Archive for February, 2009



20
Feb

Laporan Polis Ke Atas Gani Patail dan Musa Hassan

LAPORAN POLIS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
20hb Februari 2009

—————————

Saya, ANWAR BIN IBRAHIM, merujuk kepada LAPORAN SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT KECEDERAAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMASA DALAM TAHANAN POLIS (Suruhanjaya Tersebut) yang telah dipersembahkan kepada DYMM SPB YANG DIPERTUAN AGONG PADA 6 APRIL 1999.

Saya melaporkan bahawa Laporan Polis Travers Rpt:3977/98 yang dibuat pada jam 2.00 pagi 21.9.1998 oleh ACP Koh Hong San (kini Commissioner Datuk Koh Hong Sun) (“Koh”),mengandungi maklumat palsu bertulis yang direka. Sekalipun menyedari Laporan Polis ini mengandungi maklumat yang palsu berkaitan perkara yang mustahak, Koh telah menggunakannya dalam suatu prosiding penghakiman sepertimana ditunjukkan sebagai Ekshibit A1 Suruhanjaya Tersebut.

 Dakwaan ini saya buat adalah berasaskan maklumat dalam pengetahuan saya sendiri dan keterangan dokumen dan penemuan yang direkodkan dalam Suruhanjaya Tersebut antara lainya yang penting seperti berikut:

Continue reading ‘Laporan Polis Ke Atas Gani Patail dan Musa Hassan’

20
Feb

Kenyataan Media Berhubung Laporan Polis Ke Atas Gani Patail & Musa Hassan

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
20 Februari 2009

1. Saya telahpun membuat laporan polis ke atas Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 1hb Julai 2008 berhubung pembabitan mereka di dalam memalsukan bukti/keterangan penyiasatan kes serangan Rahim Noor ke atas saya.

2. Saya kesal kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenal sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, walaupun sudah 8 bulan berlalu.

3. Kita diberitahu oleh Menteri di JPM Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, bahawa kertas siasatan tersebut sudah pun berada di Kamar Peguam Negara. Kita merasa ragu akan kebebasan siasatan tersebut kerana Peguam Negara sendiri terbabit sebagai mereka yang berkonspirasi memalsukan bukti.

4. Maklumat terperinci pembabitan Gani Patail berhubung penyiasatan polis itu telah didedahkan dalam penyata tuntutan yang difailkan oleh Dato Mat Zain(pegawai penyiasat di dalam kes saya) dalam satu tuntutan sivil beliau ke atas saya. Penyata tuntutan tersebut mengesahkan peranan Gani Patail dan Musa Hassan dalam episod tersebut.

5. Maklumat tersebut bersama analisis penjalanan prosiding Suruhanjaya Di Raja menjelaskan segala-galanya pembabitan Gani Patail dan Musa Hassan di dalam memalsukan bukti dalam kes yang lain.

6. Fakta/ Maklumat tersebut juga menunjukkan pembabitan mereka bersama pegawai polis kanan di dalam memalsukan satu laporan polis (Laporan Travers 3977/98) berhubung penahanan saya oleh ACP Koh, pegawai yang bertanggungjawab menahan saya, pada jam 2 pagi, 21hb September 1998. Laporan tersebut menyatakan saya ditahan di bawah ISA, bukannya kerana kes tuduhan liwat seperti yang dinyatakan oleh Koh beberapa jam sebelumnya di rumah saya. Ini dilakukan kerana mereka bertujuan menyembunyikan kecederaan saya dari diketahui umum, serta memastikan saya tidak perlu dihadapkan ke mahkamah sesegera mungkin.

7. Gani Patail dan Musa Hassan adalah mereka yang terlibat dan masih diberi kepercayaan mengetuai institusi penting di negara ini.

8. Hari ini saya membuat laporan polis berhubung pembabitan mereka di dalam konspirasi yang menyebabkan Koh membuat satu laporan palsu ke atas saya pada 21hb September 1998. Ini mengesahkan peranan mereka dalam konspirasi di sebalik laporan polis palsu yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.

9. Saya meminta satu tindakan segera diambil berhubung laporan polis yang dibuat oleh saya pada 1hb Julai 2008.

ANWAR IBRAHIM

Continue reading ‘Kenyataan Media Berhubung Laporan Polis Ke Atas Gani Patail & Musa Hassan’

20
Feb

Hisham: Pertahan institusi Raja Melayu hingga titisan darah terakhir

Malaysiakini | 20 Februari 2009

Kira-kira 2,000 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi bagi menyatakan taat setia kepada institusi Raja-raja Melayu.

Majlis yang dinamakan menjunjung kasih setia Tuanku itu dihadiri oleh pemimpin utama Pemuda BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Continue reading ‘Hisham: Pertahan institusi Raja Melayu hingga titisan darah terakhir’

20
Feb

Dr Khir dituduh ‘cakap tidak serupa bikin’ isu foto Eli

Malaysiakini | 19 Februari 2009

(Klik pada gambar untuk melihat imej lebih jelas)

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap “cakap tidak serupa bikin” apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto separuh bogelnya.

Bekas menteri besar itu tidak mengambil sikap sedemikian apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.

Continue reading ‘Dr Khir dituduh ‘cakap tidak serupa bikin’ isu foto Eli’

19
Feb

Nota Ucapan Menjunjung Kasih Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong

DRAF NOTA PEMBUKAAN TEKS UCAPAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG OLEH: YANG BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Tan Sri Yang Di- Pertua,

Dengan penuh tanggungjawab saya Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang, berdiri di sini untuk membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tan Sri Yang Di Pertua,

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan, seharusnya memandang serius jika terdapat kecurangan serta pelanggaran ke atas prinsip-prinsip demokratik.

Continue reading ‘Nota Ucapan Menjunjung Kasih Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong’

19
Feb

Speech by Anwar Ibrahim at the Bankers Club luncheon 19th February 2009

In my last major economic address in Hong Kong in September last year at an international conference on global finance, I said that Hayek the late Nobel laureate for economics was history. I was told I was courting trouble saying such a thing and that I would come under attack by free marketers, liberals and libertarians who believe in the-be all and the-end all of free market capitalism.

On the other hand, John Maynard Keynes, from which I drew inspiration in my time as Finance Minister, was a firm believer in the need for pump priming when the chips are down. It was incumbent on the state to do something when the economy was heading southwards. Hayek’s credo on the other hand was that those who live by the market must also die by the market.

So when I said that Hayek is history it was of course not just taken from my hat but was in reference to the multi-billion dollar bailout that was on the table then before the U.S. Congress, before the election of Obama. And now that reference too is history as just the other day Congress passed the biggest stimulus package since the great Depression.

Continue reading ‘Speech by Anwar Ibrahim at the Bankers Club luncheon 19th February 2009′

19
Feb

Pak Lah: Mereka berniat gulingkan BN

Malaysiakini | 19 Februari 2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi rakyat di negeri berkenaan.

“Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak,” kata Perdana Menteri.

Continue reading ‘Pak Lah: Mereka berniat gulingkan BN’

19
Feb

Sabah government to replace Perdana cars with Volvos

The Star | Feb 19, 2009


KOTA KINABALU: The Sabah government is replacing part of its Proton Perdana official cars with Volvo cars because they will be cheaper to maintain.

Chief Minister Datuk Musa Aman said the Volvo cars, to be acquired by state government-linked Angkatan Hebat Sdn Bhd, would be used by the 12 ministers and 16 assistant ministers.

“Senior civil servants, including the permanent secretaries in the various ministries, will continue to use the Proton Perdana cars,” Musa said after the Cabinet meeting yesterday.

19
Feb

Takziah Atas Pemergian Datuk Ibrahim Hussein

Saya menerima perkhabaran duka pulangnya kerahmatullah pelukis Datuk Ibrahim Hussein awal pagi tadi akibat serangan jantung. Di kalangan para seniman, Allahyarham dikenal sebagai “Ib”.

Bila mana kita berbicara perihal seni lukis moden, semestinya nama Allahyarham tak mungkin dipinggirkan. Sepanjang ingatan, kali pertama saya bertemu dengan Allahyarham ialah ketika mana saya memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) di kediaman abangnya, Datuk Ismail Hussein. Beliau menjelaskan kepada saya teknik lakaran dalam seni lukis.

Sewaktu saya menjawat Timbalan Perdana Menteri, kami turut mengadakan beberapa pertemuan – termasuk membicarakan rancangan galerinya di Langkawi (kini dinamakan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein).

Ben Okri, novelis terkenal (yang menulis novel Famished Road) tatkala ngobrol dengan saya saketika dulu juga menanyakan perihal rakannya “Ib”.

Lebih satu bulan dulu, kami bersembang panjang tentang isu seni lukis dan budaya di rumah jiran kami di Segambut. Hanya ketika itu terserlah pendiriannya yang menginginkan perubahan di negara ini.

Kecemerlangan Allahyarham turut mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui penganugerahan ‘Crystal Award World Economic Forum’ di Switzerland (1997), ‘Order of Bernado O’ Hinggings dari kerajaan Chile (1995) dan juga ‘Order of Andres Bello Venezuela’ (1993).

Saya dan Azizah serta seluruh pimpinan KeADILan merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga dan kaum kerabat Allahyarham atas pemergiannya. Semuga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin.

ANWAR IBRAHIM

19
Feb

Anwar promises proof of BN blackmail

The Malaysian Insider | Feb 18, 2009

KUALA LUMPUR, Feb 18 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim says he will expose how threats and inducements are used against Pakatan Rakyat state assemblymen and members of parliament in his speech in parliament tomorrow.

“I am going to show proof of blackmail in my parliament speech tomorrow,” the federal representative for Permatang Pauh told reporters today.

Continue reading ‘Anwar promises proof of BN blackmail’

19
Feb

Zambry gelabah, mahu ambil tindakan undang-undang

Sumber: Malaysiakini | 19 Februari 2009

Menteri Besar Kerajaan Barisan Nasional Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.

Continue reading ‘Zambry gelabah, mahu ambil tindakan undang-undang’

19
Feb

Mukhriz Mahathir , Khairy Jamaluddin & Khir Toyo

Oleh Hanief

Sila rujuk di sini untuk melihat kaitan dialog di bawah.

Mukhriz: Saya mahu menegakkan syi’ar Islam.
Hanief: Ajar bini hang pakai tudung dahulu.

Continue reading ‘Mukhriz Mahathir , Khairy Jamaluddin & Khir Toyo’