Archive for February 13th, 2009

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di situ.

Kira-kira 300 orang, termasuk penyokong dan pemimpin pembangkang, berhimpun di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.

Juga kelihatan ramai petugas media dan anggota polis di situ.

(more…)

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari PerakDaily.Com
PETALING JAYA: Hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat “pilihan raya menerusi rakyat” diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

(more…)

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sebaran Media
13 Februari 2009

Pakatan Rakyat akan mengadakan Bengkel Pakatan pada 15 Februari (Ahad) bagi memantapkan kerjasama sesama parti dalam Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan cabaran politik yang lebih besar di tanahair dalam masa terdekat.

Bengkel yang menghimpunkan kira-kira 100 orang pemimpin nasional, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri daripada ketiga-tiga DAP, KEADILAN dan PAS ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi Pakatan Rakyat baik peringkat nasional mahupun pentadbiran negeri agar kepentingan rakyat sentiasa dijaga.

(more…)

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sebaik nama Tan Sri Aziz diumumkan sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saya kaitkan prestasi dan rekod baiknya dalam perkhidmatan awam. Kebimbangan saya hanya keupayaan beliau mengendali SPR yang tercemar sebagai alat ampuh pimpinan UMNO-BN yang tidak mampu memikul amanah dengan jujur dan adil.

Agak mengejutkan kerana harapan tipis kecundang dalam tempoh singkat. Keputusan SPR mengenepikan keputusan Speaker DUN Negeri Perak mengenai perletakan jawatan ADUN menjurus kepada kesediaan mudah SPR menjadikan diri sebagai kuda tunggangan. Tan Sri Aziz gagal membedakan antara tugas seorang KSU dengan Pengerusi SPR.

Dan kini dengan menganjak tarikh pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau selewat mungkin satelah selesai pemilihan Umno, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Dato’ Seri Najib.

Kepada Allah SWT kita berserah disamping kerja kuat dalam saf untuk memastikan kezaliman, penipuan dan rasuah ditumpaskan.

ANWAR IBRAHIM

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 13 Februari 2009

Kira-kira 100 penyokong Umno gagal mengadakan perhimpunan haram di depan rumah Karpal Singh – yang berura-ura menyaman Sultan Perak – di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.

Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Dr Khir Toyo (gambar atas) dan beberapa lagi ketua Pemuda Umno bahagian disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.

(more…)

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan bahawa SPR memutuskan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah diadakan serentak bagi mengelakkan tempoh berkempen terlalu panjang atas faktor keselamatan. Alasan beliau ialah apabila tempoh berkempen terlalu panjang, pelbagai isu akan ditimbulkan dan keadaan itu boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan di kawasan terbabit serta keselamatan negara.

(more…)

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | Feb 13, 2009

DAP national chairperson Karpal Singh today said the call to banish him from the state of Perak apart from being mischievous has no legal basis.

The renowned lawyer said under the Banishment Act 1959, he cannot be banished from any state in the Federation of Malaysia.

“It is elementary that the government cannot revoke a citizenship of a person who is a citizen by operation of law. I am a citizen by operation of law on the ground that I was born in Penang.

“The government can only revoke the citizenship of a person who has acquired citizenship by naturalisation,” he added in a statement.

Karpal was responding to the Kedah Royal Household Association’s call on Perak ruler Sultan Azlan Shah to ban Karpal from entering the state.

(more…)

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakni | 13 Februari 2009

Pemuda DAP (DAPSY) hari ini mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil masa hampir 60 hari untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

SPR hari ini mengumumkan bahawa pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut akan diadakan serentak pada 7 April depan, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.

(more…)

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 13 Februari 2009

Usaha untuk menarik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR keluar parti di negeri itu masih berterusan, kata Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Sarani Mohamad.

(more…)

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya kini berada di Doha untuk tempoh dua hari bagi memenuhi undangan Saban Center for Middle East serta Institut Brookings.

Forum yang dianjurkan bersama oleh kerajaan Qatar ini turut menjemput saya sebagai ahli panel utama Forum Dunia Islam dan Hubungannya Dengan Amerika Syarikat yang dijadualkan pada hari esok, bersama-sama dengan Saeb Erekat, Barham Salih dan David Petraeus. Tema yang dipilih kali ini ialah “Cabaran Yang Sama: Mendepani Bersama Isu Sejagat”.

Menyedari tuntutan perubahan yang berlaku di Amerika Syarikat, apatah lagi kesan dari tragedi keganasan Israel di Gaza, pihak Institut Brookings merasakan penting agar semua pihak bersama-sama merenung kembali akan kepentingan hubungan dua hala Amerika Syarikat dan Dunia Islam.

Langkah awal tentunya mengenal pasti apakah cabaran dan kembali membentuk kerjasama di antara Dunia Islam dan Barat. Jurang semestinya dirapatkan, persamaan sewajarnya dirai, maka barulah akan ada kerjasama yang berkesan.

Saya pastinya mengambil peluang ini untuk menyuarakan hasrat umat Islam yang merasakan bahwa kuasa-kuasa besar senantiasa berat sebelah tatkala mendepani isu Palestin, juga menegaskan bahwa demokrasi bukannya sesuatu yang asing buat Dunia Islam terutamanya dengan kejayaan Indonesia dan Turki.

ANWAR IBRAHIM

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Ramai pengunjung mengirim SMS dan emel yang musykil dengan kebisuan saya berdepan dengan kecaman keras YB Karpal. Saudara Karpal adalah sahabat dan peguam handal yang begitu prihatin dengan kesengsaraan kami akibat kezaliman penguasa UMNO-BN.

Maka saya memilih berdiam dulu kerana sebarang keputusan isu dasar yang diumumkan adalah muafakat bersama dalam rangka Pakatan Rakyat, satelah ada pertemuan di antara pimpinan KeADILan, PAS dan DAP. Saya juga sedar bahawa kenyataan saudara Karpal sengaja dibesarkan oleh media UMNO-BN khususnya Utusan dan TV3.

Sekonyong-konyong beliau menjadi tokoh besar semata-mata kerana menegur saya. Keesokannya pula, lantaran Pemuda UMNO muncul menjerit slogan “Raja”, “Hidup Melayu” dan “pengkhianat”, maka sosok saudara Karpal kembali sebagai anti raja dan pengkhianat!

Memang benar saya tidak bersetuju dengan cadangan menyaman Sultan walaupun cenderung menyokong tindakan menyaman kerajaan baru Perak yang tidak sah; tetapi ugutan Pemuda UMNO termasuk menggunakan ISA dan tekanan polis adalah keterlaluan.

Hak dan kebebasan beliau menyuarakan pandangan harus dihormati. Mengapa UMNO pura-pura jahil dengan telatah melampau puak mereka menghina Sultan Terengganu, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan sebelum itu meminda Perlembagaan menghakis kuasa Raja dan akhirnya meluputkan kekebalan Raja?

Lagi-lagi slogan Melayu, Melayu!

Alahai, bukit, pulau, empangan, balak, tanah, kontrak, saham kesemuannya bernilai ratusan bilion ringgit dirompak dan digadai oleh siapa?

ANWAR IBRAHIM

13 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
PETALING JAYA, 13 FEBRUARI 2009

Berdekad-dekad lamanya etnik Tamil di Sri Lanka Utara dipinggirkan secara politik dan ekonomi. Di saat dunia merasakan operasi ketenteraan mutakhir tentera Sri Lanka merupakan satu kejayaan menumpaskan gerila Tamil, ramai seakan-akan melupakan nasib minoriti Tamil.

Pertempuran sengit di antara tentera pemerintah dan gerila Tamil di Sri Lanka berlarutan sekian lama. Namun yang membimbangkan kita adalah mangsa dikalangan rakyat, terutamanya penduduk Tamil di utara.

Pemerintah kini melarang liputan media antarabangsa dan menyekat bantuan kemanusiaan. Maka secara tegas kami mendesak pemerintah Sri Lanka dan gerila Tamil untuk menghentikan serangan ke atas penduduk awam.

Laporan meluas mengenai mangsa awam rakyat Tamil tambah meyakinkan kita untuk menggesa agar tindakan ganas sedemikian perlu dihentikan segera.

ANWAR IBRAHIM