13
Jan
09

“Tiada pilihan, kerajaan mesti batalkan terus PPSMI!” - Baha Zain

“Tiada pilihan, kerajaan mesti batalkan terus PPSMI!”

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja mencabar tokoh bahasa bahkan turut mendapat bantahan kalangan badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, individu prihatin, juga ibu bapa. Mereka mahukan bahasa Melayu kembali didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam pengertian sebenarnya.

Wartawan Harakah, NYZA AYOB menemu bual Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dato’ Baharuddin Zainal, yang lebih dikenali sebagai Baha Zain mengenai isu yang hangat diperkatakan ini, Selasa, 6 Januari lalu.

HARAKAH: Sehingga kini apa tindak balas kerajaan terhadap bantahan pelaksanaan PPSMI ini?

BAHA ZAIN: Nampaknya tidak ada respons daripada pihak kerajaan. Sessi persekolahan telah pun dibuka dan sistem PPSMI ini masih diteruskan. Tiada perubahan.

HARAKAH: Ada badan penulis yang mahu mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana meneruskan PPSMI. Sejauh mana perkembangan terkini mengenai hal tersebut?

BAHA ZAIN: Persatuan-persatuan penulis akan bekerjasama dengan Gapena bagi mengambil tindakan berkenaan. Sekarang ini nampaknya Gapena bukan sahaja mendapat sokongan badan gabungannya tetapi NGO di luar gabungannya. Gapena sedang mengatur langkah untuk mengambil tindakan undang-undang. Pada 15 Februari akan datang, Gapena akan mengadakan satu perhimpunan dan jika pada waktu itu kerajaan masih tidak memberi sebarang respons sewajarnya, Gapena akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang. Jadi, sebagai badan gabungan, Pena akan memberi kerjasama kepada Gapena.

HARAKAH: Sekiranya tindakan undang-undang terhadap kerajaan dapat dilaksanakan, apakah Dato’ yakin PPSMI ini tidak akan diteruskan?

BAHA ZAIN: Kita berharap langkah kita yang terakhir itu berjaya setelah membuat banyak rayuan dan gesaan. Malangnya pihak Kementerian Pendidikan seperti tidak mengetahui kehendak intelektual. Kita telah mengadakan pelbagai forum dan dialog mengenai isu ini, termasuklah membuat rayuan.

Sekarang ‘bola’ itu di ‘kaki’ kerajaan dan pihak kerajaan mesti melakukan tindakan yang tegas. Jadi, kita sebagai gabungan penulis, menetapkan pendirian kita, yakni tidak mahu kerajaan membuat keputusan ’separuh-separuh’. Kerajaan mesti membatalkan terus dasar PPSMI ini dan mengembalikan bahasa pengantar bagi subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, di sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Begitu juga dengan kehendak golongan cendekiawan dan NGO yang bersama-sama dengan persatuan penulis ini. Kami mahukan pengajaran kedua-dua subjek ini dikembalikan sebagaimana asal. Jika kerajaan memikirkan beberapa langkah untuk pengajaran kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris, ia tidak boleh diterima oleh persatuan-persatuan penulis. Semua ingin ia dikembalikan sebagaimana sebelum ini. Terbaru timbul pula keputusan untuk menganjurkan ‘Himpunan 100 ribu Selamatkan Bahasa Melayu’.

HARAKAH: Sejauh mana sokongan yang telah diberikan oleh persatuan-persatuan penulis kepada inisiatif terbaru ini?

BAHA ZAIN: Program ‘Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu’ disepakati oleh Jawatankuasa Panitia, yang melibatkan antara lain Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Teras dan banyak lagi. Jadi, kami di kalangan persatuan penulis menyokong himpunan tersebut. Ia merupakan satu gerakan yang lain daripada yang dilakukan sebelum ini. Kami memberikan sokongan kepada perhimpunan ini.

HARAKAH: Lebih banyak kumpulan yang menentang PPSMI ini, saya rasa ia lebih baik. Mungkin perhimpunan ini nanti merupakan kemuncak bagi bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI?

BAHA ZAIN: Tidak semestinya. Kumpulan yang ingin menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara merupakan satu kelompok. Dan perhimpunan pada 15 Februari anjuran Gapena adalah satu kelompok yang lain. Bagaimanapun kita saling sokong menyokong setiap bantahan yang dilakukan.

HARAKAH: Maknanya, Gapena mempunyai tindakan yang lain bagi bantahan tersebut?

BAHA ZAIN: Sekarang kami persatuan penulis dalam peringkat merayu kepada kerajaan agar menghentikan PPSMI ini. Tetapi kami akan membuat keputusan terakhir pada perhimpunan 15 Februari ini. Pada perhimpunan ini Gapena akan menganjurkan pembacaan puisi selama satu atau dua hari.

Sebenarnya Gapena telah memberi tempoh sehingga 31 Disember lalu kepada kerajaan tetapi nampaknya tidak ada sebarang respons. Jadi 15 Februari merupakan tarikh akhir bagi Gapena meneruskan tindakannya. Seterusnya kami akan membuat laporan polis dan tindakan undang-undang jika kerajaan tidak memberikan sebarang respons apa yang dikehendaki Gapena.

Jika kerajaan hanya mengumumkan PPSMI ini tidak akan diteruskan di peringkat sekolah rendah tetapi akan tetap diteruskan di peringkat sekolah menengah, perkara itu juga tidak dapat diterima oleh Gapena.


52 Responses to ““Tiada pilihan, kerajaan mesti batalkan terus PPSMI!” - Baha Zain”


  1. 1 permata SY Jan 13th, 2009 at 12:26 pm

    Pengajaran dalam PPSMI ni kerajaan hanya menipu rakyat..
    ramai calon yg dapat A dlm setiap mata pelajaran hanya tipu,…kesian mereka yg dapat A ni nanti x boleh nak capai keputusan cermerlang pd pembelajaran akan datang,.Ini keputusan peperiksaan politik bukan keputusan yg sebenar.

    Saya menyokong penuh pembeljaran dalam PPSMI ni di mansuhkan..

    Roseskgppsmi Reply:

    camna kmu tahu itu tipu????jgn menuduh tanpa sebarang bukti yang kukuh.. kmu tahu menuduh tanpa bukti itu FITNAH ???? tahu apa hukuman ALLAH pada orang yang suka memfitnah knn??

    maharani Reply:

    assalamualaikum wrth. brth.

    Saya adalah orang yang paling bersetuju sekiranya PPSMI dimansuhkan, kerana jika kita melihat dengan mata hati, banyak yang kurang baik dari yang baik akan diperoleh oleh anak-anak bangsa kita. mengapa saya berkata begitu, kerna hanya seorang guru sahaja yang sangat memahami kemahuan ini. tuan/puan roseskgppsmi, ini bukan fitnah lagi, sememangnya sedah terang lagi nyata, setiap tahun tidak tetap tahap untuk mencapai tahap lulus, apatah lagi nilai A yang sebenar, saya tahu bagaimana kerajaan memutar belitkan pemarkahan kerana saya mempelajarinya… untuk pertanyaan lain boleh emel ke maharanimu@gmail.com

    wallahu,alam

  2. 2 Padamar Jan 13th, 2009 at 1:43 pm

    Tak pa lah,

    Kalau sudah NGO beria-ia sangat untuk mengembalikan pengajaran Sains dan matematik dalam Bahasa Melayu dan kalau itu merupakan langkah yang terbaik, saya sokong.

    Tapi saya merasa cukup kesal, setelah begitu lama PPSMI ini berjalan, dan setelah berbillion wang rakyat dibelanjakan untuk PPSMI, akhirnya beginilah jadinya. Pembaziran. Baru ada bantahan.

    Saya juga turut menyarankan andai PPSMI ini telah berjaya anda batalkan agar tidak mengambil tindakan ini hanya bersifat sementara. Hanya kerana semangat kebangsaan bermusim.

    Untuk itu cubalah sahut beberapa cabaran berikut:

    Pertama, cabaran yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana untuk memperkaya perbendaharaan kata Bahasa Melayu supaya istilah-istilah baru seperti istilah sains dan teknologi semasa dapat diaplikasi dengan mudah dalam Bahasa Melayu. Jika kita lihat sebelum ini, Bahasa kita seakan-akan hampir mandul dan kurang lancar pembiakkannya.

    Banyak istilah terutamanya istilah teknologi nampak lain benar bunyinya bila dibahasa Melayukan. Mouse jadi tetikus. Jadi tidak bolehkah istilah-istilah baru sains dan teknologi tersebut diserap saja kedalam bahasa kita seperti banyak perkataan yang kita ceduk dari bahasa lain. Perkataan ‘teknologi’ juga merupakan bahasa ceduk. Rasanya cara ini lebih mudah, terutamanya istilah-istilah yang bukan dicipta oleh kita.

    Kedua, penterjemahan buku-buku ilmu sains dan teknologi harus dipergiatkan atau dilipatkaligandakan seiring dengan penerbitan buku-buku terbaru. Maksudnya jawatan penterjemah mesti perperbanyakkan. Paling tidak DBP wajib mendapat peruntukkan 10 kali lebih banyak dari biasa. Kalau perlu berbillion ringgit seperti kos perlaksanaan PPSMI, berilah barulah perkembangan Bahasa Melayu ketahp tertinggi mampu dicapai. Komitmen untuk perkara ini harus berterusan.

    Ketiga, adalah juga menjadi tanggungjawab pihak DBP untuk membuat penyeragaman antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu supaya ruang lingkup pasaran Bahasa Melayu itu lebih kuat. Penyeragaman ini penting agar Bahasa Melayu itu lebih berkemampuan untuk terus maju sesuai dengan peranannya sebagai bahasa seluruh Nusantara rumpun Melayu. Melalui penyeragaman ini juga membolehkan Bahasa Melayu menjadi bahasa pemasaran dan bahasa ilmu yang berdaya saing.

    Keempat, pihak yang memperjuangkan maruah bahasa melayu ini juga harus bertanggungjawab untuk memastikan bahawa soal bahasa ini tidak terus dipolitikkan. Jika tidak ia akan sentiasa menghadapi suasana pasang surut. Dulu Bahasa Melayu dibekukan kini sudah dicairkan, dicampuradukkan. Kemudian keliru dan wujudlah PPSMI, sebab keyakinan terhadap bahasa itu telah luntur. Kini timbul pula perjuangan menghidupkannya semula semekar dulu. Entah sampai bila Bahasa Melayu mampu bertahan sebagai sesuatu yang tidak mampu diganggu-gugat. Berkembang dan terus maju.

    Kelima, sila pastikan perjuangan untuk memertabatkan Bahasa Melayu bukan hanya disebabkan ia bahasa kaum Melayu sahaja ekoran timbulnya rasa tercabar dari kelentangan beberapa pihak yang seolah-olah mempersoal hak-hak tertentu. Itu kata media. Saya sendiri kurang pasti. Bahasa bukan milik siapa-siapa.

    Keenam, perlu ada keikhlasan dalam membela apa jua jenis perjuangan, termasuklah soal bahasa ini. Justeru itu bahasa-bahasa lain juga patut dihormati survaivalnya, bahasa cina, bahasa Tamil, Iban, Dusun dan sebagainya. Menjadikan bahasa melayu sebagai medium perpaduan tidak pernah ada salahnya,itu sesuatu yang dituntut. Tetapi saya juga mengingatkan supaya tiada paksaan dalam perlaksanaannya apa lagi jika ia menghalang orang lain mempelajari ilmu dalam bahasa pilihan mereka sendiri. Semua kehidupan berhak untuk hidup dengan acuan mereka sendiri.

    Seterusnya, meskipun bukan point terakhir, dalami falsafah kenapa Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab. Sebab Penyampainya sesorang yang fasih dan memahaminya dalam bahasa arab. Maknanya dalam penyampaian sesuatu ilmu, katakuncinya ialah soal kefahaman. Bahasa mana yang seseorang itu lebih memahami itulah bahasa yang lebih baik untuknya mempelajari ilmu.

    Sekian.

    atuukoi Reply:

    padamar, PPSMI ni masa dibuat dulu dah di bantah dah
    lagi-lagi bila PPSMI ni tidak mengikut kehendak intelektual, bahkan kehendak bahalol2

    betul bro padamar,
    JANJI kefahaman, dan sains matematik ini lebih MUDAH difahami dalam bahasa ibunda, dan inilah yang dikehendaki, iaitu FAHAM dgn baik

  3. 3 Elan Jan 13th, 2009 at 1:52 pm

    sepertimana yang pernah saya coretkan dulu saya sungguh terkilan dengan tindakan yang nak memansuhkan bahas Inggeris dari Math dan Sains. Fikirlah anak bangsa jangan main sedap aja …. generasi saya pasti merasa kerugian … kurangnya penerapan bahasa inggeris …. Bahasa inggeris itu penting untuk membuka minda anak bangsa dalam menangani dunia global …. dunia semakin maju… bukan makin mundur…. Jangan lah pemimpin sekarang memusnahkan kehidupan anak bangsa akan datang Malaysia harus mempunyai anak bangsa yang maju dalam dunia global… pemimpin sekarang akan mati… dan yang mengganti anak bangsa kita yang semakin diancam dunia global jadi bahasa inggeris ini perlu….. JIKA SAYANGKAN BANGSA & NEGARA JANGANLAH PEMIMPIN SEKARANG IKUT SEDAP HATI…. IKUT HATI ROSAK JADINYA…

    gengis khan Reply:

    Ya ! lagi 50 tahun UMNO perintah, senaglah anak watan nak baca baible, pantun,seloka,gurimdam,bidalan,syair,dan lain lain dalam bahasa penjajah BI. kami binbang mata pelajaran Ugama pun dalam bahasa inggeris!!!!

    anuar Reply:

    ya! betul tu gengis saya sokong apa yang u kata, saya ingat x perlu 50 thn lg mungkin lebih awal skit kot anak2 watan kita jd mcm tu..

    anuar Reply:

    kepada Elan u jangan pandang belakang, u tengok negara2 lain yg maju seperti Jepun , korea, China mereka x guna pun bahasa inggeris tapi maju pun, saya lihat ada pemimpin mereka x pandai pun cakap English tapi masih boleh memimpin rakyat dan negara mereka menjadi maju.

    UJANG Reply:

    PPSMI ada kebaikan dan keburukannya tersendiri..berbilion duit rakyat telah dibelanjakan dan hasilnya belum lagi namapk..takkan la sesuatu dasar boleh berjaya dalam masa yang singkat..rakyat Malaysia sangat mudah melatah..PPSMI takkan kuburkan Bahasa Melayu..jgn tengok Jepun,Korea dan lain2 kerana bangsa kita tidak rajin berusaha seperti mereka..Melayu hanya bangsa yg suka SUBSIDi je

    Nick Reply:

    Di sekolah sudah diperuntukkan masa khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.
    Ilmu yang kita perolehi mata pelajaran Kira-kira dan Sains tidak semestinya melalui bahasa inggeris kerana kita mempunyai bahasa sendiri malah negara kita telah dikenali dunia melalui bahasa kita sendiri.

    anuar Reply:

    mungkin termasuk ujang kot yg hanya mengharap subsidi..?

  4. 4 Jeffripower Jan 13th, 2009 at 4:26 pm

    Diharap usaha untuk mengembalikan penggunaan bahasa Melayu untuk subjek Matematik dan Sains akan membuahkan hasil agar bahasa Melayu dapat dipelihara sebagai bahsa rasmi negara sejak berabad-abad lamanya…

  5. 5 Mai Jan 13th, 2009 at 4:53 pm

    Sebagai seorang ibu kepada anak yang sedang belajar didalam darjah 2, dan juga mempunyai 2 orang anak lagi yang masih di peringkat pra-sekolah; saya merasakan tiada masalah untuk mereka mempelajari kedua2 matapelajaran itu dalam bahasa inggeris. Saya tidak faham kenapa perkara ini menjadi isu besar. Bukankah bagus jika kedua2 matapelajaran itu dipelajari dalam bahasa inggeris kerana apabila mereka melangkah ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya di universiti nanti, banyak buku rujukan menggunakan bahasa inggeris. Tidak bermakna jika subjek itu diajar dalam bahasa inggeris, kita membelakangkan bahasa melayu kerana subjek bahasa melayu memang menjadi subjek yang wajib diambil dalam peperiksaan. Saya sebagai ibu, amatlah merasa kerugian besar jika anak saya tidak dapat belajar subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris!

    angkasawan nasa Reply:

    nanpaknya kita belum merdeka lagi!! bahasa penjajah di jadikan mata pelajaran Induk macam kapal Induk US. bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi baible. UMNO ni bagaikan Duyung separuh manusia, cantik dan lawa tapi sayang bersisikkan penjajah.

  6. 6 irwan shah Jan 13th, 2009 at 5:59 pm

    kalau korang nak bantah PPSMI ini korang suruh DAP,KEADILAN,PAS berenti bercakap dalam bahasa inggeris.tutup ruangan bahasa inggeris dalam harakah dan berita keadilan.kalau ditemubual dgn wartawan asing pun guna bahasa melayu….amcam.ada berani…

    dulukini Reply:

    Cubalah renungkan orang jepun, perancis, korea, dan mcm2 lagi bangsa dalam dunia ini berjaya juga dengan menggunakan Bahasa sendiri. Kenapa perlu kita agungkan bahasa lain. Kalau nak berjaya dalam bahasa inggeris pergilah amik tuisyen or kelas tambahan bahasa inggeris. Kenapa perlu dikorbankan bahasa kebangsaan kita sendiri.

    Yang ko melalaut pasal DAP, KEADILAN< PAS berenti cakap bahsa inggeris itu apehal. Mmg otak ko cetek mangkok. PPSMI tak setuju pembelajaran dalam Bahasa ingeeris bukannya semua rakyat Malaysia tak boleh bercakap bahasa ingeeris. kalau tak tahu hujung baik dok diam.

    kublai khan Reply:

    Kita tak lah sependek otak u sama macam pendeknya tulusan u, tidaklah sejauh itu kami menolak BI cuma perlaksanaan UMNO tu tak betul. kalau nak ajar bahasa Inggeris cukuplah dengan ada nya mata pelajaran dalam BI itu sudah memadai untuk berbahasa Inggeris atau inport guru dari UK atau US baru betul belajar BI kalau belajar BI dengan guru melayu pahan ajalah bila aku komen nanti ada yang pitam pula. .kalo nak dikatakan pandainya Kira kira bukan Ingeris tetapi CINA , kalau nak di katakan pandai sains bukan inggeris tetapi Russia. dimana logiknya bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran ini????. temubual dalam bahasa apa pun wartawan akan boleh terima sekarang PC ada alih bahasa, bahasa apa pun boleh yang tak boleh bahasa yang di putar belit oleh editor di perkudakan macam Utusan meloya dan berita hairan.

    atuukoi Reply:

    bodohkan jer sekali dia nya tu
    pendek otak ni terlalu sopan

    kah kah kah

    cadangan yang baik, impot guru
    samada utk mengajar guru kita atau terus mengajar murid kita

    naikkan elaun guru,
    ambil pandangan ilmuan, cendikiawan, pakar akademik,
    SEMAK kajian para sarjana kita, bukan disimpan didalam universiti tanpa ada tindakan dan review dari pihak kerajaan, PASTI ada method yang telah dikaji oleh sarjana-sarjana kita..

    UNIVERSITY sepatutnya menjadi rujukan kerajaan,

    gengis khan Reply:

    masalahnya University telah di jadikan jentera UMNO satu acuan yang sumbing.

    atuukoi Reply:

    kah kah kah
    memang bodoh betul lah org BN ni
    tak faham macam keldai

    oit yang di bantah bukan penggunaan BI keseluruhan
    yang di bantah ialah PPSMI, faham ke tak ni kaldai?

    kah kah kah

    memang bodoh betullah
    opss sorry ye, apa lagi bahasa nak diberi pada bahalol yang berlagak tahu ni?

    kuda kepang STC Reply:

    Persoalan yang paling besar dalam isu ini ” Adakah guru guru kita BI nya bertaraf British Counsel sedangkan hari hari makan sambal belacan dengan ikan bakar”. bukan “makan keju dengan ikan salmon” kadang kadang kita ni nak maju tapi masalahnya yang megajar tu macam bak kata orang yang di kendong tak dapat yang di kejar keciciran. sebenarnya BI orang putih sendiri pun gagal bila periksa dalam BI macam melayu juga adayang gagal periksa BM. ini kan pula orang yang makan belacan. sudah lah orang UMNO kembalilah ke pangkal jalan dan tahu usul asal mu. jangan jadi sitangang lupa daratan nanti nanti di sumpah rakyat padan muka jadi batu.

    orglain Reply:

    nak bandingkan malaysia dgn negara2 maju (Jepun, Perancis dll). negara2 tu dah wujud dan maju sebelum malaysia ada lagi. masa hiroshima dan nagasaki kena bom atom, siapa la dalam bangsa kita yang tau apa tu bom atom. kene la belajar bahasa diorang utk kuasai teknologi diorang. Kalau semua karya2 ilmiah luar nak diterjemah dalam BM, sampai bila2 la ketinggalan. lagi satu, kalau nak betah ckp orang lain pun gunalah percakapan yang sopan sikit..

  7. 7 Walap_smkakl Jan 14th, 2009 at 3:58 am

    saye pun sokong PPSMi tu dihentikan..merosakkn bngsa jek..sye mrupakn antara perintis atau mangsa awal kpada pelaksanaan projek krajaan ini..sye dah pun mengalaminye…pada sye program ini hnya meguntungkn peljar bandar yng kaya raye shj..bagi kami plajar luar bandar ia menambahkn beban kami yng sememangnye dah pun berat d sebabkn subjek lain..nasib baiklah saye seorng yng berusha keras…dan berjaya mlanjutkn plajran ke luar negara…tapi..bgaimane pula ngan majoriti rakn2 saye yng bijak tetapi TERKANDAS hnye krana masalah BAHASA dan POLITIK…saye tau yang walaupun SETIAP TAHUN RAMAI YANG MENINGKAT A DALAM UPSR,PMR DAN SPM.,,HAKIKINYA SOALAN PEPERIKSAAN SANGAT SENANG DAN SMAKIN SNANG TIAP TAHUN..BAK KATA PEPATAH –KACANG JE..– STUDENT MELAYU PLAK makin dgula2 kn..walaupn skadar student…saye pun NAMPAK hakikat yng berlaku…Oleh itu ubahlah..dengarlah rintihan kami STUDENT TERANIAYA.

    atuukoi Reply:

    ada depa nak PANDANG org kampung macam bro ni?
    kirim salam atas tilam la ,

  8. 8 Anak Keningau Jan 14th, 2009 at 10:29 am

    Bahasa Jiwa Bangsa,
    Hilang Bahasa Maka Hilanglah Bangsa.Hang Tuah cakap, “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”.Apa yang akan terjadi 200 tahun dari sekarang, bahasa dan bangsa malayu ni tak wujud lagi, apa yang ada ialah bangsa melayu yang pada nama sahaja tetapi bercakap orang putih. Ini adalah kenyataan kepada orang-orang kadazan dusun di Sabah yang keturunannya tidak pandai lagi cakap bahasa ibunda. Mereka bercakap bahasa melayu atau inggeris dan tidak lagi tahu berbahasa ibunda…..sangat menyedihkan.

  9. 9 anuar Jan 14th, 2009 at 12:05 pm

    bravoo! dulukini , jawapan yg jitu

  10. 10 anuar Jan 14th, 2009 at 12:09 pm

    aku pun tumpang gelak sama kah! Kah! kah

  11. 11 anwar Jan 14th, 2009 at 2:34 pm

    kalo nk bubar PPSMI, srh sbjk bteraskan math dan sains kt U pon tukar jd BM. aku yg xblajar sains dgn math dlm BI dulu, skrg tkial2 nk bljr kt U. ingat sng ke tba2 je tkar. kalo stakat bwat esei BI dlm sbjk BI 2 sng la..ni istilah sains. suma dh lain. baik kklkn je sbb kt U nnt blajar BI gak. baik stat bljr dr kcik sbb otak terang lg. dh msk U br nk blajar BI mmg abis la. byk lg pkara lain kalo nk daulatkan bhs melayu. lhat la masa dpn..jgn utk jgka pndek n nk dpt publisiti politik je. aku yakin bhs melayu xkn pupus sbb bknnya bdk2 yg blajar math n sains kt skolah dlm bi, nlk umah pon ckp BI gak. BM tp bhs pengantar org melayu. kalo dia ckp BI kt kmpung, mst ada org perli pnya..tlbih mat salih plak. so xpyh bubar. bazir duit je. 2 sbjek je la. 2 pon sbjk yg byk istilah BI. bkn sbjk agama n lain2.

    Nick Reply:

    Tolong jangan rosakkan bahasa dalam penulisan yang amat tercemar begini wahai insan yang mengaku anwar.

  12. 12 bangi Jan 14th, 2009 at 4:39 pm

    Cuba fikirkan, pelajar2 kursus persediaan 6 bulan belajar bahasa macam Jepun, Korea, German etc.. sebelum melanjut pelajaran masing2 ke negara2 tersebut aku tgk masih jugak cemerlang bila balik Malaysia. Tak payah belajar bahasa2 tersebut masa sekolah rendah. Aku aliran Bahasa Melayu dari kecik sampai le ambik Master kat U local, bole je keje ngan Mat Salleh siap tiap2 tahun gi oversea lagi atas urusan kerja. Karut betul le PPSMI ni. Try le ke gi German sekali.. dengar diorang cakap English .. macam itik bercakap dengan ayam!!

  13. 13 ekzone Jan 14th, 2009 at 7:24 pm

    Saya amat menyokong agr PPSMI di mansuhkan sama sekali.Kerana banyak menimbulkan masalah di kalangan pelajar dan guru-guru.
    Sedarlah wahai pemimpin sekalian bahawa dasar PPSMI gagal meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Mate dan Sains.Hanya menguntungkan pelajar bandar berbanding di luar bandar.Fikirkanlah akan nasib anak-anak orang Asli dan melayu di pedalaman.

    Hakikat keputusan UPSR dan PMR meningkat penguasaannya,hanyalah untuk mengaburi mata semata-mata.Banyak negara maju yang lain seperti Jepun,Perancis,Jerman,China,Korea maju bukan kerana bahasa Inggeris,tetapi bahasa ibundanya.Fikirlah….Jangan memperjudikan masa depan anak bangsa semata-mata keegoan pemimpin terdahulu.Masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan.Bangkitlah untuk memperbetulkannya sebelum terlambat……..

    Mantapkan sahaja pengajaran bahasa Inggeris di peringkat Pra,Rendah,Menengah dan Pengajian Tinggi..insyaallah kita akan menikmati hasilnya………Fikirlah…….

  14. 14 NHZ Jan 15th, 2009 at 9:46 am

    sedih dengan nasib anak melayu sekarang ni…jauh ketinggalan…suasana menhajar dalam kelas pun menjadi hambar kerana kurang pemahaman dari segi bahasa…bila tukar aja bahasa melayu….baru pelajar-pelajar seronok belajar kerana mereka faham…siapa yang paling penat…cikgu la…..kalau setakat elaun tu…saya sanggup pulangkan balik kerana ia tidak berbaloi dengan usaha guru dan kegagalan pelajar dalam menguasai sains dan maths….sedarlah wahai pihak kerajaan…selamatkanlah nasib anak bangsa kita…saya sebagai pengajar…sedih melihat pelajar melayu yang jauh ketinggalan…walaupun pelbagai usaha telah dijalankan…

  15. 15 NHZ Jan 15th, 2009 at 9:46 am

    sedih dengan nasib anak melayu sekarang ni…jauh ketinggalan…suasana menhajar dalam kelas pun menjadi hambar kerana kurang pemahaman dari segi bahasa…bila tukar aja bahasa melayu….baru pelajar-pelajar seronok belajar kerana mereka faham…siapa yang paling penat…cikgu la…..kalau setakat elaun tu…saya sanggup pulangkan balik kerana ia tidak berbaloi dengan usaha guru dan kegagalan pelajar dalam menguasai sains dan maths….sedarlah wahai pihak kerajaan…selamatkanlah nasib anak bangsa kita…saya sebagai pengajar…sedih melihat pelajar melayu yang jauh ketinggalan…walaupun pelbagai usaha telah dijalankan…

  16. 16 Manreformasi Jan 15th, 2009 at 1:12 pm

    Manreformasi
    Jan 15th, 2009 at 1:04 pm
    Dato’ Seri,

    Disini saya merasakan Kemenangan Pada PAS.BN tak ada idea melainkan umpan wang,projek segera tipu(seperti Masjid Kubang Semang),Isu Hudud,perkauman.UMNO dari segi Isu Ini dari awal dah kalah,TAPI,mereka akan guna tektik kotor.
    UNDI TIPU MUSLIHAT(HANTU) dari pihak lain selain pengundi,hampir PASTI INI BERLAKU.Kemungkinan dari pihak polis yang dah berkampung di KT sebab mereka susah mahu bawa masuk orang luar.Mereka pergi undi dengan mengguna tipu helah bersekongkol dengan Jabatan Pendaftaran(JPN) Dan SPR.

    Minta Tolong Dato’ Seri Hantar Pakar Dari Seluruh Pelusuk Negara,Wakil PR dan Dunia untuk Pantau tipuhelah INI.SAYA HAMPIR PASTI INI MEREKA AKAN BUAT APABILA MEDIA ARUS PERDANA HARI INI DAN SUDAH BERKALI KALI MENAFIKAN SEBELUM INI TENTANG PENGUNDI HANTU.MEREKA TAHU KALAU MEREKA (UMNO-BN) TAK GUNA UNDI TIPU MUSLIHAT INI MEREKA SUDAH KALAH SEBELUM HARI MENGUNDI LAGI.

    HIDUP RAKYAT

    ALLAHUAKBAR

    MANREFORMASI

  17. 17 Manreformasi Jan 15th, 2009 at 1:12 pm

    Dato’ Seri,

    Disini saya merasakan Kemenangan Pada PAS.BN tak ada idea melainkan umpan wang,projek segera tipu(seperti Masjid Kubang Semang),Isu Hudud,perkauman.UMNO dari segi Isu Ini dari awal dah kalah,TAPI,mereka akan guna tektik kotor.
    UNDI TIPU MUSLIHAT(HANTU) dari pihak lain selain pengundi,hampir PASTI INI BERLAKU.Kemungkinan dari pihak polis yang dah berkampung di KT sebab mereka susah mahu bawa masuk orang luar.Mereka pergi undi dengan mengguna tipu helah bersekongkol dengan Jabatan Pendaftaran(JPN) Dan SPR.

    Minta Tolong Dato’ Seri Hantar Pakar Dari Seluruh Pelusuk Negara,Wakil PR dan Dunia untuk Pantau tipuhelah INI.SAYA HAMPIR PASTI INI MEREKA AKAN BUAT APABILA MEDIA ARUS PERDANA HARI INI DAN SUDAH BERKALI KALI MENAFIKAN SEBELUM INI TENTANG PENGUNDI HANTU.MEREKA TAHU KALAU MEREKA (UMNO-BN) TAK GUNA UNDI TIPU MUSLIHAT INI MEREKA SUDAH KALAH SEBELUM HARI MENGUNDI LAGI.

    HIDUP RAKYAT

    ALLAHUAKBAR

    MANREFORMASI

  18. 18 Manreformasi Jan 15th, 2009 at 1:45 pm

    INI FAKTA:

    -MAHU PANDAI BAHASA INGGERIS :BELAJAR BAHASA INGGERIS CARA INTENSIF,BUAT PENAMBAHBAIKAN UNTUK BELAJAR BAHASA INI DI SEKOLAH, GUNA SILIBUS PAKAR BAHASA INI ,GUNA TEKNIK CONTOH DARI PAKAR PAKAR SPT LINGUAPHONE dsb,INI KALAU KERAJAAN IKhLAS MAHU BANTU RAKYAT PANDAi english,pelajar pula kena banyak baca buku inggeris SPT NOVEL ,surat khabar,kamus dsb

    -MATH DAN SAINS
    “BELAJAR DUA SUBJECT dlm BAHASA INGGERIS NI BUKAN BOLEH JADI PANDAI BAHASA INGGERIS”,Kalau tak percaya cuba ajar anak orang inggeris sekalipun, Math dan Sains dalam bahasa Inggeris,mereka tak boleh pandai Bahasa Inggeris Dengan Lancar. Bahasa Inggeris untuk sains dan math banyak tidak digunakan dalam bahas perbualan dan tulisan harian.Tak percaya cuba buka buku Math dan Sains Sekolah Rendah sekarang.Cuba buat kajian dulu jangan main tulis tak tentu pasal.Guna otak dan akal pikir dulu,ini yang islam suruh.Saya disini mengetahui hal in sebab saya memgkaji,selidik dan saya juga pakar dalam Math dan sains.saya seorang Jurutera.NAK PANDAI INGGERIS PERGI BALAJAR BAHASA INGGERIS UNTUK KEGUNAAN PENULISAN DAN PERCAKAPAN HARIAN.BAHASA INGGERIS MATH DAN SAINS BUKAN BOLEH KAMU PANDAI BAHASA INGGERIS. JADI KESIMPULANNYA BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TAK AKAN MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS UNTUK PENULISAN<DAN PERCAKAPAN.
    Jadi kalau nak pandai Inggeris Belajar Bahasa Inggeris secara intensif,dengan sendiri pelajar boleh faham Math dan Sains dalam bahasa Inggeris Bila Pergi University nanti.
    Seperti saya dan rakan rakan belajar Math dan Sains dalam BM tapi Bila pergi Universiti boleh memahami sains ,math , ilmu kejuruteraan(ENGINEERING),Mechanic of Solid,Fluid Mechanic dsb sebab saya bagus penguasaan Pengajian Bahasa Inggeris walaupun belajar Math dan Sains Dalam BM.
    sekarag sya sudah jadi Pakar dalm bidang kejuruteraan,Tiada Masalah.

    CUBA FIKIR DAN KAJI DAHULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

    Roseskgppsmi Reply:

    tak smua orang ada wang untuk bljr bi secara intensif kat luar 2..sekurang-kurangnya bila ppsmi dijalankan, kt bole tahu istilah2 sns n mate dlm bi..mgkn kmu tahu bi sebab persekitaran kamu dikelilingi oleh orang yg boleh berbahasa inggeris..tp cmna pula dengan bangsa kita yang sentiasa dalam persekitaran BM.. APATAH LAGI DENGAN INDIVIDU YANG TERBIASA DENGAN DIALEK NEGERI, MISALNYA GUNA DIALEK KELANTAN dalam pertuturan seharian??? takkah naya???

  19. 19 Manreformasi Jan 15th, 2009 at 1:49 pm

    INI FAKTA:

    -MAHU PANDAI BAHASA INGGERIS :BELAJAR BAHASA INGGERIS CARA INTENSIF,BUAT PENAMBAHBAIKAN UNTUK BELAJAR BAHASA INI DI SEKOLAH, GUNA SILIBUS PAKAR BAHASA INI ,GUNA TEKNIK CONTOH DARI PAKAR PAKAR SPT LINGUAPHONE dsb,INI KALAU KERAJAAN IKhLAS MAHU BANTU RAKYAT PANDAi english,pelajar pula kena banyak baca buku inggeris SPT NOVEL ,surat khabar,kamus dsb

    -MATH DAN SAINS
    “BELAJAR DUA SUBJECT dlm BAHASA INGGERIS NI BUKAN BOLEH JADI PANDAI BAHASA INGGERIS”,Kalau tak percaya cuba ajar anak orang inggeris sekalipun, Math dan Sains dalam bahasa Inggeris,mereka tak boleh pandai Bahasa Inggeris Dengan Lancar,jika tidak praktik/belajar bahasa itu sendiri. Bahasa Inggeris untuk sains dan math banyak tidak digunakan dalam bahasa perbualan dan tulisan harian.Tak percaya cuba buka buku Math dan Sains Sekolah Rendah sekarang.Cuba buat kajian dulu jangan main tulis tak tentu pasal.Guna otak dan akal pikir dulu,ini yang islam suruh.Saya disini mengetahui hal in sebab saya memgkaji,selidik dan saya juga pakar dalam Math dan sains.saya seorang Jurutera.NAK PANDAI INGGERIS PERGI BALAJAR BAHASA INGGERIS UNTUK KEGUNAAN PENULISAN DAN PERCAKAPAN HARIAN.BAHASA INGGERIS MATH DAN SAINS BUKAN BOLEH KAMU PANDAI BAHASA INGGERIS. JADI KESIMPULANNYA BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TAK AKAN MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS UNTUK PENULISAN<DAN PERCAKAPAN.
    Jadi kalau nak pandai Inggeris Belajar Bahasa Inggeris secara intensif,dengan sendiri pelajar boleh faham Math dan Sains dalam bahasa Inggeris Bila Pergi University nanti.
    Seperti saya dan rakan rakan belajar Math dan Sains dalam BM tapi Bila pergi Universiti boleh memahami sains ,math , ilmu kejuruteraan(ENGINEERING),Mechanic of Solid,Fluid Mechanic dsb sebab saya bagus penguasaan Pengajian Bahasa Inggeris walaupun belajar Math dan Sains Dalam BM.
    sekarag sya sudah jadi Pakar dalm bidang kejuruteraan,Tiada Masalah.

    CUBA FIKIR DAN KAJI DAHULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

  20. 20 hanisma Jan 15th, 2009 at 4:03 pm

    Sebenarnya yang telah menjadi mangsa penipuan untuk PPSMI ialah JURULATIH UTAMA (JU), iaitu guru-guru yang pakar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Inggeris. Kebanyakan JU ini adalah guru-guru senior, terdiri dari berbagai kaum, yang telah dilantik untuk memberi kursus khas Bahasa Inggeris kepada semua guru matapelajaran Sains & Matematik di sekolah menengah dan rendah pada tahun 2003. Dengan berbekalkan modul pengajaran ETeMS (English in the Teaching of Mathematics & Science) yang disediakan oleh bahagian latihan di Kementerian Pendidikan secara ‘ad hoc’ itu, maka berduyun-duyunlah guru matematik dan sains meninggalkan bilikdarjah/kelas pada hari-hari persekolahan dan hujung minggu untuk mengikuti kursus ETeMS ini. Isi-isi dalam modul pengajaran PPSMI itu kebanyakannya didownload sahaja dari internet. Selepas beberapa hari menjalani kursus ETeMS itu, maka perlu pergi ke kursus ‘immersion’ pula. Kursus ini biasanya diadakan di hotel-hotel berbintang atau pun di resort-resort percutian. Selepas itu, guru-guru ini akan diberikan sijil yang menyatakan bahawa mereka telah layak untuk menggunakan BI dalam P&P Sains dan Matematik dan mendapat pula elaun 5% (SM) dan 10% (SR). Memang mewah betul guru2 ini. Apahal pula dengan JU-JU yang telah bertungkus-lumus untuk menyampaikan ilmu kepada guru-guru PPSMI itu? Habuk pun tarrak!! Berbagai janji ditaburkan oleh pegawai-pegawai pendidikan di peringkat daerah, negeri dan juga dari Kementerian Pendidikan semasa mencari guru-guru Bahasa Inggeris untuk dijadikan ‘kuda-tunggangan’ mereka. Ramai daripada JU ini ada memberi pandangan bahawa guru-guru PPSMI ini masih belum bersedia/mahir untuk mengajar matematik dan sains dalam BI, tetapi pandangan mereka tidak pernah diambil kira. Bayangkan, untuk menjadi guru yang mahir dalam BI akan mengambil bertahun-tahun dalam latihan serta sentiasa mengamalkan penggunaannya melalui pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan! Tetapi kebanyakan guru PPSMI sudah layak dinobatkan sebagai guru mahir dalam BI hanya dengan menghadiri beberapa jam kursus ETeMS sahaja. Guru-guru ini perlu menyampaikan ilmu dalam BI dan pada masa yang sama masih terkial-kial dalam penggunaan bahasa tersebut. Sebenarnya banyak permainan ‘wayang kulit’ dalam pelaksanaan PPSMI. Elok dihapuskan sahaja PPSMI ini daripada Kementerisn Pelajaran cuba mempertahankan pelaksanaannya tanpa menyorot kembali kekangan-kekangan serta pandangan-pandangan dari mereka yang terlibat secara langsung dalam memberikan latihan kepada guru-guru ETeMS ini.

    Manreformasi Reply:

    SAYA 100% SETUJU.KOMEN SAYA MANREFORMASI SEALIRAN DGN SDARA.TK

    Manreformasi Reply:

    SAYA 100% SETUJU HANISMA.KOMEN SAYA MANREFORMASI SEALIRAN DGN SDARA.TK

  21. 21 serendek Jan 15th, 2009 at 10:31 pm

    gunakan semula BM utk mertabatkan BM belajar BI melalui subjek BI jangan dikorbankan BM ingat kita akan dipersoalkan oleh genarasi akan datang apa yang kita hari ini saya seorang pakar dulu pun belajar math & sains dlm BM

    Roseskgppsmi Reply:

    skrng bila ppsmi dijalankan,ada yang kata dulu pn tokoh-tokoh bljr dlm bm, tp msh boleh berjaya..cthnya pemimpin kt yg dl2..tp takkan dah lupa orang dulu bljr dlm bm utk sns n mate.. tp wakt 2 dorang msh dalam sistem pembelajaran penjajah..dorang msh dipengaruhi dengan bahasa inggeris..jd dorang tahulah ckp inggeris n bole berjaya..tdk cm kt ni..dah la di rumahpn cakap bm, di sekolah pn ckp bm, hamya satu subjek jak gna bi..camna nak maju..
    bila nak cari keja pula, kt tak diterima sebab tak tau cakap inggeris, tak kenal istilah dlm bi…kita termanggu dan ketinggalan jauh dari belakang..rakyat makin mundur. orang kata buta bi.bila masuk universiti, semua rujukan dalam bahasa inggeris..siswazah tak tau nak rujuk buku bi..tidakkah rugi????

  22. 22 kiloalpha Jan 16th, 2009 at 11:38 am

    Tidak rugi mempelajari bahasa asing.Pelajaran sains dan mathematics dalam BI menguntungkan semua bangsa. Tidak semestinya kita belajar BI kita mengagungnkan penjajah. Kita guna BI tak semestinya kita lupa BM. Samaada kita suka atau tidak kita mesti akui yg BI is a global language. Tahu menggunakan lebih dari satu bahasa adalah sesuatu kelebihan bukannya kelemahan. Tidak rugi belajar lebih dari satu bahasa yg rugi kalau tak faham bahasa.

    DEXTER LAB. Reply:

    Saya orang kampung. indatau cakap inglis. anak kamu mangkali di rumah cakap inglis. Anak saya kasih tau sigu nya pun ajar ini pelajaran sakap dalam bahasa malayu. kasianlah kami orang kampung ba. anak anak orang kaya mangkali buli kasih lancar sakap inglisnya. di sekolah anak saya belajar inglis 1 jam saja itupun mata pelajaran inglis. cukuplah juga. tapi sampai dia dirumah indadalah inglis nya itu hilang sudah.sabab kami orang pandalaman, internetpun indada. Inda mampu kami beli astro. jadi makcik mintalah merayu pada kamu orang kaya tengok2 lah makcik yang makan ubi kayu ini. Hajat makcik mau anak makcik jadi duktur. sabab dulu tiada PPSMI anak kamanakan sayapun jadi duktur juga.

    LUAHAN HATI MAKCIK SAYA: INDUAN TAGUNAL (PEDALAMAN SABAH)

    awangku Reply:

    kiloalpha,

    siapa yang menafikan kita perlu meguasai pelbagai bahasa asing, bahkan disuruh. semua tahu bahasa inggeris bahasa global. ini bukan soal suka atau tidak suka bahasa tetapi soal tanggungjawab. apakah nanti buku-buku sains dan matematik dalam bahasa meayu makin bertambah dengan adanya ppsmi. tidakkah itu nanti meminggir dan memperosokkan bahasa melayu. ini tanggungjawab siapa. apa kata anak cucu kita nanti. biar tengadah sebelum terhantuk.

    Roseskgppsmi Reply:

    saya sokong 100% ..tk ruigi belajar bi..lg manfaatnya..kesal dl sy tak bljr bi dlm mate n sains..skrg kecian bila anak minta ajar dlm sas n mate, sy terkebil2 tak taw..tak nak generasi akan datang jd cm sy yg tak tau bi..

  23. 23 awangku Mar 21st, 2009 at 8:25 am

    Mudah cakapnya PPSMI tu dah macam cerita “Pramugara Terlampau”. Dah jadi terlebih asam. Selama ini pun bukan kita tak pentingkan bahasa Inggeris. Ini baru sains matematik dalam bahasa Inggeris, sedikit masa lagi entah mata pelajaran apa pula. Ini akibatnya kalau tak mahu merujuk bijak pandai, hanya memandai-mandai.

  24. 24 kui Jun 3rd, 2009 at 4:02 pm

    Assalamualaikum…

    saya cukup tertarik dengan isu PPSMI yang sehingga kini hangat diperkatakan.Di sini saya ingin berkogsi idea dan pendapat berkenaan isu ini.

    saya merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah yang terkenal, saban tahun antara sekolah terbaik di sabah…sekolah missionari, majoriti pelajarnya kaum cina…dan saya salah seorang guru sujek sains.

  25. 25 kui Jun 3rd, 2009 at 4:19 pm

    dalam hal ini, sememamngnya kerajaan cuba melakukan sesuatu yang terbaik…cuma kurangnya pengalaman..atau memandang enteng sesuatu perkara membawa kepada implkasi yang berlaku sekarang..
    memang seronok belajar menggunakan bahasa inggeris dalam P&P sains dan math..tapi pada pengamatan saya, ia bukanlah langkah yang terbaik bagi memenuhi alasan yang mengatakan ia perlu untuk meningkatkan penguasaan bahasa asing ini.

    saya melihat begini..andai benar-benar mahu penguasaan bahasa inggeris, jadikan semua subjek dalam bahasa inggeris..confirm setahun pelajar-pelajar mahir berbahasa inggeris.

    tapi kita cintakan bahasa melayu..dalam situasi sekarang, saya ibaratkan subjek-subjek lain sebagai satu jalan yang lurus dan…di tengah terdapat dua kolam kecil yang mewakili science dan math…kerajaan mahu kita mahir berenang sedangkan hanya terdapat dua kolam kecil untuk berenang dan yang luas hanyalah daratan…jadi mana mungkin kita dapat berenang dengan hebat.

    beginilah..saya minta kerajaan, kembalilah kepada pengajaran asal..pada masa yang sama perkayakan subjek Bahasa Inggeris. Dengarilah suara rakyat..rakyat yang memilih anda.Kaum Cina dan India juga sebenarnya tidak setuju terutama di peringkat sekolah rendah

    Bagi Kaum Melayu..memang kualiti pelajar tetap ada tetapi kita rugi dari aspek kuantiti pelajar

  26. 26 Hidayat Ali Jun 12th, 2009 at 6:17 pm

    Bangang betoi la..
    Benda ni takdak kena mengena dengan pendaulatan Bahasa Melayu tapi pendaulatan Bangsa Melayu sendiri.
    Yang menjadi masalahnya, kalau diteruskan jugak PPSMI ni tunggula….20 tahun akan datang tinggal berapa kerat ja engineer, doctor Melayu.

    English basic boleh dikatakan majoriti budak Melayu still lemah. Mcm mana nak paham science kalu BI pun x paham. Budak2 tak akan dapat basic sains sekaligus akan membuatkan diorang benci nak belaja science sejak dari awal skolah. Benda mudah mcm ni pun menteri x dpt pikir ka? Aku cikgu, aku tau la. Tak hingin aku nak dpt gaji lebih 1,2,3 ratus tiap bulan semata2 nak merosakkan anak bangsa. Orang cina pikir pakai otak sebab tu diorang semua sepakat x mahu PPSMI kat sekolah cina. Tapi ape ke halnya bangsa kita ni lembab sangat terutamanya menteri2 mangkuk ni.

    Skrg keputusan terletak kat tangan Muhyidin.

    Kalau dia teruskan jugak PPSMI, pastikan dia x dpt sebarang undi dan kami cikgu2 akan fight untuk dimansuhkan PPSMI sampai ke lubang cacing skali pun.

    Kalau dia pandai x teruskan, maknanya dia ada otak dan tahu apa yg baik utk anak bangsa dia.

    Ni lagi 1 bangang cadangan nak diwajibkan pulak lulus BI dlm SPM apa kebongoknya.

    Kepada pak menteri yang kekalkan surcaj 30%, siap korang jangan mimpi nak menang pilihanraya skali lagi. Aku dah cakap awal2. Tunggu la aku jadi menteri nanti nahas puak2 menteri x ade hati perut ni.

    Yang pakatan pun apesal korang x push n belasah menteri bangang yg kononnya garang nak kekalkan surcaj 30% masa dewan rakyat? Jangan nama je pakatan rakyat tapi korang x berani nak lawan menteri kuang hajo tu.

Leave a Reply