Archive for April, 2009

30 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada Laman Web Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Perjuangan menegakkan kedaulatan bahasa melayu terus mendapat tempat dalam agenda rakyat yang menghargainya. Program ini menjadi medium menentang egois kerajaan BN dan  menunjukan begitu ramai golongan rakyat terutamanya yang masih muda sungguh bersemangat untukmempertahankan bahasa ibunda mereka.

Atas dasar kesedaran itu, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) telah menganjurkan satu program iaitu Pentas 152:Amanat buat Pejuang Muda bertempat di Rumah Kelab AIC di Seksyen 16 Petaling Jaya pada 26/4/2009.

(more…)

30 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, April 30 — Opposition icon Anwar Ibrahim has ripped into the Najib administration’s 1Malaysia concept, calling it cosmetic and nothing more than a bald-faced political move to try and win back support from non-Malays.

This is the first time that the leader of Pakatan Rakyat has come out in such strong terms against Datuk Seri Najib Razak’s main theme since he became Prime Minister on April 3.

Other Opposition politicians have questioned what 1Malaysia really means but Anwar gutted the whole concept, pointing out that Najib’s comments about unity and togetherness are only for public consumption.

(more…)

30 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

“Kita Anak Malaysia, Satu Malaysia”

………

Laungan di atas cukup melunakkan setelah Pakatan Rakyat difitnah sebagai alat Cina!

Setelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia.

Alahai mirip “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman.

Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.

Ini berbeda dengan gagasan kita merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.

Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.

Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!

Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?

Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat setelah diperintah Umno selama satengah abad.

Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!

ANWAR IBRAHIM

29 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pekebun Kecil menyatakan pendapatnya melalui emel dibawah:

Datuk Seri Anwar,

Saya akan terus memberi beberapa pendapat yang dirasakan membantu kita semua memikul Amanah Allah ini.  Setelah 8 Mac, angin perubahan yang dinanti tiba dengan keadaan yang bagi saya bukan mengejut tetapi telah dirancang oleh Allah s.w.t, namun memang terdapat YB-YB yang menang dengan perasaan terkejut sebab masa hendak bertanding dulu pun tunggu dipujuk dan dibangunkan keyakinannya. Apa yang terbuku di pemikiran saya selama ini tidak kesampaian dan tidak nampak ia akan dilaksanakan berdasarkan maklumat yang diterima mungkin juga tidak sampai kepada saya. Saya tuntut perubahan ini.

Pertama: Dasar kerajaan Negeri perlu jelas, diperjelaskan melalui pelaksanaan dan perangkaan yang kemas. Dasar-dasar kerajaan negeri lama masih terpapar di dada web rasmi Kerajaan Negeri Selangor perlu dibuang dan digantikan dengan wawasan dan dasar baru yang perlu diisi serta diterangkan kerangka pelaksanaan termasuk garis tuju serta pembatuan kerja. Apa pentingnya dasar-dasar ini diubah, bagi memberi pandangan perbezaan antara kita dan kerajaan terdahulu. Memberi wawasan dan harapan baru kepada Kakitangan Awam bagi merealisasikan perjuangan rakyat negeri Selangor, dan sebagai titik mula angin perubahan serta halatuju baru bagi mengelak perbezaaan paradigma.

Kedua: Membersihkan tingkat 21 dengan kumpulan pelaksana yang baru yang dikenalpasti akan kesetiaan mereka terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat, sebolehnya dengan struktur pentadbiran yang baru, pengisian penambahan atau perubahan kedudukan serta peranan baru bagi menyokong kehendak dan hasrat dasar-dasar baru yang ditetapkan di resolusi Pertama. Ini bagi mengelak penyaluran maklumat penting kerajaan, unsur sabotaj, kelewatan pelaksanaan, mengelak prejudis berpanjangan, dan pembahagian kerja yang lancar, sekaligus memberi ruang kepada kakitangan bertugas dengan penuh amanah tanpa rasa mereka diawasi. Sudah tentu kakitangan ini akan lebih produktif dan tenteram menjalankan amanah yang diberikan.

Ketiga: Mengubah struktur sokongan, kerajaan negeri Kerajaan Tempatan terutama GLC serta agen-agen kerajaan negeri yang selari dengan resolusi pertama yakni dasar yang akan diperkenalkan. Agak janggal resolusi ini dikeluarkan setelah lebih 6 bulan tiada sebarang perubahan dasar dibuat. Apa yang dilaksanakan sekarang cuma pelaksanan janji pilihanraya atau manifesto. Kerajaan negeri mesti mempunyai kerangka utama yang selari dengan manifesto bagi merangka masa depan Kerajaan Negeri Selangor Baharu. Kerajaan Tempatan perlu distruktur atau diubah dengan mengelak agen-agen kerajaan lama bertapak, Little Napoleon dibasmi. Bukan kerajaan yang ada menjadi agen kepada agen-agen lama ini. Sehingga kini tiada YDP atau sebahagian Kerajaan Tempatan yang bermasalah dirombak walau ada alasan kukuh, perlantikan persekutuan juga perlu dikaji akan keperluannya, jika tiada peranan dan kerjasama yang dapat diadakan antara persekutuan dan negeri kenapa perlu kita mengekalkan kedudukan mereka dinegeri?

Keempat: Memberi ruang dan peluang kepada “orang politik” dilandasan yang berbeza, menghormati pendapat dan pandangan mereka sebagai asas kepada pengubalan sebarang dasar dan perubahan yang perlu digariskan di resolusi pertama, Perhubungan Negeri menjadi medan menjana idea baru dan cadangan baru yang dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat dan seterusnya dibincangkan di peringkat mesyuarat EXCO serta mesyuarat eksekutif yang lain. Ketua-ketua bahagian diberi tempat dimana mana jua ruang kosong yang boleh diisi baik dari segi peluang ekonomi dan kerjasama sosial. Adalah agak pelik melihat lagak seorang ketua yang hadir dari ruang dan sokongan bahagian-bahagian melupakan peranan mereka, perlu diingat tanpa ruang yang diberikan tidak mungkin apa yang berlaku sekarang. Saya ambil contoh :- Bahagian Kuala Selangor : tanpa laluan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Bahagian selaku Ketua Bahagian ketika itu tidak wujud ketua Bahagian yang digelar MB Sekarang ini. Memberi peluang bukan bererti kita membalas, tetapi naturalnya politik mesti berlandaskan kepada kesedaran ini. Politik bukan perniagaan yang hanya mampu dijual beli. Pada satu ketika kedudukan anda mungkin sudah tidak dapat dibeli dengan sebarang nilai pun. Dasar politik mendepani Kerajaan tidak wujud di Selangor.

Kelima: Memperkukuhkan Perhubungan Negeri dan Bahagian dari segi kekuatan fizikal dan jentera, bahagian sepatutnya diberi bantuan supaya membangunkan ekonominya sendiri, aset, jentera yang berwibawa, berketrampilan melalui latihan latihan khas, dana dana yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti parti yang seterusnya tidak akan meneruskan pergantungan kepada Kerajaan memerintah, agar kemenangan ini berterusan dan parti menjadi pusat minat orang muda mengembleng generasi pimpinan baru. Mereka juga perlu mempunyai imej, mendapat tempat sewajarnya didalam masyarakat sekitar sebagai pengerak desakan rakyat.Menjadi medan jatuhnya kerajaan jika terjadi, tempat mengadu ahli, menjadi momentum asas kepada segala riak perubahan suara rakyat. Kerajaan sekarang tidak boleh bangun dengan hanya cantik diatas, tetapi rompong dibawah, penyokong dan ahli inilah asas yang paling perlu dipertahankan. Mana mungkin parti berdiri tanpa AHLI.

Keenam: Media yang berkesan dan penerobosan media alternatif kepada rakyat, termasuk yang ditempatkan di peringkat Kerajaan Negeri peranan Setiausaha Akhbar, Pegawai Media, Perhubungan Awam perlu dipertingkatkan, berperanan sebagai penyebarluaskan sebarang perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan negeri, Pengiktirafan kepada media sokongan seperti Blogger perlu dengan mewujudkan Blogger Selangor, bagi menangkis serangan negatif pihak lawan, tidak perlu menunggu diserang, tetapi media harus terus menerus memberi penerangan kepada rakyat. Apa yang nampak, segalanya cuma dimeja mesyuarat nampak cantik, rakyat tidak tahu menahu walau seindah mana pelaksanaanya. Ini akibat kefahaman politik yang tidak memerlukan keadaan ini berlaku. Lantas berkata gimik tidak perlu, membazir masa dan wang.

Ketujuh: Sebagai Muslim, jauhi unsur sekularisma dalam pentadbiran negeri, sayangi Islam, Melayu sebaiknya pertahankan peranan masing masing dalam apa jua keputusan. Bermatian dalam memutuskan yang hak. Dalam keadaan itu, keperluan bukan Islam tidak terpinggir, dengan maksud lain, Pentadbiran ini perlu diasaskan dengan keperluan agama dan rohani. Unsur SEKULARISMA ini perlu dibuang, atau unsur Free Thinking perlu dihapus. Apa yang akan terjadi Agama menjadi bahan politik dan sekunder dalam keputusan keputusan yang dibuat. Sepatutnya kerajaan Negeri mempelopori perubahan ini dengan mewujudkan Majlis Dialog Agama dinegeri Selangor, bukan untuk hebahan tetapi mencari titik temu antara sebarang persoalan yang membabitkan keperluan agama masing masing.

Kelapan: Kualiti kepimpinan yang tinggi , berdisiplin , sayangkan rakyat, taat kepada Agama, pimpinan perlu dilihat mampu mempimpin diruang yang dia mahir atau bidang professionalnya, mungkin sekali sekali dinampakan memimpin jemaah solat, menghantar jenazah kekubur, bermain bola, melayani anak anak kecil, menuntuni orang tua, Bukan lagaknya seperti CEO dengan bertali leher dan kot siang malam. Jika kualiti kepimpinan ini tiada padanya beliau perlu membawa kepimpinan lain bersamanya untuk mengimbangi kekurangan yang ada padanya, mungkin dibelakangnya seorang Imam, jurulatih bola, guru tadika atau pengusaha rumah orang tua. Jika ia sudah terlaksana tunjukan kepada rakyat, kita tidak boleh kata ini untuk menunjuk nunjuk, tetapi peranan pemimpin memang memberi contoh yang terbaik kepada rakyat. Tidak boleh mengatakan ini gimik, ia perlu diteladani oleh pimpinan bawahan. Ambil contoh Rasullah terlebih dahulu melakukan apa yang baik untuk diteladani orang sahabat sahabat. Adakah dengan mencontohi Rasullah menjadikan apa yang dilakukan jadi tidak ikhlas?. Diulangi itu peranan pemimpin menjadi teladan kepada rakyat. Jadi peranan resolusi perkaitan media diatas menjadi sandaran.

Kesembilan: Jangan perkecilkan peranan masing-masing, ambil kisah semut Nabi Sulaiman, Burung di pintu gua nabi, dan lain lain kisah. Masing masing ada peranan yang amat berguna pada ketika dan masanya atau keadaan tertentu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh orang itu atau pimpinan itu. Mengepikan dengan alasan tidak professional, tiada kelayakan akademik, itu dan ini dengan memecat sesuka hati adalah tabiat yang kurang murni dalam politik, pimpinan perlu sedar anda mungkin memerlukan “setitik” air untuk hidup ketika anda kehausan. Pada ketika itu anda tidak akan memikirkan air jenis apa yang akan anda minum. Beringat sebelum anda kehausan. Menganggap orang dirinya lebih sempurna dan orang lain bagai sampah boleh dikuis dan disepak-sepak adalah silap. Kapal terbang boleh jatuh dengan “selotape” saja. Tidak mengulas panjang tentang itu. Apa yang jelas semua berperanan, jangan nafikan peranan mereka, sekurang kurang berilah mereka ditempat yang sesuai dengan peranan tertentu.

Kesepuluh: Baca, tenung dan kaji dengan teliti setiap perenggan yang tulis, ambil pendekatan positif, penulis hanya mentelah tetapi diberi ilham agar semua perkara ini disentuh dan diambil tindakan serious serta efektif. Didalamnya ada cadangan serta implikasi juga penyelesaiannya.

Sehingga kini masih kedengaran suara suara yang sama yang kita dengar setahun yang lalu, apa yang jelas parti tiada perubahan, kekuatan parti dibahagian masih lemah, pengurusan keahlian masih lesu, pendokong parti longlai. Namun ada yang pandai “marah” tatkala tidak cukup jentera parti berkempen di Batang Ai dan Bukit Selambau tempohari. Tidakkah semua yang ada berfikir sejenak?

Ahli – perlu dilayan dengan baik, sepatutnya satu program pentarbiyahan ahli baru dibuat atau dengan kata lain, program orientasi organisasi parti perlu dibuat bagi menjamin ahli yang setia dan menjalankan hak mereka sebagai ahli. Satu program penyerahan kad ahli melalui sistem keahlian yang kononnya sudah mantap di ibupejabat sepatutnya dimanafaatkan. Mungkin ahli yang berdaftar dipanggil untuk sesi pengenalan kepada perlembangaan parti, organisasi parti, hak ahli, menanam kesetiaan ahli. Ramai ahli yang merungut tentang ini.

Bahagian – Ada bahagian yang tiada pejabat, menumpang atau sewa tidak terbayar, setengahnya sudah ada bahagian yang telah dihalau oleh tuan punya bangunan. Program parti tidak berjalan, cawangan dan ahli tidak digerakkan, tidak ada aset yang dibangunkan, alasan ketiadaan dana. AJK kucar kacir atau berpuak puak, mesyuarat bukan untuk merancang tetapi menjadi medan perang dan pelbagai lagi kelemahan yang jelas dilihat.

Perhubungan Negeri – Mesyuarat tidak fokus, hanya berkisar kepada agenda jangka pendek dan semasa, tiada dasar yang dikupas bagi menasihati kerajaan negeri sebagai parti yang memerintah. Keadaan pejabat yang sungguh mengecewakan, tidak dimanafaatkan dengan pelbagai perbincangan mesyuarat mahu taklimat secara aktif, malah yang tidak tahu dimana lokasinya pun ada. Tiada sistem komunikasi yang berkesan. Sistem penyampai yang amat lemah, tiada sebarang sebaran propaganda atau hebahan mahu dalam bentuk media atau blog.

Pusat Khidmat Masyarakat – Tiada KPI yang diguna pakai yang jelas, masing masing dengan kaedah dan cara perkhidmatan yang tersendiri, gaya dan penyampaian yang berbeza dan berpilih. Tidak menyeluruh, tiada sistem promosi atau pemasaran produk kerajaan sekarang. Media tidak dimainkan, lokasi dan kedudukan kekadang menyusahkan pengunjung dan rakyat susah, tidak mesra rakyat malah kekadang tutup. Setengahnya tidak melibatkan bahagian (memanglah itu hal pentadbiran negeri tapi bendera penuh juga), tidak mencerminkan atau meraih political milage kepada parti yang memerintah sekarang.

SUK – No komen itu tempat YB masing masing….

——-

Saudara Pekebun Kecil,

Sorotan rakan wajar direnung secara jujur. Seandainnya sudah dipertimbangkan sabelumnya atau dikira sedikit terlanjur sekalipun, ia tetap membantu dalam penyelenggaraan amalan kita.

Sesungguhnya yang mendorong saya membuat rombakan tugas kepimpinan minggu lalu adalah lantaran keprihatinan yang sama – bahaya kepudaran idealisme; mudah rasa selesa dan keengganan menerima teguran.

ANWAR IBRAHIM

29 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider
By Neville Spykerman

SHAH ALAM, April 29 — A joint task force will be formed between Selangor and the federal government to complete the restructuring of the water services industry.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and Datuk Peter Chin, who is the newly appointed minister in charge of water, have agreed to set up the task force to resolve all outstanding issues.

The duo made the commitment to resume negotiation which had stalled during their first official meeting in Putrajaya on Monday.

(more…)

29 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Athi Veeranggan

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.

Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.

Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 31 Mei depan.

Pada 8 April lalu, Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menyatakan tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairus terhadap tuduhan tersebut.

Minggu lalu, Fairus mengulangi keputusannya untuk meletak jawatan wakil rakyat DUN Penanti

29 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

– KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
28 April 2009

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

(more…)

28 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pengumuman rasmi calon KeADILan bagi PRK DUN Penanti akan dibuat 9 malam ini di Yayasan Aman, Penanti InshaAllah.

Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng, wakil MB Kedah dan pimpinan KeADILan Negeri menyatakan komitmen untuk turut hadir.

Lewat petang semalam saya telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadhiri oleh Tuan Guru Abd Hadi Awal dan YB Lim Kit Siang. Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon KeADILan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak.

Sementara itu pimpinan Umno masih terus membelek kitab dan meneliti fakta sebelum membuat keputusan muktamad samada bertanding atau tidak. Datuk Seri Najib membayangkan bahawa Umno tidak bersedia bertanding demi menjimatkan belanja. Namun amat sukar buat beliau mengenepikan saranan Tun Dr. Mahathir untuk tetap bertarung ‘demi maruah dan tradisi Umno-BN’.

Manakala ditanya, saya sekadar menjawab, saya yakin dengan kematangan, kebijaksanaan sanak saudara dan rakan taulan saya di Penanti dan Permatang Pauh, inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

27 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.

27 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.

Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.

Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.

Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti – politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.

Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustaffa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.

Lain-lain perubahan adalah:

Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution

Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fuziah Salleh

Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru – YB Johari Abdul

Pengarah Strategik – YB Tian Chua

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustaffa Kamil Ayub
Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : Jonson Chong
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Mohammed Yussof, Sdr Paul Kadang, YB Raveentharan dan Sharifah Shahidah.

Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Choo Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.

ANWAR IBRAHIM

25 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Anwar Ibrahim di Stadium Bukit JalilAnwar Ibrahim di Stadium Bukit JalilAnwar Ibrahim di Stadium Bukit JalilAnwar Ibrahim di Stadium Bukit JalilAnwar Ibrahim di Stadium Bukit JalilAnwar Ibrahim di Stadium Bukit JalilAnwar Ibrahim di Stadium Bukit JalilAnwar Ibrahim di Stadium Bukit Jalil

Sabentar tadi saya hadhir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 antara Selangor dan Kelantan. Antara pimpinan yang hadhir termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, YB Azmin, YB Yaakob Sapari dan saudara Shamsul Iskandar.

Kelihatan juga YM Tengku Faris Petra dan juga barisan kepimpinan KAFA di pentas VIP. Turut serta adalah Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Perlawanan ini dikategorikan ‘perlawanan panas’, sehingga memaksa pasukan polis mengerah ratusan anggotanya mengawal keamanan di sekitar stadium.

Pun begitu,profesionalisme kedua-dua belah penyokong jelas terlihat tanpa sebarang insiden provokasi yang keterlaluan.

Ada yang bertanya pasukan mana yang saya sokong. Haha! Bukankah kedua-duanya pasukan Pakatan Rakyat?

Pun demikian, penentuan menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan telah menobatkan pasukan Selangor sebagai juara Piala FA tahun ini.
Tahniah saya ucapkan buat barisan pemain! Semuga kejayaan malam tadi bakal membangkit semangat untuk terus mengukir kecemerlangan.

ANWAR IBRAHIM

25 April 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From Zawya.com

The first Arab Direct Mail and marketing Forum has concluded its works yesterday, focusing on two main axes, and have added to their share many of the interventions between the speakers and the audience, in the first axis, which focused on direct mail as a means of continuing the strategy of high value, because it means to need constant monitoring, just as The development of this area is urgently needed, and perhaps this is a natural gateway for research and creativity companies that could be played with, so that the method could reach its maximum extent between the consumer audience, as measured by the extent to which awareness will be achieved in this area supported many of the experiences and expertise local and global, which can achieve many of the results followed the narrative of the experience of Australia in the area of Direct Mail and marketing, particularly in the field of small and medium-sized companies, and sectors are active in this work, as a low-cost, and not costing much that is as in direct mail services.

(more…)