Archive for March 28th, 2009

28 March 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Laman Majlis Peguam Malaysia

On Tuesday, we read about the call for change and improvement by our leaders.

However, just a day or two before that, we also read about the suspension of Harakah and Suara Keadilan, the denial of media accreditation for the Umno General Assembly to The Malaysian Insider, Malaysiakini, the Nutgraph and three others, the breaking up with tear gas of the PKR rally in Bukit Selambau (and the arrest of 21 people) and, of course, the charging of Karpal Singh with sedition.

So why is there this terrible disconnect between what our politicians are saying and what is happening on the ground? Is this a case of over-zealous functionaries trying to second-guess the powers that be? If that is the case then it is easily remedied by immediately reversing these orders. However (as I suspect it is), if these orders have the approval of those at the top, then this is a case of a serious mismatch of word and deed.

(more…)

28 March 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Halik Zaman menulis:

Setelah saya diaibkan, dihina, dicerca dan dinafikan jasa dan kerja kuat saya kepada PKR Bahagian Sepanggar Kota Kinabalu dalam satu seminar/kursus semua Setiausaha Setiausa Kerja PKR Malaysia diKuala Lumpur baru baru ini oleh Setiausaha Agung PKR Pusat Dato Salehuddin Hashim tanpa kehadiran saya, patut kah saya ambil keputusan:-

a. Berhijrah kesalah sebuah parti ” keluarga Pakatan Rakyat?”

b. Patut kah saya meletak jawatan?

c. Patut kah saya menyertai SAPP?

d. Patut kah saya keluar dari menjadi ahli PKR? (tidak berparti)?

Kesalahan saya:- Cuma menegur kepada Setiausaha Agung PKR Pusat Dato Salahuddin Hashim agar bertimbang rasa kepada semua Bahagian Bahagian PKR Sabah, membawa perwakilan 12 orang dan pemerhati pemerhati keKongres PKR diKuala Lumpur dengan semua perbelanjaan kapal terbang,hotel, makan minum, tambang kenderaan (taxi atau bus) ditanggung oleh Bahagian Bahagian PKR Sabah sendiri.

Harapan saya untuk mendapatkan pandangan dan nasihat, walaupun pandangan dari seorang individu sahaja, saya sangat alu alukan dalam masa saya sangat sangat memerlukan nasihat dari sahabat sahabat saya.

—–

Saudara Datuk Halik,

Cara sebaiknya adalah utk mendapatkan penjelasan dari Setiausaha Agung. Pandangan yang disuarakan olih pimpinan mungkin dipersetujui atau dibantah dalam forum.

Tidak semua kenyataan Pimpinan Pusat, Negeri atau Bahagian dianggap tepat atau disenangi. Kita mungkin saja menuntut penjelasan atau bantahan. Namun ia tidak wajar menimbulkan keretakan atau mengheret kita keluar gelanggang.

ANWAR IBRAHIM

28 March 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya sempat bersama Menteri Besar Perak yang juga calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Bukit Gantang Dato’ Seri Nizar, Dr. Lee Boon Chye, Hj Ismail, Hj Osman dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Sapetang. Antara lain saya mengupas ketenatan ekonomi negara mutakhir ini. 60 billion melalui Pakej Ransangan Ekonomi Kedua nyata gagal merangsang pertumbuhan ekonomi mikro.

Saya tekankan peri penting pesanan Confucius mengenai konsep Ta Ren (great leaders) melalui gagasan karamah insaniah. Ini garapan yang perlu terhasil melalui kepimpinan negara yang harus peka pada masalah rakyat.

Pun begitu, masalah rakyat bukan wacana utama yang dikupas di Perhimpunan Agung Umno. Yang diwar-war adalah ketuanan Melayu,  yang dimenungkan ialah lagak pimpinan Umno yang kaya raya bertempik soal Melayu. Yang dikisahkan serangan peribadi, membungkam rakyat dengan gegak gempita ‘Hidup Melayu’ yang tidak berkesudahan, walhasil majoriti Melayu termasuk di Bukit Gantang hidup merempat, rakyat seluruhnya kian meluat!

Namun buat rakyat, Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Dayak – boleh bedakan kekayaan melimpah pada sagelintir dengan kehidupan mereka sebagai peladang, nelayan dan pekerja.

Alahai, buat ketiga kalinya saya dilarang dengan kepungan polis dari menjejak ke tempat ceramah di Bukit Gantang. Maafkan saya. InshaAllah saya akan kembali satelah penamaan calon kelak.

ANWAR IBRAHIM