Saya agak kecewa tatkala diberitahu akan kekalahan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di tangan pasukan Emiriah Arab Bersatu malam kelmarin. Perbedaan jumlah jaringan gol yang cukup besar semestinya menimbulkan keresahan dan patah semangat buat peminat-peminat setia bola sepak tanahair.
Saya pasti, ramai di kalangan kita yang cukup merindui persembahan mantap yang ditonjolkan suatu ketika dahulu oleh pemain-pemain terkenal negara era 60-an dan 70-an seperti Datuk Abdul Ghani Minhat, arwah Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.
Kedudukan pasukan Malaysia yang kini berada di tangga ke-158 ranking FIFA sewajarnya dipandang serius oleh pihak pengurusan FAM. Kehebatan dan kegemilangan bola sepak Malaysia sewajarnya kembali dimartabatkan. Agenda perubahan bukan sekadar untuk memperbaiki sistem tadbir urus dan pengurusan ekonomi semata-mata, bahkan perubahan juga seharusnya turut dijana dalam lapangan sukan.
Buat anak-anak muda yang menggalas harapan bola sepak Malaysia, ayuh tingkatkan prestasi dan semangat juang kalian!
ANWAR IBRAHIM









Malaysia Boleh!! (“,)
Reply
Adakah bola sepak negara juga bermain dengan najis rasuah???
Reply
kung fu panda Reply:
January 23rd, 2009 at 5:23 pm
Rasuah kat malaysia ni bagakkan kuah!! tak sedap makan kalau tiada kuah, kesat tekak makan suap tampa kuah!! banyak kuah dari sudu dalam soal rasuah kat negara ini.
Reply
fz1303 Reply:
January 24th, 2009 at 12:32 am
kalau si KJ ader… semua hancus!!!!blah lah KJ!!!
Reply
Presiden & Timbalan Presiden FAM: SILA LETAK JAWATAN…Termasuk semua org politik dalam FAM…Tukar dengan kepimpinan yang profesional…
Dulu Jepun & Korea belajar dari bolasepak Malaysia…kini mereka dah sampai world level, kita masih di takuk lama…
Reply
wancai Reply:
January 24th, 2009 at 11:14 am
SOKONG 100%
Reply
Semenjak KJ jadi timb President makin merosot Team M’sia . KJ ni semuanya nak dihancurkannya .
Terhapusnya KJ , semuanya akan OK .
Reply
kung fu panda Reply:
January 23rd, 2009 at 5:42 pm
Ini bukan soal KJ , FAM ni dah lama sangat berada didalam satu budaya, mereka sebaya dengan UMNO masih tidak megikut arus semasa, mereka punya Presiden seumur hidup, walau pun jawatan presiden US cuma dua pengal, tetapi Presiden FAM yang tidak punya negara menbolehkan presidennya seumur hidup , FAM perlu ingat rakyat Negara ini sudah sampai di peringkat Pintar ini bukan zaman rakyat diperbodohkan “macam lembu tungal”. apakah FAM pun milik tunggal juga ke????. konon nak tunggu sampai FAM masuk Bursa Malaysia ke .. jangan nak minpi di subuh sepie!! kalau dibawah naugan FAM pun tak bayar gaji permain eloklah simpan sahaja ke BSKL. ke DBKL pun belum pasti.
FAm kena buang orang politik dan keluarga diraja dalam sukan, rakyat mahu orang yang Pro sahaja dalam Sukan. di negara maju sukan adalah hak semua rakyat. tidak di malaysia di monopoli oleh segologan mereka mereka yang pada dasarnya hanya minat, tetapi dayamaju dan daya saing statik, keseluruhan majlis FAM perlu letajawatan dari Presiden sampai tukang sapu dan budak pejabat. badi ini harus di sinkirkan demi perubahan dalam sukan bola sepak kita.
Reply
Salam semua,
apa nak di kata kalau masing-masing yang menjawat jawatan ada kepentingan diri & money.
Why not bubar je FAM. Buat macam negara miskin, tak payah nak biaya tu biaya ni..ngabeh kan boreh je… biar diaorg main bola kaki ayam…
Aku teringat dulu zaman aku kecik, ada satu team main macam level English Premiere Cup….semuanya berbakat..tapi sampai kesudah tak dapat wakil mana-mana…semuanya sebab budak kampung & kronism…
So, cakap pun tak guna…kasi tukarrrrrrrrr
Reply
PRESTASI BOLASEPAK NEGARA BUKAN DISEBABKAN FAKTOR POLITIK DALAM FAM
IA ADALAH DISEBABKAN FAKTOR PEMAIN ITU SENDIRI YANG TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN SERTA MATLAMAT PERJUANGAN BAGI MERMATABATKAN BOLASEPAK NEGARA.
KITA LIHAT RATA2 PEMAIN MALAYSIA HANYA GAH APABILA MENYARUNG JERSI KEBANGSAAN TETAPI TIDAK BERANI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMAIN.
DARI SEGI PENGURUSAN, FAM TELAH BERBELANJA BESAR AKAN TETAPI DIDIKAN KE ATAS PEMAIN MASIH DI TAHAP KRITIKAL
MARI KITA LIHAT CONTOH NEGARA IRAQ, YG MANA NEGARA NYA HANCUR DEK PEPERANGAN AKAN TETAPI SKUAD BOLASEPAK LEBIH HEBAT DARIPADA MALAYSIA. INI KERANA PARA PEMAIN MEMPUNYAI SEMANGAT JUANG ATAU KESUKANAN YANG BEGITU TINGGI…
OLEH ITU KITA HARUS BERTANYA KEPADA PARA PEMAIN MALAYSIA SENDIRI…. LEBIH MEMALUKAN PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA LEBIH SUKA ATAU GILA GLAMER BERBANDING KARIER MEREKA…
Reply
adil08 Reply:
January 23rd, 2009 at 5:46 pm
Memang betul..pemain bola sepak Malaysia giler glamor sebab pemimpin dlm FAM sendiri pun giler glamor..patutnya pemimpin bola perlulah betul2 giler tentang bola sepak ni..baru dapat lahirkan pemain bola sepak yg teror giler…time tu bole la kita tengok Malaysia lwn Brazil di final Piala Dunia Malaysia sbg tuanrumah……
Reply
Noh Reply:
January 23rd, 2009 at 6:55 pm
MACAMANA PEMAIN NAK DIPERTANGGUNGJAWABKAN BERSEMANGAT SEBAGAI PEMAIN KALAU DAH KETUANYA SIBUK DENGAN SEMANGAT POLITIK DAN TIDAK ADA SEMANGAT PERMAINAN SEPENUHNYA. KETUANYA SEKADAR NAK KAN NAMA SUPAYA IMAGE POLITIKNYA DIPENGARUHI.
Reply
jabsp Reply:
January 23rd, 2009 at 10:36 pm
ibrahim abdul rahman ni betul warga yang amat taat setia yang tidak berbelah bagi.hatta kepala dimasukkan dalam tong najis pun jika dilakukan olih pemimpin atas,beliau akan mengiakan saja.tidak pernah aku lihat komen beliau yang pemimpin tak betul.kalau kita kata ,ada pemimpin yang perlu berundur,beliau pasti akan mempertahankannya.mungkin beliau telah dilahirkan dengan otak yang telah diprogramkan untuk mengiakan saja atau memang beliau seorang yang malas berfikir.
Reply
Fung the Fang 2 Reply:
January 24th, 2009 at 9:32 pm
ibrahim abd rahman hanya jdi pak turut.. angguk-angguk geleng-geleng
Reply
Bolasepak harus kembali kezaman amatornya diMalaysia. Ingatkah lagi saudara hanya pasukan negeri2 yang berentapan dalam piala Malaysia.Dan pemain2nya yang pagi nya bekerja dengan CEB,PWD,DID,Penjara,PPC dan lain2 tetapi masih bertenaga dipetangnya untuk bermain ditahap kelab dan negeri.
Cadangan saya saperti berikut:
1. Semarakkan pertandingan diantara sekolah2 (rendah dan menengah)
2. Aktifkan liga2 ditiap daerah.
3. Pemain bertaraf amator.
4. Mutu pengadilan ditingkatkan
dan yang akhir dan terpenting
5. Pengulas2 sukan baik media cetak atau elektronik mesti lah yang berkemampuan dalam selok belok sukan tersebut dan bukannya kaki ampu yang tunggu nak dapat gelaran DATUK!
Reply
Noh Reply:
January 23rd, 2009 at 7:09 pm
KADANG2 MELUAT JUGA YA! TAK ADA ORANG LAIN KE YANG BOLEH MENGULAS PERTANDINGAN SUKAN SELAIN HASBULLAH AWANG. ASIK LENGGANG LENGGOK SUARANYA, LEBIH KEPADA MEMUJI SAJA. CUBALAH SAINTIFIK DAN FUTURISTIK SIKIT DAN LEBIHKAN KOMEN MANA2 YANG ADA KELEMAHAN BIARKAN MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERSENTAK DIBUATNYA.
Reply
anuar Reply:
January 24th, 2009 at 7:47 pm
bukan kembali ke zaman amatur..itu saya agak kurang menyetujui pandangan saudara..mengapa harus mengundur setelah sudah melangkah jauh..yang eloknya cari penyelesaian yang berkesan..bagi saya setiap kali kita mengalami kegagalan di pentas antarabangsa, sudah mesti ada cadangan dikemukakan untuk memperbaiki mutu bolasepak tempatan secara menyeluruh tapi yang amat menyedihkan perlaksanaannya tetap gagal..ini bermakna mereka yang bertanggungjawab yakni FAM gagal sama sekali menjalankan perlaksanaan tersebut..saya rasa titus james tidak mahu kembali ke Malaysia bukan sebab dia sibuk dengan tugasan di Perancis tetapi lebih kepada rasa memandang rendah..hanya pendangan saya…
Reply
Secara peribadi, saya tak salahkan pemain tetapi kepimpinan FAM terutamanya Presiden FAM yang jenis tak mahu menerima kritikan dan cadangan yang membina. Yang lain dalam FAM, kebanyakan kaki ampu dan kaki bodek. Presiden kata A semua angguk. Presiden buat tak betul pun kata betul.
Hasilnya produk yang dikeluarkan adalah pemain kita yang ada kini.
Mana dia blue print hala tuju bolasepak negara?
Ke manakah akademi negeri-negeri yang Arwah Dato’ Basri perkenalkan dulu.
Kekalahan demi kekalahan pasukan negara hanyalah simptom, Masalah utamanya ialah Presiden FAM!
Tukarlah pemain dan bawaklah Sir Alex Fergusson, Arsene Wenger, Guus Hiddink dan jurulatih ternama dunia, Malaysia tetap akan terperosok kalau Presiden FAM tidak berubah!
Reply
anwar junior Reply:
January 24th, 2009 at 10:56 pm
**********
Kemelut dunia bolasepak negara telah anda bentangkan, memang ada kebenarannya.
Tapi, apakah mereka mahu mendengar dan mengubahnya demi untuk kemajuan bolasepak negara? Apabila kedudukan Presiden FAM disentuh, siapakah yang berjawatan di FAM yang berani bersuara tegas dan berterus-terang hal ini di meja mesyuarat! Selagi mereka bersikap hipokrit (di mana saja termasuk di dalam parti) kita akan melihat graf kemajuan menjunam. Namun kerana sifat-sifat buruk inilah orang di atas beralasan semuanya betul padahal sebaliknya, siapa yang rugi…dunia bolasepak negara, dan siapa yang untung… orang berjawatan keran pekerjaan dan gaji terjamin.
Ayuh! bangkit buat rombakan sebelum rangking bolasepak negara berada nun jauh sejauhnya entah di mana penghujungnya.
**maaf, tiada saranan bernas yang dapat diberi kerana selagi tidak dilakukan rombakan menyeluruh, hasilnya pasti sama sebab penerajunya tetap muka lama*
Reply
DURING THE LAST WORLD CUP CHAMPIONSHIPS, A FRIEND OF MINE FROM SINGAPORE SENT ME AN E-MAIL ABOUT SOCCER AND WE. IT WAS LIKE THIS:
WHEN THE KOREANS LOST, THEY ASKED GOD WHEN WOULD THEY BE ABLE TO WIN THE WORLD CUP; GOD ANSWERED IT WOULD TAKE THEM 100 YEARS, AND THEY SAT DOWN AND CRIED!
THEN, SEEING THEM CRYING, THE JAPANESE QUICKLY ASKED GOD WHEN WOULD BE THEIR TURN TO WIN. GOD TOLD THEM THAT THEY WOULD TAKE 200 YEARS. THE JAPS SCREEMED AND YELLED, BEATING THEIR CHEST AND CRIED ALOUD.
THEN, THE MALAYSIAN TEAM BEING VERY CURIOUS ASKED GOD WHEN WE COULD WIN. GOD WAS QUIET AND SUDDENDLY HE CRIED AND SAID THAT WE COULD NEVER BE ABLE TO DO SO!!
THIS MIGHT LOOK LIKE A JOKE, BUT I’M SURE OUR RAKYAT WISH TO KNOW WHERE DID ALL THE PELES AND MARADONAS IN SCHOOL GONE TO? WHAT HAD HAPPENED TO THEM? WAS THERE ANY TALENT SCOUTING AND DEVELOPMENT CARRIED OUT PROPERLY? WE HAVE SPENT QUITE SUBSTANTIAL AMOUNT OF TAX PAYERS’ MONEY BUILDING STADIUMS AND PLAY GROUNDS. WHERE’S THE COMMITMENT OF THE AUTHORITIES TO DEVELOPE? MALAYSIANS SPORTS FOR THE MATTER, INVOLVED MANY POLITICIANS AND MANY SPORTS ORGANISATIONS HAVE THEIR OWN POLITICS. THIS MAY BE BITTER TRUTH.I WAS ONE OF THOSE WHO WAS “NAILED TO THE COFFIN” [TO BORROW ONE OF THEIR WORDS] BY SOME OF THE SPORTS POLITICIANS.
ASK ANY SPORTS LOVING INDIVIDUAL, THEY WILL TELL YOU “FED-UP, FED-UP, FED-UP…..” ONLY!
Reply
Coach Sathianathans revelation that only 3 players passed the fitness test is a reason enough to think about the quality of football in malaysia at club and national level. Coach Sathianathan should be given a no-hands-bound appraoch to deal with the necessaries concerning fitness,techniques, and players. We have seen ourselves how his wishes have been ignored or not dealt with seriousness. He has proved himself as a transparent and able coach interested only in the betterment of malaysian football. Its high time we up the ante in malaysian football.
How are the techniques and tactics in malaysian football dealt with. do the coaches have live on-screen analyzers to sufficiently analyze and buck up the mistakes of our players on the field. We can only improve tomorrow if we improve today.
Reply
SELAGI FM DI BAWAH TELUNJUK ORANG POLITIK SELAGI ITU BOLA SEPAK MALAYSIA TEMPANG DAN TERUS MERUDUM DAN MERUDUM KE DSAR.
Reply
Pengurusan FAM perlu dirombak, sekarang ini ianya di penuhi oleh orang2 politik.
Pengurusan perlu diberikan kepada bekas2 pemain bolasepak negara/negeri kerana mereka mempunyai pengalaman dalam permainian tersebut bukan mereka yang duduk di kerusi empuk dan yang pandai mengarah!
Kita lihat dari segi format Liga Super & Liga Perdana, sering diubah2, tidak konsisten bagaimana nak tunjukkan sifat profesionalism. Sebab tu lah pemain pun terikut-ikut dengan arus perubahan yang tiada penghujungnya.
Persatuan Negeri:
Hampir keseluruhan Persatuan Bolasepak negeri presidentnya adalah Menteri Besar, cukup lah…MB perlu memerintah negeri berilah jawatan ini kepada mereka yang layak…janganlah bolot semua.
Kebanyakan Pasukan Negeri tidak membayar gaji pemain dan pembayaran KWSP, pemain merasa tertindas tanpa bayaran…bagaimana nak memberi persembahan terbaik apabila memikirkan makan minum anak/bini yang tidak menentu. Fikirkan lah dari sudut pemain dan jangan hentam pemain sahaja tanpa menunding jari kepada Pegawai2 atasan persatuan yang rata2nya kenyang makan sampai ke 3 generasi.
Rombak FAM dan penyandang jawatan hanya 5 tahun dan boleh dilanjutkan berdasarkan prestasi pasukan kebangsaan. Barulah pasukan negara boleh berjaya!
Reply
nyampah gler ngan bola sepak kite…………SESETENAGH ORANG FAM BEBAL BETUL MENTADBIR PERSATUAN BOLA SEPAK KITE………..ADUIH..NI LA AKIBAT GILA KN POLITIK SMPAI BOLA PUN KENE LAMBUNG MMACAM POLITIK……………..WAKAKAKAKAAKA…..PEGI MAMPUS BOLA SEPAK MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply
Saya bersetuju dengan alrawa.Di Kementerian Pelajaran sudah ada bahagian sukan.Sekolah sukan pun dah ada di Bukit Jalil dan Bandar Penawar, Johor.Apa yang bahagian sukan KPM buat untuk meningkatkan bidang sukan.
Sebab itu ramai akyat Malaysia tidak menonton perlawanan bola sepak Malaysia kerana standard sangat rendah.Lebih rendah daripada Pasukan Laos dan Pulau Maldive yang terkenal dengan kemiskinan.
Reply
isu bola ni memang kalau kita cakap apa pun, komen ke, bagi idea ke, FAM jangan harap la nak dengar. diorang tetap dangan perangai diorang. sebenarnya ramai rakyat malaysia yang lagi hebat bermain bola sepak dari pemain kebangsaan. kawan saya pernah memberitahu saya ketika beliau melanjutkan pelajaran di england, mereka membuat satu perlawanan persahabatan antara pelajar malaysia dengan pelajar disana. keputusannya pelajar kita menang walaupun pada rehat separuh masa pertama, pelajar disana berehat dengan minum air, manakala pelajar kita pula sibuk menghisap rokok. serius memang ramai pemain berbakat yang mempunyai banyak skill namun kenapa mereka tiada di persada bola sepak kita adalah kerana bola sepak di malaysia tidak menjanjikan suatu kerjaya yang menjamin masa depan. selesai persekolahan menengah iaitu selepas spm, mereka semua terus melanjutkan pelajaran ke ipt – ipt, kolej – kolej dan mencari pekerjaan yang lebih menjamin mereka. bagi saya adalah elok diwujudkan satu lagi liga iaitu liga semi – pro dimana mereka yang bekerja juga boleh bermain bola sepak secara aktif. saya pasti ramai yang akan menyertai kerana pasti mereka akan mendapat elaun sekaligus menambah pendapatan mereka. kita perlu keluarkan pemain – pemain yang berbakat ini demi bola sepak kita. mungkin ada yang tidak setuju tetapi bagi saya, ini juga pasti boleh membantu pasukan kita
Reply
anuaribrahimblog,
Masaalah kekalahan demi kekalahan yang melanda pasukan bola sepak negara sudah ketahap tiada isu untuk dibincangkan lagi….kerana pekara yang sama berulang dan berulang lagi. Ramai yang memberi pandangan namun tiada apa-apa perubahan berlaku.
Pada kebiasaannya apabila pasukan kalah bertanding kita akan tunding jari pada pemain lemah semangat kemudian kita tuduh jurulatih bodoh melatih pemain. Sebenarnya pasukan bola sepak itu melibatkan gabungan mantap dari peringkat persatuan, pentadbiran, jurulatih, pemain dan penyokong pasukan. Kesemuanya mesti bertanggongjawab.
Bila pasukan menang, kita sama-sama raikan kemenangan itu, dan jika kalah kita sama-sama duduk semeja berbincang cari punca kekalahan. Tapi malangnya apa yang berlaku dalam FAM adalah sebaliknya. Bila pasukan menang, masa tu presiden dan pegawai tadbir keluar tunjuk muka kononnya kerana ujudnya mereka dalam FAM maka pasukan menang. Tapi bila pasukan kalah, mereka sorok diri, malah mereka tunding jari pada orang lain punca pasukan kalah.
Sebenarnya jurulatih dan pemain boleh dicari ganti tetapi mengapa pentadbir FAM tidak dilakukan sama…..? Pekerja FAM mesti diganti sama seperti jurulatih dan pemain kerana idea yang mereka hasilkan sudah berkarat. Karat itu menjadi badi kalah pada pasukan bola sepak negara setiap kali bertanding. Mereka mesti beri laluan kepada orang baru. Dan orang baru mesti tunjuk kertas kerja bagaimana pasukan bola sepak negara boleh bangkit menjadi pasukan yang hebat dipentas dunia.
Kalau cadangan yang diberi dianggap sampah jangan persoal lagi mengapa pasukan bolasepak Malaysia kalah !!
Reply
fz1303 Reply:
January 24th, 2009 at 12:34 am
betul cakap SHEBBY!!! mengarutlah kalau Malaysia boleh masuk World Cup 2018!!!
Reply
Kembalikan kekuatan bola sepak malaysia..rombak pengurusan FAM dan pemain..
Reply
IMO, malaysia dah lama hilang mentaliti sbg juara..coach pn sblm match dh dedahkan 3 player je fit.apa sume ni? kalau tukar Sir Alex pun, mungkin kita di tahap lama gak kot.
Reply
malaysia bukan lagi jaguh kampung sekali pun!
Reply
AKu tak minat langsung bolasepak negara sejak Malaysia dok jatuh ke tangga 150 world ranking. Baik aku tengok EPL. Too much politiking. Sampai ada gaji yg tak dibayar, macam2 kemelutlah. All boil down to management.
Reply
sir,
the problem is corruption.banyak sangat bookie.fans look stupid
cheering when all those goalkeepers and strikers are paid half then half later.
the semi pro league in the 90s started this downfall.zainal
abidin,fandi and azman adnan was the last of our stars..
the fam guys love free tickets and trips overseas.cut this out.
when we were young,i played for my ‘red’house football team,then
for school,then daerah,then state.it’s all about merit!
now we have great stadiums and NO team.
cut the corruption and we will be beating south korea and japan
in no time.
Reply
SEBENARNYA MALAYSIA ADA BANYAK PEMAIN BERBAKAT. MASALAHNYA PEMAIN2 YANG GENIUS INI HILANG SELEPAS SPM KERANA PELBAGAI FAKTOR TERUTAMA MELANJUTKAN PELAJARAN. FAM KENA ADA MEKANISME UNTUK MEMBENARKAN PEMAIN2 INI TERUS BERADA DALAM SKUAD PERINTIS DISAMPING TIDAK MENGABAIKAN PELAJARAN MEREKA. BARULAH KITA ADA PEMAIN YANG BENAR BERBAKAT DAN PINTAR DALAM SKUAD KEBANGSAAN TIDAK BERMAIN IKUT KEPALA LUTUT SHJ.
SATU LAGI SAYA SOKONG DIROMBAK KEPIMPINAN FAM MUNGKIN KITA PERLU ACUAN SEGAR SEMULA.
Reply
patut DSAI msuk ke pentadbiran FAM..Baru maju bola kita..Setuju x?.
Reply
faizsaaid Reply:
January 30th, 2009 at 12:37 pm
Setuju gile
Reply
kah kah kah
wakakakakaka
ingat ni, selagi UMNO dan BN memerintah selagi tuh mutu bola sepak tak kan maju-maju punya
kah kah kah
pasal apa ?
pasal mamat mangkuk UMNO/BN ni rakus harta
jadi , bila si rakus harta yang memimpin sukan negara, maka harta lah yg dicari
kah kah kah
tiada untung, baik pun cadangan , pasti dibakul sampahkan oleh raksaksa umno
kasi gulung dan tong-sampahkan UMNO/BN klu nak tgk pasukan malaysia maju
kah kah kah
lepas singkirkan umno baru cari teknik dan strategy baru,
banyak cadangan, cuma kita singkirkan dulu pimpinan umno
pimpinan tu umpama filter, klu cadangan tu baik pun , klu difilterkan oleh MANGKUK-hayun , hasilnya tetap tak baik, kah kah kah
Reply
Aduhai,,,gah sana gah sini,hasilnya ?… TENGOK NADAL LAGI BAIK,berusha untuk menang.
Reply
semangat juang pimpinan dan pemain perlu tinggi dan bermatlamat yang tepat
Reply
Pengurus dan jurulatih perlu diberi kuasa lebih.
Reply
Pada pendapat aku, lebih elok jika kirannya dibuat pembaharuan dalam badan FAM itu sendiri. Bukan apa aku tgok jika sebelum ni bermacam-macxam sudah resepi yang telah di lakukan oleh FAM untuk meningkatkan mutu bola sepak negara. Namun usaha tersebut hanyalah sia-sia sahaja. Ibarat mencurah air di daun keladi.
Reply
mmg salah FAM pn,sepatutnya pentadbiran FAM kena bagi org yg tau pasai bola ni terutama bekas2 player kebangsaan dulu..tp kt mlysia,geng politik dn kerabat raja pegang mmg xleh naik la bola sepak kita..depa bukan tau pasai bola pn..sepak bola pn xreti..kt situ pn leh nmpak dh, dn pemain2 tlg la ubah cara main..men short pas..jgn duk men long pas..hmpa bukan beckham,lampard @ gerarrd,depa xpa la pasing leh smpai,hmpa pasing xsmpai dn xtepat,belajaq men futsal dulu baru men bola padang..
Reply
ada cadangan supaya liga Malaysia diswastakan. dgn cara tu tiap pasukan perlu cari dana sendiri. para pemain pun mesti beraksi baik utk bermain dlm mana² pasukan. secara tak langsung dpt hasilkan para pemain yg benar² berkualiti. tak perlu sampai ke EPL. tgk je J-League, K-League malah Liga S.
Jgn mimpi utk ke World Cup jikalau dlm asean pun dah mengah. Mana pergi pemain² dari Akademi negeri? Semua sibuk nak masuk AF ke
Reply
kalau power sangat, buktikan kat 5 negeri pakatan rakyat! siapa pengurus? bukan orang politik ke?
Reply
masalah di sebabkan beberapa faktor:
Faktor 1 = Masalah Politik dalam pengurusan
Faktor 2 = Masalah pemain lebih pentingkan glamor sebagai pemain Malaysia
Faktor 3 = Masalah tiada semangat juang yg tinggi
Faktor 4 = Masalah kebajikan pemain (GAJI)
Faktor 5 = Masalah pemilihan pemain (negeri ada 13, tapi kebanyakkan pemain dtg dari mana?(jwb sendidi) takkan tak ada permain yg betul2 baik, kalau tak di cari bersungguh2)
banyak lagi sebenarnya, tapi mls nak tulis, tulis pun tak guna, mcm lah mereka nak dengar org biasa beri seperti kita nak beri idea,
kalau nak kembalikan kegemilangan Bola Sepak Malaysia, semua org kena berubah, dari aspek pengurusan & pemain itu sendiri.
Jgn marahkan rakyat Malaysia jika mereka lebih memihak ke pasukan negara luar dari pasukan negara mereka sendiri suatu hari kelak.
“Lu Pikirlah Sendiri”
Reply
Selagi orang2 politik dan raja2 mengetuai bolasepak negara maka selama itulah prestasi bolasepak negara tidak akan meningkat. Hanya di Malaysia sahaja orang2 politik dan kerabat di raja mengetuai persatuan2 sukan negara berbanding orang2 profesional di negara2 lain.
Reply
AKU TGK M’SIA PUNYE PLAYER SUME BADAN KECIK KETOT..
DLM BYK2 PLAYER, SORG JE AKU TGK ADE ADE CIRI2 BODY FOOTBALLER IAITU “SAFEE SALI”…
SULTAN PAHANG BODOH …KJ PON TENGIN!!
Reply
main bola lain bolehlah
Reply
Salam,
Soal bola sepak malaysia…sorry saya tak ambik kisah.
tak confiden je..
buang masa sahaja….
tengok katun lebih menghiburkan…
Rombak FAM ..itu penawarnya
Reply
malaysia ni harap bowling padang je, yang lain hampeh!!!
Reply
ujang Reply:
January 31st, 2009 at 12:04 pm
bro, binabadan lu letak mana?
Reply
As long as football thrills one race..no matter how bad it is……UMNO will keep playing race politics with this game.
It SUCKS!!
Reply
Nak ikut macam Europ mana boleh mereka negara maju 100 tahun meninggalkan kita ke belakang baik dari segi politik, undang-undang, moral, fizikal dan mental mahupun dari segi sistem masyarakatnya itu belum masuk cuacanya lagi. Piala Malaysia sudahlah. Prestasi Malaysia mula merosot sejak apa nama entah semi pro lah, liga superlah diperkenalkan. Kemudian ahli politik memegang tampok pengurusan tumpang popular surat kabar bukannya bagus tapi pengamal rasuah. Kes gaji pemain tak bayar pun ada, kalau tidak takkan pemain afrika sampai bunuh diri dulu. Itu belum kira penonton lagi buat apa main kalau tak ada penonton ibarat menyanyi bagai nak rak tapi tak ada orang sorak. Semangat datangnya dari sorakan penonton.
Rakayat Malaysia bukan ada masa nak menonton sebab zaman ni zaman majikan memerah tenaga pekerja secara maksimum atas sokongan kerajaan perasuah. Kemudian nak hiburkan rakyat buat konsert pegi heboh sana heboh sini hiburan mudah hati gembira hahaha. Kaji penonton di England apakah sebab yang meluangkan masa mereka untuk menonton bolasepak. Sambil hantar pelajar menuntut di UK suruh mereka buat penyelidikan am sebagai syarat potongan bayaran balik pinjaman. Kerajan BN mana ada memikirkan tentang kemajuan negara yang mereka tahu macam mana nak dapat duit banyak2 kemudian buat kenduri dengan suku sakat.
Jurulatih satu hal pulak nak pemain main macam eropah tanpa melihat kudrat pemain, mana boleh orang asia berlari macam orang putih engko gila ke? Gunalah akal macam Kancil cari pemain yang cerdik-cerdik. Kita boleh fokus kepada negara Latin yang saiz pemainnya lebih kurang asia. Apakah corak permainan mereka. Bila kita sudah menentukan identiti corak permainan kita yang sama dan sesuai dengan kudrat pemain barulah kita tetapkan untuk diamalkan di seluruh negara dari peringkat sekolah, negeri hingga negara. Kemudian jurulatih mempunyai kreativiti masing2 untuk mencambah dan menginovasi corak tersebut untuk menjadikannya lebih hebat. Gunalah akal untuk berfikir. Ini tidak bila tengok orang putih hebat dia pun nak jadi macam orang putih akhirnya main lintang pukang maca lipas kudung lepas tu lidah terjelir. Kalau tak boleh fikir sendiri ambik contoh aje dengan Jepun yang dulu jadi mainan Malaysia dalam Piala Merdeka. Apa yang mereka buat sehingga menjadi maju. Sekarang ni Jepun tak hingin nak datang main dekat Malaysia sebab tak ada standard. Takut masa akan datang piala merdeka hanya disertai pasukan bolasepak bollywood je itupun kalau dianjurkan di Melaka. hemmm Malaysia Malaysia negaraku
Reply
Saya bersetuju dengan pendapat kalian. Satu rombakan besar-besaran hendaklah dilakukan ke atas FAM. Bukannya dengan melakukan rombakan kepada pasukan kebangsaan. Pemain mungkin boleh dipersalahkan, tapi FAM adalah punca segala-galanya.
Semasa DS Anwar berada di dalam kerajaan dahulu, walaupun Dr Mahathir tak suka bolasepak, tapi ranking pasukan malaysia di zaman itu cukup disegani. Malah pasukan Singapura juga tidak berani menunjuk lagak di hadapan pasukan kita.
Kini? Singapura lebih kuat daripada pasukan Malaysia?? Ini karut!!! Lakukan rombakan segera, dan PR hendaklah memerintah Malaysia – barulah segala2nya akan berakhir.
Reply
“Main macam budak-budak” –
Aduhai, cakap senang, cube fikir macam mana nak bantu.. jgn nak komen je.
susah betul kalau org dari kerabat di raja dan politik2 ni nyemak.
sathia pun sama.. “M-league is not football”. haiih, ni sorang lagi, tau nak melarikan diri je. tak professional langsung. nak larikan diri dari kene tuduh. haiihh..
cadangan dari saudara Alrawa mmg bernas.
http://anwaribrahimblog.com/2009/01/23/prestasi-bola-sepak-malaysia-harus-diperkasa/#comment-158164
kite harus bermula dari akan akar umbi.
1) Tendang semua management dari FAM yg nak fame.
2) Liga antara sekolah2 rendah – contoh sekolah dari Gombak. (ada match tiap2 minggu – home atau away)
kumpul semua skolah dari daerah gombak. buat satu liga. Insya Allah.
3) Liga peringkat sekolah menengah. bawah 15 dan bawah 18. seperti idea no 2 tadi.
4,5,6,7 – idea2 seterusnya…
Reply
pembetulan ..
“Main macam budak-budak” – sapa igt ini quote dari siapa..
Reply
That is really a sad state. Still remember when we were in the same level as South Korea. Those are really great years.
Don’t forget Santokh(?) Singh and our colorful GK Arumugan.
Reply
Hassan Sani, James wong, Chow Chee Kiong dll…adalah pelengkap pasukan Malaysia yg setanding dgn Korea Selatan, Indonesia dan Singapura sedikit masa dulu…..
apa2 pun klu nak kembalikan kegemilangan diera 60′ atau 70′ jgn libatkan org2 politik didlm pentadbiran FAM.
Reply
anwar junior Reply:
January 24th, 2009 at 11:03 pm
******
Orang politik terlibat dalam bolasepak bagaikan koboi diberikan anak panah dan dayak pula diberikan peluru. Masih punyai ‘senjata’ tapi tak kena orangnya.
Reply
FAM sama jenisnya dengan UMNO..DAH SAKIT TUA!!!!!
Reply
SAlam DSAI,
thanks for the concern about malaysian football.. nway kita sebagai rakyat malaysia kene terima hakikat bolasepak padang malaysia dah tak kemana… dah rosak ‘isi dan kulitnye’ mcam umno jgak rosak dan busuk… tak boleh nak rawat.. tunggu mase nak mati je… saya paham zaman DSAI muda bola sepak padang malaysia memang top.. saya sebagai anak muda malaysia nak bgtau DSAI org2 muda skrang dah tak minat lepak main bola sepak padang… semua main futsal ngan main game video bola boleh laa(ayat sathia) btul laa tue.. ape yg kita perlu tingkatkan dan DSAI perlu fikir utk mase depan adalah sukan yang anak muda main skrang = FUTSOLA. so majukan sukan nie, buat liga super . nway jgn kutuk sultan presiden bola sepak padang kita tue.. bior laa dier cakap ape yg dier nak, hakikatnye kita semua tau bola sepak padang kita tak akan kemana tak kira laa tukar kepimpinan ke rombakan akar umbi ke akar pokok2 mane punlaa tak kemane2 pun..
-Anak muda malaysia tapi bukan angkatan muda keadilan, sori DSAI tak minat politik(hehe)-
Reply
tukar je pemimpin bola sepak tuh..haha
Reply
KEPADA MODERATOR/FACILITATOR/ADMIN BLOG INI, TOLONG DENGAN SEGERA BLOCK/SEKAT IBRAHIM ABDUL RAHMAN,TULIS MERAPU, MACAM PERKARA DIATAS TIBA TIBA NIK AZIZ DIKATA TENGOK AJL,ANWAR DEPAN ARAK>>DIA INI UMNO CYBER TROOPER<AMBIL TINDAKAN SEGERA
Reply
Mungkin kita cuba melihat perkara berikut:
1. Niat nak buat stadium untuk mendapat projek dan laba berjuta-juta dan bukan hendak membangunkan industri bolasepak. Hasilnya stadium berlambak-lambak di negara tetapi mutu bola sepak masih di takuk sekolah rendah.
2. Ahli politik, anak, menantu berebut-rebut menjadi pegawai sukan bagi membolehkan mereka mendapat nama dan perhatian supaya mudah menjadi menteri, kemudahan melancung ke luar negara dan mendapat keuntungan dari penajaan. Hasilnya pegawai sukan yang kaya raya sedangkan pemain nak dapat gaji pun terpaksa meninta derma dari peminat.
3. Pemain yang berkebolehan dan berkualiti enggan mempertaruhkan masa hadapan dalam bola sepak kerana…… ini kena tanya veteran sukan. Apa nasib mereka sekarang? Akibatnya atelit-atelit yang cemerlang memilih untuk mencari kelulusan akademik yang memjanjikan masadepan yang lebik baik. Menyebabkan mereka yang akademiknya tercicir dan mempunyai masalah diseplin meneruskan cabaran ini. Ini mengakibatkan cabaran yang amat getir bagi pengurus sukan dan jurulatih bagi membimbing mereka ini.
4. Program yang lestari bagi membangunkan sukan ini umpama hangat-hangat tahi ayam. Buat program hanya untuk mendapat nama dan tiada hasil. Sekolah sukan hanya tinggal sekolah dan akademik juga yang menjadi keutamaan akibatnya sukan tetap manjadi nombor dua. Atelit yang cemerlang masih gerhana. Kita masih tercari-cari penyelesaiannya.
Reply
guni setahil Reply:
January 24th, 2009 at 5:34 pm
Rakyat dah muak dengan berbagai janji oleh bekas Tinbalan Presiden FAM, setia kali kalah setiapa kali itulah nak rombak!! rasanya soal rombak jawatan kuasa FAm ini saya dengan saban bulan dan saban tahun atau setiap kali kalah. kelakar betuk sukan bole kita. ini semua bukan salah permain tertapi salah pengurusan keseluruhan FAm itu sendiri , setiapa kali kalah tiada yang berani suruh Presiden letak jawatan . ini yang di pangil persatuan AMPU bin Bodek, menteri Sukan pun kecut atas bawah yang punah sukan itu sendiri (eloklah akta monopoli di segerakan) supaya mana yang sumbang tak perlu di tupang lagi. buat rumah baru.
Reply
aku rasakan kekalahan malaysia gara-gara rancangan ally yang memperkecilkan mereka…kecik hati mereka kata mereka macam-macam…(jgn marah aku)
Ulasan aku mengenai bola sepak malaysia (azfarmohd.wordpress.com)
Reply
DSAI,
Tak terlambat kot nak komen sikit. Saya berangan-angan nak tengok bolasepak kita kembali ke zaman gilang gemilang balik. Cadang saya begini;
> Pelaksanaan sukan bolasepak ke semipro tu memakan diri. Pegawai mengejar penaja, pemain mengejar wang. Ada wang main elok, tak ada wang (gaji tertangguh? )main macam taik! Semuanya kerana wang. Siapa yang ajar? FAM yang ajar. Jadi kalau main untuk negara dapat apa? Kalau pulun main ‘cedera’ masalah bila balik main di negeri dan kelab-kelab. Saya cadang sapa main untuk Malaysia bagi duit banyak-banyak. Kalau kalah hukum gantung permainan di peringkat negeri. Yang saya tau di Korea saya pernah tengok jurulatih sepak (tempeleng) pemain kalau main macam taik! NEKAD NOO…
> Belajar dari Datok Nadzmi – Badminton- tak campur tangan dalam pemilihan pemain. BROVO Badminton walau pun selalu kalah di final atau separuh akhir ianya bertaraf dunia.
> Kalau FAM banyak duit sangat, cari jalan ekspot pemain-pemain yang berpotensi ke kelab-kelab Eropah atau cari penaja.
> Pemain akan segan kalau jurulatih itu dari luar negera. Mereka akan berlatih bersungguh-sungguh di samping dapat menimba ilmu pro dari jurulatih-jurulatih tersebut.
> FAM sepatutnya mengadakan post-mortem berterusan setiap kali kalah dalam sesuatu pertandingan dan mengenalpasti punca kekalahan dan mengambil tindakan drastik dan berani bermula dari atas hingga ke bawah sekiranya mahu menjadikan bolasepak Malaysia sukan nombor satu negara. Jangan banyak bermain politik (walau pun memang banyak ahli-ahli politik dalam Bolasepak).
> Kaji dan selidik kenapa negara-negara jiran yang dulunya mundur dalam bolasepak, kini telah melangkaui kita terutama negara Vietnam! Malu…
> Berangan tak salah, tapi yang penting strategi pembangunan bolasepak negara kena betul dan telus. Buang duit sedikit lantik konsultant bertauliah dari luar merangka strategi pembangunan bolasepak secara komprehensif dan tuntas.
> Kalau kita mahu bolasepak kita pro, pegawai-pegawai yang memegang jawatan juga mesti sekurang-kurangnya seorang dua di peringkat tertinggi yang profesionalismenya tidak dapat dipertikaikan.
Sekian dulu angan-angan..Salam!
Reply
SMUA SALAH KAN PEMIMPIN LAH,PEMAIN LAH,PADANG LAH,PENGADIL LAH,TAPI KITE PERLU INGT KALAU MCM NI SUASANA ANDA SEMUA,KITE XKAN PG KEMANA,CARILAH JALAN PENYELESAIAN…….
HANTAR PEMAIN KITA KE LUAR NEGARA,SETIDAK-TIDAKNYA SEPARUH DARIPADA PASUKAN MALAYSIA.INI HANTAR ORANG KE BULAN,BERJUTA2 HABIS,APA YANG DAPAT?BAIK DUIT TU,BG KEPADA PEMAIN MUDA BELAJAR ILMU BOLASEPAK KAT LUAR NEGARA,CARI PENGALAMAN DAN MENJADI MATANG…INI DUDUK KAT MALAYSIA,ASYIK KAWIN JEK,….NYUSAHKAN ORG.CONTOH KOREA JEK….ANTAR PEMAIN DIE KAT LUAR NEGARA,10 ORG….TP YG JADI 2,3 ORG JEK,TP BAGUS,SETIDAK2NYE ADE YG MENJADI..TGK SKANG KAT MANCHESTER UTD,ORG KOREA,KALAU DULU KITE PKIR MCM TU,DAH LAMA ORG KITA KAT SANA..
LAGI SATU,PENONTON,KALAU ADE PERLAWANAN KAT STADIUM,BERAPA ORG JEK YG DTG….JGN LAH SALAH KAN ORG….APA SALAHNYE,BYR RM 10 UTK MAJUKAN BOLASEPAK NEGARA,DUIT TU LEH BUAT PADANG,AMEK JURULATIH YG BGUS,BYR GAJI YG TERTUNGGAK N MCM2 LG.INI TIDAK,SANGGUP HABIS PULUH2 RINGGIT UTK UNDI MAWI,MAWI BG NEGARA KITA APA?ADUH…..MASYARAKAT2…….UBAHLAH SIKAP…JGN NAK SALAHKAN ORG JEK….
Reply
Peminat bolasepak Malaysia.
Kekalahan Malaysia dengan jaringan yang besar memang amat memalukan semua. Malaysia yang memiliki pelbagai kemudahan yang canggih, stadium yang besar, padang yang hijau dan gaji pemain yang boleh dianggap tinggi erta bertarap profesional tetapi masih ditakuk liga kampung dengan pentadbiran yang juga kampung.
Saya cadangkan hanya wujud pasukan negeri-negeri seperti dahulu. Semua akan bersemangat kenegerian sehingga sewa bas untuk menyaksikan perlawanan walaupun jauh. Kini terlalu banyak pasukan dengan kebanjiran pasukan kelab yang tidak tahu siapa penyokongnya.
Skim kejurulatihan perlu dikemaskini bermula dari peringkat bawah hingga tertinggi dengan satu standard guna pakai oleh semua peringkat. Oleh itu sistem akan berterusan hingga ke pringkat kebangsaan untuk ‘berperang’ di persada antarabangsa.
Pengurusan ahanay menguruskan pasukan bukan menguruskan pemain yang perlu diturunkan, malah pemilihan dalam bilangan yang terhad akan meningkatkan semangat pemain utnuk bersaing memakai jersi kebangsaan.
Setiap pemain yang menyarung jersi kebangsaan akan diberi ‘cap’ dan dengan sendirinya ‘harga pemain itu akan mahal.
Sistem lathan dan pemilihan perlu dimulakan di sekolah rendah, kemudian diberi penekanan di peringkat usia 15 tahun sebelum diserapkan ke pasukan kebangsaan 18 tahun sebelum dipilih untuk ke peringat negeri dan kebangsaan.
Intensiti latihan perlu ditingkatkan dari satu peringkat ke satu peringkat, ini kalau dilihat latihan ‘ringan’ pasukan kebangsaan seolah-olah ‘lawak jenaka’ di kampung-kampung. Maka terjelir lidah apabila berdepan pasukan kental dan memiliki stamina tinggi.
Selain jurulatih yang mempunyai kreativiti yang tinggi dan faham akan bolasepak antarabangsa. Saya setuju luahan ikhlas dan tidak berpura-pura Sathia itu. Kepada jurulatih yang berpura-pura jangan berlakon.
Reply
FAM must be reformed. No more politician or royal family should be given a job to lead the sport organization. We can consider them to be patrol but if possible not. We should take our local former players to take to role and bring more professionals who were graduated from universities to manage the organizations. No more nepotism and cronism as well as corruption. More corporate governance approach need to be introduced with positive work ethics to be promoted to all staffs and players. No more axcuses or complacent from coach or players to be tolerated and discipline should be taken seriously. No more talk only but action and deliverable. Time for oldest and season players to be terminated. Trust that no way Malaysia to climb the ranking if we have current set up of organization, coaches and players. You can only dream, hopefully Malaysia can score at least one goal against Brazil.
Reply
DSAI , bola kita juga terlibat dlm masalah kroni!!!!
Reply
Pengurusan Bolasepak Malaysia perlu direformasikan kerana masih ada orang politik yang bongak berada dalam FAM yang bisa menghancurkan bolasepak negara.Reforrmasi…..
Reply
TERIMA KASIH DIATAS TEGURAN DATO SERI,
LANGKAH PERTAMA YG PERLU DIAMBIL OLEH FAM:
PILIH PEMAIN BERDASARKAN KEBOLEHAN. BUKAN BERDASARKAN KRONI DAN KAUM.
Reply
DS,
kalo bole masuk dlm manifesto utk bolasepak akan ada proses reformasi dan target utk masuk world cup percayalah lagi ramai anak muda akan sokong. saya tak suka team selangor, tpi kalo nak buat blueprint saya sokong jek. lagi bagus negeri PR keluar jek dr badan induk (FAM). nyampah aku kt sorang yg tak reti keluar2 tu. ni la masalahnya bila org politik menggunakan sukan untuk kepentingan diri. raja pun sama.
Reply
“m league is not football,” sathia the coach. mari sokong dia ramai ramai.
Reply
semoga pasukan bola sepak kita akan layak bermain di piala dunia bila pakatan rakyat menaungi malaysia.
Reply
faizsaaid Reply:
January 30th, 2009 at 12:39 pm
saya pun begitu, harapan saya PR dapat mengembalikan mutu bolasepak negara.
Reply
inilah yang terjadi bila semua perkara dipolitikkan. Profesional diabaikan, yang gila kuasa, pangkat dan nama dimartabatkan. Semuanya jadi hancur binasa.
Saranan:-biarkan ahli sukan profesional (bekas pemain2 kebangsaan) menerajui sukan tanahair.
Reply
INGAT BN @ UMNO
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Tahniah Dato’ Seri Anwar
Tahniah kepada Dato’ Nasarudin
Ibrahim Abdul Rahman tahniah kerana hidup dan mati dalam UMNO & BN .memang hanya kamu yang layak
untuk menjadi Timbalan Pendana Menteri ? ???????????????
Reply
Hurm.. DSAI bercerita pasal bola sepak negara.. sungguh asyik bila dibaca.. memang penuh bersemangat..
entahlah tak tahu nak kata apa. Just berdoa senario bola sepak negara kita ni makin lama makin bagus…
mmg benar kata-kata beberapa komen di atas di mana presiden FAM perlu letak jawatan.. biar orang yg betul2 pandai main bola yg jaga.. sbb hanya mereka sahaja yang memahami luar dalam nasib seorang pemain bola sepak negara..
Reply
ujang Reply:
January 31st, 2009 at 12:13 pm
senario bola kita lebih meniru aje, tak de originality!Stail rambut, tiru.Sampaikan lambang persatuan pun tiru gak! Logo Johor fc tiru logo man u, logo Kelantan fa tiru logo springbok!
Reply
Salam…
Pandangan saya ada 3 faktor pasukan bola kita masih ditakuk lama:
1. Mentaliti pemain lemah. Main bola tak guna otak. macam budak sekolah rendah main bola.(sukan lain pun sama)
2. Semangat juang bermain untuk negara tiada.
3. Stamina pemain yang lemah.
Reply
untuk mengembalikan kemasyuran bola sepak malaysia semula seperti era 70 dan 80an orang politik mesti meletak jawatan dalam FAM.
Reply
MACAM MANA NAK MAJU..KATA AJE PROFESIONAL TAPI GAJI PEMAIN DISEKAT..ADA KA BUAT GAJI SYILING TAK BOLEH LEBIH RM8000.00 SEBULAN..KALAU DALAM EPL GAJI BERDASARKAN PERFORMANCE…TENGOK GAJI RONALDO …LEBIH KURANG 850000 USD SEMINGGU….BARU LER SEMANGAT NAK KEJOR BOLA…MEMANG DAH SIFAT MANUSIA MACAM TU…KALAU GAJI PM RM 500 SEBULAN PUN RAMAI RAKYAT MALAYSIA DAH TAK JOINT POLITIK…MEMANG DUIT BUKAN SEGALA2NYA..TAPI DIA PERLUU…
Reply
FAM SAMA MCM UMNO JUGAK…..HARUS DIGULINGKAN THEN BARU BOLEH MAJU.KALU TAK SAMPAI BILA2 PUN DOK MCM TU JE. AKU RASA BT MASA SEKARANG DI XPAYAH LAH HANTAR PASUKAN MALAYSIA NI LWN KAT ANTARABANGSA KERANA AKHIRNYER AKAN MEMALUKAN NEGARA. FAM SUKA BETUL MEMALUKAN MALAYSIA DI MATA DUNIA KORANG PERASAN X??????????
Reply
ENTAH BILA LA MSIA BLEH LAHIRKAN BAKAT2 SEHEBAT MESSI,KAKA,RONALDO OR SAPE2 YG TERER TU.KITA PERLU BELAJAR DARI AJAX AMSTERDAM BGAIMANA MEREKA DAPAT LAHIRKN BAKAGT2 BARU SETIAP TAHUN SEJAK DARI ERA JOHAN CRUYFF SAMPAILAH SKRG.TIDAK TERHAD KEPADA PEMAIN BELANDA SAJA,MALAH BAKAT DARI LUAR JUGA DICARI LEPAS TU DIEKSPORT KE LIGA LAIN.MSIA PATUT PERBYKKAN KAJIAN BAGAIMANA MAHU LAHIRKN BAKAT2 BARU JGN PEGI OVERSEA TAHU NK MELANCONG JE ;PAS TU ILMU X BWK BALIK.DASAR POLITIKUS
Reply
Setakat berkata,mencemuh disana sini mengharapkan ikhsan sahaja tidak ada gunanya. Memang tidak akan maju. Sedangkan anak dirumah hanya dilatih untuk bermain bola secara visual (PS2/dll).
Reply
[... - anwaribrahimblog.com is other useful source on this issue,[... -
Reply
fifa 2010 malaysia tk layak….tunggu fifa 2014 malaysia akan menjuarai piala dunia buat kali pertama kerana saya akan mnjadi pemain terbaik dunia dan mmbantu pasukan malaysia….so besabar la…..lgi 4 thun je lgi…huhuhu hehehe insya allah
AMIN
Reply
macamana bola nak maju..media penyiaran kerajaan agak kedekut nak tayangkan balik perlawanan era 70an dan 80 an. pemain sekarang tak pernah lihat bagaimana kemenangan yang diraih pemain dulu seperti soh chin aun, moktar dahari, james wong, hassan sani dan lain-lain sewaktu era gemilang itu.tayangkanlah balik perlawanan malaysia-korea, jepun, thailand yang menjadi belasahan ketika itu dan banyak lagi… ini pasti menaikkan semangat dan bulu roma pemain sekarang..jemput semula pemain lama dalam diskusi ditv supaya pemain tempatan berkaliber diidolakan macam yang diterima olehpara artis. pemain bola juga adalah artis ditengah padang.. lincah,kreatif dan mengagumkan. dengan seni samba dan lain lain lagi.ramai penyerang selepas moktar dahari, menanam nama mokhtar dibibir mereka. bermimpi jadi mokhtar setiap hari. berlatih sendirian macam mokhtar..dan mampu beermain cemerlang walaupun tidak selalu menjadi…sejaarah gemilang tidak dimanipulasi dengan baik oleh media terutama tv untuk menangguk keuntungan oleh generasi kini.. maka pengobanan pamain dulu untuk merintis jalan gemilang sia-sia apabila jalan dirintis itu tidak berkembang malahan menjadi semakin sempit, semak, berduri…
Teringat saya kelibat hassan sani meruntuh benteng korea dengan begitu bergaya.. kualiti hassan yang pantas kuat. berimjinasi, tidak tamak untuk menjaringkan gol sendiri menolak bola kepada jaames wong.. kemudian menggelecek dengan keyakinan amat tinggi kemudian menolak bola kedalam gawang… ini semua tidak pernah dilihat oleh generasi sekarang.. sebab itu pemain sekarang asyik gagal didepan gawang.. sebab nak sumbat sendiri mencri merit peribadi.
Tahailand pula begitu berbangga dengan sepaktakrawnya. permainan tradisi.banyak rakyat memainkannya. diminati diselurruh ceruk rantau negaranya..selepas era adnan saidin kita begitu sukar mengalahkan mereka. pemain mereka sangat ramai dan berkualiti kerana ia DIMINATI.. bagimana ia diminati?… setiap hari tv mereka menayangkan pelbagai perlawanan.. walaupun perlawanan liga kampung cuma..mereka ada idola pemain setiap masa..kanak-kanak yang baru bermain sentiasa bermimpi menjadi pemain handalan idola mereka.apabila pemain lama bersara.. pemain baru mula menunjukan taring di arena antara bangsa, berkali-kali mengaibkan malaysia .
sedang di malaysia pemain lama dipanggil semula.Gelanggang kampung sudah mula ditutup. pucuk baru tak pernah tumbuh subur.permainan tradisi sejak zaman kerajaan Melayu melaka makin dilupakan.. tiada inisiatif, tiada bajet untuk memajukannya..padahal permainan ini salah satu lambang jati diri melayu. pimpinan melayu sendiri mengenepikannya.melihatnya sebelah mata, padahal sukan ini adalah juga intti jati jiwa melayu…kelembutn ,ketangkasan,kebijaksanaan,semangat ,kekuatan, ketahanan dan banyak lagi.Generasi baru boleh dibentuk menjiwai raga melayu, jati diri melayu.
peminat takraw jarang berpeluang melihat pemain negara bermain secara life.. tak ada keterujaan langsungg dalam sukan ini. kalau ada , cuma sedikit itupun kadang-kadang berita gambar pegun.. ya tuhan.. begitu hina sukan datuk nenek moyang kita…dimata pemimpin kita. NEGARA begitu miskin untuk tayangkan sukan ini live dari thailand atau dari luar negera tanpa penajaan..tnggungjawab ini tidak akan diambil oleh pihak korporat atau swasta…Dari johor sampai ke kedah/perlis berlambak- perlawanan tempatan yang boleh ditayangkan.tapi cuma gambar pegun dari suratkhabar saja yang dapat dilihat. bagiamana nak tumbuh minat dikalangan remaja dan orang muda?.. telah banyak wang dihabiskan untuk lobi sukan ini diterima disukan olimpik.
mimpi kita terlalu tinggi. pelbagai negara dah dijelajahi memperkenalkannya untuk demainkan di banyak negara…lobi dluar ,tidak lobi di dalam ! andai diterima di olimpik nanti siapa yang nak main? ..bersediakah pemain kita dari 2 atau 3 kerat pemain, konon elit mencabar kuasa Thailand .. atau kuasa baru vietnam dan burma. korea pun menunjukan kelajuan dalam mutu peningkatan permainan mereka…. akhirnya kita bakal gigit jari.. harap emas jadi perak, harap perak jadi gangsa, harap gangsa langsung tak dapat apa..
berbalik kepada bolasepak, banyak perkara yang berlaku dan dilakukan adalah baik tetapi saya tambah cadangan agar bangkitkan dulu semtimen jati diri dan kebanggaan untuk rohani pemain. tunjukan semula peemain lama bermain ditv..ulang-ulang selalu kalau sembernya terhad.. buat rencana pemain lama.. pasti ada rahsia kemajuan individu yang boleh dikorek dan amat berguna kepada generasi kini..gabungkan semua tesis penggiat/pelajar sain sukan….
ramai tak teruja langsung bila pasukan negara bermain. ia bukan agenda kebanggaan kebanyakan rakyat.bolasepak bukan lagi pentas jati diri malaysia. sebab tidak kelihatan pemain berjuang,pemain lembik, mudah putusasa… pemain tidak mewakili citra negara yang berjuang menjaga maruah negara. pemain kelihatan hanya pada imejan bahawa dia adalah PEMAIN MALAYSIA.
USAHA MEMPERKASA ROHANI. .. tidak setimpal dengan beban bahawa dia sedang berjuang mempertahan maruah seluruh umat malaysia..dia adalah wakilnya. mempertahankan setiap inci bumi jangan diaibkan..
Apakah hakikat dari peningkatan bolesepak negara vietnam.. bukankah justifikasi peperangan
lama sedikit memberi impak terhadap maruah diri dan negara yang mereka wakili , pemain mereka rendah saja tapi memberi saingan bererti dalam banyak kejohanan antarabangsa.Pengamal sukan patut ke sana mencari rahsia kekuatan…
Reply
mcm mna ah nak bagipretasi pasukan malaysia ni nek balik mcm dlu….
Reply
salam saya amat kecewa dgn persembahan yg ditunjukkan oleh pemain-pemain malaysia,yg menentang indonesia pd 02/12/2010 jakarta….Pemain Malaysia hanya,utk memenuhkan padang sahaja…..dari segi tektik,teknik macam hampes,control bola tak pandai…..tahan bola macam budak tadika….dpt bola terus sepak ke kaw lawan….tak ada perancangan langsung,ini amat memalukan bola sepak tanah air…….maaf.
Reply