Archive for February 18th, 2009

18 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 18 Februari 2009

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

(more…)

18 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 18 Februari 2009

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

(more…)

18 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya dijadual membahaskan titah diraja semalam. Tetapi saya pohon kepada Tan Sri Speaker untuk memulakan ucapan pagi tadi atas alasan urusan mendesak.

Walau bagaimanapun saya telah memberi laluan kepada Tuan Guru Ustaz Hadi Awang (PAS-Marang) untuk berucap hari ini kerana terpaksa ke Terengganu segera.

Inshaallah saya akan berucap esok dan akan mendedahkan muslihat UMNO-BN.

ANWAR IBRAHIM

18 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 17 Februari 2009

Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang didakwa membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bakal diketahui 9 April depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin hari ini membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan di akhir kes pembelaan selama dua hari.

(more…)

18 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Satu lagi babak keji muncul buat menyerlah lagi kebejatan amalan politik Malaysia. Azizah, saya dan pimpinan kanan parti telah mendapat penjelasan YB Elizabeth Wong dalam pertemuan panjang di rumah kami semalam.

Dalam sidang media tadi saya membayangkan amalan dan bentuk kegelojohan penguasa rakus menghalalkan apa jua cara. Saya kira mahaguru mereka Machiavelli akan mengerut kening kerana kehebatan merekayasa kaedah canggih yang tak terduga oleh beliau.

Terpancar senyuman sinis mereka lantaran berhasil menempelak pemimpin KeADILan. Namun di benak hati kita, terlontar persoalan.

Apakah benar isu akhlak dan moral utama buat mereka? Jika benar, bagaimana mungkin dilenyapkan bukti berkaitan kes pembunuhan, dipadamkan lapuran siasatan awal dakwaan kes Port Dickson, dilesapkan wang ribuan juta habuan istimewa dari pembelian peralatan senjata?

YB Elizabeth menawarkan untuk meletakkan jawatan. Ini menggambarkan sikap tegas beliau, mengelakkan parti dan kerajaan Pakatan Rakyat dari difitnah dan dihina. Sepertimana kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, kami berbangga dengan prestasi dan pengurbanannya selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Tan Sri Khalid menasihatkan beliau mengambil cuti dan kedudukan beliau selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dibincang dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Manakala kedudukan selaku ADUN akan diputuskan olih pimpinan parti satelah berbincang dengan beliau nanti.

ANWAR IBRAHIM