Dari peguampas.blogspot.com
Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat ( PR ) yang melompat iaitu Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) and Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga ADUN tersebut ?
Sebelum saya menjawab soalan tersebut di atas saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan yang diberikan semalam ( 9/4/2009 ) . Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut :-
1. Pada 9/4/2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang ADUN sepertimana tiga kerusi ADUN Perak tersebut kosong atau tidak.
2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang ADUN di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi ADUN tersebut .
3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi ADUN tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga ADUN tersebut adalah kekal sebagai ADUN .
Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga ADUN tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini ?
Jawapan kepada soalan di atas adalah status ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut :-
1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi DUN kosong atau tidak , Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa ( SPR atau Speaker ) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi DUN. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga ADUN tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang ?
3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) .
4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan Saman ( Semakan Kehakiman ) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil bagi ketiga-tiga DUN yang berkaitan.
5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.
6. Jika kita boleh membuat satu analogi ( qiyas ) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut :-
Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.
Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga , Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.
7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini, Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga ADUN Perak tersebut kosong atau tidak , ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang , Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan .
8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR , maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.
Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga ADUN tersebut masuk ke dalam dewan DUN.
Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga ADUN tersebut dari masuk ke dewan DUN. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.
Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga ADUN tersebut masuk ke dalam dewan DUN.
Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu UMNO menyekat kuasa V.Sivakumar – individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno.









Pewningkan kepala umno supaya kes mahkamah berlarutan. Sepandai pandai tupai melompat aknirnya jatuh ketanah jua dan tidak mustahil diantara perbicaraan mahkamah tidak ada satu pun yang akan menyebelahi pihak speaker. Biar semua artikel perundangan dikeluarkan sehingga membawa kepada kecelaruan kepada pihak kehakiman.
Reply
THIS IS A VERY SERIOUS ISSUE AND THE PUBLIC IS VERY ANGRY AND FRUSTRATED WITH THE INTERVENTION.
Reply
azidi Reply:
April 20th, 2009 at 1:19 pm
Semua pembaca bijaksana. Isu Perak akan berlanjutan sampai PRU 13. Nampaknya politician UMNO, PAS dan DAP tak ada produktiviti langsung untuk membangunkan rakyat dan negeri Perak. Masa dan wang ringgit membawa isu ke Mahkamah boleh dikatakan membazir tenaga kehakiman kerana banyak kes2 tertangguh disebabkan penyelesaian segera isu yang dibawa oleh parti politik.
Sebagai orang yang bersifat positif, saya seru semua pemimpin BN dan Pakatan Rakyat supaya menumpukan kerja membangunkan negara terutama negeri Perak yang tidak selesai isu perlantikan MB. Kalau perlu kerajaan campuran, laksanakan lah sebab Perak kedudukan pengundi 50% BN dan 50% PR. Untuk berlaku adil, jadikan kerajaan campuran supaya kerja-kerja untuk negeri dan rakyat dapat diteruskan.
Tunggulah sehingga PRU 13 sampai yang dikira masih lambat lagi. Buatlah kerja mana yang perlu dan hentikan perbalahan yang merugikan pengundi BN dan PR. Dua2 rugi sebab dua2 tak buat kerja. Renung2kan……
Reply
kie-kedah Reply:
April 21st, 2009 at 9:35 am
Salam Azidi..
Eh Kau Tak faham lagi ke?
sapa yang mula buat kacau dia la kena balik kepangkal jalan, Perak dok elok-elok dah pakatan merentah semua orang rasa ada reform, tapi sipenyamun tarbus datang buat kacau kononnya dia saja boleh perintah, lani apa macam gaji pun tak dapat. tu la akibatnya. Sesat ditengah jalan balik ke pangkal jalan, jika bertelagah dalam apa-apa perkara baliklah kepada ALLAH(ALQUEAN) dan rasul (Hadis)kalau nak hak betul..
Reply
azidi Reply:
April 20th, 2009 at 1:38 pm
Pembaca bijaksana. Jika dianalisa pergolakan politik negara bermula ialah dengan pemecatan DSAI. Betulkan? Untuk menyelesaikan kekusutan ini, jalan terbaik yang kita ada (orang Melayu) adalah menerima semula DSAI kepangkuan UMNO, PAS dan PKR diterima dalam BN. Saya jamin 100% selesai masalah dan DSAi dilantik PM ke 7, Haji Hadi PM ke 8 dan Tan Sri Muhyidin Yasin PM ke 9. Semua merasa jadi PM dan hilanglah rasa persengketaan. Renung2kan……
Reply
reformist Reply:
April 20th, 2009 at 4:25 pm
Tau tak pa …
Klu nak ikut saranan saudara Parti UMNO, PKR dan PAS harus dibubarkan terlebih dahulu! Begitu juga Parti DAP, MCA, MIC dan lain-lain parti di Malaysia agar membentuk sebuah parti perikatan berasaskan merit pemimpin!
Ini bagi membolehkan New Order bagi Malaysia yg masih lagi mengekalkan Raja Berperlembagaan!
Tapi saya musykil UMNO bersetuju dgn cadangan ini! Ye lah takkan tengah makan sedap tiba-tiba nak berhenti plak??
Persepsi negatif terhadap UMNO?
Fakta: Tun Mahathir berhenti makan tengah makan sedap.. sampai la ni tak juga berhenti-henti drpd nak makan sedap!
Tak payah lah saudara azidi nak renung2kan .. guna jer undi tu sebaikmungkin .. pilihlah mana yg ko rasa berkenan .. namun bagi ku undi ku nan satu ini tetap pada PR!!!
Reply
Salam Keadilan YAB DSAI,
Kata RAJA PETRA KAMARUDDIN di Website Malaysia kini “I call upon all Malaysians who wish to uphold the kedaulatan of the Federal Constitution of Malaysia to converge onto Ipoh on 7 May 2009 as a show of support to Nizar Jamaluddin and the Pakatan Rakyat government of Perak. Let us not allow Umno and Barisan Nasional to take the Perak government by force and through foul means. Let us, Rakyat Malaysia, storm the Bastille” Apa lagi kita tunggu mari kita ke Perak beramai-ramai, saya akan belanja semua orang air.
Reply
? Reply:
April 20th, 2009 at 3:24 pm
TAKKAN LANGGAH AYAG SAJA, BELANJA SKALI MEE REBUS RAMLI SPESEL… :D
Reply
ck@superboy Reply:
April 20th, 2009 at 5:43 pm
Salam Keadilan YAB DSAI,
Kepada ? saya bukan penyokong BE END oleh itu hanya mampu belanja air. Air chemical FRU ok? Ok. Kalau ? nak mee rebus ramli special I tak ada tapi saya ada ramli burger special tambah cheese ok?
Reply
? Reply:
April 21st, 2009 at 1:20 am
oooo.kkkkk! :D
gengis khan menengkah!
Patik si pacal hina, amat duka cita diatas pandangan Tuanku raja Nazrin, selaku anak perak patik menengkah bahawa pelita di padam gembira bila fajar suria makin cerah setelah merintasi subuh sepie! dan yang pasti senja kala akan jua kesudahanya Tuanku ini adalah hukum alam. dari petikan ini jelas ada rakyat yang masih ada rakyat tidur berpelita walau pun fajar merdeka telah 52 tahun cerah berlalu masih ada Rakyat yang kedana terutama di sabah & serawak, Pelita harus dipadamkan apa makna terik mentari kita masih berpelita? dimana silapnya yang jelas mata rakyat telah dikaburkan oleh UMNO BN sehingga rakyat tidak megenal mana siang dan mana malam UMNO BN telah meletakan rakyat sezaman Perak man yang tinggal dalam gua lengong yang yang mana hedup mereka tampa sinaran cahaya mentari cukuplah jangan di gua kan rakyat lagi kami mahukan hidup dengan penuh cahaya yang berwarna warni bukan sekadar cahaya mentari.Rakyat juga amat rindukan pelangi disiang hari bukan dimalam hari sebagai mana yang dipersembahkan oleh UMNO BN apa makna ada pelangi jika timbulnya di malam hari.ingat tuaku jangan kita randuk hukum alam kelak petir dan halilintar menjamah cerah ,sedang ketika mentari terik rambang. jangan di nafikan suara rakyat sejarah bagaikan roda zaman kegelapan telah berlalu ruang ronga untuk rakyat melihat cahaya harus dihormati tiada siapa dapat menahan terbitnya mentari ayam berkokok atau tidak mentari tetap terbit hukum alam azali ini hanya allah sahaja yang berhak bukan kita sipacal melata kita hanya hambanya.
Reply
reformist Reply:
April 20th, 2009 at 9:38 am
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun! Sembah patik harap di ampun!
Pemimpin-pemimpin Melayu telah …
Tercabut roh perjuangannya kerana gilakan duit dan kuasa!
Sultan sebagai Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan – simbol kekuatan warga – payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.
Maka atas prinsip itu hendaklah dinasihatkan pemimpin-pemimpin Melayu ini secara khususnya dan pemimpin-pemimpin Melayu yg lainnya, agar menjauhi rasuah dan perbuatan-perbuatan keji!
Sesuai dgn Firman Allah S.W.T dalam Surah Al A’raf ayat 29 berbunyi:
“Katakanlah Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara).”
Peranan Raja Berpelembagaan yang memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran.
Sesungguhnya dengan dakwaan skandal yg sangat serius melibatkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Sri Najib oleh pembangkang dan rakyat dan tidak pula tidak dijawab atau dibahas oleh Datuk Sri Najib sendiri maka ada baiknya Raja Berperlembagaan memainkan peranannya utk menasihati dan mencari jalan penyelesaian agar PM dpt membersihkan dahulu segala tohmahan agar beliau dpt menjalankan urus tadbir negara dgn lebih berkesan!
Seandainya keadaan tidak baik berlaku, Tanpa UMNO dan Datuk Sri Najib sebagai PM Malaysia, percayalah … Malaysia masih lagi dalam keadaan aman dan sejahtera dan masih boleh ditadbir urus dgn baik .. org Melayu masih lagi terbela dan kehidupan rakyat Malaysia akan lebih menjadi baik dan Raja Berperlembagaan akan sentiasa subur dan dihormati kerana Raja Berperlembagaan itu sendirilah merupakan benteng kpd org Melayu.
Patik risau, jgn sampai org Melayu itu sendiri yg menolak Raja berperlembagaan kerana dikaca mata mereka Raja Berperlembagaan cuma suka dan menyokong kepada parti-parti politik yg tertentu sahaja.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun!
Reply
haisara Reply:
April 23rd, 2009 at 11:24 pm
Setuju., Well said my friend. It is sad that some people claim that they are not blind and deaf but so is the rakyat.., we are not blind and deaf too.
Reply
SEMAK DAN HALUSI BALEK TITAH UCAPAN BAGINDA SULTAN PERAK SEMPENA HARI KEPUTRAAN BAGINDA YANG KE 81 DAN TITAH UCAPAN BAGINDA TUANKU RAJA MUDA PERAK. JELAS KEHENDAK BAGINDA BERDUA MAHUKAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK BERMUSYAWARAH DAN BERMUHASABAH DIRI CARI JALAN PENYELESAIAN KONFLIK. APA YANG KITA PERTIKAIKAN IALAH SEBELAH PIHAK SUDAH MULA KERAS KEPALA IAITU UMNO YANG SENTIASA TIDAK MAHU MENGALAH MENYEBABKAN NEGERI PERAK DIAMBANG PERBALAHAN. WALAU BAGAIMANAPUN ATAS TITAH PERINTAH TUANKU SEMUA PATUT HAYATI SEDALAM-DALAMNYA SAMAADA KEADILAN UJUD ATAU TIDAK. SEBAGAI NEGERI BIJIH TIMAH TERKENAL DIDUNIA, TUANKU SULTAN SULTAN MEMPUNYAI TANGGONG JAWAB YANG AMAT BERAT KERANA KEPENTINGAN KAUM UNTUK TIDAK MEMPERTIKAIKAN “MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI”, KONSEP PERAK YANG MEMPUNYAI RAKYAT MELAYU 50% DAN CINA INDIA DAN LAIN-LAIN 50% PATUT PERLU DIFIKIRKAN LEBIH MENDALAM, KONSEP MENAREK RAMBUT DALAM TEPONG LEBIH JELAS. DALAM KEADAAN SEKARANG, KITA TIDAK PERLU MENDABEK DADA, AKU BANYAK DUIT AKU BOLEH BELI SESIAPA PUN, DALAM PERKARA INI KITA KENA FIKIR BAHAWA DUNIA INI BULAT, KITA JADIAN ALLAH BERSIFAT BAHARU, WALAU DALAM BATU SEKALI PUN APABILA SAMPAI MASA, MAKA KITA DIPANGGIL KEMBALI KEPADA NYA, OLEH ITU PARA PELAYAR BLOG DAN SEMUANYA FIKIR-FIKIRKAN LAH!
Reply
guni setahil Reply:
April 20th, 2009 at 1:45 pm
Menang sorak kampung tergadai adalah satu yang baik, dunia hari ini mahukan kemajuan apa makna ada wang kita bekukan ini zaman money market kampung harus di perniagakan umpama wang jika di simpam tidak di cairkan maka ekonomi tidak menbiak simpam kampung pun bukan bawa kemati. dangan adanya akta tanah yang di bawa oleh UMNO ada kampung pun tiada makna. apatah lagi di tegah kota Di bandar sri permai suri cheras (Dwi Tasik) rumah mencecah awan tanah pula 99 tahun, sudahlah tuanku rakyat di kotak katikkan oleh UMNO BN.
Reply
? Reply:
April 20th, 2009 at 3:34 pm
SULTAN AZLAN DAH NYANYOK APA, SKRG BARU NAK INGAT INSTITUSI RAJA2 MALAYSIA NI APOLITICAL, MASA BUANG MB NIZAR & TERIMA MB GELAP HARAM CAP REJIM UMNO KORUP TU X PULAK TERINGATKAN ADA D.U.N SBG PENGESAHAN PERTUKARAN KERAJAAN NEGERI YG SEBETOL2NYA, JGN INGT RAKYAT PERAK AKAN LUPA PERISTIWA PENGKHIANATAN RAJA KPD RAKYAT JELATA YG SELAMA NI SETIA MEMBAYAR CUKAI UNTUK MENANGGUNG KEPERLUAN RAJA2 UTK BERMEWAH2 SEMATA2, TUNGGUUUU…! HIDUP GAMUDA! HIDUP SEMANGAT JEBAT!
Reply
Mohamad@Singa Malaysia Reply:
February 9th, 2010 at 6:26 pm
Ini hantu mana pula ini, nak mainkan isu sensitif lagikah? Agak-agaklah, orang melayu ini orang juga ada hati dan perasaan. Isu sultan jangan dibuat benda yang bukan-bukan, Sultan Perak bukan zalim, beliau adalah bekas hakim yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang undang-undang, anda ini tak tahu apa-apa jangan memandai nak tuduh itu dan ini. Lagi satu, dalam satu-satu negeri yang beraja, negeri itu adalah milik sultan, jadi jangan merapu tak tentu pasal tuduh itu dan ini, jangan sampai kena tetak sudahlah, jadi hati-hati sama, jangan sedap mulut cakap, nanti badan jadi mangsa. Bukan salah orang, salah sendiri juga, cari pasal tak bertempat.
Reply
Makamah dah jadi mukaramah !! apa nak jadi dengan perundangan malaysia kadang kadang rakyat jadi pening kepala undang undang bagaikan udang bakar sipa sahaja boleh ratah.
Reply
We PR is not at level playing field with BN.
The final result for sure will be infavor of BN on 7/5/09.
So now we can just focus on how to win the majority in next GE and form the federal govt!
PR Supporters should Never give up! The incident in Perak coup de tat will just make us become stronger and move forward!
Hidup PR!
Reply
…..berlakulah adil kerana manusia disuruh berbuat demikian.Ingat, bahawa sebagai manusia yang memegang kuasa mesti melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT.
Reply
Hak Sivakumar ada termaktub dalam akta perlembagaan. Ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Kalau nak tukar perlembagaan negara Malaysia. Buat lah betul betul melalui parliamen.
Sekiranya kuasa Speaker di ragui. Baik kita mengimbas apa yang berlaku di parliamen wilayah persekutuan. Apa nama speaker yang duduk dalam setiap sessi semasa persidangan parliamen diadakan…. Dia menggunakan kuasa nya dengan secukup nya.
Apa pula dengan lain orang yang pergi terus menghadapi Sultan tanpa pengetahuan Speaker. Ini tidak betul.
Setiap Sultan dan Agong Malaysia dihormati dan lambang kuasa Baginda adalah tanda simbolik untuk negara Malaysia sahaja. Kuasa Baginda & Sultan pun termaktub dalam perlembagaan. Tiada kurang nya.
Amat lah jelas ini ada lah Demokrasi Malaysia buat sekarang sehingga ada nya amendments di buat diParliamen dalam masa akan datang. Isu Speaker ini menimbulkan pertanyaan dari RAKYAT MALAYSIA.
Reply
saya setuju supaya isu politik yang berlaku di perak terus dijadikan tajuk utama media arus perdana yang menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. Apa yang cuba diketengahkan oleh media arus perdana ini sebenarnya adalah untuk memperkecilkan dan menghina kekuatan rakyat negeri itu. pemimpinan UMNO hanya segelintir kecil dari warga Negeri Perak dimana sebilangan besar rakyat Perak menolak mereka. Perjuangan rakyat Perak di bawah pimpinan PAKATAN RAKYAT terus menjadi juara. Perak adalah gelanggang politik sebenarnya…..
Reply
The rakyat will not buy UMNO propaganda. The wind of change is blowing. The wind of truth is prvailing. The people are fed up with what is happening. The legitimate MB of Perak is Nizar and he has won the hearts of all Malaysians. Nizar is PM material. He will soon be throned as the leader for all Malaysians.
Reply
The people want PR and not BN, so go back to the people. If they vote in BN, let it be. If they vote in PR then accept it. Lincoln said, ‘you cannot cheat all the people all the time.’
Reply
Ignoring the wishes of the rakyat will bring more hatred for BN. The people are more aware now and they want changes. BN should accept this and in the case of Perak, go back to the people. Be gentlemen. You can cheat some people some of the time but not all people at all the time.
Reply
mahkamah sendiri ultra vires.
apa nak diharapkan selagi bn ade.
bn = kerajaan zalim = tanda2 kiamat.
oleh itu bn = tanda2 kiamat
Reply
Salam keinsafan wahai blogger sekalian…
Sejak lahir lebih 30 tahun yang lalu.. saya telah berusaha memahami kandungan Perlembagaan dan prinsip keadilannya. Selama itu saya cuba membina rasa hormat dan bangga terhadap undang-undang tertinggi negara ini. Malangnya, sejak akhir-akhir ini… semakin ramai orang bijak pandai di Malaysia yang mahu menafsir undang-undang mengikut sedap mulut dan sedap hati masing-masing. Sedih dan kecewa memikirkannya…
Dalam hal kemelut politik di negeri Perak ini, saya masih dan tetap percaya pada satu-satunya penyelesaian tuntas… Pilihanraya Negeri Perlu Diadakan! Serah pada rakyat… kerana adanya rakyat, maka adalah demokrasi itu. Jika kuasa rakyat dinafikan… maka komunislah jawabnya!
Reply
alahai rakan taulan semua…u all xleh tangkap ker aper agenda BN sekarang?????cuba kaitkn 1 per 1 masalah yng timbul sejak sedekad lalu…keadaan politik skng berlarutan sebap diorang nie nk kaburkn mata masyarakat yg cepat buta dn mudah dtipu oleh media PRO KERAJAAN….BANGANG!!!!!!!!!!isu liwat yang xde kepala ekor tue da slesai ke belum???c polan tue agak2 mcm mana skrng???kes antaltulya yg mati di bom sampai hancur tulang belulang mcm mana???smua benda nie memang ada kaitan…huhuhuhu…k bgi yang ada akal mesti da bleh pk sejenak…kpala lembu mesti da xleh pk kn…k gua cau dulu…adios….idup PKR!!!!!!!!!!!!
Reply
harap pihak spr bubarkan 3dun daripada pengkhianat dun tersebut…..rakyat sendiri tak suka pengkhianat itu,harap pihak spr tentukan nasib rakyat perak dengan re-election…..tolong pertimbang harapan rakyat!!!!!!!!!!!!!!!REFORMASI!!!!!!!!!!!!!!!
Reply