Archive for April 2nd, 2009

2 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

(more…)

2 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 2 April 2009

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang – sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang – kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (LIHAT VIDEO DI MALAYSIAKINI).

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

(more…)

2 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

By Jonathan Manthorpe, Vancouver Sun

To have written a decade ago, or even five years ago when president Susilo Bambang Yudhoyono won office, that Indonesia was en route to becoming a beacon of democratic stability in Southeast Asia would have invited derisive laughter, and rightly so.

But if a week is a long time in politics, a decade is an eternity.

Look at the region now.

Thailand is still embroiled in the fallout from the 2006 palace-backed coup against the elected government of former prime minister Thaksin Shinawatra. Thailand’s political and economic future is now wrapped up in the succession once the crown passes from the hands of King Bhumibol Adulyadej, and that may take years to resolve.

Malaysia, as is mentioned elsewhere on this page, is being driven by scandals, corruption and intra-party squabbling as the new and tainted Prime Minister Najib Razak takes over.

(more…)

2 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pagi tadi sekitar jam 8.45, saya hadhir di sidang akhbar di Pasar Lubok Antu. Dalam menjawab soalan para wartawan, saya tegaskan bahawa perubahan mesti dilakukan demi rakyat Sarawak.

Seharusnya kita terkesan dengan keluhan tuai Rumah Panjang Nanga Kesit betapa mereka, meski pun menyokong kerajaan dipinggirkan sepanjang pemerintahan BN selama berpuluh tahun. Jelas, wujud ketempangan dari sudut dasar pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

Semalam, salepas berjemaah Maghrib di Masjid Kampung Melayu, Lubok Antu, saya dijamu dengan hidangan istimewa talapia Iban di Bedok Cafe.

Sebelum itu, kami berkunjung ka Rumah Panjang Nanga Kesit dan disambut olih Tuai Rumah Jampang. Acara dimeriahkan dengan persembahan tarian pahlawan Iban.

Turut serta bersama saya ialah pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sarawak antaranya YB Gabriel Adit, YB Dominique Ng, YB Chiu Chee Seng dan juga calun kerusi Dun Batang Ai, saudara Jawah Gerang.

Saya menerangkan perihal tanah adat dan hasil bumi Sarawak yang dimanipulasi oleh BN sehingga mengenepikan hak rakyat dan membandingkan pencapaian ekonomi negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

2 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

WACANA WADI ILMU
Kemelut Ekonomi: Punca & Penyelesaiannya

Tarikh: 4 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 11.00 pagi
Lokasi: Tasik Cempaka (dekat Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi)

Panel:

  • Hishamuddin Rais (Blogger Tukar Tiub)
  • Khalid Jaafar (Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar)
  • Dr. Nazari Ismail (Profesor Ekonomi, Universitit Kebangsaan Malaysia)

Moderator:

  • YB Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi)

Anjuran: Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi