Archive for February 1st, 2009

1 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Nurul Izzah Blog
Kami sekeluarga begitu pilu dan kesal dengan nasib yang menimpa saudara Kugan Ananthan. Usia yang begitu muda berakhir dengan kematian yang tragis serta menyiksakan. Ibu dan ayah mana tidak merasa perit, kecewa serta dibelenggu kemarahan yang amat sangat.

Persoalannya jelas, bukan berkait isu rasis, agama, ataupun warna kulit. Setiap tahanan berhak mendapat pembelaan serta dijamin keselamatannya dalam jagaan polis, apatah lagi sebelum pun didakwa. Sebaliknya, Kugan hilang dari pangkuan keluarga –hanya ditemukan semula dalam keadaan hiba.

Kita perlu kembali kepada keadilan. Kecam penipuan, kezaliman dalam tahanan, dalam proses bedah siasat dan pastikan setiap anggota yang bertugas, kalau terbukti gagal melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan profesionalisma dikenakan tindakan yang tegas. Jangan diulang keputusan bedah siasat yang seantero dunia tahu satu penipuan yang amat nyata. (more…)

1 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Kerajaanrakyat.com

Tindakan dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini adalah satu rahmat kepada rakyat. Sekurang-kurangnya mereka berdua telah menunjukkan bahawa sekalipun telah diumpan dengan segala keladak dunia tetapi mereka tidak menyertai UMNO. Mereka gentleman dengan mengosongkan kerusi DUN tersebut.

(more…)

1 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.

Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.

(more…)

1 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sila lihat keputusan undian yang ada di laman Parlimen Rakyat. Keputusannya mungkin mengejutkan! Klik di sini untuk tatapan semua.

1 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Walaupun tanpa isu dakwaan penderaan seorang pemimpin bahagian Umno sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Umno umumnya tidak bersetuju campur tangan badan itu dalam membanteras gejala politik wang dalam parti.

Pemuda Umno Padang Serai menyifatkan siasatan SPRM “tidak tepat pada masanya”, lebih-lebih lagi hampir dengan pemilihan parti, Mac ini.

Ketua Pemudanya Ismadi Abu Talib turut mempertikaikan tangkapan suruhanjaya itu terhadap sejumlah pemimpin Umno peringkat pertengahan baru-baru ini tetapi tidak menfokuskan pemimpin parti-parti lain.

(more…)

1 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The New York Times
By CHRISTOPHER LEHMANN-HAUPT

John Updike, the kaleidoscopically gifted writer whose quartet of Rabbit novels highlighted a body of fiction, verse, essays and criticism so vast, protean and lyrical as to place him in the first rank of American authors, died on Tuesday in Danvers, Mass. He was 76 and lived in Beverly Farms, Mass.

The cause was cancer, according to a statement by Knopf, his publisher. A spokesman said Mr. Updike had died at the Hospice of the North Shore in Danvers.

(more…)

1 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Perakexpress.com

Ini adalah terjemahan sebahagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/

“Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

(more…)