13
Feb
09

SPR Jadi Tunggangan UMNO-BN

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan bahawa SPR memutuskan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah diadakan serentak bagi mengelakkan tempoh berkempen terlalu panjang atas faktor keselamatan. Alasan beliau ialah apabila tempoh berkempen terlalu panjang, pelbagai isu akan ditimbulkan dan keadaan itu boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan di kawasan terbabit serta keselamatan negara.

Namun, Angkatan Muda KeADILan (AMK) Gelang Patah berpendapat SPR sekali lagi menjadi tunggangan UMNO-BN untuk merampas kedua-dua kerusi dalam pilihanraya kecil nanti. Ini kerana tarikh penamamaan calon adalah selepas Perhimpunan Agung UMNO dan pada ketika itu Najib telah dinobatkan sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri dan kami percaya dengan adanya kuasa yang cukup kuat maka Najib akan mempergunakan dan menghalalkan apa saja tindakan demi mencapai kemenangan pada pilihanraya kecil ini. Sekali lagi wang rakyat akan ditabur untuk mengabui mata rakyat agar menyokong calon BN.

Perlu diambil kira dua pilihanraya kecil sebelum ini yang mana tiadanya pengundi hantu dan tidak mustahil dalam dua pilihanraya serentak ini mereka akan menggunakan pengundi hantu untuk mencapai kemenangan. Jentera Pilihanraya perlu dibentuk seberapa cepat yang mungkin dan palulah gendang untuk mengejutkan pejuang-pejuang kita agar berjuang demi mempertahankan dua kerusi milik Pakatan Rakyat.

Walau apa pun khabar angin yang kita terima, saya menyeru kepada semua jentera AMK Gelang Patah dapat memberikan sepenuh komitmen untuk membantu jentera pilihanraya di kedua-dua tempat ini. Jangan takut dan jangan gentar dengan provokasi serta khabar angin yang dibuat oleh UMNO-BN.

Ketua
Angkatan Muda KeADILan (AMK)
Bahagian Gelang Patah, Johor


15 Responses to “SPR Jadi Tunggangan UMNO-BN”


  1. 1 kamal_perakian Feb 13th, 2009 at 9:08 pm

    Hidup AMK. Inilah semangat yang kita mahukan. SPR bukan setakat kuda tungangan UMNO malah lebih dari itu. SPR adalah kuda kepang, kuda pondan, kuda tempang, kuda biul dan kekuda UMNO. Tanpa kuda-kuda ini dah lama UMNO dok dalam kandang kuda. Hidup PR bukan SPR.

    Reply

  2. 2 pulau pisang Feb 13th, 2009 at 9:39 pm

    Bangunlah Rakyat
    bangun menentang sekumpulan puaka
    sekian lama bermaharajalela
    puaka merobek Perlembagaan kita
    jangan rakyat terlalai leka
    puaka membawa bala bencana

    Bangunlah Rakyat
    hunuskan senjata sedia mara
    medan menggempur sudah di buka
    bukan M16 atau C4 yang kita guna
    pensil 2B murahan saja
    pangkah arah matlamat kita

    Bangunlah Rakyat
    Bukit Gantang kebenaran kita
    Bukit Selambau kesinambungan kita
    meruntuhkan puaka keutamaan kita
    supaya rakyat hidup selesa

    Bersama sama kita berusaha dan berdoa, selebihnya kita berserah kepada ALLAH TAALA

    Reply

  3. 3 hawk Feb 13th, 2009 at 9:42 pm

    Tak betul SPR jadi kuda tunggangan Umno. Yang Umno tungang ialah Aziz. Sama macam Umno tunggang Rashid dulu. Kalau Aziz tak bolih ditunggang olih Umno, ingat dia bolih jadi Pengerusi SPR ke. Kesian Aziz..dah pencen dan bercucu patut buat kerja diredhai Allah. Tetapi jadi tunggangan Umno. Tak haram ke gaji yang engkau dapat Aziz.

    Tak takut Allah dan hari akhirat. Kesian …Aziz. Dah tua makin buat kerja tak senonoh. Minta petunjuk dan hidayah dari Allah, supaya tak jadi macam Aziz.

    Reply

  4. 4 Yeop_K Feb 13th, 2009 at 10:04 pm

    walaupun apa srategi oleh Be End…jentera-jentera PR perlu bergerak seawal mungkin…saya pasti PR akan mengekalkan Kedua-dua kerusi tersebut!!!! Kerja kuat dari seluruh semua pihak. HIDUP RAKYAT….!

    Reply

  5. 5 Seri G Feb 13th, 2009 at 10:38 pm

    Rakyat Kedah dan Perak

    Marilah kita bersama sama memastikan kemenangan untuk Pakatan Rakyat. Saya bersetuju dengan AMK bahawa hari pengundian yang ditentukan tidak boleh terima akal namun demikian saya percaya semua ahli AMK dan ahli ahli Pakatan Rakyat akan terus berjuang dan berkempen sama ada di kedai kopi atau kantin tempat kerja untuk kemenangan Pakatan Rakyat.

    Berjuang untuk Keadilan Bersama

    Reply

  6. 6 joe-kedah Feb 13th, 2009 at 11:06 pm

    Apa jadi pun kita tetap mara, rakyat sekarang telah berontak minda, minda yang dikongkong olih barua-barua. InsyaAllah Allah bersama kita, banyakan sembahyang hajat mohon petunjuk dari Allah, kena habaq kat aziz kaki bodek tu, kalau niat tak elok hang nanti terima padahnya, kalau 44 orang, kalau 100 orang, kalau 327 orang islam berdoa, malah semua yang menyokong pakatan rakyat berdoa, lambat laun dimakbulkan Allah!

    Reply

    Adiktantuya Reply:

    Betui tu.. Saya x heran Aziz jdi kuda tunggangan UMNO or Be End. Sbb pulus punya pasai. Kalu tak x jdi chairman SPR. Kalu org berprinsip dan ingat mati tentu x mau jdi kuda haram tu

    Reply

  7. 7 PeoplePower Feb 14th, 2009 at 12:35 am

    Nanti UMNO hancur selepas pilihan parti March ni, SPR pun hancur la!

    Reply

  8. 8 badut pkr Feb 14th, 2009 at 12:53 am

    poyo statement barua pkr ni.blah!

    Reply

  9. 9 layman Feb 14th, 2009 at 10:05 am

    Buat serentak tu OK lah…meriah sangat. Mengelakkan kempen terlalu panjang? Tipu punya cerita daaa. Semakin lama tarikh pilihanraya diadakan semakin panjang lah masa berkempen.

    Cuba tengok TV3 suku, Utusan Meloya, Berita Hairan kan tiap-tiap hari berkempen, Musang Hassan pulak dah kata tak boleh berceramah umum. Tak acilah macam nie.

    Cuba buat penamaan calon minggu nie & PRK minggu hadapan itulah baharulah pendek masa berkempen.

    Reply

  10. 10 akira8047 Feb 14th, 2009 at 7:01 pm

    SALAM,

    Lawan tetap Lawan.
    Biar apapun yang dilakukan BN, kuasa Tuhan tetap tak boleh lawan.
    banyakkan sembahyang hajat…. moga ALLAH sentiasa bersama kita.

    Reply

  11. 11 Tol Dee Feb 14th, 2009 at 10:03 pm

    Berat mata memandang… berat lagi SPR ( yang kaki ampu )akan pikul nanti….. ( diakhirat )

    Reply

  12. 12 Adiktantuya Feb 14th, 2009 at 11:12 pm

    Tak heran SPR jdi kuda tunggangan UMNO-BN. Kan Malaysia Boleh. Boleh ‘dulu kini dan selama-lamanya’. Sapa yg cipta tu. Maknanya boleh segala-galanya. Dah x heran pun. Kita tunggu PRU13, bagi pengajaran pd mereka2 yg zalim dan rakus ni

    Reply

  13. 13 republicofmalaya Feb 15th, 2009 at 2:04 am

    SPR sememangnya dilahirkan untuk taat dan setia kepada UMNO. Apa lagi! mana2 yang agak radikal hapuskan mereka ni sebab sudah terang bersuluh pula pelesit2 ni memang halal menerima hukuman.

    Reply

  14. 14 hang lekuk Feb 16th, 2009 at 1:24 pm

    pilihanraya buat lama lagi pasal nak jimat duit bayor gaji Yb tu karang..
    at least dapat jimat sebulan gaji, berapa ribu dah tu..

    haa.. bila dah dapat buat penjimatan, buleh laa duit tu di buat penambahbaikan pengangkutan awam.. cheh.. penambahbaikan konon…

    Reply

Leave a Reply