Seorang calon wanita yang memohon jawatan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) telah dinafikan hak untuk diambil bekerja hanya kerana beliau sedang hamil. Insiden sedemikian mengukuhkan pengamatan bahawa gender mainstreaming di Malaysia terus gagal. Kegagalan itu telah meneruskan diskriminasi terhadap sebahagaian wanita di negara ini.
Perlembagaan mengenai pemberian hak kepada warganegara tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau gender (Perlembagaan Malaysia, Perkara 8[2]) hanya berupa tulisan-tulisan di atas kertas yang tidak memberi sebarang perlindungan yang bermakna kepada rakyat yang benar-benar memerlukannya. Lebih memburukkan adalah bilamana pelaku terhadap pelanggaran hak perlindungan itu ialah pihak agensi kerajaan sendiri, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Pejabat Pelajaran Daerahnya (PPD). Kerajaan sememangnya tidak acuh dalam meratakan pengetahuan dan penghayatan kesensitifan gender di kalangan masyarakat dan dalam pentadbiran kerajaan.
Malaysia, sebagai penandatangan (signatory) kepada CEDAW (UN Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination against Women), selama ini telah dicanangkan sebagai komited dalam menghormati hak wanita Malaysia . Perkara 11 dalam Konvensyen tersebut menuntut setiap negara agar mengambil segala langkah ke arah menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pekerjaan bagi memastikan keadilan sebagai hak asasi sejagat untuk semua manusia berlaku.
Noorfadilla Ahmad Saikin telah ditawarkan sebagai guru di bawah skima GSTT sembilan hari selepas menghadiri temuduga berkenaan pada 2 Januari lalu. Beliau telah diminta hadir untuk mengambil butiran penempatan sekolah di PPD, Hulu Langat. Sebaik sahaja diberitahu bahawa beliau sedang hamil tiga bulan, pegawai yang bertugas terus menyatakan bahawa pemohon yang hamil sepatutnya tidak boleh memohon GSTT.Tiada alasan yang logik dikemukakan dan tiada pula tercatat di mana-mana dokumen permohonan tentang syarat bahawa pemohon hamil tidak dibenarkan memohon pekerjaan tersebut. Jelas sebagaimana yang disebutkan oleh Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Pheng, bagi wanita yang dinafikan hak untuk diambil bekerja hanya kerana mereka sedang hamil adalah tidak adil, khususnya bagi mereka yang benar-benar berminat dalam profesion perguruan.
Mengapa ketidakadilan seperti ini tetap berulang dalam pentadbiran kerajaan? Kecuaian kerajaan BN dalam memastikan hak wanita terbela pada setiap ketika, tempat, masa, dan keadaan amatlah menghampakan. Apakah Wanita Malaysia sekarang ini sentiasa boleh mengharapkan kerajaan Malaysia untuk memelihara dengan baik dan berkesan hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan dan Undang-Undang serta Konvensyen Antarabangsa?
Wanita KeADILan menggesa Perdana Menteri, Abdullah Badawi untuk mengarahkan kesemua peringkat pentadbiran negara, khususnya Kementerian Pelajaran agar menghapuskan dengan serta-merta segala amalan diskriminasi gender bagi mengotakan komitmen beliau untuk menamatkan ketidakadilan yang berunsurkan gender.
ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat
28 Januari 2009









Macam macam ada…
Reply
zaman darurat pun tak lah seteruk zaman UMNO Perintah, Samsiah fakih pun pegang jawatan yang cukup besar,tiada berunsurkan gender, diskriminasi terhadap wanita kian memuncak di malaysia.
Reply
Inilah yang dikatakan double standard KPM.Saya difahamkan peraturan Guru pelatih mengandung adalah tidak standard antara maktab,JPN dan PPD.Ada maktab tidak kisah pelatihnya mengandung dan dapat teruskan pengajian dan menjalani latihan di sekolah.Ada maktab yang sangat tegas dengan peraturan tersebut.Menyebabkan ada pelatih yang merahsiakan dia sedang mengandung dan rakan-rakan yang lain tahu dia mengandung.Di sini timbul soal keadilan antara yang melapor dan tidak lapor.Yang kena tangguh dan yang tidak kena tangguh.
KPM patut mengkaji balik peraturan mengandung kena tangguh pengajian dan mengandung dua kali semasa pengajian kena berhenti pengajian.Padahal ramai pelatih maktab yang berkahwin terpaksa bergaduh dengan suami yang mahukan anak dalam tempoh 3 atau 4 tahun pengajian.Unit Latihan Guru KPMpun jangan kluk klek dalam soal ini.Ikut perlembagaan sahaja sama ada boleh kahwin atau tidak.Dan semasa pengajian pelatih yang bersalin atau sakit dan sekiranya tidak cukup jumlah jam hadir kuliah,boleh tindakan tangguh atau diberhentikan.Sekiranya pelajar yang mengandung dapat mengikuti kuliah dan dapat menjalankan aktiviti maktab dan sekolah apa salahnya dia mengandung.Gunakan kaedah pengajian di IPT, tiada halangan pelajar nak kahwin dan nak mengandung dan nak bersalin.Asalkan jumlah jam kehadiran mencapai syarat menduduki peperiksaan.
Reply
kuda kepang STC Reply:
January 29th, 2009 at 7:51 pm
Yes!!!! KPM amalkan double standard tetapi PKM tidak lihat samsiah fakih!!!.
Reply
Masaalahnya PKR suka ambil kesempatan isu yang menarik emosi walaupun fakta nya tidak tepat! Jadi tak heranlah Ketua Wanita PKR ni tulis macam ni. Ini kes tak de isu lah wei!
Reply
ANAK MALAYSIA Reply:
January 29th, 2009 at 2:24 pm
ini bukan pertama kali ada kes diskriminasilah dalam negara kita ni,dah byk kali berlaku dalam mana2 perkhidmatan kerajaan…..
Reply
miey Reply:
December 19th, 2009 at 10:32 pm
masalahnya anda tidak tahu apa tu GSTT atau guru sandaran tidak terlatih..
dari segi tanggungjawab dan peranannya..
GSTT ini tugasnya menggantikan guru-guru tetap yang tidak boleh mengajar..
sama ada cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji..mungkin sebab sakit, kursus, sambung belajar atau cuti bersalin.. setelah tamat tempoh cuti, mereka akan kembali berkhidmat..
kalau GSTT ini dipilih daripada mereka yang mengandung, dikhuatiri mereka ini bersalin semasa tempoh mereka ganti itu bagaimana? bukankah menambahkan lagi masalah? jadi saya rasa memang tepat GSTT tidak diambil daripada golongan mereka yang sedang mengandung… ini bukan diskriminasi gender.. kalau wujud diskriminasi gender, kenapa perempuan tidak disekat daripada menjadi guru kerana kekurangan guru lelaki.. beza 2 kali ganda jumlah guru lelaki daripada guru perempuan..
saya bukan penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang.. saya tengok atas isu dan individu.. kerajaan tak semestinya betul dan pembangkang tak semestinya salah.. begitulah sebaliknya..
kepada ketua wanita PKR, carilah isu lain.. banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan untuk keadilan rakyat..
Reply
Ramai Guru sandaran tidak terlatih di Sabah telah dijanjikan akan diberi latihan perguruan supaya terus kekal dalam perkhidmatan perguruan sekitar tahun 2004-2005 tetapi kementerian pelajaran malaysia gagal membela guru sandaran ini dan ramai daripada mereka ini terpaksa melupakan hasrat mereka menjadi guru terlatih yang kekal dalam perkhidmatan. Mereka bukan saja tidak diberi latihan perguruan malah ditamatkan perkhidmatan. Inilah antara banyak kegagalan kementerian pelajaran membela guru sandaran.
Reply
wah cepat je ambik kesempatan isu ni ek….hahaha…. baru nak suke pkr, trus aku x suke…
ideologi politk sume pn same…. sume same je… bek sokong yg sedia ada… mudah2 negara kt xberpecah belah seperti mana palestin yg berpecah , fatah ngn hamas, x kuat sebab berpecah…
fikirkn lah….. bersatu kita teguh…bercerai kt d serang…!!!
Reply
Isu timbul bila dapat tahu hamil 3 bulan. Apa pula tindakan yang diambil sekiranya guru GSTT yang sudah mengajar dan di dapati hamil. Adakah pihak kementerian terpaksa membuat keputusan untuk memberhentikan serta merta terhadap guru GSTT yang di dapati hamil setelah mengajar berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Di manakah keadilan bagi mereka yang benar-benar berminat dan ihkhlas menjadi pendidik. Apakah ini menjadi pengukur kepada seorang guru wanita untuk berkhidmat sebagai pendidik.
Tidak adil sekiranya seorang guru GSTT yang baru diberi peluang untuk memdidik anak bangsa didapati hamil dan ditarik balik peluang tersebut. Apa pula nasib si guru GSTT yang telah sekian lama mengajar akan tetapi di sahkan hamil ketike temph perkhidmatan. Di mana rasionalnya keputusan kementerian dalam menyelesaikan isu seperti ini.
Reply
duma di selekoh saja lagi..harapbersabar..dugaan ALLAH hanya..sekelumit nasi…
Reply
Salam semua.
Isteri saya pernah tangguh pengajian kerana mengandung. Walaupun begitu, kekadang kita terlupa bahawa keutamaan pelajar adalah diutamakan. Apabla seorang GSTT mengambil cuti kerana bersalin, maka pihak sekolah terpaksa sekali lagi memohon untuk mendapatkan gantian. Ini memakan masa dan menyebabkan pelajar ketinggalan pelajaran. Akibatnya Guru Besar juga yang kena marah dengan mak bapak. Cuti bersalin itu ialah cuti tanpa gaji bagi GSTT.
Sementelah lagi, kebanyakkan guru2 GSTT ini hanya menjadikan kerjaya ini sampingan sahaja. kalau ada peluang lain, berhenti. Kalau tak pun, sebagai jalan terakhir mendapatkan kerja. Paling teruk, masuk guru sebab nak kerja setengah hari (walaupun hakikatnya tak begitu). Sudah jadi kebiasaan, orang yang bergelar doktor veteriner, jurutera, akauntant pun berhenti kerja masuk guru.
Reply
tempat lain mkin ya….jadi bahan sandaran…
d sabah nilai guru amat lah di pandang tinggi…
kesusahan pun tinggi…. apa lagi kalau kerjaya gstt digurau sendakan..
kawan….100 kosong yang apply beribu oi…yang tidak tahu menghargai tu…sepatutnya beri peluang yang amat memerlukan dan layak.
tapi yang kesal nya…..apalah nasib gstt yang ditamatkan kontraknya…. mana sudah diorang????? ini kah yang di panggil membela nasib rakyat..??????
tolong lah buka mata wahai pemimpin2 sabah!!!!!! jangan asyik di bawa bayu….
Reply
kenapa semua laungkan pembelaan GSTT?
adakah kt pernah terfikir nasib beribu2 lg GST yg sedang menjalani latihan di IPTA dan IPG?
kalau semua sekolah sudah dipenuhi dengan GSTT di mn kt mahu menempatkan GST…
walahal GST sememang dilatih untuk menjadi guru…
Kita sepatutnya lebih pengasihani mereka…mereka juga benar2 berminat menjadi guru,mempunyi ilmu dan rela berkorban apa sahaja…
malahan untuk melayakan diri mereka untuk mengikuti krusus perguruan di IPTA dan IPG setanting hebatnya…
tentang isu GStt yg masuk TV menyatakan ketidakpuasan hati tentang penolakan pemohonan menjadi GSTT, janganlah berkecil hati…mohonlah pada tahun hadapan…masih banyak lagi peluang…
sy ingin memberi nasihat kepadanya agar bersabar dan jangan cepat melatah dan pentingkan diri sendiri…
sy menyokong komen dari cekodok…mmg sukar apabila GSTT akan cuti bersalin pihak sek akan mencari guru ganti…walhal…anda bukanlah guru tetap…FiKIR_FIKIRKANLAH…
Reply
kesian nasib guru gstt, ada tempat tak dapat diterima pakai oleh sesetengah sekolah, khidmatnya di pakai tapi pengorbanan yang tinggi di sekolah tidak dihargai. contonya, baru-baru ni saya n rakan-rakan senasib nak sambng perkhidmatan tuk tahun depan pengetua tak setuju.. ibarat gstt datang tak diundang gstt pergi tak dicari. pengetua cakap” tak nak sokong guru GSTT kononnya, susah nak bagi tugas-tugas khas di sekolah”. walhal tugasan kami bukan setakat menggantikan guru tak hadir kena kerja keras plak nak bagi tingkatkan kemajuan murid sekolah. sebab kami sayang mendidik anak watan kami.pengetua ni pun macam nak menghalang cita-cita kami…
Reply
kemasukan GSTT ibarat memenuhi kekosongan GST, pelik tapi benar berlaku,
katanya ramai lagi yang tidak dapat posting tapi GSTT di ambil untuk mengajar
di sekolah. kadang3 intai result budak GST tak lah score pun, GSTT yang di ambil
bukanlah lepasan SPM malahan kebanyakkan lepasan ijazah dan mempunyai pointer yang tinggi. Ada yang lagi bagus, ada seorang GST buat pengakuan yang dia kahwin masa belajar sebab tak nak posting jauh3. adakah ini nilai yang di terap masa diorang belajar kat maktab atau universiti perguruan? nak mendidik ni nak kena tgk tempat ke?
GSTT bukanlah sekadar nak memenuhi masa lapang sebab tak bekerja, tapi sebab minat nak mandidik anak bangsa!
GSTT di anak tirikan bila sudah hampir tamat kontrak, lagi perit bil cikgu3
lain rileks kat rumah waktu cuti ( yang gaji nya juga jalan ) tapi GSTT kena datang sekolah dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. di mana pembelaan kami sebagai GSTT? baik ambil kami bekerja dengan apointment sebagai “kerani” kontrak dengan kerajaan di kementerian lain tidak ada isu mcm ni.
Kalau tak ada GSTT, fikirkan mampukah guru tetap/ GST ni nak cover total hours? kebanyakkan bila dapat je relief mereka akan mengeluh, saya pernah nampak seorang kaunselor sekolah buang slip relief dalam tong sampah disebabkan nak breakfast kat kantin.
tolong tgk sikit, kat sekolah kadang3 guru tetap ni datang bukan nak mengajar, tapi lebih banyak mengumpat biznes malas masuk kelas walaupun dah bunyi loceng!
lagi3 yang ada position sikit, kerjanya duduk memerap kat lab. bila ada nazir nak datang sekolah barulah nak terkial3 buat failing..PPD & jabatan tolong pantau!!
tugas kami sama dengan guru tetap/ GST yang lain tapi mengapa kami di anak tiri kan???
Reply
Mmg GSTT tu ibarat datang tak diundang, pergi pun tak kuhirau. Sedih mmg sedih. Kami diarah dtg ke sekolah time cuti. Baik sedikit dr NJ yg kena keje dari 8-5 sebab kami dari 8-1.30. Yang peliknya, takde keje yang diberi. Hanya dtg, membazirkan masa menanti kalau2 ada kerja yg memerlukan khidmat kami. Bukankah itu membazir masa namanya? Kami ni ada yg dh kawin dan ada anak. Perlu juga masa mcm guru2 tetap yg lain duduk di rumah untuk didik anak2 pula.
Sudah la kami ni takde CRK, claim utk keje2 rasmi pun takde, tiba2 kena pula kerja waktu cuti sekolah. Rasanya macam menindas sungguh tenaga kerja kami. Tak tau la mana adilnya perkara2 macam ni. Sudah la dilayan macam pekerja kelas kedua, suara kami pun tak didengar. Boleh main ugut2 pula untuk tidak beri kontrak kerja baru thn depan kalau banyak sgt suara.
Tugas kami tetap sama dengan guru tetap. Tapi, kami tak dilayan sepatutnya…
Reply