13
Apr
09

Petunjuk Prestasi Ekonomi Hambar

Kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc)tahun ini menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong serta Singapura mendahului kita. Malaysia masih jauh di belakang Jepun, Taiwan dan Filipina. Kajian yang mengambil kira pandangan 1537 eksekutif korporat yang bekerja di Asia itu sudah tentu menghambat usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang mengalami kemelesetan.

Tambahan lagi angka mahupun maklumat yang boleh dijadikan rujukan prestasi ekonomi negara memperlihatkan kemungkinan yang merisaukan. Pengumuman Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bahawa jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang di bawah kendaliannya jatuh sebanyak 9.2% menjadikan hanya 3.274 juta penumpang pada Febuari 2009 berbanding 3.606 juta pada bulan Febuari tahun lepas.

Berulang kali saya ungkapkan manakala pentingnya jumlah dana utk ransangan ekonomi, memulihkan keyakinan umum termasuk komuniti pembentuk pendapat adalah ciri penting yang tidak boleh diketepikan ketika berhadapan dengan kegawatan kewangan. Komentar para pakar ekonomi menunjukkan pemantapan permintaan domestik memainkan peranan penting, dan ini tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi.

ANWAR IBRAHIM


15 Responses to “Petunjuk Prestasi Ekonomi Hambar”


  1. 1 anak sabah Apr 13th, 2009 at 7:42 am

    sekiranya petunjuk prestasi itu tak akan berubah dalam masa yang genting ini, maka bertambah merundum pendapatan rakyat.tak nampak kerajaan bersungguh sungguh menangani masalah ini. hanya fikir memantapkan parti yang dah tak relevan d hati rakyat malaysia.

    Reply

    awang bukag Reply:

    assalamu’alaikum wbr.
    PEKEJ RANGSANGAN RM90 BILION – DASAR FISKAL YANG KURANG MEYAKINKAN

    Pekej Rangsangan Ekonomi RM90 bilion yang diumumkan kerajaan masih belum menampakkan sebarang tanda pemulihan ekonomi domestik seperti yang diharap-harapkan oleh semua pihak. Pada pendapat saya, mekanisme rangsangan ekonomi tidak hanya bergantung semata-mata kepada pekej kewangan yang ditawarkan pihak kerajaan. Masih ada faktor lain yang turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Kestabilan politik dan keutuhan sesebuah kerajaan adalah antara faktor penting yang menggalakkan pertumbuhan. Situasi politik tanah air mutakhir ini mungkin menjadi penyebab kepada kelembapan ekonomi. Keyakinan golongan pelabur masih belum dapat dipulihkan. Saya masih ragu, bagaimana pengapungan bon bernilai RM60 bilion yang diumum oleh BNM mampu menampung biaya pekej ekonomi RM90 bilion yang diumumkan kerajaan? Sudahkan jumlah RM60 bilion itu habis dilanggani pelabur? Dan pelabur manakah yang sanggup menanggung risiko pelaburan dalam situasi ekonomi sekarang yang nyata kurang meyakinkan? Apungan bon dan janji pulangan tetap dari pelaburan belum tentu dapat memikat hati para pelabur. Dan yang terbaharu, ada berita yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengungumkan Pekej Rangsangan Ketiga yang berjumlan RM60 bilion. Nampaknya kebijaksanaan perancangan pekej RM90 bilion yang masih belum tuntas itu ditambah pula dengan pekej rangsangan ketiga yang bakal diumumkan, jelas menunjukkan negara tidak mempunyai dasar fiskal yang meyakinkan. wassalam.

    Reply

  2. 2 kampar Apr 13th, 2009 at 10:07 am

    Kat dalam kabinet kan PR pun dah ramai, ada dengar tak diorang bagi idea bernas dalam memantapkan ekonomi negara di saat kegawatan ni. Asyik tak puas hati dengan dasar kerajaan ada le…Cerita macam Malaysia je yang kena krisis ekonomi…..walhal banyak lagi negara yang semakin teruk…. ekonomi singapura pun semakin menguncup walaupun dah bermacam-macam jenis rangsangan dibuat oleh ahli-ahli ekonomi mereka yang sememangnya lebih bijak daripada pakar ekonomi di Malaysia. Thailand pula semakin kucar-kacir sampai darurat sana sini. Bersyukur le kita berada di bumi bertuah ni.

    Reply

    gengis khan Reply:

    Hidup tidak boleh bergantung kepada Tuah hukumnya haram!!, tuah sama juga dengan telek nasib, sebagai contoh ada tanda atau tahi lalat di bahagian tertentu diangap Tuah!!, apa tanda malaysia. ini bumi bertuah di mana tanda nya??? sila tunjukkan? kalau setakat kabinet dapur yang ada ini masih belum meyakinkan PM sendiri pun tak yakin sampai di kasi KPI selama 6 Bulan. jadi dimana tuah nya haram yang you perkatakan itu? kadang kadang “dahi luas” itu dikata tuah!! telinga besar pun dikata tuah,bibir merah di kata tuah, suami tinggi isteri rendah pun orang melayu kata tuah, orang melayu ini cukup kaya tuah termasuk tuah hang tuah pun tak juga bertuah kehilangan kawan.cukuplah kampar buang kan telekan kamu jangan percaya fung sui tersebut haram di sisi agama. tak caya tanya Jamil khir pak menteri baru kita.

    Reply

    Hajjah Maimon Hashim Reply:

    gengis khan, saya sokong pendapat awak.

    Reply

    al ghazali Reply:

    Salaam Sdr Kampar,

    Bersyukur memang kena bersyukur akan tetapi janganlah menggadai negara! Apabila PR memberi kritikan juga cadangan bernas Pakatan Rakyat dituduh tidak bersyukur lah dan menggadai negara lah. Akan tetapi negara gawat selain dari masalah ekonomi sejagat, ianya juga berkaitan dengan pengurusan ekonomi negara yang parah. Ketirisan, rasuah dan tidak bertanggungjawab sedang membarah dalam negara. Bayangkan lah seorang pm negara masih belum menjawab segala tuduhan pembelian scorpene, eurocopter dan tender 11 billion untuk projek jalur lebar. Apabila PR mahu membincangkan hal ini dalam parlimen, speaker mengatakan ianya tidak mendesak dan bukan berkepentingan umum. Jika dana awam, wang rakyat digunakan utk projek seperti ini bukan dianggap berkepentingan umum, saya pun tak tahulah apa yang berkepentingan umumnya?

    Dan memang ekonomi singapura menguncup akan tetapi kesediaan mengaku dengan awal bahawa negara itu akan mengalami kemelesetan itulah yang akan membantu negara tersebut keluar dengan lebih cepat dari kegawatan ini. Malah Ho CHing isteri pm singapura sanggup untuk meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Temasek Holdings bagi menyuntik tenaga muda yang lebih imajinatif untuk merombak pengurusan Temasek. Apa yang kita lihat pada nazir adik najib? Nampaknya nazir adik najib ceo cimb tidak akan letak jawatan walaupun ramai pekerja cimb akan kehilangan pekerjaan di atas nama cuti tanpa gaji. Nazir mncadangkan 36 000 pekerjanya bercuti tanpa gaji selama 6 bulan! Ini membuktikan nazir dan najib sama-sama tidak berupaya dan berdaya saing untuk memimpin negara ini.

    Tambahan lagi najib selaku menteri kewangan sering mengatakan negara tidak akan mengalami kemelesetan…akhirnya ekonomi meleset. Ini tidak betul, pengurusan ekonomi mesti telus dan bertanggungjawab. Bukan saya mengatakan PR tanpa masalah, akan tetapi nampak komitmen untuk melawan rasuah dan membasmi kemiskinan. PR juga sudah membentangkan rekomendasi belanjawan alternatif dan saya melihat belanjawan 2009 pak lah banyak mencedok saranan PR…namun pak lah sekurang-kurangnya sudah membentangkan belanjawan, najib? Dengan hanya pakej ransangan bernilai 15billion (dari segi dana yang boleh dibelanjakan)negara pasti tidak mampu keluar dari kemelesetan.

    Saya menyarankan saudara meluangkan masa membaca fakta yang sebenar bukannya tuduh sebarangan bahawa PR belumpun lagi membentangkan dasar menyelamatkan ekonomi. Bacalah ucapan DSAI membahaskan pakej ransangan najib, berhubung mengatasi masalah psikologi apabila berhadapan dengan kegawatan. Dan ini DSAI nukilkan selepas mengamati pembincangan amartya sen yang mendapat ilham dari mendiang ahli ekonomi terkenal Arthur Cecil Pigou.

    Reply

    Mohd Suhaimi Bin Aziz Reply:

    Masalahnya kerajaan tidak mahu mendengar cadangan bernas daripada Pakatan Rakyat….. Apa guna pakej ransangan sampai RM 1 trilion sekalipun kalau dasar rasuah masih bermaharajalela, bailout kepada syarikat-syarikat kroni yang menteri ada kepentingan didahulukan, pengagihan projek kerajaan kepada ketua-ketua bahagian umno diutamakan, dasar penindasan terhadap rakyat masih menggila di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, sistem kehakiman dikawal selia pemimpin negara, polis diperkuda untuk menjaga kepentingan dan survival parti pemerintah dan banyak lagi…..

    Dalam sistem ekonomi lestari, paksi kepada ekonomi harus diperkasakan sebelum pakej ransangan dapat dijayakan. Jangan bandingkan negara kita dengan Singapura kerana hasil pendapatan Kerajaan Malaysia adalah melebihi RM300 bilion setahun. Sekiranya dasar ketelusan, kawal selia dan perlaksanaan berhemah diutamakan, maka jumlah pendapatan kerajaan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk pertumbuhan ekonomi secara komprehensif bukannya secara kolektif seperti yang diamalkan oleh kerajaan umno/bn sekarang ini dimana yang kaya semakin kaya dan yang miskin menjadi papa!!!!!!

    Kerajaan tidak mempunyai dasar dan perancangan yang jelas serta konkrit dalam meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia dalam semua sektor sehingga pendapatan rakyat masih kekal seperti sepuluh tahun yang lepas disebabkan kegagalan kerajaan mengawal kadar inflasi negara. Ini bermaksud pendapatan rakyat tidak dapat digunakan untuk menyimpan untuk persediaan sekiranya berlaku krisis ekonomi. Kerajaan tidak pernah belajar daripada krisis 97/98 dalam menyediakan contingency plan untuk membantu rakyat!!!!!

    Rakyat sudah lama bersyukur tetapi pemimpin negara tidak pernah bersyukur atau mahu bersyukur…… mereka lalai dalam kemewahan dunia di mana rakyatnya menderita!!!!

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    kerana org BN bg perancangan jangka pendek,tak ada perancangan jangka panjang

    Reply

  3. 3 ravi Apr 13th, 2009 at 12:31 pm

    Hi DSAI, Saya bercadang agar PR harus buat sesuatu pasal wabak denggi agak serius jugak sekarang ni.

    Thank you
    Ravi

    Reply

  4. 4 Halimunan! Apr 14th, 2009 at 2:09 am

    If government continue to deny status actual fact national economy, this case will reduce sensitivity, confidence, and our accountability is inside handle economic crisis.

    Reply

  5. 5 veteren umno Apr 14th, 2009 at 11:27 am

    krisis ekonomi yang melanda malaysia akibat masalah ekonomi amerika rakyat tahu semua tu rakyat bukan bodoh ini zaman sudah berubah kenapa kerajaan terlalu berharap kepada ekonomi amerika kenapa tidak mencari jalan lain bukan berpaksikan kepda amerika sahaja untuk meningkatkan ekonomi,kerajaan bn kena dgr pendapat ahli parlimen pembangkang mereka ni melalui suara rakyat,macam mana ahli parlimen nak membantu masalah ekonomi negara kalau kerajan bn tidak mahu menerima pendapat ahli parlimen pembangkang pakej ekonomi yang dibengtangkan dato sri anwar ibrahim diperlekehkan kerajaan bn,sekarang kerajaan bn hanya kemaruk kuasa jadi untuk terus berkuasa kerajan bn tidak akan berkerjasama dgn ahli parlimen pembangkang,jangan la kerana mahu terus berkuasa rakyat di belakangkang,saya pasti agenda dato sri najib hanyalah ritorik semata mata tiada perubahan.mereka inilah sebenarnya yang menyebabkan bn hilang kepercayaan rakyat ialah dato sri najib,dato sri muhyiddin yassin,dato sri hishamuddin,dato sri zahid hamidi selagi mereka ini ada didalam rasuah sukar untuk di hapuskan dan kroni2 sahaja yang di dahulukan.

    Reply

  6. 6 Anti Bibir Merah Bini Katek Apr 14th, 2009 at 1:54 pm

    Kalau Si Bijan tu Bijak la kononye kenapa dia takut sangat berdebat dengan pakar ekonomi aku Abg Nuaq….

    Ha kat situ i Bijan ni boleh la menyoal dan menjawab…korang setuju tak?

    Reply

    Hajjah Maimon Hashim Reply:

    Anti Bibir Merah Bini Katek, saya sokong pendapat awak, bukan tak mahu berdebat, tapi takut tak boleh jawab. Nanti orang semua tahu keintelektualnya ditahap mana.

    Reply

  7. 7 aku Apr 23rd, 2009 at 10:11 pm

    salam

    Pakej rangsangan? huh!!!60 billion? 90 billions =9000 millions.Let say 10% =900M
    1% = 90M, 0.1% = 9M 0.01% = 900,000.00. I don give a damn. just give me 1% of that amount. Yang ni utk membangunkan ekonomi orang MELAYU sebanyak 2.5 billions. Agak2nya 1% drp 2.5 billion tu brapa yeee?

    Reply

  1. 1 anuar blog « Dewan Pemuda PAS Sarawak Pingback on Apr 13th, 2009 at 8:19 pm

Leave a Reply