18
Feb
09

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN

Malaysiakini | 18 Februari 2009

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Dipanggil beri keterangan

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya – termasuk tiga calon bebas – manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Speaker: Ada kes prima facie

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

“Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

“Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri,” kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Khabar angin tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.


37 Responses to “MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN”


  1. 1 sufferfly Feb 19th, 2009 at 12:42 am

    kasi malu sama dia…….
    ape nak buat depa ni memang muka tak tau malu…..

    Reply

    aku Reply:

    bila pr main kotor semua ok je…
    aku heran nape rakyat malaysia jadi bangsa yg taksub….
    kalau macam ni lebih bagus kita dijajah semula,,,,
    biar sedar skit diri korang yang tak kenang budi….

    Reply

    hati putih Reply:

    cara ko menulis memang menunjukkan pemikiran org yang tak berpelajaran. ko main tulis je, tak nak research langsung. sebelum tulis pastikan ko tau isunya. jgn buat diri ko nampak bodoh

    Reply

    anor Reply:

    betul hati putih, si aku nih tak heran kat diri sendiri ke, org semua dah celik dgn keterukan pemerintahan BN, dia masih lg dok rasa BN tuh bagus.. baca buku sikit adik oi…

    Engkuli Reply:

    Ditujukan khas kepada ‘aku’;

    Sila rujuk semula setiap peristiwa bagaimana kerajaan BN Perak alias kerajaan haram sekarang ditubuhkan… Kemudian, rujuk buku perlembagaan Malaysia. Jangan main bantai saja!

    Reply

    sufferfly Reply:

    TAKSUBnyeeer aku…..
    hehehee…

    Reply

  2. 2 datoseri Feb 19th, 2009 at 12:59 am

    Excellent!

    This not only tells the Sultan not to meddle with the politics to his liking and being bias, also give the UMNO/BN their own medicine.

    I bet Najib is now having late night meeting with all his advisors on how to counter back. Hope PR will be a step or two ahead and be ready for their dirty tactics.

    YAB Nizar, YB Speaker V.Sivakumar, and Team, fight on!

    Reply

  3. 3 Safari Klang Feb 19th, 2009 at 1:25 am

    Thats good. If the law allows it, use it to our advantage. It’s the same law that they claimed allowed them to proceed with the swearing in ceremony the other day. Oops, looks like check mate !! Unless Najib The Magician got some other tricks under his sleeves. Not much comments from the dumb ass regarding the matter lately. Maybe trying to be careful till he officially become PM.

    Reply

  4. 4 storm62 Feb 19th, 2009 at 1:29 am

    syabas YB DAP V.Sivakumar, berani kerana benar!

    tapi aku harap YB kena bawa lebih bodygaurd jika kemana2 juga, takut nanti jadi macam si Bala jugak…hilang begitu sje. sebab puak zalim UMNO ini sanggup buat apa2 sje.

    esuk pulak panggil anjing2 polis dan FRU sekat pintu masuk SUK, jangan kasi masuk exco2 haram BN itu. kita tunggu dan lihat apa najis mongolia akan buat dan bertindak. mungkin dia nak memberontak kot?

    Reply

    heran Reply:

    nak memberontak?jom aku dah sedia tikar bantal.kita baring lagiiii…

    Reply

  5. 5 CUCU TOK KEDU Feb 19th, 2009 at 1:44 am

    Satu jalan saja untuk nak masuk dewan! Jumpa Jkk kampung minta pinjam dewan orang ramai! Itulah tarafnya kalau tubuhkan kerajaan haram!

    Reply

    Malaysian Sabah Reply:

    setuju 100% cucu tok kedu

    Reply

    piko Reply:

    syabas Tn Speaker.. Jgn gantung 18 bulan tapi seumur hidup mereka ni.. Pei minta Umno pusat

    jumpa Sultan minta nasihat.. Dulu Umno beri nasihat pd Sultan knp mereka perlu tubuh kerajaan

    haram sementara.. Bubar aje Dun Perak dan adakan PRK di seluruh Perak atau lagi baik seluruh

    Semenanjung.. Beri peluang rakyat Sabah dan Sarawak nilai sendiri.. Kenapa plak rakyat Malaysia

    tak boleh masuk Sarawak? Sarawak 2 Taib punya ke? Ni sekor lagi orang yang belum tammadun rupa

    nya.. Sel otak dah mati kot..Orang mcm ni mmg patut suruh Mat Aziz campak aje ke laut..

    Reply

  6. 6 Pelanduk Feb 19th, 2009 at 2:42 am

    Good. I had expected something like this to happen sooner or later – with or without the Malay Ruler’s Consent! This will teach all UMNO Malays either real Malay – Malays in appearance and reality and Indians from MIC in Malay disguise like Zambry to behave according to real Malay Adab dan Tatasusila. There are too many Malay Robbers, Rapists, Pirates, Pseudo-Royalists and Political Transvestites that are hiding in this despicable party called UMNO right now. Hang Jebat used to say Alang Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan. May ALlah condemn UMNO to Hell.

    Reply

  7. 7 maun Feb 19th, 2009 at 2:54 am

    Zambry telah ditinggalkan keseorangan oleh Mat najib dan Mat Zahid

    Reply

    BungaSeroja72 Reply:

    tulaa Dah kata dah Betul betul jadi macam kat KT . Ayam terlepas , tangan bahu tahi Siapa suruh ?

    Reply

  8. 8 jeanabdul Feb 19th, 2009 at 3:45 am

    merampas hak kedaulatan kerajaan negeri Perak di bawah YAB Nizar oleh UMNo sama seperti Rejim Israel merampas hak kerajaan palestine, sebab tak guna undang undang. Benar kata Tengku Razaleigh. Cuma kali ini rejim UMNO ni guna Sultan. Sultan ikut cakap anaknya… empunya Gamuda Tu..Sebab Lim Guan Eng dah perkena Gamuda.. he hee

    Reply

  9. 9 anti racist Feb 19th, 2009 at 3:54 am

    Allah is watching ! More to pay !

    Reply

  10. 10 chgtmwr Feb 19th, 2009 at 8:43 am

    I nak ambil 2 biji panadol lah! Pening kepala…

    Reply

    alrawa Reply:

    Aik, iklan Panadol ke?

    Reply

  11. 11 Najib Feb 19th, 2009 at 8:58 am

    PR …be careful and stay alert at ALL TIMES !!! Najib and Gang will come up with something up their sleeves
    Watch them day and night

    Reply

  12. 12 hsl_my Feb 19th, 2009 at 9:14 am

    Cara yang paling adil untuk masa depan PERAK adalah dengan mengadakan piliharaya supaya rakyat dapat memilih siapa kah antara BN / PR yang akan memerintah. Kenapa BN takut sangat untuk mengadakan pilihanraya.

    Reply

    adlanar Reply:

    inilah caranya mengikut undang-undang… secara ringkasnye – pabila dewan bersidang semula ahli dewan akan usul undi tidak percaya keada kerajaan BN perak. kerna bilangan ahli bn kurang, usul ini akan diterima dan seterusnya kerajaan BN perak boleh dibubarkan semula. lpas bubar baru boleh pilhanraya

    Reply

  13. 13 veryupset Feb 19th, 2009 at 9:31 am

    Yeah…..,

    BN cannot stand it when 5 States were taken from them…
    BN cannot stand it when Speaker, Sivakumar embarrass them…
    BN cannot stand it when they were condemn outright by their own UMNO members…
    BN cannot stand it when they now know that the rakyat is moving towards PKR….

    I can go on & on. But too much to write lah…..!

    All PKR fellas be on the ALERT….!!!

    More “Art of Politics/War” to come….!

    Our economy crisis has taken a step back…! Money is being held back to “give” to more important agendas…..!

    This “drama” is worst than CSI….!
    Our culprits keep getting away with it……………….!!!

    Reply

  14. 14 Ibni Feb 19th, 2009 at 9:37 am

    hahahaha…..ni masalahnya kalau tok TODI diberikuasa……speaker ni tengah mabuk todi kot………tapi almaklum…….pemenangnya puak BN juga tu…..hehehehe,kasi dia syok pegang todi kejap…lepas tu balun dengan ekor biawak…..senyap lah tu…..kalau tak pun…pakat2 pi baring kat jalanraya lagi….pakai cermin mata tapi bogel……hehehehehe

    Reply

    hati putih Reply:

    ibni kutuk sapa?
    ko kutuk dr zambry ker, memang macam india dia tu.
    pakai cermin mata sah ar dia. tak baik ngutuk dia…..
    sumpah seranah jer dia tu

    Reply

    lulu Reply:

    Jadilah Jantan…bubarkan dewan tengok siapa menang jangalah sembunyi bawah kain popuan…

    Reply

    Kit Reply:

    This user is an example of Racist BN sider. India means must be drinker is it? Please, your parents raise you, feed you, provide you education, appreciate a little can you? The way you type already shows that your parents has wasted their money and energy on you, big time wastage.

    If BN has the balls, they can bubar dewan then go into snap election. PR never fear of Election.
    BN are terrified by election, YOU are terrified of election. BN & YOU uneducated kiddo are fearful of The Rakyat’s decision and choices.

    Until BN dare to contest in Election, you can say whatever you want, you can trash Anwar and PR representatives whatever you want. All your Mat Rempit style trash talk is not gonna change the fact that BN are scared of contesting in Election.

    Reply

  15. 15 boy Feb 19th, 2009 at 10:54 am

    saya suda agak memang PKR akan menang di perak kerana benar.
    tetap PKR kena hati2 dengan najis tu.
    najis tu pakar politik kotor.

    Reply

  16. 16 lanwm Feb 19th, 2009 at 10:58 am

    ni baru speaker yang menajalankan kerja dengan betul! tak macam di dewan rakyat yang ternyata berat sebelah sangat!

    Reply

  17. 17 etnuar Feb 19th, 2009 at 3:02 pm

    Susuk ini tidak gagah
    tidak megah…
    tingkah ini tidak kalut
    tidak melalut…
    Suara ini merdu
    tidak berlagu…

    Jiwa sang teraniaya
    dendamnya sebeban
    bencinya selangit
    doanya segunung…

    WAlau dicencang kami mati
    walau dibakar kami hangus
    walau ditanam kami berkubur

    Jiwa sang teraniaya
    bukan letak pada zahirnya
    bukan dibaca pada lakunya
    bukan dinilai pada geraknya

    Walau disumpah kami merana
    walau ditangkap kami terpenjara
    walau dihukum kami derhaka

    Jiwa sang teraniya
    tidak gentar dengan ugutan
    tidak beralah dengan cacian
    tidak kemaruk dengan habuan
    tidak kompromidengan kebendaan

    Tegak berdirilah wahai susuk-susuk yang teraniaya
    inilah ujian atas setiap kebenaran yang ditegakkan
    inilah dugaan atas setiap kebaikkan yang diperjuangkan
    inilah cabaran atas setiap kejujuran yang disuarakan
    inilah kepayahan atas setiap yang dituntut
    dan padanya…
    inilah iman atas setiap yang mengaku ISLAM….

    Reply

  18. 18 iboi Feb 19th, 2009 at 3:18 pm

    Padam muka,nampak kurang cerdik Zambri MB haram.Tidak mengapa mengadulah kepada Istana

    Reply

    mh Reply:

    betul tu, mengadulah kepada AZLAn yg kununnya bekas ketua hakm negara itu…

    show no mercy to UMNO & AZLAN..!!

    Reply

  19. 19 Aik Feb 19th, 2009 at 5:03 pm

    Mengapa sentiasanya apa yang dicakap dari sudut law oleh PR malah dinafi oleh BN? Ada siapa di Malaysia yang benar benar tahu law Malaysia yang boleh memberi jawapan. Sedih nampak Sultanku Sultan Azlan Syah tidak buat sebarang statement terhadap perkara mengenai laws yang BN dan PR argued sedangkan huru-hara masih berlaku di Perak, bukankah Sultan perlu memelihara kedamaian negerinya. Siapa yang benar? Siapa yang betul? Adakah Malaysia tidak ada seorang yang boleh membuat keputusan muktamad.

    Reply

  20. 20 HARRISSGLURUS Feb 19th, 2009 at 6:36 pm

    Amankanlah negaraku MALAYSIA.

    Reply

  21. 21 qan Feb 20th, 2009 at 12:31 am

    Memang perangai BAIK UMNO Be End… kalau jumpa taik di atas jalan.. dia katakan taik orang.. tetapi rupanya punggung dia yang keluarkan taik… Heee..heee.. kembang pipi ku… Halal haram dah dibuang.. yang penting KUASA, HArta DAN betina…

    Reply

  22. 22 alamsalam Feb 20th, 2009 at 4:28 pm

    Langkah yang bijak Speaker kita..tapi kena hati2 lagi Be End akan meronta2 mengganas tanpa kira undang2 dunia mahupun akhirat. kiranya tindakan selepas ini tak akan ikut skema dah,main redah je

    Reply

Leave a Reply