—KENYATAAN MEDIA—
23 Februari 2009
KAJI SELIDIK DAN KEMASKINI REKOD PERAKAUNAN PNSB
SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran Kerajaan serta pengendalian anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.
Baru-baru ini, Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah diantara tahun 2006-2007.


















