02
Jan
09

Sejenak Di Dubai

Saya di Dubai sekitar 24 jam langsung mengadakan beberapa pertemuan dengan pengurus syarikat dan konsultan utama yang sering memohon pandangan saya mengenai iklim potensi pelaburan Asia.
Kini saya bersama Azizah sedang di terminal Emirates untuk ke negara Turki.

Dan sementara menunggu pintu pesawat ditutup, saya akan memberikan beberapa respon kepada pengunjung:

(i) Soal menerima teguran dan kritikan:
Saya hargai keprihatinan saudara. Bahkan di kalangan yang mengikuti perkembangan Parti dari dekat, saudara akan sedar pesanan agar kita terus bermuhasabah dan introspeksi. Dan ini turut melibatkan isu Selangor dan Pulau Pinang. Hanya kita jangan terperangkap dengan kerenah jahat dan fitnah jajaan Umno. Media milik Umno-BN tidak melaporkan bahawa di Selangor sumbangan buat rakyat, samada bekalan air percuma, dana pendidikan, elauan guru KAFA, program khas membantu keluarga miskin. Malah lebih meloyakan ialah manakala malapetaka di Bukit Antarabangsa berlaku, rakyat cuba dikelirukan dari isu rasuah, kerakusan pentadbiran sebelumnya! Masalah kecil yang kini berbangkit dijadikan isu nasional.
Maka yang saya sanggah adalah kritikan sebegini, termasuk muslihat melaga-lagakan pimpinan parti.

(ii) Isu derita rakyat Gaza:
Jangan kita berdolak dalih, masalah umat Palestin berkisar isu penjajahan regim Zionis Israel bersama kelesuan Arab. Pendirian saya tidak pernah rapuh walaupun saya meneruskan dialog dengan semua pihak. Ini berbeda dengan kepura-puraan pimpinan yang menolak hak Hamas, melantik penasihat Yahudi, membayar puluhan juta ringgit kepada pelobi Jack Abramoff atau berunding sulit dengan Donald Rumsfeld!

ANWAR IBRAHIM


53 Responses to “Sejenak Di Dubai”


  1. 1 fieqah Jan 2nd, 2009 at 11:16 pm

    assalamualaikum..
    dear anuar ibrahim..

    i read this..

    from one website..

    “Pada awal peralihan kuasa UMNO kepada Pakatan Rakyat, seorang Pemimpin penting Keadilan Negeri Selangor, Yahaya Shaari, pernah meminta MB Selangor untuk meletakkan jawatan. Tindakan beliau itu telah di serang balas oleh Khalid Ibrahim yang turut di kenali dengan nama, “Sahak” menerusi tindakan memberhentikan Yahaya Shaari dengan mengaitkan beliau dengan isu melibatkan soal tabung kewangan 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat.

    Hari ini, Ahli Parlimen Kapar pula bertindak meletakkan jawatan beliau di dalam PKR. Menurut ura uranya, beliau akan meninggalkan PKR dan bernaung di bawah parti BEBAS sekiranya tiada tindakan dari Keadlan Pusat. Tapi rasa hormatnya kepada Ketua UMUM masih utuh lantas beliau memohon untuk bertemu DS Anwar Ibrahim sebelum membuat sebarang keputusan.

    Adalah tidak wajar sekiranya, pengunduran Manickavasagam di kaitkan dengan isu bangsa kerana sebelum ini, dua pemimpin berbangsa Melayu telah menerima habuannya. Semuanya berpunca tidak bersetuju dengan kaedah pemerintahan Khalid yang dilihat memberi muka kepada UMNO dan mengenepikan barisan ahli ahli yang professional dari Pakatan Rakyat di dalam negeri, yakni dari ketiga tiga parti.

    Maka jelas disini bahawa, ketiga tiga mereka adalah antara orang lama yang menyertai PKR terkorban di dalam perjuangan menentang ahli baru yang cuma berusia 2 tahun.

    Jika orang penting dan senior di dalam PKR boleh di jatuhkan sebegitu, bagaimana pula agaknya kalau orang kebiasaan seperti kita mampu untuk berhadapan dengan beliau?

    Aku menceritakan tentang sejarah ’10 bulan’ pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dengan tujuan untuk membuka minda dan otak korang bahawa Menteri Besar Selangor ini memang cukup cukup power di dalam soal politik dalaman. Kita tahu kemampuannya di dalam soal pidato adalah ZERO !!! Dan penyokong PKR termasuk para EXCO sendiri tahu tentang perangai MB yang degil lagi keras kepala.

    Namun mungkin pada Ketua UMUM dan kepimpinan Keadilan sendiri cukup percaya Menteri Besar ini sehingga sanggup mengorbankan ramai pejuang dan pemimpin Reformasi yang pernah bersengkang mata dan berdepan risiko ketika DS Anwar di dalam tahanan.

    Berapa ramai lagi kah perlu di korbankan semata mata untuk meneruskan perkhidmatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di negeri bertuah ini? 10, 20 atau 1,000?

    Bukalah mata wahai Anwar Ibrahim.”

    I really hope that u’ll be concern about this
    thanks.

    p/s:jgn tangguh lagi, dan jgn asyik salahkan media bn, jika tidak bn akan kata tuan hanya pandai tuding jari..

    Reply

    clean Reply:

    fieqah,

    Today manickavasagam said he will do and die with PKR!
    U keep on reading the BN media.

    PERIOD!

    Reply

  2. 2 fz1303 Jan 2nd, 2009 at 11:26 pm

    Assalamualaikum,

    Dato Seri, apa khabar?Harap-harap sihat bersama isteri tercinta.
    Bagaimana perancangan mengambil alih kerajaan. Saya sentiasa berharap perkara ini benar-benar akan terjadi.
    Ramai yang menyatakan “bila Anwar naik die pon akan buat apa orang Umno buat”… Saya pikir sejenak, susah betul hendak menyangkal kennyataan itu. Tapi telah lama saya mengambil tahu segala mungkin hal Dato Seri. Sejak 1998.
    Mungkin ramai lupa tentang Gandhi, Guavera dan Mandela. Dalam ramai-ramai manusia yang berjuang untuk diri sendiri tentu ada yang sanggup mengadai diri untuk anak bangsa.
    Datangnya Dato Seri selepas 1998, betul-betul memberi perubahan kepada politik negara ini. Kami telah lama rase “hopeless”.
    Kini Pakatan Rakyat dapat memberi harapan baru kepada kami.
    Biasalah bila ramai yang berjuang dan berperang tentu ada musuh dalam selimut, tentu ada tali barut tentu anasir jahat. Fitnah Umno sungguh hina, tapi itu semua menjadi gelak ketawa rakyat.
    Saya amat berharap Dato Seri sentiasa meneguhkan Pakatan Rakyat. Memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada MP-MP baru yang mungkin bercelaru dengan permainan kotor BN.
    Saya berharap Bonda Azizah sentiasa teguh di belakang, saya terharu dengan perjuangan kamu berdua…… REFORMASI!!!!

    Reply

  3. 3 zik Jan 2nd, 2009 at 11:41 pm

    DS,

    Mohon jasa baik DS war2kan no. akaun DANA PILIHANRAYA PRK KT dibawah kelolaan RPK di blog DS, agar penyokong boleh menderma membantu kemenangan PAKATAN di KT(bole rujuk Malaysia-Today utk pengesahan bawah artikel Dark Horse in KT)

    EDITOR’S NOTE

    To those who wish to donate to the Kuala Terengganu by-election effort you can bank in the money to the following bank account:

    Tabung Dana Pilihanraya
    CIMB Islamic
    Bank account number: 1449-0000017-10-4

    SOURCE:Malaysia-Today.

    Wasallam

    Reply

  4. 4 Kerajaan Rakyat Jan 3rd, 2009 at 12:05 am

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

    Datuk Seri yang saya hormati,

    Saya hamparkan lautan tahniah buat Datuk Seri
    atas keprihatinan bertindakbalas terhadap teguran
    dan kritikan. Hanya pemimpin yang berhemah dan
    berjiwa besar yang sanggup menerimanya.

    Adanya teguran serta kritikan bermaksud masih ramai
    yang bergantung harap di atas ketokohan dan ketelusan saudara.

    Harapan dan doa saya semoga saudara terus cekal dan sentiasa berada
    dalam peliharaan ALLAH swt.

    Salam takzim.

    Reply

  5. 5 ANAK KOMANDO REJIMEN 1 Jan 3rd, 2009 at 12:34 am

    SAYA MINTA PENJELASAN DSAI TENTANG KARENAH ADUN PKR DARI PERAK YG MEMILIH KETUA KG BARU DIPERKAMBUNGAN CINA PERAK. SEDANGKAN YB NIZAR SUDAH MELARANG

    Reply

  6. 6 Ibrahim Abdul Rahman Jan 3rd, 2009 at 12:43 am

    LORR…KOK YER NK G DUBAI APE KEHAL….DULU CKP XDER DUIT MASA BERKEMPEN KT PERMATANG PAUH….SKANG ADER PLAK DUIT P DUBAI…

    MEH SINI NAK KOMEN SKET APER YG MU DOK TULIS….

    i) soal menerima teguran dan kritikan:
    Saya hargai keprihatinan sdr. Bahkan di kalangan yang mengikuti perkembangan Parti dari dekat, sdr akan sedar pesanan agar kita terus bermuhasabah dan introspeksi. Dan ini turut melibatkan isu Selangor dan Pulau Pinang. Hanya kita jangan terperangkap dengan kerenah jahat dan fitnah jajaan Umno. Media milik Umno-BN tidak melaporkan bahawa di Selangor sumbangan buat rakyat, samada bekalan air percuma, dana pendidikan, elauan guru KAFA, program khas membantu keluarga miskin. Malah lebih meloyakan ialah manakala malapetaka di Bukit Antarabangsa berlaku, rakyat cuba dikelirukan dari isu rasuah, kerakusan pentadbiran sebelumnya! Masalah kecil yang kini berbangkit dijadikan isu nasional.
    Maka yang saya sanggah adalah kritikan sebegini, termasuk muslihat melaga-lagakan pimpinan parti.

    —> MEDIA MILIK UMNO-BN??? SO APA KURANGNYA KALAU MEDIA KORANG SUARA KEADILAN??? MESTI LAH KORANG PUNYA AKHBAR INGIN CAKAP YG BAIK TTG KORANG…SO WHAT??? APE DIFFERENT NYER MEDIA HANG DGN MEDIA UMNO…. ?? AKU DOK BACA AKHBAR SUARA KEADILAN TAPI BYK SGT AYAT/TATABAHASA YG SALAH…. ELOK TUKAR JE BUBUH SUARA KEJAHILAN!!! HAHAHAHAHAHA

    Reply

    fazli Reply:

    DSAI pergi Dubai dengan jumputan untuk memberi Syarahan tentang ekonomi Asia. Yang saudara ni tak reti membace ker? Orang Umno/Bn ni mmg diajar takder adap ker? Tiada langsung sikap sabar. Ini kah cara Melayu yang kamu perjuangan kan? Orang Melayu tahu beradap saudara. Berubahlah ye…

    Reply

    ballack Reply:

    assalamualaikum…hang pa ni pon satu…suara keadilan tuh satu wadah perjuangan utk PKR…kita kna tahu utusan bharian n da geng tuh adalah tntg isu semasa utk rakyat yg tak seharusnya berat sebelah…kalu UMNO nk kempen sgt…buatla suara UMNO la…apara lu ni…..

    Reply

    pakbodolah Reply:

    Ibrahim Abdul Rahman pecacai umno yg sesat, alahai yg ko busuk hati pesal? lantak la anwar nk g dubai ke nk g amerika ke nk g isreal sekali pon…dia punya suke la..

    Reply

    Lancelot Reply:

    itu paper mmg layak dipanggil Suara Kejahilan…dgn slogan Harapan Palsu Utk Malaysia

    Reply

  7. 7 Ibrahim Abdul Rahman Jan 3rd, 2009 at 12:48 am

    LEBIH BAIK SAUDARA DSAI FOKUS ISU2 DALAM NEGARA..
    INI WAKIL RAKYAT PERMATANG PAUH PERGI BERCUTI PLAK TU….PERGHHH TAK INGAT KER TANGGUNGJAWAB MU KAT ORG2 PERMATANG PAUH…???? INIKAH SEORANG PEMIMPIN YG SLALU TAK BERADA DEKAT DIHATI RAKYAT..???

    DSAI SEOARNG PEMIMPIN YG BACUL & PENGECUT!!! MU LARI DARI TANGGUNGJAWAB MU!!! SELESAIKAN LAH ISU2 PAKATAN RAKYAT SEPERTI YG BERLAKU DI PERAK, SELANGOR & PENANG…?
    TAPI AKU HAIRAN KAT KEDAH DEPA NI TAKMO LANGSUNG AMIK PORT….SBB KEDAH TAK MAJU TU LAH YG PR LEBIH FOKUS KAT PERAK, PENANG & SELANGOR…SEBAB APA…LU FIKIR LAH SENDIRI!!!!

    Reply

    fz1303 Reply:

    Saudara, kalau DSAI pergi Dubai bawak balik investor di permatang pauh mcm mana? Inilah tujuan Lawatan kerja, mincari sumber pendapatan masuk ke Malaysia. Saudara ni Melayu ker? Cara bercakap tiada adap Melayu pon, hairan saya…

    Reply

    Ibrahim Abdul Rahman Reply:

    apa sgt lah yg pak arab leh invest kt permatang pauh…..??? hahahahaha
    lu fikir lah sendiri

    aku ader post comment aku ttg manisfesto kerajaan PR tapi si anwar ibrahim mangkuk hayun ni tak published kt korg tgk..nampak sgt dia cuba cover line…

    Reply

    clean Reply:

    bodoh punya brahim..mesti banyak baca UTUSAN MELOYA dan BERITA HAIRAN.

    Ko nie askar ‘upahan’ Yahudi Malaysia ke?

  8. 8 Lisa Lee Jan 3rd, 2009 at 1:22 am

    Happy New Year Datuk Anwar!!! God bless you!!! :)

    Reply

  9. 9 tenang2 Jan 3rd, 2009 at 1:24 am

    sudah lah dsai buat beda lagi pegi bertemu dengan pengurus syarikat dan konsultan utama mengenai iklim potensi pelaburan Asia. Kan lebih penting lagi, kalau huraikan masaalah PR yg semakin hari semakin runcing. Seharus nya dsai di dalam negara sekarang daripada pegi ke negara orang. Priority dsai, priority dsai !

    Reply

  10. 10 apanama Jan 3rd, 2009 at 2:06 am

    ke turki pak sheikh? erdogan panggil la tu

    Reply

  11. 11 jai Jan 3rd, 2009 at 2:56 am

    Salam Datuk Seri.

    Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di sanubari Datuk Seri.

    Biarpun Datuk Seri dikeji, dihina dan dicaci namun sokongan saya terhadap Datuk Seri tak pernah berubah.

    Saya tetap yakin kebenaran pasti berpihak pada Datuk Seri.

    Teruskan perjuangan Datuk Seri. Hanya doa saya mengiringi langkah Datuk Seri.

    AMIN, AMIN, YA RABBAL A’LAMINNNN…..

    Reply

  12. 12 Mc Guiver Muslim Jan 3rd, 2009 at 3:47 am

    Kelesuan Arab ??? Rasul dan nabi diujudkan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar, yang lurus, yang baik, adil, berperikemanusiaan, bertimbang rasa, hormat menghormati, berperaturan dan banyak lagi sifat-sifat terpuji. Kenapa pula Rasul dan nabi dipilih dari kalangan orang-orang arab ??? Sebab mereka-mereka ini lah yang jalanya tak betul, jalanya bengkok, tidak adil, tiada berperikemanusiaan, tidak bertimbang rasa, tidak menghormati orang lain, tiada peraturan, malah terlalu jahil, yang memerlukan Rasul untuk membimbing mereka. Saya sendiri berkesempatan bergaul dengan Orang-Orang Arab dari beberapa negeri Arab semasa di Glasgow beberapa tahun dahulu. Memang ini sifat mereka. Sedangkan Rasul boleh mereka permainkan dan ajaranya diputar belitkan apatah lagi kita manusia biasa. Kita hanya boleh mencuba membantu mereka sebagai Ikhwanul Muslimin, tetapi hasilnya saya ragu-ragu. Jadi kalau DSAI tak berjaya menangi masalah mereka, saya faham kenapa.

    Reply

    Mohammad Reply:

    Sdr Mc Guiver,

    Saya kurang bersetuju dgn jalan analisa sdr. Apakah sdr rasa musuh2 jahat/cerdik seperti orang Zionist Amerika, Israel dan Eropah sanggup membuang masa puluhan/ratusan tahun bertelagah dan berperang dgn orang Arab Muslim (faham betul2 di sini…faktor utama Islam/Muslim) dan musuh berkenaan berusaha sedaya upaya menyelinap dan membunuh pemimpin2 ikhlas kalangan gerakan Islam/Muslim sekiranya seperti kata sdr mereka orang2 bodoh, tak betul, jalannya bengkok, tidak adil, dan..dan..? Kalau dikaji sirah nubuwah Mohammad S.A.W. dan mengikut mufassirin sesungguhnya umat Arab mempunyai potensi untuk merobah tamaddun dan Allah tidak tersilap kut dalam hal ini untuk melantik Nabi Mohammad dari kalangan orang Arab dan bukan Yahudi pula dan kita dapat lihat dari hasil dakwahnya melalui lipatan sejarah.

    Sdr Mc Guiver, tolonglah berhati-hati apabila membuat analisa dan sebelum membuat konklusi! Sedarkah sdr Nabi Muhammad dan sahabat2nya dari kalangan kaum Arab yang berjihad dan berperang hamapir setiap Ramadhan dalam kehidupan beliau untuk menghimbau manusia seluruh pelusuk dunia ke arah Islam dan Allah S.W.T.? Kita sedar terdapat juga munafiqin professional dalam kalangan Arab begitu juga dalam kaum Melayu, Cina, India, Monggol, Afghan, Pakistan, dan bangsa2 lain tetapi terdapat juga ramai yang ikhlas; maka sebab itu syiar Islam terus menerus berada di centre stage polemik dunia! Lantas saya meragui kemampuan sdr untuk dapat membezakan antara pejuang Hamas dan PLO serta Baath dan Ikhwan Muslimun…PAS/PKR dan UMNO! Dan tolonglah jgn menjadi loyar buruk cuba menyindir DSAI semua yang terlibat berusaha untuk menyumbang dan beramal dan hanya mengharap marzatillah. Kenapa sdr perlu begi pesimis?

    Dan saya juga berpeluang bergaul dengan ramai orang Arab dan Turki, Pakistan, Scottish, Farsi, Bangla, India, Melayu, Indon.. di Glasgow dan saya pula sungguh kagum dengan kebanyakan mereka yang aktivis Islam. Banyak kenangan manis! Wallahuu ‘alam.

    Mohammad.

    Reply

  13. 13 Cara-Otai Jan 3rd, 2009 at 7:15 am

    AMNO sudah semakin parah..apatah lagi mempermain@mempolitikkan isu hudud. Pemimpin2 macam inilah merosakkan akidah umat Islam. Sekurang-kurangnya pemimpin lebih alim dalam hal2 agama.

    Mengenai isu Gaza penyerangan buta Zionis kafir laknatullah, tiada penyelesaian selain umat Islam bersatu. Penyatuan negara Islam hanya dengan terdirinya Khalifah. Selagi mana umat Islam berdiri di bawah payung politik sekular, umat ISlam terus ditindas. Tentunya negara Islam akan memerangi zionis dan bukan hanya menjadi pengaman tajaan politik kafir.

    Reply

  14. 14 Berat Jan 3rd, 2009 at 8:40 am

    Kenapa Anta susah sangat nak terima, kelemahan Selangor tu, Ana mula musykil ada mungkin Anta oleh kerana anta termakan budi Orang No 1 Selangor tu?

    Sebab orang tu buat pekak dengan rakyat, dengan pendokong parti, dengan MP, denagn sahabat dalam PR jugak. Degilnya lagi teruk dari budak nakal sekolah.

    Reply

  15. 15 PEKA Jan 3rd, 2009 at 10:04 am

    salam dato seri,

    sy sebagai ahli PKR amat berdukacite dgn apa yg terjadi kepada parti sejak akhir-akhir ini..

    pemerintahan PR atau lebih tepat KEADILAN amat mendukacitakan sy..

    mereka nampak seperti UMNO versi baru.. tiada persefahaman dan juga tidak bersatu padu antara sesama sendiri..

    sy menykong dato seri, namun sy cuma berharap masalah di dalam PKR dapat diselesaikan dengan profesional dan matang..

    Reply

  16. 16 munirah hayati Jan 3rd, 2009 at 11:10 am

    Saya berpendapat, selain dari sejarah keganasan Zionis yg sudah berzaman, mutakhir ini US & Israel merasa terancam kerana Hamas menjadi pilihan rakyat melalui pilihanraya di palestin pada 2006 @ 2007 kalau saya tidak silap.

    US tidak mengiktiraf Hamas kerana katanya Hamas adalah pertubuhan ‘teroris’

    Now, based on history any reasonable and fair-minded person will realise, when they look beyond the propaganda line – the Zionists are a much much bigger ‘terrorist’ than Hamas, which is a small, very powerless group of people fighting for their own ‘right of return’ & ‘liberation of Al-Aqsa’

    You, Anwar Ibrahim – has been part of the Annapolis Summit in November 2007 – clearly in support of America and their denouncement of Hamas.

    I wish i can understand why you decided to be part of that. News report from AlJazeera now link the current offensive (i call it genocide & massacre by terrorist Zionist) as a result of careful planning and years of “peaceful negotiation” by US and other countries in summits that are not attended by the legitimate government of the people of Palestine.

    I pray to Allah every hands that go into the planning of the current massacre will justly be cursed in this life & the next

    wassalam

    Reply

  17. 17 copperheadgold Jan 3rd, 2009 at 12:18 pm

    Dear DSAI,

    TQ for reminding us.Our Selangor MB is hardworking and doing
    lots of good stuff.However,first hand feedback reflects that he
    is calling govt staff ‘stupid’ (all the time) and VERY SLOW in
    responding to KEEN INVESTORS.

    An investor said DSAI promise minimal bureaucracy,a fast and
    efficient Selangor Govt under PKR.He says he wrote to SSG of his
    intent almost as soon as he heard your speech and to this date,
    there are NO RESULTS!

    One hears that PKPS top guns may have been giving information
    on land availability to UMNO businessmen and sadly PKPS has not
    put their man to ensure this does not happen.

    A sand miner tell tales of honesty of MB and our Yakob Sapari.
    That empowers the Kumpulam Semestas bosses.Could it be possible
    that these little napoleans are as CORRUPT as a BN politician sir?
    Could it be that the sand miner pays these napoleans to get the
    contract to mine the sand?

    Please advise MB sir.He only listens to you but one can imagine
    he actually thinks he is smarter than you.

    cheers,
    Matskodeng.

    Reply

  18. 18 din binjai Jan 3rd, 2009 at 12:44 pm

    yb yusmadi telah dilantik menjadi ketua amkpg walaupun majoriti ketua amk bahagian menolak beliau…..entahlah apa nak jadi dengan parti keadilan rakyat….bercakap soal demokrasi…dalam sistem demokrasi kita kena akur dengan keputusan majoriti…inilah demokrasi dalam keadilan…ADIL KAH ?????….kalau dulu tak siapa nak berebut pun…bila dah menang..pakat semua nak berebut…ingatlah KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT…din dinjai

    Reply

  19. 19 din binjai Jan 3rd, 2009 at 12:52 pm

    dato’seri…saya rasa sudah sampai masanya saya mahu dedah ap yg terjadi sebenarnya dalam keadilan ppg….saya rasa sedih sangat sebab ada tangan2 ghaib yang cuba mengatur semua kedudukan dalm phubungan negeri..setelah saya di amanahkan sebagai ahli majlis..saya telah membongkar penyelewengan perusahaan kuari milik tanah kerajaan negeri..akibatnya ada yg terpaksa membayar hampir sejuta ringgit..nyawa saya dalam bahaya…akibat pendedahan ini saya di marahi dan diugut oleh org kuat PKR P.PINANG sendiri…hingga ada konspirasi untuk pastikan jawatan ahli majlis saya tidak di sambung lag..saya ada menyimpan semua dokumen berkaitan kuari..harap doto’ seri beri ruang pada saya untuk menjelaskan..din binjai

    Reply

  20. 20 mohd nor bin talib Jan 3rd, 2009 at 12:56 pm

    Salam dari Tanah Air buat DSAI dan Datin Wan Azizah, dari Dubai akan keTurki,banyak
    lah pengelaman akan dibawa pulang keMalaysia. Tentu DSAI telah dihubungi berkenaan apa yang berlaku disini. Perisitiwa pertengkaran sesama ahli PKR diPerak sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, meminta DSAI untuk mendisplinkan YBX tersebut.

    Memang logik pun apa yang disarankan oleh MB PP itu, kerana sejak akhir ini YB DARI PKR sering cepat melatah spt Manikasagam YB Kampar tak semenax hilang fokus, dua YB dari Perak tak semenax naik angin bergaduh sesama sendiri dalam pakatan rakyat.

    Yang lain pula malawan ketua iatu majlis tertinggi PKR sering diajak bergaduh ada yang tak mahu mengaku kesilapan sendiri, bila komen sedikit, tuduh muflis walaupun ianya benar, masih nak menegakan benang basah dan juga nak saman ketua sendiri dimahkamah.

    YB khir toyo dan YB Mohd pula pukul canag mengatakan Pakatan Rakyat diSelangor menuju jln perpecahan. Ungkit pula kononnya kaum India tidak terbela dalam PKR
    ada asasnya mereka berdua komen sedemikian punca kesilapan segelintir bukan semua
    ybx PKR ini tidak jaga displin masih tidak sedar mereka ini YB kelakuan ,katax mereka sering diperhatian oleh rakyat.Dengan tegoran dari MB PP itu harap diberi perhatian. AYUH YBX PKR DAN PAKATAN RAKYAT MULAKAN AZAM BARU DITAHUN 2009.PERUBAHAN.

    Reply

  21. 21 kebayan Jan 3rd, 2009 at 1:11 pm

    Salam untuk semua, Harap DSAI ke Asia Barat, di samping cari rakan dagangan, jenguk-jenguklah rakan kita yang ditindas di Palestin tu. Usahakan genjatan senjata atau perdamaian setakat yang termampu. Nak harap pemimpin BN hanya dok menyalak dan berkokok je kat Malaysia. Masa Msia jadi pemimpin OIC di bawah Pak Lah kesian sungguh Oh, I See jee lepas tu ZZZZ. Kesian rakyat Msia dapat pemimpin cam tu. Ni lah akibatnya cintakan dunia dan takut mati.

    Reply

  22. 22 fz1303 Jan 3rd, 2009 at 2:28 pm

    Dato Seri, berkenaan dengan tempat yang panas 2/3 bulan lalu, UiTM. Semua bangsaku terasa tercabar dengan kenyataan MB Selangor. Tapi masih ramai yang setuju dan terdapat beberapa cadangan lain yang boleh membuat tahap Universiti ini meningkat. Sepandok hitam digantung dimana-mana “UiTM benteng terakhir melayu”. Saya lantas terfikir sesuatu yang baru sahaja hilang dari pandengan mata kita. Di mana perginya Bank Bumiputra? Satu-satu nya ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputra. Mana perginya pahlawan Umno ? Adakah ini salah satu benteng yang tumbang akibat kerakus orang Umno yang membuat pinjaman tanpa perlu membayar balik?

    Saya tidaklah menerima sumbangan itu ini dari kerajaan Selangor ketika ini tapi cukuplah dengan air percuma yang sama terima… Walaupon setiap bulan jumlahnya hanya RM6, ia sungguh membuat saya terfikir, suatu yang mustahil menjadi kenytaan. Hal percuma di Malaysia telah lama luput, tiada lagi istilah ini boleh diguna pakai. Terima Kasih Pakatan Rakyat, saya amat menghargai pemberian ini.

    Reply

  23. 23 Yongku Jan 3rd, 2009 at 2:35 pm

    Safe Journey Datuk Seri…..

    Ni tempat freemasons2 muslim Turkey macam Harun Yahya dan Fethullah Gullen ni…..ni nak pegi cari inspirasi baru or received instruction baru la ni tentang strategy seterusnya ya??? kalau tak silap si Gullen ni sibuk di Xin Jiang kan??? tak pe la..Abdullah Aymaz dan Fahri Suslu kan ada!!!

    Reply

  24. 24 kingpahat Jan 3rd, 2009 at 3:11 pm

    tahniah atas kejayaan DSAI.

    http://kingpahat.blogspot.com/

    Reply

  25. 25 ooi wen kheng Jan 3rd, 2009 at 3:51 pm

    Yang Berhormat, saya ingin menanya mengenai isu PAS yang membahaskan mentabir negeri menggunakan undang-undang islam, adakah itu benar? Seperti Yang Berhormat cakap,Malaysia dituburkan daripada bangsa-bangsa yang berbeza jadi sepatutnya adil kepada semua bangsa,jika tidak kelakuan ini sama seperti BN

    Reply

    Mohammad Reply:

    Hello Mr Ooi,
    Tak kanlah setelah membesar di Malaysia masih tidak mengenali/mengetahui bahawa ornang Islam terdiri dari berbilang bangsa? Sedih menngetahui yg sdr masih juga jahil tentang hal hukum Islam yang khusus yg hanya dituju kepada orang Islam shj sama ada mereka Melayu, Cina, India, Kadazan, Arab, Siam, Ceylon, Monggol, Inggeris, dan..dan…tetapi Muslim! Apa la you ni…tak habis2 dgn soalan2 macam ni…boring la Mr Ooi….boring. Dan tolong jangan banding dgn BN …BN will be history soon. Period.

    Orang Penang.

    Reply

    ooi Reply:

    ya!undang-undang akan dilaksanakan kepada orang islam, tetapi seperti wayanng,cyber cafe.Semua tidak boleh membuka pada jumaat dan tidak buka pada lewat malam.Saya sebagai orang KEDAH tentu tahu mengenai undang-undang islam. Islam daripada berbagai bangsa tetapi majoriti kepada siapa? Jaga tanya soalan yang command sense.

    Reply

    HSMJ Reply:

    Saudara OWK,
    Undang undang Islam seperti hudud adalah undang-undang jenayah dalam syariah Islam yang hanya dikuatkuasakan terhadap mereka yang beragama Islam. Saudara terlebih dahulu perlulah banyak bertanya dan mengkaji secara mendalam. Ini kerana ramai antara kita yang jahil dalam soal agama termasuklah orang Melayu sendiri. Dan ingatlah adil itu bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. Saudara yang bukan muslim tidak perlu risau akan perlaksanaan undang-undang Islam kerana Islam itu tidak zalim. Kebebasan mengamalkan adat resam dan agama masing-masing akan tetap dihormati. Yang penting kita jangan cepat melatah apabila sesuatu isu itu dimainkan dalam media.

    Reply

    penpusaka Reply:

    Hang jgn cakap ikut sedap mulut. Apa lagi kalau mudah ditipu dgn cakap2 politik tanpa ilmu. Sapa kata Hukum jenayah Hudud hanya dikuatkuasa terhadap orang Islam? Pegi belajar lah jangan hanya sebab Guru Hadi cakap hang terus kata itu yang Islam kata. Hadi tu cakap politik, dia memang terkenal guna kata-kata untuk kelirukan pengikut PAS hingga sanggup mencipta fatwa sendiri.

    Reply

    HSMJ Reply:

    Saudara penpusaka, setelah mengkaji dengan lebih teliti saya berasa insaf atas kata2 saya. Saya pun berharap agar DS Hadi mengakui kesilapan kata-kata beliau. Namun yang batil daripada pemimpin pemerintah akan tetap ditegur dan ditentang. Semoga saudara juga ikhlas memperjuangkan Islam. Terima kasih.

    clean Reply:

    PAS cipta fatwa?

    UMNO cipta sumpah!

  26. 26 ANAK MALAYSIA Jan 3rd, 2009 at 4:05 pm

    assalamualaikum DSAI,

    dr thn lepas sehingga hari ini PENGERUSI OIC nampaknya seperti tidak mengambil inisiatif langsung untuk memberi kritikan langsung terhadap perbuatan ISRAEL yang tidak bertanggungjawab ini ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.Umat Islam memerlukan pemimpin OIC yang tegas dalam hal ini seperti 22 thn dulu(yakni semasa TDM menjadi PENGERUSI OIC).

    setiap pemimpin kerajaan d dunia ini tak boleh lari dari menerima kritikan rakyat.Cuma kita berharap kritikan tersebut haruslah positif dan membina bersama serta tidak berat sebelah.

    Namun,kita sebg rakyat Malaysia berharap masa PRK pada 17 januari nnt rakyat KT akan memilih pemimpin yang jujur dan tegas tapi berhati mulia.

    Reply

  27. 27 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Jan 4th, 2009 at 12:56 am

    Askm dato seri,

    Sampaikan salam saya pada kak wan. semoga pejalanan kedua pemimpin di berkati dan di lindungi allah subhanahuwataala. ingin di sini jamil nak mengemukakan satu persoalan yang bermain di kepala . Jamil berfikir dan ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin,orang-orang cina dan india tak kira dari barisan nasional atau pembangkang.mereka mengaku mereka rakyat malaysia.mereka marah apabila di lebelkan sebagai pendatang. kalau mereka mengaku mereka rakyat malaysia adakah mereka bersatu dengan orang melayu dalam membantah,menyampaikan atau sokongan di atas apa sahaja. Contohnya.

    Dalam penginayaan ,peperangan,penindasan , di palastine kita tengok parti pas,parti umno,PKR ngo-ngo islam semuanya mengantar memo bantahan, berdemonstrasi, dll tetapi adakah parti,persatuan,atau ngo dari bangsa cina atau india yg selama ini selalu menyalak.kenapa diam sahaja. adakah mereka juga bersetuju atau menyokong pembunuhan orang-orang islam di palastine. adakah parti-parti politik malaysia dari bangsa cina dan india seperti mca,gerakan,dap,mic,ppp,ipf setuju dengan pebunuhan di palastine. kalau tidak kenapa mereka tidak ambil peduli langsung. kalau mereka pun bersetuju jamil rasa mereka tak layak mengaku diri mereka rakyat malaysia. jangan hanya jika ada kepentingan terhadap bangsa mereka baru nk menyalak macam anjing. kalau melibatkan bangsa lain pergi mampos.

    http://bbcatlover.blogspot.com

    Reply

  28. 28 CUCU TOK KEDU Jan 4th, 2009 at 1:38 am

    Setiap perjuangan akan menempuh dugaan dan cabaran. Dugaan dan cabaran itulah yanmg menjadi nyiru mengindang antara bernas dengan hampa. Apalah nak dikecewakan sangat mereka yang merasa terkilan kerana tidak mendapat habuan, yang diperjuangkan ialah rakyat. Seorang pejuang tidak akan dapat apa-apa selain dari kepuasan perjuangan mencapai cita-cita dan Allah yang memberikan rahmatNya. Moga dalam perjuangan yang penuh kental ini, tidak ada siapa yang rasa tersinggung kerana kita masih dalam pergelutan untuk membebaskan rakyat yang selama ini dibelengu oleh ketidak tentu pemimpin UMNO/BN. Mereka mengaut untung besar setelah meneriak sebagai pejuang bangsa sedangkan rakyat derita dan derita. Apakah kita mahu seperti pemimpin jahat itu?

    Reply

  29. 29 dollah yankee Jan 4th, 2009 at 1:51 am

    datuk seri anwar,
    mana sifat you yang 12-15 years ago? you kena main peranan macam dulu masa dlm kabinet,semua orang tengok you takut,apa you cakap depa bolih ikut,you jeling depa saja,terketaq-ketaq depa.

    Reply

  30. 30 Jeffripower Jan 5th, 2009 at 10:10 am

    Saya sebagai penyokong UMNO tak pernah menolak Hudud kerana menolaknya beerti menolak Hukum Allah. Cuma saya ingin berpesan pada PAS supaya memberi penerangan yang lengkap mengenai Hudud kepada semua bangsa, jika benar mereka nak laksanakan Hudud. Bukan bercakap mengenai Hudud tapi dari konteks yang sempit dan bertujuan politik semata. Nampak seperti tiada keikhlasan. Nak bercakap mengenai Hudud tapi tak berani bercakap secara keseluruhan Hudud. Kenap? Takut hilang pengundi bangsa lain? Tak ikhlaslah namanya tu…

    Reply

  31. 31 mahathir jr Jan 5th, 2009 at 6:01 pm

    APA YG MEMBUATKAN HUDUD TU ORG TAK NAK…SEBAB HUDUD TU DAH DISALAHERTIKAN OLEH ORG2 YG MEMBAWA HUDUD NI DALAM PEMERINTAHAN…BILA TAK JELASKAN SAPA YG DISASARKAN HUDUD DAN AGAMA APA…ORG2 NI TAK LEH NAK JAWAB…AKU SEBAGAI ORG ISLAM SEMEMANGNYA MENYOKONG HUDUD NI…BUKAN SOAL POLITIK TAPI HUKUM ALLAH SWT NI JGN BUAT MAIN…KALU TAKAT UTK ELECTION JE BRU ADA ISU HUDU…MANA TAK ASENG DAN LINGAM NAIK ANGIN…BUAT DULU…DAH MENJAJAH KEDAH, SELANGOR DAN PERAK NI LAKSANAKAN…BUAT TN GURU NIK AZIZ…SAYA HORMAT KERANA ADA PENDIRIAN YG TEGAS BERKENAAN HUDUD NI…BUKAN MCM YG LAIN…CKP TAK SERUPA BIKIN

    Reply

  32. 32 java Jan 5th, 2009 at 6:15 pm

    Haaaa baguih la guna duit RAKYAT pi dok melancong kat luar negara!!!!!n haaa baguih baguih baguih……eeehhhhh PR baguih

    Reply

  33. 33 ALBACHAMPUR Jan 5th, 2009 at 11:22 pm

    APA KHABAR MY BROTHERS AND SISTERS OF MALAYSIA.

    SALAM SEJAHTERA KEPADA ANDA SEMUA DAN KEPADA PASANGAN BAKAL PEMIMPIM KITA! BERGERAK MAJU DSAI! TIADAK SIAPA PUN DAPAT MEMECAHKAN PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA KERANA KITA INI DAH MANTAP.SAUDARA MANICKAVASAGAN MASIH BELUM KETAHUI INTIPATAI ASIMILASI BRRBAGAI KAUM DI MALAYSIA.PEMIMPIN BARU MACAM MANIKA SEHARUSNYA SABAR DAN BERGANDING BAHU DENGAN SEMUA PEMIMPIN YANG NAK MEMPERJUANGKA HAK RAKYAT MALAYSIA. BUKAN ,MELAYU ,CINA, INDIA, SARAWAK ATAUPUN SABAH. KITA KENA RAPAT DAN BERSUARA BERSAMA DENGAN MEMADAMKAN SAMA SEKALI PERASSAAN NAK MENJUARAI SESUATU KAUM!

    BRO MANICKA! DAN PEMIMPIN YANG SAMA HALUAN ATAU LEBIH KURANG SAMA DENGAN MANICKA CUBA UBAH SIKAP ANDA.MANICKA BOLEH DIMAAFKAN, MASIH BANYAK YANG KENA BELAJAR DI ARENA POLITIK!

    MY HUMBLE OPINION IS WORK TOGETHER FOR A COMMON GOAL! SUPPORT DSAI DAN BERKERJASAMA DENGAN MENTERI BESAR SELANGOR.RELAX LAH BRO!KACUA DAUN SAJA!
    PLEASE REMEMBER IN MIND, MY MALAYSIA INDIAN BROTHER WE ARE MALAYSIAN FIRST NOT INDIAN!TAKE IT EASY AND WORK FOR EVERYONE!

    Reply

  34. 34 benten Jan 6th, 2009 at 2:59 pm

    i love pakatan rakyat.
    Mari kita hapuskan Israel Laknatullah….
    Hidup DSAI..

    Reply

  35. 35 rakyat Jan 13th, 2009 at 6:32 pm

    Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat

    Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

    Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

    Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, serta mereka menderhaka kepada Rasul-rasulnya dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya
    Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
    Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
    Dan berkata pula orang-orang yang kufur ingkar kepada orang-orang yang beriman: Ikutlah jalan agama kami dan kami sedia menanggung kesalahan-kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah). Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang-orang yang bersalah itu sedikitpun dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.

    [Reply]
    37 rakyat
    Jan 12th, 2009 at 11:59 pm
    Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

    Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

    Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan

    Reply

  36. 36 rakyat Jan 14th, 2009 at 1:17 pm

    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 16

    Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 17

    Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 18

    Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 19

    Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 20

    Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 21

    Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 22

    Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 26

    Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 29

    Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 30

    Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 31

    Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 33

    Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 34

    Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 35

    Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 36

    Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 40

    Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 41

    Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 42

    Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 43

    Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

    Reply

  1. 1 KERAJAAN RAKYAT » Blog Archive » Anwar Ibrahim, Ante Memang Lemah Bab Ini Beb. Pingback on Jan 3rd, 2009 at 3:51 am
  2. 2 Anwar Ibrahim, Ante Memang Lemah Bab Ini Beb. « Pingback on Jan 4th, 2009 at 9:35 am

Leave a Reply