, 2009 at 7:21 am

    kalau tiada angin masakan pokok bergoyang…

    Reply

  17. 17 jerai Apr 25th, 2009 at 7:29 am

    Sekiranya pemimpin UMNO menekuni ayat Allah itu “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.” Pasti mereka tidak melakukan seperti mereka lakukan sekarang kerana kebathilan mereka laku ketika ini akan digantikan dengan kemusnahan UMNO.
    Semoga saudara Mohamad Fairus tabah dalam hidup dan jangan kecewa,jadikan ia sebagai rona-rona kehidupan dan begitu pihak yang melakukan mehnah dan fitnah bertaubat termasuk SPRM

    Reply

  18. 18 Dairi AMK JOHOR Apr 25th, 2009 at 8:28 am

    Mereka BN-Umno kian tersepit apabila menawarkan surat perletakkan Fairus untuk ditarik balik. Krasima Umno sebagai pembela rakyat sudah pupus. Mereka kini lebih rakus dari lanun. Kerakusan mereka ibarat orang kelaparan yang merebut-rebut cebisan makanan.

    Reply

  19. 19 Sang Kelembai Junior Apr 25th, 2009 at 9:46 am

    Tahniah buat YB Fairus. Semoga jerit-perih yang datang diambil sebagai cabaran dan ujian. Kerjaya politik anda bukanlah semestinya tamat di sini. Insya-Allah 5 tahun akan datang anda akan berpeluang menjadi wakil rakyat kembali. Tingkatkan prestasi kerja membela nasib rakyat walaupun tidak lagi bergelar YB.

    Reply

  20. 20 azli daud Apr 25th, 2009 at 10:06 am

    PRK Penanti ,umno be end di cabar letak Zahid hamidi sebagai calon.

    Reply

  21. 21 geenmiles Apr 25th, 2009 at 2:10 pm

    terserlah kebenaran! telah nampak SPRM dan SPR dipergunakan oleh BN…………sokongan rakyat utk PR akn mengingkat.Insyaallah….

    Reply

  22. 22 ooi wen kheng Apr 25th, 2009 at 5:22 pm

    Sokong DSAI sampai kiamat!

    Reply

  23. 23 Shazlin Apr 25th, 2009 at 6:17 pm

    this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in Facebook. Thank you.

    “The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent “unnecessary” elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what’s stated in Article 48(1) of the Federal Constitution.”

    http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way

    Reply

  24. 24 ha haa hooo Apr 25th, 2009 at 6:45 pm

    rasa2 SPR akan cari helah untuk tidak menjayakan PKR ini… almaklumlah… najib BN akan tewas lagi Insyaallah… kami akan terus bersama PR…. selamat maju jaya untuk saudara Fairus and PR…. way to go…. go to hell UMNO/BN…

    Reply

  25. 25 pencinta keadilan Apr 25th, 2009 at 8:23 pm

    assalamualaikum.
    Sy selaku anak jati selangor amat berharap pemimpin pakatan rakyat berjaga-jaga kerana najib dah menjadi pengerusi bn negeri selagor dan dikhuatiri org ini akan merampas kembali selangor seperti apa yg berlaku diperak.harapan supaya negeri selangor tidak dirmpas dgn rakusnya..takbir!!

    sekian

    pencinta keadilan

    Reply

  26. 26 khyruzihan Apr 25th, 2009 at 9:43 pm

    minta maaf saudara perjuangan mohammad fairus khairuddin di atas kesilapan saya yg turut mempercayai dakyah UMNO-BN yang mempergunakan media sebagai alat yg saya sendiri terpedaya seterusnya mempercayai kisah saudara tanpa usul periksa…

    kepada saudara DSAI saya juga memohon keampunan dengan segala apa yang saya ucapkan terhadap perjuangan saudara dan rakan perjuangan dalam PKR yang pastinya menegakkan keadilan…

    seribu kemaafan saya pinta… teruskan perjuangan… Insyaallah kemenangan berpihak kepada yang benar… keadilan akan ditegakkan… saya bersama rakan2 perjuangan yang lain akan terus bersama Pakatan Rakyat…

    Reply

  27. 27 awang bukag Apr 25th, 2009 at 9:55 pm

    assalamu’alaikum wbr.

    kepada sdr. Mohd. Fairuz, tahniah atas iltizam perjuangan yang tinggi.

    Saya tidak menyangka betapa penyakit fitnah-memfitnah dan hasad dengki telah meresapi PKR. Takziah kepada sdr. Mohd. Fairuz kerana telah menjadi mangsa fitnah. Saya yakin sdr. adalah orang yang mempunyai iltizam tinggi terhadap perjuangan. Mereka yang mendalangi usaha menjatuhkan sdr. tentulah amat berbesar hati dengan kejayaan yang mereka capai. Tetapi saya juga menjangkakan bahawa “usia” politik golongan ini tidak lama lagi akan berakhir. Sebaliknya jangka hayat politik sdr. pula baru saja bermula dan insyallah akan mampu bernafas lebih lama lagi. Paling menarik, sdr. juga mungkin akan “didatangi” pelbagai pihak dan tentu sekali mereka datang dengan pelbagai “hadiah” yang menarik dan lumayan. Ingatan dari saya, berhati-hatilah. Tersilap langkah, pasti akan membawa padah.

    wassalam.

    Reply

  28. 28 jantan Apr 26th, 2009 at 8:00 am

    Parti lawan berfikir apa yang sdr Fairus boleh sumbang kepada mereka untuk menjatuh PR.Pelbagai tawaran (wang,betina harta dan jawatan) akan diberikan asalkan matlamat mereka tercapai.Walaupun bercakap mereka melayu dan Islam,tetapi dalam beberapa bab mereka lupa dan tindakan mereka lebih dahsyat daripada Israel.Kalau di Perak mereka sanggup buat sesuatu yang tidak pernah berlaku di dunia.Hajat mereka akan mereka lakukan di Penang, Kedah dan Selangor setelah mereka kecewa macam-macam mereka lakukkan di Kelantan.

    Reply

    MR. V.I.P Reply:

    SAYA BERSETUJU PANDANGAN JANTAN SERTA TERIMA KASIH.

    MENYENTUH TENTANG MATLAMAT MENGHALALKAN CARA SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH SDR. JANTAN, LANGKAH PENTING BAGI KITA IALAH WASPADA DAN BERHATI-HATI DALAM SETIAP LANGKAH MENUJU KE MERCU KEJAYAAN. KEPAYAHAN MEMANG TIDAK DAPAT KITA ELAKKAN. NAMUN, KETABAHAN, JATI DIRI SERTA PIMPINAN YANG PUNYA VISI DAN MISI YANG JUJUR DAPAT MENJADI PENDORONG KE ARAH KEBAHAGIAAN YANG KITA CITA-CITAKAN BERSAMA.

    MAKA, DALAM BERHATI-HATI ITU KITA PERLU BELAJAR SERTA KENAL ANTARA KEBENARAN DAN KEPALSUAN, KEJUJURAN DAN KEPURA-PURAAN.KEBENARAN ADA TANDANYA DAN KEPALSUAN SERTA KEPURA-PURAAN JUGA ADA TANDANYA, WAHAI PARA KEKASIHKU.

    SEORANG YANG BIJAKSANA PERNAH BERGURAU : (MAAFKAN SAYA)
    KATANYA, “JIKA PENJUAL UBAT BERPENYAKIT SEDANG DIA MENJUAL UBAT MAKA, TERNYATA DIA BERDUSTA !”

    JUSTERU, KITA PERLU HATI-HATI DENGAN LAUNGAN BERSATU ! KITA MENGAJAK BERSATU SEDANGKAN DIA DAN MEREKA PUN GALAK MENGIKLANKAN PENYATUAN. MANA SATU YANG BENAR ?!

    TAMBAH GURAUAN ORANG BIJAKSANA ITU LAGI :
    “HAL BERSATU NI…PENYAMUN PUN AJAK BERSATU ! TAPI, KE MANA SUDAHNYA ?!”

    FIKIR-FIKIRKAN ADUHAI RAKAN.

    Reply

    Tengkorak Reply:

    Jantan

    Lu terus terus lah dengan andaian dan mimpi mimpi buruk kau. Orang ke bulan kau duduk lah kat situ dengan segala buruk sangka kau yang tak sudah sudah…

    Reply

  29. 29 FATIMA AZAHRA Apr 26th, 2009 at 10:27 am

    Assalammualaikum sdra Fairuz, Alhamdulillah! sdra tidak terikut-ikut arus memfitnah yang ada di sekeliling kita. Kuatkan iman dan iltizam sdra dalam arus perjuangan ini. Saya tetap percaya, kebenaran tidak boleh disembunyikan atau dihapuskan, ianya akan muncul juga kemudian hari. Difitnah dan dicaci adalah fasa paling sakit dalam perjuangan ini. Percayalah jika sdra di landasan yang betul, Allah akan merahmati sdra. Walaubagai mana pun, keberanian sdra meletak jawatan sebagai ADUN Penanti, menunjukkan sdra berjuang bukan kerana jawatan. Saya amat menghormati sdra dan ini boleh dijadikan contoh betapa ‘gentleman’ nya sdra berbanding dengan individu-individu rakus dari pihak sebelah sana. Anda masih muda, berundur bukan bererti anda kalah, kumpulkan kekuatan dan ilmu, kembali semula nanti sebagai wira. Permata tidak akan hilang sinarnya, walau diselaputi lumpur. Mohon kekuatan dari Allah, saya doakan anda sekeluarga sejahtera hidup di dunia dan di akhirat. Jangan berundur! Kembali lagi nanti, tangan-tangan perjuangan ini menadah tangan menunggu anda untuk digenggam bersama menentang kemungkaran. ALLAHUAKBAR!!!!

    Reply

  30. 30 YTMZ Apr 26th, 2009 at 11:32 am

    Salam Sdr Fairuz,

    Dibalik percaturan orang tertentu ingin menjatuhkan saudara, banyak pelajaran yang boleh kita timba dari cerita ini. Kita melihat bahawa selagi Parti itu disertai oleh ahli-ahli dari kalangan manusia, maka hasad dengki fitnah jahat ini tetap ada, kerana itu lah manusia. Cuma pelaksanaan dasar Parti sahaja yang membataskan sikap busuk ini berleluasa.

    Tentang soal tanggungjawab kepada pengundi kita, peranan yang kita berjaya mainkan sepanjang kerja kita, hebahan positif kepada kerja yang kita buat kerana tanpa hebahan, rakyat tak nampak kita bekerja. Ini semua pelajaran yang boleh kita pelajari dari kisah saudara ini.

    Saya yakin, sekembali saudara dari lanjutan pengajian saudara, dan aktif semula dalam politik dengan pendekatan yang segar, saya pasti saudara akan semakin dapat menangkis serangan-serangan liar penyokong PKR yang songsang fahamanny dan lebih bersemangat memperjuangkan prinsip Keadilan dalam wadah PKR.

    Salam Perjuangan.

    Reply

  31. 31 FREE RAHSIA JUTAWAN CBC Apr 26th, 2009 at 4:54 pm

    tahniah dan syabas kepada Suadare fairus…semoge makin mantap dan bertenage mengahdapi sgl cabaran dan dugaan…insyallah…

    REGARDS,
    -Muzri a.k.a Muyie -
    Kamrie Corporation
    6012-6656874
    add me @
    YM:- nameless_oilux
    Skype : kamriecorp

    Reply

  32. 32 hantu jerangkung Apr 26th, 2009 at 9:40 pm

    tahniah saudara ….
    telah menujukkan bagaimana sikap bermuka muka yang diamal oleh PR terutama sekali PKR telah menjadi darah daging anda sendiri.

    Saya sebagaimana terkejut apa bila anda meminta ahli tertinggi PKR untuk membersihkan nama anda setelah anda meletakkan jawatan jika tidak anda akan mendedahkan segala rahsia PKR dan sebagai nya dan setelah SPRM mengatakan tiada hubung kait anda dengan mudah berkata iya itulah perjuangan atas nama kebenaran? …. apakah anda lidah bercabang? ini jelas jelas menunjukkan sikap menghalalkan tindak tanduk yang salah dan itu lah sebenar nya PKR…

    Apabila sprm mengatakan ingin menyiasat ttg kes lembu tan sri khalid dengan lantang PKR mencemuh , dengan biadap menghadiah lembu kepada sprm . Sebab tindakan sprm tidak menyebelahi PKR jadi dengan kata kata kesat dilempar usah dari orang bawahan malah dari ketu PKR sendiri dengan lantang menghina. Kenapa keputusan sprm kali ini tidak anda pertikaikan …

    disini ingin saya lempar persoalan kepada DSAI selaku ketua atau mastermind PR

    1- DIMANA SEGALA RAHSIA / BAHAN BUKTI YANG BERKOTAK KOTAK YANG TELAH ANDA SIMPAN WAKTU ANDA DISINGKIRKAN DARI UMNO DAN KENAPA TIDAK DIDEDAHKAN SECARA UMUM?

    2- ADA KAH ANDA MEMPUNYAI BUKTI YANG JELAS MENGENAI KOMISEN YANG BERATUS JUTA TERSEBUT DAN KENAPA ANDA TIDAK DEDAHKAN SECARA UMUM?

    3- DI MANAKAN KETEGASAN ANDA SEWAKTU KARPAL SINGH DENGAN LANTANG MENGHINA ANDA? KENAPA TIADA TINDAKAN ?

    Reply

    ? Reply:

    ko ni jd hantu pon menyemak kat sini, pergi menempek kat blog najisb tuh, soklan2 ko tu semuanya dah basi, rakyat m’sia dah tau jopannya, buktinya tunggu PRK & PRU mendatang, tungguuuu…!

    Reply

  33. 33 Warga Pmtg.Pauh Apr 27th, 2009 at 1:27 am

    Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan Fairus dengan tiba-tiba dilihat sebagai ada udang di sebalik batu.

    Lebih menghairankan apabila SPRM Pulau Pinang, yang bertanggungjawab melengkapkan siasatan kes Fairus masih bingung dengan keputusan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Berdasarkan bukti SPRM P.Pinang mencadangkan Fairus didakwa.

    Ditambah dengan SPR masih berteka teki dengan keputusan untuk mengadakan PRK Penanti. Bermain tarik tali dengan masa…. Malah kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, sejurus SPRM membersihkan Fairus, bahawa Fairus boleh menarik balik surat perletakan jawatannya, ianya dilihat senada dengan Najib Razak yg tidak mahu sebolehnya PRK Penanti diadakan.

    Harus diingat, sejak bila SPRM dan SPR memihak kepada PR ? Laporan rasuah berguni2 yg dibuat oleh pimpinan PR terhadap pimpinan BN, semuanya dibakulsampahkan …. tanyalah Shamsul, tanylah Faris, tanyalah Chegu Bard,tanyalah Jonah.

    Justeru, teman2 jangan cepat melatah menuduh Fairus difitnah. Pimpinan parti lebih tahu segala-galanya.

    Justeru, jika benar Fairus bersih, mohon pimpinan parti melantik semula dia sebagai TKM dan menarik balik surat perletakan jawatannya sebagai Adun. Jika ini tidak berlaku, tentu pimpinan parti menyimpan RAHSIA BESAR Fairus, sehingga dia tidak layak memegang kedua-dua jawatan berkenaan !

    Reply

  34. 34 dol Apr 27th, 2009 at 2:47 pm

    salam perjuangan kepada drs.mohammad fairus agar dapat saudara meneruskan semangat juang saudara kepada parti pakatan rakyat yang sememamg nye untuk rakyat yang tengah dahagakan keadilan yang sempurna untuk dimasa akan datang.semoga saudara dikurniakan kerahmatan disisi illahi kerana menegakkan sesuatu yang benar

    takbir 3x

    Reply

  35. 35 penang piyau Apr 27th, 2009 at 4:22 pm

    fairus bersih?????????????
    tak didakwa tak semestinya bersih….
    adakah ali rustam bersih…
    adakah khir toyo bersih…
    khairy juga bersih…
    mereka juga terlibat dgn rasuah…
    tetapi sprm tak dakwa bukannya bererti mereka bersih….
    kenapa pengarah sprm penang enggan ulas
    kenapa pegawai sprm penang juga terkejut…
    kenapa ada pegawai sprm menghubungi fairus…bukankah ini luar biasa…dalam masa yang sama pengarah sprm (chief commissioner) Datuk seri ahmad said hamdan menafikan dakwaan fairus bersih (rujuk NST khamis 23 April)
    kalaulah anda semua tahu apa yang saya tahu dengan melihat bukti2nya…(semua 10kes, ini baru satu kes)
    pasti anda semua akan ludah mukanya….
    tak timbul soal fitnah
    tak timbul soal konspirasi…

    Reply

    ? Reply:

    ko cakap je ada bukri, kalo x boleh tunjuk kat blog nih, kat mana lg ko boleh paparkan..?!

    Reply

  36. 36 ar Apr 27th, 2009 at 11:35 pm

    Dari awal saya ingin bertanya kenapa blog ini mengapa tiada ruang untuk kami memberi komen tentang kes Elizabeth Wong bertugas kembali? Kalau org lain jadi macam itu, pelbagai tuduhan dan persepsi diberi, tetapi oleh kerana dia orang PKR semua orang tutup mulut ?!!!!
    Saya juga ada bertanya dan meminta DSAI jawab beberapa soalan tetang kewujudan kuncu-kuncunya serta betapa dia banyak berlagak sakit depan wartawan tetapi sayang sekali webmaster potong komen tersebut. Jadi sampai bila pun orang tak tahu siapa itu DSAI kerana ramai orang menyokong membuta tuli seolah-olah dia kebal. Orang lain serba tak betul tapi dia serbanya betul dan benar. Itulah hakikat dunia.
    Saya ada simpan salinan komen itu.

    Reply

  37. 37 perpo Apr 28th, 2009 at 11:31 pm

    lepas penanti , prk mana plak… elok diteruskan sampai pru13.. maklumlah untuk mengekalkan momentum sokongan…rasenyerr la…

    Reply

  38. 38 KARUTMARATBELAKE May 3rd, 2009 at 11:47 pm

    Kalau dah tau dipihak yang benar, kenapa nak letak jawatan, larisembunyi buat pa, ini bukan pejuang tulen, dulu naik YB buat buang masa rakyat pi ngundi, baru kena uji skit melatah, merajuk dah konon, pi ikut dengar cakap tokey2 tu….lawan la, dok jadi macam orang takda teloq buat pa, jadi lembu cucuk hidung kat orang lain…LU PIKIR LA SENDIRI

    Reply

  39. 39 fairus....ewwwww Jun 23rd, 2009 at 4:41 am

    Ye le tu Fairus….whatever it is that they so say…they are not very far from the truth are they. Sian your family.

    Reply

  1. 1 KERAJAAN RAKYAT » Blog Archive » Sokongan Penuh Kepada Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat Pingback on Apr 24th, 2009 at 5:41 pm

Leave a Reply




fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
7 minutes ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
11 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
14 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
18 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
19 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930