04
Jan
09

Pejuang bahasa Melayu demo ala Bersih

Dari Malaysiakini

Oleh Jimdie Shah Othman

Pejuang-pejuang bahasa Melayu, yang membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bercadang menganjurkan perhimpunan besar seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007.

Demonstrasi besar itu, yang digelar “Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu”, bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Keputusan mengadakannya dicapai dalam mesyuarat sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang di Kuala Lumpur akhir bulan lalu, kata ketua pengarah jawatankuasa pelaksana kempen tersebut Hasni Abas dalam satu kenyataan hari ini.

Dihubungi Malaysiakini, beliau berkata memorandum kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, antaranya, memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.

“Orang mungkin lupa, (dan) menganggap kerajaan (BN) dan Umno sebagai ketua negara. Sebenarnya Yang di-Pertuan Agonglah ketua negara,” katanya.

Hasni berkata, 100,000 rakyat dan pejuang bahasa dijadual berarak dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke istana, kira-kira satu kilometer.

“Kita harap (perhimpunan ini) dapat menjadi lontaran pertama (kepada kerajaan),” tambah Hasni, juga pengerusi kesatuan sekerja DBP.

Menurutnya lagi, perhimpunan itu dijangka diadakan Mac depan atau selewat-lewatnya Mei.

Jika tiada masalah, katanya, perhimpunan itu akan dibuat sebelum satu lagi perhimpunan gergasi bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadual Mac.

“Orang Melayu ini semangat mereka (berkobar-kobar) enam bulan sahaja. Kalau lama-lama sangat, takut lupa,” katanya, berseloroh.

Selain Kesatuan Pekerja-pekerja DBP, NGO dan parti politik yang terlibat termasuklah Dewan Pemuda PAS, Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis).

Gabungan itu, yang turut menghimpunkan tokoh-tokoh pencinta bahasa kebangsaan, menggelarkan kumpulan mereka Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu.

Hasni berkata, bekas ketua pengarah DBP Datuk Dr Hassan Ahmad bakal menerajui badan induk sekretariat itu.

Urusetia itu juga, tambahnya, menganjurkan perjumpaan lanjutan dengan semua NGO dan parti politik, termasuk BN, yang memperjuangkan penggunaan bahasa ibunda sebagai pengantar pengajaran Sains dan Matematik pada hujung bulan ini.

Bersih – gabungan 71 NGO dan parti pembangkang utama – berjaya menghimpunkan kira-kira 40,000 penyokong mereka berarak ke Istana Negara (foto kanan) pada 10 November dua tahun lalu bagi mengemukakan empat tuntutan, antaranya menghapuskan undi pos dan memperkenalkan dasar dakwat tidak mudah padam di jari pengundi.


21 Responses to “Pejuang bahasa Melayu demo ala Bersih”


  1. 1 awangku Jan 4th, 2009 at 7:51 am

    Isu PPSMI bukan sekadar soal menguasai bahasa Inggeris dan ilmu tetapi soal keterpinggiran bahasa bangsa negara. Selama ini pun soal bangsa negara pun begitu tenat akibat pengabaian kepada bahasa Melayu. Jati diri bangsa begitu menyedihkan. Inikan pula ditambah lagi dengan PPSMI. Biarlah bertindak dalam keadaan menang-menang – pembelajaran bahasa Inggeris diperkasakan, fungsi terjemahan buku-buku diperkasakan, prasarana sekolah diperkasakan, guru-guru diperkasakan, malah puak politik pun perlu diperkasakan dan bukan bermain dengan politik murahan.

    Reply

  2. 2 Makchik Jan 4th, 2009 at 11:10 am

    Logik yang bercelaru…

    Isu penguasaan ekonomi melalui Bahasa Inggeris
    TIDAK SAMA DENGAN
    Pemertabatan Bahasa Malaysia yang terpelihara selamat di bawah naungan Perlembagaan negara.

    Ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang memperalatkan isu ini untuk ‘benefit’ semata-mata.

    Reply

  3. 3 Batu Ferringhi Jan 4th, 2009 at 1:14 pm

    Most of the books, references and new reaerches are in English. Its better to do the Maths and Science in English.

    B.Malaysia is the national language and this has been guaranteed under the Federal Constitution and accepted by all Malaysians of all races.

    These are 2 different issues and are being fanned by certain quarters for their own selfish agenda.

    Reply

  4. 4 chris Jan 4th, 2009 at 4:17 pm

    apakan tujuan utamanya? utk menguatkan bahasa englishkah atau penguasaan dlm mate & sains?

    selain itu, bukankah bahasa malaysia dlm satu majalah agama telah diharamkan, tetapi boleh diterbit dlm bahasa lain??? apa logik??? memang memalukan si botak tu!!!

    Reply

  5. 5 kung fu panda Jan 4th, 2009 at 7:20 pm

    Elok lah buat sebelum nasi jadi bubur silap hari bulan buku agama islam pun akan di bahasa inggeris kan pulak. oleh UMNO.

    Reply

  6. 6 Dexter Jan 4th, 2009 at 8:00 pm

    Soal bahasa ni orang malaysia memang x perihatin. Kononnya semua bangsa nak hak sama macam kat usa, tapi bahasa sendiri pun x terjaga. Siapa yang cakap buku, kajian2 dalam bahasa inggeris? Betul ka? Jangan la sebab kita suka ‘speaking’ kita kata bahasa inggeris tu bagus. Ramai cerdik pandai dari negara lain dan depa x reti pun cakap inggeris. Tengok orang jepun, dah la bijak pandai, teknologi tinggi, xde pun nak berbahasa ingeeris. Orang melayu sekarang pun dah banyak x reti cakap melayu, orang cina, india lagi la. Bahasa melayu adalah bahasa malaysia, bahasa ibunda. Kalau nak sama hak di malaysia, kita kena la ada satu bahasa yang utama, ni kononnya dah bertahun-tahun di Malaya, eh malaysia tapi cakap bahasa kebangsaan pun kelam kabut. Ni bukan singapura tau rojak2 kan bahasa. Jadilah rakyat malaysia yang setia, sayangilah bahasa kebangsaan kita nescaya negara aman dan damai. Nak speaking2 pun takpe tapi maruah bahasa kebangsaan perlu dijaga. Dont play play arr with bahasa melayu.

    Reply

    Choong Reply:

    Soal antara BM dan Ingeris di Malaysia sebenar nya berpunca daripada sistem politik dan pemimpin politik yang tidak berwibawa. Pempelajaran B.Ingeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik adalah pilihan yang berpandangan jauh dan tidak harus di perkotakan sebagain mencabar kedaulatan kaum Melayu., saya yang berpendidikan biasa tingkatan 5 sahaja pun tiada masaalah sedemikian apatah lagi B.Ingeris saya pun boleh di bangga kan. Punca kekecohan akademik dan intelek tempatan berpunca daripada kekurangan kreativity dari pihak kerajaan selama ini dan isu inilah perlu di beri perhatian melainkan kemungkinan ia di salah tafsir dan menjadi isu “tidak sedap” yakni perkauman, kalau begitu ia akan tiada kesudahan dan kerugian nya adalah rakyat sejagat termasuk golongan yang terbesar di Malaysia ia itu orang Melayu, oleh itu daripada berkelahi kerana isu lingua franca academik dan subject yang terlibat lebih baik kita menukar kerajaan yang lebih fleksibel dan moden dan semua orang boleh ke hadapan dengan kelebihan secara “tidak langsung” penggunaan B.Ingeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, saya yang berkobolehan berbahasa Kebangsaan dari era persekolahan 80an adalah bukti isu ini patut di lihat dari mentaliti yang progresif dan bukan nya secara sensitif.

    Choong
    P121

    Reply

  7. 7 mahathir jr Jan 4th, 2009 at 8:30 pm

    cam mana nak martabatkan bahasa melayu sedangkan ada negeri yang tak nak bahasa melayu spt di Penang..tempat DSAi sendiri.CM nak buh nama jalan bahsa Melayu, Cina, Tamil, Arab dan English…kalu kerana bahsa pun nak kumpul rakyat mengadap Agong…rasanya bukan jalan yang bujak
    kerajaan pembangkang dah wujud diSelangor, P/P, Perak dan Kedah…buat dulu perjuangan bahsa tu kat tanah jajahan korang dulu…kalu tak pun modal dan janji PRU ke13 aritu bukan bahsa Melayu, kotakan dulu janji PRU. rakyat mcm kami yang UNDI parti PR bagi menang belum nampak lagi pembaharuan pembangunan…..bila berjaya baru lah lancarkan di negeri jajahan BN…kalu nak buat ala demo kerana bahsa MELAYU…pergi jumpa Sultan negeri masing2…apa kata mereka…

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    tapi masalahnya parti komponen BN terutama GERAKAN tak tolong UMNO dalam masalah ini di PULAU PINANG thn lepas…kena ingat tu…

    Reply

    bocah wetan Reply:

    YDP Agong itu sendiri dipertanggungjawabkan untuk menjaga adat dan martabat melayu.Jadi x salah kalau isu ini dibawa ke pihak istana.Nak harapkan kerajaan be-end,memang sampai be-end kalah pilihanraya ke-13 pun x akan selesai.

    Setakat papan tanda jalan,x perlu ke penang,di bukit bintang dan petaling street pun da cukup jelas.

    Ibnu khaldun:pembangunan yang mampan itu hasil gabungan pembangunan rohaniah dan lahiriah.

    Be-end buat pembangunan lahiriah memang hebat.
    Rohaniahnya? pesta dan konsert mungkin…

    Reply

  8. 8 Syah SeMalaysia Jan 4th, 2009 at 11:07 pm

    UMNO…kini musuh MELAYU

    Reply

    mahathir jr Reply:

    kerana musuh melayu lah korang masih boleh buka internet…kalu parti yg lain tu kot2 kita masih di bwh jajahan BRITISH…jgn lupa diri bro…bukan suma nya buruk/jahat…yg pembangkang pun ada jugk yg sama perangai cam UMNO

    Reply

  9. 9 SILENT MAJORITY GROUP Jan 5th, 2009 at 3:30 pm

    KUMPULAN BAHALOL YG PROTEST….

    KENAPALAH KAMU NAK SEKAT PENGAJARAN BAHASA INTERNATIONAL..PELIK PERANGAI KAMU??

    KALAU KAU TAK MAU ANAK2 KAMU BELAJAR DLM BAH INGGERIS..LANTAKLAH!
    KALAU NAK SURUH MEREKA SETAKAT JADI JAGOH KAMPONG..LANTAK KAULAH!

    MAJORITY RAKYAT MALAYSIA SEMUA KAUM MAU BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJARAN SAINS
    & MATH….kenapa yg kamu semua SAKIT HATI????

    KERAJAAN KINI LEBIH ARIFF TENTANG BAHASA RESMI! CUBA KAU TENGOK SDR ANWAR IBRAHIM
    KETUA PEMBANGKANG!
    DIA DIKENALI DI SATU DUNIA..WHY??
    SEBAB DIA PANDAI BERTUTUR ENGLISH…PETAH BAH ENGLISH! WARTAWAN SEMUA TV STESYEN
    & AKHBAR SEMUA BERLUMBA MAU INTERVIEW DIA! PASAL DIA FASIH BERTUTUR! KITA BOLEH
    KETENGAH SDR ANWAR MEWAKILI MALAYSIA DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA BEGITU JUGA
    DGN MENTERI2 CABINET SEKARANG..PAK LAH, MUHYUDIN, DR RAIS, HAMED BOTAK, SHARIR SAMAD
    DLL! RAKYAT MALAYSIA TIDAK MALU APABILA MEREKA SPEAKING ENGLISH DI MEDIA!

    jangan macam zainudin maidin sudah…HANCUR!

    kalo nak bantah..ini ISU YG LEBIH PENTING>>>>>RTM MAU KHASKAN SATU TV CHANNEL
    KHAS UNTUK PROGRAM2 BAHSA CINA…..INI YG KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BILANG KAUM
    MESTI DESAK & BANTAH NIAT KEMENTERIAN PENERANGAN…ayuh kita BANTAH!

    KALAU NAK JUGAK BANTAH BESAR BESARAN…BUAT PROTES ANTI ISRAEL DI MANA
    SEMUA RAKYAT MSIA BOLEH AMBIL BAHAGIAN!

    Reply

    bocah wetan Reply:

    racist must go to hell!

    Reply

    bocah wetan Reply:

    SILENT MAJORITY GROUP7 dan mahathir jr…dua mahkluk yang x paham isu sebenar…

    im one of the victims of PPSMI,and i know how quality of maths and science bringing down by this bullshit system.

    Reply

    mahathir jr Reply:

    apa yg tak paham…banyak lg isu lain nak bawak…time PRU dulu bukan main lagi janji manis…tol dgar2 nak hapus, air nak bagi free, rakyat yg kurang mampu nak bgi bantuan…suma tu boleh katakan mcm lah MALAYSIA ni kalu PR memerintah boleh aman makmur dan maju sejahtera…kita kena pikir benda2 yg bkan angan2 mat jenin dn alam fantasi…aku bkan pro BN ke ape..tp mangsa PR yg termakan janji manis calon2 PR…hidup sama juga dgn BN time memerintah..mana ada rakyat kat SGOR, P/P, Perak, Kedah senang lenang…sama jugak…yg nampak bru 8% dr 100% janji2 tu…kalu takat dok Parlimen nak bangkang je…tak nak syor idea/pembangunan yg baik demi kepentingan RAKYAT (bukan WAKIL RAKYAT)…elok pikir2 kan lah….

    Reply

    SILENT MAJORITY GROUP Reply:

    KALAU AWAK NAK ANAK2 AWAK JADI JAGUH KAMPONG..KITA TAK PEDULI!

    KAMI PENTINGKAN GENERASI ANAK MUDA MALAYSIA YANG FLEXIBLE
    YG BOLEH KE TEPI KE TENGAH BERTUTUR BAHASA ENGLISH!

    BAHASA MELAYU BOLEH KITA GUNAKAN DENGAN KAWAN2, SAUDARA2
    & DI RUMAH!
    BAH. MELAYU TAK AKAN LENYAP DARI DUNIA!

    ORANG2 KAMPONG, ORANG FELDA ORANG ORANG ASLI PON TAU
    PENTINGNYA BAH INGGRIS!

    KAMU INGAT KAMU PATRIOTIK? JANGANLAH KETINGGALAN ZAMAN KAWAN!

    INDIA YANG MEMPUNYAI RAKYAT 1 BILLION PON PENTINGKAN
    BAHASA INGGERIS???

    TENGOK SHARUKH KHAN BILA SAMPAI MALAYSIA…KITA SEMUA PAHAM APA YG
    DIA UCAPKAN! SEBAB APA….DIA PANDAI CKP ENGLISH…..FAHAM!

    HANYA ORANG YG ADA OTAK SAJE YG TAU KEPENTINGAN BAHSA INGGERIS!

    Reply

    Addari Reply:

    Tahniah diucapkan kepada cendiakawan dan pejuang bahasa seperti Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Prof Ameritius Drs Ismail Husin, Prof Dr. Awang Serian, Prof Datuk Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shahril, Prof Dr Yusof Othman, Prof Dr Zainal Abidin, Prof Datuk Dr Zainal Keling , Prof Dato’ Dr Nik Safian Karim, Prof DiRaja Engku Aziz, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Prof Dato’ Dr Firdaus Abdullah, Prof Dato’ Dr Zainal Abidin Wahid, Prof Dato’ Dr Ainuddin Wahid dan banyak lagi (Kesemuanya berpendidikan Inggeris, berpendidikan tinggi, bergelar profesor,tetapi penentang PPSMI).
    Majoriti rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan GAPENA untuk mengadakan piket supaya PP)SMI dihentikan segera kerana ianya bersalahan dengan akta Pendidikan 1996 dan Perlembagaan Malaysia fasal 152.
    ‘Silent Majority Group’ jangan bersikap bahlol, sombong dan tidak reti basa dan sangat tidak rasional.Jangan 100 tahun lagi generasi akan datang ludah kubur anda yang menyokong dasar yang salah.

    Reply

  10. 10 Addari Jan 5th, 2009 at 8:43 pm

    Saya juga hairan dengan ‘silence majority group’ yang berasal dari spesis mana?bangsa apa?cina,melayu atau keling.Dia Kata orang anti English bahlol, yang sebenarnya dialah paling bahlol dan tongong.Dia tidak sedar penentang-penentang PPSMI semua para profesor seperti Prof Dr Awang Sariyan, Prof Dato’ Dr Ainuddin Wahid, Prof Dato’ Dr Zainal Abidin Wahid, Prof Di Raja Engku Aziz, Prof Dato’ Dr. Zainal Keling, Prof Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad, Prof Datuk Dr. Abdullah Hassan, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Prof Dr. Shahril Majid, Prof Datuk Dr Nik Safiah Karim, Prof Dr Yusof Othman. Datuk Dr Rais Yatim, Prof Datuk Dr Ismail Husin.Kita bukan menentang English tetapi menentang MT dan Sains diajar dalam B.Inggeris.
    Awak profesor apa?Prof Kangkung?

    Reply

  11. 11 Pejuang Jan 6th, 2009 at 9:03 am

    Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (BI) adalah dua isu yg berbeza. Untuk meningkatkan penguasaan BI, tumpuan seharusnya kepada mutu pengajaran BI itu supaya lebih berkesan. Malangnya, Sains dan Matematik pula yg diajar dlm BI. Pelajar terbeban dgn dua tugas, menguasai ilmu Sains dan Matematik dan menguasainya dalam BI. Hal ini juga menunjukkan betapa tidak ada keyakinan kita terhadap kemampuan Bahasa Melayu sbg bahasa ilmu. Bolehkah bangsa yang tidak yakin dgn kekuatannya muncul sebagai bangsa yg maju?

    Reply

  12. 12 Kolej Dar al-Hikmah Apr 14th, 2009 at 12:39 pm

    JIKA MAHU PERKEMBANGAN LANJUT DAN MENGIKUTI ISU INI. ANDA SEMUA DI JEMPUT MEMERIAHKAN WACANA ILMU : “MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU” 19 April 2009 layari http://web.hikmah.edu.my/content/view/86/179/

    Reply

Leave a Reply