Archive for February, 2009

28
Feb

“Amanat Harapan” Kepada Kepimpinan KeADILan di Hotel Quality, Shah Alam

Hadirin Sekalian,

Himpunan hari ini menjadi bukti kepada bulatnya tekad serta matlamat kita semua untuk berbakti kepada negara dan rakyat negara ini. Bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita akan pastikan Perubahan mengambil tempat dan menyempurnakan janji untuk membawa Harapan Baru kepada negara ini.

Tidak lama dahulu ramai yang percaya parti ini tidak ada masa hadapan. Mereka mentertawakan hasrat serta cita-cita kita. Muncullah nujum-nujum politik yang meramalkan kepupusan PKR kerana tidak percaya politik baru yang kita bawa; sebuah negara yang benar-benar bersatu dan tidak terperangkap dengan politik sentimen perkauman yang sempit.

Kepada rakan-rakan sekalian percayalah bahtera perjuangan ini tidak akan karam. Jangan sesekali keutuhan tekad perjuangan kita melonggar lemah.

Kepada mereka yang masih tersemat keraguan, percayalah kepada keluhuran akal budi rakyat, bukannya nujum-nujum yang sebenarnya masih terus mendokong regim korup. Parti ini sudahpun memasuki tahun yang ke 10 dan perjuangan kita mulai menunjukkan hasil. Yakinilah haluan tepat negara ini berada di tangan kita.

Continue reading ‘“Amanat Harapan” Kepada Kepimpinan KeADILan di Hotel Quality, Shah Alam’

28
Feb

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan

Dari Malaysiakini

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

sivakumar and perakUsul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Continue reading ‘Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan’

28
Feb

Tindakan Biadap Pemuda UMNO Mengecewakan!

Semalam saya menerima undangan makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman beliau. Saya kembali ke Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid di Pejabat Ketua Pembangkang.

Sejurus kemudian saya diminta segera turun ke Dewan kerana saudara Karpal Singh mengemukakan bantahan atas tekanan dan ugutan oleh pimpinan Pemuda UMNO Selangor. Saya terkejut dengan gelagat sebahagian ahli parlimen UMNO-BN yang memandang enteng serangan tersebut malah melalak menafikan ruang untuk saudara Karpal dan rakan lainnya berhujah.

Dalam keriuhan tersebut saya bangun dan diberikan ruang oleh Speaker. Saya tidak menuding kepada ahli parlimen UMNO. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin memberikan jamninan bertindak. Maka kami keluar untuk memberikan kenyataan bersama kepada media. Dan selanjutnya ke pejabat Speaker menggesa beliau bertindak segera secara tegas.

Maka berakhirlah satu lagi babak keji dalam sejarah Parlimen – bersambung dari drama pembunuhan, ugutan, penculikan, rasuah dan akhirnya hingga ke kawasan Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

26
Feb

Rakaman Ucapan Menjunjung Kasih Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong


Rakaman Ucapan Menjunjung Kasih Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Malaysia pada 19 Febuari 2009

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

26
Feb

PNSB Mesti Menyerahkan Keuntungan Yang Tidak Diisytiharkan Kepada LHDN

–KENYATAAN AKHBAR UNTUK EDARAN SEGERA–
26 FEBRUARI 2009

Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated) hari ini mengarahkan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan penemuan bahawa PNSB tidak mengisi borang-borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, yang juga pengerusi MBI dan PNSB, berkata langkah tersebut dilakukan bagi memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada para pekerjanya – termasuk Pengerusinya, ahli-ahli Lembaga Pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut. Antaranya, kereta dan pemandu, di samping percutian di dalam dan luar negara. Faedah melancong diberikan kepada semua kakitangan manakala kereta berpemandu diberikan hanya kepada Ketua Eksekutif dan Pengarah, kalangan pengurus kanan dan kalangan pengurus.

Sekumpulan penasihat lantikan MBI kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006. Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini. Juga didapati kemudahan petrol dan penyenggaraan kereta Harrier semuanya ditanggung oleh PNSB.

Dato’ Menteri Besar menyedari tentang keprihatinan kalangan pekerja PNSB sendiri terhadap implikasi kewangan akibat pengurusan PNSB tidak mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA. Beliau mendesak agar kakitangan PNSB bersabar kerana mereka kini perlu menunggu tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

25
Feb

That’s correct… No action on three in Lingam probe

From The Malaysian Insider

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Feb 25 — Three out of four persons being investigated in relation to the infamous V. K. Lingam video clip case, have been cleared of graft charges, the prime minister told Parliament today.

Datuk Seri Abdullah Badawi told Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) in a written reply that the three cases had been marked “NFA” — which means no further action will be taken.

The file on one of the four persons originally investigated remain open. The PM did not name any of the four persons.

Continue reading ‘That’s correct… No action on three in Lingam probe’

25
Feb

PPSMI: Surat Terbuka Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kepada Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad. Salam sejahtera dan semoga sihat sahaja. Saya menulis surat kepada Tun kerana ada banyak hal yang kita perlu muhasabahkan bersama.

Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.

Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.

Continue reading ‘PPSMI: Surat Terbuka Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad’

25
Feb

‘Ketua Menteri Sarawak guna deretan Rolls Royce, Timbalannya guna BMW 7 Series…’

Harakahdaily | 25 Februari 2009

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) – Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution membangkit persoalan kereta kerajaan Perak dan Selangor yang ditohmah oleh kerajaan BN sedangkan pemimpin mereka yang terlibat memiliki kenderaan mewah.

Berikut adalah sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang): Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolah-olah itu benda yang cukup besarlah.

Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes.

Continue reading ‘‘Ketua Menteri Sarawak guna deretan Rolls Royce, Timbalannya guna BMW 7 Series…’’

25
Feb

Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti

Malaysiakini | 25 Februari 2009

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Continue reading ‘Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti’

25
Feb

Jika Mahu Terus Jadi Lembu, SPRM Perlu Isytihar Jadi Parti Komponen Barisan Nasional

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
25 Februari 2009

Hari ini, Rabu bersamaan 25 Februari 2009, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor lembu khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda ‘penghargaan yang tinggi’ di atas ‘kebebasan dan integriti’ yang telah diamalkan oleh badan tersebut.

Sepanjang dua bulan berlalu sejak SPRM dinaik taraf menjadi sebuah suruhanjaya, pelbagai kecelaruan telah pun timbul. Dalam keadaan puluhan malah ratusan laporan rasuah yang dikemukakan kepada badan tersebut telah dibakulsampahkan tanpa siasatan.

Penyelewengan yang dilakukan oleh SPRM ini, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh AMK beberapa hari lepas, sangat bertepatan dengan kronologi usaha untuk menjatuhkan kerajaan-kerajan negeri Pakatan Rakyat.

Kalau ada kes rasuah dalam Umno , kes kes ini akan disurukkan dari pengetahuan umum.

Sebagai contoh dalam kes yang melibatkan rasuah oleh ADUN Umno-BN Lenggeng, Mustafa Salim.

Kes rasuah politik pemilihan Umno yang melibatkan Ahli MT Umno, Norza Zakaria.

Kedua-dua kes ini disorokkan identiti daripada pengetahuan umum. Bukan ini sahaja, malah banyak lagi kes yang telah dikemukakan baik oleh AMK mahupun komponen Pakatan Rakyat lainnya yang mempunyai asas yang kukuh dipinggir begitu sahaja tanpa sebarang status.

Justeru, lembu yang ‘dihadiahkan’ oleh AMK kepada SPRM akan menjadi batu tanda dan pengajaran buat SPRM agar mereka tidak berterusan menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ khususnya oleh Umno.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

25
Feb

Sultan Selangor Yakin Sebarang Keputusan Menteri Besar

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
25 Februari 2009

Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ‘privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

DATO’ HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI
Dato’ Lela Bakti
Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

25
Feb

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

Dari Harakahdaily

Oleh Ahmad Tajdid

KUALA LUMPUR, 25 Feb Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Continue reading ‘Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo’