Archive for February 2nd, 2009

2 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kita ternanti-nanti kemunculan dua ADUN KeADILan yang akan mengumumkan untuk keluar parti. Namun kelibat mereka tidak kelihatan. Kita masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi.

Tambahan lagi pendedahan dua surat akuan bersumpah oleh ADUN Bukit Selambau, saudara V. Arumugam dan saudara Fauzi Muda, Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, sememangnya membuktikan Barisan Nasional yang dikuasai Umno sudah muflis dari sebarang etika berpolitik.

Benar, ‘politik adalah panglima’ kata Kuo Mo Jo, penyair asal China, kerana ianya berkuasa tatkala digunakan untuk mempertahan serta menunaikan hasrat rakyat agar Perubahan terlaksana.  Bukannya demi memuaskan nafsu untuk untuk terus bersemayam di tampuk pemerintahan dan menggunakan aparat kekuasan untuk kepentingan peribadi. Malanglah sekiranya politik Machiavelli yang terus digunapakai..

ANWAR IBRAHIM

2 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sila baca surat-akuan-fauzi-muda ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut penglibatan pihak-pihak yang berusaha mengugut dan merasuah adun-adun PKR.

2 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan Akhbar

2hb Februari, 2009

Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.

Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.

Sekian, terimakasih,

Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

2 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh Hishamuddin Rais

“One should ask Najib on where the two PKR excos from Perak are, and also about Bala. After all, he is an expert in handling missing persons,” Anwar, the Permatang Pauh parliamentarian, told newsmen after meeting six Perak PKR assemblypersons for an hour in a closed-door session at Yayasan Aman complex in Penanti, Penang mainland. – MalaysiaKini

Balasubramaniam telah hilang tahun lalu, sehari sesudah dia membuat Pengakuan Bersumpah.

Hingga ke hari ini tidak ada khabar berita tentang Bala. Kehilangan Bala ada sangkut paut dengan pembunuhan gadis cun Altantuya Shaaribu dari Mongolia. Pembunuhan Altantuya ini juga bersabit dengan Razak Baginda. Razak Baginda ialah ‘jurifikir’ Najib Razak.

Pengakuan Bersumpah Bala menerangkan bahawa Najib Razak ialah kekasih awal Altantuya – sebelum gadis cun ini menjadi ‘kekasih’ Razak Baginda. Justeru pertalian ini menjadikan umum mempercayai bahawa kehilangan Bala ada bersangkut paut dengan Najib Razak. (more…)

2 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam saya di Bukit Mertajam, Machang Bubok, Penanti dan Seberang Jaya. Ada majlis Kong Xi Fa Cai, pelancaran cawangan parti, majlis perkahwinan dan jamuan.

Pastinnya sibuk lantaran drama “kehilangan” dua ADUN Perak. Maka majlis terganggu dengan deringan telefon dari pimpinan PKR Perak, MB Datuk Seri Nizar dan pimpinan PAS serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pimpnan DAP.

Semua keenam-enam ADUN Perak termasuk Datuk Nasaruddin menemui saya di Yayasan Aman, Penanti. Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai.

Ulasan saya mengenai episod terbaru;

Pertama, babak kehilangan menggerunkan kerana mengingatkan tragedi Altantuya dan detektif Bala yang ada kaitannya dengan tokoh yang sama. Dalam babak terbaru ini, Datuk Seri Najib terlibat secara langsung! Malah dalam ucapan menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, saya telah menjangka tindakan lebih ganas oleh pimpinan UMNO-BN. Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bedakan dengan pendirian Datuk Nasa di Bota!

Kedua, PM Datuk Seri Abdullah kongkalikong mengalu-alukan kehadhiran mereka kedalam UMNO walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut!

Ketiga, apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu? Datuk Seri Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua ADUN tersebut.

Akhirulkalam, kita yakin inshaallah dengan suara rakyat. Jentera kita harus bersedia bertarung di gelanggang Perak.

ANWAR IBRAHIM

2 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Concerned Citizen dan lain-lain inginkan kupasan panjang dalam blog. Mereka mengusulkan agar kupasan isu lebih mendalam lagi.

Saudara Concerned Citizen seharusnya merujuk rencana atau kenyataan berkaitan. Umpamanya dalam isu ekonomi, perinciannya terdapat dalam Agenda Ekonomi Malaysia, belanjawan Pakatan Rakyat, dan hansard perbahasan Parlimen. Dan sekiranya sukar diperolehi, kami akan muatkan semula dalam blog.

ANWAR IBRAHIM