07
Jan
09

Pengundi Muda Cina Cenderung Sokong Pakatan

Dari Malaysiakini

Barisan Nasional (BN) perlu memberikan perhatian yang lebih kepada pengundi muda kaum Cina bagi memastikan golongan itu menyokong calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, golongan berkenaan berkecenderungan menyokong pembangkang berbanding pengundi matang berusia 35 tahun ke atas, yang mampu menilai jasa dan sumbangan kerajaan BN terhadap kehidupan mereka, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan pemimpin pertubuhan Tionghua dan Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu di Kuala Terengganu malam tadi, beliau berkata rasa penghargaan golongan matang bagaimanapun mungkin tidak dikongsi oleh golongan muda di kawasan parlimen berkenaan.

Ditanya punca kepada kecenderungan golongan muda memilih pembangkang itu, Koh berkata ia merupakan satu fenomena biasa.

“Secara amnya ia memang begitu, tetapi apabila mereka jadi lebih matang, mereka akan sertai BN,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata BN perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati golongan tersebut dengan mendengar suara dan aspirasi mereka.

Katanya Gerakan bercadang mengadakan beberapa pertemuan dengan golongan muda kaum Cina untuk memberi penjelasan tentang dasar kerajaan selain mendengar masalah mereka.

Dalam pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN akan ditentang calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu.


14 Responses to “Pengundi Muda Cina Cenderung Sokong Pakatan”


  1. 1 Juwaini Jan 7th, 2009 at 6:45 pm

    Koh Tsu Koon ni kat tempat majoriti kaum Cina pun dia tak mampu nak survive, camne dia boleh baca isi hati Cina Terengganu?

    Reply

    Chinese Malaysian * Reply:

    Asalamualaikum,

    KTK ini sedang bermimpi lah………..

    di Pulau Penang pun dah kalah teruk apatah lagi di KT…

    Ameen.

    Reply

  2. 2 humanisselfish Jan 7th, 2009 at 7:50 pm

    Young Malaysian like me does not question the special right of Kadazan, Malay, Iban etc.

    Young Malaysian like me also does not question the status of Bahasa Malaysia.

    Young Malaysian like me also accepts Islam as the official religion.

    What Young Malaysian like me want is a fair, just and corrupt-free Malaysian society/Government, where race and religion should not be the deciding factor in many things in Malaysia.

    It is that simple.

    Reply

  3. 3 rakyatsilam Jan 8th, 2009 at 12:31 am

    woi ktk,(bangsa ketiga)u memang ada-ada saja.dahlah 50thn rakyat dipusing2 ,budak2 pun dah tahu apa kelebihan kerajaan BN.(rasuah,bom c4,ISA,kaum kroni,perkauman.)siapakah yg disifatkan,kaum pendatang?nasib kita baik,sekurang2 ada nya pembangkang membela nasib rakyat.kalau tidak,amboi seronoknya rakyat diseksa.(adanya perubahan kilat.harga yg barang yg semakin naik,yg prihatin terhadap rakyat hampir pupus)adakah kita masih mahu,disiksa?rakyat seharusnya mempunyai impian,utk yg lebih baik.apakah janji2 BN masih blh pakai?sistem pengadilan dah lama pupus.siapakah yg disebalik perusuhan perkauman?(oh,itu pasal adanya parti2 kaum.sudahlah kita dimainkan bulat?

    Reply

  4. 4 ck@superboy Jan 8th, 2009 at 8:17 am

    Salam reformasi DSAI and DSWA,

    Saya 100% setuju dengan petikan di atas. Bukan itu saja pemuda-pemudi Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lain juga cenderung sokong pakatan. KTK pun setuju.

    Reply

  5. 5 Jeffripower Jan 8th, 2009 at 10:58 am

    Kalau BN, tak kira UMNO atau MCA atau Gerakan pandai ambil hati golongan muda cina, mungkin mereka boleh menang. Yang penting jentera parti harus memainkan peranan dalam mempengaruhi undi mereka…

    Reply

    anwar junior Reply:

    Hi Jefripower, luahan anda di atas jelas dan terang menunjukkan..itulah ‘kerosakan politik’ BN!
    Mengambil hati sekadar di pilihanraya dengan taburan janji politik untuk mempergaruhi golongan muda Cina..termasuk juga kaum-kaum lain adalah satu langkah yang bodoh!
    Apa yang rakyat keseluruhannya mahukan adalah rombakan pada mentaliti BN yang banyak melakukan ‘kerja-kerja kotor’ sebagai pemimpin. Rasuah dan salahguna kuasa menjadi pendorong rakyat membenci BN. Memang sukar untuk menafikan ‘kerja-kerja kotor’ ini berlaku di mana-mana, namun bagi orang-orang politik yang menjadi ‘cermin perlembagaan negara’ apabila terlepas begitu saja setelah ‘merakusi kekotoran’ itu, bagaikan satu malapetaka pada kedaulatan negara!Adios.

    Reply

  6. 6 Penyokong dari luar negeri Jan 8th, 2009 at 11:27 am

    Dear Voters in KT,

    I agreed with what humanisselfish said. We PDLN really want to help the poor bumiputras to be successful. But not the alreadly rich ‘people’ through connections in politics to monopolise all the bunsiness, promotion and educational opportunities. We want a fair go for ALL MALAYSIANS based on their merits. We want a transparent, accountable and resposible government to act on corruptions and improper management. All religions teach their followers to be righteous, responsible, fair and treat everyone with a kind heart and love.

    We love Malaysians. God bless.

    PDLN

    Reply

  7. 7 Mohd Noor Haji Jaafar Jan 8th, 2009 at 9:55 pm

    Apa yang disuarakan oleh KTK itu ada kebenarannya. Golongan muda bukan melayu sudah dapat menilaikan kerajaan Umno/BN yang telah memerintah lebeh 50 tahun. Kerajaan sekarang lebeh mengutamakan kroni kroni daripada rakyat jelata. Tengok minyak sudah lama turun namun tariff letrik maseh kekal semasa minyak naik. Tambang bas dan teksi juga naik. Barang barang keperluan juga tidak turun seperti minyak turun. IJN pun nak diswastakan tapi oleh bantahan rakyat pihak Sime Darby membatalkan hasrat mereka. Kerajaan sudah membelanjakan lebeh $200 juta untuk membena dan mengubahsuaikan LCCT di Sepang yang akan disiapkan tak lama lagi tapi maseh memberikan kelulusan untuk membena sebuah LCCT di Labu Negri Sembilan. Pembenaan LCCT yang baru ini membazir kerana jarak antara keduanya kebeh kurang 50km. Dikhuatiri pembenaan LCCT yang baru mengakibatkan LCCT di Sepang kurang digunakan.

    Reply

  8. 8 bodin Jan 8th, 2009 at 10:51 pm

    semoga pengundi muda ini kekal bersama PR

    Reply

    PR Sokmo Reply:

    dan semoga pengundi2 tua sedar bahawa menyokong BN hanya kerana mengenang jasa adalah tindakan yang salah….sedarlah dan sokonglah perjuangan PR..kerana pemimpin2 PR sekarang ni bukannya menteri2 atau VIP2…tapi hanya rakyat biasa macam kita yang tahu apa kehendak rakyat….

    Reply

  9. 9 Wong Pei ching Jan 11th, 2009 at 12:34 am

    Saya pengundi muda Cina dan lakan-rkan akan mengundi calon BN dan ibu bapa dan keluarga saya diKampung Cina dan sedala mara sebanyak 239 olang akan mengundi calon BN.Jadi Calon BN akan mennang…PAS itu stupid.They are racist.Nak tubuh negala Islam konon…habis mana mahu letak olang cina dan bukan Islam yang lain…mahu tindas mcm orang palistein haa…Undi calon BN….

    Setiausaha Kerja Pemuda MCA Cawangan Kuala Terengganu

    Hidup Ong Tee Keat…Hidup Najib…mampus Lim guan Eng…mampus itu Wahid Kentut….

    Reply

  10. 10 Addari Jan 11th, 2009 at 2:19 am

    Gelombang orang muda tidak kira Melayu, cina, india, iban,dayak,kadazan, kedayan, melanau, murut, bajau,bugis,banjar,jawa,melayu Brunai adalah menghantui UMNO.Mereka memilih PR/PAS.

    Reply

  11. 11 Penyokong Barisan Nasional Sabah Jan 11th, 2009 at 10:41 am

    Salam sejahtera.
    Untuk makluman pengunjung dan pembaca blog ini, tidak semua generasi muda berminat dan menyokong Pakatan Rakyat. Kerajaan BN di Sabah dan Sarawak amat kukuh dan sukar diganggu gugat. Hanya kerajaan BN yangs sesuai memerintah negara ini kerana dasar kerjasama pelbagai kaum dan pencapaian ekonomi yang sangat baik. Rakyat kini sedar tentang penipuan yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim apabila hasratnya untuk mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September 2008 lalu tidak menjadi kenyataan. Mana mungkin hasratnya itu mendapat restu rakyat kerana cara itu melalui jalan yang tidak sah sedangkan kerajaan dibentuk melalui proses pilihan raya yang sebenar.
    Dasar dan pelaksanaan pemerintahan kerajaan BN diakui adalah yang terbaik di dunia. Kita hendaklah terus menyokong usaha kerajaan BN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan membangunkan ekonomi negara.
    Pakatan Rakyat yang didukung oleh PKR, PAS dan DAP tidak sesuai menjadi pemerintah kerana tidak mampu mewakili kehendak pelbagai kaum di negara ini. Pakatan pembangkang ini hanya berminat membuat pelbagai cerita yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya, suka memburuk-burukkan peribadi orang dan menimbulkan pelbagai isu untuk mendapatkan perhatian rakyat. Malangnya apabila PAS mengetengahkan isu undang-undang Hudud,parti pembangkang lain, PKR dan DAP hanyadiam membatu sahaja. Ini menunjukkan masih berlaku jurang kerjasama dan kesepakatan antara mereka.
    Hanya kerajaan BN yang boleh memerintah dengan saksama, mengangkat martabat Islam dan menyatupadukan rakyat negara ini ke arah kemajuan dan kegemilangan.
    Terima kasih dan jumpa lagi.

    Reply

Leave a Reply




fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
21 minutes ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
26 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
29 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
33 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
33 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031