Archive for February 11th, 2009

11 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

oleh Lanai Bestari

Akhirnya Sdr.V. Arumugam melepaskan semua jawatannya.Bermula dengan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah,beberapa jam kemudian beliau mengambil keputusan untuk turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.Saya kira bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk V.Arumugam melepaskan kesemua jawatan itu.Tentunya beliau telah memikirkan dari segenap sudut sebelum membuat keputusan sedemikian.

Sementara kita menghormati keputusan beliau itu (dan mengucapkan tahniah kerana bersikap berani dan gentleman),keprihatinan saya lebih kepada sebabmusabab yang mendorong V Arumugam mengambil keputusan drastiks tersebut.

Pendedahan mantan Exco Kerajaan Negeri Kedah tersebut bahawa terdapat percubaan secara agresif untuk mempengaruhinya `melompat’ ke BN dengan kaedah yang tidak bermaruah sebenarnya mendedahkan ada yang sangat tidak kena dengan budaya politik tanahair.Percubaan menculik,ugutan,rasuah dan insiden cermin kereta rasmi beliau di pecahkan dengan batu yang terikat nota ugutan membayangkan ada yang tidak beres.
(more…)

11 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

from The Malaysia Insider

By Adib Zalkapli and Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Despite a state-wide ban on political ceramahs, Pakatan Rakyat leaders vowed to defy police orders in Perak and said the ban was a sign of Barisan Nasional’s desperation to win the upcoming Bukit Gantang by election.

“We will defy this unfair rule. This is a calculated move to curb dissenting voices,” said PKR information chief Chua Tian Chang, adding that the ban would not stop the party from campaigning.

“I have expected the whole scenario; it is like a replay of Mahathir era in 1999 to 2000. This is a start of the series of crackdown. They want to have an unfair edge,” the Batu MP told The Malaysian Insider.

(more…)

11 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat.

Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana.

Untuk apa dirampas akhbar berkenaan sedangkan akhbar-akhbar tersebut beroperasi secara sah menggunakan permit? Apa perlu ia dirampas jika benar Umno-Bn bertindak ‘dalam landasan yang betul’?

Utusan Malaysia, Berita Harian menyebarluas propaganda Umno-BN, menenggelamkan isu pencabulan perlembagaan oleh kerajaan haram BN di Perak dan memperbesarkan istilah ‘mohon derhaka’ Dato’ Seri Ir. Nizar.

Tambah menggelikan hati apabila Ketua Polis Negara melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak. Alasannya? Permit ceramah akan dibekukan sehingga “situasi kembali elok.”

Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak?

Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12.

Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!

ANWAR IBRAHIM

11 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin politik dan layanan buruk terhadap pendatang asing harus menjadi isu utama mempersoalkan rekod hak asasi manusia Malaysia.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia – amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara.

“Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan,” kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson.

Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama “keamanan, keselamatan dan kestabilan” menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi.

Berhubung layanan terhadap pendatang asing, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan keras kerana didakwa melakukan pelbagai penganiyaan fizikal, mengancam dan memeras.

“Seorang tahanan memberitahu HRW bagaimana Rela melayan mereka ‘seperti binatang’, menendang dan menumbuk tahanan tanpa alasan yang jelas.

“Seorang lagi pendatang menjelaskan beliau dipukul oleh pegawai Rela sehingga tidak dapat berjalan beberapa hari,” kata Elaine.

HRW juga berkata, Malaysia masih gagal menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi manusia yang utama.

11 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad

FEB 11 — Perak kini berada di dalam kemelut perlembagaan. Media massa yang dikuasai Barisan Nasional sudah dikerahkan untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat dalam perang propaganda. Pertama, dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan insiden lompat ini dahulu. Kedua, Pakatan Rakyat dikatakan khianat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sememangnya Anwar telah memulakan jemputan kepada wakil-wakil rakyat BN untuk menyertai Pakatan bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi jemputan Anwar ini dibuat dari awal, secara terbuka.

Malangnya, kali ini tindakan rampasan kuasa BN pimpinan Dato’ Seri Najib Razak diselubungi tipu daya, ancaman dan rasuah. Mula-mula, Dato’ Zainal Abidin Zin, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mengakui membawa seorang pemimpin Keadilan Perak berjumpa Najib sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Pemimpin tersebut mendakwa Najib menawarkan wang RM50 juta untuk mendapatkan beberapa wakil rakyat sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

(more…)