Archive for February 28th, 2009

28 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Hadirin Sekalian,

Himpunan hari ini menjadi bukti kepada bulatnya tekad serta matlamat kita semua untuk berbakti kepada negara dan rakyat negara ini. Bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita akan pastikan Perubahan mengambil tempat dan menyempurnakan janji untuk membawa Harapan Baru kepada negara ini.

Tidak lama dahulu ramai yang percaya parti ini tidak ada masa hadapan. Mereka mentertawakan hasrat serta cita-cita kita. Muncullah nujum-nujum politik yang meramalkan kepupusan PKR kerana tidak percaya politik baru yang kita bawa; sebuah negara yang benar-benar bersatu dan tidak terperangkap dengan politik sentimen perkauman yang sempit.

Kepada rakan-rakan sekalian percayalah bahtera perjuangan ini tidak akan karam. Jangan sesekali keutuhan tekad perjuangan kita melonggar lemah.

Kepada mereka yang masih tersemat keraguan, percayalah kepada keluhuran akal budi rakyat, bukannya nujum-nujum yang sebenarnya masih terus mendokong regim korup. Parti ini sudahpun memasuki tahun yang ke 10 dan perjuangan kita mulai menunjukkan hasil. Yakinilah haluan tepat negara ini berada di tangan kita.

(more…)

28 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

sivakumar and perakUsul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

(more…)

28 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam saya menerima undangan makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman beliau. Saya kembali ke Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid di Pejabat Ketua Pembangkang.

Sejurus kemudian saya diminta segera turun ke Dewan kerana saudara Karpal Singh mengemukakan bantahan atas tekanan dan ugutan oleh pimpinan Pemuda UMNO Selangor. Saya terkejut dengan gelagat sebahagian ahli parlimen UMNO-BN yang memandang enteng serangan tersebut malah melalak menafikan ruang untuk saudara Karpal dan rakan lainnya berhujah.

Dalam keriuhan tersebut saya bangun dan diberikan ruang oleh Speaker. Saya tidak menuding kepada ahli parlimen UMNO. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin memberikan jamninan bertindak. Maka kami keluar untuk memberikan kenyataan bersama kepada media. Dan selanjutnya ke pejabat Speaker menggesa beliau bertindak segera secara tegas.

Maka berakhirlah satu lagi babak keji dalam sejarah Parlimen – bersambung dari drama pembunuhan, ugutan, penculikan, rasuah dan akhirnya hingga ke kawasan Parlimen.

ANWAR IBRAHIM