Dari www.kesturi.net
Oleh Aqil Fithri
Dewasa ini, frasa “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” sudah kian asing. Apa yang terpapar sekarang ialah, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dalam pengungkapan yang tinggi, dan dituduh tidak mempunyai kekuatan bagi diperkasakan sebagai bahasa yang penting. Hatta, Bahasa Melayu turut dikritik habis-habisan kerana gagal untuk bertahan dalam era globalisasi, serta tersisih apabila berhadapan dengan cambahan istilah-istilah baru, terutamanya yang terdapat dalam sub-bidang baru yang muncul di dalam sains, teknologi, matematik, komunikasi, komputer dan lain-lain lagi.
Selain itu, Bahasa Melayu juga dikatakan tidak mempunyai kekuatan sejarah dan falsafah bagi dibangunkan sebagai bahasa moden, sekalipun bukan sebagai antara bahasa utama dunia, meskipun secara geografinya jumlah penutur bahasa ini demikian banyak. Memang, hasrat kewujudan Bahasa Melayu bukanlah untuk mengalahkan Bahasa Inggeris–yang memang begitu berkuasa pada abad ini–tapi bahasa ini tetap saja dilihat terpuruk berbanding bahasa-bahasa moden lain, seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, dan lain-lain lagi.
Di samping itu, ada juga yang berhujah bahawa ketika ilmuan Perancis sedang membincangkan hubungan antara ¨minda dan jirim¨ sewaktu Zaman Renainsans Eropah, maka ketika itu orang Melayu masih lagi sibuk bercucuk tanam. Demikian juga, ketika ilmuan Jerman sedang membincangkan hubungan antara ¨fizik dan metafizik¨ sewaktu Zaman Pencerahan Eropah, orang Melayu maseh lagi membaling tombak melawan penjajah. Kalangan ini memperlekeh, jika tamadun dari bangsa-bangsa Eropah ini telah pun melahirkan Rene Descartes, Immanuel Kant, dll, maka gerangan manakah sarjana yang dilahirkan oleh Tamadun Melayu?
Memang, ¨Seminar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Intelektual¨ yang diadakan hasil dari kerjasama Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dan Pusat Dialog Peradaban, di Universiti Malaya, serta dirasmikan oleh Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Pengarah Pusat Dialog Peradaban, baru-baru ini bukanlah jawapan muktamad pada segala persoalan tersebut. Ini sepertimana yang dirumuskan oleh Prof Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud, Presiden ASASI, sewaktu ucapan pembukaan seminar ini, ¨gagasan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu bukanlah baru. Waima, idea ini banyak tersekat ekoran zaman penjajahan, dan kekurangan kesungguhan kalangan kita sendiri.¨
Walaupun begitu, di satu sisi yang berbeza, seminar tersebut sewajarnya mencelikkan ramai pihak, bahawa Bahasa Melayu tidaklah miskin. Terdapat tiga kertas akademik yang telah dibentangkan. Bezanya, ketiga pembentang bukannya ahli bahasa, tapi lebih tergolong dari kelompok filsuf sains/filsuf-saintis. Ini termasuklah, Prof. Emeritus Dr. Osman Bakar (UM), Dr. Shaharir Mohammad Zain, dan Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM).
Dalam makalah pertama, yang bertema, ¨Ilmu Falsafah dan Ilmu Keagamaan sebagai Pemangkin Kemajuan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmiah,¨ Osman Bakar, yang juga Felo Penyelidik Kanan Pusat Dialog Peradaban, cuba untuk memaparkan hubungan akrab antara falsafah dan agama dan kaitannya dengan martabat atau mutu bahasa yang digunakan dari kalangan bangsa dan agama tersebut. Sudah tentu, apa yang diungkapkannya ini dapat dicerna baik sekiranya kita merujuk kembali kepada beberapa bahasa utama yang terdapat dalam Islam, seperti Arab dan Farsi, yang memang diketahui begitu kaya dengan kamus kosakatanya dan ini semua membantu dalam mempermudahkan kefahaman ilmu yang terdapat dalam bidang falsafah dan agama.
Secara sejarahnya, hubungan bahasa Arab dan Farsi dalam falsafah dan agama adalah sesuatu yang lazim, dan umumnya sudah maklum. Tapi, bila beliau cuba membawa soal ini ke dalam kes sejarah Bahasa Melayu, memang sesuatu yang jarang diungkapkan. Barangkali sesuai dengan latarnya sebagai murid Seyyed Hossein Nasr, beliau telah menerangkan bahawa falsafah adalah ilmu yang sangat penting, yang selalu dianggap sebagai ¨ilmu segala ilmu¨–manakala mutu ilmu yang diolah adalah sejajar dengan pemartabatan bahasa yang digunakan. Ini kerana, ketika persoalan-persoalan tingkat tinggi yang diwacanakan, seperti epistemologi, metafizik, etika, dll, adalah juga merujuk kepada mutu kandungan bahasa yang digunakan.
Mithalnya, beliau yang juga timbalan ketua pegawai eksekutif, Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia ini memberikan contoh sewaktu Tamadun Melayu begitu semarak dengan penyebaran dan perkembangan Islam, dan sewaktu itulah terhimpun dan terhasilnya kajian kepustakaan Melayu yang sangat tinggi kandungan ilmunya. Ini dapat kita semak saja menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Ahmad al-Fathani, dll, yang begitu kaya dengan ilmu, lalu tersuai dengan corak masyarakat di Alam Melayu ini. Barangkali, antara kelebihan bangsa di Alam Melayu sebelum ini ialah, mereka lekas menyesuaikan diri dengan keadaan baru, serta kreatif dalam mengolah kehadhiran agama-budaya-bahasa baru.
Kenyataan ini mungkin lebih dekat jika kita menelusuri salah satu aspek klasik yang ketara tercermin dari sumbangan Ibn ´Arabi terhadap Alam Melayu. Tidak seperti belahan yang lain, Alam Melayu tampaknya mampu menyerap kehadhiran aliran sufi ini dengan penuh sintesis sekali—antara usuluddin dan falsafah, atau antara kalam dan tasawwuf. Ini jelas diperlihatkan dari beberapa tulisan Hamzah Fansuri, yang tebal dengan wehdatul wujud-nya.
Justeru, kerana pengaruh aliran ini dari belahan dunia luar, maka kosakata ilmu yang terdapat dalam Alam Melayu kemudiannya bertambah, sebab ada keperluan untuk mengungkapkan soal falsafah mistikal ini. Lantaran itu, inilah antara sebab kenapa Bahasa Melayu ada wibawa untuk menjadi bahasa ilmu pada waktu tersebut, kerana kemampuan bahasa ini mampu menjadi bahasa falsafah-agama.
Selain daripada itu, beliau yang juga pengarang buku Tawhid and Science, menghamburkan pujian pada Tafsir al-Azhar yang ditulis dalam bahasa Melayu. Bayangkan, bila Hamka sendiri meraikan Bahasa Melayu dalam karangan tafsir-nya, yang dianggap antara tafsir yang baik, maka sudah tentu ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu memang mampu menghurai kandungan agama secara sempurna, meskipun diakui terdapat beberapa peminjaman dari bahasa Arab.
Justeru, hakikatnya, Bahasa Melayu sejarahnya sudah cukup bagus, ekoran keupayaannya untuk mengungkapkan perkara-perkara yang bertaraf hikmah dan ilmu, bukan hanya bertakuk pada taraf maklumat semata-mata.
Sebenarnya, hubungan Bahasa Melayu dalam Islam turut disentuh oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam ¨Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.¨ Diketahui, Bahasa Melayu telah terbangun sebagai salah satu dari lima bahasa Islam, selain dari bahasa Arab, Farsi, Urdu dan Turki. Bahkan, hal ini jelas tersemak dari kesamaan aksara yang digunakan, meskipun akhirnya Bahasa Melayu dan Bahasa Turki kecundang dalam pengaruh aksara rumi. Fakta inilah yang membezakan bahasa kita dengan bahasa Farsi, yang menurut Osman Bakar, telah menjadi begitu maju sehingga terganding dengan bahasa Arab sebagai bahasa utama dalam pengungkapan Islam, lebih- lebih lagi setelah zaman Hujjatul Islam Imam al-Ghazzali.
Kemudian, kertas akademik kedua diteruskan menerusi Shaharir Mohamad Zain dengan tema makalah, ¨Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Telah, Lani dan Kelak.¨ Sekilas, barangkali pertanyaan pertama yang muncul ialah, mengapa beliau mengunakan kosakata ¨Telah, Lani dan Kelak.¨ Seperti memahami persoalan yang terbenak ramai ini, mantan TImbalan Naib Canselor UKM ini menyatakan bahawa tiga kosakata tersebut sebenarnya adalah serangkai, dan masing-masing beretimologi dari perkataan Lani, yang asalnya perkataan lama, yang akhir-akhir ini hanya digunakan di kalangan masyarakat Melayu utara.
Ternyata, judul makalah ini sengaja direka demikian, bagi menunjukkan bahawa sesuatu yang kuno bukanlah rendah mutu ilmunya, dan sebaliknya sesuatu yang baru tidaklah semestinya tinggi mutu ilmunya. Malah, kalau kita insaf, sikap ini juga adalah suatu kritikan bawah sedar kepada mereka yang sering memakai kosakata pinjaman secara literal, sedangkan dalam khazanah bahasa kita sudah pun mempunyai aneka kosakata yang lebih sesuai dan asli. Mithalnya, kita kerap menemukan mereka yang terhegeh-hegeh menggunakan perkataan ¨kualiti¨ berbanding ¨mutu,¨ ¨koloborasi¨ berbanding ¨usahasama,¨ ¨dialog¨ berbanding ¨randau,¨ dll.
Sebab itu, dalam makalah ini juga beliau–yang memang diketahui berjasa dalam menyumbang kosakata Melayu dalam bidang sains dan teknologi–turut memperkenalkan istilah janapada (bahasa wacana), yang dipinjamnya dari Bahasa Sanskrit, suatu bahasa yang dahulunya dekat dengan kebudayaan Melayu. Beliau menerangkan, janapada ini merupakan padanan kepada perkataan ¨nation,¨ atau nasion. Sebaleknya, tidak perlulah ada yang resah dengan rekaan kosakata baru, kerana ini amalan biasa dalam sosiolinguistik, malahan langkah ini sebenarnya boleh mengayakan lagi khazanah pengetahuan sendiri.
Justeru, dengan adanya kekayaan tamadun sendiri ini, maka tidak perlulah kita merendah diri dengan sejarah. Tak perlu gentar dengan perkataan ¨lama,¨ ¨kuno¨ dan ¨klasik,¨ di samping tak perlu mudah terpersona dengan perkataan, ¨maju¨, ¨membangun¨, dll. Sewaktu awal pembentangan makalahnya ini, beliau yang juga pengarang buku ¨Pembinaan Semula Teori Kepimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu¨ yang terbit baru-baru ini, telah menunjukkan bahawa terdapat 40 buah negara maju di dunia, yang data ini dipetiknya dari sumber PBB. Maka, di kalangan negara maju ini, semuanya adalah menggunakan bahasa sendiri sebagai bahasa kebangsaan sekaligus sebagai bahasa janapada-nya juga, kecuali Singapura, Ireland dan Amerika Syarikat.
Maknanya di sini, bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar/rasmi negara tersebut, manakala bahasa janapada adalah bahasa yang berkeupayaan untuk berwacana tinggi, atau dalam isitlah yang lain, bahasa yang berangrasana. Masing-masing digunakan secara serentak. Malah, seraya menyindir barangkali, beliau membandingkan,¨ malah, Mongolia pun turut menggunakan bahasa sendiri sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa janapada, meskipun mereka bukanlah sebuah negara maju.¨
Demikian juga kalau ada yang berhujah bahawa taraf sesebuah negara itu untuk bergelar negara maju adalah kerana mereka mencipta sains, maka dari senarainya tersebut, terdapat 20 buah negara maju yang sudah terkeluar, kerana negara tersebut bukan negara pencipta sains. Jadi, teori cetek yang cuba diwar-warkan bahawa bahasa setiap negara maju mestilah mencipta sains kini adalah termansuh dengan sendirinya!
Selain itu, tatkala membicarakan kedudukan Bahasa Melayu yang telah/lepas, pengarang kini sedang menyiapkan buku ¨Kritikan Teori Kenisbian Einstein dan Teori Quantum¨ cuba untuk menghimbau kembali beberapa catatan sejarah awal Tamadun Melayu, dalam rangka mencungkil mutu ilmu yang terdapat dalam Tamadun Melayu asal. Menurutnya, Tamadun Melayu yang terawal yang dikesan setakat ini ialah di Funan, yang kini menjadi sebahagian dari Kemboja, di mana bahasanya ketika itu lebih dikenali sebagai Kun Lun. Kemudian, baru tamadun ini digantikan dengan Chenla, dan seterusnya.
Malah, sumber dari Tiongkok–panggilan kuno Alam Melayu terhadap China sebelum ini–turut mengesahkan maklumat ini. Ini ditambah lagi terdapat catatan Yunani pada abad ke-2M yang memanggil Bahasa Melayu ketika Tamadun Funan tersebut sebagai Kolan sahaja. Dan, ketika tamadun inilah, terdapatnya prasasti (batu bersurat) yang menunjukkan bahawa Bangsa Melayu di Funan itulah yang mencipta angka sifar, bukannya seperti yang termaktub dalam buku-buku teks, yang didakwa berasal dari Tamadun India. Selain dari membelek kekuatan ilmu Melayu yang terdapat pada Zaman Funan, makalah beliau turut menyelitkan kandungan ilmu Melayu yang terdapat pada kerajaan Champa dan Srivijaya, dan Zaman Melayu-Islam.
Manakala, untuk Bahasa Melayu dalam waktu lani, mantan professor matematik-fizik ini berkata, ekoran penyingkiran aksara Jawi dalam tradisi pendidikan kita, keadaan ini telah mendorong kepada penghakisan identiti bitara (unik) yang terdapat dalam Bahasa Melayu itu sendiri. Memang, perumian Jawi pertama kali dilakukan pada abad ke-16, oleh Pegafetta, iaitu salah seorang pencatat dalam pelayaran Magellan. Namun, penghakisan Bahasa Melayu Jawi ini kemuncaknya berlaku setelah aksara tersebut terbuang dari sistem pendidikan Malaysia pada 1960-an.
Di samping itu, Bahasa Melayu yang terdapat di Pattani, dan di Singapura, dan di Mindanao, kemudiannya langsung tidak dibangunkan untuk menjadi bahasa ilmu. Sebaleknya, hanya Bahasa Melayu di Indonesia, dan di Malaysia sahaja secara bersungguh dilakukan perancangan bahasa ke arah menatijahkannya sebagai bahasa yang beragrasana.
Walau bagaimanapun, kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia akhirnya tergugat setelah kerajaan mula melaksanakan dasar PPSMI yang mundur, di mana wibawa Bahasa Melayu dalam sektor pendidikan telah mulai terhakis sama sekali. Jadi, Bahasa Melayu Malaysia, yang satu ketika dahulu telah mengalahkan Bahasa Indonesia dari segi pengungkapan ilmunya, kini kembali ketinggalan, barangkali suatu waktu nanti Bahasa Melayu Malaysia hanya akan menjadi salah satu dari rumpun bahasa Indonesia sahaja.
Dengan keringnya penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan, ini menjadikan bahasa ini bukan lagi sebagai bahasa ilmu. Sebab, prasyarat utama untuk sesebuah bahasa memperoleh taraf bahasa ilmu, atau bahasa janapada, atau bahasa berangrasana ini, ialah bahasa tersebut seharusnya terpakai sepanuhnya dalam sistem pendidikan. Meskipun kita mempunyai ITNM, DBP dan universiti-universiti, serta sekolah kebangsaan, namun kebanyakan dasar yang dirumuskan sebenarnya amatlah meminggirkan Bahasa Melayu, terutamanya dasar PPSMI—yang hari ini terkenal sebagai dasar yang sangat bebal.
Justeru itu, ketika menyimpulkan pembentangannya, mantan Presiden ASASI ini menjangkakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu Malaysia nanti takkan lagi digunakan dalam mentakrifkan ilmu, meskipun maseh wujud lagi Bahasa Melayu Indonesia, yang memang diketahui meluas dituturkan di wilayah-wilayah dalam pengaruhnya. Bahkan, beliau turut meramalkan Bahasa Melayu Malaysia akan menjadi senasib dengan Bahasa Melayu Pattani, dan Bahasa Melayu Champa dalam tempoh 30 tahun mendatang. Lebih mendukacitakan lagi, para mereka yang kononnya mengaku pejuang Bahasa Melayu sebenarnya tidaklah begitu bersungguh mempertahankannya, bukan sahaja dalam tingkat sistem pendidikan tinggi, malah aras sekolah rendah sekalipun!
Keluhan yang diutarakan oleh Shaharir Mohamad Zain ini memang dirasai rapat oleh ASASI, yang memang terkenal dengan gagasan pengislaman dan pemeribumian sains, serta kental mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Atas kapasiti sebagai Setiausaha Agong ASASI, Mohammad Alinor Abdul Kadir meneruskan pembentangan menerusi makalah yang bertema, ¨Sumber Bertulis Terawal Pengetahuan Rumpun Melayu.¨
Makalah ini membincangkan sorotan kekayaan pengetahuan Melayu yang diperoleh dari prasasti, serta manuskrip-manuskrip lain. Walau bagaimanapun, penyelidik gigih ini tetap mengakui bahawa maseh terdapat halangan untuk kita memunggah kekayaan pengetahuan terawal ini memandangkan kekurangan ahli akademik yang berminat, serta ketiadaan displin ini secara khusus di universiti-universiti—untuk serius menyelidik dan menelaah bahasa-bahasa Melayu kuno.
Ketika menyampaikan makalah ini, beliau yang merangkap pensyarah sains matematik UKM, menyebut beberapa keistimewaan pengetahuan Melayu kuno. Ini termasuklah, keperluan kita untuk mendapatkan kembali buku-buku Funan yang dihadiahkan kepada kerajaan China pada 546M. Ketika itu, Paramartha dan Gunaratna dari kerajaan Funan telah pun dihantar untuk membawa 240 buah karya pengetahuan bagi diterjemahkan ke dalam bahasa China, malah sebelum itu sudah ada 76 buah lagi buku dalam Bahasa Sanskrit dan Kunlun yang diterjemahkan ke dalam bahasa China oleh sarjana Melayu Funan. Justeru, tugas yang patut dilakukan sekarang ialah untuk mencari kembali buku-buku tersebut, kemudiannya menyaring kepenggunaan bahasanya, lalu ditarik segala ilmu-ilmu yang terkandung dalam karya-karya tersebut.
Di samping itu, beliau yang kini merancang untuk membentuk pasukan penyelidik kajian Melayu kuno turut memaklumkan bahawa Atisa, seorang agamawan besar Buddha, yang pernah menuntut ilmu di Sumatera, di bawah bimbingan Dharmakirti pada abad ke-11M, lalu kemudiannya membawa ilmu dari Alam Melayu tersebut untuk merevolusi agama Buddha di Tibet. Sesuai dengan tradisi keilmuan, Atisa juga telah menerjemahkan banyak buku-buku dari Tamadun Melayu, mithalnya kitab agung Buddha dalam Bahasa Melayu iaitu Tripatika, ke dalam Bahasa China. Soalnya di sini, apakah memang benar kita tandus sarjana sendiri, dan tidak mempunyai longgokan pengetahuan sendiri? Atau barangkali kita sudah terlalu selesa untuk mendeduktifkan segala-galanya pada sejarah Islam semata?
Selain dari itu, beliau yang juga penyelidik bersekutu INSPEM (UPM) turut mengemukakan fakta bahawa di antara sempadan Greek dan Albania, terdapat rumpun Melayu Champa yang mendiami di perbatasan tersebut, yang mana mereka ini mungkin dibawa ke sana oleh para penjajah bagi tujuan pemindahan pengetahuan yang terdapat di Alam Melayu. Kehadiran bangsa Chameria ini, boleh menimbulkan satu hipotesis, bahawa sebenarnya terdapat hubungan lama antara Tamadun Melayu dengan beberapa Negara Eropah Timur. Namun, sudah tentu, suatu penyelidikan mendalam haruslah digarap untuk mengesahkan hipotesis ini.
Sebenarnya, dari ketiga-tiga kertas akademik ini, dengan insaf sekali menunjukkan bahawa betapa kurangnya kesungguhan kita dalam merayakan khazanah sendiri. Jika dalam tamadun lain sudah begitu giat mengkaji tamadun-tamadun kuno mereka, seperti Yunani, Farsi, Eropah, dll, tetapi sayangnya para penyelidik tanahair kita nampaknya lebih gemar terhenti pada ´kegemilangan´ tamadun Melayu-Islam semata, tanpa berusaha untuk pergi lebih jauh lagi. Hakikatnya, kajian kuno ini seharusnya dapat menambah-nilai kepada pengetahuan kita yang sedia ada, serta mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang sarat ilmunya—sama ada dari sudut sejarah, falsafah ataupun tamadunnya.
Justeru, tanpa mengembalikan semula kekuasaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, maka bukan sahaja impian untuk melihat Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu akan gagal, tetapi cita-cita untuk meraikan hadharah sendiri juga turut musnah! Akhirnya, Bahasa Melayu hanya bertaraf pasar, kerana kita lebih lazim menggunakan Bahasa Inggeris untuk berwacana sesama kita. Lantas, mengenang keadaan ini, maka tidaklah wajar untuk dibentuk sebarang anugerah bagi kesarjanaan Melayu, kerana yang berhak menerima panggilan sarjana Melayu hanyalah mereka yang sudi berkarya dalam Bahasa Melayu, iaitu sekurang-kurangnya berkarya secara seimbang di samping karya-karyanya dalam bahasa-bahasa lain.
Jelas, mesej ini selari dengan apa yang dikeluhkan oleh Shaharir Mohammad Zain sewaktu seminar ini, bahawa ´sarjana´ kita yang demikian ramai berkubu di universiti-universiti sekarang hanya lebih berminat berkarya—secara bergaya—dalam Bahasa Inggeris sahaja, tetapi memandang rendah kegiatan peterjemahan dan penulisan dalam bahasa sendiri. Sewajarnya, sarjana kita dewasa ini harus belajar dari para sarjana Melayu silam, seperti Ahmad al-Fathani, yang bukan sahaja berkarya dalam bahasa Melayu dan Arab secara seimbang, tetapi turut menguasai bahasa Urdu dan Farsi dengan fasehnya. Hanya sikap inilah yang boleh menekalkan Bahasa Melayu bila berdepan dengan arus globalisasi yang deras melanda mutakhir ini.


















SALAM REFORMASI,
DSAI,SUNGGUH MALANG BAGI JUAK2 YG BODOH LAGI BAHALUL YG TIDAK MAU MEMPERKASAKAN BAHASA IBUNDA NYA SENDIRI.TIDAK KITA NAFIKAN BAHASA INGGERIS ADA LAH BAHASA YG DIGUNA DISELURUH NEGARA DARI SEGI PERHUBUNGAN,TETAPI APAKAH SALAH DAN CACAT CELANYA BAHASA MELAYU (MALAYSIA) KITA MERTABATKAN. SUNGGUH BODOH DAN MALANG BAGI MENTERI PELAJARAN YG BAHALOL DAN MEREKA2 YG TIDAK MAU MENJULANG BAHASA MALAYSIA ITU SENDIRI.BERTAPA KEHALUSAN SENI BAHASA MELAYU DAN UNIKNYA KALAU KITA DIPERKENALKAN DIMERATA DUNIA.
APA DAN DIMANA KAH KEKURANGAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI? APAKAH MENTERI PELAJARAN DAN MEREKA2 YG CUBA PERLEKEK BAHASA MELAYU SEPERTI KATAK DIBAWAH TEMPURUNG? NEGARA JEPUN TIDAK PERNAH MENGAGUNGKAN BAHASA ASING,TETAPI MEREKA BOLIH MENJADI ANTARA NEGARA YG PALING MAJU DALAM SEGALA ASPEK.MENGAPA KITA TIDAK BOLIH?
KALAU MELAYU ITU SENDIRI MAU DIPINGGIRKAN,MENGAPA TAK LENYAPKAN BANGSA MELAYU SEKALI? SEDANGKAN BANGSA ASING,ORANG2 CINA DAN HINDU TIDAK PERTIKAIKAN BAHASA MELAYU,MENGAPA ADA PUAK2 YANG BODOH NAMPAK SAJA CERDIK MEMEGANG JAWATAN TINGGI DLM KERAJAAN DAN JUGA MENTERI NYA MAU BAKUL SAMPAHKAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA RASMI.LEBIH BAIK ANAK2 KAMU SEMUA DILEMPARKAN KEDALAM TONG NAJIS. SIA2 SAJALAH MENTERI PELAJARAN YG MENJAWAT JAWATAN YG MULIA ITU.LEBIH BAIK LETAK JAWATAN,JADI SILEMBEK DAN TUKAR JANTINA.JANGAN KUBURKAN BAHASA MELAYU DAN KAMU JADIKAN SAMPAH,BAHALOL.HARAP DSAI PERJUANGKAN PERSOALAN BAHASA MALAYSIA INI HABIS2AN.
REFORMASI……
Reply
svg Reply:
March 30th, 2009 at 12:06 pm
Bahasa melayu …bahasa melayu…bahasa melayu…tak abis2 ngan perkara ini….cubalah bincangkan perkara2 yg lain yg boleh memajukan negara. 30 tahun lepas duit malaysia diterima di singapura dengan nilai 1=1. sekarang…..? cubalah berfikir secara rasional….Negara sekecik tu bole maju…..org2 melayu , cina & india disana hidup aman damai tanpa sebarang kekecohan macam di malaysia…byk perkataan inggeris telah ‘DIMELAYUKAN’…..meluat nak tengok & nak dengar alasan pejuang2 bahasa melayu…..
Reply
kulup amrin Reply:
March 30th, 2009 at 4:29 pm
tak lama lagi KTM (keretapi tanah melayu) umno akan tukar KTI (keratapi tanah inggeris)kalu boleh semunya nak diinggeriskan oleh UMNO.
Reply
? Reply:
March 30th, 2009 at 4:37 pm
ABES TU KO TULIS KAT BLOG NI GUNA BAHASA APA? ADA KE NAK PERTIKAI KESAN BAHASA PENYEBAB BEZA NILAI MATAWANG, KO TU BWAK MENGUCAP (KALO MUSLIM LE) DULU BARU AJAK ORG BERFIKIR SECARA RASIONAL, @PON PLG MUDAH TUKAR WARGANEGARA, MALAYSIA X PERLUKAN BENIH PENGKHIANAT YG MENOLAK KEISTIMEWAAN BAHASA MELAYU/MALAYSIA YG TERMAKTUB DLM PERLEMBAGAANYA!
Reply
kulup buta Reply:
April 14th, 2009 at 9:16 am
Ko ambik contoh Singapura je.Cuba bandingkan Malaysia dengan Filipina, India dan negara-negara Afrika nun. Siapa lebih maju. Ko menang 1 tapi kalah banyak…
Reply
malaysian Reply:
March 31st, 2009 at 12:37 am
PKR akan tewas kali ini di kedah…….
Reply
Kddin Reply:
April 8th, 2009 at 8:56 pm
salam…adoi…pening pala….macam nie la…kalau kita pegi perancis.diorang ckp dlm bahasa apa…inggeris ka melayu???perancis…orang cina sana pun cakap perancis fasih lagi….jadi….salah ke kita memperjuangkan bahasa melayu yakni bahasa malaysia…hidup di malaysia kita betutur bahasa malaysia…kalau kita hidup di japan kita tutur bahasa jepun…bahasa jiwa bangsa…tapi nampaknya pemimpin UMNO nie dah bukan bangsa malaysia..diorang dah bangsa inggeris(diorang fikir diorang inggeris)…menteri2 UMNO cakap inggeris pun berterabur…ada hati nak tukar math ngan sains ke inggeris…
Reply
Isu Bahasa ini menunjukkan betapa lemahnya pemimpin2 Umno. Walaupun UKM telah berjaya melonjakkan penggunaan Bahasa Melayu dialiran Sains dan Teknologi tetapi pemimpin2 ini terus tidak percaya akan keupayaan Bahasa mereka sendiri bagi mengharungi arus globasasi.
Seharusnya pemimpin2 Umno berusaha untuk memperkasa terus Bahasa tetapi Umno longlai ditengah jalan.
Ada beberapa sebab saya pikir menyebabkan Umno bertindak membelakangkan Bahasa sendiri:
1. Ketaatan kepada Inggeris masih menebal.
2. Ketidakupayaan mereka untuk memahami Bahasa Melayu dialiran Sains dan Teknologi.
3. Bagi melindungi anak2 mereka (future Umno leaders?) yang bakal memimpin parti Umno yang rata2 perpendidikan luar negara.
Calon BN Bt.Gantang berkata bahawa beliau memahami budaya penduduk setempat kerana beliau anak tempatan. Saya cabar beliau menyatakan pendiriannya terhadap isu Bahasa ini.
Orang2 Melayu diBt. Gantang disarankan tidak mengundi calun BN bagi ‘mengajar’ Umno menghormati Bahasa Melayu.
Ayuh, kita ‘gantung’ Umno diBt.Gantang.
Reply
Pemimpin UMNO berpendidikan barat dan anak-anak mereka juga dihantar di barat,kalau bersekolah di Malaysia mereka hantar di sekolah rendah dan menengah Antara bangsa (International School).Sebab itu sekarang dihalalkan sesiapa sahaja belajar di sekolah antara bangsa,dulu hanya untuk anak-anak dan kakitangan kedutaan asing sahaja. Bahasa ibunda mereka di rumah adalah bahasa Inggeris.
Para menteri kabinet dan pemimpin UMNO hanya bercakap melayu di Parlimen dan dalalm majlis rasmi yang dihadiri orang UMNO melayu kampung.Tetapi kalau majlis rasmi besar bersama dengan pegawai tinggi awam dan swasta,mukaddimahnya dalam bahasa melayu dan selepas itu bahasa inggeris,melainkan Tan Sri Mohamad Taib, Datuk Ali Rostam,Tan Isa
Samad, Datuk Mahadzir Khalid, Datuk Adnan Yaacob, Datuk Ahmad Said,Datuk Muhamad Hassan,Datuk Khir Toyol, Bong Mokhtar.Mohamad Aziz dan Datuk Noh Omar kerana mereka bersekolah aliran melayu ambil SPM dan STP dan belajar maktab perguruan/Universiti beraliran melayu.Mereka ini memang bersemangat melayu kuat.Tapi sebahagian pemimpin UMNO lain termasuk Najib, Mahyudin, Hisamudin, KJ, Mukhriz,Azalina,JJ, Rafidah, Shahrizat, mereka ini dimulut semangat melayu tetapi hancur dengan melayu.
Berbeza dengan pemimpin melayu PR,walaupun bersekolah Inggeris dari sek rendah sampai universiti, tetapi semangat untuk memartabatkan bahasa melayu kental seperti DSAI,Tan Sri Khalid, YB Azmin Ali,YB Datuk Johari Abdul,YB Zukifli Nordin, Datuk Kamaruddin Jaafat, Datuk Mustafa Ali, Datuk Wan Mutalib, Datuk Seri IR Nizar, YB Dr. Zulkifli, YB Dr Hatta, YB Ir Khalid Samad,YB Dr. Halimah,YB Datuk Dr Hassan Ali, YB Dr Syed Azman Nawawi, Dr. Rusli Yaacon dan ramai lagi.
Reply
Dear YAB DSAI,
I was hoping that you would be truly open if Science and Maths were taught in English. If you take all the subjects that are tuaght in school you will see that English, Science and Maths makes up to only 30% of what it is taught in English Language. The rest are still taught in Bahasa Malaysia. So why all the big noise? Isn’t it good that we prepare our future generation to master both languages? You speak wonderful English, do you deny the fact that it has serve you greatly? I was from a generation where the English language was the only one that was taught in English the rest was in Bahasa Malaysia. I write and speak well in English because it is my mother tounge. I am quite fair in speaking and writing in Bahasa. However i suffered through college as all subjects were taught in English as the formulas the we learn in Bahasa were now in English and it was difficult to decipher. I am proud that i speak another language other than my mother tounge which is our National Language.
So YAB better don’t politicise something that is good. Instead better you find credible leaders from Keadilan who can lead by example. I support the Pakatan Rakyet but looks to me right now PKR is the weakest link. We need better and not corrupt represantative fro PKR.
Have a nice day!
Reply
? Reply:
March 30th, 2009 at 4:46 pm
YUP, U ARE TRULY A SIMPLE MAN, MOST OF ALL IN UR LITTLE CRAMP MINDSET, JUST PUT OFF WRITING IDIOTIC COMMENTS & VOTE IN THE NEXT G.E FOR THE SIDE I.E UMNO CORRUPT REJIME & THEIR B.N COHORTS, WHICH CHOOSE TO BETRAY THE NATIONAL LANGUAGE OF MALAYSIA AS STATED IN THE CONSTITUTION, OTHERWISE JUST APPLY FOR ANOTHER CITIZENSHIP & BUGGER OFF, ‘NUFF SAID!
Reply
The Simple man Reply:
March 31st, 2009 at 4:20 pm
Who’s the one with the cramp mindset? having said that, i would steep to your lowly levels of your mindset.
YAB DSAI, your moderater should be sack!!! For allowing this. Anyway wasting my time replying. DSAI i believe you would have not answered like this. You are a better person.
Anyway all the best DSAI in the coming 3 elections!!!
Reply
? Reply:
April 1st, 2009 at 1:25 pm
THIS WEBSITE HAS THE BEST MODERATOR, ALL COMMENTS ARE ACCEPTED & THEN DEPENDS ON THE COMMENTATOR INTELLIGENCE THEMSELVES TO PUT OUT COMMENTS & DEFEND THEM, NOT THEIR FAULT IF U’VE BITTEN MORE THAN U CAN CHEW, SUCKER! :D
Isteri saya seorang guru dan pada mula-mula perlaksanaan PPSMI ini ramai guru di sekolah beliau mengajar, yang tidak mahir berbahasa Inggeris kecewa dan ada yang ingin berhenti dari menjadi guru Sains dan Matematik kerana kesukaran berkomunikasi dan kasihan melihat anak murid yang tidak mengerti apa-apa semasa pembelajaran. Setiap hari ada saja cerita berkenaan PPSMI diceritakan kepada saya.
Saya hanya mendengar dan tersenyum sinis kerana biasanya orang perempuan hanya mahu kita mendengar. Tetapi kalau setiap hari dia bercerita, nampak sangak kekecewaan beliau dan guru-guru lain ditempat beliau mengajar. Katanya yang banyak menyokong PPSMI ini hanya guru bukan mengajar Sains dan Matematik. Dan pada peringkat awal semua analisa prestasi nampak sangat sonsangnya.
Sebagai seorang Jurutera yang belajar di aliran bahasa Melayu pada peringkat rendah dan menengah, saya boleh bayangkan kesukaran guru-guru Sains dan Matematik ini.
Akhirnya saya luahkan juga kepada isteri saya perasaan saya sebagai rakyat biasa kesan dari PPSMI:
1. Saya jangka menjelang 10 – 15 tahun nanti semua professional akan menggunakan BI dalam urusan mereka, ketika itu BM sangat diketepikan.
2. BM tidak akan berkembang dan hanya sebgai bahasa pasar untuk golongan luar bandar dan sedikit menengah.
3. Saya percaya guru-guru tidak akan memberi maklumbalas yang sebenar kerana mereka yang mengajar akan diberi “allowance”, dan kemudahan. Ibubapa dan anak-anak pun lama-lama akan mula menerima BI sebagai media komunikasi.
4. Pada peringkat awal penngunaan PPSMI, tahap pengajaran Sains dan Matematik akan diturunkan ini barangkali akan memberi kesan kepada keupayaan Sains dan Teknikal dalam tempoh 10 – 15 tahun tahun akan datang….. (rasanya)
Tetapi yang lebih menyedihkan BAHASA MELAYU AKAN MENJADI MANGSA KEPUPUSAN SECARA PERLAHAN.
Abu Zaid.
Reply
TELAH SEKIAN LAMA SAYA TIDAK MENJENGUK “SANTAPAN BERGETAH” DARI BLOK SAUDARAKU ANWAR IBRAHIM…HANYA ISTERI HAMBA, KL…YANG SELALU “TANGKAP LINE” ! UNTUK MENJAMAH HIDANGAN ENAK DARI BLOG INI…
SESUAI DENGAN TAJUK BAHASA PUPUS ! AGAK “TERCARIK HATI HAMBA” AKAN BUNYINYA MADAH ! KESIAN DEK “BAHASA TUHAN” YANG NAK DIPERSIA-SIAKAN ! SEMUA BAHASA ADALAH BAHASA TUHAN KERANA LAHIRNYA DARIPADA “DIA YANG SATU”, DIA TUHAN !
NIKMAT JIKA DIPERSIA-SIAKAN…SUNGGUH “TIDAK MOLEK LAGI MUDHARAT BAGI KITA” KENAPA ?, WAHAI SAUDARA ”
KATA TUHAN, “MEMBAZIR ITU SAUDARA SYAITAN !”
NAH ! ALANGKAH RUGINYA KITA… JIKA SESUATU YANG INDAH, AYU, CUN-MELECUN…KATA, ONLY ONE ! DIBAZIRKAN TANPA MAHU DIENDAHKAN AKAN HADIRNYA DIA ! IBARAT ISTERI CANTIK YANG…SORRY ! TIDAK PANDAI “DIBELAI DAN DIMANJA”…! JIKA DIBELAI DAN DIMANJA…KAN KITA JUGA YANG UNTUNG !
APA CARA DAPAT KITA MANFAATKAN HADIRNYA BAHASA IBUNDA ! TAPI…SEBELUM ITU…!
MOHON… AGAR SAUDARA TIDAK TERSALAH ANGGAP AKAN KECINTAAN DIRIKU INI KEPADA BAHASA-BAHASA YANG LAIN KERANA SETIAP BAHASA SEPERTI KATAKU TADI…ZAHIRNYA IA DARI DIA “YANG SATU” ! SEMOGA MAKLUM OLEHMU, ADUHAI KAWAN !
1. SUDAH SEDIA MAKLUM BAHASA RESMI KITA RAKYAT MALAYSIA IALAH BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA…MAKA, MAJU TERUS ! MURNIKAN IA SETIAP KETIKA DENGAN “MELODI MERDU” DALAM TULISAN DAN PERBUALANMU…!
2. MINGGU BAHASA PUN SERING-SERING DIPAMERKAN DALAM JADUAL AHLI BAHASA… PROF. DR. ISMAIL HUSSIN, ORANG KAMPUNG DEN TU, MEMANG CUKUP MATANG DIA DALAM HAL INI…BAGUS BENAR DIA BERHUJAH SERTA TAJAM PEMIKIRANNYA… RASANYA, DIA MAMPU BUAT SESUATU !
3. JEPUN DENGAN KEMATANGAN DAN “KEAZAMAN KUAT” MENGUASAI BAHASA IBUNDA… MAKA, MEREKA BOLEH KITA JADIKAN CONTOH DALAM MEMPERKASAKAN BAHASA MALAYSIA !
4. TOLAK ANSUR DALAM BERKONGSI BAHASA NAMPAKNYA CUKUP “SARAT MENIMBA TUNTUTAN” ! SAUDARA KITA KAUM CINA BEGITU “BERTOLAK ANSUR” SEHINGGA MAHIR LAGI PETAH MEREKA BERBAHASA MALAYSIA ! DEMIKIAN HALNYA SAUDARA KITA YANG BERBAHASA TAMIL…LANCAR JUGA BERPETAH BAHASA MELAYU ! MAKA, KENAPA BAHASA MANDARIN DAN BAHASA TAMIL TIDAK KITA MAJUKAN SEBAGAI BAHASA PERBUALAN HARIAN, MISALNYA…SUPAYA LEBIH AKRAB KITA SESAMA KITA SERTA LEBIH MEMAHAMI BUDAYA BANGSA. BUKANKAH PERPADUAN ITU LEBIH UTAMA DALAM AGENDA “MENG-IN-TEAM-KAN”…SORRY ! BAHASA PASAR SIKIT ! IAITU MENYATUKAN HATI-HATI RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN PERPADUAN !
5. DI SEKOLAH-SEKOLAH…MUNGKIN…ALTERNATIF BAHASA PILHAN TAMBAHAN BOLEH DITAWARKAN KEPADA PELAJAR…WUJUDKAN KELAS-KELAS “BAHASA SAHABAT” SEBAGAI PROGRAM MENCERIAKAN PERSEFAHAMAN SESAMA KITA WALAUPUN BAHASA RESMI TERUS KITA KEKALKAN !
MUDAH-MUDAHAN “NIKMAT TUHAN” TIDAK KITA PERSIA-SIAKAN !
TERIMA KASIH !
Reply
menguasai pelbagai bahasa adalah amat penting. kurangkanlah mata pelajaran yang lain. itu tak sepenting bahasa!!! sekiranya pelajar kita dapat menguasai bahasa, dia boleh belajar apa-apa ilmu yang disukanya.
Reply
Dear DSAI
Please read my blog about this topic. If you truly care for the Malays and Malaysia, then you will support the teaching of Maths and English in English. Who says Malay kids cannot do it? I have taught many Malay kids before whose parents speak only Malay and they can do it. Do you know why Malays are having a hard time getting a job? It is because they are not good in their English. In fact, you should consider English Schools again for the sake of Malays and Malaysia.
Reply
? Reply:
March 30th, 2009 at 5:02 pm
ALLO CHONG, PAK NUAR IS JUZ THE OPPOSITION SO W.T.F UR WORRIED ABOUT?! AS MENTION U WONT VOTE PAKATAN AT THE NEXT G.E IF IT STILL SUPPORT ABOLISHMENT OF PPSMI SO JUZ DO THAT..! NO NEED TO PEE IN UR SHORTS, AS IT IS PPSMI LOVERS STILL HV THE UPPERHAND WITH UMNO CORRUPT REJIME & IT’S B.N COHORTS CURRENT STAND TO BETRAY THE MALAYSIAN CONSTITUTION!
MALAYSIAN IS NOT GETTING JOB FROM U JUZ FOR THE SIMPLE FACT OF ECONOMICS, UR JUZ A CHEAPSKATE, SAVING MONEY & HIRING CHEAP EXPAT LABOUR, GOTCHA!
Reply
svg Reply:
March 30th, 2009 at 6:11 pm
YES…i truly agree & support your comment….
Reply
YANG PENTING TIMBA LAH SEBERAPA BANYAK ILMU YANG KITA BOLEH TAK KIRA LAH DALAM BAHASA APA SEKALIPUN.
BAHASA MELAYU TAK KAN PUPUS SELAGI AWAK DAN SAYA BERBAHASA MELAYU SELAIN BAHASA BAHASA YANG LAIN.
JADI JANGAN PENING PENING KAN KEPALA. BANYAK LAGI PERKARA YANG LEBIH MENDESAK YANG ORANG MELAYU PERLU HADAPI DAN MENANGANI NYA.
HIDUP MELAYU….
“ILMU PENYULUH HIDUP “
Reply
kulup amrin Reply:
March 30th, 2009 at 4:36 pm
kita tidak menolak bahasa inggeris cuma kalau nak pandai dalam bahasa inggeris bukan belajar sains dan kira kira dalam bahasa inggeris bodoh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kalau nak pandai BI kena belajar bahasa inggeris maka satu pendekatan perlu di cari bagai mana nak meningkatkannya sama ada masa perpelajaran BI di panjangkan atau kelas BI diadakan pada hari tertentu sebagai contoh katakan pada hari Isnin semua sekolah di malaysia mengunakan bahasa inggeris sepenuhnya bila berada di sekolah. atau sebagainya perbanyakkan program yang mengunakan BI bukan g belajar sains dan kira kira pap kemendanya kesitu pulak bodohnya TDM dan Tok mudin ni!!
Reply
SIR ABU. Reply:
March 30th, 2009 at 5:44 pm
ADIKKU ILHAM, HAL BAHASA YANG EKAU SEBUT TU, ABANG SOKONG KAMU 100% ! LULUS TERPACAK ! TAPI, ADA SIKIT “TERTITIS CUKA” DALAM MADAHMU SEBENTAR LALU…IAITU HAL…MAAF LE TERPAKSA JUGA TAIP KATA-KATA ADIK HAMBA INI…”HIDUP MELAYU”…MELODINYA AGAK “KURANG MERDU” DI TELINGA ABANG !
KATA-KATA ITU BAGAI SETIIS WARNA HITAM DI KANVAS YANG PUTIH ! KALU HIDUP MALAYSIA RASANYE…AGAK MURNI ! JIKA KAMU SEBUT…HIDUP AKU ! LANGSUNG TAK BAGUS !
SEBUTLAH…HIDUP BANGSAKU ! LEBIH UMUM DAN MERIAH SIKIT, AGAKNYE !
Reply
I am writing to you as a parent. I am with using Eng.Language for Maths & Science. Why cant you and ppl who think alike see that only 2 subjects well along with the Eng Language is in English, the rest of the subjects are in MAlay???? Teachers today need to be alert and open about teaching , it should be a challenge to them to teach in English.if they give up and cant be bothered what happens to the students?
For the betterment of my child i want it to continue as it is, it doesnt make us less Malaysians.infact i am proud to be a Msian and able to speak, read and write 2 languages fluently.
For BM I must thank my Dad( yes I am a non-Malay who converses in Malay with my Dad as he comes from one of the East state), all my kampung friends and my teachers, and for English to my late Mum and the superb nuns,GOd bless their soul.
I cant understand we non-Malays can master more than 2 languages and few dialects and Malays are finding it so hard just to understand another language apart from their mother tongue? Why is that? My Malay friends form my era are good in 2 languages so what is the problem with the Malays now?
it doesnt make anyone of us less MSian by learning something else .we are only gaining not losing. being Malaysian runs in our blood,it cant be measured by the amount of Malay language knowledge.
for your info, i find it hard to tutor my child on the Malay language cause the standard is way too high but do hear us complaining? We dont, we make sure our kids score as it’s vital, we push our kids to excellence. the standard is so high that the kids dont even enjoy learning the language as I did when i was at their age.but what can be said, we have no choice so we will make sure they do well. take that spirit from us, shape up the Malay teachers and students and prove to urselves nothing is impossible.
Reply
? Reply:
March 30th, 2009 at 5:17 pm
PLZ UNDERSTAND THE ISSUE CLEARLY, IT NEVER WAS THE INTENTION IN ABOLISHING PPSMI THAT LEARNING ENGLISH @ OTHER LANGUAGES IS ALSO ABOLISH, IF THE EDUCATION MINISTRY WOULD RESEARCH & PROPOSE ALTERNATIVES IN ENSURING ENGLISH LANGUAGE IS MASTERED IN WRITING & ORALLY, WHY NOT? BUT AS DISCOVERED THE IMPLEMENTATION OF CURRENT PPSMI IS HALF BAKED AS USUAL WITH B.N’S GOV. USUAL WAY, RESULTING IN UNCHECKED SPENDING OF FUNDS FOR TEACHING TOOLS WHICH BENEFITED B.N CRONIES HUMONGOUSLY, UNPREPARED TEACHERS (SILENCED WITH SPECIAL ALLOWANCES) RESULTING IN DISASTROUS RESULTS ESPECIALLY RURAL STUDENTS, ETC…
‘NUFF SAID…
Reply
Luna Reply:
April 1st, 2009 at 11:00 am
the usage of English Language for MAths And Science started if am not mistaken around 2003/2004 but why is only now it has become a big issue? those teachers who are receiving bonus for teaching in English should know they have to contribute to the society , where is the use of the teachers oath?
everyone goes around bickering ‘oh poor rural kids, they cant grasp the Eng. Langauge’ but yonks years agoe before BM became the medium of the education syllabus, it was English, there were oh so many rural kids,didnt they do well? i grew up in a kampung along with my Malay friends, they all did well in school some of them are very succesful in life and most dont stay in Msia anymore.
if there is a will there is a way. somehow i see some quarters of ppl are trying to use the BM laguage as a mean of control. knowing English also opens a window of opp. for rakyat to read and learn more, perhaps that is what that discourages some quarters. I hope in my heart its not such a case.
Buka lah minda anda:) polisi untuk mengajar dalam Bah.Inggereis telah ditetapkan tetapi implementasinya tidak dilakukan-di situlah terletak masalahnya. kalau Kementerian Pendidikan dapat mengatasi masalah ini, budak kampung atau pun bandar tidak akan ketinggalan di dalam apa-apa.
We can improvise and iron the problems out before making it ultimate decision to scrap it off.dont make this into a racist and sensational issue-look beyond the horizon ,for the sake of our children.
Cheers
LUna
Reply
? Reply:
April 1st, 2009 at 1:43 pm
IT WAS ALREADY AN ISSUE BACK IN 2003 , THE SAME NGO’S & MALAYSIA LEARNED SCHOLARS ALREADY SENT MEMORANDUM & PROPOSED ALTERNATIVES BUT THE THEN ALMIGHTY MAHADEAD JUZ BULLDOZED IT ON HIS WHIM, THATS WHY U NEED TO RESEARCH THIS ISSUE FIRST & NOT PUT OUT HALF BAKED POINTS HERE!
IF U STILL PERSISTENT ON SUPPORTING PPSMI PLZ POINTS OUT NUMBERS BACKING UP UR CLAIMS THAT “before BM became the medium of the education syllabus, it was English, there were oh so many rural kids,didnt they do well?” , NOT JUZ ASSUMPTIONS, OK?!
TTP SY JUGA LIHAT AWK MENGAKUI TNTG KELEMAHAN2 BESAR YG KETARA DLM PERLAKSANAAN PPSMI, SPT KEBYKAN RANCANGAN2 KERAJAAN UMNO PMPINAN MAHADEAD & PENERUSNYA PAK leLAH.. SEHINGGA KINI SETELAH UJUFDNYA PECAHAN PADA RAKYAT MALAYSIA YG MENYOKONG & MENENTANG PPSMI, APA RESOLUSI DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN? ZERO, NIL, ZILCH!
OUR CHILDREN NEED TO LEARN WHATS THE ACTUAL MEDIUM TO INTEGRATE RACIAL HARMONY IN MALAYSIA, & ITS NOT ENGLISH OR ‘BAHASA ROJAK’! THEN WE CONQUER THE WORLD WITH OUR OWN IDENTITY!
malaysian Reply:
March 30th, 2009 at 6:17 pm
YES…me too non malay…but i can converse malay,english,tamil very well.at same time i can coomunicate in japanese since i was in japan for 21 months.Why cant malays failed to absorb other language? at home we use to converse in Malay & english and tamil aswell. Just try to call any government agencies & talk to them in english……its totally broken english…becuse government agencies 98% are malays.
Reply
? Reply:
March 31st, 2009 at 10:45 am
DO U KNOW UR NATION’S CONSTITUTION OR NOT, WHY WOULD ANY MALAYSIAN USE ANY OTHER LANGUAGES BESIDE B.M TO CONDUCT THEIR BUSINESSES WITH MALAYSIAN GOVERNMENT OFFIC1ALS?! W.T.F!!!
Reply
tidakkah tindakan orang melayu yang ’sembah derhaka’ kepada rajanya tidak menjatuhkan martabat bangsa?…….
Reply
? Reply:
March 30th, 2009 at 5:19 pm
KIGHA NASEB BAEK LA DPT SEMBAH DERHAKA, ELOKNYA BAGI ‘SMACKDOWN’ JE, ORG MELAYU YG TEKETOR2 PALA LUTUT KENA UGUT ILANG KONTRAK GAMUDA TU LAGI PATUT MALU!
Reply
mari2 orang2 melayu…jgn layan orang pembangkang yang tolol2 dan banggang dalam hidup yang tak mahu kan kemajuan dalam kehidupan…ayuh orang2 melayu….hidup umno….hidup najib!!1
Reply
? Reply:
March 31st, 2009 at 10:35 am
ORG GILA NI ASEK SILAP BLOG JE, NTAH2 BLOG NAJISB BINI ROSMAH PON DAH X TERIMA SPESIS ORG GILA NIH TU YG MEROYAN SESAT KAT SINI PLAK! :D
Reply
kyrul Reply:
April 2nd, 2009 at 10:34 am
ntak owang mental manew yang tersalah blog nie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply
Yang dirisaukan bukan Bahasa Melayu akan pupus, sebab selagi orang Melayu bercakap Melayu, maka Bahasa itu akan tetap ada, tapi yang dikhuatirkan tentang peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan semakin hilang kerana dasar PPSMI melibatkan mata pelajaran sains matematik dan teknikal yang mana penciptaan istilah dalam bidang berkenaan tidak lagi perlu dalam bahasa Melayu. Oleh itu 20 hingga 30 tahun lagi orang tidak lagi hormat kepada bahasa Melayu kerana bahasa ini bukan lagi bahasa ilmu. Oleh itu PPSMI akan memusnahkan bahasa Melayu yang akhirnya akan menjadi bahasa pasar semata.
Reply
? Reply:
March 31st, 2009 at 10:41 am
YA, BETUL SEBETUL2NYA !!!
Reply
maksudnya…org melayu akan mundurla sekiranya keistimewaan dihapuskan……tak bole derdikari macam cina la…..
Reply
? Reply:
March 31st, 2009 at 10:39 am
YA BTOL! SELAGI REJIM UMNO KPRUP BERKUASA ITULAH AGENDA YG AKAN DI TERUSKAN, PEMBERIAN ‘TONGKAT’ SUBSIDI BUAT GOLONGAN MELAYU MARHAEN MANAKALA PEMIMPIN2 KORUP MENDAPAT KERETA2 MEWAH ‘SUBSIDI’ PULA!
Reply
Adakah menjadikan BM sebagai bahasa intelectual itu penting sangat ? Atau sebagai slogan bagi pihak tertentu untuk memupuk idea kekaumman ?, adakah ini reality, dimana bangsa yang mengunakan bahasa ini kian jauh daripada aliran antarabangsa, tidak mementingkan demokrasi, tidak mementingkan kemanusian, jadi tak perlulah kata ada apa-apa sumbangan intelektual kepada arena antarabangsa, ini bangsa yang mundur, dan masih tidak lagi sedar. Yang itu hendak mengembang bahasa bangsa tertentu adalah tertakluk kepada bangsa yang menggunakannya, bukan sekadar interpret apa yang orang kata, tapi mencipta yang baru. Adakah kebanyakan kaum disini mencipta bersungguh-sungguh, adakah mereka masih menlihat menderharka sultan itu satu isu ?
Reply
ALI RUSTAM PUN TAK TAHU CAKAP INGGERIS AMACAM ? SEBAB TU LAH DIA TAK DAPAT BERTANDING. CUBA BAYANGKAN DIA MENANG TIM.PRESIDEN UMNO MERANGKAP TIM. PERDANA MENTERI. DAN WARTAWAN DARI LUAR NEGERI TANYA SOALAN DALAM BAHASA INGGERIS CAMNA DIA NAK JAWAB? MAKA DIA JAWAB LA… LAHABAU KAU ULAR MELENKAU ATAS PAGAU… LA! KESIAN ORANG MELAKA AGAKNYA DIA BOLEH CAKAP PORTUGIS TAK?
Reply
ppsmi……………….tanpa perancangan
yang diraNcang ialah duit……………
laptop 1 unit harga 7RIBU…………….
HA satu malaysia dah berapa juta?
itu yg kenyangkan umno………………tu baru 1 item
lain2 jawablah sendiri
Reply
DUN / MP kosong gantikan sahaja
Kerajaan jangan membazir wang kerajaan dengan mengadakan pilihanraya kecil.
Kalau mana-mana DUN / MP kosong atas apa sebab pun gantikan sahaja pemenang yang dekat sekali. Ubahkan undang-undang jika perlu. Gantian in adalah secara otomatik
zai.5812@yahoo.com
Reply
Bolehkah kita mempelajari nahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu menerusi pengajaran subjek Sains dan Matematik. Adakah memadai mempelajari suatu bahasa hanya di sekolah, iaitu suatu pembelajaran terhenti atau tidak berterusan hingga ke tua? Ikuti pandangan YM. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid di YouTube (klik di sini)
Yang mana kita perlukan Resolusi Bahasa atau Revolusi Bahasa? Revolusi Bahasa adalah satu ideologi, cadangan dan juga desakan oleh seorang bekas hakim bernama Mokhtar Hj. Mansor menerusi suratnya kepada PM dan menteri-menteri sekitar tahun 1990 yang mendesak supaya pelajaran subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dakwaannya bahawa pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat melonjakkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek ini mula mendapat perhatian umum terutama menteri-menteri menerusi bukunya “Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi” (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).
Sedikit mengenai pembohongan Mokhtar Hj Mansor, sila layari blog ini : http://mokhtarmansor.blogspot.com/.
Reply