07
Jan
09

Tokoh Pakatan Lancar Kempen PAS

Dari Malaysiakini

Oleh Muda Mohd Noor

Pakatan Rakyat memulakan kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan satu ceramah besar di Kampung Tanjung membabitkan empat tokoh utama PAS, PKR dan DAP.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkempen di depan hampir 10,000 orang malam tadi.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim turut menyampaikan ucapan ringkas.

Kawasan tepi pantai seluas dua kilometer sesak sejak jam 9 malam dan Jalan Sultan Zainal Abidin yang menjadi laluan utama ke tempat ceramah penuh dengan kenderaan.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi mendakwa ada orang tertentu yang menyamar seperti orang PAS untuk mengelirukan penyokong-penyokong parti itu dalam pilihanraya kali ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penyokong PAS tidak bertindak sendiri secara melulu.

“Biar kita (pemimpin) yang menentukan… biar kita bertindak,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tindakan yang akan diambil terhadap orang yang menyamar itu.

Anwar pula mendedahkan percubaan Umno yang mahu melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu yang membabitkan syariat Islam.

Kata ketua pembangkang itu, tidak ada hak mana-mana orang bukan Islam untuk mempertikaikan hak orang Islam.

“Tetapi Umno khianat supaya kita berbeza pendapat dalam perkara tersebut. Berbeza pendapat dan pandangan bukanlah bermakna telah berlaku perpecahan sesama kita.

“Dalam Pakatan kita boleh berbeza pandangan politik,” katanya mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Nik Aziz pula bercakap mengenai keperluan orang Islam mengundi calon PAS.

Menurut menteri besar Kelantan itu, menolak PAS bermakna menolak Islam.

“Kerana perjuangan PAS bukan sahaja untuk dunia tetapi di akhirat juga.

“Kalau Umno kata ia buat pembangunan, PAS pun buat pembangunan tetapi PAS perjuangannya kerana Islam,” katanya lagi.

Kit Siang pula berkata, tsunami politik yang tercetus dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu akan menjadi gelombang lebih besar jika Pakatan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kerana itu, katanya, adalah penting supaya gabungan pembangkang menang kerusi parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Abdul Wahid berdepan dengan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas Azharudin Mamat.


9 Responses to “Tokoh Pakatan Lancar Kempen PAS”


  1. 1 joe-kedah Jan 7th, 2009 at 10:36 pm

    Dato Seri!
    Kempen piliharaya kecil bermula dengan berbagai episod. Episod yang jelas kelihatan sekarang semua media massa telah jadi kambing hitam. Bukan setakat TV 1, Bukan TV 3 1/4, bukan TV9, sekarang Astro Awani juga telah jadi kambing hitam. Dato Seri kena cakap didepan umum yang hadir ceramah. Malam ni pula ditunjukan, betapi perihatin calun umno naik motosikal. bermacam tektik dilakukan. Bagi rakyat luar terengganu terus tidak dapat khabar terkini di KT. Ini lah yang dikatakan pentadbiran kerajaan BN/UMNO yang telus kepada rakyat. Ini lah yang dikatakan dasar kominis telah diamalkan olih BN/UMNO. Kita yakin orang KT lihat sendiri dalam TV, bagaimana Taksubnya najib nak kemenangan. Mudah-mudahan Allah beri kemenangan kepada calun PAS. Kesian calun BEBAS, Siapa yang bagi duit bertanding tak tahu, tapi dalam tilik tok nujum pak belalang, calun tu hilang duit pertaruhan, lepas tu duit untuk kempen habis pula lima puloh ribu, kesian! kat dia, lepas ni bawa tempurung, minta sedekah. Najib pula, jadi samy vellu no 2, lari lentang pukang balik ke putrajaya, cari pintu rumah tak jumpa,InsyaAllah, Drama minggu ini bertajuk LUNAS 2 akan ditayangkan kat TV 31/4 tidak lama lagi. Menteri Air lior berbuih pula akan tersembur air lior kerana disergah Dato wahid. Tok pa pula bawa ubi kemili kat jeli, minta orang asli jeli buat air pelepas kerana terkejut. KJ mukriz pula mata jadi juling kena sembor air sabun cap kapak buatan salehudin berhad sebab sabun tu dibuat dengan air masin yang bau badan pelarian vietnam pulau bidong. Pidah john travolta pula naik tongkang belayar ikut sg.pahang, nak naik kapal terbang takut jatoh sebab berat rambut tu. Budak ani pula pakai T shirt Puteri merah jambu, sebab kain tudung kena tiup angin laut cina selatan, terbang dan tersangkut atas kubah masjid crystal buatan idris jusoh ent. Derih jusoh pula cukor kepala lepas niat, kalau BN kalah dia nak cukor kepala sampai botak macam muka dato penyamun tarbus. Orang terengganu semua bijak pandai, dia orang kerap ke rusila, dia orang tak akan lupa jasa dato hadi, dato mustaffa Ali, pasti dia orang beri sokongan kat PAS/PR dan menang mejoriti 3000, INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH!

    mat rempit kt Reply:

    hmm.. buleh pulok naik motorsikal tok paki topi yer..? tok kene saman ker? bukti jelas siap keluaor tv pulok lagi..

  2. 2 Jeffripower Jan 8th, 2009 at 11:11 am

    Masa nak pilihanraya ni memanglah komponen tunjukkan kononnya depa takde masalah dalaman dan sentiasa membantu sesama komponen. Dah tentulah nak raih undi rakyat.. Itu semua taktik saja…

  3. 3 anwar junior Jan 8th, 2009 at 1:38 pm

    Awas! lagi satu episod fitnah akan menggoncangkan Kuala Terengganu. Liwat sudah, Agen Amerika sudah, Menderhaka pada bangsa sendiri pun sudah.. tapi plot dongengan ini belum tamat. Kekentalan dan kekebalan yang ada sukar digugat namun sejarah Melayu seringkali di akhiri dengan kejatuhan yang tidak akan bangkit oleh wira-wira Melayu. Jatuh tersungkur..bangkit, tersungkur lagi..dan cuba bangkit tapi sayang, yang menginjak-injak itu lebih ramai dari yang menyokong. Aku orang Melayu, kenal betul jiwa Melayu, hati Melayu, mentaliti Melayu dan kebodohan Melayu. Namun begitu aku jauh lebih kenal darah Melayu, apabila sudah mengalir membasahi bumi, masa itu bersatu dan jasamu dikenang…sayangnya tinggal kenang-kenangan.
    Baik dari sudut manapun aku kenal bangsaku Melayu. Lihat sahaja pada sudut seni, tersingkir P.Ramlee kerana lantangnya karya beliau menyindir hebat dunia VVIP. Singkap pula pada Hang Nadim terkubur dia di perut laut kerana kepintarannya membela Melayu. Bertanya pula kita pada pendurhakaan si Jebat pada VVIP sedangkan si Tuah yang sebenarnya bertuah berkawankan si Jebat.
    Moral yang dapat kita pelajari di sini, ‘Siapakah sebenarnya seorang yang berbangsa Melayu menjadi dalang pada semua orang berbangsa Melayu’. Aku orang Melayu, aku tahu siapa yang bukan darah Melayu! Adios

    joe-kedah Reply:

    Dati seru!
    Nukilan anuar Junior memang dipersetujui. Sekarang kita kena bertanya kepada diri kita sendiri, dalam sejarah tanah tumpah darah kita pada hari ini, sejak tahun 1997 siapa yang mula merencana bangsa sendiri, sedangkan bangsanya hendak membawa melayu kearah bangsa yang dihormati dan disanjung olih bangsa lain, tetapi bangsa sendiri yang menjahanamkannya. Saya kagum dengan kebolihan dan kepintaran DSAI dalam hal ini. Sewaktu dia disanjung bermacam-macam buku yang diterbitkan olih pengarang-pengarang yang bermuka-muka. Pernah aku terbaca dan melihat bagaimana intimnya beliau dengan najib, dengan hishamudin, dengan zahid hamidi, dengan afifuddin, tetapi kemana dia orang ini semua. Selepas dibelasah begitu teruk, hampir tiga suku nyawa, mana dia sahabat-sahabat yang intim tadi tu?. Cuma seorang saja dalam saya nyatakan itu masih setia dengan dia, tetapi apa nak buat, bintang dia memang cerah diwaktu itu, apa bolih buat, kerana kuasa, dia jatuh tersungkur didepan kuala Nerang olih mahadir khalid dan zali brahim. Walau pun begitu, hayat depa pun tak lama, 2008 depa pun jatuh tersungkur dikuala nerang juga, nasib baik lah kesian belas pak lah, lantik dia jadi pengerusi MADA. Begitu juga dengan anuar musa dikelantan, dulu memang orang kuat DSAI, tapi apa jadi?, Bila DSAI masuk kedalam, Cerita mengumpat, fitnah sana, fitnah sini, semua sifat DSAI tak baik. Ditakdir Allah, dalam masa terdekat ni, DSAI Allah naikan darjat jadi PM Malaysia, kemana nak pergi mereka-mereka itu?. Persoalan itu mungkin tidak menghairankan, kalau malu sangat lari keluar negeri macam taksin, minta suaka politik, nak hairan, duit salah guna berguni-guni sampai bank tak mau terima lagi, peduli apa dengan rakyat, pergi mampuslah asalkan aku bolih buat harta semasa aku berkuasa. Itu lah sifat melayu yang ada pada hari ini. Kalau U orang kampong, balik kampong lihat sendiri bagaimana orang kampong yang dok berebut jadi pengerusi JKKP sekarang ini, sebab apa?, bila dapat pengerusi JKKP, duit dalam poket tebal, itulah sebabnya semasa mesyuarat agong cawangan ada bangsa melayu keparat begini sanggup api-apikan kumpulannya baling bangku lah, baling botol lah, baling air kencing lah, baling telor kemuruk lah berbagai lagi. Saya cukup sensitif apabila sebut bangsa melayu!. Lihat saja pilihanraya kuala terengganu yang rancak berjalan sekarang. Apa janji bangsa-bangsa kita tu, UMNO beri pembangunan, PR membela rakyat yang tertindas dan miskin papa kedana. UMNO dah lapok dengan janji pembangunannya, sudah banyak sangat pembangunan, saya kerap kali keterengganu, negeri yang paling kaya di malaysia, nak bazir duit apa lagi?, sudah lah UMNO oi, janji lah nak banyakkan pekerjaan kepada siswazah menganggur yang sudah hampir mencecah seratus ribu, janji lah nak naik harga getah supaya stabil sebelum pilihanraya lepas tu, janji lah kepada pekebun kelapa sawit naikan harga stabil saperti harga getah tu, janjilah kepada nelayan beri injin dan bot ke, janjilah kepada belia-belia tempatan supaya diadakan kilang yang berteraskan tempatan, bolih mengeluar dan memproses hasil tempatan untuk diekspot keluar negeri, barulah bermanafaat!, kalau setakat jalan mini tar 6 kaki, masjid baru tapi jemaah tak ada, sekolah baru, pejabat baru lain-lain semua baru, tak payahlah, sebab apa, zaman ekonomi dunia jatuh merudum, lebih baik fikir membela rakyat yang betul-betul berkehendakan pembelaan. Begitu juga dengan PR, jangan janji kosong, utamakan pembangunan insan dulu kemudian baru lah laksanakan yang lain-lain tu. Barang diingat, rakyat hari ini sudah celik pintar, setiap perlakuan kita diperhati, jadi bersedialah dengan kejayaan dan bersedialah untuk melihat kebawah yakni rumput dibumi, jangan jadi sombong sebagaimana kaduk naik junjung. Atas kesedaran itulah MELAYU pada hari ini tidak bolih berbalah lagi, itu pun jika ia datang dari keturunan melayu sejati dibumi jati ini. Jika ia bukan dari darah melayu jati, loghat dan peradaban nya pun berbeza. Hendaknya bangsa kita berfikir, aku tidak mahu jadi bangsa zaman hang tuah yang makan kawan, aku tidak mahu cemburu zaman hang nadim dilanggar todak, kita kena jadi sebagaimana ketegasan Dr. Burhanuddin al helmi, Dato On, mat kilau, hussain doi dan lain-lain pejuang yang tidak pernah luput dek zaman. Kita perlu sedar, runtuhnya bangsa melayu hari ini dek kerana wang ringgit, jadi sebagaimana bangsa melayu yang memegang sebagai pelaksana, kena amanah. Begitulah coretan yang dapat disampaikan, diharap DSAI yang berjiwa melayu jati perlu menyedarkan bangsa sendiri dari jatuh kekancah durjana dan sedarkan bangsa melayu ini, kalau kita merenong bulan dilangit jangan lah kita lupa tunduk kebumi untuk melihat rumput yang hijau dek bulan purnama yang bakal bersinar pada 17 jan 2009 dibumi kuala terengganu, InsyaAllah!

    Addari Reply:

    Asm Joe-Kedah,
    Tulisan Sdr sangat menyentuh hati dan perasaan saya sebagai orang melayu.Orang melayu sepatutnya berhati budi baik yang tinggi, beramanah,berakauntabilti dan berintegriti, sebab ianya merupakan world view, weltenchauung dan ‘Tasawwur Islam’ berdasarkan ‘tawhidiq pradigm’ dan menjadi budaya dan cara hidup (The way of life) berpaksi kepada Allah dan menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan mutlak, di samping berpegangkan kepada ijma’ ulama’ dan Qiyas (bersyarat ada ilmu agama yang tinggi).
    Sebaliknya pemimpin UMNO yang galak memerintah negara tidak menjadikan Al Quran, As Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qiyas sebagai bahan pegangan mereka dengan mengutamakan kertas bergambar Agung pertama sebagai rujukan mutlak sehingga menghantui setiap masa hidup mereka.Target,visi,misi menjadi kaya fokus perancangan strategik.Menyebab perancangan projek dan program serta ‘business plan’ mereka untuk menjadi jutawan segera.Ilmu sesat yang mereka jiwai ini adalah diajar oleh pemimpin besar UMNO dan diperturunkan pula kepada pemimpin kecil UMNO sehingga apa sahaja cara adalah halal asalkan mencapai target.Inilah budaya UMNO baru yang menjadi paradigma hidup dengan menghalalkan cara walaupun haram dari segi Islam.
    Ironinya mereka ada berpendidikan agama tinggi,tetapi diletakkan dalam almari dek menghormati pemimpin mereka yang rakus sehingga lupa asal usul belajar di pondok dan berkopiah lembek.Tetapi sekarang lupa agama dan bersekongkol dengan mereka yang jahil agama.
    Malang sungguh UMNO dan malang juga orang melayu.Sayang perjuangan para Pejuang yang ikhlas dulu dengan meletakkan wahyu Allah sebagai pegangan berpolitik dilupai langsung seperti Dr Burhanuddin Al Helmi,Dr Zulkifli Muhammad,Ust Abu Bakar Bakir, Tuan Guru Hj. Hussain Che Dol, Tok Kenali,Tokku Paloh,Tn Hj. Abd. Rahman Limbong, Tn. Hj. Ahmad Tuan Husin dan ramai lagi.
    Bagi mengemabalikan nostalgia beragama secara total,marilah kita kembali kepada Islam hakiki yang dibawa oleh PAS.Sempena PRK P036 Kuala Terengganu yang menjadi medan penting untuk merubah senario politik yang huru hara sekarang dengan harapan meletakkan Islam sebagai teras utama dalam kancah berpolitik dan bernegara.
    AllahuAkbar.Semoga Allah memberi kemenangan kepada PAS

  4. 4 mint Jan 9th, 2009 at 12:33 am

    PAS dan PKR memang cantik dah gandingan ni, tapi bila DAP ada memang suwe, pasal DAP ni anti Islam..

    banding DAP dengan UMNO, memang DAP lebih extra suwe..

  5. 5 ck@superboy Jan 9th, 2009 at 9:16 am

    DAP bukan anti-islam tapi anti BN.

  6. 6 Shamsudin Jan 9th, 2009 at 8:27 pm

    Assalam…Saya berharap agar PAKATAN RAKYAT dpt bersama-sama bersatu hati ke arah transformasi yg lebih baik.Jgn bertikam sesama sendiri.Jgn beri peluang kpd musuh attack.

Leave a Reply