Archive for April 24th, 2009

24 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

pentas152

Pada 26 April 2009, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan satu aktiviti bagi menghayati semangat Perjuangan Bahasa Melayu bertajuk “Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda”.

Antara pengisian program tersebut ialah persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Amin Iskandar (Black) dan Rahmat Haron, wakil-wakil NGO serta wakil-wakil AIC. Berikut adalah butiran program:

Tarikh : 26 April 2009
Masa:8 malam
Tempat: Rumah Kelab AIC (Yayasan Aman PJ)
Laman Web Hebahan:
www.anwaribrahimclub.com
pentas152.blogspot.com/

Seterusnya acara kemuncak bagi Pentas 152 adalah merupakan amanat dari Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara yang merupakan Pejuang Bahasa buat sekian lamanya, termasuklah sama-sama memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Semua dijemput hadir.

Semoga usaha kecil ini mampu memberikan impak yang besar di kalangan golongan muda yang sayangkan identiti bangsa!

Acara ini akan disiarkan secara langsung di Justin tv

24 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA

YB MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN

24 APRIL 2009

Saya dengan penuh tawaduk merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT dengan segala Keagungan dan KebesaranNya yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenaran saya.

Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan. Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya. Syukur, Alhamdulillah. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu, ahli-ahli politik serta media-media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadap saya. Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.”

Salam Perjuangan.

Yang Benar,

MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN.

NO K/P: 760702-07-5413

24 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Anda boleh menatap dan membaca edisi khas Majalah August berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan klik di sini.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM