04
Jan
09

Nazrin: Bersedia hadapi krisis ekonomi

Dari Malaysiakini

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini menggesa rakyat Malaysia bersiap sedia menghadapi krisis ekonomi berpanjangan berikutan kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan yang teruk sekarang.

“Bagi tahun-tahun mendatang, ancaman kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan teruk terus menghantui fikiran kita semua.

“Kesannya terhadap ekonomi domestik tidak dapat dielakkan dan ini dicerminkan dalam langkah persediaan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menghadapi jangkaan kegawatan ekonomi domestik,” titah baginda semasa berucap di persidangan Rotary International District 330 ke-74 di Ipoh, lapor Bernama.

“Ia merupakan petanda lebih banyak kesulitan boleh dijangkakan dan rakyat Malaysia perlu bersiap sedia sekiranya berlaku kegawatan (ekonomi).”

Raja Dr Nazrin merasmikan persidangan itu sebagai mewakili Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang merupakan penaung Kelab Rotary Perak.

Baginda turut memuji kewujudan pertubuhan amal seperti Kelab Rotary yang amat penting berikutan punca sumber kini semakin berkurangan dan tahap keyakinan juga menurun pada masa sukar ini.

“Peranan anggota Rotary tidak boleh diketepikan. Kehadiran anda menawarkan keyakinan kepada masyarakat bahawa ada kumpulan yang boleh diharapkan apabila
diperlukan,” titah baginda.

Baginda bertitah kira-kira 25 tahun lalu, apabila ayahanda baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak, hanya terdapat empat kelab Rotary di negeri ini tetapi bilangannya telah bertambah menjadi 14.

“Ini amat membanggakan kerana di satu pihak ketika kita menyaksikan dunia menjadi semakin materialistik dan individualistik; pada masa yang sama kita tidak kekurangan individu dan kumpulan yang berjiwa pemurah dan penyayang.

“Beta berharap lebih banyak kelab Rotary akan ditubuhkan supaya lebih ramai masyarakat akan mendapat manfaat daripada semangat sukarela dan permurah anda,” titah baginda.


7 Responses to “Nazrin: Bersedia hadapi krisis ekonomi”


  1. 1 Mohammad Jan 4th, 2009 at 9:17 am

    Boleh siapa-siapa tolong perincikan asal usul kononnya kelab2 tsb adalah bermotif kebajikan? Terutamanya pertubuhan2 yang bukan “home grown” dan mula hidup sebelum/selepas negara mencapai kemerdekaan lagi dan berasal.berpudat daripada negara2 penjajah. Anehnya, hanya kelab2 sperti Rotary, Lions dll tersebut terus menerus memastikan penaungnya terdiri dari kalangan kerabat diraja, Governor atau Hakim2 dan ahli2nya ramai yang terdiri dari orang2 berpengaruh sekoman-komannya spt Pegawai2 Daerah, Doktor2, Majistrate, Lawyer2 dan Peniaga2 yang hanya kaya raya. Dan seperkara lagi kebanyakan mereka mudah dianugerah pangkat2 dan pingat semasa menyambut hari2 kebesaran. Semasa disekolah kelab2 ini akan mendekati pelajar2 yang sedikit cerdik dan berjaya dari segi akademik terutamnya melalui Kelab Interak di sekolah (selalunya yang berpotensi akan di hand-picked untuk mendapat pendedahan dan diberi pengalaman selanjutnya). Apakah agenda mereka sebenarnya dan matlamat mereka? Apatahlagi kepimpinan antarabangsa mereka banyak juga terdiri daripada orang2 Zionis British, Amerika dan Israel…tak tahulah sekiranya mereka juga berhubung rapat dan diangkat martabat keahlian orang2 tertentu pula untuk menjadi ahli pertubuhan2 Yahudi, Lodge2 Freemason yang bergerak dengan begitu berahsia dan lick di seluruh lokasi dunia. Wallahu alam.

  2. 2 Addari Jan 4th, 2009 at 9:18 am

    Saya sangat bersetuju dengan Raja Muda Perak mengenai krisis ekonomi dunia telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, di mana kadar inflasi meningkat malahan berlaku stagflasi.Harga komoditi Malaysia jatuh rendah menambahkan beban lagi ekonomi Malaysia.
    Yang menjadi bertambah parah ekonomi kita adalah kerakusan pemimpin tertinggi UMNO/BN untuk membahagikan kekayaan negara kepada kroni mereka.Tidak dinafikan mereka merancang pembangunan di Malaysia tetapi projek-perojek tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan kepada anak-anak beranak dan saudara mereka dan juga kepada kroni mereka.Rakyat terpesona dengan pembangunan tetapi tidak sedar kos sangat tidak munasabah.Yang menyedihkan lagi projek diperolehi tetapi disub kepada pemaju dan kontraktor lain dan makan atas angin sahaja dan boleh menjadi jutawan segera.
    Inilah seronoknya menjadi pemimpin UMNO dan sebab itu budaya wang bermaharaja lela dan sudah sebati dan orang UMNO rasa tidak bersalah lagi kerana sudah menjadi darah daging mereka.Mereka sanggup habis wang berjuta-juta ringgit untuk memenangkan mereka dalam pertandingan Timbalan Presiden UMNO, Naib Presiden dan AMT.Bukan di perigkat itu sahaja, tetapi juga di peringkat bahagian untuk menjadi Ketua Bahagian, Timbalan, Naib Ketua dan AJK Bahagian.Target mereka memegang jawatan dalam UMNO pasti aku boleh mendapat habuan,projek dan boleh menjadi jutawan segera.
    Fenomena ini menjadikan ekonomi Malaysia bertambah parah,pemimpin tidak mempunyai integriti.Pegawai-Pegawai Tinggi kerajaan BN/UMNO juga terikut-ikut untuk melakukan penyelewengan rasuah dan mengejar kekayaan segera kerana diajar oleh bapa menteri mereka yang sudah bergelumang dengan rasuah.
    Apa tunggu lagi wahai para pengundi PRK P 36 Kuala Terengganu dan rakyat Malaysia.Jatuhkan BN/UMNO dan tukarkan kerajaaan kepada Barisan Pakatan Rakyat. Bagi pengundi Parlimen KT, sila buat penyiasatan siapa yang mendapat projek membangunkan Pulau Duyong, Monsun Cup, Pulau Wan Man, Kem PGA Gong Badak,Projek membesarkan jalan dari Chendering ke Marang,Projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 2 Stadium baru di Gong Badak dan infranya dan tambak penahan ombak kuala sungat Terengganu.
    Penyelewengan tersebut di atas itu di antara menjadi Rakyat Terengganu termiskin kedua di Malaysia selepas Sabah dan termiskin pertama di Semenanjung Malaysia.Rakyat Terengganu yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah papa kedana dek kerakusan pemimpin UMNO.

  3. 3 adikariff8 Jan 4th, 2009 at 10:24 am

    eh,bkn menteri kewangan ckp negara kita xde mslh ekonomi ke?
    kahkahkahkah

  4. 4 Suhaimi Said Jan 4th, 2009 at 11:41 am

    Saya ada bersama-sama di Konferensi Rotary 74 untuk District 3300, bersama-sama dengan lebih 500 delegasi mereka dari seluruh Malaysia yang juga mempunya tetamu dari Korea, Thailand, Filipina, Bangladesh, Indonesia, Singapura dan Australia.

    Perbincangan mereka adalah mudah, bagaimana memberi bantuan kepada yang memerlukan denga cara yang lebih berkesan. Raja Muda Perak memberi pujian kepada Rotary didalam bidang ini.

    YAB Mentei Besar Perak juga hadir dan saya lihat dia sempat bermesra dengan delegasi semasa mengiringi Raja Muda.

    Saya juga ada jumpa Orang DAP, Orang Gerakan, Orang UMNO, Orang MIC, Orang PKR didalam Konferensi itu.

    Mereka tidak bercakap mengenai politik tetapi mengenai bantuan kemanusiaan, bantuan untuk mencegah penyakit, dan marilah kita sama-sama berbangga kerana Rotary adalah the single Club yang berjya menjalankan projek bagi membasmi enyakit polio diseluruh dunia.

    Saya bukan ahli Rotary. Saya adalah tetamu kepada anak saya, Surina Suhaimi, yang menjadi ahli Rotary. Beliau bermula dari Kelab Rotract lagi, suatu badan remaja kepada Rotary.

    Kini, Surina adalah Asst Governor.

    Saya menyokong Rotary kerana sudah banyak yang dapat saya saksikan projek-projek yang mereka jalankan dan berjaya. Satu darinya ialah projek pemeliharaan dan penjagaan Gajah di Kg Gandah Lancahang, Pahang.

    Saya juga dapat saksikan bagaimana bantuan-bantuan yang mereka berikan kepada anak-anak miskin Melayu yang menghadapi masalah perbelanjaan untuk bersekolah. Saya lihat mereka membeli komputer-komputer kepada anak-anak Melayu yang memerlukan untuk keperluan pembelajaran mereka.

    Di Musim Banjir tahun lepas, puluhan lori bahan makanan telah dihantar untuk meringankan beban mangsa banjir di Daerah Temerloh.

    Mereka, Melayu, Cina dan India bergotongroyong bekerja menurunkan bahan makanan dari lori dan membuat re-packaging. Saya dan ahli-ahli PKR terlibat dari pagi hingga ke petang menurunkan barang-barang makanan dari lori, membuat re-packaging dan menghantar ke destinasi-destinasi yang memerlukan.

    Kami menghantar ke kampong-kamong di Daerah Temerloh, ke Taman-Taman Perumahan, ke perkampo gan Orang Asli.

    Dimana bantuan tidak dihantar, kami sampai disana.

    Saya mendapatkan ahli-ahli PAS turut serta membuat re-packaging dan menghantar ke dstinasi-destinasi.

    Kami hantar kepada semua orang, Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Kami hantar kepada semua yang memerlukan, orang UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC, orang ramai yang tidak bepati tanpa memilih bulu.

    Rumah Surina (anak saya) di Bukit Angin menjadi Hub untuk menerima dan menghantar bahan-bahan makanan ini.

    Bahan-bahan makanan yang diterima dari Rotary ada beras, ikan kering, ikan bilis, bawang besar, baang merah, bawang putih, ikan sardin, biskut, minyak masak, gula, kopi, teh, milo, air minuman, dan termasuk juga kain-baju dan gebar.

    Semasa saya menghadiri Konferensi Rotary di Ipoh ini saya dapat bertemu kembali dengan ahli-ahli Rotary yang datang ke Temerloh bagi membantu pengagihan bahan-bahan makanan itu. Ada kelab-kelab Rotary tidak menghantar bahan-bahan makanan, tetapi menghantar wang ringgit.

    Hub di rumah anak saya itu juga digunakan oleh badan-badan lain seperti Persatuan Kristian dan Budha untuk menghantar bantuan, bahkan PKR melalui Datin Ser Wan Azizah juga menurunkan bahan makanan melalui Hub ini.

    Apa juga orang nak kata tentang Rotary katalah. Bagi saya, saya bergembira dengan pertubuhan seperti ini, mereka memberi bantuan kepada semua pihak tanpa mengira kaum, dan agama, dan ahli-ahli mereka dari pelbagai kaum juga tidak memikirkan masalah kaum, dan mereka menghulurkan derma dan sumbangan dari individu mereka.

    Mereka berkorban untuk membantu meringankan nasib mereka yang ditimpa bencana.

    Ada seorang ibu tunggal dari Seberang Temerloh, balu seorang Ustaz dari PAS; beliau telah menemui Wakil Rakyat UMNO untuk membantu dua orang anaknya yang mengambil bidang komputer di sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Wakil Rakyat itu memberi lecture kepadanya dengan mengatakan bahawa “orang pemalas seperti ibu tunggal itu tak perlu diberi pertolongan!” Menangis ibu tunggal itu.

    Dia datang bertemu saya menyatakan bahawa pendapatan dari pencennya dan hasil dia berjual kuih hanya cukup untuk perbelanjaan hariannya tetapi tidak cukup untuk mendapatkan peralatan seperti komputer untuk anaknya.

    Saya bawakan kesnya kepada Rotary, dan Alhamdulillah, 2 buah komputer riba disumbangkan oleh Rotary Temerloh.

    Kini kedua-dua anak itu telah pun tamat pengajian dari IPTA tersebut dan sudahpun menjawat kerja-kerja yang setimpal dengan kelulusannya.

    Yahudikah Rotary? Katalah apa nak kata. Pernahkan anda berdepan dengan orang Rotary? Adakah mereka berbincang tentang agama, atau politik? Yang saya tahu mereka bincangkan tentang projek kemasyarakatan dan bantuan-bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan.

    Saya sangat bersetuju dengan sikap Raja Muda Perak yang merasmikan Konferensi ke 74 Rotary bagi District 3300.

  5. 5 Mohd Suhaimi Bin Aziz Jan 4th, 2009 at 5:15 pm

    Baru-baru ini Dato’ Seri Najib yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan dengan bangganya mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia stabil dan tidak akan terjejas akibat krisis ekonomi global yang melanda dunia sekarang! Belumpun sampai sebulan ucapan itu dibuat Dato’ Seri Najib memberitahu bahawa kerajaan telah menyuntikkan dana RM5 bilion untuk mengukuhkan nilai saham ValueCap yang telah diambil daripada wang simpanan pekerja di dalam KWSP. Ironinya, setiap kali syarikat kroni-kroni Umno/Bn tenat, maka kerajaan umno/Bn dengan murah hati akan membantu mereka? Inilah satu lagi rompakan yang dibuat oleh Umno/Bn dengan menggunakan wang simpanan pencarum KWSP. Begitulah nasib rakyat Malaysia kerana mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh kerajaan untuk tujuan menyelamatkan syarikat kroni jauh sekali untuk kerajaan meminta kebenaran daripada pencarum-pencarum KWSP.

    Kenapa syarikat ValueCap perlu diberikan suntikan sedangkan Najib mengatakan ekonomi kita begitu kukuh dan tidak akan terjejas? Apa pula jasa syarikat ini kepada rakyat Malaysia? Apakah jaminan kerajaan bahawa wang tersebut dapat memberi keuntungan kepada pencarum sedangkan majoriti pemegang saham ValueCap adalah pelabur asing? Sudah pasti wang tersebut akan dibawa keluar dan ini akan menyebabkan berlaku pengaliran wang keluar yang pasti akan memburukkan lagi ekonomi negara. Selepas itu Najib telah mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion di dalam dewan rakyat yang akhirnya pakej itu tidak sah kerana dibuat tanpa mengikut peraturan mesyuarat dewan rakyat. Di sinilah kita nampak bahawa kredibiliti Najib sebagai Menteri Kewangan baru begitu teruk sekali kerana langkah-langkah yang cuba dibuat tidak menggambarkan langkah yang komprehesif untuk menanggani krisis ekomomi global.

    Setelah harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah jatuh merundum, kita tidak pula mendengar kerajaan cuba memberikan suntikan agar harga komoditi tersebut akan kembali stabil dengan mengadakan stok penimbal atau menyediakan insentif rangsangan jangka pendek sehingga majoriti rakyat khususnya orang-orang melayu di kampung-kampung mula rasa tertekan kerana pendapatan mereka jatuh menjunam begitu teruk sekali. Akhirnya rakyat juga yang terpaksa menanggung beban apatah lagi ditambah dengan harga barang yang tinggi akibat kenaikan harga minyak pada Jun 2008 yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa mengkaji kesan buruk kenaikan tersebut terlebih dahulu. Apa yang mampu dilakukan oleh kerajaan Umno/Bn kepada rakyat hanyalah meminta agar rakyat berjimat cermat dalam menghadapi krisis ekonomi global.

    Itulah sikap dan pendirian kerajaan kepada rakyatnya yang kononnya Barisan Nasional Tradisi Membela Rakyat? Di mana janji kerajaan untuk menurunkan kadar tol? Di mana janji untuk menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia sedangkan rakyat pula yang “bermurah hati” memberikan subsidi minyak kepada kerajaan dengan membelinya pada paras melebihi harga sebenar? Persoalannya, di mana tanggungjawab kerajaan di dalam soal ini? Ketika ekonomi Malaysia berada di tahap memberangsangkan, syarikat-syarikat GLC telah mengaut keuntungan berbilin ringgit tetapi rakyat tidak dapat merasa hasil keuntungan tersebut malah lebih malang lagi ketika syarikat-syarikat kroni Umno/Bn mengalami masalah, wang rakyat jugalah yang digunakan untuk menyelamatkan mereka!

    Kesimpulannya, kerajaan tidak pernah belajar dari krisis ekonomi 1998 yang melanda negara kita sepuluh tahun lalu. Amalan pembaziran wang rakyat berlaku berleluasa, rasuah dalam projek kerajaan cukup menggila, tiada usaha konkrit dalam meningkatkan pendapatan rakyat apatah lagi menetapkan gaji minimum RM1,500. Kerajaan juga gagal memanfaat pendapatan negara yang mencecah lebih RM300 bilion setahun untuk merancang kegiatan ekonomi yang memberikan impak besar terhadap ekonomi rakyat keseluruhannya selain hanya banyak menumpukan kepada projek-projek mega yang hanya menguntung 2,3 kerat kroni mereka sahaja. Maka inilah najitahnya yang kita terima hari ini apatah lagi perlu berhadapan dengan kesan krisis ekonomi global pada tahun ini.

    Mudah-mudahan usaha untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia seharusnya diberikan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat agar dapat memperbetulkannya kembali dan dalam waktu yang sama mengheret pemimpin-pemimpin Umno/Bn yang pernah melesapkan wang rakyat ke muka pengadilan. Allahua’lam…

  6. 6 kung fu panda Jan 4th, 2009 at 7:24 pm

    Ini yang buat UMNO rimas bila mana Raja Raja yang cangih berbicara ala menteri. harap ungkapan ini beri kesedaran kepada rakyat harap Media UMNO siang malam kata ekonomi bagus sahaja!!!!!

  7. 7 harimau malaya May 7th, 2009 at 1:07 am

    salam. fitnah dajjal cam tu le kononnye nak buat baik….aku nak ulang freemanson tu teramat la jahat ….kalu hang dah disesatkan dengan freemason yahudi tu..jangan la dok cannag depa tu baik….tu la melayu baru dapat sikit bantuan …..sanggup sekongkol dengan dajjal laknatullah bersama konco tentera nya iaitu FREEMASON…..MATA IKAN KERING punya melayu….

Leave a Reply