Archive for January 21st, 2009

21 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pada hari Ahad yang lalu di Alor Star, saya beserta pimpinan Pakatan Rakyat yang lain secara muafakat telah bersetuju dengan Pengisytiharan Mentaloon.

Melalui pengisytiharan tersebut, Pakatan Rakyat secara rasminya kini telah menubuhkan Majlis Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat serta Majlis Exco-Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Kedua-dua majlis yang dibentuk ini akan bersidang sekurang-kurangnya untuk tempoh dua kali setahun dalam memastikan wujudnya kerjasama dan perkongsian pengalaman antara lima buah negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Insha-Allah, muafakat dan kefahaman pimpinan Pakatan Rakyat akan terus diperkasa dalam usaha memastikan kejayaan pelaksanaan agenda perubahan.

ANWAR IBRAHIM

21 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

The Malaysian Insider | Jan 21, 2009

KUALA LUMPUR, Jan 19 – Tan Sri Khalid Ibrahim and his exco members took frugality to new heights by flying to and from Alor Setar with Air Asia.

The Selangor delegation had flown to Kedah to attend the conference of Pakatan Rakyat (PR) chief ministers and leaders on Sunday and were spotted by The Malaysian Insider at the Sultan Abdul Halim Airport waiting to board the return flight this morning.

With the Selangor Menteri Besar were exco members Datuk Dr Hassan Ali, Teresa Kok, Elizabeth Wong, Yaakob Sapari, Khalid’s political secretary Nik Nazmi Nik Ahmad and Subang Member of Parliament Sivarasa Rasiah.

The group was seated at the boarding lounge, with other passengers waiting to board Air Asia flight Ak6347 to Kuala Lumpur, with no fanfare or fuss.

So unassuming was Khalid, dressed casually in a black-and-red chequered shirt and blue slacks, that most passengers did not realise he was the Selangor MB.

Nik Nazmi said although they were flying with the low-cost carrier, the state government had at least paid for express boarding for them.

(more…)

21 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | Jan 21, 2009

Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada 7 Mac depan.

Sempena perhimpunan tersebut, GMP juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut.

Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.

Bagaimanapun, kata beliau yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), butiran terperinci mengenai perhimpunan belum diputuskan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat malam tadi menimbang cadangannya supaya mengkaji baik-buruk rancangan mengadakan perhimpunan tersebut.

Ketika membentangkan cadangan itu malam tadi, Dr Hassan difaham memaklum kepada mesyuarat bahawa ramai yang belum memahami sepenuhnya tujuan bantahan itu hendak diadakan.

Beliau juga difahamkan mencadangkan supaya diadakan kempen penerangan bagi membolehkan semua pihak benar-benar memahami isu tersebut, sebelum perhimpunan besar itu diadakan.

Bukan anti-kerajaan

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Hassan berkata, setelah cadangannya itu diusulkan dan diperbincangkan, mesyuarat sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu pada 7 Mac depan.

Bagaimanpun, katanya, mereka menghadiri mesyuarat tersebut sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu mengikut garis panduan yang dipersetujui.

Antaranya, tambah beliau, ialah perhimpunan itu tidak boleh dilihat bercirikan kegasanan dan perkauman.

“Kalau bentuknya macam Hindraf (Barisan Bertindak Hak Hindu), saya tak nak (terlibat),” katanya sekali lagi mengulangi pendirian yang ditegaskannya semalam.

Menjawab soalan, beliau menegaskan perjuangan GMP bukan berasaskan perkauman – untuk bangsa Melayu sahaja.

Sebaliknya, tegas Dr Hassan perjuangan mereka adalah perjuangan kebangsaan dan untuk kebaikan semua kaum.

Beliau juga berharap gabungan itu tidak dilihat sebagai anti-kerajaan dan pro-pembangkang hanya kerana ia turut dianggotai ahli politik pembangkang manakala mesyuarat malam tadi diadakan di bangunan SUK Selangor yang diteraju Pakatan Rakyat.

“Di awal mesyuarat, saya beritahu semua, termasuk, (Timbalan Presiden PAS) Nasaruddin (Mat Isa) sendiri bahawa mereka bukan mewakili mana-mana parti politik tetapi atas dasar sebagai pejuang bahasa,” katanya.