Archive for February 17th, 2009

17 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Jadual di Doha tempoh hari agak ketat, dan sebahagian acara telah saya lapurkan sebelum ini. Maka maaf dipohon kerana tidak dapat mengadakan pertemuan dengan keluarga Malaysia di Doha.

Hanya di malam minggu sekitar jam 10.30 malam saya berkesempatan mengunjungi rumah teman dan menemui beberapa wakil rakyat Malaysia Doha.

ANWAR IBRAHIM

17 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 17 Februari 2009

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kesal dengan tindakan ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar kerana “tidak menunjukkan akhlak yang mulia” dengan menggelar pejuang bahasa sebagai “anasir”.

(more…)

17 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
Bangunan Parlimen, 17 Februari 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Saudari Elizabeth Wong, di mana beliau telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Saya mengecam sekeras-kerasnya taktik keji yang digunakan ke atas beliau. Kita tertanya-tanya sekeji mana dalang ini sanggup menggunakan taktik tersebut.

Saya dan Azizah telahpun berbincang secara panjang lebar dengan Saudari Elizabeth Wong. Kami memahami asas kepada keputusan yang diambil beliau.

Kami berbangga dengan prestasi dan pengorbanannya selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Menteri Besar Selangor menasihatkan beliau mengambil cuti dan kedudukan beliau selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dibincang dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Manakala kedudukan selaku ADUN akan diputuskan oleh pimpinan parti setelah berbincang dengan beliau nanti.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

(English Version Inside)
(more…)

17 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh Dr. Farish A Noor

POLITIK adalah suatu fenomena yang wujud dalam konteks sosial, dan bergerak dalam arena kemasyarakatan. Dan di arena masyarakat itulah prestasi dan kewibawaan seseorang tokoh politik akan dinilaikan oleh masyarakat jelata.

Nilai seseorang pemimpin politik itu bergantung keatas kebolehannya untuk melaksanakan tugasnya dengan amanah, sifat jujur dan ikhlas. Dan apabila berlakunya penyelewengan dalam perlaksanaan tugas-tugas itu, barulah kita – masyarakat – mempunyai hak untuk mengkritik personaliti dan watak tokoh politik itu. Kita- masyarakat – mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan tokoh-tokoh politik yang dilantik oleh kita, dan bukan sebaliknya.

(more…)

17 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

The Malaysian Insider | Feb 17, 2009

PUTRAJAYA, Feb 17 – The Federal Court will deliver its verdict today on whether Malaysia’s most well-known and controversial blogger Raja Petra Kamaruddin should be detained under the Internal Security Act (ISA).

The court is to decide on a government appeal against the Shah Alam High Court decision last Nov 7 to free the Malaysia Today news portal editor from detention without trial. (more…)

17 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 17 Februari 2009

Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pagi ini menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang bermula pada jam 11.40 di di ibupejabat PKR di Tropicana.

(more…)

17 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 16 Februari 2009

Walaupun kedua-duanya dilabel musuh politik, Wanita MCA turut berdiri di belakang wakil rakyat PKR Elizabeth Wong sewaktu exco Selangor itu dilanda kontroversi berhubung penyebaran foto bogel.

Selain menyatakan simpatinya, ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata mereka berang dengan tindakan memalukan pihak-pihak itu yang dianggapnya menjadikan wanita sebagai objek seks.

(more…)

17 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
16 Februari 2009

PENCABULAN HAK ASASI WANITA

Wanita KeADILan mengutuk sekeras-kerasnya taktik keji, kotor dan mencemar nama baik mana-mana wakil rakyat wanita atau lelaki dari mana-mana kumpulan atau parti politik tanpa kewajaran yang munasabah. Gambar-gambar peribadi seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat telah diedar dan disebarkan kepada orang ramai, khususnya wartawan, sejak semalam. Tindakan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini melangggar hak asasi wanita dan merendahkan hak kemuliaaan insan. Tindakan ini merupakan satu gangguan seksual yang boleh didakwa di Mahkamah.

(more…)