04
Jan
09

Wahid penuhi ciri kemenangan PAS

Dari Malaysiakini

Oleh Muda Mohd Noor

PAS memilih Mohd Abdul Wahid Endut untuk bertanding kerusi parlimen Kuala Terengganu kerana beliau mempunyai faktor-faktor kemenangan di kerusi itu.

Setiausaha PAS negeri Yahaya Ali berkata, antaranya ahli dan penyokong PAS mahukan beliau bertanding di kerusi tersebut.

“Beliau sudah lima penggal menang di Wakaf Mempelam dan ini menunjukkan orang ramai mahukan beliau.

“Kita percaya beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Kuala Terengganu kerana beliau juga yang dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu,” katanya ketika diminta mengulas pemilihan mengejut Abdul Wahid sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil itu yang bermula Selasa depan.

Pemilihannya diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Negeri di Kuala Terengganu malam tadi.

Yahaya yang juga timbalan pengarah pilihanraya PAS bagi pilihanraya kecil tersebut berkata, pemilihan Abdul Wahid tidak akan memecahkan undi para penyokong PAS.

Diminta mengulas alasan Abdul Wahid dicalonkan oleh parti itu sedangkan namanya bukan pilihan utama, Yahaya berkata, pilihan atau tidak itu “hanya senarai yang dibuat orang ramai”.

Katanya, orang ramai bebas membuat pilihan mereka tetapi akhirnya pucuk pimpinan yang menentukan setelah mengambil kira pelbagai faktor.

“Pemimpin lebih tahu hendak membuat pilihan, jadi tidak perlu lagi bercakap mengenai pemilihan Abdul Wahid sebagai calon.

“(Dan) insya Allah beliau akan menang,” katanya.

Abdul Wahid akan berdepan dengan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bagi merebut kerusi tersebut pada hari pengundian 17 Januari ini.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, akhir November lalu.


7 Responses to “Wahid penuhi ciri kemenangan PAS”


  1. 1 fazli Jan 4th, 2009 at 12:09 pm

    Bersama kita berdoa semoga Calon Pakatan Rakyat menang. Takbir!!!

    Reply

  2. 2 Mohd Suhaimi Bin Aziz Jan 4th, 2009 at 4:00 pm

    Alhamdulillah, strategi PAS/PR mencalonkan saudara YB Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Adun Wakaf Mempelam adalah tepat sekali dalam merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Umno/Bn sama sekali tidak menduga PAS akan menamakan beliau sebagai calon untuk PRK P36 kerana personaliti calon PAS jauh lebih berwibawa berbanding calon Umno/Bn yang merupakan calon bukan pilihan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said kerana Dato’ Wan Ahmad Farid merupakan orang kuat Dato’ Idris Jusoh bekas MB Terengganu.

    Sudah pasti di dalam PRK Umno/Bn bukan saja akan mengerahkan jentera parti mereka tetapi tanpa segan silu akan menyalahgunakan segala agensi kerajaan yang akan diperkudakan untuk berhadapan dengan PAS/Pakatan Rakyat. Malah Umno/Bn juga akan menyebarkan fahaman tahyul dan khurafat mereka bahawa hanya Umno/Bn yang boleh membawa pembangunan untuk rakyat dan mengganggap wang kerajaan seolah-olah wang parti yang boleh sesuka hati diagih-agihkan untuk kaum kerabat mereka. Dalam sistem kerajaan berperlembagaan adalah jelas termaktub bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat kerana pembangunan itu adalah menggunakan wang pembayar cukai dan hasil bumi negara ini bukannya wang parti Umno/Bn. Sekiranya PR mengambil alih kerajaan persekutuan maka tanggungjawab itu akan terus dilaksanakan. Jadi tidak timbul lagi hanya Umno/Bn yang boleh memerintah Malaysia. Fahaman tersebut tidak relevan lagi digunapakai pada zaman rakyat yang telah celik IT kerana rakyat sudah tidak mudah lagi diperbodohkan oleh media pro Umno/Bn.

    Jadi tidak timbul rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan Umno/Bn kerana merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana gaji menteri-menteri adalah dibayar menggunakan wang pembayar cukai! Dalam soal konsep negara berperlembagaan, rakyatlah yang menjadi tuan bukannya Umno/Bn. Inilah dasar Umno/Bn yang mewarisi sistem bekas penjajah yang mengamalkan pecah dan perintah!

    Sudah pasti rakyat Kuala Terengganu lebih tahu menilai mana satu pemimpin yang boleh mewakili suara mereka untuk diangkat sebagai wakil rakyat pada 17 Januari nanti. Semoga YB Mohd Abdul Wahid Endut memperoleh kemenangan dan majoriti besar dalam PRK nanti.

    Reply

    joe-kedah Reply:

    Kenyataan Sdr Mohd. Suhaimi cukup tepat. Selama ini kita sedia maklum, UMNO/Bn telah membodohkan rakyat dengan menyatakan parti lain tidak mampu perintah negara ini hanya UMNO/BN saja bolih perintah, sedangkan peruntukan rakyat yang membayar cukai telah digunakan sewenang-wenangnya, kononnya wang itu wang UMNO/BN. Dari itu, timbullah penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan media cetak. Semuanya dibolot sepenuhnya. Lihat lah, belum pun penamaan calun, dah tabor macam-macam, wang siapa tu?. Kalau orang kuala terengganu sudah celik macam orang kelantan, orang kedah, mesti tumbangkan UMNO dengan mejoriti yang lebih dari 600. Tak usah lah dilayan dengan manusia-manusia yang terdesak, beri lah sokongan kepada orang yang telah berjasa dan telah jelas beliau bolih melaksanakan kewajipannya sebagai wakil rakyat, lagi pun dia memang anak jati dan menetap dikuala terengganu. Pakatan Rakyat memang patuh undang-undang Pilihanraya, tak gelojoh nak menang, macam calun UMNO tu, belum penamaan calun dah mula minta sedekah, tak kan orang nak bagi undi kat dia, dia tu orang kaya. ha, Tu TV Tiga suku mula tabor fitnah pula, barua-barua ketua pengarah pun mula turun keterengganu bagi beri sokongan kepada calun yang tidak bermaruah tu. Orang kuala terengganu amat cerdik pilih calun!

    Reply

  3. 3 bodin Jan 5th, 2009 at 1:02 am

    Saudara dan saudari di KT,salam sejahtera dan diredhai ALLAH jua.Pemilihan calon Pas adalah tepat dan kena pada masanya bagi memastikan barisan tidak lagi barisan tetapi jadi kuca bara.Sama2 kita mengundi calon Pakatan Rakyat untuk masa depan yang lebih terjamin.

    Asalaimualaikum buat pejuang agama,bangsa dan negara

    Reply

  4. 4 Addari Jan 5th, 2009 at 2:15 am

    Rasuah UMNO mula bermaharaja lela di Parlimen Kuala Terengganu.Petang besuk semua YDP PIBG dikehendaki hadir ke Dewan Wisma Darul Iman jam 2.00 ptg untuk terima sesuatu daripada pemimpin UMNO dan Ketua Jabatan agensi Kerajaan yang telah dicucuk hidung.6 hb Januari Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) diarahkan untuk memberi peruntukan kepada semua masjid di Parlimen Kuala Terengganu sebanyak RM2000(setiap buah masjid) untuk mengadakan majlis tahlil bekas MP.Tahlil itu bagus tetapi niatnya mesti betul dan ikhlas.Pemimpin-pemimpin yang meninggal sebelum ini tidak pun JHEAT beri peruntukan tahlil, kenapa nak pilihanraya kali ini banyak peruntukan disediakan oleh JHEAT yang ambil daripada sumber mana?.Pak Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan para EXCO akan mengadakan pelbagai majlis untuk tujuan kempen dan propaganda dengan menggunakan wang rakyat.
    Para guru diingatkan jangan diperkudakan oleh JPN Terengganu untuk mengundi calon UMNO.Kalau diarahkan datang ke mana-mana dewan sekolah datanglah,tapi bila mengundi seperti biasa undilah calon PAS/PR.Tiada orang yang tahu, hanya Allah sahaja mengetahui pilihan kita.
    Para guru adalah insan yang cerdik dan berilmu yang kenal mana kaca dan mana maknikam.Kita guna akal yang diberikan oleh Allah untuk menilai mana yang benar dan mana yang batil.Ingat, satu undi yang kita berikan boleh menentukan masa depan hidup generasi akan datang dan menentukan pemimpin yang layak untuk menegakkan agama Allah dan menentukan pelaksanaan syariat Islam.Kita perlu sedar pemimpin UMNO mengutamakan kekayaan diri dan selepas menang mereka lupa rakyat dan alpa dengan kekayaan dan pangkat.
    Yang melucukan bakal calon UMNO Dato’ Wan Farid yang dikenali umum sangat susah nak berkomunikasi dengan orang walaupun menjadi Ketua Bahagian UMNO,mula memaksa diri untuk pergi ke pasar dan warung kedai kopi untuk memperkenalkan diri dan bersalam.Malangnya baru 2 hari berjumpa rakyat dah merungut (seperti dilapor kepada media) sakit kaki kerana banyak berjalan.Bagaimana nak beri perkhidmatan sebagai wakil rakyat selama 4 atau 5 tahun kalau 2 hari dah sakit kaki.Tak payah hipokritlah rakyat tahu dok menebeng dan bukan sifat semula jadi berjumpa orang.Semenjak menjadi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Timbalan Menteri JPM berapa kali pergi jumpa rakyat dan berapa ramai yang telah disalam.Tak payah lebong orang semua tahu.Sebaliknya bakal calon PAS Hj.Wahid Endut memang sudah dikenali oleh pengundi berjiwa rakyat dan masuk keluar kampung dan pergi ke masjid setiap waktu sudah menjadi budaya hidupnya dan tak pernah merungut lengoh kaki.Itulah sendiwara dunia pemimpin UMNO.

    Reply

  5. 5 cikgu_umno Jan 14th, 2009 at 8:43 pm

    Hari Sabtu ni BN menang. Hari ni Malaysian Insider dan Malaysia Kini melaporkan pengundi Melayu condong kepada Barisan Nasional.

    Reply

  6. 6 dulu umno jugala Jan 19th, 2009 at 4:37 am

    cikgu-umno hantam sajalah nak tulih kannya kena diut

    Reply

Leave a Reply