13
Feb
09

Kenyataan Media Berhubung Perkembangan Mutakhir di Sri Lanka

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
PETALING JAYA, 13 FEBRUARI 2009

Berdekad-dekad lamanya etnik Tamil di Sri Lanka Utara dipinggirkan secara politik dan ekonomi. Di saat dunia merasakan operasi ketenteraan mutakhir tentera Sri Lanka merupakan satu kejayaan menumpaskan gerila Tamil, ramai seakan-akan melupakan nasib minoriti Tamil.

Pertempuran sengit di antara tentera pemerintah dan gerila Tamil di Sri Lanka berlarutan sekian lama. Namun yang membimbangkan kita adalah mangsa dikalangan rakyat, terutamanya penduduk Tamil di utara.

Pemerintah kini melarang liputan media antarabangsa dan menyekat bantuan kemanusiaan. Maka secara tegas kami mendesak pemerintah Sri Lanka dan gerila Tamil untuk menghentikan serangan ke atas penduduk awam.

Laporan meluas mengenai mangsa awam rakyat Tamil tambah meyakinkan kita untuk menggesa agar tindakan ganas sedemikian perlu dihentikan segera.

ANWAR IBRAHIM


47 Responses to “Kenyataan Media Berhubung Perkembangan Mutakhir di Sri Lanka”


  1. 1 tengku mukree Feb 13th, 2009 at 1:11 pm

    syabas kepada DSAI kerana masih lagi prihatin terhadap masalah-masalah yang melanda perjuangan rakan-rakan tamil di Sri Lanka. Namun begitu, bagaimana masalah di dalam negara?Kenapa DSAI senyap membisu???

    Reply

    JemUTadBIrbN Reply:

    DULU SAMPAI SEKARANG UMNO SEDANG TUNGGU DAN SEDANG BUAT SESUATU UTK PECAHKAN PR,TERUTAMANYA PKR DAN KHASNYA DSAI,UMNO SANGGUP BUAT APA APA SAJA UTK MENGANAYAI DSAI SAMPAI DSAI DI BENCI OLEH KAUM MELAYU(TAPI KAMI YAKIN TAK AKAN JAYA),ANATARANYA IALAH MENGATAKAN DALAM ISU DI PERAK SEKARANG,DSAI SUDAH UNDUR KEBELAKANG DAN TAK BERLANI MENGHADAPI HAKIKAT INI.UMNO KEMUDIAN AKAN TARIK PERHATIAN PENYOKONG PAS DENGAN BERI LAYANAN YG SANGAT SANGAT MENARIK(KAMI YAKIN SEMUA PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAS TAK AKAN TERIMA),KEMUDIAN CARI ISU ISU ATAU TIMBULKAN ISU ISU SENSITF ANTARA PAS DAN PR,DENGAN INI UMNO(INGAT)DAPAT MENIMBULKAN RASA BENCI ATARA PENYOKONGx2 PAS PADA PR.ITULAH TEKTIK UMNO KERANA MEREKA TAHU PADA PENYOKONG DAP MEREKA TAK BOLEH BUAT APA APA LAGI SEBAB MCA SUDAH DALAM COMA DAN HAMPIL MATI.

    Reply

    rentap Reply:

    SABAR SAUDARA MUKREE..

    KITA TAKYAH PENING2

    DSAI LAGI PENING TIME NI….

    SO KITA KENA PIKIR PASAL KARPAL SEBAB…..

    KARPAL KATA : JANGAN MAIN-MAIN..

    SAYA HARUS BERTAUBAT..

    Reply

    Khalid Reply:

    Dalam ceramah-ceramahnya, DSAI sering berkata: ” Anak Melayu anak kita, Anak Cina anak kita, Anak India anak kita.” So, let’s give a very big mandate to Pakatan Rakyat in the next general elections because I beleive DSAI will uphold all Malaysians as Anak Kita.

    Reply

  2. 2 selvaraj Feb 13th, 2009 at 1:14 pm

    kerajaan sri lanka pengecut tak akan menang dlm peperangan dgn pejuang tamil dan sentiasa memutarbelitkan cerita

    Reply

    JemUTadBIrbN Reply:

    BETUL BETUL DAN SERTUJU DGN AWAK…. KINI BN/UMNO DI PERAK JUGA SAMA,TAK BERLANI NAK BUBARKAN DEWAN UTK PILIHAN RAYA BARU, HAHAHAHA.

    Reply

    The Ritz Reply:

    Saya mempunyai seorang rakan kerja yang berasal dari Sri Lanka. Malah ibubapanye masih di Sri Lanka. Beliau merupakan kaum minoriti di Sri Lanka dan bukan beragama Budha yang merupa agama majority di Sri Lanka.

    Menurut beliau puak Tamil Tiger banyak melakukan huru-hara dan kekejaman di Sri Lanka. Mereka membunuh penduduk-penduduk yang tak berdosa yang tidak meyokong mereka. Akibat dari tindakan Tamil Tiger keadaan ekonomi Sri Lanka menjadi mundur, tidak ramai pelabur mahu melabur di Sri Lanka dan tidak ramai pelancung mahu melancung ke Sri Lanka walaupun ianya sebuah negara yang cantik.

    Sekarang ini atas ditindakkan tegas Kerajaan Sri Lanka untuk menghapuskan puak Tamil Tiger, ramai yang mempunyai harapan terhadap keamanan. Ini dilihat bil mana harga pasaran saham Sri Lanka stabil nak naik walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Ini kerana ramai rakyat Sri Lanka mula melabur didalam pasaran saham tempatan mereka.

    Kenyataan DSAI seperti meyokong Tamil Tiger amat menyedihkan. Kita tahu DSAI berbiat demikian kerena mahu mandapat sokongan dari penyokong HINDRAF di Malaysia yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Tamil Tiger.

    Sunnguh rendah maruah DSAI sanggup meyokong pengganas yang mehuru-harakan negara Sri Lanka hanya kerena mahu sokongan HINDRAF….sungguh tidak bermaruah untuk DSAI meyokong pengganas di Sri Lanka….tidak ubah seperti Amerika yang suka campur tangan dalam urusan negara lain.

    Saya rasa kerajaan Sri Lanka patut ambil tindakan pada DSAI kerana sokongan tidak langsung beliau terhadap Tamil Tiger….Kepada penyokong PR dan PKR inikah pemimpin kamu???? penyokong pengganas, peyokong huru-hara….patut la keadaan di Malaysia semakin huru-hara sejak DSAI aktif balik dalam politik….sungguh sedih dan memalukan.

    Reply

  3. 3 jifat Feb 13th, 2009 at 1:17 pm

    wahai pemimpin2 PKR…tunjukanlah bahawa anda semua mempunyai jati diri yang kuat seperti mana jati diri yang ada pada pemimpin PAS. Buktikan walaupun anda semua serpihan UMNO, namun anda dari golongan yang amanah dan tidak material. Semua yang belaku di PERAK membuktikan perangai lama dari UMNO masih belum padam sepenuhnya dalam diri pemimpin-peminpin PKR. di kala anda dalam kesusahan PAS yang membantu sehingga anda semua kini di tahap yang boleh dibanggakan. namun, kalian jangan lalai… jangan disebabkan sikap lama anda, memberi implikasi dan menggugat kestabilan perjuangan PAS. Di sebabkan sikap lama dari UMNO itu jugalah banyak agenda sebenar yang harus diperjuangkan gagal dilaksanakan. Siapa yang rugi??? RAKYAT JUGA YANG RUGI dengan kerenah anda itu. INSAFLAH DAN MUHASABAH DIRI ANDA WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR. HIDUP PAS.

    Reply

    martin Reply:

    jifat

    I have to agree with you that the adun of pas are more reliable, trustworthy, sincere and dedicated when compared to dap and pkr.

    But then it will not be fair to completely blame DSAI for it.

    Yeah, some of the people in pkr are dubious in character as they were former umno members.The chinese and indians in pkr are also doubtful. Some , not all.
    But again with umno offering millions people are tempted to jump.

    The real culprit here is the damn umno

    A lot of times DSAI can’t do anything about it
    He has to be careful in the selection of his candidates

    Hidup PR

    Duitlah Tuanku

    Reply

  4. 4 kochebin Feb 13th, 2009 at 1:19 pm

    Toksah nak ubah perhatian.Masalah hang ngan Perak belum selesai.Hang punya pasai lingkup kerajaan negeri Perak.

    Reply

    pemerhati bebas Reply:

    Ni taktik biasa Pak Nuar. Bila ada problem, create senario baru. Dulu bukan main lantang 16 Sept. Bila tak jadi, senyap ja. Buka pulak isu baru. Pi mai pi mai duk tang tu la…. Bukannya nak buat something yang lebih bagus….

    Reply

    Fung the Fang 2 Reply:

    ni la kesan duk tgk rtm.. utusan malaysia.. tv3 sampai jdi bangang.. smpaikan issue pokok pn xtau.. Bijan adalah bapak segala punca.. kochebin.. jgn jdi tali barut umno.. smpai bila nk sedar..

    Reply

    Abang Long Reply:

    Penipu! Hang jgn nak menyamar sebagai penyokong Pakatan Rakyat lalu nak memecah belahkan Pakatan rakyat! Takkan Berjaya! Kami bersatu bukan shj kerana tokoh alan tetapi hasrat yang sama, iaitu nak menghancur kan Umno-Bn.

    Umno-Bn kejam dan zalim, dari sudut Islamnya; tidak boleh disokong apatah lagi dari sudut kemanusiaannya juga zalim; pun tak boleh disokong oleh semua tidak kira apapun kaum.

    Umno buat rsampasan kuasa kemudian nak tuduh Anwar yang mulakan. Yang Anwar mulakan bukan shj lompat parti akan tetapi perubahan yang besar iaitu menumbangkan kerajaan umno-bn, kerajaan rasis yang dahagakan sesama manusia, menghunus keris walaupun itu bukan adat melayu, merompak khazanah rakyat untuk anak menantu sedangkan itu diharamkan Islam, menghina raja dengan menghakis kuasa2 raja melayu pada tahun 1983 dan 1993. Umno lah hipokrit besar.

    Apa yang Pakatan Rakyat berkehendakkan ialah Perubahan besar agar ekonomi dan pendidikan dipulihkan, bukannya buat valuecap bagi kat kroni mcm najib buat. Kalaulah perubahan itu membawa maksud agar ahli2 parlimen berhijrah kepada PR maka aku AMATLAH SOKONG.

    Reply

    ORG PAS Reply:

    ye la tue abg long…….1983 DAN 1993..bukanke Anwar JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI ketika itu……..hahahahahaa…Hidup PAS.

    Reply

    pemikir bebas Reply:

    ya ya …….aku sokong

    hassan Reply:

    betul,betul, betul

    Reply

  5. 5 manis madu Feb 13th, 2009 at 1:44 pm

    BELIA BENCI DADAH, RAKYAT BENCI RASUAH. SIAPA KAKI PEREMPUAN ?

    Reply

    neutral Reply:

    siapa kaki lelaki???

    Reply

  6. 6 Equaliser Feb 13th, 2009 at 2:19 pm

    So called kerajaan Sri Lanka ini tak banyak beza dengan rejim UMNO yang sekarang memerintah Malaysia secara kukubesi. Banyak taktik-taktik perkauman yang digunakan oleh UMNO digunakan oleh rejim Sri Lanka bahkab lebih teruk lagi untuk menzalimi orang Tamil di situ.

    Lagi teruk dari cara-cara Rejim Israel terhadap orang Arab.

    Rejim Sri Lanka ni kononya hendak membalas dendam terhadap kaum Tamil yang mengikut sejarah pernah menakluk dan memerintah seluruh pulau Sri Lanka. Ini seperti balas dendan puak Serbia terhadap puak Bosnia di Kosovo.

    Dunia tidak mengendahkan perkara ini kerana tidak melibatkan agama Kristian/Islam seperti di Kosovo. Kerajaan di India pimpinan Sonia Gandhi pula meutup mata sebelah kerana turut ingin membalas dendam atas kematian bekas PM India, Rajiv Gandhi, yang juga suami Sonia Gandhi.

    Reply

    sufferfly Reply:

    ko raseLAH…..
    tentera sri langka ada pakai C4 tak???
    heheheeee…

    Reply

  7. 7 Nurulamin Abu Bakar Feb 13th, 2009 at 2:26 pm

    Kita bersyukur kerana tuhan kurniakan keamanan kepada negara kita.
    Semoga negara kita terus dilimpahi rahmat dari yang Maha Esa. AMIN.

    Reply

  8. 8 sayap Feb 13th, 2009 at 2:52 pm

    Di Perak Masaalah berpunca dari Mr.Mongolia yang buat kecoh, nanti boleh tunjjuk HERO dalam perhimpunan UMNO nanti. Kalau tidak PAK Lah and kuncu-kuncu C4 balik kat dia…Hidup Pak Lah…Hidup Pak Lah…aku lebih rela Pak Lah dari Mr Mongolia…byk sgt masaalahnya…lingkup nanti Malaysia dibuatnya…C4 C4 C4 C4 C4 C4..
    ….KOMISEN…

    Reply

  9. 9 zorro Feb 13th, 2009 at 3:01 pm

    Ada musang umno menyamar penyokong Pas di sini .. jaga-jaga dgn musang berjangut..

    Reply

  10. 10 awang Feb 13th, 2009 at 3:05 pm

    jgn salahkan pemimpin sahaja..yg mengaku rakyat, pandang2 la diri sendiri dahulu..akar umbi semuanya dari rakyat jugak..pokoknya, kalo dah melayu tu lemah, sedar2 la nk bangunkan diri sendiri start dari rumah korang tu..benda basic mcm buang sampah pun susah, lg konon2 nk kutuk org lain..ni x habis2 mengutuk bangsa cina dan india, sedarla, diorang tu memang bangsa kuat, buktinya empayar die sampai sekarang xtumbang lg..

    kalo nk berjuang tuh, sudah2 la guna point bangsa (race) mcm UMNO guna..gunala agama sebagai basis sebab agama xmenindas mana2 bangsa dan agama..

    Reply

  11. 11 POKOK CERI Feb 13th, 2009 at 3:16 pm

    MASALAH TAMIL DI SRI LANKA AKHIRNYA MENDAPAT PERHATIAN PEMIMPIN TERATAS POLITIK NEGARA. YAINI KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH. APABILA KEZALIMAN BERLAKU TIDAK KIRA DI MANA DAN APA KELOMPOK MANUSIA SUARA YANG MEMPERJUANGKANNYA DI ANGGAP SUARA YANG MULIA. MASALAH MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA DI HARAP TAK AKAN SAMPAI KE TAHAP ITU.

    MUSUH MASYARAKAT INDIA IALAH PEMIMPIN KAUM NYA SENDIRI . – MASA UNTUK BERUBAH

    Reply

  12. 12 menj Feb 13th, 2009 at 3:32 pm

    Kita prihatin dengan nasib umat Islam Tamil di Sri Lanka, minta-minta bahawa Datuk Seri mendesak negara-negara OIC untuk mengambil tindakan mengenai perkara ini.

    Reply

  13. 13 lapindo Feb 13th, 2009 at 3:55 pm

    sokong abang long…mereka inilah yang dikatakan mahathir(walaupun saya bencikan mahathir terpaksa pakai ayat beliau) melayu mudah lupa…duit rakyat dlm kwsp terang terangan dirompak…duit semua golongan bangsa, miskin kaya semua ada..bahasa melayu dan tulisan jawi mereka nak hapuskan…melompat dr suatu tempat yang x baik ke tempat yang baik itukan bagus…mereka ini tidak faham makna tawaran terbuka dan sebut angka..nak disamakan dengan menculik dan menabur wang untuk melompat?…kemudian membalikkan dsai yang memulakan dulu..kemudian terpekik terlolong kata derhaka sultan da mcm sultan lebih dari tuhan..beliau lebih arif tentang undang2 malah beliau bekas ketua hakim negara..pernah menulis buku undang2 yang menjadi rujukan mahasiswa undang2…beliau juga faham peranan sultan dan raja hanyalah formaliti…rakyat tidak derhaka kalau sultan tidak derhakakan rakyat…semoga perubahan akan dapat dilaksanakan serta PR akan menjadi “Rakan Pemerintah” yang efektif…sudah la isu minyak belum selesai, isu barang2 naik belum selesai, isu tol belum selesai, altantuya belum selesai, isu penempatan haram belum selesai, isu jenayah belum selesai,isu pendatang haram belum selesai, isu pembuangan pekerja belum selesai, isu ekonomi belum selesai, isu bahasa belum selesai usah lah ditutup pula dengan isu derhaka…UMNO/BN lebih derhakanya pada sultan..mungkin sudah lupa kot…
    selamat berjuang

    Reply

  14. 14 Parti Kelentong Rakyat Feb 13th, 2009 at 4:12 pm

    Pancinggggg jangan tak pancinggg!!!

    Undilah Parti Kelentong Rakyat!!! PKR!!

    Reply

    jifat Reply:

    bapak…kepada bapak ….kepada bapak KELENTONG is UMNO la….

    Reply

  15. 15 wetriser Feb 13th, 2009 at 4:17 pm

    jangan lah sibuk hal negara org dato seri oi.. kite kat sini pun tak tahu pucuk pangkal peperangan di sana.. siapa yang benar dan siapa yg salah.. tentera sri lanka salah.. boleh jadi, gerila tamil salah, pun bole jadi.. tamil eelam guna pengebom bunuh diri membunuh org awam pun salah, tamil eelam rekrut kanak2 jadi askar pun salah.. tentera india yg mnewaskan tamil eelam dahulu pun bole jadi salah.. sebenarnya siapa yg benar?

    Reply

  16. 16 wetriser Feb 13th, 2009 at 4:20 pm

    harap dato seri tak menghasut minoriti tamil kat sini pulak tuntut negara tamil di malaysia, maklumla dato serikan penyokong kuat hindraf.. ok

    Reply

    SALMAN Reply:

    YA SAYA SETUJU DENGAN wetriser SIAPA SALAH? SAYA PERNAH LAWAT SRI LANKA TAHUN LEPAS, APA YANG SAYA DAPAT LIHAT ADALAH TERLAMPAU BANYAK SANGAT KEKEJAMAN PUAK TAMIL EELAM, BANYAK RAKYAT BIASA SEPERTI KANAK2 BAYI MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MEREKA, SAYA JUGA MELAWAT TEMPAT2 YANG MEREKA BOM, SUNGGUH DASYAT!!!, YA MUNGKIN MEREKA BERTINDAK BALAS KERANA SESUATU TAPI ADAKAH WAJAR RAKYAT BIASA DIJADIKAN MANGSA, YANG PELIKNYA ORANG YANG BAWA SAYA JALAN2 PUN ADALAH ORG BERAGAMA HINDU/TAMIL DIA SENDIRI TIDAK SETUJU DGN TINDAKAN TAMIL EELAM, FIKIRKAN LAH APA AKAN BERLAKU JIKA SALAH SATU NEGERI DARIPADA NEGARA KITA CONTOHNYA PULAU PINANG MINTA KELUAR DARI MALAYSIA APAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT AKAN MEMBENARKAN INI BERLAKU JIKA PR MEMERINTAH, MCMTU JUGA LAH KERAJAAN SRI LANKA TAKUT KALAU BAGI MERDEKA KPD JAFFNA TAKUT NEGERI INI AKAN MASUK INDIA PLAK, TAPI SAYA BUKAN LAH PENYOKONG KERAJAAN SRI LANKA CUMA SAYA DAPAT BUAT RUMUSAN DENGAN APA YANG BERLAKU DISANA SELAMA 12 HARI YANG SAYA SPENT KAT SANA, RAKYAT SRI LANKA YANG SAYA TEMUI SEMUANYA BAIK2 BERBUDI DAN SUKA TOLONG ORANG MACAM KAT M’SIA JUGA, BERBEZA DENGAN ORG YANG SAYA JUMPA DI JAFFNA, TAPI APA YANG SAYA MENGEMBIRAKAN SYA ADALAH ISLAM ADALAH UGAMA NOMBOR 2 DI SRI LANKA, ALHAMDULLILAH BANYAK MASJID YANG SAYA LAWATI DAN HUBUNGAN DIANTARA BUDDIST SRI LANKA (MAJORITI) DAN ISLAM SRI LANKA ADALAH AMAT BAIK, MACAM ADIK BERADIK, CUMA RAKYAT SRI LANKA MEMAKLUMKAN PADA SAYA YANG MEREKA TERGURIS HATI APABILA MALAYSIA MCM NAMPAK MEMBERI SOKONGAN KPD TAMIL EELAM YANG MANA SELAMA INI MEREKA MENGANGAP MALAYSIA ADALAH RAKAN YANG BAIK, DAN SAYA MENJELASKAN KPD MEREKA BUKAN SEMUA YANG SOKONG CUMA ADA YANG SIMPATI KPD APA YANG BERLAKU KEPADA PUAK TAMIL… TAPI APA PUN SAYA MINTA JANGAN KITA PULAK TUNJUK SIMPATI JUST FOR THE SAKE OF POLITIK SBB SAYA JUGA JUMPA RAMAI BANGSA MELAYU ISLAM DI SRI LANKA, JANGAN DENGAN KOMEN2 KITA DI MALAYSIA MEREKA PULA DISISIHKAN, NANTI AKAN ADA HARI KITA TAK BOLEH SEBUT DAH “TAKAN HILANG MELAYU DI DUNIA” PULAK…

    AKHIR SEKALI … KEJAYAAN MANUSIA HANYA SANYA DI DALAM AGAMA!!!
    TURUTI SEMUA PERINTAH ALLAH S.W.T DAN IKUT SUNNAH BAGINDA RASULLULAH S.W.S
    ITU LAH KEJAYAAN YANG HAKIKI!!!

    Reply

    selvaraj Reply:

    masyarakt islam di san macam cerita kelawar

    bila kerajaan singhla menang mereka pergi merompak rumah orang tamil

    bila orang tamil menang pergi merompak rumah orang singhla

    mereka juga umpama lalang…………

    Reply

    man Reply:

    salman janganlah nak putar belitkan cerita kata tamil ellam kejam, kau pergi tengok palestin bayi dekat sana mati disebabakan hamas ini kerana hamas yg menjolok sarang tebuan.negara arab pun diam je tak bagi bantuan ketenteraan pun.
    saya berharap para pembaca jangan membaca akhbar kerajaan sahaja cuba baca akhbar pembankang juga baru dapat tahu kebenaraan.

    http://www.tamilnet.com

    cuba pergi ke web site ini untuk melihat pandangan tamilelam.
    kerajaan srilanka serupa dgn umno/bn racist, suka menipu

    Reply

    SALMAN Reply:

    HI MAN TAK ADA APA2 KEUNTUNGAN UTK SAYA NAK PUTAR BELIT CERITA, CUBA BACA BETUL2 SAYA CUMA SHARE APA YANG SAYA NAMPAK BILA SAYA ADA DISANA, ORANG YANG BAWA SAYA JLN2 PUN ORG TAMIL DIMANA MUKA BELAH KIRI KENA BUAT PLASTIC SURGERY AKIBAT BOM TAMIL ELLAM SEMASA BELIAU SEDANG BERKERJA DI COLOMBO, TAK ADA APA2 KEUNTUNGAN UTK SAYA NAK PUTAR BELIT CERITA, TAPI SAYA NAK TANYA U SATU SOALAN PASAL APA YANG U LARI TAJUK, ORG CERITA PASAL SRI LANKA U PLAK NAK CAKAP PASAL HAMAS? DAN SENTUH PASAL RACIST? SAPA RACIST?

    SRI LANKA VS TAMIL EELAM = MASIH DALAM SRI LANKA

    HAMAS(PALESTIN) VS ISRAEL = MELIBATKAN DUA NEGARA

  17. 17 Palaniappan Feb 13th, 2009 at 5:40 pm

    Walau pun saya seorang India berketurunan Tamil tetapi kita harus membantah sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan terhadap umat manusia, biar di Gaza atau pun di Sri Lanka. Kita makhluk prihatin dan harus menyokong segala tindakan, dari pihak yang mana pun, untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraaan umat manusia. Kita hidup sementara di dunia tetapi ramai tidak faham bahawa ajal akan tiba tanpa menduga. Sedarilah wahai manusia yang daif dan serba kekurangan dan akhiratlah yang kekal. Buatlah baik semasa masih hidup di dunia yang fana ini.

    Reply

  18. 18 CWI Feb 13th, 2009 at 5:46 pm

    SRI LANKA: QUARTER OF A MILLION CIVILIANS TRAPPED IN WAR ZONE http://asocialistmalaysia.blogspot.com/2009/02/sri-lanka-quarter-of-million-civilians.html

    Reply

  19. 19 SILENT MAJORITY Feb 14th, 2009 at 3:35 am

    JANGAN CAMPUR URUSAN KERAJAAN SRI LANKA!

    HARAPNYA KITA JANGANLAH JADI JAGUH DUNIA!

    KITA PATUT FOKUS CRISIS RAKYAT PALESTIN YG DIHALAU REJIM ZIONIST!
    JANGANLAH KITA MENYOKONG ETNIK TAMIL YG HENDAK BERPECAH DRP SRI LANKA
    MENUBUH HOMELAND YG MERDEKA!

    KRISIS DI PALESTIN JAUH BEZANYA DGN KRISIS DI SRI LANKA!
    DI SRI LANKA TIDAK ADA ETHNIC CLEANSING!KERAJAAN SEDANG
    BERPERANG DGN TERRORIST LTTE TAMIL!sila ambil perhatian!

    SO KAMI HARAP KERAJAAN MALAYSIA TOLONG FOCUS KPD MASAALAH
    RAKYAT PALESTIN YG DIHALAU OLEH REJIM ZIONIST!

    JANGANLAH NAK CAMPUR URUSAN NEGARA2 YG LAIN!

    Reply

    selvaraj Reply:

    hamas pun terorist juga.

    hamas dan alqaeda hanya tahu membunuh org awam tidak tahu berlawn dgn tentera

    kalau tak tahu sejarah sri lanka jangan cakap bodoh>>>>>>>>>>>>

    Reply

    Khalid Reply:

    Kita perlu memberikan fokus kepada seiapa saja yang dizalimi, samada rakyat Palestin, etnik Tamil di Sri Lanka, kaum Rohingnya di Myanmar dan siapa saja dan di mana saja. Kita perlu memberikan fokus untuk kesejahteraan manusia sejagat.

    Reply

  20. 20 SILENT MAJORITY Feb 14th, 2009 at 3:44 am

    TERIMA KASIH KERANA CERITAKAN HAL SEBENAR DI SRI LANKA!

    KAMI HARAP SEMUA RAKYAT MALAYSIA SEDAR BAHAWA LTTE TAMIL ADALA
    KUMPULAN TERRORIST!
    USA TELAHPUN MENGIKTIRAF LTTE SEBAGAI PERTUBUHAN TERRORIST!

    Reply

    Kumaran Reply:

    Hamas juga diiktiraf sebagai pertubuhan terrorist oleh America… bahlul

    Reply

    KAPALSINGH Reply:

    SEORANG LAGI LARI TAJUK……PASTU KATA ORG BAHLUL PULAK, TAUBAT LA BRO INSAF LA BRO, SEMUA ORANG ADA HAK NAK BAGI KOMEN TAPI JANGAN PULAK CACI MENCACI… RESPECT LA SIKIT KAT ORANG DAN RESPECT LA JUGA BLOG DSAI NI,

    Reply

    neutral Reply:

    aku rasa kalo penyokong2 PR semua mencarut mcm ni, sampai bila2 tak bole menang election. bg yg islam tu, paham2 je la.

  21. 21 Rain Feb 17th, 2009 at 1:26 pm

    DSAI ni sebok sgt nak jadi Hero lah…

    setakat ckp2 ajer tapi kat negara sendiri pun takde power…satu negeri pun dah jatuh tak sampai setahun..hampehhh.

    Buatlah sesuatu selain dpd bercakap…

    Reply

  22. 22 arif Mar 14th, 2009 at 4:20 pm

    Sesungguhnya kekusutan yang berlaku di Perak ini lahir sebagai kesan dari pelaksanaan sistem demokrasi yang merosakkan. Sistem demokrasi tidak pernah membawa kebaikan kepada Islam, malah semakin menjauhkan umat dari sistem Islam yang sebenar.

    Sistem demokrasi ini melahirkan sekumpulan manusia yang membuat undang-undang (Legislator) dan kononnya kuasa mereka akan di ‘check and balance’ kan oleh kuasa lain, walhasil mereka akan mempergunakan segala kuasa yang ada untuk terus kekal memerintah. Jika mereka perlu mempergunakan Sultan, mereka akan lakukannya, dan jika mereka perlu mempergunakan syaithan, pun mereka akan melakukannya. Dan mereka sekali-kali tidak pernah menjadikan Al-Quran dan Sunah sebagai ‘check and balance’ kuasa mereka. Inilah Trias Politica.

    Di dalam Islam, kedaulatan adalah ditangan syarak (As-siyadah li asy-syar’i) Ini bermaksud kekuasaan Legislatif (menggubal undang-undang) hanyalah milik Allah semata-mata, bukan milik manusia. Maka dari itu, hanya Allah sahajalah yang menjadi Musyarri’ (Legislator) yang membuat/menetapkan hukum (undang-undang) untuk manusia dalam segala sesuatu, baik dalam masalah ibadah, mua’malah, uqubat (qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat) dan sebagainya. Tidak boleh (haram) sama sekali bagi manusia mana pun, baik secara individu mahupun beramai-ramai (majoriti) untuk membuat undang-undang, walau pun hanya satu undang-undang. Firman Allah,

    “Menetapkan hukum hanyalah hak Allah” [TMQ al-An’am (6):57].

    Allah juga berfirman,

    “Ingatlah! Menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah” [TMQ al-A’raf (7):54].

    Manakala rakyat adalah entiti yang memiliki kekuasaan (as-sulthah li al-ummah). Maksud ‘rakyat memiliki kekuasaan’ di sini adalah rakyatlah yang berhak memilih serta mengangkat penguasa (dengan bai’ah). Dan penguasa yang dimaksudkan di sini adalah ‘Khalifah’, bukan selainnya. Hadis-hadis tentang bai’ah menunjukkan bahawa kekuasaan adalah milik umat, yakni bahawa bai’ah itu berasal dari kaum Muslimin untuk Khalifah, bukan dari Khalifah untuk kaum Muslimin. Di antaranya adalah sabda Nabi,

    “Kami telah membai’at Rasulullah untuk didengar dan ditaati, dalam hal yang kami sukai mahupun yang tidak kami sukai” [HR Bukhari].

    Dalam hal ini (bai’ah), syara’ telah menetapkan bahawa orang yang wajib dilantik dan dibai’ah oleh rakyat adalah ‘Khalifah’ seorang sahaja

    Dari segi pengqadhian (kehakiman – Judikatif), hak ini dipegang oleh Khalifah, atau orang yang dilantik oleh Khalifah untuk menjalankan kekuasaan tersebut. Dalam Islam, Khalifahlah yang mengangkat para qadhi (hakim) dan ini merupakan haknya sebagai Ketua Negara secara mutlak. Dan qadhi wajib memutuskan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, bukannya berdasarkan undang-undang yang diluluskan secara majoriti oleh manusia di bawah sistem demokrasi berparlimen!

    Apa yang jelas, sistem Islam di bawah Khilafah tidak pernah menjuzuk-juzukkan kuasa kepada tiga (Trias politica) sebagaimana di bawah sistem demokrasi. Khalifah dan segala struktur di bawah pemerintahannya adalah memerintah berdasarkan undang-undang Allah dan RasulNya, bukannya memerintah berdasarkan undang-undang ciptaan manusia sebagaimana di bawah sistem demokrasi sekarang.

    Umat Islam yang bertelagah di Perak tidak sepatutnya mengembalikan persengketaan mereka kepada mahkamah kufur atau kepada Perlembagaan Perak atau kepada Perlembagaan Persekutuan, kerana undang-undang yang tertinggi dan satu-satunya undang untuk umat Islam mahupun seluruh umat manusia adalah Al-Quran dan As-Sunah. Firman Allah SWT,

    “…kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (As-Sunah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ an-Nisa (4):59]

    Umat Islam sepatutnya berusaha untuk mengembalikan undang-undang Allah dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang sebenar yakni Sistem Khilafah. Kenapakah masih terus berpegang teguh dengan demokrasi walhal telah terbukti demokrasi hanyalah sistem busuk dan keji yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kita semua. Rasulullah tidak mewarisi sistem demokrasi kepada para sahabat, tetapi Rasulullah mewarisi Sistem Khilafah kepada sahabat dan kepada umatnya. Jadi, kenapa dan sampai bila kita mahu hidup mewarisi sistem yang ditinggalkan penjajah, bukannya sistem yang ditinggalkan Rasulullah?

    Bukalah minda dan beri peluang untuk berfikir!

    Reply

  1. 1 Malaysia News World » Blog Archive » Kenyataan Media DSAI Berhubung Perkembangan Mutakhir di Sri Lanka Pingback on Feb 13th, 2009 at 1:08 pm

Leave a Reply