10
Mar
09

Pertemuan Abdullah-Anwar: Makan Tengahari Untuk Keamanan!

Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Saya menyangkal dakwaan Sayuti Omar (MSO) di blog beliau yang menyatakan bahawa PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar berunding di Hulu Langat.

Kehadiran kedua-dua pimpinan adalah di atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub (yang lebih selesa dikenali dengan panggilan Tok Ayah) bersempena dengan majlis Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor.

Program yang dimulakan sejak daripada awal pagi turut diisi oleh para penceramah jemputan khas dari dalam dan luar negara termasuk saya sendiri. Yang menarik ialah ucapan Sami Di Raja Thailand yang memberikan beberapa dimensi yang menyegarkan mengenai keamanan sejagat. Pada beliau setiap insan itu dijadikan dengan kejadian yang sempurna bertujuan untuk bersama-sama menjadikan dunia ini satu tempat kediaman yang aman bagi seluruh ummat manusia.

PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar telah dijemput untuk makan tengahari bersama-sama para jemputan termasuk para ulama’ Asia Tenggara. Selepas dari itu, kedua-dua mereka bersolat zohor secara berjemaah dan kemudiannya disusuli dengan ucapan PM Abdullah serta tazkirah daripada Tok Ayah. PM Abdullah mengingatkan para jemaah kepentingan untuk ta’awun di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umat manakala Tok Ayah menegaskan tentang kewajipan pemimpin negara untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. (baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur).

Apapun saya setuju dengan MSO, pertemuan hari ini mempunyai sejarah yang tersendiri.



tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini menandakan kejayaan perjuang2 reformasi & kuasa rakyat!
5 minutes ago
tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
34 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
43 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
46 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031