Saya sehari di Permatang Pauh; memenuhi jemputan kenduri di Permatang Rawa, mengacau bubur di Sungai Semambu dan singgah di mesjid Kubang Semang. Mesjid tersebut tersohor kerana giat dalam program penghayatan.
Tetapi kini kian terkenal manakala terpapar dimuka depan Suara Keadilan kisah janji kosong Dato’ Najib menjelang pilihanraya Permatang Pauh Ogos lalu. Kata penduduk, “100 ribu? Habuk pun tak dak!”
Jawab Najib sehari sebelum pilihanraya Kuala Terengganu “minggu depan”. Saya menambah:”inshaallah”.
ANWAR IBRAHIM
















