14
Feb
09

Zambry, Exco Dirujuk Pada JK Hak dan Kebebasan DUN Perak

Dari Malaysiakini

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

“Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Laporan pada dewan

Saarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.

“Keputusan akan dibuat dalam dewan,” katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai enam daripada tujuh anggota jawatankuasa tersebut, maka ada kemungkinan Dr Zambry dan exco yang lain itu, didapati bersalah.

Jika Pakatan mampu mendapatkan sokongan di DUN yang mencukupi untuk menyokong keputusan jawatankuasa tersebut, maka Dr Zambry dan exconya mungkin dikenakan hukuman digantung atau malah disingkir.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan seumpama itu.

Beliau juga menafikan bahawa tindakan terhadap Dr Zamry dan exconya bersifat satu ’serangan balas’

“Apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang dan peraturan. Saya hanya menjalankan tugasa saya,” kata beliau.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.


39 Responses to “Zambry, Exco Dirujuk Pada JK Hak dan Kebebasan DUN Perak”


  1. 1 Anak UK Feb 15th, 2009 at 12:01 am

    Ah well,”better a wiity fool than a foolish wit”.Now we will see more fun in the coming Sidang Dewan Negeri.So,whats up UMNO/BN?hehehe

    Reply

  2. 2 Pak MB @ Pak Malek Baretta Feb 15th, 2009 at 12:07 am

    Salam Reformasi…

    Pak MB amat bimbang dengan perkembangan terbaru ini. Walaupun tindakan untuk merujuk dr zambry & exco haramnya ke JKH&KDUN Perak adalah selaras dengan peruntukan DUN namun akan timbul persoalan samaada perlaksanaannya akan dianggap sebagai ‘tindakan serangbalas’ PR terhadap umno/bn.

    Mungkin tidak keterlaluan jika Pak MB mengatakan bahawa sebahagian Rakyat akan mudah ‘termakan’ dengan propaganda umno mengenai perkara ini kerana (dalam budaya hidup sebahagian besar dari kita) mengenali dan memahami butiran perlembagaan serta hak atau peruntukan (yang ada) bukanlah merupakan sesuatu yang popular atau penting untuk diketahui umum.

    Pak MB tidak pasti dengan proses perlaksanaanya namun berharap sesi tersebut akan terbuka kepada umum dan pihak media agar sebarang cubaan untuk diputarbelitkan oleh umno/bn dapat dibendung.

    Pak MB sentiasa menyokong sebarang tindakan tegas (selaras dengan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dan undang-undang) tetapi ianya perlulah dilakukan dengan bijak dan telus.

    Reply

  3. 3 tstahu Feb 15th, 2009 at 12:32 am

    HIGH PRICE VICTORY.
    Puchase with high price without satisfaction along with heartache.

    Wiseman said only fool rush in,, but I can’t help falling in love
    with SILVER..Love is blind ..a price to pay for at times not to mention
    CINTAH RAMPASAN..

    SILVER THREAD AND GOLDEN NEEDLE CANT KNIT ME – A PEACE OF HEART !!

    Reply

  4. 4 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Feb 15th, 2009 at 1:44 am

    Hehehe buku bertemu ruas. kita lihat siapa yang kena. tak tahu lah siapa yang pandai siapa yang bodoh.najib pandai ke atau bodoh ataupun sultan perak. wamakaruwamakarralllah.kita merancang allah jua yg menentukanya. nak buat perancangan tapi tak pakai otak. last last terbantot.

    Reply

  5. 5 joe-kedah Feb 15th, 2009 at 2:00 am

    YB SPEAKER SIVAKUMAR!
    TOLONG LAH KESIAN KAT DR MAMAK ZAMBRY TU, DIA TAK SEMPAT LAGI NAK DAPAT GAJI MB, KESIAN LAH KAT EXCO HARAM YANG ENAM ORANG TU, TAK SEMPAT DIA ORANG NAK MAKAN GAJI EXCO, KESIAN KAT KELUARGA DIA SAMA, TAK SEMPAT NAK MAKAN GAJI MB/EXCO HARAM NEGERI PERAK!

    Reply

  6. 6 TUMBUK Rusuk Feb 15th, 2009 at 2:43 am

    Apa ni Non?… tak habis-habis.. terimalah hakikat. lebih2 lebih sangat nanti takut orang meluat.

    Reply

  7. 7 Min Feb 15th, 2009 at 8:07 am

    kasi urus baaahh…

    Reply

  8. 8 manis madu Feb 15th, 2009 at 8:10 am

    kembalikan hak rakyat untuk memilih kerajaan sesebuah negeri/negara. kerajaan yang kuat adalah bertunjangkan sokongan yang padu daripada rakyat. tanpa sokongan rakyat, tiada makna kedaulatan raja-raja.

    Reply

  9. 9 NzrIda Feb 15th, 2009 at 8:48 am

    Perak semakin menarik untuk diikuti..

    Reply

  10. 10 Dull Melur Feb 15th, 2009 at 10:44 am

    Speaker berhak menerima aduan dari ahli-ahlinya dan DUN ada peraturanya peruntukan ynag membolehkan aduan ini diterima serta menghadapi JK yang ditubuhkan dilantik untuk membicarakan isu ini…..Kuasa tamak dan kebal yang beranggap raja boleh digunkan untuk menubuh kerajaan BN di Perak tetapi mereka lupa akan peraturan/peruntukan kuasa Speaker. Ini dikatakan gila kuasa……Ini dikatakan bodoh sombong dan bongkak, Meraka beranggap segala kuasa ada pada mereka….mereka lupa ada kuasa yang lebih tinggi/besar iaitu ALLAH…Oleh itu ALLAH tunjuk dan lupakan satu perkara iaitu peraturan/peruntukan DUN berhubung dengan hal ini. Teruskan Tuan Speaker menjalankan tugas…..Insyaallah yang menipu, tamak, gila kuasa serta bongkak tersungkur atas perbuatannya sendiri…Apakata Najib dan Zahid yang ada ciri ini….

    Reply

  11. 11 zainal Feb 15th, 2009 at 11:30 am

    gantung mandatori….

    Reply

  12. 12 BPR Feb 15th, 2009 at 12:07 pm

    “If I were in Umno I would do exactly the same. I would use the immense wealth that Umno possesses to buy over the prostitutes in Pakatan Rakyat. Anyway, is that not what we want Anwar Ibrahim to do? We want Anwar to form a new federal government by enticing at least 30 Parliamentarians from Barisan Nasional to cross over to the opposition. Najib did in Perak exactly what we want Anwar to do at federal level. So, why the sudden outrage? What if three State Assemblymen in Negerl Sembilan cross over and Pakatan Rakyat gets to form the new Negeri Sembilan state government? Would we still express outrage?”

    PETIKAN DARI LAMAN http://mt.m2day.org/2008/content/view/17783/84/

    Reply

    Pahlawan Reply:

    C’mon.. Let’s get the facts right. That’s NOT what we want Anwar to do!

    We DO NOT want Anwar to blackmail, threaten and bribe the 30 MPs from BN.. We DO NOT want Anwar to entice just any MP, including those corrupted ones, to join PR just to form a new federal government. We DO NOT want Anwar to do all that for his own personal gain, just because he has a party election coming up soon.

    So, NO… what has happened in Perak is not what we want!!!

    Reply

  13. 13 zeck Feb 15th, 2009 at 12:32 pm

    nak rujuk apa ke bendanya…awak tu dah tak sah dah..hahaha

    Reply

    karma Reply:

    Yes, the Speaker is right. This is constitutional.

    Reply

    gengis khan Reply:

    Bercerai kasih talak tiada!!!! hidup Pakatan Rakyat

    Reply

    BNHAMPIRLUPUS Reply:

    pening weh………….

    Reply

    bg jadi Reply:

    aprahhh apenya bongok kamu ni……

    Reply

  14. 14 grkme Feb 15th, 2009 at 1:25 pm

    The truth always speaks.The rakyat of Perak expect
    a favourable decision.Kick the bad hats out of our sight,
    GOD !

    Reply

  15. 15 penggalikuburnajib Feb 15th, 2009 at 1:29 pm

    x payah susa2 saman mangkuk2 tu..buang masa je tembak je sekor2.smua balaci umno bn pengganas,pakar rasuah,perosak negara,menentang ajaran islam.NAJIB DAN PENGIKUTNYA MMG WAJIB DIHAPUSKAN SMUA SKALI BARU MAKMUR MALAYSIA NI.

    Reply

    storm62 Reply:

    pengalikuburnajib, aku boleh pimjan hang tractor/back hoe aku?

    Reply

  16. 16 putera gondoroso Feb 15th, 2009 at 1:57 pm

    penyamun kenalah layan macam penyamun.

    Reply

  17. 17 protonwaja Feb 15th, 2009 at 2:10 pm

    kita nantikan bagaimana penyalahgunaan kuasa oleh umno bn untuk kes ini.saya rasa sape yang faham undang2 akan gelak,dan orang umno akan suka tanpa rasa malu, apatah lagi rasa bersalah.

    Reply

  18. 18 Christopher Sydney Feb 15th, 2009 at 2:55 pm

    Yes I agree 100% , give those bunch of illegal goons what they deserve !!

    Reply

  19. 19 ck@superboy Feb 15th, 2009 at 3:16 pm

    Salam Keadilan YB DSAI,

    PADAN MUKA. HIDUP PR. HIDUP YB DSAI.

    Reply

  20. 20 mohdalismail Feb 15th, 2009 at 3:24 pm

    Yang dibahaskan disini bukanya siapa masuk parti mana.Siapa yang RASUAH jadi usulnya.Tentunya Pakatan tak dapat katak melumpat kapadanya.UMNO lah yang dapat banyak katak, busukpun terima.

    Reply

  21. 21 mystvern Feb 15th, 2009 at 3:40 pm

    betul tu. kuasa paling tinggi adalah perlembagaan. raja2 pun tertakluk dibawah kuasa perlembagaan. perlembagaan juga ade kuasa untuk menghapuskan sistem raja kat negara ni. baru diorg tau camane nak hidup berdikari. selama ni makan tido je.

    Reply

  22. 22 Perwira_Bangsa Feb 15th, 2009 at 3:42 pm

    Salam DSAI!!!!

    Selagi Kita menggunakan undang-undang yang betul..segala nya berpihak kepada yang benar!!!kecuali mereka menggunakan Undang-undang Hutan…

    Syabas!!! Lawan tetap Lawan

    “kami tidak mudah lupa”
    “Yang Nyanyok jer Mudah Lupa”

    terima kasih YB Sivakumar…

    Reply

  23. 23 pemerhati golongan muda Feb 15th, 2009 at 7:04 pm

    diikuti dihayati,..
    keadilan sentiasa dilandasan benar,..

    Reply

  24. 24 ulam batar Feb 15th, 2009 at 7:46 pm

    maaf terkeluar tajuk!

    Ucapan setinggi tahniah buat GAPENA kerana telah menbuat Laporan polis berkaitan BI di sekolah (anjuran UMNO)! . saya sebagai pencinta bahasa amat berbanga diatas kerpeluan Laporan tersebut, kepada Gapena dan semua pihak yang telah bersama sama pada hari laporan tersebut.jelas GAPENA telah menjunjung Perlembagaan Negara ini perlu kita tabit dengan GAPENA. Gapena tidak boleh di persalahkan pada 50 tahun akan datang kerana pada masa itu orang melayu berpantun semasa meminang mengunakan BI.GAPENA telah melakukan sesuatu yang betul dan terbaik demi melindungi GAPENA itu sendiri mahu pun bahasa melayu itu sendiri.oleh itu tahniah buat semua yang telibat dalam menperjuangkan baha sa ibunda kita.

    “bahasa jiwa bangsa” nak harapkan UMNO jawabnya punah Bahasa Ibunda kita

    Reply

  25. 25 TENGO Feb 15th, 2009 at 7:47 pm

    lagi sebulan nizar jadi MB semula.tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    Reply

  26. 26 Daddy Kurapak Feb 15th, 2009 at 8:44 pm

    Syok baca perjuangan PKR. Very lively. I think the best political scenario in ASEAN

    Reply

  27. 27 panji Feb 15th, 2009 at 10:59 pm

    buatlah seadlinya kerana setiap insan ada hati nurani yang bersih walaupun berbeza dari pegangan ugama, tuan sepeker buatlah yang baik dan hapuskan yang jahat

    Reply

  28. 28 panji Feb 15th, 2009 at 11:06 pm

    kepada pemimpin islam banyakkan solat hajat dan berdoalah agar allah menghapuskan segala kejahatan dan penyelewengan serta dedahkan kemungkaran yang di lakukan oleh pihak tertentu, sebijak bijak perancangan manusia jangan lipa perancangan ALLAH SWT lagi bijak, wahai umat manusia ingatlah kamu akan mati dan akan dibangkitkan dimashyar kelak yakinlah bahawa kebangkitan diakhirat tu pasti, kerana tiada yang mustahil pada allah, kamu dulu tiada dan di jadikan oleh allah, allah meyorokkan kamu sementara melalui kematian dan amat mudah baginya untuk mengembalikannya semula, jangan terlalu subua jahat tontonilah dua darjat dan ambil pengiktibaran darinya.

    Reply

  29. 29 karma Feb 15th, 2009 at 11:18 pm

    The constitution is supreme in a democracy. Just dossolve the assembly and let the rakyat decide.

    Reply

  30. 30 Kacak dan Bujang Feb 16th, 2009 at 12:17 am

    yeah…..pakatna Rakyat is da bez….smue PR adalh KAcak dan smue BN x dek otak…..wakaka..kite kcak dan BIJAK…..ayuH!!!!!!!

    Reply

  31. 31 The Mongolian Connection Feb 16th, 2009 at 8:55 am

    Kalu BN gentlemen , masuk dewan la….lawan one by one…Jgn komen kt luar je. Ini baru demokrasi bukan “semua kritik”. Hal DUN selesai di DUN bukan diluar (jgn cabar – cabar itu ini).BN ada berani ka?

    Reply

  32. 32 KucingBertanduk Feb 25th, 2009 at 10:42 pm

    Pepatah Melayu mengatakan, ’orang tamak selalu rugi’, orang tua berpesan, orang yang banyak mengkritik orang lain, sebenarnya orang itulah yang bermasalah kerana menggambarkan dirinya penuh dengan hasad dengki, dendam kesumat serta mengamalkan sifat tercela yang dilarang dalam Islam.

    Akhirnya Anwar melompat-lompat kegembiraan apabila berjaya mencuri ADUN Bota dari BN dan terkedu apabila hilangnya kerajaan PR di Perak. Kata orang tua, ’menang sorak kampung tergadai”

    Punca kejatuhan PR di Perak juga berpunca dari orang-orang Anwar sendiri. Anwar ghairah mencuri calon BN, tetapi terlupa menjaga dua exco PKR yang bermasalah. Akhirnya 2 anak buah Anwar ini keluar parti, musuh dinasti Ngeh dan Nga juga keluar parti dan yang disangka masuk PKR rupa-rupanya masuk semula ke dalam BN.

    Ibarat seperti beruk, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

    Ketika ini Karpal mula buka mulut hentam Anwar Ibrahim. Anwar perlu letak jawatan sebagai ketua PR! Anwar tidak layak jadi ketua PR! PR perlu pilih calon lain jadi ketua yang lebih bermoral! PR hanya diperbodohkan oleh retorik Anwar! Anwar hanya pandai beretorik, tetapi lemah dalam perancangan!

    Kesian kat DSAI, dia selalu pandang langit sampai mata silau ingat langit dan demikian rendah hampir dalam genggaman sampai dia lalai dan alpa betapa bumi tempat dia berpijak bukan seluas padang bola. Cukup-cukuplah tu DSAI.

    Reply

  33. 33 KucingBertanduk Feb 25th, 2009 at 10:42 pm

    Pepatah Melayu mengatakan, ’orang tamak selalu rugi’, orang tua berpesan, orang yang banyak mengkritik orang lain, sebenarnya orang itulah yang bermasalah kerana menggambarkan dirinya penuh dengan hasad dengki, dendam kesumat serta mengamalkan sifat tercela yang dilarang dalam Islam.

    Akhirnya Anwar melompat-lompat kegembiraan apabila berjaya mencuri ADUN Bota dari BN dan terkedu apabila hilangnya kerajaan PR di Perak. Kata orang tua, ’menang sorak kampung tergadai”

    Punca kejatuhan PR di Perak juga berpunca dari orang-orang Anwar sendiri. Anwar ghairah mencuri calon BN, tetapi terlupa menjaga dua exco PKR yang bermasalah. Akhirnya 2 anak buah Anwar ini keluar parti, musuh dinasti Ngeh dan Nga juga keluar parti dan yang disangka masuk PKR rupa-rupanya masuk semula ke dalam BN.

    Ibarat seperti beruk, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

    Ketika ini Karpal mula buka mulut hentam Anwar Ibrahim. Anwar perlu letak jawatan sebagai ketua PR! Anwar tidak layak jadi ketua PR! PR perlu pilih calon lain jadi ketua yang lebih bermoral! PR hanya diperbodohkan oleh retorik Anwar! Anwar hanya pandai beretorik, tetapi lemah dalam perancangan!

    Kesian kat DSAI, dia selalu pandang langit sampai mata silau ingat langit dan demikian rendah hampir dalam genggaman sampai dia lalai dan alpa betapa bumi tempat dia berpijak bukan seluas padang bola. Cukup-cukuplah tu DSAI.;

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Elit Pemerintah Semakin Hari Semakin Terdesak.: Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak... http://bit.ly/cSLzLG
1 hour ago
anwaribrahim: @Mh3 pl ref London prog-18th March 5pm LSE.19th 7pm Westminster U #fb
2 hours ago
anwaribrahim: London(my prog):18thMarch-LSE 5 to 6pm academic lect.19thMar-Westminster U Hall 7 to 9pm Malaysia debate. #fb
2 hours ago
anwaribrahim: Penny Dubes Australia:minum teh dirumah maklumkan tugas beliau diKL berakhir.Tk atas ks dan keprihatinan beliau #fb
2 hours ago
anwaribrahim: Blog: Isu Ceramah:”Semua Program ini Kita Jalankan Dengan Permit (Polis)”.: Dari MalaysiaKini Oleh Salhan K Ahmad... http://bit.ly/bR4DP1
8 hours ago

Galeri Flickr

Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan US Islamic World Forum in Doha, February 2010 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728