Sabtu lalu acara perasmian dimulakan jam 7.30 pagi di Kem Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Jadual terpaksa diubah untuk membolehkan saya ka Langkawi mengadakan pertemuan peribadi dengan Presiden Ramos Horta, Timur Leste.
Saya kagum kerana peserta sedia tepat pada waktu menunggu ketibaan saya dan Azizah. Di antara lain saya tegaskan kepentingan memperkasa iltizam bersama menegakkan Islam serta peningkatan kefahaman, termasuk isu urutan keutamaan (fiqh awlawiyyat) saperti yang digariskan diantara lain oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi.
Saya memperkuat hujah dengan menukil contoh dari buku beliau. Umpamanya keghairahan gulungan kaya menderma untuk memperbaiki masjid sedia ada tetapi enggan membantu umat yang tertindas di Bosnia atau Palestin. Begitu pula menurut Sheikh Yusuf, keasyikan mengulangi ibadah haji dan umrah tetapi bakhil untuk mendukung kegiatan daawah, pendidikan atau penterjemahan karya besar.
Turut saya tegaskan berkenaan keperluan memahami maksud atau tujuan utama Shariah (maqasid Shariah), dengan menukil hujah Imam al Ghazali dalam al-Mustasfa, As-Shatibi dalam al-Mawafaqat, serta kupasan Sheikh Yusuf dan Sheikh Taha Jabir Al-Elwani.
Rumusan maqasid mencakupi ikhtiar memelihara ad-Din, kebebasan keyakinan dan bersuara, pemeliharaan harta, nyawa dan maruah. Ulama malah menegaskan isu hurriyah (kebebasan), hak asasi dan hak wanita.
Tahniah buat saudara Mustafa Kamil dan seluruh jawatankuasa, dan saya telah syurkan agar program sademikian ditingkatkan. Kertas kerja Dr. Mohd Noor Manuty dan Dr. Badrul Amin perlu diedar kepada semua aktivis parti.
ANWAR IBRAHIM









why pr always blame bn goverment.is it any development that pr do?answer my question.
Reply
gedohok Reply:
January 27th, 2009 at 3:54 pm
salam to all,
Sdr menulis tersasar dari tajuk.Seminar penghayatan Islam.
Reply
rakyat Reply:
January 27th, 2009 at 6:51 pm
Blame not PR, blame not BN. Pointing finger at one another is not going to address any problem or any real issue. What the rakyat want is a simple ABCDE government.
(Amanah, Bersih, Celik, Demokratik dan Efisien)
Reply
assalamualaikum DSAI dan sedara mara,
1) menghadiri seminar dengan penuh penghayatan bukanlah islam hadhari.
2) hayat islam hadhari bukanlah panjang sgt kerana tak lama lagi putrajaya di tawan PR pada suatu hari.
3) hadhari dan toyota camry tidak mempunyai unsur yang sama walaupun kedua2nya ada berkait rapat dengan ilmu penjimatan.
4) menghayati kecantikan bukanlah terletak pada botox tetapi dengan memakan tempe hari2.
5) oleh kerana, harga toyota camry > harga botox > harga tempe,
maka botox lebih baik kerana sifatnya yang berada dipertengahan antara camry dan tempe yakni tidak keterlaluan.
6) kesimpulan : tanpa diduga, ada orang Selangor yang sudah menghayati konsep kesederhanaan Islam tanpa mengikuti seminar penghayatan Islam.
Reply
Kita jangan lupa sama sekali bahawa ketua angkatan muda keadilan sekarang ini pernah mengiktiraf PKM termasuk Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara ini dan terlibat dalam pembinaan tugu mengenang PKM
Reply
bumilangit Reply:
January 27th, 2009 at 5:28 pm
apai bin apon,
apa masalahnya? kau nak ikut british untuk haramkan pkm? tadakhal, brit pon haramkan HM jugak. ikut lah…
Reply
drabdulwahid Reply:
January 27th, 2009 at 8:19 pm
mana bukti?
Reply
SAYANG SDR-SDR MODERATOR DI ATAS TIDAK MEMAHAMI WACANA YANG DIUTARAKAN OLEH DSAI BERDASARKAN KERTAS KERJA UST DR MOHD NUR MANUTI DAN UST DR BADRUL AMIN BAHARUM MENGENAI FIQH AWLAWIYAT DAN MAQASIT SYARIAH.KEDUA-DUA TOKOH KEPIMPINAN PKR ITU ADALAH BEKAS ASOC PROF DI UIAM YANG MELIHAT DALAM KONTEKS HARAKAH ISLAM YANG MENJADI MAUDHO’ ENTING DALAM MENANGANI SOAL PEMERINTAHAN DAN BERKERAJAAN YANG ADIL UNTUK MEMBANGUN MODAL INSAN.
Reply
DSAI adalah tokoh gerakan Islam bertaraf dunia menjadi rujukan Badan-Badan Dakwah yang tersohor di dunia termasuk di Timur Tengah, Afrika, Amerika dan nusantara.Oleh itu ‘intellectural discourse’ DSAI tidak boleh disaingi oleh PM, TPM dan Para menteri di Malaysia.
Atas kapasiti dan ber’authority’ dalam Global Islamic Movement dan pengalaman yang sangat luas sebagai pemerintah, maka DSAI dilantik sebagai Profesor di beberapa buah universiti di Amerika Syarikat dan Di Uni Cambridge UK baru-baru ini selepas tamat tahanan Sungai Buluh.
Reply
mint Reply:
January 28th, 2009 at 12:47 am
kalau DSAI hebat dia pasti masuk PAS, sebab PAS parti yg mahu amal 100% Islam. PKR bukan parti Islam..
Reply
kublai khan Reply:
January 28th, 2009 at 6:47 pm
Islam bukan di Parti tetapi Islam di Hati!!!!!!!kenapa bongok sangat ..si mint ni.
Reply
UMNO pun dah tidak percaya dengan Islam Hadhari boleh memberi kredit kepada UMNO untuk memenangi hati rakyat. Sebaliknya Islam Hadhari menikam pemimpin-pemimpin UMNO kerana rakyat ‘confuse’ orang yang bercakap Islam Hadhari,di mana isteri dan anak-anak mereka berketrampilan berlawanan dengan syariat Islam sebenar seperti tidak menutup aurat,terlibat dengan rasuah,menindas, menyalahgunakan kuasa,mengejar kekayaan,kemewahan dan merendah undang-undang syarak.Mengikut kajian yang dijalankan oleh sebuah IPTA, punca kekalahan teruk UMNO dalam PRU 12 kerana slogan Islam Hadhari dalam manifesto UMNO yang tidak selari dengan Islam sebenar.
Reply
Satu yang menjadi harapan supaya seminar begini tidak membawa kita kedunia khayalan. Selama 35 tahun dalam kerajaan dan telah menghadiri seminar sebegini tetapi yang mengecewakan konsep nya sama seperti BTN.
Harap harap biar lah sesuatu yang di buat dapat di manfaatkan serta membuat strategi meningkatkan ummah tanpa mengenepikan keadilan. Nama yang di sebut sebagai pembentang kertas kerja tersebut seringkali juga saya menghadiri seminar mereka, perubahan harus di buat secara serius bahawa sesuatu yang lebih kepada “one way flow” hanya menyamai konsep BTN. Harap pendekatan yang dibuat sesuai dan selari dengan matlamat yang ingin di capai.
Hujah yang dibuat dan dikuatkan dengan nukilan dari beberapa tokoh yang di tonjolkan DSAI amat bemakna tetapi sekira nya tidak diperincikan dengan peserta berbincang secara serius maka niat murni dan kesedaran yang di bawa DSAI mungkin akan tinggal di bilek seminar sahaja.
Alangkah molek nya kalau setiap MP dan Adun PKR balik di kawasan masing masing dan mengadakan sesi perbincangan dalam konsep kesedaran secara berkelompok, akan berkembang lah apa yang di idamkan.
Hanya sekadar terkenang semasa dulu, hati ku merasa rindu. dh9753
Reply
Anwar,
Saudara janjikan 30 MP akan lompat ke PKR. Setelah 4 bulan, yang adanya hari ni baru SATU, itu pun ADUN pulak tu. ADUN mana boleh tukar kerajaan.
Saudara kata ada 30 surat ikrar bertulis dari 30 MP ni nak lompat. Tapi saudara tak nak tunjuk surat tu kononnya akan memalukan mereka. Sejak bila pula saudara jadi begitu baik tak nak memalukan orang. Satu dunia tahu bagaimana anda memalukan Najib dengan kes Altantuyanya. SAYA CABAR ANDA DEDAHKAN SURAT-SURAT TERSEBUT JIKA ANDA BENAR-BENAR ANAK JANTAN. Atau mungkinkah anda tidak cukup jantan untuk mendedahkannya. Saya berani menyatakan disini yang anda sememangnya pengecut dan tidak akan berani mendedahkan surat itu kerana surat itu sememangnya tidak ada. Buktikan tuduhan saya ini tidak benar! Saya cabar saudara buktikan tuduhan saya tidak benar. Jika saudara gagal buktikan tududhan saya tidak benar, MAKA jelaslah sudah pembohongan besar saudara itu.
Reply
bond Reply:
January 28th, 2009 at 2:08 am
aku rasa hang ni ezam md nooq la..tak yah la nak sembunyi2.. yg lompat parti tu parlimen bota la..bukan nya adun kepala botak oi.. hang elok pi sembang kat laman web pemuda amno tu lagi baguih..
Reply
Ibrahim Abdul Rahman Reply:
January 29th, 2009 at 11:33 am
itu je ke jawapan hang bond….???
aikkk…xder modal nk jawab ke..
betul kata magnum PI….dulu Anwar dgn riak dok canang satu Msia yg 30MP akan lompat tapi yg lompat skang cuma seekor katak puru jee… (ADUN pulok tu…)
hua hua hua…
Reply
Hussein Reply:
January 29th, 2009 at 1:19 pm
Hi,Ibrahim. Tahukah kamu ex-MB Tajol juga pernah cari katak? Kesian, tak dapat. Kalau tidak, dalam tanganlah Perak pada 31 Ogos dulu. Dah terlepaslah, nak cari apa lagi??? Jgn mimpi siang, hua hua ha ha…
Mc Guiver Muslim Reply:
January 28th, 2009 at 2:40 am
Jangan layan orang bodoh ni. Dia ingat dia tu siapa. Berkokok tak tentu pasal. Jantan lah tu…..tapi cuma AYAM JANTAN.
Reply
rakyat Reply:
January 28th, 2009 at 9:23 am
Magnum PI,
Siapa wira, siapa pengecut, tidaklah harus dijadikan satu isu yang harus diuar-uarkan. Yang penting, kita mahukan kerajaan kita benar-benar berjiwa rakyat. Suara rakyat harus diutamakan.
Reply
anti-wak Din Reply:
January 28th, 2009 at 4:15 pm
Magnum PI konon..
nampak sgt terpengaruh dgn bisikan barat….
Reply
SHAHRIR Reply:
January 29th, 2009 at 1:29 am
x payah layan r si magnum PI nie..buang masa jer..biar ALLAH bukak hati dia yg gelap gelita 2..Insyallah..
Reply
anti-judi Reply:
January 29th, 2009 at 9:43 am
Memang betul. Usah layan Magnum nombor ekor ini… Mungkin dia dah kalah judi,
kakakak….
Reply
Dikabarkan ramai ADUN dan MP buat pekak telinga tak mau hadir konvensyen ni. Ada yg datang berpura-pura tunjuk muka terutama depan MB Selangor. MP Ampang dan Exco Rodziah terkenal kaki bodek MB. Ramai yg meluat.
MP Bagan Serai tunjuk tauladan yg baik sanggup datang dari jauh dan katanya program ni dah dimaklumkan…. dah lama dah……dlm mesyuarat PUSAT pun dah maklum. Sibuk memang sibuk…tapi blh susun kalau nak susun….!
Wakil Pahang cadangkan wakil rakyat akan datang perlu di tarbiyahkan terlebih dahulu sebelum dipilih jadi wakil rakyat….
La ni …ramai yg sombong dan bongkak. Harta kekayaan dikumpul dan isteri bertambah lagi. SMS dan email tak balas…..angkat talipon jauh sekali…!
Sebenarnya ALLah nak uji mereka kat dunia…..mcm Ust Nasharudin (PAS) pindah rumah lebih mahal lagi di NILAI.
Semua Allah uji….! Bertaubatlah semua wakil rakyat….! Insaflah….terutama golongan wakil rakyat dari JIM…!
Reply
Salam ..
Khas nya kpd penganjur..
kami di sini keliru khasnya di SARAWAK. Apabila ditanya kepada seorng hamba allah yg bernama …. kenapa penglibatan drpd Bahagian tdk dititik beratkan,malah jawapan beliau bahawa program seminar tersebut hanya ditekankan kpd org-org islam baru yang akan komit kpd Parti… tak tercapai akal apabila direnung dan analisa. Beginikah sifat-sifat ssorg yg mempunyai hala tuju islam yg sering mendikriminasi bangsa sendiri. Pentingkan diri sendiri sehingga sanggup bertopeng demi kepentingan peribadi..
Demi anak bangsa dan pelapis perjuang jgn sskali ketepikan generasi muda… Progran tersebut harus ada penglibatan drpd setiap wakil bahagian (org islam) demi mengukuhkan perpaduan parti bukannya hanya org-org yang dipilih oleh org yg hipokrit.
SUK negeri atau SUPN adalah org yg mengatur susun dan memastikan bahawa setiap bahagian harus terlibat ….
Wsalam…
Reply
..ehhekk..ehekkk..ehekkk.. kemana sdr. Ezam? Tak berkokok pun kat TV3(1/4) .. pakcik lama dah tek dengar suaranya. Dah hilang ke dia? tak laku lagikah cerita autanya? Tolonglah cari dia, ye nak.. ehekkk…ehekkkk….ehekkkkk..
Reply
mint Reply:
January 28th, 2009 at 12:43 am
betul ke mujahid ni?
ezam tu berguna juga,
cerita ezam tu yang baik dijadikan teladan, yg tak baik dijadikan sempadan
Reply
rakyat Reply:
January 28th, 2009 at 9:27 am
Tidakkah Mujahid Tua tahu bahawa sdr. Ezam hanya muncul apabila ada pilihanraya kecil? Sabarlah, kelibat Ezam akan kita lihat di Pensiangan nanti. Pasti punya, tunggulah….
Reply
Seminar ini adalah satu langkah yang amat tepat. Muslimin dalam KeADILan wajib diberi kefahaman yang sohih tentang Islam yang Syumul, dan bagaimana meletakkan kefahaman itu dalam konteks politik masakini dan dalam keperibadian dan rumah tangga mereka.
Seminar ini dan seterusnya, amat perlu untuk mengekang pandangan sinis bahawa orang keADILan adalah bekas-bekas Umno yang kelakuan dan nawaitu mereka dalam politik adalah seperti orang-orang Umno.
Muslimin dalam KeADILan sayugia melalui proses pentarbiahan yang sama yang telah dilalui oleh DSAI dan pimpinan seangkatan beliau.
Kita juga wajib menyedarkan dan membawa keluar anak-anak muda Melayu-muslim hari ini daripada budaya hedonisme dan materialisme yang disuntik oleh Umno ke benak mereka. Lihatlah betapa restoran KFC dan Mc Donald tetap penuh dilahap muda-mudi Islam walaupun di kaca TV terpampang gambar-gambar anak-anak Palestin menderita kesakitan dibom Zionis Israel. Agama adalah paksi kepada pemerintahan yang adil dan sejahtera, dan hanya dengan paksi ini ummat akan terpelihara, maju dan bahagia.
Reply
kepada yg terasa
sibuk2 kata orang yahudi tapi taknak islam klu gitu masuk lah PAS ya
sibuk2 dengan fakta malaysia dll sejarah islam tahu ke
sibuk2 kata DSAI masuklah bertanding OK
sibuk2 kamu dan sekawannya ada bukti untuk jatuhkan PAKATAN balai POLIS kan ada
sibuk2 benci tapi sebenar sayang KAN
Reply
Ceramah Khas Mesra Rakyat Meraikan YB Dato’ Nasarudin Hashim
Ceramah Khas Mesra Rakyat
Penceramah
1. Dato’ Seri Anwar b. Ibrahim – AP Permatang Pauh
2. Dato’ Seri Ir. Mohd Nizar b. Jamaluddin – MB Perak
3. Dato’ Nasarudin b. Hashim – ADUN Bota
4. Tuan Hj. Usaili b. Alias – Penyelia DUN Bota
Tarikh : 30 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Stadium Bakri Rais, Bota Kanan, Perak.
Semua dijemput hadir.
Reply
Semoga ceramah yang amat bermakna ini mendapt sambutan orang ramai.
Saudara Magnum PI, harap luangkan masa untuk hadir sama.
Reply
x sempat nak pg..rugi sgt2..huhu
Reply
DSAI,
poorah !
Reply
Pakat-pakat tengoklah di antara yang akan lompat keluar daripada UMNO adalah nombor ekor Mangnum PI,Ibrahim Abd.Rahman dan Wak Din.Tapi PR jangan terima mereka bertiga ni, tak guna punya orang dan takdak prinsip langsung, prinsip depa ‘money’ mahu syuru.Lepa ni boleh teghepa sana sini kalau dengar duit.Sikit-sikit tak main.Kena lebeh sikit.Lantik depa jadi pak gard sesuai lah.
Reply
Ibrahim Abdul Rahman Reply:
January 29th, 2009 at 11:36 am
itulah alasan penyokong2 fanatik PKR ni…x abis2 dgn fitnah terima habuan duit….
wei Hendong…nama mcm Indon pulok ko ni…. yg terima duit tu korg la….
apa bukti mengatakan kami terima duit….???
hua hua hua….
Reply
hanizar Reply:
January 30th, 2009 at 8:11 pm
memang tidak ada bukti kamu terima duit
yang ada banyak bukti ialah bukti orang bagi duit
macam attend kenduri kahwin,
makanan habis, tapi takde yang mengaku makan
Reply
penasihat... Reply:
February 3rd, 2009 at 8:28 pm
hai ibrahim,,,, awak ni tersesat masuk blog orang. kalau tidak suka PKR mengapa sibuk2 baca ruangan ni. lebih baik pada pandangan saya engko tumpukan pada bidang yang kamu sokong. Buat master/ phd ke.Trylah buat work paper ke untuk pembentangan dalam seminar. kita orang tengah minat kamu ni. Kalau tidak idea kamu jadi bicara bisu dan tak kemana.jangan asyik blame orang. habis masa mengadap pc
Reply
Abdul Khalid-MB Selangor gagap semasa nk cakap perkataan ‘sedekah’ mengenai lembu korban…
so lu org fikir la sendiri yg Khalid ni cuba nk menipu…. mmg berdosa dia buat mcm tu..
walaupun dia boleh rasa terlepas didunia tetapi akhirat Allah yg Maha Mengetahui…..
Khalid….siap sedialah kamu….. hua hua hua
seperti katan Man Belon (RajaLawak 3) ; “sape yg punyerrr…Khalid yg punyerrr…”
Reply
anti-judi Reply:
January 29th, 2009 at 1:06 pm
Hi, sdr Ibrahim, apa yang nak kamu hebohkan? Sedarkan diri dulu, baru buka mulut. Kalau tidak, kamu yang tak terlepas di akhirat nanti.
Reply
Ibrahim Abdul Rahman Reply:
January 29th, 2009 at 2:28 pm
hey anti-judi…
betul apa yg aku nk hebohkan ni… Dah terang lagi bersuluh kata2 Khalid mengenai lembu kurban tu…
dia ckp sedekah….
nape nk disedekahkan kt kawasan Bdr Tun Razak sedangkan dia guna duit kerajaan negeri Selangor…kan masih ramai golongan miskin di Selangor…kenapa nk d bagi kt kawasan Bdr Tun Razak… mmglah MB ni pecah amanah…tak menjaga kebajikan rakyat negeri…
Reply
kung fu panda Reply:
January 29th, 2009 at 7:37 pm
Sebab UMNO tiada hati perut lembu, masa BN berkuasa di bandar tun Razak < DBKL sediakan Lembu untuk kurban tetapi bila PKR menang di BTR , Usahkan lembu dari DBKL dapat bahkan ada surau yang tak dapat peruntukan dari JAWI, rakyat dah tahu siapa UMNO mereka sangup ketepikan Agama demi politik mereka?? sekarang siapa yang ketepikan agama islam di Negara ini , bukan kah UMNO !!!! jadi MP BTR terpaksa sumbangkan lembu demi agama tegakan Islam. dari di perkotak katikan oleh UMNO.
MB tak menjaga kebajikan rakyat negeri? Fitnah, fitnah, fitnah!!! Hey, Ibrahim, kamu ni pekak ke, buta ke, atau masih dibuai mimpi siang? Tanyalah rakyat Selangor, dan kamu pasti akan senasib dengan Bush leh….
Reply
Signifikasi PAS dalam Pakatan Rakyat
PAS telah menimbulkan persoalan sejauhmana signifikasi perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PAS hanya dominan di Kelantan & Kedah sahaja. Pulau Pinang didominasi DAP, Selangor oleh PKR dan DAP, begitu juga di Perak, walaupun Menteri Besarnya daripada PAS, tetapi majoritinya DAP.
Lebih lebih lagi di Selangor, polisi-polisi di negeri itu lebih digarap mengikut acuan pemikiran PKR dan DAP. Polisi-polisi yang berkaitan dengan Islam adalah tidak jelas walaupun Dato` DR Hasan Ali adalah merupakan Exco Negeri bagi Hal Ehwal Islam. PAS di Selangor seolah-olah tidak lebih dari sekadar menurut apa yang dicanangkan oleh “rakan” Pakatan Rakyat mereka.
Ustaz Hadi Awang juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa “tiada ketua dalam Gagasan Pakatan Rakyat” dikeluaran Harakah 10 Julai 2008. Ini dilihat sebagai luahan isi hati pihak tertinggi PAS kerana telah diterbitkan oleh suara rasmi parti PAS itu sendiri.
Jika dihalusi hasil tulisan Zulkiflee Bakar di dalam Mingguan Malaysia pada 13 Julai 2008, memang ternyata banyak kebenaran yang PAS patut terima.
“Sama ada hendak diakui atau tidak, PAS adalah sebuah parti yang besar dan selama ini berdiri dengan kekuatan serta kemampuan sendiri. Sejarah telah membuktikan bagaimana PAS telah berjaya menawan Kelantan dengan cemerlang dan suatu ketika menawan terengganu. PAS berjaya menguasai Kedah dengan mendapat 16 kerusi. Oleh itu, walaupun PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat, PAS akan mampu berdiri dengan sendiri dan sekaligus tidak akan mengelirukan rakyat dengan matlamat perjuangannya. Kalaulah benar PAS hendak memperjuangkan Islam, mereka tidak boleh selama-lamanya berada dalam Pakatan Rakyat. DAP sudah pasti tidak akan membenarkannya manakala PKR pula tentu akan menentang. Dalam membuat apa juga keputusan politiknya, PAS seharusnya meletakkan kepentingan Islam dan orang Melayu sebagai keutamaannya”.
Sedar atau pun tidak, pada masa yang sama DSAI masih terus dibelenggu dengan isu-isu yang lebih bersifat peribadi atau self centered. Penyokong-penyokong fanatik beliau terus mempertahankan segala tindakan beliau walaupun pada dilihat tidak lebih kepada kepentingan sebelah pihak sahaja.
Yang terkini, DSAI enggan bertemu dengan pihak polis untuk diambil keterangannya berkaitan dengan pertuduhan liwat yang difail oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tindakan beliau ini boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan keatasnya. Apakah yang cuba beliau buktikan dengan keengganan beliau ini? Adakah beliau takut untuk disoalsiasat? Bukankah sebelum ini beliau dengan angkuhnya mengatakan beliau mempunya alibi dan bukti yang kukuh untuk mempertahankan dirinya dari pertuduhan itu? Adakah beliau sengaja ingin ditangkap semata-mata untuk meraih simpati rakyat marhaen?
DAP juga tidak kurang hebatnya di Pulau Pinang. Ucapan pertama Lim Guan Eng setelah berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang bahawa beliau akan mencontohi semangat dan falsafah tindakan Umar Abdul Aziz, mungkin akan menarik minat PAS dalam memperkuatkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang telah beliau lakukan selaras dengan polisi Khalifah yang ternama dalam sejarah Islam itu? Atau itu hanya sekadar gimik untuk menarik minat orang Islam terutapa Parti PAS itu sendiri?
Cuba kita lihat isu Lim Guan Eng ini dengan kisah Lee Kuan Yew suatu masa dahulu. Lee Kuan Yew bukan sekadar bercakap melayu, tetapi menguasainya dan menguasai tulisan jawi. Dia banyak menyuarakan isu melayu. Kerana itu, dia dilantik sebagai peguam Utusan Melayu dan hampir setiap petang di Pejabat Utusan Melayu di Singapura. Ramai orang melayu singapura masa itu merasakan Lee Kuan Yew seolah-olah nasionalis melayu, mengalahkan orang melayu sendiri. Apabila Lee Kuan Yew sesudah berkuasa dan Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia mengambil Yusuf Ishaak sebagai Yang DiPertua Negara Singapura yang pertama. Selepas berpisah dari Malaysia, Yusuf Ishak menjadi Presiden Singapura yang Pertama. Tetapi Selepas Lee Kuan Yew berkuasa, beliau lama kelamaan tidak lagi kelihatan seperti Lee Kuan Yew yang dirasakan oleh orang Melayu sebelumya.
Apakah ini yang PAS mahukan?
Reply
hanizar Reply:
January 30th, 2009 at 8:18 pm
batu api la ibrahim ni.
meracau serta mahu menimbulkan syak
sendiri rasa syok, tapi khalayak yang melihat ketawa sinis
memang bagus kalau you kempen pilihanraya kecil
dijamin prestasi sehebat Mat Ezam.
sekali bukak mulut, 800 undi umno hilang.
Reply
iwanmohamad Reply:
January 31st, 2009 at 8:27 am
Dalam mengisi perjuangan Islam, kita perlu yakin bahawa agama ini sebenarnya telah dijaga dan akan dijaga oleh Allah dalam setiap masa. Usahlah kita terlalu khuatir dan memanggil diri kita sebagai pembela agama, kerana sebenarnya usaha kita ini tidak ke mana, jika sudah dijanjikan Allah sesuatu yang lain daripada yang kita mahukan. Persoalannya, adakah perlu PAS menjadi rigid dalam menyatakan misinya memperjuangkan Islam?
Adakah akan gagal misi perjuangan Islam itu, jika PAS bergabung di dalam PR? Bagi yang berfikiran sempit dan lurus, mungkin mereka memikirkan kegagalan. Tetapi bagi mereka yang menyedari hakikat yang saya katakan di atas, mereka akan sedar, strategi itu sebenarnya telah ditakdirkan Tuhan untuk berlaku. Masih ingatkah Perjanjian Hudhaibiah? Bukankah ketika itu, Saidina Umar RA tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut, kerana baginya, ia tidak selari dengan misi Islam?
Akhirnya Allah menunjukkan kepada kita semua bahawa sebenarnya agama Islam dipelihara dan dijaga oleh-Nya sendiri. Kita hanya hamba yang menjalankan tugas sahaja. Tidak layak bagi kita untuk menyatakan bahawa kita ini betul, dan orang lain salah, selagi tidak digariskan secara Qat’i di dalam Quran mahupun Sunnah.
Adapun urusan pemerintahan ini, adalah suatu bentuk Ijtihad. Yang penting, aspirasi Islah Mastatho’tum itu sentiasa membugar di dalam sanubari, diterjemahkan menerusi tindakan dan amalan kita. Akhirnya Islam akan tersebar juga, dengan takdir Allah.
Walaupun pandangan diberikan bahawa PAS perlu bebas daripada PR untuk menjayakan misi Islamiknya, dan kononnya PKR itu tidak Islamik, pandangan saya berbeda. Islam itu bukan pada namanya. Islam itu perlu dihayati, difahami, dan diamalkan sedaya upaya. Kita lihat bagaimana PKS menjiwai masyarakat di Indonesia dan menjadi partai yang kukuh, membantu masyarakat sepenuh jiwa. Akhirnya memenangi hati rakyat. Penekanan mereka pada sistem tarbiah sangat mengharukan, disertakan dengan pemahaman dan pembawaan unsur kesukarelaan. Tuhan yang menguatkan mereka, bahkan mereka hanya berusaha.
PAS bukanlah satu-satunya badan yang melaksanakan misi dakwah, bahkan kegagalan PAS menjalankan misi dakwah ini kian ternampak. Sistem tarbiah kian pincang. Usrah sudah terkubur di banyak peringkat. Pemahaman tentang Islam di kalangan ahli kian terhakis, akibat terlalu memikirkan politik. Lantas mereka meninggalkan perjuangan kerana berjuang hanya atas dasar politik dan bukan Islam.
Langkah PKR memperkenalkan seminar sebegini amat positif. Ia sekurang-kurangnya mengembalikan manusia kepada penciptanya dan mengukuhkan semula pegangan mereka pada agama. Akhirnya, Tuhanlah yang akan membantu kita semua mencapai cita-cita murni kita. Ingatlah, sesungguhnya apa yang kita lakukan hari ini, apa yang kita jihadkan hari ini, dan apa yang kita usahakan, akhirnya adalah untuk diri kita nanti. Inilah bekalan kita di hari di mana tidak ada gunanya lagi harata benda, anak-anak, dan isteri-isteri, kecuali amal kebaikan yang ikhlas kerana-Nya.
Wallahua’lam…
Reply
SAUDARA DSAI ..TERAPKAN MATAPELAJARAN ISLAM SEMULA DI SEKOLAH DAN DIUNIVERSITI…PASAL LA NI SUBJECT ISLAM TERUTAMANYA BAGI KURSUS-KURSUS PROFESIONAL SEPERTI ENGINEERING..MEDIC..DLL DAH LAMA BERKUBUR BEGITU SAJA…
Reply