Archive for April 20th, 2009

20 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

bukit komon gold mine 020306 adnan pcKetika membenarkan permohonan perintah ‘mandamus’ (untuk memaksa) syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd., Abd Halim berkata, tindakan itu dibenarkan selepas segala saluran perundangan untuk menuntut bayaran itu telah selesai.

Syarikat berkenaan memperoleh perintah bayaran penghakiman dari Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 dan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tersebut, lapor Bernama.

(more…)

20 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 20 April 2009

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

(more…)

20 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kebelakangan ini terpampang di muka hadapan media Umno-BN yang berkemungkinan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Alasan yang diberi Datuk Sri Najib kononnya pemilihan ini akan membazirkan duit rakyat. Gesaan agar jangan membazir tidak terbatas dalam pilihanraya sahaja, seharusnya ianya juga mengambil kira kaedah kempen, sogokan wang dan cambahan projek serta pesta. Amalan rasuah, komisyen, pesta-pestaan masih ketara dalam amalan pimpinan negara. Ini wajib dihentikan segera.

Isu Mohammad Fairus dan Penanti dijelaskan sendiri oleh beliau dalam kenyataannya. Inshaallah kita akan pastikan wakil yang dipilih nanti mampu menggalas tanggungjawab termasuk kekuatan menangani masalah masyarakat Melayu dan rakyat miskin lainnya. Maka seandainya Datuk Sri Najib jujur dengan perakuannya, Umno wajar mengiktiraf hasrat rakyat Penanti dengan tidak mengemukakan calun.

Saya tidak menolak betapa pentingnya usaha membawa negara ini keluar dari kegawatan. Namun sikap hipokrit bukanlah caranya memulihkan ekonomi negara. Saya tertanya-tanya — apakah dengan memberikan komisyen berjumlah RM 510 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd. untuk pembelian kapal selam Scorpene dan pemberian tender secara tertutup projek jalur lebar berdaya laju bernilai RM 11.31 bilion tidak membazirkan wang rakyat?

ANWAR IBRAHIM